Ramadhan 2024 | Kelapa dan Ketupat
Sunday, 21 April 2024
Setiap kali balik beraya dekat kampung, aktiviti menganyam ketupat adalah antara aktiviti wajib. Tapi walaupun wajib, tak semestinya tangan I mampu menganyam ketupat palas dengan sempurna. Bukan takat sempurna, jadi seperti yang sepatutnya pun belum tentu.
Umi: Chaq, mangkit pi parut kelapa sat
Chaq: Eiii tak mau lah parut kelapa. Satgi tangan luka macam mana, dah nak raya dah ni.
Umi: Eiii hang pi lah beli dekat pekan dah kalau tak mau ka
Chaq: Nak berapa?
Umi: 2 kilo cukup kot. Eiiii Tokwan hampa pi jual buah kelapa dekat orang, mai dekat cucu dia dok buat takmau parut kelapa pastu pi beli kelapa parut dekat orang. Harga lagi mahal dari buat sendiri
Me: Kita jana ekonomi setempat.
Dah dapat kelapa, dah tanak pulut, bermulalah aktiviti menganyam ketupat. Daun palas tu dah ambil dekat pokok palas masa subuh tadi tapi tak banyak sangat. Daun pun kecil halus je, tak macam daun palas dekat pekan. Kitorang buat ketupat ni masa Ramadhan ke-28, itupun dah ramai yang kecoh sebab ada yang cakap esoknya raya tapi dalam kalendar tunjuk 1 Syawal jatuh hari Rabu.
Plan tak nak anyam banyak pun ketupat palas ni sebab kitorang nak beraya dekat Kuala Nerang masa raya pertama tapi sebab pulut ada banyak, terpaksa lah habiskan. Sayang pulak nak bazir sebab ketupat ni boleh bekukan. Daun palas yang mak I ambil subuh tadi dah habis makanya keluar ke belah kanan rumah nak ambil daun palas baru. Tak tahu lah bila masa tok tanam pokok palas ni sebab sebelum pkp dulu tak ada lagi.
Jenuh la jugak nak mengait daun palas sebab pokok yang belum kembang tu terlindung so nampak tak nampak je bila nak kait. Dah la pakai galah tinggi, berat pulak tu. Nasib baik lah berjaya jugak dapat dua tangkai.
Sepetang jugak lah buat ketupat ni sebab nampak je bertiga tapi sebenarnya yang anyam dua orang je itupun satu tangan laju, satu tangan lagi sederhana, satu tangan lagi terpaling teruk. Tok I dah anyam 10 ketupat, I baru anyam 1 itupun kena touch up balik dengan mak I.
Nampak tak beza ketupat palas I dengan tok I buat? Walaupun ketupat I tak berapa nak jadi tapi kira ketupat ni ketupat palas 3 generasi hshshs siapa yang bertuah je dapat makan.
Dah settle bab ketupat terus rebus dalam kuali. Lepastu baru je nak layan drama Korea, tok dah ajak keluar cari asam limau. Asam limau tu limau nipis. Tok tanam dua pokok dekat area kebun tebu.
Besar tak besar lah pokok dia tapi tak banyak pun limau nipis kitorang dapat sebab haritu Tok baru je kutip. Kitorang kat limau nipis pun kemain riuh suara sebab kait guna galah. Sorang tolong pegang ranting pokok, sorang lagi tolong potong tangkai guna galah. Pastu dapat pakej kena gigit dengan kerengga. Demmmm.
Sebakul ni pun tak penuh, itupun ada yang kitorang kutip dekat tanah. Tok kata dia nak makan air asam sebab tu dia nak kutip limau nipis. Masa beli daun palas tu Tokwan ada beli daging sekali. Lepastu dah singgah belakang, kutip lah sekali daun putat.
Bila tengok kawasan kebun tebu dekat belakang rumah Tok ni baru perasan yang kawasan belakang ni luas teruk. Dulu sebelum tanam tebu, Tokwan tanam padi tapi tak tahu lah kenapa dia buang. Malas nak jaga kot. Tengok banyak pokok buah ni rasa nak balik masa raya Haji sebab masa tu dah banyak buah matang. Nak makan durian, manggis dengan cempedak. Aaaaaa sedapnya makan cempedak goreng fresh!
Anyway, settle entry bulan puasa, lepasni update entry beraya pulak. Tengok ramai yang update entry bulan puasa dengan raya, kita pun nak share pengalaman berpuasa dan beraya dekat kampung macam mana.