Kiub Kari Maggi

Tuesday, 26 March 2024

Masa pergi beli barang dapur sebelum puasa haritu, ada ternampak kiub kari Maggi. Kiub stok yang baru lah kan dari Maggi sebab tak pernah nampak lagi sebelum ni. Yang ada dekat pasaran pun kiub ayam, kiub tomyam dengan kiub ikan bilis. 


Sebab I selalu guna kiub brand Maggi, saja lah beli 2 kotak Kiub Kari Maggi untuk cuba dulu macam mana pergi dia. Dekat kotak kiub ni tak ada tulis untuk kegunaan khas kepada apa. Macam serbuk rempah ada asingkan rempah untuk ayam dan daging dengan rempah ikan. Tengok pada gambar ada ayam je so kita guna untuk masak kari ayam lah. 

I kalau masak kari memang tak tumis rempah ratus sebab dekat dalam serbuk kari ataupun kiub kari Maggi ni dah ada dah. Daripada bazir beli tapi orang tak makan lepastu buang, baik guna je apa yang ada dalam serbuk tu. Kalau rajin je, tambah daun kari sebab nak bagi naik bau wangi kari. Kalau tak ada pun tetap sedap dimakan sebab daun kari memang dah ada dah dalam serbuk kari tu. Dalam kiub kari Maggi ni ada 12 rempah ratus dicampurkan untuk menu kari yang lebih beraroma katanya. 


Bahan-bahan: 

Garam, Penambah Perisa (Mononatrium Glutamat), Gula, Sebatian Minyak, Olein Dan Stearin Kelapa Sawit, Cili, Kanji, Ketumbar, Mineral (Kalium Klorida), Rempah (Adas Pedas, Paprika, Lada Hitam, Lada Putih, Jintan Manis, Halia, Halba, Bunga Cengkih, Buah Pala, Buah Pelaga), Tepung Gandum, Jintan Putih, Bawang, Perisa, Bawang Putih, Penambah Perisa (Ekstrak Yis), Kunyit, Lemak Ayam, Kulit Kayu Manis, Gula Karamel. Mengandungi Penambah Perisa Dan Perisa Yang Dibenarkan. Aditif makanan adalah daripada sumber tumbuhan.

Keistimewaan kiub kari Maggi ni terletak pada rempah ratus yang dah dimasak sehingga pecah minyak jadi waktu memasak tu lebih singkat lah bila guna kiub baru ni. Untuk setengah ekor ayam, disarankan guna 2 kiub kari Maggi which is 1 kotak macam dalam gambar tu. Harga 1 kotak Kiub Kari Maggi dalam RM2.50 bergantung pada tempat yang menjual. 

My personal experience guna kiub kari Maggi ni agak mengecewakan sebab bila tumis dah boleh nampak pes tu cair padahal tak tambah air pun. Bau pes dari kiub kari Maggi ni sama sangat dengan bau perencah kari mi segera Maggi. Disebabkan cair, I terpaksa masukkan serbuk rempah kari jenama lain supaya menu kari ayam I masak masa tu sedap dimakan. 

Should I buy again this product? Nope. Ada dua sebab untuk tak nak beli dah. Satu sebab lebih mahal dari serbuk kari yang I selalu guna which is I can understand lah sebab dia dah masak sampai pecah minyak. To be honest I tak kisah pun kalau mahal sebab dah jimat masa memasak, tak perlu nak bancuh, just masukkan dalam tumisan bawang tapi sebab pes dia cair tu yang jadi turn off sangat. Kalau yang suka kari cair atau nak masak mi kari boleh la beli kiub kari Maggi ni. 

SPX Express Mengoptimumkan Rangkaian Logistik, Mempercepatkan Penghantaran E-Dagang kepada 30% | Pusat Pengagihan Bukit Raja Baharu Pacu Kecekapan, Mempertingkatkan Pengalaman Pengguna 


SPX Express (SPX), rakan logistik dipercayai Shopee meraikan kenaikan prestasi kecekapan e-dagang seluruh negara dengan pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja baharu di Klang, Selangor. Sejak Januari 2024, SPX telah mencapai penambahbaikan 30% dalam waktu penghantaran terhadap bungkusan yang dihantar dari kawasan Lembah Klang ke luar Lembah Klang. SPX berterusan menambah baik keseluruhan rangkaian logistik di seluruh Malaysia; 50% pelanggan kini boleh menerima pesanan mereka dalam masa tidak lebih tiga hari.

Pada 2024, SPX berazam untuk berterusan meningkatkan kapasiti dan kawasan penghantaran, menambahbaik pengalaman menyeluruh pengguna, dan mengurangkan kos untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat rakyat Malaysia. Rangkaian meluas SPX yang merangkumi lebih 140 hab dan gudang dan lebih 1,200 pusat perkhidmatan yang menyokong penghantaran barangan dari penjual (seller drop-offs) dan kutipan barangan oleh pembeli (buyer self-collection) dari seluruh Malaysia meletakkan SPX sebagai peneraju logistik e-dagang efisien. SPX merancang untuk mengembangkan pusat yang menawarkan khidmat kutipan barangan oleh pembeli kepada 700 dalam masa enam bulan, membolehkan pembeli dalam talian untuk mengambil pesanan mereka di lokasi yang bersesuaian dengan rutin harian mereka.

“Pusat Pengagihan Bukit Raja menunjukkan perkembangan penting dalam kebolehan perkhidmatan SPX Express dalam sektor e-dagang. Pelaburan strategik ini membolehkan kami untuk meningkatkan tawaran nilai buat vendor e-dagang, terutamanya mereka yang beroperasi di luar kawasan Lembah Klang. Dengan sistem gudang dan pengurusan pengagihan terbaik, kami telah menyaksikan penambahbaikan berkali ganda dalam efisiensi pengendalian. Melihat ke depan, kami komited untuk melakukan penambahbaikan berterusan dan merancang untuk mengintegrasikan teknologi canggih di pusat-pusat operasi kami sepanjang tahun, agar kami boleh mencapai kapasiti operasi 1.5 juta bungkusan pada akhir tahun,” kata Cheah Lee Sun, Ketua SPX Express Malaysia.

Tahun ini, kerjasama rapat SPX dengan Fulfilled by Shopee akan meningkatkan pengalaman penghantaran e-dagang untuk memberi khidmat lebih baik kepada pengguna. Gudang Pemenuhan (Fulfilment) Bukit Raja secara strategik menyimpan purata 3 juta stok produk sedia ada - dari anggaran ~5.5 juta jumlah kapasiti stok. Ini bermaksud pilihan meluas buat pengguna dan pemprosesan lebih pantas, dengan target 95% pesanan e-dagang dihantar pada hari sama buat pesanan yang dilakukan sebelum jam 2 petang. Tambahan lagi, dengan meningkatkan keselamatan penyimpanan fasiliti dan mempercepatkan penghantaran melalui khidmat ‘consignment’ telah meningkatkan kepuasan pelanggan dan kesetiaan jenama buat perniagaan. 

Rangkaian logistik teguh SPX membawakan perkhidmatan sama rata buat perniagaan-perniagaan di Malaysia. Penjual kecil-kecilan, jenama bebas, dan pelanggan seluruh negara boleh menikmati penghantaran boleh dipercayai, mampu milik, dan efisien, hasil teknologi dalaman SPX dan pasukan kurier dan pengagih (sorter) berdedikasi. Ini memperkasakan usahawan untuk mencapai perkembangan mampan, dipacu oleh purata waktu penghantaran yang lebih pantas buat pesanan e-dagang mereka.


SPX menyokong keterangkuman di tempat kerja sejak 2021. Dengan melancarkan program inovatif, SPX memperkasakan pasukan mereka - dari pekerja fasiliti ke penyelia pasukan - untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan, dan memupuk semangat kuat berkomuniti. Pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja telah menjana 400 pekerjaan sepenuh masa dan separuh masa baharu buat individu di negeri Selangor. Pelaburan ketara ini mencipta peluang buat rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup dan memberi kembali kepada komuniti tempatan. 

*************************************

Mengenai SPX

Dilancarkan pada 2020, SPX menawarkan perkhidmatan penghantaran berkos efektif dan boleh dipercayai di seluruh Asia Tenggara, menyokong perniagaan SME, jenama, dan penjual. Di Malaysia, SPX mengendalikan 130 hab rangkaian pusat penghantaran seluruh negara. SPX komited untuk terus inovasi perkhidmatannya, memperkenalkan teknologi baharu, dan memupuk bakat tempatan untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan seluruh negara.

Raya Bersama Shopee: Platform Membeli-belah Sehenti untuk Keperluan Raya Anda!

Monday, 25 March 2024

Raya Bersama Shopee: Platform Membeli-belah Sehenti untuk Keperluan Raya Anda!  | Sama-Sama Berkongsi, Sama-sama Meriah

Mari meraikan semangat kebersamaan, kegembiraan, dan tradisi yang dihargai dengan kempen Raya Bersama Shopee yang berlangsung sehingga 11 April 2024. Kempen ini bermula dengan Jualan Hebat Raya yang mengetengahkan tawaran eksklusif untuk memenuhi keperluan Ramadan dan Raya anda. Dari Baju Raya bergaya ke barangan keperluan untuk balik kampung, Shopee ada barang nya untuk anda. Kemudian, beralih ke Jualan Akhir Raya, yang memenuhi keperluan pembeli-belah ‘last-minute’. Terokai pelbagai pilihan untuk keperluan Raya saat terakhir agar anda sentiasa bersedia untuk beraya bersama mereka yang tersayang. 

Jangan lupa untuk tetapkan ‘reminder’ buat tarikh-tarikh utama kempen: 25 - 27 Mac untuk Jualan Hebat Raya dan 4 April untuk Jualan Akhir Raya untuk mendapatkan tawaran dan diskaun ekstra, supaya anda boleh mendapatkan barangan kegemaran pada harga yang tiada bandingan.

Nikmati kemudahan Penghantaran Percuma, Tanpa Perbelanjaan Minimum 

Keutamaan kempen Raya Bersama Shopee adalah komitmen kuat kami terhadap kemudahan dan kemampuan mampu milik. Ciri Penghantaran Percuma tanpa Perbelanjaan Minimum menyingkirkan syarat perbelanjaan minimum agar pembeli dapat menikmati barang keperluan Raya mereka dihantar terus ke rumah. 



Komitmen ini diteruskan dengan ciri 15 Hari Pemulangan Percuma, Tanpa Soal*. Bermula 19 Mac, anda mempunyai 15 hari untuk memulangkan barangan, tiada soalan akan ditanya*! Ciri ini boleh digunakan terhadap penjual yang mempunyai label “pemulangan percuma (free return)”, supaya anda boleh membeli dengan yakin. Dengan ciri ini anda tidak perlu risau jika berubah fikiran, jadi mari membeli-belah dengan seronok!

Sehingga 70% Diskaun eksklusif di Shopee Live

Secara langsung di Shopee adalah dunia meriah trend Ramadan & Raya, termasuk untuk menyaksikan pelbagai Baju Raya kegemaran diperagakan. NIkmati diskaun harian sehingga 70% sambil menonton. Shopee Live menawarkan lebih dari penjimatan -- ianya adalah saluran untuk trend eksklusif, pengalaman interaktif, dan kejutan menarik, memastikan setiap waktu anda dipenuhi dengan penemuan menyeronokkan.  




Bersedia untuk pelbagai tawaran dari pelbagai jenama seperti Skintific, Somebymi, Dr. Cardin, Bata, Pink Flash, dan banyak lagi! Sertai Sahur Voucher Hunt dari 20 - 24 Mac pada jam 5 - 7 pagi, untuk baucar eksklusif yang boleh diguna semasa Hari Jualan Hebat Raya. Tambahan lagi, sertai Shopee Kuiz Raya yang akan berlangsung semasa Jualan Hebat Raya pada jam 12 tengah hari dan 10 malam untuk ganjaran menarik dengan hanya menjawab tiga soalan mudah dengan betul. Jangan juga ketinggalan RM10 Raya Knockout Deals berlangsung pada jam 12 tengah hari & 10 malam, di mana anda boleh barangan menarik pada harga RM10,  terokai Tawaran Hebat Raya sehingga 80% diskaun, tebus sehingga 70% diskaun Baucar Hebat Raya dan dapatkan diskaun tambahan dengan baucar Shopee semasa ‘checkout’.


Diskaun dan Ganjaran Harian

Maksimakan penjimatan anda dengan 8PM 20% Cashback Hours dengan baucar Cashback. Dan jangan lupa Moreh Specials pada jam 10 malam untuk mendapatkan antara tawaran Raya terbaik! Tambahan lagi, bersedia untuk tawaran tengah malam dengan 12AM Midnight Madness, yang menawarkan diskaun luar biasa. Ianya adalah suatu ekstravaganza yang pasti anda tidak mahu ketinggalan!

Tingkatkan Gaya Raya Anda dengan Bazaria Shopee


Terokai Bazaria Shopee — suatu hub fesyen dan aksesori Muslim mampu milik dan bergaya, yang disusun pilih khas untuk memenuhi idaman fesyen Raya anda. Terokai pelbagai gaya Raya, tawaran eksklusif, dan diskaun runtuh, yang dipilih khas untuk anda. Dapatkan diskaun sehingga 50% daripada jenama seperti Siti Khadijah, Naelofar, Pazze, Zucca Butik, Elrah Exclusive dan banyak lagi. Tetapi bukan itu sahaja, di tab eksklusif  'Raya Stail Kita' di tab Bazaria Shopee, anda boleh menggayakan trend Jingga Gelap, Kek Lapis, dan Nostalgia Balik Kampung yang diperagakan di pentas peragaan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita. Terokai tawaran bergaya ini dari jenama tempatan Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman!

Segarkan Sahur anda dengan Tawaran Kecantikan Tiada Bandingan RM0.99 

Tingkatkan sahur rutin anda dengan Sahur Gempak Deals eksklusif setiap hari jam 5 - 7 pagi, bermula 12 Mac sehingga 9 April, dengan promo hebat RM0.99 semasa Jualan Hebat Raya buat produk kecantikan dari jenama Y.O.U, SIMPLYSITI, Silkygirl, Wardah, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, barenbliss, Alha Alfa, dan AISASEA. Dapatkan tawaran runtuh ini sebelum terlambat! Tambahan lagi, anda boleh dapatkan banyak lagi tawaran kecantikan di Beauty Knockdown

Menang Hadiah Menarik dengan Fiesta Tap & Win

Begini caranya: Kumpul tiket emas untuk meningkatkan peluang anda untuk menang hadiah hebat seperti Dreame Cordless Vacuum, Xiaomi 11T, Sony PlayStation 5, atau Samsung Galaxy Buds 2 Pro. Baucar diskaun dan Shopee Coins juga boleh dimiliki! Tambahan, semasa Jualan Hebat Raya, peluang anda untuk menang adalah lebih tinggi, lebih banyak anda kumpul tiket emas, lebih besar peluang anda untuk menang. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan keraian Raya dengan hadiah hebat! 

Menang Besar dengan Duit Raya Shopee di Shopee Live


Tonton saluran Shopee Mamak di Shopee Live pada jam 8.30 malam setiap hari, dan pada jam 10 malam pada 3 April, untuk berpeluang menang sehingga RM5,000 dengan Duit Raya Shopee! Caranya mudah: Tonton strim langsung, tebus kod unik di web mikro, dan lengkapkan sekurang-kurangnya satu pesanan dari strim langsung setiap hari dan anda berpeluang untuk terpilih. Seorang pengguna bertuah akan dipilih setiap hari untuk menyertai Duit Raya Shopee, dan siapa tahu anda mungkin boleh bermain bersama selebriti terkenal termasuk Duta Shopee, Iman Troye! 

Rancangan TV Jom Raya Bersama Shopee: Malam Seronok dengan Gelak Ketawa

Tandakan kalendar anda untuk 25 Mac 2024 pada jam 9 malam kerana "Jom Raya Bersama Shopee" akan menghiburkan anda di Shopee Live dan TV3. Malam anda akan jadi lebih meriah dengan tawaran menarik, permainan menghiburkan, dan persembahan memukau dari selebriti tempatan seperti Iman Troye, Amir Jahari, Aisha Retno, dan Shiha Zikir. Tambahan, berhibur dengan sketsa dari perlakon berbakat termasuk Dato AC Mizal, Aya, dan Mark Adam. Lagi menarik, jangan ketinggalan untuk menang sehingga 5 juta Shopee Coins & pelbagai hadiah lain, disertai tawaran eksklusif Super Seringgit Raya.

Beli-belah Raya Dipermudahkan: Ansuran 0% & RM15 Diskaun dengan SpayLater!

Rancang persiapan Raya anda dengan lebih awal! Sehingga 10 April, ambil peluang ini untuk bayar dengan ansuran 0% selama 3 bulan dengan SPayLater di Shopee. Tawaran ini termasuk semua produk, daripada fesyen ke barangan elektronik, untuk semua pengguna. Tambahan, pengguna SPayLater baharu akan menerima baucar RM15 diskaun. Aktifkan akaun SPL anda sekarang di sini.

Mari Raya Bersama Shopee! Dengan pelbagai tawaran, ganjaran dan hiburan yang tersedia, anda pasti menikmati nilai yang dibawa. Jangan ketinggalan untuk meningkatkan keraian Raya anda bersama kami. 

Layari http://shopee.com.my/m/raya-sale untuk maklumat lanjut dan membeli-belah hari ini!

******************************** 

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Movie Review | Irish Wish (2024)

Sunday, 24 March 2024


Director: Janeen Damian
Writer: Kirsten Hansen
Cast: Lindsay Lohan, Ed Speleers, Alexander Vlahos, Ayesha Curry, Elizabeth Tan, Jane Seymour
Production Companies: Motion Picture Corporation of America, Riviera Films, Wild Atlantic Pictures
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Comedy / Fantasy
Running Time: 94 minutes
Release Date: 15  March 2024
Trailer :


Maddie Kelly (Lindsya Lohan), seorang editor buku simpan perasaan terhadap Paul Kennedy (Alexander Vlahos), penulis yang kacak dan popular. Tak ramai editor mampu bertahan bekerja dengan Paul Kennedy kecuali Maddie dan kerana itu juga Maddie rasa hubungan mereka adalah Istimewa walaupun ibunya, Rosemary Kelly (Jane Seymour) nasihatkan supaya luahkan perasaan dia terhadap Paul. 

Maddie sangka perbuatan dan perlakuan dia sudah cukup menjadi hint kepada Paul, malangnya Paul jatuh cinta pandang pertama dengan rakan baik Maddie iaitu Emma Taylor (Elizabeth Tan). Sejak berjumpa di parti pelancaran buku sehingga lah setahun kemudiannya, mereka putuskan untuk berkahwin di rumah agam milik keluarga Paul di Ireland. Maddie dan Heather (Ayesha Curry) dijemput menjadi pengapit kepada Emma untuk majlis tersebut. 


Bukan saja mempunyai persamaan dan minat yang kuat dengan Paul, Emma malah mudah mesra dan rapat dengan Olivia Kennedy (Jacinta Mulcahy) dan Kory Kennedy (Matty McCabe), kedua orang tua Paul. Patah hati dan menyesal, Maddie buat hajat untuk berkahwin dengan Paul Kennedy di kerusi ajaib kepunyaan Saint Brigid (Dawn Bradfield). Hajatnya ditunaikan namun bahagiakah dia dengan hajat tersebut? 

Penulis skrip filem Irish Wish asalnya ingin menggunakan negara Eropah sebagai latar tempat untuk naskhah romantik komedi tapi semuanya dirombak selepas Lindsya Lohan setuju untuk berlakon sebagai watak utama. Kenapa Ireland? sebab Lindsay berasal dari Ireland dan bagi idea untuk beberapa tempat menarik di negara tersebut. Bukan saja tukar lokasi penggambaran malah judul filem juga ditukar. 



Tak hairan lah kalau penulis setuju untuk tukar dari Eropah ke Ireland sebab panorama beberapa tempat terlihat indah terutamanya Killruddery House, Cliffs of Moher dan Lough Tay menerusi lensa Graham Robbins. Macam mana James Thomas (Ed Speeleers) study subjek dia sebelum ambil gambar, macam tu la juga Graham yang tahu kekuatan dan kekurangan pelakon dan latar tempat supaya penceritaan mempunyai momen dan atmosfera romantik tersendiri. 

Kalau ikutkan filem Irish Wish ni mempunyai jalan cerita yang mudah dijangka dan cliché dengan dialog yang agak terhad. Barisan pelakon juga tak ada banyak ruang untuk berekspresi lebih dalam ruang yang diberikan sepanjang 94 minit tayangan. Sayang lah sebab tak ada dialog yang guna kekuatan magis luck clover dalam filem ni. Tak ada pun unsur-unsur atau budaya Ireland dimasukkan dalam perbualan beberapa watak walhal dah guna latar tempat yang kuat. 


Tapi menariknya filem romantik komedi tayangan rasmi Netflix ni mendapat olahan yang dan sentuhan yang bagus dari Janeen Damian. Dari awal cerita lagi dah nampak pengarah drop hints kenapa Maddie bukan pasangan yang sesuai untuk Paul Kennedy. Walaupun kedua-duanya selesa bekerja bersama tapi sebenarnya Maddie yang banyak mengalah dan berkompromi supaya hasil jadi bagus. 

Bila munculnya watak James, secara perlahan Maddie dapat hidup tenang, yakin dan jumpa semangat juga motivasi untuk hidup berdikari tanpa perlu bergantung pada nama penulis terkenal. Masa tengok Irish Wish ni rasa rimas bila Maddie dengan Paul dalam satu babak yang sama. Relationship tu tak seimbang walaupun hajat Maddie tercapai tapi bila Maddie dengan James, semuanya nampak manis, tenang dan selesa. I mean, that’s what you need in a relationship kan? Ketenangan. 


Watak Paul dengan Emma memang secocok sebagai life partner sebab sama-sama toksik dan opportunist, ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Bukan setakat Paul tapi Emma dengan Heather pun bukan kawan yang baik untuk Maddie. Tak pasti macam mana diorang start berkawan sebab tak ada back story tentang trio ni. 

Tak faham juga kenapa Maddie boleh rasa insecure dan terjebak dengan circle macam tu sedangkan Rosemary adalah watak ibu yang bagus. Wanita berkarisma dan berjaya dalam karier. Nak kata sibuk sangat pun tak sebab dia selalu on call dengan Maddie even Maddie lega bila tahu Rosemary nak datang ke Ireland untuk majlis kahwin dia. 


But anyway, Irish wish is a light romantic comedy movie. Good to watch though got nothing much to offer. Glad Linsay is back to Hollywood with this type of genre since Hollywood currently on equal par with Bollywood, which has slowly ignored rom-com when both of the industries was once at peak with this genre. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Movie Review | Midnight FM (2010)


Director: Kim Sang-man
Writers: Kim Sang-man, Kim Hwi
Cast: Soo Ae, Yoo Ji-tae
Production Companies: Weekend Cinema, Hong Film
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 106 minutes
Release Date: 14 October 2010
Trailer :


Midnight FM mengisahkan tentang Ko Sun-young (Soo Ae) yang popular sebagai DJ radio untuk slot tengah malam. Walaupun mempunyai ramai peminat kerana suaranya yang lunak merdu dan cara dia menyampaikan cerita, Sun-young ingin bersara dan berpindah ke Amerika untuk rawatan anak perempuannya, Ko Eun-soo (Lee Joon-ha). 

Pada hari terakhir dia bertugas, Sun-young menerima panggilan dari Dong-su (Yoo Ji-tae) yang mengugut Sun-young untuk mainkan lagu yang telah difaks pada hari sebelumnya. Malangnya faks tersebut diterima oleh bos dia dan enggan melayan permintaan tersebut. Akibatnya, Dong-su mencederakan Ah-young (Shin Da-eun), adik perempuan Sun-young yang menawarkan diri untuk menjaga anak perempuan Sun-young. 


Sun-young meminta bantuan pihak polis namun usaha untuk menyelamatkan ahli keluarganya sia-sia kerana dua orang polis yang dihantar telah pun dibunuh dengan kejam oleh Dong-su. Cara yang tinggal hanya ikut saja permintaan Dong-su yang mengaku peminat setia kepada Sun-young sejak bertahun lamanya. 

Filem Midnight FM arahan serta penulisan Kim Sang-man yang ditayangkan secara perdana di Hawaii International Film Festival 2010, Brussels International Fantastic Film Festival 2010 dan Asian Film Festival of Dallas 2010 menggunakan tema pembunuh bersiri yang mempunyai masalah psikologi di mana berhalusinasi lantas mengangkat diri sebagai hero jalanan. 


Watak Dong-su dalam filem ni tersuntik semangat melalui kata-kata Ko Sun-young ketika menceritakan tentang hero idamannya yang membersihkan dosa jalanan terutamanya pelacur di bandar Seoul. Ramai perempuan menjadi mangsa Dong-su hanya kerana dia ingin mencipta fantasi supaya diiktiraf oleh Ko Sun-young sejak keluar dari penjara. 

Lakonan Soo Ae sebagai Sun-young yang keras hati dan berdedikasi dalam kariernya dipaparkan dengan cemerlang. Semua perasaan takut, gerun, sedih dan geram digambarkan dengan ekspresi yang tepat buatkan babak genting terasa mendebarkan. Kalau first half Midnight FM kita berdebar tengok Sun-young cari jalan selamatkan anak dan adik dia dari Dong-su tanpa pengetahuan sesiapa di konti tersebut, second half pula aksi kejar-mengejar antara Sun-young dengan Dong-su di luar konti. 


Tapi ada masanya geram juga dengan watak Sun-young yang berkasar dengan peminat dia, Son Deok-tae (Ma Dong-seok) yang hadir ke konti untuk jumpa dia buat kali terakhir. Walaupun banyak kali Deok-tae tolong dia, Sun-young tetap berkasar macam ada dendam lama. Watak Deok-tae digambarkan seperti sasaeng tapi dia punya karakter macam down syndrome. Kalau dia sasaeng, boleh faham lah kenapa Sun-young menyampah tapi kalau down syndrome, nampak jahat lah watak utama dalam filem ni. 

Penceritaan Midnight FM agak perlahan, mungkin untuk hidupkan rasa seram dan saspen terutamanya untuk babak Dong-su cari Eun-soo di rumah. Watak Eun-soo nampak bijak pada awalnya tapi bila Sun-young suruh sembunyi dalam almari, I rasa macam mehhhh sebab senang sangat kantoi. Walaupun Soo Ae menang anugerah dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Blue Dragon Film Awards 2010 tapi watak Sun-young bukan watak protagonis kegemaran lah. 


Sinematografi dari Kim Tae-gyeong banyak menggunakan close-up shot untuk paparkan ekspresi muka barisan pelakon baik utama ataupun sampingan kerana kebanyakan masanya lebih terarah pada ekspresi dan bahasa badan. Dialog yang digunakan terhad walaupun untuk watak sampingan yang perlu jelaskan situasi kepada penonton macam pihak polis, detektif, pembantu Sun-young ataupun bos dia yang baru pulang dari tempat pembunuhan pekerja bawahan dia. 

Filem Midnight FM ada elemen saspen dan thriller untuk naskhah crime thriller sepertimana dijanjikan oleh pengarah tapi kalau sembang secara logik, banyak babak yang menyakitkan hati walhal bermain dengan nyawa manusia lain. Permintaan Dong-su mudah sangat, mainkan lagu yang dia nak tapi Sun-young, boss dia dan produser semua gagal nak faham. Kalau jadi lawyer Sun-young pun susah nak defend client macam ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10

Movie Review | Damsel (2024)


Director: Juan Carlos Fresnadillo 
Writer: Dan Mazeau
Cast: Millie Bobby Brown, Ray Winstone, Nick Robinson, Shohreh Aghdashloo, Angela Bassett, Robin Wright
Production Company: Roth/Kirschenbaum Films
Distributor: Netflix
Genre: Fantasy / Action / Thriller
Running Time : 110 minutes
Release Date : 08 March 2024
Trailer :


Projek terbaru Millie Bobby Brown berjudul Damsel arahan Juan Carlos Fresnadillo berlatarkan zaman purba di mana Puteri Elodie (Millie Bobby Brown) dijodohkan dengan Putera Henry (Nick Robinson) dari Kerajaan Aurea. 

Elodie tidak mempunyai angan-angan untuk fairytale wedding dan perkahwinan tersebut bersifat kepentingan kerajaannya semata apabila mereka memerlukan duit untuk memastikan kelansungan hidup rakyatnya. Dalam perjalanan ke Aurea, mereka disambut dengan arca naga yang terletak di pesisir laut. 

Tak ambil masa yang lama juga untuk Elodie jatuh suka dengan peribadi Henry yang kacak dan baik hati. Semakin mereka berbual, semakin Elodie yakin dia buat keputusan yang tepat untuk berkahwin walaupun majlis perkahwinan mereka serba sederhana. Ibu tirinya, Lady Bayford (Angela Bassett) cuba untuk nasihat Elodie supaya fikir masak-masak kerana dia tak dilayan dengan baik oleh Permaisuri Isabelle (Robin Wright). Tapi dengan cepat Lord Bayford (Ray Winstone) menegah kerana mereka sangat memerlukan duit hantaran dari Aurea. 

Majlis perkahwinan Elodie dan Henry berjalan seperti yang dirancang kemudiannya Elodie dibawa naik ke atas gunung batu untuk ritual Aurea. Di sana darah Elodie diiktiraf sebagai darah diraja kemudiannya Elodie dicampak masuk ke dalam gaung untuk dijadikan korban kepada naga (Shohreh Aghdashloo). 

‘There are many stories about chivalry where the heroic knight saves the damsel in distress. This is not one of them.’ - Elodie

Naskhah Damsel mempunyai kekuatan tersendiri melalui sinematografi yang dipaparkan menerusi lensa Larry Fong. Kebanyakan babak menggunakan panorama alam semulajadi seperti laut, gunung-ganang, kawasan hutan dan banyak lagi. Walaupun tak banyak kawasan istana yang dipaparkan dalam Damsel tapi cukup untuk menjadi salah satu latar tempat yang menarik buat momen romantik antara Puteri Elodie dan Putera Henry. 

Separuh masa kedua agak terbatas sebab watak Elodie bertarung dengan naga di dalam gua yang sempit dan gelap. Boleh kata keadaan di bawah tu bergantung dengan penggunaan CGI. Baik naga, ulat ajaib ataupun laluan kristal tampak meyakinkan untuk penceritaan Damsel yang bersifat fantasi. 

Alur cerita Damsel tampak menarik dan mendebarkan setiap kali naga cuba menyerang Elodie dalam gua untuk dijadikan korban. Idea untuk filem ni segar dan unik tapi ada kekurangannya bila plot tak dikembangkan dengan baik. Watak yang dimasukkan tak lah banyak tapi hampir kebanyakan watak tak cukup kuat untuk kita kenal dan ambil peduli. 

Macam watak Lord Bayford yang sanggup kahwinkan anak perempuan dia semata untuk selamatkan rakyat. Dari perspektif cerita ni mungkin keputusan dia nampak mulia tapi hakikatnya, dia yang nak kekal berkuasa. Jadi apa kurangnya dia dengan Permaisuri Isabelle yang korbankan ramai puteri supaya hutang keluarga dia langsai? 

Watak Putery Henry pula terbatas dan mengelirukan sebab dia sanggup berkahwin dengan seberapa ramai puteri yang terima lamaran Kerajaan Aurea. Dekat awal nampak dia macam terpaksa ikut arahan Permaisuri Isabelle tapi dekat hujung dia tak berganjak bila Elodie bagi amaran. Lakonan Nick tak membantu jelaskan screenplay untuk perasaan dia masa tu. Rasa bersalah? Takut? Redha? Entah, tak jelas. 

Editing filem Damsel memburukkan lagi keadaan sebab back story dah dijelaskan pada awal cerita jadi kita dah hilang elemen saspen. Plot utama pun dah diceritakan dalam trailer, ending pun dah boleh dijangka dari poster. Jadi apa yang tinggal dalam filem Damsel? Lakonan Millie Bobby Brown sebagai puteri yang tahan lasak dan berjiwa kental. 

Pertaruhan yang berani dari Netflix bila Millie adalah heroin untuk franchise series Stranger Things (2016) juga franchise Enola Holmes (2020) tapi penonton perlukan lebih dari itu untuk sesebuah cerita bergerak dengan cemerlang. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Movie Review | Mohon Doa Restu (2023)


Pengarah: Ody C. Harahap
Penulis Skrip: Yayu Yuliani, Cassandra P. Cameron
Pelakon: Jefri Nichol, Syifa Hadju, Cut Mini, Sarah Sechan, Kiki Narendra 
Syarikat Produksi: Screenplay Films, Rapi Films, IFI Sinema
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 106 minit
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2023
Trailer:


Widi (Cut Mini) dan teman baiknya, Ira (Sarah Sechan) masing-masing tidak berkenan dengan pasangan anak-anak mereka. Sedang mereka mengeluh tentang calon menantu, mereka dapat idea menarik di mana mereka berdua menjadi besan. Satya (Jefri Nichol) dan Mel (Syifa Hadju) tak ada masalah dengan idea tersebut kerana mereka juga sudah kenal sejak kecil. 

Widi dan suaminya Arief (Kiki Narendra) senang melihat anak perempuan mereka berkahwin secepatnya lantas memberi masa kepada Satya untuk meminang dalam masa 3 bulan. Ira pula buat keputusan untuk pindah saja di hadapan rumah Widi alang-alang anak mereka bakal berkahwin, apa salahnya tinggal berdekatan. 




Semuanya nampak indah dan bahagia pada awalnya namun Mel merasa terbeban kerana semuanya agak terburu-buru. Bahkan dia juga tak sempat kenal Satya dengan sebaiknya, apatah lagi dia baru saja putus cinta. Majlis perkahwinan idamannya juga musnah bila Widi dan Ira aturkan semuanya tanpa berbincang dahulu dengan Mel dan Satya. 

Bila Mel harapkan Satya untuk pertahankan majlis mereka, lelaki tersebut hanya menurut sahaja kata-kata ibunya seperti lembu dicucuk hidung. Akibatnya Mel minta supaya perkahwinan tersebut dibatalkan saja. 


Kalau ada yang fikir filem Mohon Doa Restu arahan Ody C. Harahap mengetengahkan Jefri Nichol dan Syifa Hadju sebagai watak utama, salah sama sekali sebab watak utamanya adalah dua ibu yang seronok bakal berbesan. Dari awal hingga ke pertengahan cerita seronok tengok perasaan excited dan keletah mereka berdua supaya Satya dan Mel berkahwin. 

Kekuatan Mohon Doa Restu semestinya terletak pada dinamik Cut Mini dan Sarah Sechan yang berkawan rapat sejak zaman muda lagi. Disebabkan karakter mereka yang extrovert, anak-anak jadi introvert dan lebih banyak menurut saja. Tapi bila kedua-duanya langar boundaries dan privacy, mula tercetus lah konflik dan drama antara dua orang sahabat baik dan juga dua keluarga. 


Tak ada masalah dengan lakonan Jefri Nichol dan Syifa Hadju kerana watak mereka juga tak banyak dikembangkan sebagai pasangan muda yang bakal berkahwin mengikut aturan keluarga. Sayangnya tak mudah untuk kita masuk dalam dunia mereka walaupun ada momen yang sweet dan romantik sebab chemistry tak ada. Watak Mel juga menjengkelkan sampaikan konflik yang dibawa masuk rasa terpaksa. Orang Kedah kata saja buat teruk. 

Tu belum masuk watak sampingan Astrid (Dea Panendra), kawan baik Mel yang sentiasa mabuk. Mungkin watak dia dibawa masuk untuk kuatkan elemen komedi tapi sepanjang masa belum ada satu momen pun yang dia berjaya hadirkan rasa kelakar tu. Pelik tengok dia menari kucing dekat tepi sofa sedangkan Widi, Ira, Satya dan Mel tengah berbincang perkara serius. 


Sama juga dengan watak Arief yang sepatutnya jadi watak yang sedarkan Mel tentang perkahwinan tapi timing tu tak kena. Solusi yang dia tawarkan pun makin mengelirukan jalan cerita. Sudahnya dekat second half tu layan untuk tahu ending sahaja. Ada lah momen yang menarik dalam filem ni tapi perjalanan tu tak seronok. Bila tengok ending pun macam stress juga lah sebab membazir. 

Sinematografi yang dibawakan oleh Muhammad Firdaus menguatkan filem komedi dua buah keluarga lantas diperkukuhkan lagi dengan music score oleh Ricky Lionardi menjadikan filem Mohon Doa Restu santai untuk ditonton bersama keluarga. 


Andai saja penulis fokus pada konflik ibu-ibu yang lebih sudu dari kuah sampai merosakkkan hubungan Satya dan Mel, mungkin lebih seronok untuk ditonton. Dialog yang diberikan oleh watak Widi dan Ira juga sudah cukup menghiburkan untuk filem Mohon Doa Restu. Sayang lah penulis masukkan terlampau banyak drama sedangkan filem ni boleh bergerak dengan satu konflik sahaja. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Memburu Sticker Treasure Hunt

Wednesday, 20 March 2024

Sebelum puasa haritu cari barang office kejap dekat Lotus Mutiara Damansara sebab stok dekat Lotus Ara Damansara dah banyak habis. Dah settle dekat situ singgah kejap dekat Home Pro sebab nak cari baldi besar. 

Masa masuk dekat main entrance terdengar announcement staff dekat situ bagitahu ada peraduan tengah berlangsung. Home Pro dah sembunyikan sticker Treasure Hunt jadi sesiapa yang terjumpa boleh menang hadiah lumayan. 

Awal tu macam ignore je sebab nak singgah cari satu item je kan tiba-tiba rasa nak belek jugak kot-kot lah ada walaupun tahu tangan ni tak pernah ada ong. Masa buat pengumuman tu dia tak tunjuk pun bentuk atau rupa sticker Treasure Hunt tu macam mana. Bila tengok dekat semua shelf nampak lah sticker bear ni dekat beberapa tag harga barang dekat situ. Ada yang obvious macam ni, ada yang tersorok nampak kepala atau telinga maskot Home Pro je. 



Dari satu shelf, membawa ke section yang lain. Ada warna biru, warna hijau, putih dengan merah jambu. Sakan lah kitorang kumpul sticker tu. Mana yang tinggi je kitorang tak ambik sebab tak sampai. Adik sampai terpele'ot nak dapat hadiah punya pasal. 



Banyak lah kitorang kumpul sampai tak cukup genggaman tangan tu. Lepas dah puas hati, dah scan semua tempat, dah kumpul sticker banyak gila baru pergi ke kaunter Customer Service untuk redeem hadiah. Dalam kepala dah berangan boleh dapat air fryer tak pun vacuum cleaner. Dapat TV pun masyuk jugak. 

Sekali bila pergi dekat kaunter, dia kata tu bukan sticker Treasure Hunt yang dimaksudkan. Lahhhhh penat je kutip sampai satu jam dekat dalam tu rupanya salah sticker. Kitorang pun berlalu pergi dengan pengajaran hidup yang mengecewakan hshshs

Tak tahu lah sticker maskot Home Pro ni untuk apa, mungkin untuk restock barang dekat dalam kedai kot. Kesian lah staff yang kena masukkan balik tag ni. I mampu minta maaf je lah. 

Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan

Monday, 18 March 2024

Hulur bantuan makanan, ringan beban keluarga kurang berkemampuan sempena Ramadan | MyKasih, MYDIN dan Mondelēz International (Malaysia) jalin usahasama untuk membantu dan memperkasakan keluarga yang memerlukan

Bantuan makanan dan barangan keperluan asas disifatkan sebagai sumbangan yang bermakna ketika bulan Ramadan, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang kian dirasai oleh keluarga-keluarga daripada komuniti kurang berkemampuan.

Suryana, 47 yang merupakan ibu tunggal dari Bachok, Kelantan berkongsi kesyukuran atas bantuan yang diterima. Katanya, “Untuk menampung empat orang anak, termasuk seorang yang berkeperluan khas, bukanlah tugas yang mudah. Saya berasa amat bertuah kerana mendapat dipilih untuk menerima bantuan pembelian barangan runcit yang dapat meringankan beban keluarga saya. Walaupun dalam saat-saat yang paling sukar, wujudnya sinar harapan dan belas ihsan orang lain yang menyemarakkan semangat kami.”

Suryana ialah salah seorang penerima bantuan daripada program penglibatan komuniti Mondelēz Prihatin (#MDLZPrihatin). Program ini merupakan usahasama antara pengeluar jenama snek global dan tempatan ikonik, Mondelēz International, Malaysia (Mondelēz) dan organisasi tidak berasaskan keuntungan, MyKasih Foundation dalam satu inisiatif jangka panjang bagi menyokong dan memperkasakan keluarga yang memerlukan.

Program ini bermula dengan pengagihan tunai bantuan makanan kepada 100 keluarga B40 di Kota Bharu, Kelantan, yang dikenalpasti oleh MyKasih. Setiap keluarga menerima sejumlah wang yang disalurkan ke dalam MyKad mereka untuk membeli bahan makanan asas menjelang musim Ramadan ini. Program itu dilancarkan menerusi satu sesi lawatan dan penglibatan komuniti di pasar raya besar MYDIN Kota Bharu, di mana waris dan ahli keluarga mereka dijemput untuk membeli barangan keperluan asas dengan bantuan yang disediakan.

“Kami melaksanakan matlamat syarikat iaitu ‘Snacking Made Right’ melalui pelbagai program jangkauan komuniti yang dianjurkan oleh syarikat dan jenama-jenama kami. Kami komited untuk menyumbang secara positif kepada komuniti di mana kami beroperasi, dan telah terlibat dalam pelbagai inisiatif amal untuk menjana impak ketara dalam kehidupan golongan yang memerlukan. #MDLZPrihatin mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk menyokong dan memperkasakan komuniti tempatan,” kata Raja Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan untuk Malaysia dan Singapura, Mondelēz International.

Selain menawarkan snek yang betul pada detik yang sesuai, kami didorong prinsip kami untuk berbuat baik terhadap komuniti di mana kami tinggal, bekerja dan memberi impak. Bermula daripada bantuan sederhana ini, semoga tindakan kolektif kami bersama MyKasih dapat membawa perubahan bermakna kepada kehidupan keluarga-keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan,” tambah beliau.

Turut melafazkan kesyukuran ialah Khairul, 42, seorang ayah dan penyara tunggal bagi dua cahaya mata. Ketika merenung cabaran hidupnya, beliau berkata, “Cabaran mengimbangi keperluan keluarga saya merupakan sesuatu yang berterusan. Bahkan kadang-kala, kami terpaksa mengorbankan makan untuk berjimat cermat. Jadi, bantuan yang diberikan ini telah menjadi talian hayat yang meringankan beban saya dan memastikan keluarga saya mempunyai makanan di atas meja. Saya amat menghargai Mondelēz Malaysia atas sokongan ini yang telah membawa kelegaan besar kepada kehidupan kami.”

Pengerusi dan Pengasas Bersama MyKasih Foundation, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, melahirkan penghargaan tinggi terhadap kerjasama itu. “Kami amat menghargai kemurahan hati dan komitmen Mondelēz Malaysia. Hari ini, kemiskinan kekal menjadi realiti bagi ramai keluarga dalam komuniti kami yang bergelut untuk meletakkan makanan di atas meja. Justeru, menerusi #MDLZPrihatin, kami berhasrat bukan hanya untuk menyalurkan bantuan segera tetapi juga menyemarakkan sinar harapan dan daya tahan dalam komuniti ini,” demikian kata beliau.

Sejak ditubuhkan pada 2009, MyKasih telah giat membantu keluarga berpendapatan rendah. Ia telah menghulurkan bantuan kepada lebih 750,000 keluarga di Malaysia melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan, sokongan pendidikan, dan latihan kemahiran.

Menerusi program itu, syarikat tersebut menyasarkan untuk membantu lebih 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2024. Ia termasuk rancangan untuk melebarkan bantuan bersasaran merentasi pelbagai keperluan seperti pendidikan, pembangunan kemahiran, pemerkasaan wanita dan keusahawanan. Inisiatif ini akan dijalankan secara berperingkat dengan memanfaatkan kepakaran dan bimbingan daripada MyKasih.

Sejak bertapak di Malaysia pada 1905, kami telah menghasilkan makanan ringan dan jenama-jenama yang digemari rakyat Malaysia sehingga hari ini. Mondelēz International (Malaysia) mempunyai dua kemudahan pengeluaran yang terletak di Shah Alam, Selangor, serta Prai, Pulau Pinang. Selama ini, Mondelēz telah melancarkan pelbagai program tanggungjawab sosial yang bertujuan memperkasa dan menaik taraf komuniti dengan pelbagai cara.

Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, Mondelēz telah melancarkan inisiatif ‘Flags of Generosity’ sebagai tindak balas kepada gerakan Bendera Putih. Menerusi kempen itu, bendera ungu telah diedarkan kepada rakyat Malaysia, yang boleh dikibar sebagai tanda keinginan mereka untuk menyumbangkan makanan dan bekalan berlebihan, yang kemudiannya dikumpul dan diserahkan kepada keluarga-keluarga memerlukan. Sejak menjalinkan kerjasama dengan National Food Aid Foundation pada 2018, Mondelēz telah menyumbangkan produk berjumlah lebih RM4 juta untuk diedarkan kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara.

Movie Review | Madame Web (2024)

Sunday, 17 March 2024


Director: S. J. Clarkson
Writers: Kerem Sanga, Matt Sazama, Burk Sharpless, Claire Parker, S. J. Clarkson
Cast: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Isabela Merced, Celeste O'Connor, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott
Production Companies: Columbia Pictures, Di Bonaventura Pictures, Marvel Entertainment, TSG Entertainment
Distributor: Sony Pictures Releasing
Genre: Superhero
Running Time: 116 minutes
Release Dates: 12 February 2024 (Regency Village Theatre), 14 February 2024 (United States)
Trailer :


Kisah bermula dengan babak ekspedisi Constance Webb (Kerry Bishé) yang ingin mencari sejenis labah-labah yang mempunyai kebolehan untuk merawat. Constance ditemani oleh Ezekiel Sims (Tahar Rahim) sebagai penjaga ekspedisi di hutan Amazon, Peru. Kerana tamak, Ezekiel bunuh semua yang terlibat dalam ekspedisi tersebut termasuklah Constance setelah labah-labah yang dicari berjaya dijumpai. Constance sempat melahirkan anaknya, Cassandra Webb sebelum meninggal dunia dengan bantuan orang hutan. 

30 tahun kemudian, Cassandra bekerja sebagai paramedik di kota New York bersama rakan sekerjanya, Ben Parker (Adam Scott). Dalam operasi menyelamatkan mangsa kemalangan, Cassandra terjatuh dalam laut dan hampir mati namun berjaya diselamatkan oleh Ben. Selepas insiden tersebut, Cassie mula mengalami perkara aneh di mana dia mendapat bayangan tentang masa depan dan kebanyakannya adalah tragedi yang akan berlaku terhadap orang sekelilingnya. 


Awalnya Cassie menganggap perkara tersebut cuma déjà vu ketika berlaku di majlis baby shower Mary Parker (Emma Roberts) tapi setelah rakan sekerjanya meninggal seperti yang digambarkan dalam bayangan tersebut, Cassie tak boleh ambil ringan apabila mendapat bayangan tentang tiga orang remaja perempuan yang akan dibunuh oleh seorang lelaki dalam suit hitam. 

Anehnya, tiga orang remaja tersebut - Julia Cornwall (Sydney Sweeney), Anya Corazon (Isabela Merced) dan Mattie Franklin (Celeste O'Connor) pernah berjumpa dengan Cassie sebelum ini. Cassie mengambil keputusan untuk pergi ke Amazon untuk mencari tahu tentang keadaan dirinya dan pertalian lelaki misteri tersebut. 


Naskhah Madame Web arahan S. J. Clarkson adalah installment keempat dalam Sony's Spider-Man Universe (SSU) selepas Venom (2018), Venom: Let There Be Carnage (2021) dan Morbius (2022). Installment pertama untuk SSU di mana mempunyai watak wanita sebagai superheroes dan peran utama sepanjang 116 minit. 

Lakonan Dakota Johnson sebagai Cassie yang hidup sendirian dan tak pernah mendapat kasih sayang ibu sejak kecil tampak bagus. Dinamik yang kuat juga bila Dakota berkongsi screentime dengan Adam Scott sebab karakter yang chill dan kelakar, pairing tu nampak balance sebab tak semua babak Dakota mampu portray watak Cassie sebaiknya. 


Kalau personaliti Spiderman lebih relaks, spontan dan kelakar, berbeza dengan Madame Web yang serius dan sering teragak-agak untuk ke hadapan. It's a completely different experience when watching this movie. I tengok tanpa expectation sebab banyak dah negative review even masa Dakota promote filem Madame Web pun dia banyak roast filem ni. Tapi filem ni not bad lah untuk layan sebab seronok juga tengok perkembangan Cassie dari manusia biasa berubah kepada superhero. 

Kenapa I cakap pasal Spiderman bila sembang pasal Madame Web adalah sebab pertalian antara Cassandra Web dengan Ben Parker. Tak pasti lah kalau in future akan ada pertemuan antara Madame Web dengan Spiderman ataupun tidak memandangkan filem ni gagal mencuri perhatian sebab dalam komik Madame Web yang banyak membantu Spiderman dan Spider-woman nanti. Yang pastinya dalam filem ni, Cassie yang bantu Mary Parker lahirkan Peter Parker dengan selamat gara-gara bayangan yang dia dapat. 


Tak tahu kenapa barisan penulis Madame Web tak guna material utama iaitu pertalian Madame Web dengan Spiderman untuk filem ni tapi bergerak sebagai spin-off. You guys have something so powerful and strong to begin with. Dakota pun bagitahu skrip asal ada babak Madame Web berjumpa dengan The Amazing Spiderman tapi skrip kena rombak banyak. Jalan cerita Madame Web bergerak sebagai jalan cerita tipikal superhero dengan dialog dan watak antagonis yang lemah.

Sinematografi dari Mauro Fiore dan music score yang dimasukkan dalam Madame Web menjadi tarikan utama naskhah tayangan Sony Pictures Releasing. Tak ada perbezaan antara bayangan yang Cassie dapat dan dunia sebenar sekaligus buatkan kita faham kekeliruan dan perasaan rimas dan helpless yang dialami Cassie. 


Walaupun masa depan Madame Web tak terjamin lagi tapi I enjoy juga layan filem yang mengangkat realiti sebenar kehidupan paramedik di kotaraya. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10