Blog Performance Februari 2024

Friday, 1 March 2024


Bulan lepas kumpul semangat sebab baru renew domain, bulan ni terbabas macam biasa. Bukan sebab penat kerja pun tapi setiap minggu ada saja plan untuk keluar dari rumah. Bila balik dah penat lepastu tak sempat pun nak update entry. Yang mudah pun rasa mengah sebab badan dah penat. 

1. PV

Walaupun menurun je graf tu tapi dekat tengah bulan menaik sebab cuti sekolah jadi ada yang banyak masa untuk tengok movie. Naik sikit lah dari bulan Januari 2024 walaupun tak banyak. Nampak banyak lah jugak movie review yang masuk Popular Post Weekly. Movie baru dekat Netflix pun banyak jugak masuk bulan Februari lepas dan tak banyak review lagi. 

2. Posts


Movie review dalam Popular Post ni kebanyakannya drama dan movie dekat Netflix tapi I tak dapat pun jemputan dari Netflix lagi. Bila agaknya nak sampai entah. Jemputan dari Prime pun naiss jugak sebab banyak review drama dengan movie tayangan platform tu tinggi-tinggi views dia. Mungkin kena buat senarai filem atau drama kot baru PR dia nampak. 

Anyway, have fun makan durian di musim panas ni. Bulan 3 dah naik SST dari 6% kepada 8%, maka boleh lah kita kurangkan berbelanja di luar. Selagi boleh jimat, kita jimat. Walaupun caj cukai tak naik untuk sektor F&B tapi service charge wujud hihu nangis di bucu katil.

KARNIVAL VIKIDS MENAMPILKAN AKTIVITI MENARIK BERSEMPENA CUTI SEKOLAH

Thursday, 29 February 2024

KARNIVAL VIKIDS MENAMPILKAN AKTIVITI MENARIK BERSEMPENA CUTI SEKOLAH | Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Kemaman menyediakan pengalaman unik dan menarik buat semua

Pusat Beli Belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang dinantikan oleh para pengunjung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Seiring dengan kehadiran cuti sekolah, kempen yang bakal berlangsung selama 17 hari ini menjanjikan pengalaman imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka.

Ruang “Centre Court” diselaputi dengan suasana karnival yang meriah yang mana atmosfera karnival tersebut dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang akan menjadi sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival yang menyeronokkan, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. Kemeriahan lebih berganda dengan persembahan karnival menarik yang akan berlangsung pada hujung minggu.

Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malahan ahli VIKids berpeluang untuk merebut ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”. Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.

Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang percuma. Kereta kuda putar, permainan karnival yang menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka menawarkan pengalamn yang menarik buat si cilik.

Kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian yang bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.

Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.

Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka bentuk belon yang akan dibuat oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ yang menarik, dan pertunjukan ahli silap mata yang memukau.

Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd mengulas, “Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga.

Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami”.

PUSAT BELI-BELAH MESRA MALL MEMBAWAKAN KARNIVAL VIKIDS YANG UNIK

Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Kemaman menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024, menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan dengan kerjasama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.

Sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama 5 hari, “Sports Lobby” yang dimeriahkan dengan suasana karnival yang girang dan berwarna-warni, akan menjadi sebuah taman haiwan peliharaan di mana para keluarga berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik.

Bermula dari 20 sehingga 22 Februari, ahli VIKids berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas.

Bagi pengalaman yang lebih menarik, pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus set seni atau alat tulis bagi menawarkan pengalaman cuti sekolah yang lebih kreatif.

Pada 22 Februari, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berlangsung, dan pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun). Peserta yang mempamerkan bakat seni mereka untuk berpeluang memenangi hamper eksklusif.

Untuk info lanjut, layari:

i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

*****************************

Mengenai Pusat Beli Belah Alamanda

Pusat Beli-belah Alamanda di Putrajaya sedang menjalani pembaharuan besar-besaran buat pertama kali sejak penubuhannya pada tahun 2004, dengan pembinaan bermula pada 20 Jun 2023, dan dijadualkan siap pada suku keempat tahun 2024. Pembangunan semula ini bertujuan untuk memperluas ruang beli-belah dengan kebesaran kira-kira 110,000 kaki persegi bagi menampung pelbagai peniagaan.

Selain itu, ruangan hiburan yang diperbaharui, seperti pawagam mesra keluarga, kawasan boling yang diperluas, dan taman pengembaraan di Esplanade, akan memenuhi keperluan pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Pembangunan semula ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan menyokong rakan perniagaan, akhirnya meningkatkan taraf Pusat Beli-belah

Alamanda sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah pilihan di Putrajaya, memberikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Dinamik'.

Dengan lokasi yang strategik dan kebolehcapaian yang sangat baik melalui lebuh raya utama, Pusat Beli-belah Alamanda merupakan pusat tumpuan untuk penduduk lebih daripada 76,000 pekerja profesional dan 147,000 pelajar.

Aktiviti perniagaan akan berjalan seperti biasa semasa aktiviti pembangunan semula. Ini adalah untuk memastikan gangguan yang minima kepada pembeli dan penyewa.

Mengenai Mesra Mall

Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall menarik pengunjung untuk mendalami kehidupan yang unik di Pantai Timur Malaysia. Merangkumi lebih dari 310,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa, dan telah dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama untuk membeli-belah dan rekreasi, dan hiburan di Kertih dan kawasan sekitarnya, termasuk Paka, Dungun, dan Kemaman.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, Mesra Mall juga menawarkan kemudahan riadah untuk seisi keluarga seperti pusat boling 24 lorong, pusat futsal, padang badminton, dan sebuah dewan serba guna seluas 16,000 kaki persegi, yang boleh mengisi lebih 800 tetamu bagi memastikan pengalaman 'Membeli-belah yang Mudah dan Mesra' untuk semua.

Kempen "Jom Beli Produk Hijau" Kerjasama MGTC & Shopee Menyaksikan Rakyat Malaysia Membeli-Belah Secara Mampan | Daripada Kertas ke Cat: Kepelbagaian Produk Hijau Pacu Kepenggunaan Mementingkan Alam Sekitar

Kempen Jom Beli Produk Hijau, sebuah kempen kolaborasi antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Shopee, telah berjaya mempromosikan habit membeli-belah mampan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dilangsungkan selama empat bulan dari September hingga Disember 2023, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan mempromosikan kelestarian dalam pasaran Malaysia. 

(left) Ir. Ts. Shamsul Bahar Bin Mohd Nor, Group Chief Executive Officer of MGTC and (middle) Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad at the Jom Beli Produk Hijau

Kempen ini mencapai kadar penggunaan baucar 100% berjumlah RM60,000 terhadap produk yang ditandakan dengan MyHIJAU, satu pengiktirafan dari Kerajaan untuk produk dan perkhidmatan yang telah mendapat pensijilan hijau serta mematuhi standard alam sekitar tempatan atau antarabangsa. Pencapaian ini menunjukkan komitmen kukuh pengguna dalam menyokong produk mampan tempatan dan perubahan habit pembelian ke arah yang lebih mesra alam. 

Sejumlah 1,195 penjual tempatan menyertai kempen ini dan lebih 3,600 produk hijau disenaraikan. Produk kertas merupakan kategori produk hijau paling cemerlang yang menyumbang 73% kepada jumlah jualan. Produk cat pula menyumbang 17% jumlah jualan, sementara 9% adalah daripada produk pencuci. Selebihnya, disumbangkan oleh produk pembungkusan biojisim dan produk kategori dapur. Ini menunjukkan kepelbagaian pilihan barangan mampan yang tersedia buat pengguna.

PaperOne is one of the top sellers in the Jom Beli Produk Hijau campaign

Jenama tempatan seperti PaperOne, Readycare, dan Bina Paint merupakan penjual terbaik, di mana komitmen mereka terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kualiti produk mampan memenuhi keinginan pengguna, pada masa yang sama membantu kejayaan kempen Jom Beli Produk Hijau. 

Trend ini selaras dengan hasil tinjauan “Shop Green with Shopee" pada tahun 2022, yang mendedahkan bahawa pengguna Malaysia kian mencari barangan mampan. Tinjauan ini menunjukkan kenaikan tiga kali ganda terhadap kecenderungan memilih produk yang mempromosikan penggunaan lebih pintar berbanding tahun-tahun lalu. Tambahan lagi, pencarian kata kunci dalam platfrom Shopee seperti 'pre-loved,' 'pre-owned,' 'warehouse clearance,' 'demo unit,' dan 'thrift,' menunjukkan menunjukkan minat yang makin berkembang terhadap pembelian mampan dalam kalangan pengguna.

Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad during the Jom Beli Produk Hijau Campaign Closing Ceremony

Ir. TS. Shamsul Bahar Bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) MGTC menyatakan kegembiraannya terhadap kejayaan inisiatif kempen Jom Beli Produk Hijau, “Kempen ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kolektif terhadap kelestarian alam tetapi juga menunjukkan permintaan yang semakin berkembang terhadap produk hijau. Respons positif pengguna menunjukkan kesedaran yang semakin berkembang terhadap impak penting setiap keputusan yang dibuat untuk kesejahteraan planet. Kerjasama dengan Shopee membawakan kelebihan dalam landskap digital dalam mencapai pengguna secara lebih meluas. Ia juga membolehkan kami untuk mendemonstrasikan matlamat kami iaitu produk hijau mudah didapati oleh setiap pengguna, dan sokongan yang diterima ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap alternatif mesra alam itu wujud.”

Shopee, platfrom e-dagang terunggul di Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pembeli dengan produk mampan tempatan. Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, 'Kami berbangga menjadi sebahagian dari kempen Jom Beli Produk Hijau yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar tetapi juga menyokong perniagaan tempatan yang komited tentang kelestarian. Kempen ini menunjukkan komitmen berpanjangan kami dalam memacu perubahan positif dalam pasaran.” 

Readycare is one of the top sellers in Jom Beli Produk Hijau campaign

Kempen ini menunjukkan usaha seluruh pihak berkepentingan dalam mempromosikan kelestarian di Malaysia. Shopee kekal berdedikasi dalam memupuk kepenggunaan yang mementingkan alam sekitar dan menyokong perniagaan mampan tempatan. Upacara Penutup Kempen Jom Beli Produk Hijau telah dlangsungkan pada 22 Februari 2024 di HQ MGTC dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad.

******************************

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

AHIRINE AHIRUDIN MUNCUL DENGAN FILEM TERBAHARU ‘RAYA EMAS: SALAKO SACRED TREASURE’

Monday, 26 February 2024

Ahirine Ahirudin, terkenal dengan kehebatannya dalam Muay Thai dan sukan permotoran, kini bakal muncul dengan filem terbaharu. Melalui filem yang sangat dinantikan, 'Raya Emas: Salako Sacred Treasure,' Ahirine memegang watak sebagai Diana, seorang gadis pendiam yang dibayangi kisah silam.

Diana merupakan watak yang berlatarbelakangkan salasilah keturunan Salako dan mempunyai perwatakan yang rumit dan juga memainkan peranan penting di dalam filem ini. Prestasi Ahirine menyuntikkan keaslian secara mendalam sebagai watak Diana, menambahkan lapisan tambahan kepada tema cinta keluarga, pertumbuhan peribadi, dan warisan ghaib purba yang menjadi inti 'Raya Emas'. Sebagai perantara kepada budaya unik dan kepercayaan masyarakat Salako, Diana menjadi sebahagian daripada naratif yang tidak dapat dilupakan.

Berlatarkan keindahan landskap Lundu, penampilan Diana oleh Ahirine menjadi hidup, meningkatkan kesan visual dan emosional keseluruhan 'Raya Emas: Harta Suci Salako.' Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan secara perdana pada Hari Malaysia, 16 September 2024. Penampilan Ahirine Ahirudin dalam Raya Emas ini menandakan babak baru dalam kerjayanya memukau penonton bukan hanya dengan kehebatan fizikal tetapi juga dengan kedalaman ekspresi artistiknya. Seiring dengan penantian menuju tayangan perdana, dijangkakan untuk meninggalkan kesan abadi dalam landskap hiburan Malaysia.

Minggu lepas buka Instagram Reels penuh dengan edits guna lagu SAH, akronim kepada Setia Akhir Hayat, OST untuk drama Adam Chempaka. SAH Adalah lagu pop romantik baru, single track baru Sarah Suhairi bersama rapper Alfie Zumi. Banyak kali nampak Youtube suggest lagu ni tapi tak rasa nak dengar. 

Bila nampak reels penuh dengan lagu ni terus suka sebab lirik dia comel sangat. MV pun comel sebab chemistry Sarah dengan Alfie. Choreography pun simple dan comel, maybe untuk TikTok dance challenge. 



LIRIK LAGU SAH

Penyanyi: Sarah Suhairi ft Alfie Zumi

Komposer: Kid Ariba & Harith Jamil

Penulis Lirik: Kid Ariba

Label: RUSA Music


[CHORUS: SARAH SUHAIRI]

Tiada bintang kan bersinar

Tiada lagi bumi berputar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh

Tiada tulang yang bergetar

Tiada senyuman yang ku gemar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh


[ALFIE ZUMI]

Baby, I need to know how was your day?

I know that life is hard jangan bersedih

Aku kan ada takda antara

Yang lain sementara

Ku sini selamanya yeah yeah

Jangan gerak walau seinchi

Girl, you got the recipe macam kimchi

Jadi yakiniku kau kan pasti

Kahwiniku bila aku ready


Tak pernah ubah fikiran aku janji

Biarpun kau ugut aku ada saksi

Okay, aku tak peduli

Kau kerat lah jari kecuali ini yeah

Kalau tak mana nak sarung cincin

Itu yang paling penting 

Takda benda yang lain cause

Aku cuma mahukan kamu


[CHORUS: SARAH SUHAIRI]

Tiada bintang kan bersinar

Tiada lagi bumi berputar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh

Tiada tulang yang bergetar

Tiada senyuman yang ku gemar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh


Alfie : Lupakan semua yang dah berlalu

Tengok depan kan kau ada aku

Sarah : Janji padaku kau takkan pergi

Tetap disini jangan biarku sunyi

Alfie : Tolong percaya semua kataku

Sarah : Engkau harus buktikan dulu

Alfie : Memang takda yang lain cuma kamu

Sarah : Jadi apa lagi yang kamu tunggu?


Tak pernah ubah fikiran aku janji

Biarpun kau ugut aku ada saksi

Okay, aku tak peduli

Kau kerat lah jari kecuali ini yeah

Kalau tak mana nak sarung cincin

Itu yang paling penting 

Takda benda yang lain cause

Aku cuma mahukan kamu


[CHORUS: SARAH SUHAIRI]

Tiada bintang kan bersinar

Tiada lagi bumi berputar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh

Tiada tulang yang bergetar

Tiada senyuman yang ku gemar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh


[BRIDGE: SARAH SUHAIRI]

Sekarang ku percaya

Kita ditakdir tuk bersama

Selamanya hingga ke hari tua

Genggam erat tanganku

Jangan pernah kau lepas

Kau tempat ku berteduh

Yang paling selamat


Tiada bintang kan bersinar

Tiada lagi bumi berputar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh

Tiada tulang yang bergetar

Tiada senyuman yang ku gemar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh


Tiada bintang kan bersinar

Tiada lagi bumi berputar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh

Tiada tulang yang bergetar

Tiada senyuman yang ku gemar

Jika ku tak bersamamu

Semuanya kan runtuh

Ramadan Bersama Shopee: Destinasi Utama Keperluan Ramadan Anda

Sunday, 25 February 2024

Ramadan Bersama Shopee: Destinasi Utama Keperluan Ramadan Anda | Sama-sama Memberi, Sama-sama Meriah


Menjelang Ramadan yang bakal tiba, Shopee mengajak anda untuk bersama membeli-belah keperluan Ramadan dengan kempen Ramadan Bersama Shopee! Alami perjalanan membeli-belah yang penuh dengan kemudahan dan penjimatan, yang menjadikan Shopee destinasi utama anda untuk mendapatkan keperluan Ramadan. 

Nikmati Kemudahan Penghantaran Percuma, Tanpa Perbelanjaan Minimum 
Dengan tawaran Penghantaran Percuma Shopee, pembelian menjadi mudah dan tanpa risau kerana tiada perlu berbelanja minimum. Teroka pelbagai jenis produk dari barang kemas elegan dari Habib dan Masdora kepada barangan penjagaan kulit dari Skintific, dan barangan untuk solat yang ditawarkan Siti Khadijah. Temui pakaian sesuai untuk Raya terkini dari jenama popular seperti Naelofar, Panda Eyes, Zoe Arissa, dan banyak lagi. Nikmati pelbagai lagi keperluan Ramadan seperti kurma sedap, dekorasi rumah, keperluaan memasak iftar yang dihantar terus ke rumah anda. Dengan Shopee, pengalaman membeli-belah anda sepanjang bulan Ramadan dipertingkatkan memastikan keperluan anda dihantar dengan mudah dan mampu milik.     

Nikmari Promo Ramadan Super Seringgit 
Bersiap sedia untuk menikmati Promo Ramadan Super Seringgit yang mengetengahkan barangan terpilih pada hanya RM1 setiap hari pada 12 tengah hari. Daripada Baju Raya berjenama eksklusif dari Jovian dan Zoffya, kepada makanan tradisi dan gadget moden, tawaran ini membawakan nilai dan penjimatan hebat, memastikan persiapan Ramadan anda adalah senang dan berbaloi. 

Nikmati Baucar Diskaun sehingga 70% di Shopee Live
Mulakan perjalanan membeli-belah anda dengan baucar diskaun sehingga 70% di Shopee Live. Temui diskaun hebat terhadap pelbagai jenis produk sambil menikmati Shopee Live yang berinteraktif dan menyeronokkan. Sama ada anda mencari pakaian Raya, keperluan rumah, atau hadiah untuk mereka yang tersayang, baucar kami memperkasakan anda untuk menikmati penjimatan hebat dari kesenangan rumah anda. 

Lebih Nilai untuk Penjawat Awam dengan Ganjaran Ekstra 2 Hari
Dengan pengumuman oleh Kerajaan baru-baru ini tentang pembayaran awal Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada penjawat awam untuk membolehkan mereka membuat persiapan Ramadan dan perbelanjaan balik-ke-sekolah, Shopee mengambil peluang ini untuk memberikan anda lebih nilai. Tandakan kalendar anda untuk 23 dan 24 Februari, kerana Shopee membawakan jualan 2-hari istimewa untuk barangan keperluan Ramadan melalui webmikro Ganjaran Ekstra 2 Hari. Tambahan lagi, bersiap sedia untuk menebus baucar tambahan untuk penjimatan ekstra. Jangan ketinggalan untuk berjimat besar dan gunakan persiapan anda sepenuhnya!

Sertai Tap & Win Bonanza Shopee
Bersiap-sedia untuk bergembira dan menang hadiah dengan Tap & Win Bonanza Shopee! Bermula 20 Februari, ‘tap’ untuk kumpul tiket emas setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah hebat seperti Thermomix TM6 All-In-One Smart Kitchen, KitchenAid Artisan Tilt-Head Stand Mixer (4.8L), Khind 25L Electric Oven OT25B, dan Dibea D18 Pro Cordless Vacuum Cleaner sepanjang Ramadan. Dengan setiap ‘tap’, peluang anda untuk menang hadiah menarik, baucar penjual dan Shopee Coing jadi bertambah besar. Nikmati keseronokan menang terutamanya ketika hari kemuncak di mana peluang anda untuk menang menjadi lebih hebat. Sertai keseronokan dan ‘tap’ untuk menang hadiah hebat! 

Peraduan Ubah Suai Rumah untuk Raya Shopee
Menangi ubah suai ruang tamu idaman anda berjumlah RM10,000 sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba. Sehingga 3 Mac, setiap pembelian RM30 atau lebih terhadap barangan Rumah dan Gaya Hidup di Shopee membolehkan anda menyertai peraduan ini. Anda cuma perlu isi borang ini dan hantar sekeping gambar ruang tamu anda dan berbelanja RM30 terhadap barangan Rumah dan Gaya Hidup di Shopee untuk menyertai. Cepat, jangan ketinggalan  untuk mendapatkan peluang ini untuk mengubah ruang tamu anda untuk menjadi lebih cantik dan selesa sempena musim Hari Raya! 

Jangan Ketinggalan dengan Kuiz Ramadan & Pencarian Baucar
Sertai Kuiz Ramadan kami pada 25 Februari pada jam 12 tengah hari dan 3 petang untuk menjawab soalan berkaitan Ramadan dan menang Shopee Coins dan baucar. Uji ilmu pengetahuan anda, belajar, dan nikmati ganjaran sambil meraikan semangat Ramadan dengan Shopee! Tambahan lagi, dari 26 Februari, sertai Pencarian Baucar Ramadan di mana anda perlu menyelesaikan kod dan teka-teki untuk mendapatkan baucar eksklusif untuk diskaun, penghantaran percuma, dan pelbagai promo lain dengan melengkapkan cabaran harian. Aktiviti-aktiviti ini menambahkan keseronokan membeli-belah, menawarkan penjimatan hebat, dan meningkatkan pengalaman membeli-belah Ramadan anda. 

Baucar Harian Bazaar Dalam Talian ShopeeFood untuk Buka Puasa!
Tingkatkan pengalaman buka puasa anda dengan baucar eksklusif yang ditawarkan setiap hari di Bazaar Dalam Talian ShopeeFood bermula 9 Mac. Nikmari kemudahan baucar Penghantaran Percuma yang menawarkan diskaun RM3 tanpa perbelanjaan minimum, yang boleh didapati setiap hari sepanjang Ramadan. Tambahan lagi, nikmati penjimatan dengan baucar diskaun makanan untuk penghantaran; diskaun RM10 dengan perbelanjaan minimum RM24, dan diskaun RM18 untuk perbelanjaan minimum RM50. Dengan baucar harian ini, Shopee memastikan pengguna boleh menikmati hidangan makanan menyelerakan sambil menikmati penjimatan hebat sepanjang bulan Ramadan. 

Memberi Kembali kepada Komuniti: #ShopeeGivesBack untuk Ramadan
#ShopeeGivesBack menjalankan inisiatif Ramadan dan Raya untuk menyokong komuniti memerlukan dengan kerjasama bersama Mydin bermula bulan Mac. Pengguna boleh turut sama menyokong dengan membeli bungkusan barangan keperluan melalui kedai rasmi #ShopeeGivesBack di Shopee Mall, yang membekalkan barangan makanan harian untuk mereka yang memerlukan. Mesej kempen ini iaitu “Derma Care Box Hari ini! (Donate a Care Box Today!)” menggalakkan pengguna untuk membawakan impak positif semasa meraikan Ramadan dan Raya, dan memupuk semangat belas kasihan dan murah hati. Melalui #ShopeeGivesBack, Shopee berazam untuk menyatukan komuniti melalui aktiviti-aktiviti kebajikan. 

Program Ramadan Bermakna dengan Shopee Live
Bermula 12 Mac, tonton pelbagai rancangan menarik yang dicipta untuk meningkatkan pengalaman rohaniah dan masakan. Tonton Tazkirah Shopee untuk perbincangan ilmiah yang dihoskan Ustaz dan Ustazah berpengetahuan, yang distrim langsung 3 kali setiap minggu. Tonton Mari Mengaji setiap 2 kali seminggu  yang membawakan bacaan Al-Quran dan terjemahan bersama ustaz bertauliah. Dan untuk penggemar memasak pula, nikmati resepi makanan sedap dengan menonton Menu Iftar Shopee yang membawakan persiapan hidangan makanan unik yang dicipta chef terkenal, berstrim langsung 3 kali seminggu. 

Lebih Banyak Promo: Promo Sahur 5 Pagi & Promo Moreh 10 Malam
Ditawarkan untuk meningkatkan pengalaman Ramadan anda pada jam yang bersesuaian dengan perjalanan berpuasa anda, jangan ketinggalan untuk mendapatkan promo ekstra semasa sahur dan moreh bermula 12 Mac. 

Temui Kesemua Promo dan Banyak Lagi di Salam by Shopee 
Terokai webmikro Salam By Shopee, yang dicipta untuk menjadi rakan Ramadan anda dari segi rohani dan secara praktikal. Dapatkan akses terhadap doa dan hadis, waktu sahur dan buka puasa, pelbagai aktiviti, dan resipi sedap, bersama promo eksklusif dan pelbagai program yang dipribadikan khas sempena Ramadan dan Raya. 

KONSERT SOLO KYUHYUN SUPER JUNIOR BAKAL BERLANGSUNG DI KUALA LUMPUR 13 APRIL

Friday, 23 February 2024

Ubat rindu temui para peminat Malaysia, Kyuhyun promosi EP terbaharu.

WebTVAsia selaku penganjur umum tiket jualan mula dijual pada 1 Mac ini.

Pada 13 April, SJ Kyuhyun akan tampil di Malaysia untuk pertama kalinya sebagai artis solo dan tiket untuk persembahan Malaysia akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac, dengan harga tiket bermula dari RM268 sahaja!

Kyuhyun, ahli kumpulan K-pop terkenal Super Junior dan penyanyi berbakat yang mahir dalam balada sentimental, menandatangani kontrak dengan Antenna tahun lepas dan melancarkan EP baharu dengan tema "RESTART" pada Januari tahun ini. Dengan EP baharunya, dia ingin mempamerkan gaya muzik yang segar dan berbeza, dengan unsur muzik yang berkuasa dan unik untuk mempamerkan kefahamannya sebagai penyanyi. 

Baru-baru ini, beliau mengumumkan Jelajah Asia "RESTART", di mana salah satu daripada banyak perhentian ialah Malaysia, sebuah negara yang telah beliau pupuk hubungan yang mendalam sepanjang karier beliau dan ini merupakan kali pertama beliau membuat persembahan di Malaysia sebagai seorang individu, kami percaya beliau akan membawakan persembahan yang menyegarkan kepada peminat Malaysia!

Sebagai ahli Super Junior, Kyuhyun kekal sebagai salah satu daripada 3 penyanyi utama dalam kumpulan itu. Lagu-lagu balada sentimentalnya telah mendapat banyak perhatian dan dia juga membintangi beberapa muzikal utama, yang mengukuhkannya sebagai penyanyi yang berkuasa. Tahun lepas, dia mengumumkan bahawa dia telah menyertai Antenna, sebuah agensi hiburan Korea yang terkenal, dan segera mengumumkan EP baharunya "RESTART" yang sangat mengejutkan peminat. 

Seperti namanya, EP baharunya mewakili permulaan baharu, di mana terdapat unsur-unsur utama genre pop rock. Sejak penampilan sulungnya pada tahun 2006, beliau tidak pernah mencuba genre seperti ini yang sebenarnya boleh menyerlahkan lagi bakat terpendamnya. Pada hari pertama pelancarannya, EP itu mengungguli Carta Album Teratas iTunes di 14 negara dan wilayah di seluruh dunia, menjadikan ia sebagai rekod terbaik peribadinya. 

Malaysia telah diumumkan sebagai salah satu perhentian yang akan dilawatinya, di mana beliau telah menjalin hubungan yang mendalam dengan negara ini, berikutan salah satu lagu debut awal Super Junior "Dancing out" MV dirakam di sini. Sebagai penyanyi solo, ini akan menjadi kali pertama beliau mengadakan konsert di Kuala Lumpur. 

Sertai Antenna dan WebTVAsia, 2024 KyuHyun Asia Tour “RESTART” di Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 13 April jam 8 malam di Mega Star Arena. Harga tiket telah dibahagikan kepada VIP (RM698), CAT 1 (RM588), CAT 2 (RM368), dan CAT 3 (RM268). Jualan tiket akan dilancarkan secara rasmi di my.bookmyshow.com pada 11.00 pagi pada 1 Mac, jadi KYUpiters dan ELFS tidak boleh melepaskan peluang ini untuk mendapatkan tiket untuk menghadiri konsert solo pertama Kyuhyun! 

Untuk butiran lanjut tentang konsert itu, anda boleh melawat Facebook rasmi WebTVAsia di Facebook WebTV Asia Oficial

How To Set Up The Perfect Grazing Table

Grazing tables have become the trendiest way to feed a crowd at any celebration, from casual gatherings to elegant soirées. They're visually stunning, cater to diverse dietary needs, and encourage mingling as guests graze their way through an abundance of delicious bites. But where do you start? This comprehensive guide will walk you through every step, from theme and planning to food selection and styling, ensuring your grazing table becomes the star of the show.

Step 1: Plan & Theme

Know your audience: Consider the number of guests, their dietary preferences (vegetarian, vegan, gluten-free, etc.), and the overall vibe of your celebration.

Pick a theme: This can be anything! Consider seasonal flavours (springtime berry medley, autumnal spiced nuts), international inspiration (Italian antipasti, Japanese bento boxes), or even movie nights (popcorn bar with candy and pretzels). A theme helps guide your food choices and creates a cohesive look.

Choose your table: A large table accessible from all sides is ideal. You can use multiple smaller tables or even create a grazing "station" on different levels with crates and boxes.

Gather your supplies: Think platters, bowls, serving utensils, ramekins, toothpicks, parchment paper, and anything else to showcase your food beautifully. Don't forget napkins and small plates for guests!

Step 2: Food Selection


Start with the base: This forms the foundation of your table. Think breads, crackers, baguette slices, and dips like hummus or tapenade. Choose a variety of textures and flavours to complement the other elements.

Cheese is key: Select diverse cheeses with different textures and intensities (soft brie, crumbly blue, firm cheddar). Include options for different dietary needs, like goat cheese or vegan cheese alternatives.

Cured meats: Prosciutto, salami, chorizo, and other charcuterie delights add savoury richness. Consider slicing them into bite-sized pieces or offering whole slices for DIY enjoyment.

Fruits & veggies: Add pops of colour, sweetness, and freshness with seasonal fruits like grapes, berries, and sliced apples. Don't forget colourful veggies like cherry tomatoes, cucumber slices, and baby carrots. Consider dips or skewers for interactive fun.

Sweet treats: Balance the savoury with sweet bites like cookies, mini pastries, chocolate bark, or even fruit skewers drizzled with honey. Remember, portion control is key!

Extras for flair: Include olives, pickles, nuts, dried fruits, or dips to add variety and cater to different palates. Don't forget small bowls of herbs like rosemary or basil for an extra touch of freshness.

Step 3: Styling & Presentation


Arrange strategically: Start with larger items like cheese wedges and platters at the back, creating height and dimension. Fill in the spaces with smaller bowls, dips, and individual servings.

Layer for drama: Stack fruits and vegetables, use tiered stands, or creatively prop up platters to add visual interest. Play with different shapes and textures for a dynamic look.

Colour coordination: Use your theme as inspiration. For example, a rustic theme might incorporate natural wood tones and earthy colours, while a festive celebration could play with vibrant reds and greens.

Label with love: Small signs or handwritten labels are not only helpful for guests but add a personal touch. Identify cheeses, dips, and other items, especially if catering to dietary restrictions.

Don't forget the garnish: Fresh herbs, edible flowers, lemon wedges, or even skewers with colourful ribbons can elevate your presentation and add a touch of whimsy.

Step 4: Tips & Tricks for Success


Prep is key: Wash and cut fruits and vegetables beforehand. Arrange cheese wedges and slice meats prior to the event. This ensures everything looks fresh and saves you time during the party.

Consider seasonality: Opt for fruits and vegetables that are in season for peak flavor and affordability. Local farmers markets are a great source for fresh, high-quality produce.

Think beyond cheese: While cheese is a common element, explore diverse options like cured meats, smoked salmon, or even falafel balls to cater to various preferences.

Don't forget dips & spreads: These add flavour, moisture, and textural contrast. Offer a variety of options, including spicy, creamy, and sweet, to appeal to different palates.
Presentation matters: Use colourful serving platters, bowls, and utensils. Even something as simple as parchment paper lining adds a touch of sophistication.

Keep it fresh: If your celebration lasts for hours, replenish items as needed. Consider using ice packs or chilled platters for delicate items like seafood or dip.

Interactive elements: Encourage guest participation with fun and interactive elements. Set up a DIY bruschetta station with toppings, create a "build your own salad" section with various greens, toppings, and dressings, or offer skewer ingredients for guests to assemble their own creations!

Themed touches: Take your theme to the next level with creative details. For a beach party, use seashells as serving bowls or garnish with edible sand made from crushed graham crackers. For a movie night, create popcorn boxes with different flavoured toppings, or offer candy themed around the featured film.

The little things: Pay attention to the small details that elevate the experience. Offer small plates and napkins in coordinating colours or patterns. Use mini tongs or toothpicks for easy serving. Consider personalized touches like name tags or small favours for guests.

Sustainability is key: Reduce waste by using reusable platters and utensils. Opt for locally sourced, seasonal ingredients and choose products with minimal packaging. Consider using compostable liners or parchment paper instead of plastic wrap.

Remember, it's a celebration! Most importantly, relax and have fun! Your grazing table is a chance to connect with your guests, show off your grand opening flowers, and share delicious food, and create lasting memories. Don't stress about perfection, embrace the creativity, and let your enthusiasm shine through.

With these tips and tricks, you're well on your way to creating a stunning and delicious grazing table that will be the highlight of your celebration. Remember, the key is to personalize it to your theme, cater to your guests, and most importantly, have fun with the process!

Bunga Matahari Juara The Masked Singer Malaysia Musim ke-4

Thursday, 22 February 2024

Setelah mendominasi The Masked Singer Malaysia musim ke-4, maskot Bunga Matahari dinobatkan sebagai juara dengan markah keseluruhan sebanyak 80.91%, merungkai identitinya yang telah lama diteka oleh semua barisan juri dan para penonton iaitu Stacy. ­

Kedudukan naib juara dimenangi oleh Mat Helang (75.77%), diikuti oleh Sang Kancil (72.66%), Biskut Aiskrim (72.05%) dan Teratai (68.08%) di tempat ketiga, keempat dan kelima yang turut merungkai identiti di sebalik maskot iaitu Namiey, Danial Zaini, Adinda Tasya dan Nabila Razali. Strim episod-episod The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.


SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN


INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Badminton Session, Lead Sport Badminton Center, Kota Damansara

Wednesday, 21 February 2024


Dah lama tak turun main badminton dengan colleagues jadi aktiviti riadah tahun 2024 ni kita start dengan badminton. Asalnya nak buat tournament boling tapi sebab susah nak cari tempat yang ngam, kita proceed dengan badminton dulu. 

Awal bulan Februari haritu dah buat warm-up session tapi 4 orang je boleh turun sebab last minute plan. Kali kedua ni ramai sikit yang dapat datang sebab buat pada hari yang kebayakannya available which is hari Jumaat. Awalnya takut nak kacau hari Jumaat sebab ramai nak balik kampung rupanya ramai onzzz je. Even Datuk Hisham dengan Datin Rafidah pun boleh join sekali. 




Ikutkan kitorang book 2 badminton court je tapi sebab malam tu hujan lebat sangat, dapat lagi satu extra court dekat bahagian belakang. Puas lah semua orang main walaupun satu jam sebab tak payah nak tunggu giliran team sekian sekian habis main. 


Rezeki jugak sebab ada Anaqi yang comel untuk kutip shuttle. Sampai merah muka berpeluh teruk berlari sana sini, nak deliver service terbaik punya pasal. 








Nak book badminton court dekat sini agak susah lah sebab ramai yang main. Lambat sikit je penuh ataupun dapat waktu yang tak sesuai untuk main macam pukul 7 malam sampai 8 malam. Waktu tu tak cun sebab nak solat Maghrib, even pukul 8 malam agak awal sebab waktu Maghrib masuk lambat jadi kita pun habis solat lambat. Habis solat memang terkejar drive pergi Lead Sport Badminton Center dari Oasis Square Ara Damansara. Kalau dah seronok main macam minggu ni lepastu nak extend memang tak dapat lah. 








But anyway kitorang seronok je spend time main badminton sama-sama walaupun banyak kali miss nak smash. Dah cukup satu jam sesi main badminton, sambung pula setengah jam sesi kutip gambar. Kita yang bukan geng iPhone ni mampu tengok dekat tepi je. Dah keluar dari court sambung pulak bergambar dekat luar court. 

Bila beriadah ramai-ramai macam ni rasa seronok nak main sebab ramai. Yang tak pandai main boleh belajar, yang pandai main boleh show off skills, yang tak suka main boleh jadi tukang sorak dekat tepi ataupun ambil gambar. Sebab seronok ramai yang turun join badminton, next week dah confirm ramai jugak yang turun.