Movie Review | Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya (2024)

Tuesday, 30 April 2024


Directors: Amit Joshi, Aradhana Sah
Writers: Amit Joshi, Aradhana Sah
Cast: Shahid Kapoor, Kriti Sanon, Dimple Kapadia, Dharmendra
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Videos
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 143 minutes
Release Date: 9 February 2024 
Trailer :


Naskhah romantik komedi terbaru terbitan Maddock Films dan Jio Studios membuka kisah percintaan Aryan Agnihotri (Shahid Kapoor) bersama si cantik, SIFRA (Kriti Sanon). SIFRA adalah singkatan kepada Super Intelligent Female Robot Automation yang dicipta oleh Urmila Shukla (Dimple Kapadia), mak cik kepada Aryan. 

Lawatan sementara Aryan ke US sebagai smart robotics engineer bukan sahaja untuk melawat syarikat baru milik Urmila di California malah buatkan dia cuba mencipta sejarah percintaan manusia dan robot. Aryan cuba buktikan kepada Urmila yang SIFRA boleh mengubah masa hadapan di mana manusia tak ada masalah untuk hidup bersama robot. 


'Sifra has the ability to scanalyze the facial expressions. She can somewhat read and perceive emotions through them. And, since you're her administrator, she noticed your love and kissed you in response. She did it because you want it. Get it?' - Urmila

Urmila membantah perkahwinan mereka namun Aryan tetap berdegil kerana hati dia hanya terbuka untuk SIFRA. Bijak, cantik, tak ada masalah pula tu nak uruskan hidup dia. Aryan bawa SIFRA berjumpa dengan keluarga dia di India untuk uji ketahanan robot tersebut dengan kerenah dan kehendak keluarga tradisional India. Berjaya tak Aryan bina keluarga yang diimpikan bersama SIFRa, kena tengok lah filem ni. 


Sejak tahun lepas lagi dah tertunggu-tunggu untuk tengok filem Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya sebab fresh pairing – Shahid Kapoor dan Kriti Sanon. Masa Maddock Films release photo still lead pairing, ramai yang terkejut sebab chemistry diorang intense teruk. Bila tengok trailer, lagu-lagu promo dan full movie, memang bijak lah siapa yang cadangan supaya Shahid dan Kriti berlakon dalam satu filem romantik. Jadi angau terus tengok awwdorable moments Aryan dengan SIFRA dalam lagu Aakhiyan Gulab dengan Tum Se. 


Semua lagu dalam album Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya hasil gubahan barisan komposer seperti Tanishk Bagchi, Sachin–Jigar, Mitraz semuanya mebantu mengukuhkan lagi suasana romantik dalam kisah cinta mereka berdua. 

I super love rom-com movies yang dibikin mengikut template yang tepat macam movie ni sebab sinematografi top notch, CGI dia nampak smooth dan meyakinkan, music album best, chemistry on fire, outfit pula cantik belaka. Jangankan Aryan, I pun terpukau tengok kecantikan SIFRA setiap kali dia muncul walaupun cara dia ketawa tu kelakar. Outfit Kriti Sanon dalam lagu Laal Peeli Aakhiyaan ada kontroversi sikit lah sebab sama macam Deepika Padukone dalam movie Yeh Jawaani Hai Deewani (2011). I agree to that, Kriti do look nice with that outfit but Deepika pulled it off better. 


Tahun lepas Bollywood dah come up dengan filem Ra-One (2010) kemudiannya Attack: Part 1 (2022) di mana robot membantu tentera yang lumpuh kembali bertugas dalam operasi. Tahun ni Bollywood cuba wujudkan dunia percintaan dengan robot pula. It’s not a coincidence when they picked up this theme sebab India dah mula hasilkan robot untuk bidang ketenteraan dan medik. Jadi menerusi naskhah Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya ni lah kita boleh tengok betapa cekapnya robot menguruskan kerja-kerja pengurusan baik pejabat ataupun rumah. Ada kebaikan dan keburukan yang pengarah tunjukkan sepanjang 143 minit tayangan. 

Masa tengok filem ni macam nampak lah yang watak Aryan ni tipikal lelaki Asia yang perlukan isteri yang serba-serbi sempurna. Pandai, cantik, bagus memasak, jaga badan, pandai ambil hati keluarga mertua, dengar cakap tanpa melawan, pandai jaga rumah dan uruskan rutin harian suami. Bonus pula tu kahwin dengan robot sebab dia tak ada keluarga jadi Aryan tak payah serabut dengan keluarga isteri. Bukan Aryan saja yang suka dengan isteri macam ni, keluarga dia pun sama naik je. 


As entertainment, filem Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya ni menghiburkan lah walaupun ada beberapa lawak yang hambar dan masalah percintaan manusia dengan robot ni tak dikembangkan dengan baik tapi it’s a bit uncomfortable to watch lah bila kita nampak karakter tipikal Aryan ni. But that’s just me since penulis masukkan watak cameo untuk seimbangkan balik ketidakselesaan tu. 

p/s: Janhvi Kapoor and Shahid Kapoor reallllyyyyyy looks good together!!! Cast them pleaseeeee!!!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | Anak Perjanjian Syaitan 2 (2024)

Saturday, 27 April 2024


Pengarah:  Dr. Ahmad Idham
Penulis Skrip: Dr. Ahmad Idham 
Pelakon:  Eyka Farhana, Alif Satar, Fasha Sandha, Azlan Komeng, Dian P Ramlee, Azizah Mahzan, Sera Melissa, Shaharuddin Thamby
Syarikat Produksi: Grand Brilliance Studio
Pengedar:  Primeworks Studios
Genre: Seram / Misteri / Thriller
Durasi Tayangan: 89 minit
Tarikh Tayangan: 04 Januari 2024
Trailer:


Sekuel kepada filem Anak Perjanjian Syaitan (2019) di mana pasangan Cikgu Zaidi (Nadzmi Adhwa) dan isterinya, Azlinda (Chacha Maembong) menggunakan bantuan ilmu hitam untuk mendapatkan anak. Kini anak mereka, Azlinda (Eyka Farhana) menginjak ke usia 21 tahun di bawah jagaan Ibu Wati (Dian P. Ramlee) sejak Cikgu Zaidi meninggal dunia. 

Azlinda mula diganggu oleh makhluk yang menyerupai dirinya dalam keadaan yang lebih mengerikan. Makhluk tersebut berulang kali mengingatkan tentang perjanjian mereka. Ustaz Aznan (Azlan Komeng) yang pernah membantu ayahnya dahulu juga tak mampu melawan kuasa makhluk tersebut kerana Azlinda adalah sebahagian dari makhluk tersebut. 


Azlinda pergi ke pondok tempat Bonda Wiwin (Azizah Mahzan) mengajar kerana ketika dia masih kecil, Bonda Wiwin yang membantu menghalau makhluk tersebut. Sama seperti Ustaz Aznan, Bonda Wiwin juga tak mampu mengawal kuasa mahkluk tersebut. Keadaan semakin parah bila Emma (Sera Melissa) sering histeria dan takut kepada Azlinda. Ustazah Jamilah (Fasha Sandha) minta Bonda Wiwin halau Azlinda keluar dari madrasah sebelum keadaan menjadi lebih buruk. 

Pak Dolah (Shahrudin Thamby) dan anaknya, Ustaz Taha (Alif Satar) cuba untuk merawat Azlinda namun Azlinda sendiri kena lawan rasa takut tersebut dan banyakkan meminta bantuan dari Allah s.w.t.
Filem sekuel Anak Perjanjian Syaitan 2 berubah pengarah dan juga penulis jadi cerita tu tak seronok macam yang pertama. Semua pun sedia maklum kalau Dr. Ahmad Idham yang buat cerita, olahan dia masih stuck di zaman millenium. A bit disappointed lah sebab I suka dengan filem yang pertama. Sayang juga sebab barisan pelakon pun bagus tapi stuck dalam penulisan yang tak mampu kembangkan watak dengan baik. 


Para pelakon dah buat yang terbaik lah untuk watak masing-masing tapi lontaran dialog kaku benar. Rasa tak seronok langsung bila dengar diorang menyembang terutamanya watak Bonda Wiwin. Watak Ustazah Jamilah pun tak cerminkan peribadi ustazah. Faham lah dia takut dan risaukan pelajar-pelajar lain sebab pendamping Azlinda tapi apa usaha dia sebagai penjaga dekat situ. Takkan lah Tuhan bagi ujian macam tu, dia nak mengamuk lepastu meroyan dekat Bonda Wiwin? Si Azlinda tu tak layak dibantu ke sedangkan dosa tu dosa ibu dia? 

Tak pasti macam mana pemilihan pelakon dibuat tapi Eyka Farhana tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai watak utama. Tengok lakonan dia teringat lakonan Chacha Maembong tapi dalam anak Perjanjian Syaitan dulu, kelemahan lakonan Chacha tersorok dan fokus dekat watak-watak lain dan juga makhluk yang menganggu. 


Boleh kata naskhah Anak Perjanjian Syaitan 2 dicedok dari filem Makmum dan Qorin (2022) kerana jalan cerita yang lebih kurang sama dan berlatarkan di pondok pengajian Islam. Penggunaan CGI antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan naskhah seram terbitan Grand Brilliance Studio ni. 

Tengok ending akan ada installment ketiga tapi kalau penulis dan pengarah orang yang sama jugak, memang dah tahu lah hasilnya macam mana nanti. Sayang lah sebab idea naskhah ni kuat dan menarik juga kalau diikutkan. Twist yang dimasukkan pun menjadi tapi sayang lah banyak aspek lain yang melemahkan. 


Tak ada masalah pun kalau nak tengok secara santai tanpa peduli sangat dengan jalan cerita sebab bonus treats lah untuk peminat Alif Satar. Dalam filem ni boleh tengok dia mengaji surah Al-Mukminun. Sedap teruk suara dia sampai hantu Azlinda pun terpukau. Apatah lagi kita kan? So watch it at your own risk lah haaa gittew

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.4/10

Movie Review | Doh (2023)


Pengarah: Ariff Zulkarnain, Haris M. Nor
Penulis Skrip: Ariff Zulkarnain, Haris M. Nor
Pelakon: Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fatimah Abu Bakar, Fabian Loo, Taqim Zaki, Syed Irfan, Nik Rifaie, Nasir Jani, Amen Khalid
Syarikat Produksi: Indigo Films
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 85 minit
Tarikh Tayangan: 16 September 2023 (Tonton), 11 April 2024 (Netflix)
Trailer:


Berbekalkan slogan ‘Dari Doh Ke Hati’, filem arahan pengarah Ariff Zulkarnain dan Haris M. Nor mengisahkan tentang Faiz (Syafiq Kyle) yang menguruskan perniagaan roti kelapa, resipi Farhan Bakery sejak turun-temurun. Faiz rancang untuk ambil pekerja untuk menjaga kedai warisan tersebut tapi ibunya lebih suka kalau anak-anaknya sendiri yang meneruskan perniagaan tersebut. 

Kebanyakan pelanggan mula beralih ke Akhirnya Kini Pastry yang dimiliki oleh Yap (Fabian Loo) kerana rasa roti yang lebih sedap dengan pelbagai jenis pilihan. Roti kelapa yang dulunya menjadi kebanggaan Farhan Bakery sudah boleh dibeli di kedai roti yang baru dan cantik tu. Malah Yap juga seorang yang ramah dan aktif di media sosial sekaligus menarik perhatian ramai orang ke kedai rotinya. 

Faiz berusaha untuk dapatkan rasa roti kelapa yang sama seperti ayahnya jual dahulu tapi usaha Faiz bersama adik-adiknya, Farah (Aida Amron) dan Fathul (Fariz Isqandar) menemui jalan buntu. Faiz mula mengalah bila jualan semakin berkurang, konflik keluarganya juga semakin bertambah. Dia juga tak boleh tinggal lama di situ kerana kerjaya dia di Damansara. 

Naskhah Doh adalah buah tangan pertama dari syarikat produksi Indigo Films kepunyaan Syafiq Kyle selepas 3 tahun ditubuhkan. Filem ni patutnya keluar lebih awal tapi ada keutamaan lain jadi Syafiq pilih tahun 2023 sebagai tarikh bermakna untuk filem Doh. 

Doh berlatarkan pekan kecil di Ipoh sebagai latar tempat utama walaupun dialek kebanyakan watak di dalam filem tersebut tak pekat. Sinematografi yang digunakan dalam Doh menguatkan lagi panorama dan suasana masyarakat pekan kecil yang tenang, harmoni dan kekitaan. Filter yang hangat dan dreamy dipilih untuk menekankan hangat kasih sayang dalam keluarga kecil Faiz. Close-up digunakan untuk proses pembikinan roti kelapa antara highlight dalam filem Doh. 

Dari awal lagi dah nampak ke mana hala tuju filem Doh yang mengangkat tema kekeluargaan. Walaupun Yap adalah watak antagonis dalam Doh kerana kita lihat dari perspektif Faiz tapi sebenarnya Yap tak buat salah pun dengan buka kedai roti dan juga jual roti kelapa. roti kelapa bukannya hak milik eksklusif Farhan Bakery pun. 

Cara Yap berniaga pun guna formula yang tepat bila dia beramah mesra dengan penduduk kampung untuk tarik pelanggan ke kedai roti dia. Kita bila tengok kedai cantik pun kita teruja nak pergi kan? Sama lah dengan Akhirnya Kini Pastry yang guna dekorasi dan interior moden nak dibandingkan dengan Farhan Bakery. Yap tahu kelemahan dia adalah tak pandai buat roti jadi dia ambil chef yang pakar dalam roti. Resipi roti kelapa yang Farhan Bakery hasilkan tak ada resipi rahsia pun sebab tu rasa dia sama dengan Akhirnya Kini Pastry. 

Kenapa rasa roti kelapa yang Faiz buat tak sedap macam Akhirnya Kini Pastry walhal dia guna resipi yang sama ayah dia ajar? Sebab dia buat bukan dari hati. Jasad je dekat Ipoh tapi roh dia ada dekat Damansara. Sebab tu berangin je dia padahal Fathul buat salah sikit je. Paip pecah pun dia salahkan Farah padahal adik dia tak buat salah pun. Benda memang dah lama. 

Watak Mak Aini adalah watak reliever dalam naskhah Doh sebab dia pandai pujuk dan jaga hati anak-anak dia. Nampak macam dia sebelahkan Fathul sebab yang tu bongsu tapi betul juga dia cakap, sepanjang Faiz tak ada, adik yang seorang tu lah yang jaga mak. Masa Mak Aini pujuk Fathul jaga kedai pun comel je dia menyelit. Nostalgik lah masukkan nama kumpulan Moin sebab generasi sekarang mesti dah tak kenal siapa. 

Filem Doh diadun dalam template santai, sesuai untuk tontonan keluarga. All the best untuk Indigo Films in future. Semoga dengan filem Doh lebih banyak filem, telefilem atau drama bagus boleh dihasilkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Baby Reindeer (2024)

Friday, 26 April 2024


Director:  Weronika Tofilska, Josephine Bornebusch
Writer: Richard Gadd
Cast: Richard Gadd, Jessica Gunning, Nava Mau
Production Company: Clerkenwell Films
Distributor: Netflix
Genre: Dark Comedy / Psychology / Drama / Thriller 
Episodes: 7 episodes (40 minutes per episodes)
Release Date : 11 April 2024
Trailer : 


Diangkat dari pengalaman sebenar yang dialami oleh penulis Richard Gadd, drama tayangan khas terbaru Netflix berkisar tentang penderaan seksual dan stalker yang dialami oleh stand-up comedian, Donny Dunn (Richard Gadd). 

Kisah bermula dengan kehadiran seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an, berbadan gempal dengan riak wajah yang muram ke bar tempat Donny bekerja. Donny cuba pujuk pelanggan barunya dengan secawan teh panas. Dari perbuatan tersebut, Martha (Jessica Gunning) memperkenalkan diri dan mula berbual dengan Donny. 

Sejak dari perkenalan tersebut, Martha mula datang ke bar setiap hari dan memesan segelas Coke. Martha merupakan seorang peguam yang kaya-raya dan memiliki banyak aset. Dia kenal dengan beberapa selebriti dan tokoh terkenal. Setiap hari Martha akan bercerita tentang rutin harian di firma guaman dia tapi sekiranya habis topik, dia akan memuji Donny. Martha gelarkan Donny sebagai Baby Reindeer. Sejak Donny kenal Martha juga dia mendapat ratusan e-mail yang banyak dari wanita tersebut setiap hari. 

Donny berasa takut dan rimas dengan gangguan dari Martha tapi dia tak sampai hati untuk berkasar kerana rasa kasihan dengan wanita tersebut. Apatah lagi bila dia tahu Martha merupakan pesakit mental. Kekasih dia, Teri (Nava Mau) bertegas supaya Donny buat laporan polis tapi polis pun tak ambil pusing sebab lelaki diganggu oleh wanita. Sesuatu yang jarang berlaku, tambah pula Donny cuma diganggu melalui e-mail. 

Naskhah Baby Reindeer diadun dalam template black comedy lantas menjadikan isu sensitif dan pilihan-pilihan yang diambil oleh Donny tak dilihat keterlaluan. Memang susah nak terima jalan hidup Donny yang beria-ia mengejar karier sebagai stand-up comedian padahal tak berbakat atau kelakar pun. Lawak yang digunakan pun agak kasar, budaya yang biasa bagi masyarakat di sana tapi bukan untuk Asian. Makan penampar kalau kita buat lawak pasal kematian parents padahal orang tua elok je hidup lagi. 

Gangguan seksual yang dialami Donny Dunn agak melampau lah bila Martha sampai mencabul dan susah juga untuk dia bagitahu pihak polis tentang hal tersebut. Malu satu hal, membuka luka lama satu hal lagi. Nampak mudah lah bagi Teri untuk cari jalan penyelesaian tapi untuk Donny, benda tu satu hal yang besar. Nak pula bila Martha dah ada 3 kes jenayah sebelum berjumpa dengan Donny. 

Sinematografi Baby Reindeer tepat menggambarkan kehidupan watak-watak utama seperti Donny, Martha, Teri dan Darrien O'Connor (Tom Goodman-Hill). Mengukuhkan lagi suasana ngeri yang dialami oleh Donny apabila diganggu oleh Martha melalui e-mail yang dihantar. I yang tengok pun jadi takut sekali bila Donny keluar rumah sebab takut Martha muncul secara tiba-tiba. 

Lakonan Jessica Gunning sebagai Martha tinggalkan impak yang kuat pada penceritaan Baby Reindeer. Suara dia gelak betul-betul menghantui, terngiang-ngiang walaupun dah habis cerita. Kita dengar dalam 7 episod je, bayangkan Donny/Richard yang kena hadap setiap hari. Semua emosi dan ekspresi diluahkan dalam watak Martha sampai kita kenal dan faham macam mana mangsa dia takut untuk cari pasal. Tapi watak Donny pun bukanlah baik sangat, ada tindakan-tindakan dia yang menjengkelkan terutamanya bila dia pergi ke rumah Darrien lepas Martha ditahan oleh polis. 

Drama Baby Reindeer arahan Weronika Tofilska dan Josephine Bornebusch tak sesuai ditonton oleh penonton bawah umur sebab gangguan-gangguan seksual yang dipaparkan dan juga penggunaan bahasa yang kasar. Overall, Baby Reindeer is a good drama especially the ending part. A parallel scene untuk watak Donny dan Martha. Macam mana Martha muram datang bar jumpa Donny, macam tu la juga Donny muram bila dapat tahu punca kenapa Martha obsess dengan dia. 

p/s: You guys can watch Aitraaz and Kho Gaye Hum Kahan (2023) for similar topic and theme which suitable with our Asian culture. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

Thursday, 25 April 2024

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live | Kejayaan Kerepek Azaharfood Menunjukkan Kuasa Penglibatan Secara Langsung dan Pembinaan Komuniti

Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung, Kerepek Azharfood, penjual kerepek tradisional, mula guna Shopee Live pada Oktober 2023 dan kian membina hubungan kukuh dengan penonton. Penggunaan berinovatif mereka terhadap Shopee Live untuk berhubung dengan penonton dan dedikasi mereka dalam menggunakan bahan berkualiti tinggi pacu kejayaan dalam talian mereka yang membawa peningkatan jualan 80% dalam masa 6 bulan. Hari ini, Kerepek Azharfood terus berkembang maju dalam talian, memiliki lebih 100,000 pengikut setia di Shopee hasil kejayaan mereka mengadaptasi dunia digital. 

Kerepek Azharfood Menakrif Semula Penglibatan dengan Kandungan Shopee Live yang Menarik Perhatian 

Kerepek Azharfood nampak kekangan terhadap kedai fizikal dan secara aktif bertukar kepada strim langsung. Perubahan strategi ini membolehkan mereka mengembangkan kecapaian dan berhubung dengan penonton secara lebih meluas melalui penciptaan kandungan dalam talian yang lebih menarik perhatian ramai. 

Mohamad Syahme Bin Azhar, Pengurus Pemasaran Kerepek Azharfood menjelaskan, "Dengan strim langsung, kami menggunakannya sebagai alatan berkuasa untuk menjana penglibatan pelanggan. Kami bawa penonton menyaksikan apa yang berlaku di belakang tabir operasi kami di mana kami menunjukkan bagaimana setiap produk kami diproses dengan penuh teliti dari pembuatan kerepek ke pembungkusan.” Ketelusan Kerepek Azhafood ini mengukuhkan keyakinan pelanggan dengan dedikasi jenama ini terhadap kualiti.

Kerepek Azharfood menakrif semula penglibatan dalam talian dengan mengutamakan strim langsung yang sentiasa berlangsung dan tanpa gangguan. Pasukan Kerepek Azharfood tidak pernah berhenti berstrim langsung sejak hari pertama mereka menggunakan Shopee Live. Ada sesi yang dipanjangkan sehingga lapan jam yang memupuk hubungan rapat dengan komuniti mereka. Ketika strim langsung Ramadan pada bulan Mac 2024 baru-baru ini, mereka berjaya menarik perhatian 43,000 penonton, satu rekod baharu, yang meningkatkan jualan mereka melebihi 600 pesanan dalam satu sesi Shopee Live, iaitu peningkatan 6 kali ganda berbanding strim langsung yang dijalankan ketika bukan musim kemuncak.

Bina Komuniti Setia melalui Kualiti dan Fokus terhadap Pelanggan

Komitmen Kerepek Azharfood terhadap kualiti membawa impak positif terhadap pembinaan komuniti pelanggan yang setia dalam talian. Mereka mengutamakan maklum balas pelanggan melalui penambahbaikan resipi dan ujian rasa dengan menghantar sampel makanan kepada pelanggan yang memintanya. Cara pembungkusan berinovatif mereka memastikan kerepek yang mudah rapuh sentiasa segar dan selamat ketika penghantaran, dan dijamin dengan penawaran polisi pengembalian wang sepenuhnya jika kerepek rosak ketika penghantaran.

Mengenal pasti keperluan pelanggan yang berpelbagai, Kerepek Azharfood menawarkan pelbagai jenis saiz kerepek, dari pek hidangan tunggal ke pilihan yang sesuai dimakan beramai-ramai. Kerepok Tortilla Nachos 1KG, merupakan produk terlaris mereka sejak 2018 di mana 43,800 paket telah terjual dan memiliki rating produk 4.9-star bintang dari 19,600 pelanggan. Produk terlaris mereka yang lain adalah Kacang Gajus yang terjual dalam anggaran 1,900 paket setiap bulan sejak pelancaran, dengan sejumlah 9,100 pelanggan yang berpuas hati.

Dedikasi Kerepek Azharfood terhadap kualiti dan interaksi jujur dengan pelanggan menjana efek pemasaran mulut ke mulut dari pelanggan yang berpuas hati terhadap produk dan khidmat mereka. Syahme berkata, "Kami percaya dengan penggunaan bahan terbaik dan mengekalkan keaslian resipi tradisional. Tetapi hubungan yang kami bina dengan pelanggan kami yang membezakan kami dengan penjual lain. Kami amat menghargai setiap maklum balas dan review yang dikongsi. Dengan komuniti yang dibina, kami berjaya mencapai 27,000 rating positif terhadap produk kerepek kami!” Pujian organik yang diterima dari pelanggan kami ini memainkan peranan penting dalam membina pengikut setia Kerepek Azharfood.  

Kisah kejayaan Kerepek Azharfood menunjukkan bagaimana perniagaan tradisional boleh berjaya dalam dunia digital dengan berpandangan jauh, fokus terhadap pelanggan, dan kesediaan untuk beradaptasi. Pesanan Syahme kepada penjual lain, “Jangan tunggu sehingga ada masa yang ideal untuk memulakan Shopee Live. Shopee sentiasa ada untuk menyokong anda dalam setiap langkah.” Tambahannya lagi, “Platform Shopee yang mesra pelanggan membuatkan penstriman langsung menjadi mudah - dengan hanya penyenaraian satu produk, anda boleh berstrim langsung di aplikasi ini. Tiada alatan rumit diperlukan!” 

Syahme secara lanjutnya mengetengahkan bahawa menjangkaui penggunaannya yang mudah, Shopee Live menawarkan rangkaian ciri yang berinteraktif untuk mengekalkan penglibatan penonton termasuk ciri undian, cabutan bertuah, dan baucar dan Shopee Coins eksklusif untuk sesi Live. Elemen-elemen ini dan digabungkan dengan komen yang diterima secara langsung dan peringatan strim langsung, memastikan pengalaman membeli-belah dinamik dan berinteraktif menyeluruh kepada penjual dan penonton.


******************************

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Filem aksi thriller terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, SHERIFF terus mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara dengan menerima sambutan memberangsangkan daripada penonton dan sekali gus meraih kutipan panggung sebanyak RM22.1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan rasmi. 

Rata-rata penonton dalam mood ‘#DemamSheriff’ selepas menyaksikan filem arahan Syafiq Yusof dan berpuas hati dengan jalan cerita serta lakonan menyerlah oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan semua yang terlibat. Malah, penonton dan peminat mula melakonkan semula babak-babak daripada treler Sheriff dan menjadi tular, di samping ada yang mulakan hashtag #TeamSheriff dan #TeamMethKiller. 

Penerbit Eksekutif Sheriff merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdullilah dan terima kasih penonton Sherifff yang telah memberikan reaksi luar biasa. Melihat respon penonton yang sudah menonton Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan ‘plot twist’ yang di luar jangkaan. Memasuki minggu kedua, segelintir penonton sudah mula ulang menonton Sheriff lebih tiga kali di pawagam. Kutipan RM22.1 juta meletakkan Sheriff sebagai filem tempatan nombor 1 tahun 2024. Sekiranya sambutan menggalakkan ini berterusan, insyaallah Sheriff akan mencipta sebuah lagi sejarah dengan meraih kutipan luar biasa. Kami mengharapkan penonton yang belum menyaksikan Sheriff tidak akan ketinggalan merasai ‘#DemamSheriff’ dan menikmati sebuah naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza.”

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff.

Program baharu ‘The Hardest Singing Show’ cabar vokal dan kreativiti penyanyi hebat tempatan di Astro | Bermula 12 Mei, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO & sooka

Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, ‘The Hardest Singing Show’, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan. Program ini bakal menemui pelanggan Astro bermula 12 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’, dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka. Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti para peserta. Konsep tambahan ini menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir mereka serta kedudukan dalam pertandingan sehingga ke minggu akhir.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan program realiti terbaharu Astro, ‘The Hardest Singing Show’ kepada para penonton. Konsep ini buat pertama kalinya mempertaruhkan kehebatan dan keunikan ‘showmanship’ dalam persembahan sebagai elemen utama, selain kemantapan vokal yang bakal menjadi tarikan penonton untuk menyaksikan program ini. Para penonton juga bakal menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka melakukan persembahan yang luar biasa mengikut kreativiti dan pada masa yang sama, peserta perlu mengawal kestabilan vokal nyanyian.

Sebagai salah satu program ‘signature’ terbesar kami pada tahun ini, kami ingin memastikan ia kekal berdaya saing dan relevan di dalam industri nyanyian yang kian berubah. Oleh itu, pembaharuan format ini ditambah untuk memberi keunikan kepada rancangan-rancangan nyanyian kami yang sering mendapat sokongan padu daripada para penonton dan peminat. Kami yakin ‘The Hardest Singing Show’ bakal memberi pengalaman baharu kepada semua termasuk barisan peserta ternama yang akan bersaing dalam rancangan ini serta barisan juri dan hos yang juga mempunyai peranan hebat dalam dunia hiburan.

Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetics yang sudi menaja rancangan terbaharu kami pada kali ini. Kami berharap penganjuran ‘The Hardest Singing Show’ bersama Alha Alfa Cosmetics dapat menambat hati para penonton daripada setiap pelosok dunia dengan keistimewaannya tersendiri serta menyerlahkan bakat-bakat tempatan yang ada di negara kita,” tambah Norzeha.

Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu menerusi rancangan pertandingan nyanyian terbaharu Astro ini merupakan 9 peserta individu dan berkumpulan terdiri daripada penyanyi terhebat kini, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Manakala pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose yang akan menggemudi rancangan ini. Manakala bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Penerbitan ‘The Hardest Singing Show’ diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, serta turut dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak selaku rakan digital dan ERA sebagai rakan radio rasmi.

PENJURIAN & TRIVIA ‘THE HARDEST SINGING SHOW’

• Persembahan setiap peserta menerusi ‘The Hardest Singing Show’ akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu “The Hardest Gempak Meter” pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi www.gempak.com/thehardestsingingshow.

• Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul ‘I’m The Best’ dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

INFO SIARAN ‘THE HARDEST SINGING SHOW’

‘The Hardest Singing Show’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

PENAJA UTAMA : ALHA ALFA COSMETICS

MENGENAI ALHA ALFA COSMETICS

Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd diasaskan oleh jurumekap profesional tanahair dan kini selaku Ketua Pengawai Eksekutif iaitu Dato’ Sri Abdul Al Halim Bin Mohd AlFadzil. Beliau menggalas empayar ini bersama-sama tulang belakang 2 figura penting iaitu Encik Mohd AlFareed Bin Mohd AlFadzil selaku Pengarah Urusan di dalam Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd dan Dato’ Syamsul Amry Bin Hussin selaku

Ketua Pegawai Kewangan. Dato’ Sri Alha Alfa telah meletakkan satu fenomena yang berbeza di dalam dunia pemasaran produk kosmetik. Berbekalkan tagline pemasaran iaitu Perbezaan Itu Keunikan Kita, produk Alha Alfa Cosmetics sekaligus membawa mesej penting tentang kelebihan setiap produk Alha Alfa Cosmetics, dan ia berjaya menembusi pasaran di serata tempat di Malaysia dengan sekaligus membina jenama yang cukup disegani dan dipercayai.

Bermula sekitar 6 tahun sebelumnya, Alha Alfa Cosmetic telah memasarkan beberapa jenis produk asas solekan yang telah menambat hati pengguna di Malaysia sehingga melahirkan pelbagai jenis produk solekan yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Selain daripada itu produk penjagaan kulit juga kini telah dipasarkan. Kewujudan produk Alha Alfa Cosmetics di pasaran bukan lagi asing apabila ramai di kalangan selebriti, jurumekap professional tanahair, dan mereka yang gemar bersolek sering meletakkan produk Alha Alfa Cosmetics adalah pilihan utama di dalam rangkaian koleksi peribadi masing-masing.

Sepanjang penglibatan dan penubuhan jenama Alha Alfa Cosmetics di Malaysia, pelbagai pencapaian telah diraih. Dato’ Sri Alha Alfa Cosmetics telah berjaya menerbitkan sebuah program realiti yang berkonsepkan solekan dan tatarias. Malaysia Top MUA adalah program yang berdurasi 30 minit, 10 episod dan ia telah disiarkan di Stesen TV Astro pada tahun 2020. Lanjutan dari pencapaian dan pengalaman ini, sekali lagi jenama ini tampil untuk mencipta fenomena bersama program realiti TV, siaran TV Astro ‘The Hardest Singing Show’ yang meletekan nama Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama di program yang dinantikan ini. Bukan itu sahaja, pencapaian jenama Alha Alfa Cosmetics juga menjadi bualan media di kalangan usahawan sehingga mengangkat produk ini antara yang berjaya di arena kecantikan & solekan. Malaysia Prestigious Industry 2019 mengangkat nama Alha Alfa Cosmetics sebagai produk yang diyakini di dalam 3 kategori pencapaian yang berbeza iaitu [Most Trusted Cosmetic Brand], [Young Intrapreneur Of The Year 2019] & [Prestigious Entrepreneur Of The Year 2019] dan yang terbaru, Leading Entrepreneur Beauty and Cosmetic Award 2022.

Jika di lihat dalam tempoh 6 tahun pembabitan Alha Alfa Cosmetics di dalam dunia perniagaan solekan dan kecantikan, ia mampu membawa jenama ini berkolaborasi dengan lebih maju dan melahirkan ramai anak didik yang berkemahiran di dalam dunia solekan. Dato’ Sri Alha Alfa juga telah berpengalaman lebih dari 10 tahun mengendalikan bengkel solekan secara peribadi dan juga dibawah anjuran Alha Alfa Cosmetics. Bengkel solekan ini juga telah mendapat tempat di luar Malaysia seperti Indonesia, Brunei & Singapura. Kemahiran beliau selaku jurusolek profesional mampu memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna untuk mereka yang ingin menjadikan kemahiran solekan sebagai profesion di masa hadapan.

SHERIFF TERUS CATAT KEJAYAAN, RAIH RM16.3 JUTA UNTUK EMPAT HARI & SATU HARI TAYANGAN AWAL

Monday, 22 April 2024

Filem SHERIFF terus mencatat kejayaan cemerlang apabila bejaya meraih kutipan RM16.3 juta selepas empat hari tayangan dan satu hari tayangan awal sejak 18 April lalu. Sheriff arahan Syafiq Yusof, membariskan pelakon hebat Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi serta membabitkan dua penerbit terkemuka iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw. 

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam berkata, “Syukur Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem Sheriff. Pihak kami bersama barisan pelakon ada mengunjungi pawagam-pawagam di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu lalu, dan rasa amat teruja serta terharu melihat reaksi luar jangkaan penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang. Meskipun rakan-rakan media serta peminat mula berteka-teki mengenai sejauh mana kutipan Sheriff, namun masih terlalu awal untuk meletak harapan tinggi dan kami sentiasa bersyukur dengan momentum positif ini. Terima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini.” 

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff.

Para pelanggan Astro dijemput hadir untuk memeriahkan ‘HELLO Nu Sentral’, program eksklusif kesetiaan pelanggan yang dibawakan oleh Astro Rewards and NU Sentral, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pra-tonton drama-drama terbaik, sesi beramah mesra bersama bintang-bintang tanah air serta persembahan daripada penyanyi tempatan, pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Para pengunjung berpeluang untuk menikmati pra-tayangan promosi drama-drama terbaharu yang mengujakan terbitan Astro Originals termasuk ‘Framed’, dibintangi Meerqeen dan Mimi Lana, bermula 3 Mei, 9 malam, di Astro Premier (Saluran 410); slot Megadrama ‘Cinta Untuk Sekali’, lakonan Meerqeen dan Erysha Emyra; ‘Bunga Salju’, lakonan Hisham Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan, bermula 20 Mei, 6 petang serta drama-drama terbaik yang bersiaran di Astro seperti karya terbaik Siti Rosmizah, ‘Takdir Itu Milik Aku’ dan ‘Malang Si Puteri’.

‘HELLO NU Sentral’ juga bakal menampilkan kehadiran bintang-bintang terhebat tanah air untuk sesi beramah mesra bersama pelanggan termasuk Meerqeen, Mierul Aiman, Fasha Sandha, Malek McCrone, Qasrina Karim, Emma Maembong, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Erysha Emyra, Hisham Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini dan ramai lagi yang akan membuat persembahan dengan lagu-lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama-drama terbaik di Astro.

Pelanggan Astro boleh membuat tempatan ‘Meet & Greet’ untuk bertemu selebriti kegemaran bermula 9 hingga 24 April, di aplikasi My Astro. Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘HELLO NU Sentral’, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

Ramadhan 2024 | Kelapa dan Ketupat

Sunday, 21 April 2024

Setiap kali balik beraya dekat kampung, aktiviti menganyam ketupat adalah antara aktiviti wajib. Tapi walaupun wajib, tak semestinya tangan I mampu menganyam ketupat palas dengan sempurna. Bukan takat sempurna, jadi seperti yang sepatutnya pun belum tentu. 


Umi: Chaq, mangkit pi parut kelapa sat
Chaq: Eiii tak mau lah parut kelapa. Satgi tangan luka macam mana, dah nak raya dah ni. 
Umi: Eiii hang pi lah beli dekat pekan dah kalau tak mau ka
Chaq: Nak berapa? 
Umi: 2 kilo cukup kot. Eiiii Tokwan hampa pi jual buah kelapa dekat orang, mai dekat cucu dia dok buat takmau parut kelapa pastu pi beli kelapa parut dekat orang. Harga lagi mahal dari buat sendiri
Me: Kita jana ekonomi setempat.



Dah dapat kelapa, dah tanak pulut, bermulalah aktiviti menganyam ketupat. Daun palas tu dah ambil dekat pokok palas masa subuh tadi tapi tak banyak sangat. Daun pun kecil halus je, tak macam daun palas dekat pekan. Kitorang buat ketupat ni masa Ramadhan ke-28, itupun dah ramai yang kecoh sebab ada yang cakap esoknya raya tapi dalam kalendar tunjuk 1 Syawal jatuh hari Rabu. 

Plan tak nak anyam banyak pun ketupat palas ni sebab kitorang nak beraya dekat Kuala Nerang masa raya pertama tapi sebab pulut ada banyak, terpaksa lah habiskan. Sayang pulak nak bazir sebab ketupat ni boleh bekukan. Daun palas yang mak I ambil subuh tadi dah habis makanya keluar ke belah kanan rumah nak ambil daun palas baru. Tak tahu lah bila masa tok tanam pokok palas ni sebab sebelum pkp dulu tak ada lagi. 



Jenuh la jugak nak mengait daun palas sebab pokok yang belum kembang tu terlindung so nampak tak nampak je bila nak kait. Dah la pakai galah tinggi, berat pulak tu. Nasib baik lah berjaya jugak dapat dua tangkai. 



Sepetang jugak lah buat ketupat ni sebab nampak je bertiga tapi sebenarnya yang anyam dua orang je itupun satu tangan laju, satu tangan lagi sederhana, satu tangan lagi terpaling teruk. Tok I dah anyam 10 ketupat, I baru anyam 1 itupun kena touch up balik dengan mak I.


Nampak tak beza ketupat palas I dengan tok I buat? Walaupun ketupat I tak berapa nak jadi tapi kira ketupat ni ketupat palas 3 generasi hshshs siapa yang bertuah je dapat makan. 


Dah settle bab ketupat terus rebus dalam kuali. Lepastu baru je nak layan drama Korea, tok dah ajak keluar cari asam limau. Asam limau tu limau nipis. Tok tanam dua pokok dekat area kebun tebu. 


Besar tak besar lah pokok dia tapi tak banyak pun limau nipis kitorang dapat sebab haritu Tok baru je kutip. Kitorang kat limau nipis pun kemain riuh suara sebab kait guna galah. Sorang tolong pegang ranting pokok, sorang lagi tolong potong tangkai guna galah. Pastu dapat pakej kena gigit dengan kerengga. Demmmm. 


Sebakul ni pun tak penuh, itupun ada yang kitorang kutip dekat tanah. Tok kata dia nak makan air asam sebab tu dia nak kutip limau nipis. Masa beli daun palas tu Tokwan ada beli daging sekali. Lepastu dah singgah belakang, kutip lah sekali daun putat. 







Bila tengok kawasan kebun tebu dekat belakang rumah Tok ni baru perasan yang kawasan belakang ni luas teruk. Dulu sebelum tanam tebu, Tokwan tanam padi tapi tak tahu lah kenapa dia buang. Malas nak jaga kot. Tengok banyak pokok buah ni rasa nak balik masa raya Haji sebab masa tu dah banyak buah matang. Nak makan durian, manggis dengan cempedak. Aaaaaa sedapnya makan cempedak goreng fresh! 

Anyway, settle entry bulan puasa, lepasni update entry beraya pulak. Tengok ramai yang update entry bulan puasa dengan raya, kita pun nak share pengalaman berpuasa dan beraya dekat kampung macam mana.