Fashion Files | My Favorite Looks of Met Gala 2024
Wednesday, 8 May 2024
Antara acara yang dinanti-nantikan untuk bulan Mei 2024 ialah red carpet Met Gala dengan tema Garden of Time diambil dari kisah J.G. Ballard yang diterbitkan pada 1962 di mana Count Axel cuba mengelak dari menjadi mangsa kepada sekumpulan protesters berhampiran kawasan istana. Setiap hari dia akan petik setangkai bunga mawar ajaib untuk memperlahankan waktu.
Tak pasti lah cerita penuh kisah dongeng orang kebanyakan ni macam mana tapi tema Met Gala memang diambil dari kisah popular J.G. Ballard ni jadi gabungan masa dan bunga mawar adalah elemen yang wajib ada dalam pakaian tetamu yang hadir. Tema pakaian Garden of Time yang menggunakan ekshibit Sleeping Beauties: Reawakening Fashion bertujuan untuk mempersembahkan juga beberapa elemen dalam industri fesyen yang tak lapuk dek zaman.
Setiap tahun selebriti yang datang perlu beli tiket sebanyak 75,000 dollar dan hasil jualan tiket tersebut akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan. Ada juga selebriti yang dijemput oleh pereka fesyen dan butik ternama untuk peragakan kreativiti mereka.
Jadi dalam entry ni I nak share my favorite Met Gala 2024 looks yang diperagakan di New York City’s Metropolitan Museum of Art semalam.
1. Kendall Jenner
Dress hitam Givenchy menggunakan fabrik ringan untuk efek jatuh terletak elok pada badan si pemakai. Fabrik seakan organza sebagai asas kepada tenunan halus manik hitam dengan corak berulang. Di bahagian kolar ada corak abstrak yang dihiasi dengan manik berwarna coklat gelap dan juraian manik berkilau di bahagian lengan. Tumpuan diberikan pada bahagian pinggang dengan border pemisah untuk bahagian korset baju dan skirt labuh.
Kendall mengenakan barang perhiasan dari Lorraine Schwartz. Hairstyle seakan princess yang popular di zaman 90-an. Natural makeup for Kendall, a proof of timeless element in Garden of Time theme.
2. Alia Bhatt
3. Elle Fanning in Balmain and Cartier
Kalau ikutkan I tak suka dengan glassy or transparent look but this one is exceptional. Custom dress dari Balmain ni guna elemen air untuk tema Garden of Time dan walaupun transparent tapi overall look nampak sopan dan terjemahkan tema sebaiknya. Its pure, flowy and radiant. Baik dari bahagian depan atau belakang. Dekat bahagian bahu ada hiasan burung kristal sebagai pelengkap tema.
Bukan dress saja yang jadi tumpuan tapi makeup Elle Fanning pun cantik sangat. Makeup artist dia guna L’Oréal Lumi Glotion sebagai highlighter di beberapa kawasan seperti muka, bahu dan dada. I guess kalau dia pakai tiara atau headpiece yang sarat dengan hiasan supaya looks dia lagi bertambah cantik. Heels yang lebih menonjol instead of plain strap heels.
4. Anok Yai in Swarovski
Another simple looks yet captivating. Supermodel Anok Yai tampil dengan persalinan berona biru ombre yang direka khas oleh Swarovski. Dari atas hingga bahagian kasut dipenuhi dengan taburan manik dan batu permata. Anok Yai mengenakan perhiasan Swarovski yang berkilau sebagai pelengkap gaya di red carpet Met Gala 2024. Anok juga mengenakan makeup yang sarat dengan highlighter supaya sama naik dengan outfit dia. Rambut berwarna coklat dirapikan dengan curl besar.
5. Mona Patel in Iris Van Herpen Haute Couture
Movie Review | Exhuma (2024)
Tuesday, 7 May 2024
Movie Review | Shaitaan (2024)
Sunday, 5 May 2024
Astro dan TikTok berkolaborasi dalam penganjuran edisi terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ di Malaysia | Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik & bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE
Astro berkolaborasi bersama TikTok dalam mencari bakat nyanyian baharu atau pencipta kandungan muzikal untuk menyertai uji bakat edisi terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’, program pertandingan nyanyian di platform media sosial TikTok. Uji bakat buat edisi terbaharu ini akan dihoskan sepenuhnya di TikTok LIVE, perkhidmatan penstriman secara langsung dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY menerusi platform TikTok bermula 7 Mei sehingga 24 Mei 2024 dan dibuka kepada seluruh warga Malaysia.
Buat edisi baharu ini, pencipta kandungan atau penyanyi yang terpilih daripada uji bakat TikTok LIVE ini akan bertanding dalam program utamanya yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) buat pertama kalinya pada bulan Julai 2024 kelak selama lapan minggu.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Kami sangat berbesar hati untuk membawa program ini ke Malaysia menerusi Astro. Dengan lebih 1 bilion pengguna bulanan aktif, TikTok merupakan salah satu platform media sosial terbesar di dunia, dan memiliki pengguna di kalangan warga muda yang besar dan kuat. Ia sejajar dengan misi kami untuk membawa remaja sebagai sasaran penonton utama ke saluran Astro Ria menerusi edisi terbaharu ini.
Media sosial juga merupakan platform yang sangat aktif dan efektif dalam pencarian bakat muda khususnya dalam bidang nyanyian. Justeru, kami yakin ramai akan teruja untuk menyertai uji bakat ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ dan mempelawa semua pencipta-pencipta kandungan untuk mengambil bahagian serta memanfaatkan peluang yang ada menerusi kolaborasi ini di Malaysia”.
“TikTok LIVE merupakan satu platform yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta ekpresi yang kreatif dan tulen. Menerusi program ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’, kami teruja untuk mencari pencipta kandungan yang paling kreatif dan berbakat di platform kami. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro untuk mempersembahkan bakat-bakat muzik terbaik di Malaysia, menjadikan ia satu inspirasi kepada komuniti kami serta mencipta pengalaman hiburan yang unik untuk pengguna kami. Kami berharap kolaborasi ini dapat membuka peluang kepada bakat-bakat muzik yang sedang menaik di seluruh negara untuk lebih berkembang di pelbagai platform. Kami juga komited untuk mencipta cara yang lebih seronok dan menghiburkan dalam meningkatkan komuniti pencipta-pencipta kandungan yang berbakat serta sedang berkembang. Kami turut menyokong apabila mereka berkongsi minat dan kreativiti mereka dengan seluruh dunia”, kata Pengurus Serantau TikTok LIVE, Melissa Yuen.
Mengekalkan format sama yang dipecahkan kepada beberapa fasa, uji bakat ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ akan berlangsung bermula 7 Mei 2024 hingga 24 May 2024 dengan membuka penyertaan kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Pengguna TikTok yang berbakat dan berminat boleh menyertai uji bakat ini dengan menghantar video nyanyian mereka berdurasi 10 minit ke aplikasi ini menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Selepas tarikh uji bakat ditutup pada 24 Mei 2024, peserta yang disenarai pendek oleh pihak Astro dan TikTok akan bertanding dalam segmen Multi-Guest yang akan dikendalikan sepenuhnya menerusi perkhidmatan penstriman TikTok LIVE. Para peserta boleh menunjukkan bakat nyanyian dan bakat muzik mereka dengan kehadiran salah seorang guru vokal terkenal untuk dipilih sebagai peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Peserta yang berjaya melepasi saringan ‘Multi-Guest’ akan dipilih untuk menjadi barisan peserta ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ yang bakal bersiaran pada Julai ini di Astro Ria (saluran 104).
Pelancaran ‘Gimme The Mic’ pada tahun 2023 lalu bertujuan untuk mencari pengguna media sosial, khususnya TikTok yang berbakat dalam bidang nyanyian dan muzik serta menyokong perjalanan muzik mereka dengan menyediakan ruang untuk mempersembahkan karya nyanyian masing-masing sehingga ke peringkat antarabangsa. Menerusi edisi kali ini, juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir ‘ TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’ bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut mengenai uji bakat dan program ‘TikTok LIVE Gimme The Mic Malaysia’, sila layari www.gempak.com
FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR | ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’
Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, THE EXPERTS bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures, mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya.
Lebih menarik, filem arahan oleh pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi, serta skrip oleh Penulis Polis Evo, Joel Soh ini, memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak. Selain mereka, pelakon ternama yang turut membintangi The Experts adalah Maya Karin, Douglas Lim, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir dan Michael Ang.
Menurut Penerbit Eksekutif The Experts merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, selepas sambutan kejayaan filem Sheriff, Astro Shaw persembahkan sebuah lagi filem yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan tidak pernah lagi ditampilkan dalam naskhah tempatan iaitu The Experts. Filem ini menggabungkan elemen komedi, keluarga, aksi, serta dibintangi para pelakon hebat dan versatil. Kami percaya ramai yang menantikan filem ini dan tambah teruja apabila menyaksikan video ‘teaser’ The Experts pada 24 April lalu. Buktinya ‘teaser’ tersebut menerima lebih 1.5 juta tontonan di platform media sosial Astro Shaw dalam tempoh kurang 24 jam berserta komen positif.”
“Kami sangat gembira berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan penerbit yang berpengalaman seperti ZAK Capital dan TGV Pictures untuk menjayakan filem ini. Sementara itu, kerjasama dengan Calpis Soda menerusi "Fizz Operation" menggabungkan kelebihan inovasi dalam memperluas jangkauan kami dan menetapkan era baru dalam pemasaran platform hiburan,” – tambah Raja Jastina.
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan menyatakan, "Di Calpis Soda, kami sangat teruja untuk meneraju pendekatan yang interaktif dan inovatif, serta mengukuhkan komitmen kami dalam membawakan pengalaman bermakna buat pengguna kami. Melalui kerjasama dengan 'The Experts' filem terbitan Astro Shaw, kami dapat menghasilkan sebuah iklan tv eksklusif, 'Operasi Fizz’, yang menampilkan pelakon The Experts, Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap. Watak mereka menghidupkan misi yang tegang untuk mendapatkan semula minuman Calpis Soda. Kemudian keluarga The Experts berkongsi minuman yang mereka dapatkan dengan semua orang dan berakhir dengan ganjaran utama, iaitu semua orang kini boleh menikmati rasa menyegarkan Calpis Soda. Air minuman ini boleh didapati melalui aplikasi My 7-Eleven."
Menggunakan tagline ‘Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar’, The Experts menyediakan pelbagai inisiatif pemasaran yang dirangka khusus untuk menambahkan lagi keterujaan penonton dan peminat.
Iklan Eksklusif : 'Operasi Fizz’
Jalin kerjasama strategik pemasaran bersama jenama air minuman, Calpis Soda. Menerusi kerjasama ini, Astro Shaw dan Calpis Soda mempersembahkan iklan eksklusif bertajuk 'Operasi Fizz’ dibawakan khas oleh Calpis Soda. Iklan komersial ini menampilkan pelakon daripada The Experts sendiri, Dato Aaron Aziz dan Ray Dapdap dengan memaparkan misi aksi ‘heist’ keluarga The Experts mengambil kembali air minuman Calpis.
‘Unlock The Safe’
Selain video iklan tersebut, peminat boleh mencabar kecekapan mereka dalam bermain ‘Unlock The Safe’ menerusi standee interaktif istimewa di lokasi pawagam TGV terpilih dan menangi cenderahati eksklusif The Experts dan Calpis Soda.
Langkah pertama: anda perlu menjawab soalan di portal Gempak untuk mendapatkan kod QR.
Langkah kedua : imbas kod tersebut di standee interaktif di TGV terpilih untuk memenangi hadiah eksklusif tersebut.
‘Heist The Truck’
Ikuti pelbagai lagi aktiviti menarik seperti, ‘Heist The Truck’, untuk peluang memenangi hadiah Petron baucar tunai dan hadiah barang kemas daripada Amee Phillips, serta banyak lagi hadiah menarik yang bernilai RM30,000. Tarikh bermula 12, 18 dan 25 Mei di lokasi yang akan diumumkan di media sosial Astro Shaw.
Sesi Jelajah Filem The Experts
Bagi yang ingin bertemu dengan pelakon-pelakon The Experts, boleh hadir ke sesi jelajah filem pada
• 24 Mei di Lembah Klang (TGV AU2, TGV Wangsa Walk, GSC MyTown);
• 25 Mei di Lembah Klang (TGV Rawang, MBO Quayside, Teluk Panglima Garang, TGV Bukit Tinggi, Klang);
• 26 Mei di Lembah Klang (GSC Setia City Mall, TGV iCity Central, MBO Space U83);
• 1 Mei di Seremban (GSC Palm Mall, TGV AEON Seremban 2, MmC Mesa Mall, Nilai);
• 1 Jun di Johor (GSC Paradigm Mall, TGV Tebrau, TGV Bukit Indah, TGV Mid Valley Southkey);
• 2 Jun di Melaka (GSC AEON Bandaraya, mmC Mahkota Parade, MBO Element X);
• 7 Jun di Kedah (Paragon Cinema, Alor Setar, GSC, Aman Central, Alor Setar, GSC Amanjaya, Sungai Petani);
• 8 Jun di Penang (GSC Sunway Carnival, TGV Bukit Mertajam, GSC Queensbay Mall);
• 9 Jun di Perak (MMC Kerian Central,MBO Taiping Central, TGV Taiping, TGV Klebang).
Tayangan Awal The Experts
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 21 Mei 2024 bermula 6.00 petang – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Lagu Tema Filem (OST)
Lagu tema rasmi The Experts tampil dengan runut bunyi yang mengangkat muzik jazz, bertajuk ‘Cinta Indah Buat Kanda’, dinyanyikan oleh Yuka Kharisma, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muzza.
The Experts turut menerima sokongan daripada rakan jenama Petron Malaysia, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Amee Philips dan PopLook.
Kisah The Experts bermula selepas sedekad meninggalkan kegiatan merompak, lima adik beradik kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu rompakan berisiko tinggi. Mereka juga berdepan dengan dendam lama, tragedi keluarga, dan bayangan sejarah kejahatan mereka. Setiap ahli keluarga perlu mengorbankan segalanya untuk melindungi keluarga mereka dalam misi paling sukar mereka.
Diterbitkan oleh Astro Shaw, manakala produksi oleh BlackFlag, The Experts menampilkan bintang- bintang terkemuka Malaysia seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat dan Michael Ang bakal temui penonton di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan. Gunakan #TheExpertsMovie
#BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.
**************************************
Tajuk : The Experts
Genre : Aksi “Heist”
Terbitan : Astro Shaw
Dengan Kerjasama : Zak Capital, TGV Pictures
Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit Eksekutif Bersama : Nazir Razak, Shaharul Rezza Hassan
Syarikat Produksi : BlackFlag Sdn Bhd
Penerbit : Joel Soh
Penerbit Penyelaras : Nana Azmi
Pengarah :Andre Chiew & Nazim Shah
Penolong Pengarah : Loy Yok Phin (Bunbun)
Skrip : Joel Soh
Lakon Layar : Joel Soh, Andre Chiew, Abilash Chandra, Mamu Vies, Kyle Goonting
Pengarah Fotografi : Tan Teck Zee
Penyunting : Lee Pai Siang
Pengarah Seni : Nazrul Asraff Mahzan
Kesan Visual : Viper Studios
Muzik Skor : Ricky Leonardi
Penata Bunyi : Hiro Ishizaka
Pereka Busana : Jessie Yeow
Penata Tatarias : Sue Lim
INFO FILEM
Bahasa : Melayu
Durasi : 121 minit
Lokasi Penggambaran : Lembah Klang
Jumlah Hari Penggambaran : 45 hari
Tarikh Tayangan di Pawagam : 23 Mei 2024
BARISAN PELAKON
Aaron Aziz sbg Farid
Syafiq Kyle sbg Keyrol
Mimi Lana sbg Emma
Remy Ishak sbg Amer
Ray Dap Dap sbg Lan
Hasnul Rahmat sbg Badhar
Wan Hanafi Su sbg Jaafar
Tony Yusof sbg Bashir
Maya Karin sbg Miranda
Douglas Lim sbg Ah Teck
Jay Iswazir sbg Glasses
OFFICIAL SOUNDTRACK
Lagu : Cinta Indah Buat Kanda
Artis : Yuka Kharisma
Durasi : Muzza
Komposer : Muzza
SINOPSIS
Kisah The Experts bermula selepas sedekad meninggalkan kegiatan merompak, lima adik beradik kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu rompakan berisiko tinggi. Mereka juga berdepan dengan dendam lama, tragedi keluarga, dan bayangan sejarah kejahatan mereka. Setiap ahli keluarga perlu mengorbankan segalanya untuk melindungi keluarga mereka dalam misi paling sukar mereka.
On 1 May 2024, at approximately 11:31 PM, a fire broke out at Babel in Suria KLCC. Nevertheless, the fire was swiftly contained due to the activation of the building’s firefighting system, combined with immediate response from emergency services, including the Fire and Rescue Department of Malaysia (BOMBA) and the Emergency Response Team (ERT).
BOMBA arrived at the mall at 11:48 PM and successfully extinguished the fire. No casualties or injuries were reported. We are diligently working to address any remaining concerns and ensure the safety and well-being of all patrons, retailers and staff.
Babel is temporarily closed for business until further notice, but the rest of the mall remains operational.
Filem nombor 1 tahun 2024, SHERIFF terus mendapat sambutan baik di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di pawagam seluruh negara dengan meraih kutipan RM44.5 juta untuk 14 hari tayangan rasmi.
Bukan itu sahaja, penonton juga memuji garapan luar biasa filem Sheriff dan menganggap watak-watak di dalam filem telah berjaya meninggalkan kesan kepada mereka.
Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam berkata, “Alhamdullilah atas sokongan padu ini. Sokongan ini adalah pemangkin buat pengkarya seperti kami untuk terus berusaha menghasilkan filem yang berkualiti. Terima kasih kepada semua penonton yang telah menjadi sebahagian kejayaan filem Sheriff ini.”
Bagi peminat yang ingin berjumpa dengan barisan pelakon Sheriff, jangan lupa untuk temui mereka di pawagam sekitar Lembah Kelang pada 3 Mei. Ikuti info di media sosial Astro Shaw untuk maklumat lanjut.