Ramadhan 2024 | Program Raya Astro 2024

Sunday, 21 April 2024

Tahun ni dapat jemputan ke Program Raya Astro sama macam tahun lepas. Bezanya tahun ni pengumuman buat lebih awal jadi senang lah untuk minta half day tapi I tak apply sebab nak gerak lepas office hour. Tapi silap besar buat macam tu sebab jam 4 dah sesak teruk. Grab pun tak ada sebab semua stuck dalam jam gara-gara hujan. Menyesal lah sebab tak dapat interview ramai artis dan join Q&A session untuk program-program raya Astro untuk tahun 2024. 


Venue masih lagi sama macam tahun lepas, di Le Meridien Petaling Jaya. Sebelum ke Ballroom, ada press conference di Tingkat 3. Masa registration pun dapat meja sama macam tahun lepas tapi okay je lah sebab dekat dengan makanan. Sebelum berbuka tak payah bergerak jauh untuk ambil menu yang kita nak. 




Masa nak ambil makanan ni adik I hampir belanggar dengan Dina Nadzir sebab meja kitorang dekat. Nasib lah tak accident, Dina pun chill je cakap it's okay its' okay. 



Menu wajib ambil - Kambing Golek. Tahun ni tak ada Sup tulang jadi kita makan ala kadar je. Lasagna dekat sini sedap. Mi kari pun sama. Tak lama pun makan sebab rushing pergi solat Maghrib lepastu datang balik untuk join interview artis lain. I sempat join Naim Daniel dengan Zul Ariffin je sebab dah ramai artis lain nak balik. 





Toleh sebelah nampak Blimey terus ajak bergambar sekali tapi lupa nak tanya diorang pergi konsert TREASURE jugak tak tahun ni. A bit shy shy cat nak sembang Korea dengan Blimey sampai annyeong pun tak tersebut. 


Jalan depan sikit ternampak Shila Amzah dengan Ubai tengah bergambar dengan wartawan. At first tak sempat nak bergambar dengan Shila sebab lepas bergambar dekat sini terus diorang bergerak ke kawasan escalator. Sedih lah sebab nak jumpa Shila rupanya diorang u-turn masuk dewan balik. 


Terus panggil Shila ajak bergambar. I tak menyembang banyak pun dengan Shila sebab dia tengah sarat, takut dia penat berdiri. Masa nak bergambar tu terjoin sekali drama suami isteri ni. 


Shila: Betulkan la rambut u terkeluar dari songkok tu


Dah segak balik Ubai hshshs

Ingatkan Ubai ni sejenis extrovert, tak segan berjumpa orang sebab dia content creator rupanya dia sejenis shy shy cat jugak. Masa Shila bergambar dengan media pun dia tunggu belakang sebab tak biasa tengok kamera banyak sangat. 



Duta untuk Program Raya Astro 2024 ramai tahun ni. Tahun lepas Nadhir Nasar dengan Qasrina je tapi tahun ni ada Hun Haqeem, Mierul Aiman, Merqeen dan Erysha. Handsome teruk Hun Haqeem dekat event ni. Tahun lepas dah bergambar dengan dia, tahun ni pun nak lagi. 




Dah habis bergambar dekat luar, kitorang masuk dalam balik sebab nak jumpa Mierul Aiman. Tahun lepas tak sempat jumpa dia pun sebab busy nau lepas berbuka. Tahun ni dia jadi duta so kena layan sampai tetamu balik. Itupun masa kitorang nak ajak bergambar, lama nau dia berborak dengan Merqeen. 


Tahun ni tak ramai pun artis atau selebriti yang datang Program Raya Astro ni. Kalau datang pun ramai yang dah balik. Masa dekat majlis ni nampak Faizal Hussein, Noreen, Amir Ahnaf, Hael Husaini tapi tak sempat approach pun. Tahun ni ramai content creator sebab jarak dekat dengan Gempak Most Wanted Award tapi tak kenal so segan nak tegur. 

Tahun depan kalau dapat jemputan lagi kena datang awal supaya tak rushing macam tahun ni. Menyesal teruk buat plan cenggitu. Anyway, I had fun dekat sini. Thanks Astro.

Bulan Ramadhan untuk tahun 2024 ni ada banyak sangat perbezaan dan keberkatan sebab tahun ni dapat puasa hampir penuh berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ni dapat puasa satu hari je lepastu gastrik sampai demam. Tahun ni entah macam mana boleh terjumpa supplement pre & probiotic yang bagus untuk gastric. I dah try supplement lain tapi so far yang tu je yang ngam dengan perut. 

Sebelum ni pernah makan dekat Surau Al-Raudhah dekat area rumah ni lepastu suka dengan masakan tukang masak dekat situ. Terus set nak iftar dekat surau tu lah tahun ni. Pilihan yang tepat juga lah sebab menu dia semua padu. 

Masa first day join iftar dekat surau ni segan jugak sebab tak pernah tunjuk muka pun padahal dah 7 tahun duduk Seksyen U5 ni. 

AJK Surau: First time ke datang sini dik?
Me: Ha'ah first time
AJK Surau: Ohhhh dah berapa lama duduk sini?
Me: 7 tahun dah 
AJK Surau: Ohhh ye ke? 7 tahun duduk sini tapi tak pernah datang surau ek?
Me: .... hehe......

Memang nampak macam I tak semenggah dekat sini tapi 3 tahun tu kan pandemik. Lepastu tahun-tahun sebelumnya tu I baru masuk kerja, selalu balik lambat walaupun puasa so memang tak ada rezeki lah nak pergi surau. Bila dah penat kerja, terawih pun kelaut. Tahun ni dapat balik awal sebab ada intern bawah I and mostly major works dah settle before Ramadhan. 

I habis kerja pukul 5.30 petang patutnya tapi kalau balik on time memang menangis je lah atas jalan sebab sesak sampai ke area rumah so stay je dekat office buat kerja lepastu balik jam 6.30 petang. Balik terus singgah surau untuk iftar shoot sampai terawih. Senang tak payah turun naik rumah banyak kali. Dekat surau ni ada air-cond sampai ke ruang makan jadi tak rasa rimas pun kalau lajak sampai terawih. 




Makanan dekat surau ni memang banyak lebih jadi lauk berbuka kitorang tapau untuk sahur sekali. Jimat teruk masa puasa tu sebab tak payah beli dan tak payah fikir nak makan apa untuk sahur. Fokus untuk ibadah je gittewww. 

Dua minggu jugak lah kitorang iftar dekat surau ni tapi makin lama makin ramai yang join iftar dekat situ. Dah mula ada isu makanan tak cukup. Bila berbuka tak cukup, mula la rasa segan nak iftar sebab kita bukannya menyumbang duit sangat pun. Lagi satu hal, berat pun naik mencanak padahal bulan puasa, sumpah tak logic berat naik. Kang bila raya boleh menangis di bucu katil sebab baju tak muat. Kalau sahur dengan berbuka makan nasi, memang mengundang lah cerita dia. 

Bila tak berbuka dekat surau, kitorang mula jejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan. I selalu pergi ke Bazaar Ramadhan Subang Perdana sebab sehala dengan jalan balik. Bazaar dekat Subest is a big no lah sebab nak kena hadap jam sebelum sampai. Bazaar Ramadhan Subang Perdana tu tak besar pun tapi okay lah untuk berbuka. 


I know gambar ni macam tak justify isu berat badan tapi ni cuma keghairahan pertama kali jejak kaki ke bazaar. Kali kedua sampai lah hujung Ramadhan tu kitorang berbuka makan Roti John atau murtabak je. Senang jugak pergi ke bazaar ni sebab boleh beli lauk sahur terus. Balik rumah tinggal masak nasi. Tak lama pun pergi ke bazaar sebab hujung Ramadhan tu dah banyak berbuka dekat luar. 

By the way, I dah cuba sahur dengan makanan kering tapi perut meragam so tak nak ambil risiko dah. Nak nasi dengan cooked meals jugak baru ada energy untuk buat kerja walaupun sel otak serupa tak berhubung sangat sepanjang Ramadhan sebab lapar. Tahun depan kalau ada rezeki berpuasa lagi, dah tahu dah nak berbuka dekat mana hiksss.

 

Plan iftar ni hampir tak jadi sebab plan asalnya nak beraya sama-sama sebab bulan puasa memang malas nak berbuka dekat luar. Bersesak nak ambil tempat lepastu nak solat Maghrib lagi. Tapi disebabkan Ayat akan pindah ke Tangkak, Johor jadi nak tak nak kena juga jumpa untuk kali terakhir buat masa ni. Dah dapat tempat untuk iftar, dekat Seoul Garden Korbi Grill, set hari Khamis tapi Syiqah kena demam selsema pulak. 

Masa anjak ke Selasa minggu depannya takut juga tak jadi sebab jarang plan yang rancang awal ni menjadi kan? Tapi alhamdulillah menjadi jugak. Lepas habis kerja terus pergi ke MyTown naik MRT. Tapi sakit juga lah nak berjalan dari stesen MRT ke Seoul Garden Korbi Grill ni sebab perut dah lapar. Energy banyak nau kena guna. 

Bila dah sampai tu nampak papan tanda yang semua table dah full. Syiqah tinggalkan phone number supaya Seoul Garden Korbi Grill ni call untuk second round reservation. Naik Tingkat 5 menuju ke surau pun beratur sampai ke luar sebab ramai sangat orang. Nasib baik lah tak lama tunggu dekat luar tu sebab masing-masing dah ambil wudhu. Masuk je azan Maghrib terus solat. 


Untuk bulan Ramadhan, ada promo set tapi agak besar lah set tu untuk 8-9 orang makan. Kitorang 4 orang je masa tu nak pula masa berbuka makan sikit je jadi ambil Party Set je.

3 Chicken (Bulgogi, Keopi & Special Marinated)
3 Beef (Bulgogi, Keopi & Special Marinated)
Imported Wagyu (100gm)
Kimchi Seafood Hot Pot
Hot & Spicy Wing Sticks (3pcs)
Korean Soy Wing Sticks (3pcs)
White Rice X 4
Apple Tea X 2
Lemon Mint Tea X 2

Sepatutnya ada apple tea tapi habis masa tu jadi semua orang ambil lemon mint tea.

 

Masa pilih tempat untuk iftar ni dah baca review jujur dari blogger Arief Redza sebab tu confident nak makan dekat sini. Bergaduh jugak dengan Syiqah sebab dia nak sangat makan dekat Nabe Hotpot tapi I tak nak. Satu sebab mahal lepastu kena tunggu lama. Pilihan makanan dia tak banyak pun untuk range harga yang dia provide. Satu kepala RM60, 4 kepala dah berapa? Pilihan makanan dah lah tak banyak lepastu iftar bukannya beria sangat nak makannya pun. 

Party set Seoul Garden Korbi Grill ni tak lah banyak sangat tapi untuk makan masa berbuka memang lebih dari cukup. Nak pula masa iftar tu banyak benda kitorang sembang, pasal majlis kahwin Ayat dengan plan lepas kahwin dia. Syiqah ambil tugas grill daging dari awal. 



Nasi putih dalam set party ni kecil je tapi kalau nasi putih Korea jenis sticky jadi cepat kenyang. Kimchi Seafood Hot Pot dia sedap, ada banyak seafood dekat dalam tu tapi pot dia kecik wei. Nasib baik lah iftar, perut cepat penuh. Kalau hari biasa, memang mintak tambah sebab tak cukup. Rasa kuah dia tak lah masam dan bercuka sangat, semua tekak boleh telan. Tapi kitorang semua layan makanan Korea jadi tak ada masalah sangat. Yang nyeom chicken dia a bit manis to me tapi bila makan dengan nasi tak lah terasa sangat. 




Masa makan ni kitorang tak sedar pun daging wagyu yang mana satu sebab lebih kurang je rasa semua daging. Tak sama dengan wagyu dekat Don Donki jual tu. Tapi kena lah dengan harga kan, nak yang rasa premium, kena pergi beli yang mahal lah. Side dishes untuk party set ni semua sedap - kimchi timun, kimchi kobis dengan bayam habis licin. Sos cicah untuk daging ada dua pilihan - sos cili hijau dengan merah. 

Seronok je makan dekat sini sebab makanan sedap tapi yang tak syok bila meja tu kecil untuk 4 orang. Memang lah bekas daging tu stackable tapi bukan semua daging boleh grill sekaligus. A bit uncomfortable lah dekat situ sebab Seoul Garden biasa pun mejanya kecil tapi makanan tak datang serentak. Kita ambil sikit dekat kaunter lepastu grill. Dah habis baru ambil lain pulak. Dekat Korbi Grill ni meja kena besar lah kalau semua menu nak letak semua atas meja. 


Anyway, lepas habis makan kitorang nak makan aiskrim dekat Family Mart tapi aiskrim habis pulakkkk. Sudahnya kitorang bergambar je sebelum balik. Sedih nak balik sebab dah susah nak lepak sama lepas ni tapi kena balik jugak lah sebab MyTown nak tutup, husband ayat pun dah whatsapp T.T

Lepas habis Degree tahun 2016 kitorang pernah reunion dekat Festival City lepastu jumpa balik lepas PKP, pergi open house Syiqah and this one last lah dapat lepak sama-sama sebab Ayat dah kahwin lepastu pindah ke Johor. Entah bila pulak nak lepak lagi sebab kalau I dengan Syiqah je melepak memang krik krik. Semua dalam geng sekolah BTS dah kahwin dah, tinggal kitorang berdua je belum lagi. Bila entah nak sampai seru hihu

Potluck Sebelum Ramadhan 2024

Hujung tahun lepas kitorang dah pernah buat potluck dan tu adalah potluck pertama sejak HQ berpindah ke Oasis Square Ara Damansara. Kali ni kitorang plan untuk potluck dan layan movie seram sebelum bulan puasa datang. Potluck ni pertama dan terakhir juga untuk Haziq dengan Fhirhard sebab internship diorang dah nak habis dah dekat Ram Reza & Muhammad. 

Menu potluck sama juga macam sebelum ni - Oden dan air Cha Bang Ang sebagai menu utama. Syu bawa kek pisang, brownies dengan kek batik. Teha bawa kuih talam seri muka. 





Sebab sebelum ni tak cukup air cha bang ang ni, Kak Ida guna bekas yang lebih besar supaya semua boleh minum banyak. Oden pun sama sampai dua periuk untuk cater perut semua yang ada untuk potluck ni. 

Hari yang sama dengan potluck ni ada long call Sheera dekat KL High Court tapi tak dapat nak pergi sebab hujan lebat. Tasya ada hearing, Aufa pergi serve document dekat Kuala Selangor, Ain pulak work from home sebab anak dia tak sihat. Kak Nurul pun tak dapat join sebab work from home setiap Jumaat. So kitorang buat yang mana ada je lah sebab kalau nak tunggu semua memang tak berjalan plan ni. 






Macam biasa lah kalau cerita seram, I akan pilih movie mana yang best tapi silap pulak pilih movie The Seoul Ghost Story sebab tak seram tapi gore. Dah lah tengah makan, habis tak tertelan semua orang. Sudahnya kita tukar pergi ke movie Indigo: What Do You See (2023). Baru lah seronok dengar suara Atie menjerit bila hantu keluar. 






Sebelum ni kalau buat potluck memang tak habis pun oden tu dan kitorang akan biar je dekat training room. Siapa yang nak makan pergi ambil je makan sebab hari Jumaat jarang ada meeting atau discussion sebab masing-masing dah slow down untuk weekend. 

Sama juga lah kali ni memang biarkan je supaya Tasya dengan Aufa boleh makan bila balik ke office. Petang tu lepak dengan Aufa makan oden sambil tengok movie Kultus Iblis. Tapi tengok tak tengok sangat lah sebab Aufa mengarang submission, tangan I pulak update minutes book company client. Eh memang tak lah tangan duduk saja kan, tengah office hour kot hshshs kbai.

SHERIFF RAIH KUTIPAN MELEBIHI RM1 JUTA PADA TAYANGAN AWAL!

Friday, 19 April 2024

Filem arahan Syafiq Yusof, SHERIFF telah meraih kutipan melebihi RM 1 juta pada tayangan awal (‘sneak preview’) pada 17 April di pawagam dan sekali gus berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia dan mengetepikan filem antarabangsa. Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, dan akan memulakan tayangan rasminya pada hari ini di panggung wayang seluruh negara. 

Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata, “Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan pada tayangan awal semalam. Ini adalah permulaan yang baik untuk Sheriff dan kami menjangkakan penonton akan pergi ke pawagam terutamanya pada hujung minggu ini untuk menyaksikan Sheriff. Kami mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan pemamer dalam memberi sokongan padu pada Sheriff.” 

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff.

‘RAJA PLOT TWIST’ SYAFIQ YUSOF SEKALI LAGI MENGEJUTKAN PEMINAT MENERUSI FILEM AKSI THRILLER DI LUAR JANGKAAN | Gandingan Hebat Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato’ Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan

Sheriff yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara merupakan sentuhan terbaru pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof. Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April. 


Perbezaan di antara naskhah Sheriff dengan filem kepolisan yang lain ialah subjek ‘polis tangkap polis’. Ia menampilkan konsep baru yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan yang dipanggil ‘reverse whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’, sebuah konsep di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh tetapi bagaimana dia akan ditangkap. 

Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki. 


Watak-watak di dalam filem Sheriff digerakkan oleh barisan pelakon hebat tempatan seperti, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi. Zul Ariffin menyerlahkan sisi berbezanya menerusi watak Sheriffudin Hussein, di mana penonton akan mengalami pelbagai konflik emosi sehingga menimbulkan perasaan ‘love-hate’ terhadap karakter ini. 

Selain itu, Sheriff turut mempersembahkan babak-babak aksi memukau di antara Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz dan Syafiq Kyle, serta penampilan pertama Azira Shafinaz sebagai Inspektor Polis yang beraksi lasak apabila berdepan dengan Elizabeth Tan.  


Menurut Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata, “Sheriff membawakan sebuah perspektif yang belum pernah dibawa oleh filem-filem kepolisian terbitan Skop Productions sebelum ini. Idea filem Sheriff ini tercetus daripada gabungan Datuk Yusof Haslam dan saya sendiri berdasarkan filem-filem kepolisian yang pernah kami hasilkan sepert KL Special Force dan juga Polis Evo 3. Namun untuk karya Sheriff, saya tambahkan sentuhan istimewa untuk penggemar-penggemar genre filem psikologi.”

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam, “Filem ini menjadi lebih menarik apabila pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman turut bekerjasama dan memberi nasihat dalam proses pembikinan filem. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM Bukit Aman dan rakan penerbit, Astro Shaw kerana sentiasa memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan sepanjang menghasilkan karya ini. Kami berharap agar penonton-penonton di Malaysia dapat menikmati filem ini dan reaksi positif mereka adalah tanda sokongan kepada filem tempatan, di samping membawa kejayaan kepada genre yang baru dan segar.”


Sementara itu, Penerbit Eksekutif dan juga Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, Astro Shaw amat teruja untuk mempersembahkan sebuah lagi filem arahan Syafiq Yusof dan optimis ia bakal mencatatkan satu lagi sejarah dalam industri perfileman negara. “Sheriff merupakan filem ke-enam hasil daripada kerjasama bersama Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila. Meskipun industri filem tempatan diwarnai dengan pelbagai naskhah yang membabitkan badan beruniform. Namun, kehadiran Sheriff tentunya berbeza dengan filem-filem yang sedia ada kerana ia dipersembahkan melalui plot, babak dan dialog yang penuh kejutan. Memandangkan filem ini akan ditayangkan ketika minggu perayaan Aidilfitri, jadi kami merasakan ia adalah waktu yang tepat untuk ditonton bersama keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang. Tentunya kami mengharapkan Sheriff dapat diterima semua penonton, sekali gus mampu mencipta satu lagi fenomena.”  


Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan. 

Pembelian tiket filem Sheriff sudah boleh dibeli sejak 4 April dan peminat berpeluang untuk menonton sehari awal iaitu 17 April di pawagam. 


Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff. 

Movie Review | Sheriff: Narko Integriti (2024)

Thursday, 18 April 2024


Pengarah: Syafiq Yusof  
Penulis Skrip: Nazifdin Nasrudin  
Pelakon: Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Azira Shafinaz, Amir Nafis, Esma Daniel, Shaharuddin Thamby, Hazama, Hasnul Rahmat, Kodi Rasheed
Syarikat Produksi: Skop Productions, Astro Shaw
Pengedar:  Astro Shaw
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 18 April 2024 (Malaysia & Singapura)
Trailer:


Filem terbaru Sheriff: Narko Integriti merupakan idea asal dari Yusof Haslam yang berlatarkan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia. Kisah bermula dengan ASP Malik (Shaharuddin Thamby) dibunuh oleh Meth Killer (Syafiq Kyle) ketika dalam misi undercover untuk mendapatkan intel tentang makmal dadah milik Tony Ifrit (Dato’ Aaron Aziz). 

Meth Killer telah melakukan 9 pembunuhan dengan modus operandi menikam mayat bertalu-talu kemudiannya dibersihkan untuk bersihkan sebarang jejak atau bukti. Kemudian mayat mangsa dibalut dengan plastik lalu dibawa ke kawasan sunyi yang tidak mempunyai CCTV. Mayat tersebut ditaburkan dadah syabu di atasnya. 


Kesemua 9 orang mangsa tersebut berkait rapat dengan Tony yang sering saja terlepas dari hukuman kerana tidak mempunyai bukti yang cukup untuk disabitkan kesalahan. Jabatan Narkotik pernah menghantar Inspektor Shazwani sebagai undercover namun malangnya ada tikus yang bekerja dengan Tony. 

Pihak atasan PDRM menghantar ASP Jennifer Wong (Elizabeth Tan) untuk menyiasat pembunuhan ASP Malik sementara DSP Sheriffudin Hussein (Zul Ariffin) dari Unit Khas juga dihantar untuk menjejak Meth Killer dan Tony. Sejak awal lagi DSP Sheriff syak Inspektor Nazri (Syafiq Kyle) sebagai Meth Killer kerana dia mempunyai motif yang kuat untuk membunuh Tony. 


Tapi bukti rakaman video CCTV antara ASP Syazlin (Azira Syafinaz) dan ASP Malik pada hari kejadian juga kukuh sebagai motif pembunuhan. DSP Sheriff dan ASP Jane sedia maklum yang Meth Killer adalah dari Jabatan Narkotik kerana semua maklumat tentang mangsa adalah sulit dan hanya boleh diakses oleh Jabatan Narkotik sahaja. 

Naskhah Sheriff: Narko Integriti adalah naskhah ketiga yang bertemakan unit PDRM selepas filem KL Special Force (2018) dan Polis Evo 3 (2023) di bawah arahan Syafiq Yusof. Uniknya filem Sheriff: Narko Integriti adalah filem yang dihasilkan di bawah Astro Studios menggunakan teknologi perfileman yang setanding dengan industri antarabangsa. 


Sinematografi hasil kerja Rahimi Maidin dan musik dari Sham Stalin juga Latt menghasilkan sinergi yang kukuh untuk beberapa babak-babak aksi yang dipaparkan dalam Sheriff: Narko Integriti. Babak operasi Jabatan Narkotik di kilang Tony baik dalam angan-angan Nazri ataupun realiti terlihat realistik. Bila tengok babak ni boleh nampak yang unit PDRM berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk menangkap penjenayah. Sayangnya filem Sheriff: Narko Integriti ni tak banyak babak aksi walhal genre utama adalah aksi. 

Kalau nak kata Sheriff: Narko Integriti ni adalah naskhah untuk mencuci imej PDRM pun tak juga sebab watak DSP Sheriff dari Unit Khas di mana dia adalah polis yang menangkap polis. Mana-mana unit pun ada bahagian buruknya dan tak semua polis yang bekerja sebagai polis adalah busuk. Watak Inspektor Nazri pun ada character development yang bagus sebab kalau dia tak tersalah bunuh ASP Malik, dia dah boleh diangkat sebagai Vigilante. Tapi dekat sini lah mesej yang penulis nak sampaikan bila negara kita ada undang-undang, cepat atau lambat kejahatan tetap akan dihukum. 


Walaupun jalan cerita Sheriff: Narko Integriti terlihat menarik tapi ada juga beberapa hal yang lemah macam watak ASP Syazlin. Lakonan Azira Syafinaz nampak kaku dan canggung terutamanya untuk babak-babak melibatkan drama atau perlukan emosi dan ekspresi. Macam babak dia peluk Nazri sebab Meth Killer dah berjaya ditangkap ataupun masa dia confront Naz dengan DSP Sheriff dekat rumah. 

Babak dia jumpa kanak-kanak yang overdose dalam kontena tu pun lemah. Tak ada perasaan langsung padahal Tony nak Meth Killer yang jumpa situasi tu. Geram juga lah kenapa penulis tukar watak sedangkan kita dah tertunggu-tunggu reaksi Meth Killer bila tengok Tony Ifrit guna budak-budak sebagai pusher. Bila tengok watak ASP Syazlin ni pelik juga macam mana dia boleh jadi ketua sebab watak dia agak lemah, sama juga dengan judgement dia. Berbeza sangat keadaan mangsa ke-10 dibunuh oleh Meth Killer tapi dia boleh yakin sangat itu adalah Meth Killer sebenar.


Watak Firdaus pun tak dikembangkan dengan baik, dari awal lagi dah boleh tahu dia tengah undercover sebab cara dia push Kapak untuk bawa dia jumpa Tony pun nampak terdesak. Kenapa dia setuju untuk jadi undercover pun tak diceritakan dan kenapa Naz boleh minta dia buat tugas terakhir tu sedangkan dah nampak condition Firdaus dah barai sebab dadah Tony. Masa dia guna morse code dalam bilik siasatan pun tak clean sebab ketara sangat. First half dah cantik alur cerita Sheriff: Narko Integriti ni tapi bila masuk second half, watak Naz mula jadi lemah untuk kuatkan lagi watak DSP Sheriff. 

Plot twist yang dibawa masuk oleh Syafiq Yusof tak kuat mana pun sebab tikus-tikus Tony Ifrit tu pun dah boleh dibaca dari awal siapa gerangannya. Lagi seronok kalau Syafiq tak dedahkan siapa Meth Killer dan biar kita berteka-teki antara ASP Syazlin atau Inspektor Nazri tapi mungkin dia nak keluar dari cerita tipikal dan fokus kepada aksi kejar-mengejar antara DSP Sheriff dan Meth Killer. Babak komedi yang dimasukkan lebih kurang sama dengan drama Gerak Khas sebab menggunakan dua orang watak polis berbangsa Cina dan India. 


Nak kata filem Sheriff: Narko Integriti ni tak seronok pun tak juga sebab lakonan Zul Ariffin yang banyak carry filem ni dari awal sampai ke hujung cerita. Babak dia datang tangkap ASP Amirul (Hazama) dengan perbualan dia dengan Tony tentang tikus dan Meth Killer tu antara highlight dalam filem ni. Tone suara yang Zul Ariffin dan Elizabeth Tan guna perfect untuk convey watak diorang sekaligus elevates the emotion for certain scenes. Lakonan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan pun cemerlang dalam filem ni. Personally for me, filem Sheriff: Narko Integriti bukan lah filem yang sempurna tapi satu naskhah yang perlu diberi perhatian untuk peminat filem tempatan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10