Plan iftar ni hampir tak jadi sebab plan asalnya nak beraya sama-sama sebab bulan puasa memang malas nak berbuka dekat luar. Bersesak nak ambil tempat lepastu nak solat Maghrib lagi. Tapi disebabkan Ayat akan pindah ke Tangkak, Johor jadi nak tak nak kena juga jumpa untuk kali terakhir buat masa ni. Dah dapat tempat untuk iftar, dekat Seoul Garden Korbi Grill, set hari Khamis tapi Syiqah kena demam selsema pulak.
Masa anjak ke Selasa minggu depannya takut juga tak jadi sebab jarang plan yang rancang awal ni menjadi kan? Tapi alhamdulillah menjadi jugak. Lepas habis kerja terus pergi ke MyTown naik MRT. Tapi sakit juga lah nak berjalan dari stesen MRT ke Seoul Garden Korbi Grill ni sebab perut dah lapar. Energy banyak nau kena guna.
Bila dah sampai tu nampak papan tanda yang semua table dah full. Syiqah tinggalkan phone number supaya Seoul Garden Korbi Grill ni call untuk second round reservation. Naik Tingkat 5 menuju ke surau pun beratur sampai ke luar sebab ramai sangat orang. Nasib baik lah tak lama tunggu dekat luar tu sebab masing-masing dah ambil wudhu. Masuk je azan Maghrib terus solat.
Untuk bulan Ramadhan, ada promo set tapi agak besar lah set tu untuk 8-9 orang makan. Kitorang 4 orang je masa tu nak pula masa berbuka makan sikit je jadi ambil Party Set je.
3 Chicken (Bulgogi, Keopi & Special Marinated)
3 Beef (Bulgogi, Keopi & Special Marinated)
Imported Wagyu (100gm)
Kimchi Seafood Hot Pot
Hot & Spicy Wing Sticks (3pcs)
Korean Soy Wing Sticks (3pcs)
White Rice X 4
Apple Tea X 2
Lemon Mint Tea X 2
Sepatutnya ada apple tea tapi habis masa tu jadi semua orang ambil lemon mint tea.
Masa pilih tempat untuk iftar ni dah baca
review jujur dari blogger Arief Redza sebab tu confident nak makan dekat sini. Bergaduh jugak dengan Syiqah sebab dia nak sangat makan dekat Nabe Hotpot tapi I tak nak. Satu sebab mahal lepastu kena tunggu lama. Pilihan makanan dia tak banyak pun untuk range harga yang dia provide. Satu kepala RM60, 4 kepala dah berapa? Pilihan makanan dah lah tak banyak lepastu iftar bukannya beria sangat nak makannya pun.
Party set Seoul Garden Korbi Grill ni tak lah banyak sangat tapi untuk makan masa berbuka memang lebih dari cukup. Nak pula masa iftar tu banyak benda kitorang sembang, pasal majlis kahwin Ayat dengan plan lepas kahwin dia. Syiqah ambil tugas grill daging dari awal.
Nasi putih dalam set party ni kecil je tapi kalau nasi putih Korea jenis sticky jadi cepat kenyang. Kimchi Seafood Hot Pot dia sedap, ada banyak seafood dekat dalam tu tapi pot dia kecik wei. Nasib baik lah iftar, perut cepat penuh. Kalau hari biasa, memang mintak tambah sebab tak cukup. Rasa kuah dia tak lah masam dan bercuka sangat, semua tekak boleh telan. Tapi kitorang semua layan makanan Korea jadi tak ada masalah sangat. Yang nyeom chicken dia a bit manis to me tapi bila makan dengan nasi tak lah terasa sangat.
Masa makan ni kitorang tak sedar pun daging wagyu yang mana satu sebab lebih kurang je rasa semua daging. Tak sama dengan wagyu dekat Don Donki jual tu. Tapi kena lah dengan harga kan, nak yang rasa premium, kena pergi beli yang mahal lah. Side dishes untuk party set ni semua sedap - kimchi timun, kimchi kobis dengan bayam habis licin. Sos cicah untuk daging ada dua pilihan - sos cili hijau dengan merah.
Seronok je makan dekat sini sebab makanan sedap tapi yang tak syok bila meja tu kecil untuk 4 orang. Memang lah bekas daging tu stackable tapi bukan semua daging boleh grill sekaligus. A bit uncomfortable lah dekat situ sebab Seoul Garden biasa pun mejanya kecil tapi makanan tak datang serentak. Kita ambil sikit dekat kaunter lepastu grill. Dah habis baru ambil lain pulak. Dekat Korbi Grill ni meja kena besar lah kalau semua menu nak letak semua atas meja.
Anyway, lepas habis makan kitorang nak makan aiskrim dekat Family Mart tapi aiskrim habis pulakkkk. Sudahnya kitorang bergambar je sebelum balik. Sedih nak balik sebab dah susah nak lepak sama lepas ni tapi kena balik jugak lah sebab MyTown nak tutup, husband ayat pun dah whatsapp T.T
Lepas habis Degree tahun 2016 kitorang pernah reunion dekat Festival City lepastu jumpa balik lepas PKP, pergi open house Syiqah and this one last lah dapat lepak sama-sama sebab Ayat dah kahwin lepastu pindah ke Johor. Entah bila pulak nak lepak lagi sebab kalau I dengan Syiqah je melepak memang krik krik. Semua dalam geng sekolah BTS dah kahwin dah, tinggal kitorang berdua je belum lagi. Bila entah nak sampai seru hihu