Drama Review | Flex X Cop (2024)

Sunday, 14 April 2024


Director: Kim Jae-hong
Writer: Kim Ba-da
Cast: Ahn Bo-hyun, Park Ji-hyun
Production Companies: Studio S, Big Ocean ENM, B.A. Entertainment
Distributor: SBS TV, Disney+ Hotstar, Wavve
Genre: Action / Comedy / Crime / Romance
Running Episodes: 16 episodes (minutes per episode)
Release Date: 26 January 2024 – 23 March 2024 
Trailer:


Remake dari TV series Rusia berjudul Silver Spoon (2015), Flex X Cop mengisahkan tentang Jin I-soo (Ahn Bo-hyun), anak bongsu kepada pemilik Hansu Group. Kekayaan keluarganya membolehkan dia untuk hidup mewah dan menggunakan harta dan networking untuk berseronok. I-soo minat dengan sukan lasak dan aktif di media sosial lantas mempunyai pengikut yang ramai. 

Gaya hidup I-soo tidak disenangi oleh ibu tirinya, Cho Hee-ja (Jeon Hye-jin) kerana anaknya, Jin Seung-ju (Kwak Si-yang) yang banyak menguruskan hal syarikat. I-soo merupakan anak kepada Jin Myeong-chul (Jang Hyun-sung) bersama wanita lain lalu dibawa masuk ke dalam keluarga tersebut setelah kematian ibu kandungnya akibat kemurungan. 


Satu hari, I-soo menangkap lelaki asing yang menyerang rakannya secara rambang. Ketua Detektif Lee Gang-hyun (Park Ji-hyun) yang sedang bertugas di kawasan tersebut menangkap I-soo kerana salah sangka kemudiannya menahan I-soo di lokap. Insiden tersebut diketahui oleh pihak media sekaligus menjadi kontroversi kepada Jin Myeong-chul yang sedang bertanding sebagai Datuk Bandar.

Setelah disiasat, Jin Seung-ju cadangkan supaya I-soo menjadi detektif di balai polis tersebut menerusi lantikan khas akibat tindakan melulu Jabatan Penyiasatan 1 menuduh adiknya sebagai suspek kes jenayah. Sejak kehadiran I-soo KPI kumpulan tersebut meningkat secara mendadak hingga banyak kes dapat diselesaikan dengan cepat sehinggalah I-soo bertemu dengan Doktor Seo Yu-kyung (Choi Hee-jin) yang pernah merawat I-soo setelah kematian ibunya melalui kaedah hipnosis.


Drama aksi komedi yang menampilkan generasi ketiga chaebol mempunyai plot utama yang kuat sebab kita sedia maklum siasatan polis ambil masa yang lama gara-gara protokol, prosedur ataupun kekangan fasiliti juga dana. Senang sangat terhibur bila tengok Jin I-soo dengan mudahnya selesaikan beberapa kes menggunakan kelebihan yang dia ada. Nak kata watak I-soo adalah watak yang lemah pun tak juga sebab dia ada kemahiran tertentu dan kelulusan tersendiri. Bosan sangat ada banyak duit sampai ambil Ijazah dalam beberapa bidang. 

Lakonan Ahn Bo-hyun sebagai Jin I-soo bukan sesuatu yang baru sebab dia pernah berlakon dalam drama Military Prosecutor Doberman (2022) yang menggunakan genre yang sama juga. Watak Jin I-soo juga mempunyai trauma yang tercetus akibat kematian orang tua. Bezanya, kali ni Ahn Bo-hyun nampak lebih selesa dalam watak Jin I-soo dan chemistry juga dinamik yang lebih kukuh bersama Park Ji-hyun. 


Dekat episod-episod awal drama arahan Kim Jae-hong ni rasa menyampah sangat dengan perangai Detektif Lee Gang-hyun. Kalau dia menyampah dengan I-soo sebab jadi polis melalui lantikan khas tu boleh faham lah tapi salah dia jugak, siapa suruh tak siasat betul-betul. Dah la tak rasa bersalah dengan tindakan dia, minta maaf pun tidak. 

Bila I-soo nak gerak sendiri, dia marah suruh inform dan minta kebenaran dulu tapi bila I-soo call nak minta kebenaran, dia tak nak angkat call. Bila I-soo tak tahu nak menyumbang apa untuk siasatan kes, dia marah tapi bila meeting dia tak bagi pun I-soo join sekali. Benda ni berlarutan sampai kes ketiga sedangkan sejak dari awal lagi I-soo berjaya selesaikan semua kes dalam masa yang singkat. Apa yang dia nak bitter entah sebab I-soo duduk dekat jabatan tu pun sampai ayah dia habis bertanding je. Kalau I-soo tak buat kerja langsung lain cerita lah. Nasib baik lah dekat pertengahan drama tu dia dah boleh berkawan dengan I-soo. 


Macam susah nak percaya Detektif Lee Gang-hyun dapat jadi ketua sebab dapat selesaikan 34 kes jenayah dalam masa 3 tahun sebab tengok dia selesaikan beberapa kes pun lemah benar. Kita yang tak banyak maklumat ni pun boleh teka dengan tepat siapa pembunuhnya. Lagi bertambah kelakar bila dia ignore maklumat penting dari I-soo sebab dia rasa benda tu merepek padahal tak merepek pun, cuma tak wujud dalam dunia orang kebanyakan. Itu belum kira dia dismiss suspek walhal ada banyak bukti dekat crime scene. 

Penceritaan drama Flex X Cop bersilih ganti antara latar masa sekarang dengan flashback gara-gara aspek trauma yang dimasukkan oleh penulis. Sedikit demi sedikit trauma dan kisah silam Jin I-soo didedahkan kepada penonton jadi ada lah beberapa babak yang repetitive terutamanya di penghujung drama. Memandangkan drama Flex X Cop tayang dekat SBS TV setiap Jumaat dan Sabtu, mungkin teknik penceritaan ni penting tapi untuk kita yang tengok dekat streaming platform dan marathon dalam masa dua hari, memang rasa bosan. 


Walaupun drama Flex X Cop ni seronok untuk ditonton tapi personally I tak suka bila penulis kacau keluarga I-soo terutamanya abang dia. Cliché sangat bila keluarga I-soo berantakan gara-gara kuasa sedangkan watak Jin Seung-ju boleh berkembang ke arah positif, seiring dengan perkembangan watak I-soo. Tak ada masalah pun kalau tak ada konflik keluarga dekat penghujung tu sebab dah hilang dah mood kelakar dan menghiburkan dekat awal drama tu. 

Patutnya kembangkan je lah watak dan bonding antara I-soo dengan ayah dia sebab watak Jin Myeong-chul tersepit dalam keadaan yang dia sendiri tak sangka. Dapat sikit sangat momen antara dua beranak ni padahal sweet je tengok Myeong-chul bangga dengan pencapaian I-soo sebagai detektif. Banyak sangat missed opportunity dari si penulis untuk wujudkan drama yang easy going dan menghiburkan. Tak hairan lah ramai yang skip sampai Flex X Cop tak dicanang sangat pun oleh peminat K-drama. 


Musim kedua untuk drama Flex X Cop dah confirm akan sambung perjalanan I-soo sebagai chaebol yang bekerja sebagai pegawai polis tapi dah tak seronok lah sebab abang dia dah tak ada. Comel kot bonding I-soo dengan Seung-ju walaupun berbeza karakter. Kalau I bosan sangat, mungkin tengok lah kot sekuel. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.5/10

Movie Review | Budi Pekerti (2023)


Pengarah: Wregas Bhanuteja 
Penulis Skrip: Wregas Bhanuteja
Pelakon: Sha Ine Febriyanti, Dwi Sasono, Angga Yunanda, Prilly Latuconsina, Omara Esteghlal, Ari Lesmana 
Syarikat Produksi: Rekata Studio, Kaninga Pictures
Pengedar: Netflix  
Genre: Drama 
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan:  9 September 2023 (TIFF), 25 Oktober 2023 (Jakarta Film Week), 2 November 2023 (Indonesia)
Trailer:


Bu Prani Siswoyo (Sha Ine Febriyanti) terpaksa menjalani kehidupan yang sukar setelah insiden pergaduhan bersama pelanggan lain di gerai putu bambu tular di media sosial. Perkataan yang disebut dalam Bahasa Jawa kedengaran seperti makian lantas dijadikan meme. Netizen bahaskan isu tersebut kerana tidak wajar bagi seorang guru untuk bersikap tidak sopan di khalayak umum. 

Pihak sekolah minta Bu Prani supaya segera meminta maaf kepada lelaki yang dituduhnya supaya nama baik sekolah tidak tercemar. Lebih teruk lagi Bu Prani mungkin tidak akan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengetua Sekolah sekiranya dia terpalit dalam kontroversi tersebut.  


Anak bongsunya, Muklas (Angga Yunanda) melarang ibunya dari menjelaskan perkara sebenar kerana dia sudah menafikan wanita yang viral tersebut bukan ibunya. Banyak produk akan menarik sponsor sekiranya imejnya rosak. Berbeza pula pandangan kakaknya, Tita Sulastri (Prilly Latuconsina) yang sedia membantu ibunya untuk tampil sebelum keadaan menjadi lebih buruk. 

Filem yang mendapat 17 pencalonan anugerah dalam pelbagai kategori di Festival Filem Indonesia adalah karya terbaru pengarah Wregas Bhanuteja selepas naskhah Penyalin Cahaya (2021). Naskhah drama berjudul Budi Pekerti yang ditayangkan di Netflix mengangkat topik cancel culture atau media trial yang selalunya bersifat ekstrem sehingga mendatangkan keburukan lebih banyak dari kebaikannya. 


‘Jangan jadi macam burung kakak tua yang mudah marah. Tapi jadilah burung barau-barau. Bunyinya indah dan menenangkan.’ – Muklas Animalia Waseso

Plot yang dibawakan terlihat kemas dengan alur cerita yang mudah difahami walaupun sarat dengan konflik dan drama baik dari dalam keluarga Bu Prani sendiri mahupun dari orang luar. Sukar untuk dijangka perjalanan cerita Budi Pekerti kerana perangai manusia yang bersifat berbolak-balik dalam tempoh masa yang singkat. 


Watak Bu Prani terutamanya terlihat solid dan menarik kerana aktiviti refleksi kepada para pelajar nakal atau melanggar peraturan terlihat kreatif berbanding hukuman fizikal yang mencederakan. Lakonan Sha Ine Febriyanti dalam persona guru dan ibu di pertengahan usia terlihat cemerlang sepanjang 110 minit durasi filem ini. 

Filem Budi Pekerti berlatarkan tempoh pandemik dan juga masyarakat Jawa. Untuk menghidupkan lagi suasana masyarakat tersebut, kesemua pelakon utama diwajibkan mengambil latihan berbahasa Jawa sekitar 3 bulan sebelum shooting. Pelakon Sha Ine sendiri mengambil kesempatan untuk bergaul dengan masyarakat Jawa di Yogyakarta supaya dialeknya lancar, lenggok percakapan dan juga budaya diterapkan dalam lakonannya. 


Lega lah juga screentime Prilly tak banyak walaupun watak dia penting sebaliknya pengarah dan penulis Wregas lebih cenderung terhadap watak Muklas yang menggunakan media sosial untuk mewujudkan dunia idealnya. Tak perasan langsung watak Muklas tu dilakonkan oleh Angga sebab berbeza sangat karakter Muklas dengan watak-watak lakonan Angga sebelum ni. Boleh kata Prilly dibawa masuk sebagai daya penarik untuk promosikan filem Budi Pekerti sebab watak dia tak lari jauh dari filem-filem yang lain. 

Sembang tentang dunia ideal, ketiga-tiga watak yang dimasukkan dalam Budi Pekerti membawakan dunia ideal yang diidamkan. Contohnya Bu Prani yang menggunakan refleksi dan bukan hukuman, Muklas pula mewujudkan dunia yang tenang juga harmoni melalui sifat-sifat haiwan sementara Tita lebih cenderung untuk menegakkan keadilan melalui aktiviti-aktiviti dan postingan di media sosial. Netizen pula menginginkan dunia yang bebas dari salah laku dan menghukum individu sepuas hati mereka. 


Sekali lagi pengarah Wregas bekerjasama dengan Gunnar Nimpuno untuk sinematografi supaya boleh menghidupkan dunia Budi Pekerti seperti visinya. Uniknya filem Budi Pekerti menggunakan warna kuning jingga sebagai tona utama yang boleh dilihat dalam poster dan trailer. Warna kuning dipilih sebagai elemen positif yang dibawakan oleh watak Bu Prani sebagai kaunselor sekolah yang banyak berjasa kepada anak muridnya untuk menjadi manusia yang baik peribadinya. Warna biru juga digunakan sebagai simbolik kepada elemen ketenangan yang dimasukkan dalam beberapa babak.

Berbeza dengan filem sebelumnya, Wregas lebih banyak menggunakan close-up untuk paparkan ekspresi dan emosi yang dilontarkan oleh barisan pelakon utama. Beberapa babak penting sarat dengan elemen yang selayaknya. Babak Bu Prani dengan Anggoro Sambudi Putra a.k.a. "Gora" (Omara Esteghlal) baring dalam kolam air jadi simbolik kepada kekacauan yang berlaku di dunia luar. Hasilnya, Bu Prani berjaya buat keputusan yang tepat untuk diri dia, keluarga dan juga Gora. 


Sama seperti Penyalin Cahaya, naskhah Budi Pekerti juga terhasil cantik sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat. for those yang belum tengok lagi dua filem arahan Wregas ni, boleh tonton di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Ganjil Genap (2023)

Friday, 5 April 2024


Pengarah:  Bene Dion Rajagukguk
Penulis Skrip: Bene Dion Rajagukguk, Sigit Sulistyo
Pelakon: Clara Bernadeth, Oka Antara, Baskara Mahendra, Josephine Firmstone
Syarikat Produksi: MD Pictures 
Pengedar: 
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 124 minit
Tarikh Tayangan: 28 Jun 2023 
Trailer:


Ganjil Genap mengisahkan tentang sepasih kekasih, Gala (Clara Bernadeth) dan Bara (Baskara Mahendra) yang bercinta selama 8 tahun sejak zaman kuliah. Gala patah hati selepas Bara minta putus atas alasan dia sudah tawar hati dengan perhubungan mereka. Dia cuba mencari penjelasan di sebalik perpisahan tersebut tapi sikap Bara yang menghindar buatkan dia tertanya-tanya di mana silap dia. 

Bagi Bara pula, Gala lebih mementingkan kerjaya dari dirinya lantas dia bertemu dengan Risty (Josephine Firmstone), rakan sekerja yang sudah lama ada perasaan terhadapnya. Tak ambil masa yang lama pun untuk Bara melamar Risty kerana sikap  wanita tersebut yang selalu meluangkan masa dengannya. Berbeza dengan Gala yang bahagikan masa untuk kerjaya, Bara dan teman-temannya. 


Nandi (Joshua Suherman) dan Sydney (Nadine Alexandra) pujuk Gala untuk mencari teman lelaki supaya dia boleh cepat move on dari Bara. Namun ternyata sukar kerana setiap lelaki yang datang ke blind date tak mampu menandingi kelebihan Bara. Sampai lah satu hari tanpa sengaja Gala berjumpa dengan Dr. Aiman (Oka Antara) di dalam pawagam. 

Mudah sangat untuk mereka berdua mesra dan rapat sebab Dr. Aiman suka karakter Gala yang kelakar dan bersahaja. Mereka juga sentiasa terserempak di kota Jakarta dan mempunyai minat yang sama. Ketika Gala yakin Dr. Aiman akan jadi pengganti Bara, Dr. Aiman pula mengundur dari komited dalam perhubungan kerana mempunyai trauma sejak kecil. 


Naskhah romantik komedi Ganjil Genap merupakan adaptasi dari novel ketiga penulis Almira Bastari yang diterbitkan pada tahun 2020. Kalau ikutkan pada cerita asal, Gala dan Bara bercinta selama 13 tahun lalu putus pada tahun ke-13 yang ganjil. Gala juga mempunyai adik yang bakal berkahwin dan akan membuatkan keluarga mereka jadi bilangan ganjil. For me, konflik yang dialami oleh Gala di dalam novel lebih mendalam berbanding dengan filem arahan dan penulisan Bene Dion Rajagukguk. 

But still filem Ganjil Genap seronok untuk ditonton sebab jalan ceritanya yang unik kerana penggunaan konsep ganjil dan genap sepanjang 124 minit bersiaran. Cuma pelik lah sebab kita tak diterangkan kenapa dunia kesemua watak ni berpaksikan bilangan ganjil dan genap. Penggunaan konsep ni ekstrem juga sebab Gala hampir disaman oleh pihak polis kerana mulakan perjalanan sebelum jam 9 malam yang bersifat ganjil. 


Personally I tak berapa gemar dengan Oka sebab watak yang dia selalu lakonkan bernada serious dan muka dia juga nampak berusia untuk digandingkan dengan Clara. Tapi tak sangka dengan mudah dia lakonkan babak kelakar sampai kita yang tengok juga terhibur. Macam tak percaya filem Ganjil Genap adalah filem romcom pertama Oka. Berbeza pula dengan Bara yang lebih kacak dan boyfriend material tapi minta putus dengan Gala hanya sebab dia dapat mimpi berkahwin dengan perempuan lain. 

Alur cerita yang bersifat straightforward dan senang difahami membuatkan naskhah Ganjil Genap tampak kuat dalam genre romantik komedi. Sinematografi dari Padri Nadeak juga buatkan suasana kota Jakarta nampak indah dalam dunia Gala-Bara-Dr. Aiman diiringi dengan music score yang tepat untuk beberapa babak. 


Filem terbitan MD Pictures mempunyai mesej self love di mana memaparkan perubahan Gala selepas putus cinta dengan Bara dan perkenalan dia bersama Dr. Aiman. Kalau dekat awal dia kelihatan seperti watak yang lemah tanpa Bara, di second half pula dia lebih yakin dan berani sebagai wanita bujang. Pendek kata filem Ganjil Genap adalah filem wajib tonton untuk peminat genre romantik komedi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Teman Cousin Buka Puasa Di Union Roastery, CITTA Mall

Thursday, 4 April 2024


Another throwback post and another wishlist crossed. Selalu je dengar kawan office menyebut pasal Union Roastery ni tapi nak menapak makan dekat sini tak pernah dapat. Rezeki lah teman buka cousin buka puasa dekat sini sebelum puasa haritu. 

Dia suruh kita pilih nak makan malam dekat mana, I suggest je lah sini sebab tak ramai orang. Selesa sikit lah nak makan dengan berborak panjang. Anaknya pun tengah seronok tidur sementara tunggu waktu berbuka. 



Restoran ni besar tapi tersorok sikit dekat Ground Floor CITTA Mall tu, kadang ada orang tak perasan pun kewujudan dia. Lampu malap pun antara punca jugak tapi ambience dekat sini seronok. Siapa yang suka romantic ambience memang layan lah makan dekat sini. 



Nak order dekat sini kena guna QR, macam biasa lah. Menu dekat Union Roastery ni tak banyak pilihan pun. Nasib baik lah nak makan untuk berbuka so tak lah nak makan heavy sangat. Pilih je mana ada. 

Kitorang ambik Fish and Chips, Chicken Chop Aglio Olio dengan Union Mongolian's Chicken Chop. Drinks - Iced Peach Tea, Iced Chocolate dengan Iced Matcha Latte. Ikutkan hati nak minum kopi dekat sini sebab specialty Union Roastery adalah kopi tapi kalau minum, ada gaya tak tidur malam lah. Sebab tu ambil Iced Peach Tea walaupun esoknya weekend tapi dah plan nak keluar shopping so kena bangun awal. 


Dah kerap sangat makan chicken chop, kali ni tukar selera makan fish and chips. No particular reason at all. Dekat sini semua menu dia letak kacang pistachio yang dah blend sebagai dip selain sos dan mayonis. Sebelum ni tak gemar sangat perisa pistachio tapi dekat Union Roastery ni sedap pulak. 


Chicken Chop Aglio Olio dia pun sedap jugak tapi kalau pedas sikit lagi sedap kot. Or maybe it's me, tekak Malaysia tak boleh adapt. Portion menu dekat sini tak banyak sangat walaupun harga dia a bit pricey than other restaurants. Drinks dia pun sikit tapi sedap sebab bancuhan dia pekat. Nak minum cepat pun sayang sebab takut habis cepat jugak. 

Overall sedap je makan dekat sini tapi tak boleh nak try kek dia sebab perut dah penuh, malam tak boleh makan banyak sebab dah nak tidur. Nanti berat naik pulak, tak muat baju raya. Masa belek website Union Roastery ni ternampak ada franchise dekat Sime Darby Bavaria. Finally ada alasan nak masuk area situ hahahaha. 


Masa menyembang dekat sini, anak buah tengah layan video dekat Youtube. Tak lama lepastu dia tantrum sebab semua video yang dia tengok ada babi. Nasib baik lah dekat Union Roastery ni ada deco Halloween tertinggal. Happy la balik sebab main acah tangkap props Halloween dekat atas pokok tu. 


Sebelum balik kitorang singgah Book Xcess CITTA MALL sebab nak belikan buku cerita untuk anak buah. Awal tu dia dah grab buku pasal ikan jerung sebab dia suka haiwan ni tapi ibu dia pujuk beli buku cerita yang lain haha. Pelik-pelik je taste anak buah yang sorang ni. 

Assalamualaikum and Peace be upon you guys! Have you ever tried using the Lapakgaming site? Lapakgaming is a game top up site with the cheapest prices and provides many attractive promos. There are many genre choices from various platforms at very competitive prices, including PUBG top ups and various other games.

Even though it is offered at a very affordable price, top up pubg via Lapakgaming is very secure. The low prices offered are because Lapakgaming has collaborated directly with various game developers and publishers.

Lapakgaming also often holds various offers and promotions, either for certain celebrations or just to provide more value to its users. You can even get reward points every time you make a transaction and a 10x money back guarantee.

How to Top Up PUBG Online Easily

Lapakgaming not only guarantees user security but also provides affordable prices and an easy way to top up. Here's how you can top up PUBG online easily and can be done anywhere.

1. When opening the website www.lapakgaming.com, make sure your User ID is created in the Malaysia Region.

2. Enter the User ID that you have carefully so that you don't send it incorrectly during the transaction.

3. Select the UC nominal you want. At this stage you have to pay attention to the product you need because there are many choices including RP and UC upgrades.

4. After selecting all the desired products, continue the payment process. There are many payment methods available. You can pay using E-Wallet (ShopeePay, GrabPay, Touch & Go, MAE Maybank, Boost, ShopeePay, DuitNow QR), FPX online banking, or using cash at your preferred convenience store (KK Mart, 7 Eleven, and 99 mart ).

5. Fill in the transaction details starting from User ID to personal contact in the form of an active email.

6. Don't forget to fill in the promo code if you have it. But if not then you can skip this stage.

7. Click "Buy Now" to get a payment code according to the payment method you chose.

8. Complete the payment by making a transaction according to the method you choose.

9. After a successful transaction, PUBG UC will be immediately sent to your game account. No need to register, log-in, exchange voucher codes, or enter pin codes. 

Advantages of PUBG Top Up on Lapakgaming

There are many advantages that Lapakgaming will provide to improve your gaming experience. Lapakgaming offers convenience and comfort in carrying out transactions, thanks to its secure payment system and the various payment methods offered. The following are the advantages of PUBG top up on Lapakgaming which make users comfortable when making transactions.

● Get very cheap prices and compete with other platforms.

● Many choices of payment methods are guaranteed to be safe.

● There are many product choices available with varying quantities and nominal prices.

● The transaction process is fast and easy.

● Transactions are guaranteed because there is a 10-fold money back guarantee if there are transaction problems.

● Fast and responsive service.

● There are lots of attractive discounts and promo offers so it would be a shame if you just missed it.

UC PUBG Price List on Lapakgaming

UC or Unknown Cash in the PUBG game is the currency used to purchase items in the game. The items you can get are quite varied, from vehicle skins, clothing skins, weapon skins, to RP and elite RP upgrades.

The price of UC PUBG in certain quantities is also quite varied and there are often attractive promotions and discounts. You can buy according to your needs and can even get the cheapest price at Lapakgaming, here is the latest price list.

● Upgrade RP : RM39.60

● Elite Upgrade RP : RM101.70

● 46 + 3 UC : RM2.88

● 60 UC : RM3.60

● 77 + 4 UC : RM4.90

● 107 + 6 UC : RM6.62

● 302 + 41 UC : RM18.95

● 422 + 60 UC : RM29.40

● 602 + 91 UC : RM49.00

● 722 +118 UC : RM54.20

● 1442 + 351 UC : RM94.80

● 1500 + 300 UC : RM112.50

● 3002 + 1001 UC : RM189.50

● 3000 + 805 UC : RM180.00

● 4202 + 1513 UC : RM294.00

● 7202 + 2881 UC : RM490.00

● 6000 + 2100 UC : RM360.00

● 14402 + 5761 UC : RM980.00

● 30002 + 12001 UC : RM1,960.00

● 42002 + 16801 UC : RM2,940.00

For more info and queries, you guys can email cs@lapakgaming.com or get the latest update at their Facebook and Instagram account. 

Restoran Wartek Ara Damansara

Dah lama dah nak try makan dekat sini sejak Wartek buka dekat area Ara Damansara tapi tak sempat lepastu viral pulak dekat Tik Tok makin malas nak pergi sebab kena beratur panjang. Rezeki lah lepas pergi Wet World Shah Alam, nak makan tengahari dekat sini. Tengahari tak tengahari sangat lah sebab dah pukul 3 dah pun. 

Seronok lah pergi waktu ni sebab tak ramai orang. Weekdays kan, semua orang tengah sibuk bekerja dekat office, kita seronok jalan sana sini sebab ambik cuti hihi.  




Restoran Wartek ni tak besar sangat sebab dia dekat lot tengah jadi tak hairan lah kalau cepat sangat penuh dengan orang terutamanya waktu puncak. 

Menu yang ada di Restoran Wartek Ara Damansara ni dimasak mengikut resipi original Madura, Indonesia tapi harga Malaysia. Di Indonesia ada Warteg, singkatan kepada Warung Tegal, warung yang offer makanan dengan harga murah. 

Berbeza lah sikit makan dekat sini sebab harga dia a bit pricey sebab Wartek ni singkatan kepada Warung Teh Kopi. Lebih kurang ala Kopitiam kita yang harga mahal sikit sebab menyewa dekat premis dalam mall ataupun kedai pejabat. 


Kalau datang sini kena try Nasi Bebek Madura. Dalam sepinggan Nasi Bebek Madura tu ada nasi putih, bebek goreng rangup, timun, sambal pedas dan sambal garing. I rasa kalau makan dekat Indonesia atau warung biasa, harga sepinggan tak mencecah RM19.80 walaupun bebek mahal sikit dari ayam. Nasi untuk menu Nasi Bebek Madura ni lain dari nasi putih biasa sebab dia tanak dengan santan jadi bau dia wangi sikit. 

Mak I order Pucuk Manis Masak Lemak jugak, menu ni pun sedap bila makan dengan nasi panas. Masak lemak dia pekat, tambah pulak dengan aroma ikan bilis, makin berselera makan. 


Adik I order Satay Padang tapi dah tak ingat harga berapa. Lagi mahal dari menu kitorang. RM20 tak silap. Dalam menu ni ada satay daging 10 cucuk, nasi impit 3 ketul dipotong dadu dengan limpahan kuah kacang berlemak, taburan cili dan kicap. Ada juga sambal dan limau diletakkan asing di tepi. Sebelum ni I pernah makan Satay Minang, sedap juga tapi Satay Padang Wartek ni lagi sedap. 

Kuah kacang dia tu main peranan penting sebab well blend dengan rasa satay daging yang lembut tu. 10 cucuk tak cukup sebenarnya tapi nak tambah pun perut dah penuh haha. 

Untuk minuman, kitorang order Kopi Ais dan Kopi Panas. Tepat lah pilihan tu sebab kopi dia bancuh tu pekat. Lepas makan makanan yang berlemak, kena la basuh tekak dengan air yang pekat macam kopi ni. 

Masa awal buka dulu Wartek tak ada online system lagi, masa kitorang pergi dah ada tapi masih ada bugs lah sebab kitorang order lain tapi yang sampai benda lain sebab sistem ada masalah. But overall we had fun eating here. Kitorang pergi waktu tak sesak jadi tak perlu tunggu lama pun untuk makanan sampai, even masa masalah menu salah tu pun cepat je staff dia selesaikan. Kalau waktu puncak, mereput la tunggu kan? 

High chance untuk repeat lagi makan dekat Wartek Ara Damansara ni sebab dekat sangat dengan office. I nak try Nasi Uduk Bebek dengan Soto Betawi pulak sebab ramai cakap sedap. Siapa yang belum pernah try memang patut cuba makan dekat sini. 

BERKONGSI REZEKI DI BULAN RAMADAN

Tuesday, 2 April 2024

BERKONGSI REZEKI DI BULAN RAMADAN  | Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Jay Iswazir & Hasnul Rahmat Meriahkan Majlis Berbuka Puasa 

Filem aksi heist tempatan tahun ini, ‘The Experts’ mengambil keberkatan Ramadan dengan berkongsi rezeki di bulan yang mulia menerusi kolaborasi bersama Mirinda. Justeru itu, sebuah Majlis Berbuka Puasa The Experts diadakan pada hari ini bagi membawa keceriaan, sambil menghayati nilai memberi dan saling berkongsi. 

Antara barisan pelakon filem The Experts yang hadir meluangkan masa dan beramah mesra di Majlis Berbuka Puasa The Experts adalah Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Jay Iswazir dan Hasnul Rahmat. Ini juga secara tidak langsung memperkenalkan secara rasmi barisan pelakon yang membintangi The Experts. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan acara berbuka puasa dan pemberian sumbangan duit raya dan bingkisan istimewa kepada anak yatim dan ibu tunggal dari Rumah Nur Hikmah, Taman Medan, Selangor.

Selain barisan pelakon, suasana majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pengarah filem The Experts, Andre Chiew dan Nazim Shah, serta penerbit filem The Experts iaitu Astro Shaw, penerbit bersama,  TGV Pictures dan ZAK Capital, serta barisan kerjasama bagi inisiatif pemasaran, iaitu Etika, Mirinda, Calpis Soda, Petron Malaysia dan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, dan produksi BlackFlag. Antara wakil tertinggi yang hadir adalah Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, Penerbit Eksekutif Filem The Raja Jastina Raja Arshad; Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan Siou Chin; Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han; Pengarah Jualan & Pemasaran di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Shaidatul Nurfairuze, dan Ketua Produksi BlackFlag, Joel Soh.

Penerbit Eksekutif Filem The Experts merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kami di Astro Shaw melalui filem The Experts mengambil peluang untuk menyebarkan lagi kemeriahan Ramadan dengan berkongsi rezeki menerusi kerjasama bersama Mirinda. Inisiatif ini merupakan usaha Astro Shaw untuk menunaikan tanggungjawab sosial dan mendorong amalan dalam memberi. Kami berharap usaha ini sedikit sebanyak mampu menggembirakan tetamu yang hadir dalam menyambut Syawal yang bakal menjelang.”

“Memandangkan filem The Experts akan menemui penonton di pawagam pada bulan Mei nanti, pihak kami telah memulakan rangka pemasaran pada Januari lalu dengan berkongsi gambar eksklusif filem, dan paling terbaru kami telah menampilkan iklan raya ‘The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda’ yang dibawakan oleh Mirinda bermula. Ini adalah kali pertama kami menampilkan iklan raya istimewa, dan kami amat teruja mempersembahkan iklan raya ini yang penuh aksi dan menghiburkan dalam cubaan menyelamatkan raya keluarga The Experts. Iklan ini amat dekat di hati rakyat Malaysia selari dengan nilai memberi dan berkongsi dengan mereka yang dikasihi khususnya dalam musim perayaan. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada penonton,” tambah Jastina lagi.

Astro Shaw bersama air minuman Mirinda menampilkan Iklan raya eksklusif ‘The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda’ yang dibawakan oleh Mirinda. Iklan raya ini mengangkat tema The Experts iaitu aksi dan kekeluargaan. Peminat boleh menonton video iklan raya ini di YouTube Astro Shaw. 

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, “Selama beberapa dekad, Mirinda terus menjadi peneman sejati dalam setiap sambutan perayaan melalui kesegaran minumannya. Tahun ini kami cukup berbangga untuk bekerjasama dengan Astro Shaw dalam kempen ‘Riang Raya Bersama-sama Mirinda’ 2024 menerusi rangka promosi filem “The Experts”, sebuah filem menarik yang akan mengetengahkan nilai kekeluargaan. Kerjasama ini menggariskan komitmen Mirinda untuk membina saat-saat indah bersama ahli keluarga, selaras dengan prinsip kami untuk merapatkan hubungan dan memupuk perpaduan.”

Tambah beliau, “Melalui hasil kerjasama ini yang menampilkan pelbagai aktiviti lain yang menarik, kami berharap dapat menyebarkan keriangan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia supaya mereka hargai saat-saat indah bersama orang tersayang. Marilah kita sama-sama ucapkan ‘kosong-kosong’ dan raikan Ramadan dan Aidilfitri dengan positif seperti mana Mirinda berhasrat untuk merapatkan hubungan dan meraikan kebersamaan.”

The Experts akan menyertai ruangan istimewa Mirinda di beberapa pasar raya terpilih menerusi inisiatif The Experts X Mirinda Meet & Greet. Peminat dan penonton berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan pembelian air minuman Mirinda. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Riang Raya Bersama-sama Mirinda, boleh layari Mirinda Malaysia di Facebook.  

The Experts mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan terbesar. 

Diterbitkan Astro Shaw, The Experts menampilkan bintang-bintang terkemuka Malaysia seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat dan Michael Ang bakal temui penonton di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube. 

  • Pamungkas kembali ke Malaysia buat Malam Melankolia
  • ‘Penjaga Hati’, Nadhif Basalamah pertama kali jejak kaki di Malaysia
  • Tiket Malam Melankolia mula dijual 3 April bermula 12 tengah hari

KIG Live dengan bangga mempersembahkan ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live in Malaysia’, konsert yang bakal menampilkan penyanyi dari negara seberang, Pamungkas dan Nadhif Basalamah. Bakal diadakan di Zepp, KL pada 3 Mei 2024, 8.30 malam akan datang, acara ini menjanjikan persembahan yang penuh perasaan.


‘Malam Melankolia’ yang buat julung kalinya diadakan, bukan sekadar konsert; gabungan dua penyanyi pop ini bakal membuatkan para penonton merasai dan mendalami setiap komposisi berjiwa, hasil nukilan masing-masing. Dikenali dengan suara dan bakat yang mengagumkan, tidak dinafikan lagi yang mereka akan mencipta satu malam yang tak akan dilupakan buat peminat.

Pamungkas, bintang muda dalam arena muzik Indonesia, telah menawan hati peminat di seluruh dunia dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa dan vokal yang kuat. Dengan hit seperti ‘To the Bone’, ‘Kenangan Manis’ dan ‘One Only’, Pamungkas terus mendapat pujian atas lirik-liriknya yang introspektif dan menusuk kalbu setiap pendengar.

Turut bergabung dengan Pamungkas di atas pentas adalah Nadhif Basalamah, pemilik lagu Penjaga Hati yang tular selama beberapa bulan ini juga telah menduduki carta muzik stesen radio tempatan. Nadhif yang memiliki suara lunak dan penuh perasaan ini telah pun menambat hati para peminat di Malaysia melalui aplikasi media sosial TikTok. Dengan gabungan unik pengaruh folk dan indie-pop, Nadhif Basalamah berjanji untuk memikat penonton dengan melodi yang menyentuh dan cerita yang mengasyikkan.

Dengan kedatangan KIG Live di Malaysia, syarikat ini tetap komited kepada visinya untuk mencipta pengalaman yang menyeluruh yang dapat menyentuh hati peminat muzik di mana-mana. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap industri dan dedikasi kepada kecemerlangan, KIG Live bersedia untuk memberikan pengalaman konsert yang akan memberi impak dan menyentuh hati penonton Malaysia.

"Kami sangat teruja untuk membawa semangat kami dalam dunia hiburan secara langsung ke Malaysia dan memperkenalkan penonton kepada melodi-melodi emosional Pamungkas dan Nadhif Basalamah," kata Rendra R. Saputra, CEO KIG Live. "Konsert bersama ini, yang diberi judul 'Malam Melankolia' dengan sewajarnya, merayakan tema-tema romantis dan melankolis yang biasa ditemui dalam muzik dan lirik mereka. Peminat boleh mengharapkan sebuah malam yang sangat emosional, untuk kedua-dua artis dan penonton".

Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada acara muzik yang tak terlupakan ini. Tandakan tarikh pada 3 Mei 2024, dan sertailah kami di Zepp, KL untuk satu malam yang penuh dengan melodi yang bermakna dan persembahan yang penuh perasaan. Tiket akan mula dijual bermula 3 April 2024, pukul 12 tengah hari melalui www.kiglive.com. 

Harga tiket bermula dari RM550 (Marigold VIP), RM300 (Rose Free Standing), RM220 (Lily Free Standing), RM300 (Orchid Numbered Premium Seating), dan RM250 (Daisy Numbered Seating). Harga tidak termasuk bayaran pemprosesan sebanyak RM4 dan SST. Setiap individu boleh membeli maksimum 6 tiket.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur’, layari laman web rasmi KIG Live (www.kiglive.com) dan ikuti KIG Live Malaysia di media sosial.

# # #

Mengenai KIG Live

KIG Live merupakan penganjur konsert yang berpusat di Jakarta, komited untuk mempertingkatkan senario muzik secara langsung. Kami mencipta rancangan langsung yang luar biasa merentas genre, mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan hubungan bermakna melalui muzik. Sertai kami sambil kami meluaskan  dan mencipta lebih kuat di seluruh Asia Tenggara.

Blog Performance Mac 2024

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua! Puasa tahun ni terasa lemau ye sebab panas teruk. Duduk dekat rumah serba tak kena, nak tidur pun tak seronok sebab panas. Nak buat kerja tak beria sangat sebab panas, nak update blog apatah lagi. Gittewww dari awal dah bagi alasan kenapa entry tak cecah monthly goal. 

1. PV


Walaupun lemah lesu je bulan puasa ni tapi untuk performance blog pada bulan Mac meningkat sedikit lah dari bulan Februrari 2024. Tak banyak beza dia, dalam 20k tapi boleh lah diraikan kenaikan ni sebab selalu merudum je kan? 

Bulan depan dah target nak update lebih sikit dari 3 bulan pertama ni sebab dah ada assistant dekat office so workload tu makin berkurang. Tapi itu lah, bila kerja tak banyak, open house pula banyak. Susah nak jangka tahun ni boleh bertambah 1 angka juta lagi ke tak. Harapan tu ada tapi kita tak boleh nak jangka outcome dia macam mana. 

2. Posts


Boleh nampak lah penambahan pageviews tu dekat mana bila entry yang paling tinggi dalam Popular Post mencecah sampai 3k untuk bulan ni. Entry ni dah lama dah update, sekarang baru naik. Ada announcement sekuel ke? 

Tengok dekat keywords search ada banyak juga carian untuk entry Movie Review La Luna, boleh kata movie ni masih lagi menjadi hot topic. Nak raya ni mesti ada yang menyebut jugak. Perancangan untuk bulan Mac haritu nak update banyak juga lah filem atau drama tempatan tapi tak sempat nak tengok pun. 

3. Keywords


Masa pergi MyTown untuk buka puasa minggu lepas, singgah kejap dekat Dakchigo tapi fully booked untuk iftar. Bila tengok top keywords ni dah boleh tahu lah memang tengah ramai berbuka dekat restoran tu. Nasib dah pergi masa opening dulu tapi menyesal pulak tak ambik gambar menu banyak-banyak haha. 

Keyword High Council ni mesti sebab Astro dah buat pengumuman rasmi tentang prekuel series Projek: High Council, Projek: Kahar. Dalam series ni boleh tengok macam mana Kahar kena buli sampai dia terpilih untuk naik sebagai Kapla. Hari tu baru je berbuka dengan Kahar dan 'pembuli Kahar', handsome ke tidak tu rahsiaaaaaaa.

4. Bilangan Entri


Bulan Mac masih lagi dalam mood tak sempat sebab tak berjaya keluar dari angka 30 sedangkan monthly goal ialah 60 entry sebulan. Dalam list ada banyak cadangan entry untuk update dekat blog tapi masa untuk update tu tak ada. Belum kira bila nak update terasa lapar pulak lepastu malas nak spend energy dekat blog.