TV Show Review | Single’s Inferno Season 3 (2023)
Saturday, 17 February 2024
‘THE EXPERTS’, ‘PROJEK : KAHAR’ DAN ‘SYERIF’ ANTARA FILEM DARI ASTRO SHAW TAHUN INI
Tuesday, 13 February 2024
‘THE EXPERTS’, ‘PROJEK : KAHAR’ DAN ‘SYERIF’ ANTARA FILEM DARI ASTRO SHAW TAHUN INI | 'Aksi Rompakan Adik-Beradik, Prekuel Francais Projek: High Council, Filem Aksi Terbaru Daripada Syafiq Yusof’
Astro Shaw kini bersedia untuk satu lagi tahun yang mengujakan! Untuk 2024, Shaw membariskan filem-filem hebat berbeza genre seperti aksi blockbuster, seram, muzikal komedi dan drama. Malah, kami juga sedang dalam perancangan untuk menerbitkan prekuel daripada sebuah francais popular. Filem yang menanti penonton di pawagam tahun ini adalah Syerif, The Experts, Baik Punya Ah Long, Gold, Khawarij dan Projek: Kahar.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, tahun lalu filem-filem terbitan kami menerima sambutan positif dan antaranya adalah kejayaan Polis Evo 3 yang meraih RM54 juta. Justeru ia menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah. Tahun ini bakal menjadi satu lagi tahun yang agresif buat Astro Shaw dengan mempersembahkan variasi filem menarik yang dibarisi para pelakon hebat tanah air serta membabitkan pengarah terkemuka.”
“Memahami cita rasa penonton adalah berbeza, kami meletakkan fokus kepada enam filem yang mampu mensasarkan peningkatan pengalaman luar biasa dengan idea cerita yang segar, sekali gus memacu ke arah objektif kami untuk memperhebatkan filem tempatan setanding karya luar negara.”
“Selaras dengan usaha tersebut, Astro Shaw mengukuhkan kerjasama strategik bersama penerbit dan produksi seperti Skop Productions, Act 2 Pictures, Pasal Productions, BlackFlag dan rakan kerjasama baru seperti President Productions dan Petra Vision Works. Kolaborasi ini mewujudkan gabungan idea kreatif dalam penghasilan karya berkualiti.”
Syerif
Filem pertama dari Astro Shaw yang akan menemui penonton tahun ini adalah filem aksi arahan pengarah pecah panggung, Syafiq Yusof yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Dato’ Aaron Aziz dan Elizabeth Tan iaitu ‘Syerif’. Bekerjasama dengan Skop Productions, filem kepolisian ini akan membawa penonton untuk membongkar sisi gelap pasukan beruniform. Pengarah Syafiq Yusof yang terkenal dengan gelaran ‘King of Plot Twist’ pasti tidak akan mengecewakan dengan babak-babak yang mampu menaikkan adrenalin penonton.
The Experts
Pada Mei nanti pula, sebuah filem aksi bertemakan rompakan (heist) iaitu ‘The Experts’, hasil arahan pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nizam Shah bakal ditayangkan. Membariskan Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dap Dap, mereka muncul sebagai lima adik-beradik yang mempunyai skil dan kepakaran berbeza dalam merancang sebuah rompakan terbesar.
Baik Punya Ah Long
Suku ketiga tahun 2024 pula memperlihatkan duo popular Jozan iaitu Zizan Razak dan Johan kembali menerusi ‘Baik Punya Ah Long’. Filem muzikal komedi arahan Datuk Afdlin Shauki ini mengisahkan dua Ah Long yang bersikap pemurah, berdepan dengan situasi hura-hara oleh kerana sikap mereka.
Turut bakal menjadi tumpuan ialah filem seram, ‘Khawarij’ arahan pengarah hebat Syamsul Yusof. Terdahulu Syamsul Yusof pernah menghasilkan filem bergenre Islamik seram seperti Khurafat, Munafik dan Munafik 2.
Gold
Turut tersenarai ialah filem biopik adaptasi daripada kisah sebenar atlet tempatan, jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou berjudul ‘Gold’. Naskhah ini merupakan sentuhan pengarah Malbatt : Misi Bakara, iaitu Adrian Teh dan membariskan para pelakon dari pelbagai latar seperti Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Yasmin Hani dan ramai lagi.
Projek : Kahar
Seterusnya, prekuel daripada francais premium popular, Projek : High Council iaitu ‘Projek: Kahar’, turut dijadualkan menemui penonton di pawagam tahun ini. Filem Projek: Kahar ditulis oleh penulis francais Projek: Anchor SPM dan Projek: High Council, Anwari Ashraf dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Mempertaruhkan pelakon asal watak Kahar iaitu Amir Ahnaf, filem ini membawa penonton menyaksikan transisi Kahar daripada seorang pelajar biasa berubah menjadi Kapla High Council.
Ikuti perkembangan terbaharu filem-filem terbitan Astro Shaw dan info lanjut di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Drama Review | More Than Friends (2020)
Monday, 12 February 2024
‘I.D’ TAMPILKAN SISI GELAP MEDIA SOSIAL & KECURIAN DATA
Thursday, 8 February 2024
ASTRO ORIGINALS ‘I.D’ TAMPILKAN SISI GELAP MEDIA SOSIAL & KECURIAN DATA LAKONAN NAIM DANIEL, AMELIA HENDERSON, AEDY ASHRAF | Sebuah karya arahan & idea asal oleh Pengarah Projek: Anchor SPM, Razaisyam Rashid
Drama siri premium terbaharu daripada Astro Originals, ‘I.D’ mendedahkan tentang insiden serta isu-isu yang berlaku di media sosial, terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber akibat salah laku penggunaan data peribadi.
‘I.D’ merupakan siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Siri drama premium penuh debaran I.D, diarahkan oleh Razaisyam Rashid, seorang pengarah, penerbit dan penyunting filem berpengalaman, manakala skrip pula ditulis oleh Ashraf Modee Zain. Drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif I.D, berkata, “I.D sebuah naskhah segar yang membawakan isu terkini iaitu media sosial serta jenayah siber yang wujud dalam masyarakat kita dan dipersembahkan dalam bentuk hiburan dengan gabungan aksi, romantik dan persahabatan. Tambah menarik, I.D digarap oleh pengarah kreatif iaitu Razaisyam Rashid yang amat terkenal dengan sentuhan visual tersendiri, di samping membariskan para pelakon hebat tanah air dalam menjayakan watak. Kami mengharapkan subjek yang diketengahkan menerusi I.D dapat menarik perhatian ramai, seterusnya menjadi topik yang boleh dibincangkan di luar sana.”
Pengarah dan Idea Asal I.D, Razaisyam Rashid, berkata, “Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakkannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D. Cabaran terbesar menghasilkan I.D adalah ketika sesi penggambaran, di mana beberapa pelakon utama ketika itu mengalami kecederaan jadi dari sudut kamera dan visual, saya harus memastikan mereka dapat menyampaikan babak dengan baik tanpa menjejaskan keadaan mereka. Saya mengharapkan masyarakat dapat menerima I.D. Walaupun ia membawa suara golongan orang muda, tetapi saya juga mengharapkan naskhah ini dekat dengan semua lapisan penonton kerana cerita ini memfokuskan apa yang sedang berlaku di luar sana dan mampu memberi kesadaran kepada penonton kita.”
I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah. Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.
Siri premium I.D memberi pendedahan kepada masyakat tentang penceritaan sebenar di media sosial dan natijah daripada ketirisan maklumat akibat aktiviti tidak bermoral daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan sendiri.
Para pelanggan Astro boleh menyaksikan episod-episod baharu I.D pada 9 malam, setiap Jumaat di Astro Premier (Saluran 410) menerusi On Demand dan Astro GO. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan hashtag #IDTIPU, #IDTHESERIES dan #ASTROORIGINALS.
********************************
Mengenai Astro Shaw
Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 95 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo 3, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 3, Paskal, Dukun, The Garden of Evening Mists.
Dari Minggu Pertama Menarik Perhatian Juri, Musang ialah Datuk Yusry Abdul Halim!
Tuesday, 6 February 2024
Minggu suku akhir The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 menyaksikan maskot Musang tersingkir dengan persembahan lagu Warisan Wanita Terakhir nyanyian asal Teacher’s Pet. Dengan jumlah markah sebanyak 59.10%, Musang disingkirkan sekaligus merungkai identitinya iaitu penyanyi, pelakon dan pengarah filem Malaysia – Datuk Yusry Abdul Halim.
Manakala, maskot Bunga Matahari masih kekal di tempat pertama dengan jumlah markah tertinggi 77.34%, diikuti dengan Sang Kancil dan Biskut Aiskrim. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.
SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN
INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4
• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.
• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.
• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.
• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.
• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia
• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.