Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5

Friday, 19 January 2024

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5 | Membawakan tema Y2K, undian dibuka dari 17 Januari hingga 25 Februari 2024

Menjelang anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 yang akan diadakan pada 25 Februari, Astro Gempak dengan terujanya mengumumkan finalis Top 5 bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan pada majlis sidang medianya yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Acara kemuncak ini bertujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka dari pelbagai latar belakang. Dengan tagline ‘Terpaling Trending!’, calon-calon Top 5 ini merupakan pilihan pengguna media sosial pada undian fasa pertama dari 30 November hingga 30 Disember 2023 menerusi laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2023 termasuk Amir Ahnaf, pelakon popular yang telah menambat hati ramai peminat dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’, bersama-sama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Meerqeen dan Amir Masdi.

Runut bunyi filem pecah panggung, Polis Evo 3 yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri bertajuk Ayuh, turut tercalon dalam kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’, diikuti dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Pergilah Cinta (Danial Kifli), Test Drive (Firdaus Rahmat) dan audio Makcik Dodoi (@chemass_kaklong).

Pempengaruh resepi masakan kegemaran rakyat Malaysia, Che Nom turut bersaing dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak’ bersama Amin & Abid Othman, Auntie Purple, Nelysa Norazlan dan juga Ow To The Zie.

SENARAI KATEGORI GMWA 2023 & CALON TOP 5

KATEGORI 1: LAGU/AUDIO TERGEMPAK 2023

1. Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri

2. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

3. Makcik Dodoi - @chemass_kaklong

4. Pergilah Cinta - Danial Kifli

5. Test Drive - Firdaus Rahmat


KATEGORI 2: VIDEO TERGEMPAK 2023

1. Freestyle Anak-Anak Kudrat - @naimdanielx

2. Kena Marah Dengan Ayam - @jemblenggg

3. Kesian Girlfriend Lapar - @mikhailimaan

4. Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam - @davidvidz3

5. POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On - @aiztsaha


KATEGORI 3: VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2023

1. Damelo – DOLLA

2. Kudrat – Sekumpulan Orang Gila x Naim Daniel

3. Look At This – DOLLA

4. Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali

5. Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain


KATEGORI 4: DRAMA TERGEMPAK 2023

1. From Saga With Love Viu Original

2. Hijrah Jannah Astro Ria

3. Melur Untuk Firdaus 2 TV3 Malaysia

4. My Famous Ex-Boyfriend Astro Ria

5. Projek High Council Astro Originals


KATEGORI 5: SELEBRITI DIGITAL TERGEMPAK 2023

1. Amir Ahnaf

2. Amir Masdi

3. Anna Jobling

4. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

5. Meerqeen


KATEGORI 6: GAMER TERGEMPAK 2023

1. Fluffiiee

2. Kambing Golek

3. Pok Ro Gaming

4. Tya Edros

5. Akif Iskandar


KATEGORI 7: DIGITAL CONTENT CREATOR (HIBURAN) TERGEMPAK 2023

1. Faisal Suhaimi - @faisal.suhaimii

2. Farihi Narnia - @farihinarnia

3. Foreppppp - @foreppppp

4. Linda Said - @wanitabermisai

5. Rahman Chea - @rahmanchea


KATEGORI 8: DIGITAL CONTENT CREATOR (LIFESTYLE) TERGEMPAK 2023

1. Amin & Abid Othman - @aminxabid

2. Auntie Purple - @auntiepurple248

3. Che Nom - @chenom_tiktok

4. Nelysa Norazlan - @nelysa_norazlan

5. Ozzie Manan - @ozziemanan


KATEGORI 9: DIGITAL CONTENT CREATOR (MOTIVATOR) TERGEMPAK 2023

1. Aminahtul Mardiah - @aminahtulmardiah

2. Dr. Say Shazril - @say_shazril

3, Dr. Syed Aliff Fauzan - @drsyedaliffauzan

4, Mashy - @n.mashyaircond

5. Muhammad Noor - @dodosentoso

Selain calon Top 5 GMWA 2023, majlis sidang media ini turut memperkenalkan barisan hos yang akan mengemudi malam anugerah. Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari. Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2023 kelak.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’. Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok

Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial. Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva Nusantara.

Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah. Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.

Filem seram versi reboot, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu. Bagi pasaran di sana, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa lokal iaitu  áž‘ាáž™ាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic). 

Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, sebuah lagi filem tempatan berjaya diangkat dan ditayangkan ke negara luar. Sebagai penerbit yang aktif di Malaysia, kami mengharapkan usaha ini dapat membuka peluang lebih banyak buat filem-filem kita untuk dibawa ke sana, sekali gus merapatkan jurang karya tempatan di peringkat serantau di samping mampu mengembangkan jenama Astro Shaw di peringkat antarabangsa. Rahsia mempunyai jalan cerita yang universal dan elemen-elemen Nusantara yang diselitkan amat dekat dengan penonton Asia, jadi kami yakin ia mampu menepati cita rasa penonton di sana.”

Tahun lalu, Rahsia telah berjaya mencatatkan kutipan pawagam RM6.2 juta. Rahsia merupakan arahan Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang Ramlah pulang bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah  mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?

Ikuti info-info info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Giveaway Perfume SR

Wednesday, 17 January 2024


 Syarat-syarat Giveaway Perfume Blog SR:

1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)

2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR

3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).

4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.

5. Boleh join dari semua blog yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).


Senang aje kan?

Jom jom hebahkan Giveaway Perfume SR!! Giveaway ini berlangsung dari 9 Januari sehingga 25 Januari 2024 (11.59 malam). Mari mari!

Minggu 5 TMSM4 : Pom Pom Kin Tersingkir, Amelina Disebalik Maskot

Tuesday, 16 January 2024

Minggu kelima The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Pom Pom Kin tersingkir.Dengan jumlah markah sebanyak 59.54%, Pom Pom Kin telah tersingkir dengan nyanyian lagu Anta Permana oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, merungkai identiti disebalik maskot iaitu Amelina. Pada minggu kelima ini yang membawa tema Malam Tribute Dato’ Sri Siti Nurhaliza, hanya Angah dan Zizan Razak sahaja yang tidak dapat meneka dengan tepat. 

Minggu ini turut melihat Bunga Matahari sebagai peserta di kedudukan pertama dengan 76.77%, diikuti oleh Sang Kancil dan Biskut Aiskrim. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN

INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.










• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Jangan Pandang Rendah Kuasa Kreativiti dalam Sektor Pendidikan: Kesilapan Kritikal Yang Perlu Dielakkan | Oleh Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia

Dalam dunia yang sentiasa berubah ini, landskap pendidikan turut mengalami transformasi radikal. Corak pembelajaran konvensional yang tertumpu pada buku teks, hafalan dan pemeriksaan tidak lagi mencukupi untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran pada abad ke-21 ini. Sebaliknya, ia memerlukan peralihan kepada kaedah pembelajaran lebih kontemporari, yang menekankan literasi asas, pemikiran kritis dan pembangunan sahsiah.

Walaupun kreativiti berperanan penting untuk memupuk kriteria-kriteria ini yang menyokong perkembangan pelajar, namun mengapakah ia sering dipandang rendah dan diabaikan dalam bilik darjah?

Tatkala kita melangkah ke tahun 2024 dan menantikan pembangunan Pelan Kurikulum Persekolahan 2027 Kementerian Pendidikan Malaysia,pihak sekolah dan ibu bapa perlu memahami kepentingan penerapan kreativiti ke dalam pendidikan serta kaedah untuk memupuk kemahiran ini.

Peranan penting kreativiti bagi memupuk pelajar yang bersedia untuk masa hadapan

Selari dengan Pelan Kurikulum Persekolahan 2027 untuk melahirkan pelajar seimbang, kreativiti merupakan pemangkin penting untuk merangsang pembinaan sahsiah, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia menawarkan pelbagai manfaat yang melangkaui skop bilik darjah. Antara kelebihannya termasuk peningkatan motivasi intrinsik dan pengalaman penglibatan pelajar. Jika pembelajaran dijadikan saluran untuk ekspresi kreatif, maka pelajar akan lebih terlibat dalam proses pendidikan, seterusnya mencetuskan minat sebenar untuk menimba ilmu. Motivasi bukan hanya meningkatkan pencapaian akademik, tetapi juga memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat, demi memperkasakan pelajar mengharungi pelbagai cabaran rumit.

Penerapan kreativiti ke dalam pembelajaran akan merapatkan jurang antara pembelajaran bilik darjah tradisional dan aplikasi kehidupan sebenar. Apabila pelajar terlibat dalam latihan dan projek kreatif, mereka akan lebih memahami bagaimana pengetahuan teori seperti numerasi, saintifik dan literasi sivik dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal bagi menghadapi cabaran dunia sebenar. Malah itu, kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman juga menjadikan kandungan akademik lebih relevan apabila diaplikasikan dalam konteks kehidupan harian.

Paling penting, kreativiti menyemarakkan rasa ingin tahu, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Apabila pelajar menghadapi cabaran dalam sesuatu tugasan, kreativiti akan mendorong mereka meneroka idea dan perspektif baharu bagi menjana penyelesaian yang inovatif. Ini seterusnya melahirkan pelajar yang berfikiran terbuka, fleksibel dan bijak, yang sedar terdapat pelbagai cara untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Menaik taraf pengalaman pembelajaran bilik darjah

Kreativiti harus dilaksanakan dengan tujuan yang jelas dan dinilai keberkesanannya dalam kurikulum sekolah. Ia harus diiktiraf sebagai satu keperluan dan bukannya satu kehendak.

Di Faber-Castell, kami percaya guru harus menyambut baik kaedah pembelajaran inovatif dan mencari idea kreatif untuk menarik perhatian pelajar. Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, kami memperkenalkan program Pembelajaran Kreatif Score A bagi melengkapkan guru dengan 10 teknik pembelajaran kreatif praktikal untuk disampaikan kepada pelajar mereka. Salah seorang peserta program itu, Cik Lo Ming Jun, guru fizik di SMK Methodist Sibu, telah menerapkan kreativiti ke dalam pelajarannya dengan menggunakan emoji dan slanga internet. Sementara itu, pelajarnya, Vicky Tiong telah menemui cara unik untuk menyatukan minat mendalam terhadap seni dengan pengambilan nota. Keputusannya cukup memberangsangkan – pembelajaran Vicky bukan sahaja menjadi lebih bermakna, malah keberkesanan pembelajaran dan prestasi akademiknya juga meningkat. Selain bidang akademik, Vicky juga memanfaatkan pencapaian daripada program Score A dalam permohonan kolej dan universitinya.

Di samping itu, saya juga berpeluang menyaksikan kisah-kisah inspirasi yang menonjolkan impak pembelajaran kreatif. Salah satu kisah luar biasa itu melibatkan Nur Qaleesya Soffiya, pelajar SK Jalan 3, Bangi, yang merupakan peserta program Score A 2023. Menerusi program itu, beliau menemui gaya pembelajaran visual, yang telah meningkatkan pemahamannya dengan menerapkan warna, watak haiwan dan peta minda ke dalam notanya. Pendekatan kreatif ini bukan sahaja menjadikan pembelajarannya lebih berkesan tetapi juga lebih unik dan menarik.

Seni sebagai pemangkin pembelajaran dan kreativiti

Mendidik pelajar muda tentang isu global seperti alam sekitar dan perubahan iklim adalah mencabar. Justeru, seni menyediakan cara pembelajaran yang kreatif dengan menyatukan visual, emosi, cerita dan kemahiran berfikir. Ini terbukti dengan Anugerah Artis Muda yang telah membantu pelajar bukan sahaja dari sudut seni tetapi juga pemahaman tentang isu alam sekitar.

Pada tahun 2023, pelajar di seluruh negara telah melakar rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan jumlah penyertaan tertinggi, menjadikanAnugerah Artis Muda 2023 sebagai ‘Peraduan Mewarna Artis Muda yang Terbesar’., Tiga karya seni yang terbaik akan menjadi sebahagian daripada koleksi UTme! by UNIQLO dan akan dipamerkan di cawangan-cawangan UNIQLO tahun ini. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk membangunkan serta menginspirasikan artis muda. Karya-karya seni yang bertemakan kelestarian oleh artis-artis muda ini bukan sahaja memberi suntikan inspirasi, tetapi juga menunjukkan penyelesaian masalah dan pemikiran analitikal dalam menangani cabaran global. Bakat seorang finalis, Raja Ahmad Alauddin telah terserlah dalam program itu.

Berasal daripada keluarga kreatif, Raja Ahmad menemui minatnya dalam seni pada usia seawal empat tahun. Beliau telah menjalinkan kerjasama dengan artis tempatan seperti Ujang, yang terus menginspirasikan perjalanan seninya. Sebagai seorang ilustrator muda, beliau bercita-cita meningkatkan kesedaran umum melalui karya seni yang berkesan. Jadi, kita harus terus menyokong anak-anak muda Malaysia untuk melihat seni bukan sahaja sebagai saluran kreativiti tetapi juga sebagai kerjaya masa depan.

Sebagai peneraju untuk pembelajaran dan kreativiti, Faber-Castell komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan bagi menerajui inisiatif pembelajaran inovatif seperti program Score A dan Anugerah Artis Muda. Pelan Kurikulum Persekolahan 2027 merupakan satu langkah penting ke arah memupuk generasi pelapis negara yang mempunyai cara pemikiran yang berkembang, daya saing dan daya tahan. Kami menggalakkan pihak sekolah dan ibu bapa untuk menyambut baik inisiatif yang mengutamakan kreativiti serta kemahiran-kemahiran yang penting untuk kejayaan pelajar.

Pendekatan ini bukan hanya bermanfaat untuk anak-anak muda Malaysia tetapi juga untuk kemajuan dan kesejahteraan keseluruhan negara dan masyarakat. Kita tidak harus memandang rendah kuasa kreativiti dalam pendidikan.

Movie Review | 12th Fail (2023)

Sunday, 14 January 2024


Director: Vidhu Vinod Chopra
Writer: Vidhu Vinod Chopra
Cast: Vikrant Massey, Medha Shankar, Anant V Joshi, Anshumaan Pushkar
Production Company: Vinod Chopra Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Biography / Drama
Running Time: 146 minutes
Release Date: 27 October 2023
Trailer :


Dilahirkan dalam keluarga miskin, Manoj Kumar Sharma (Vikrant Massey) tak pernah ambil peduli dengan pengajian dia. Malah ketika ujian tahunan, guru kelas juga bagi jawapan supaya kesemua anak muridnya lulus. Namun kerana kehadiran DSP Dushyant Singh (Priyanshu Chatterjee), pegawai polis yang baru sahaja ditukarkan bertugas di kawasan tersebut, perbuatan sekolah dianggap salah di sisi undang-undang. 

Kerana pesona DSP Dushyant Singh, Manoj ambil keputusan untuk ambil ujian kelayakan menjadi DSP di Gwalior. Ayah Manoj juga merupakan seorang yang jujur dan sanggup berjuang demi keadilan walaupun digantung tugas kerana memukul pegawai yang mengambil rasuah. Kerana dua figura tersebut, Manoj cuba bina masa depan untuk menjadi pegawai polis yang Amanah dan berintegriti. 


Malangnya, ujian kelayakan yang diadakan oleh agensi Kerajaan, Madhya Pradesh Public Service Commission (MPPSC) dibatalkan kerana kuota telah pun penuh selama 3 tahun. Manoj yang kecewa secara tak sengaja bertemu dengan Pritam Pandey (Joshi Anantvijay) yang ingin mengambil ujian USPC di mana ujian kelayakan tersebut untuk kemasukan pegawai IPS yang lebih tinggi pangkatnya dari DSP. 

Selama berada di Delhi, Manoj dijaga oleh Pritam. Siang Manoj bekerja sebagai penjaga perpustakaan dan pencuci tandas manakala sebelah malam pula mengulangkaji pelajaran sambil mendapat tutor dari Gauri Bhaiya (Anshuman Pushkar) yang juga bakal mengambil ujian kelayakan DSP. Dalam kesibukan jadualnya juga tak menghalang Manoj untuk jatuh cinta dengan Shraddha Joshi (Medha Shankar) yang turut sama ingin menjadi pegawai kerajaan. 


Masa tengok filem 12th Fail ni terkejut juga bila tahu dekat India ada ujian kelayakan untuk jadi pegawai polis sebab ujian dia lebih kepada kecerdasan akal. Berbeza dengan Malaysia yang lebih utamakan kecergasan fizikal dengan kriteria yang ditetapkan. Kalau ada Ijazah, boleh terus apply pangkat Inspektor. Kalau SPM boleh dapat pangkat Konstabel, bila nak naik pangkat ambil ujian kenaikan pangkat. 

Dekat India siap boleh buat perniagaan coaching centre untuk ujian kelayakan jadi pegawai polis sebab terlampau ramai yang apply setiap tahun. Kalau yang murah macam Manoj dengan Shraddha masuk, satu kelas terpaksa berhimpit sampai tak nampak langsung ruang antara kerusi. 


Kalau tengok pada plot utama, kisah Manoj Sharma untuk kejar impian supaya nasib diri dan keluarga berubah tu tak lah drama sangat. Manoj juga dikelilingi oleh watak-watak yang baik dan positif seperti Pritam, Shraddha, Gauri Bhaiya dan ramai lagi. Yang menjadi penghalang cuma Manoj dan keupayaan dia saja. 

‘Our fathers have nothing. They’re vegetable vendors, truck drivers, street sweepers. They all slog under scorching sun, just like my father. They cannot afford to send their children to expensive schools. But you should know, we don’t come empty-handed. We bring our will, determined to become officers one day. Even if we have to sweep libraries or clean toilets. We never give up. Our will is rock solid. And this will isn’t bred in some fancy school. It is born from the hopes and dreams of millions of Indians. Our will is wealth. Winning and losing is all part of life. But from us millions, when even one makes it, the whole herd wins.’ – Gauri Bhaiya


Kalau dengar cerita mulut, boleh habis sekejap saja tapi keindahan sutradara pengarah veteran Vidhu Vinod Chopra yang buatkan naskhah biografi ni tampak hidup dengan caranya tersendiri. Macam mana sub-plot dengan masalah-masalah sosial yang dihadapi kerana perbezaan taraf hidup dipaparkan dengan cemerlang sepanjang 146 minit. 

Sinematografi 12th Fail sentiasa terlihat penuh dengan kesibukan kota Delhi yang menjadi tumpuan kebanyakan pelajar universiti untuk ubah nasib hidup. Kota yang sentiasa sibuk berlawan dengan masa. Ada beberapa babak buatkan I rasa sesak nafas sebab kegilaan Manoj untuk lulus dalam ujian. Masa dia belajar sambil bekerja di kilang gandum, masa dia belajar dalam kelas tuisyen yang padat ataupun ketika dia mengharapkan sepinggan nasi dari pemilik restoran.


Kekuatan utama 12th Fail terletak pada lakonan Vikrant Massey yang sepenuhnya menghidupkan watak Manoj Sharma. Dari kali pertama dia terpukau dengan keberanian DSP Dushyant Singh lagi dah tarik kita masuk ke dunia dia. Di saat semua pelajar sekolah dia meniru, dia berpegang pada prinsip untuk jawab dengan jujur. Sepanjang perjalanan tu berbaur campur perasaan jadi tak hairan lah kalau dekat hujung filem tu dengan mudahnya menangis. Untuk prep role sebagai Manoj, Vikrant tinggal di kampung selama berminggu sehingga kulit dia terbakar. Dalam filem tu memang nampak lah kulit dia lebih comot, kering dan kusam. 

Walaupun ada kisah cinta antara Manoj dengan Shraddha tapi penulis tak bagi screentime yang banyak untuk percintaan mereka sebaliknya sebagai peneman dan penguat semangat. Chemistry Vikrant dan Medha tampak kuat waima cerita bergerak cuma dalam lagu. 



Naskhah 12th Fail ni sesuai sangat untuk jadi pemangkin semangat bila kita putus asa kejar impian dalam hidup. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Jiwa 8 Belas (2024)


Pengarah: S. Baldev Singh
Penulis Skrip: N/A
Pelakon: Sohpia Albarakbah, Shah Hazvee, Izuan Razali, A. Galak, Kanda Khairul, Faha Azhar, Dato Jalaluddin Hassan, Ikhram Juhari, Akim Nordin, Datuk Fauziah Nawi
Syarikat Produksi: White Merpati Entertainment Sdn Bhd
Pengedar: GSC
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2024 
Trailer:


Filem Jiwa 8 Belas arahan S. Baldev Singh mengisahkan dua orang anak muda yang berkawan baik – Isyq (Shah Hazvee) dan Fatien (Sohpia Albarakbah) dalam perjalanan ke negara Thailand. Dalam diam Isyq simpan perasaan terhadap Fatien namun gadis cantik tersebut menjalinkan hubungan cinta bersama Edd (Ikhram Juhari). Dalam perjalanan tersebut, mereka mengalami kemalangan jalan raya akibat terlanggar lori di hadapan. 

Kerana motor Isyq hancur dan tak boleh digunakan lagi, mereka berdua ambil keputusan untuk berjalan kaki saja menuju ke pekan berdekatan di kawasan tersebut untuk dapatkan bekalan makanan dan rawatan. Tumpang kereta orang lain pun tak lama kerana yang sudi tumpangkan cuma kereta tua. 


Ketika berjalan kaki, Isyq dan Fatien disapa oleh Mat Kitam (Izuan Razali) yang sanggup tumpangkan mereka hingga ke pekan terdekat kerana dia pun menuju ke arah yang sama. Awalnya Isyq terharu dengan kebaikan lelaki asing tersebut tapi hati mula tak sedap bila karakter Mat Kitam tak disenangi. Makin bertambah takut apabila Fatien ternampak senjata api di bawah tempat duduk Mat Kitam. Rupanya Mat Kitam adalah ketua geng pemerdagangan manusia. 

Dalam masa yang sama Edd pula bermain cinta dengan wanita lain. Abang Fatien yang tahu tentang perkara tersebut mula mencari keberadaan adiknya. Dia syak Isyq melarikan adiknya namun ibu Isyq (Datuk Fauziah Nawi) menyangkal buruk sangka tersebut. 


Naskhah Jiwa 8 Belas mengangkat tema darah panas di mana kebanyakan watak yang terlibat dalam filem tersebut merupakan pelakon muda di dalam industri. Kalau ikutkan filem Jiwa 8 Belas adalah filem debut kepada Sohpia Albarakbah, Shah Hazvee, Izuan Razali, Kanda Khairul, Faha Azhar, Ikhram Juhari dan Akim Nordin namun tayangan agak lambat ekoran kerana pandemik Covid-19. 

Bila ramai pelakon baru, bab lakonan mungkin akan jadi kekangan utama namun semua barisan pelakon menggalas tanggungjawab dengan baik. Ada ruang untuk diperbaiki tapi tak ada masalah untuk ditonton. Mungkin juga sebab naskhah aksi yang tak berapa fokus pada mutu lakonan yang tinggi seperti genre-genre lain. 


Sebagai pelakon utama, Shah Hazvee ada potensi untuk naik sama tinggi dengan pelakon-pelakon muda sekarang. Dia pandai kawal lakonan dan tona suara sesuai dengan babak yang dilakonkan. Sama juga dengan Akim Nordin sebagai Kucai, pembantu Mat Kitam. 

Pelbagai isu sosial yang dimasukkan dalam naskhah Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd di mana menjadi maslahah utama anak-anak muda seperti hubungan sosial tanpa batas, penggunaan dadah dan rokok, urusniaga haram supaya cepat kaya dan banyak lagi namun kesemua terlihat sarat kerana olahan sutradara dan editing yang kurang menarik. 


Sesetengah babak juga tak dijelaskan dengan baik sama ada mengenai latar masa, latar tempat mahupun pertalian antara watak sehinggakan sukar untuk merasa simpati dengan watak-watak utama sedangkan watak Isyq mempunyai faktor yang kuat untuk mengukuhkan penceritaan. 

Pada separuh masa kedua juga watak Isyq tenggelam oleh watak Kanda (Kanda Khairul). Tak sepatutnya berlaku lah kerana watak Isyq mempunyai dendam dan amarah yang lebih tinggi. Tersia lah perasaan tu walhal boleh jadi klimaks yang menarik. 


Sinematografi juga antara kelemahan pada cerita bila pengarah terlalu tumpukan pada babak kereta terbakar sedangkan khidmat CGI tak disunting dengan cantik. Sepatutnya pengarah sorok kelemahan tersebut dengan bunyi letupan dan fokus pada Isyq dan Fatien yang sedang berlari untuk selamatkan diri. 

Jiwa 8 Belas mungkin lebih menarik jika lebih banyak babak aksi daripada crammed di separuh masa kedua. 

Movie Review | Love Reset (2023)

Saturday, 13 January 2024


Director: Nam Dae-jung  
Writers: Bang Gicheol, Nam Dae-jung, Kim Sun-young, Hwang Se-in, Lim Chul-hyung, Yoon Kyung-ho, Jo Min-soo, Jo Min-soo
Cast: Kang Ha-neul, Jung So-min
Production Companies: Woollim Films, TH Story
Distributor: Mindmark
Genre: Romantic / Comedy
Running Time : 119 minutes
Release Date: 3rd October 2023 (South Korea) 
Trailer :


Naskhah romantik komedi arahan Nam Dae-jung yang mendapat tempat pertama untuk jumlah kutipan tertinggi pada bulan Oktober 2023 mebawa kisah rumahtangga yang berantakan. No Jeong-yeol (Kang Ha-neul) berkahwin dengan Hong Na-ra (Jung So-min) atas dasar cinta walaupun hampir mati ditembak oleh Hong Jang-gun (Lim Chul-hyung) gara-gara menjadi punca anak daranya lari dari majlis perkahwinannya sendiri. 

Sepanjang Jeong-yeol persiapkan diri untuk mengambil ujian semasa di universiti, Na-ra yang menyara keluarga dengan kariernya sebagai penulis skrip. Lagipun Na-ra adalah anak orang berada jadi wang bukan masalah buat dia. Yang menjadi masalah bila ibu mertua dia, Sook-jeong (Kim Sun-young) selalu pertikai cara hidup Na-ra dan berkira. 


‘So frustrating! You’re buying all these side dishes! How is buying cheaper? How in the world can buying be any cheaper? Are you messing with me because I’m uneducated? It must be cause you’re born rich, right?’ - Sook-jeong 

Hubungan suami isteri tersebut semakin buruk apabila Jeong-yeol suka dengan perhatian yang diberikan oleh peguam muda di pejabat manakala Na-ra pula digosipkan bersama senior di tempat kerja. Akhirnya, Jeong-yeol dan Na-ra ambil keputusan untuk bercerai setelah 2 tahun berkahwin lalu mahkamah putuskan untuk mereka berdua menjalani tempoh bertenang selama 30 hari. Ketika pulang dari mahkamah, mereka berdua terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan lalu jatuh cinta kembali. 


Tak hairan lah kalau filem Love Reset jadi kesukaan ramai bila pertelagahan antara suami dan isteri ni kelakar sepanjang first half. Ada saja yang mengundang pergaduhan sejak awal pagi hingga ke malamnya. Sakit perut gelak bila tengok babak Jeong-yeol sentap dengan ayat Na-ra tentang status dia sebagai penganggur. 

Pace filem yang laju buatkan babak kelakar dipersembahkan dengan cemerlang, tepat menggambarkan keadaan huru-hara dalam rumah suami isteri ni. Walaupun ada babak yang tipikal dalam komedi rumah tangga tapi tetap kelakar sebab lakonan dan ekspresi muka Kang Ha-neul. Few scenes dalam filem ni pun ada yang viral dekat TikTok juga. 


Sinematografi dari Shin Tae-ho mainkan peranan juga untuk beberapa angle yang cantik dalam beberapa babak penting. Macam mana Na-ra mula jatuh cinta dengan Jeong-yeol buat pertama kali dan juga kali kedua. Babak di mana mereka berdua kahwin walaupun ringkas tetap nampak cantik dan dreamy. 

Sembang dari sudut kekurangan filem ni bila jalan cerita tak begitu kuat sebab penulis tak kembangkan sangat latar belakang dua watak utama. Kenapa Na-ra selalu balik dalam keadaan mabuk sampai perlu letak alkohol hampir dalam kesemua bekas minuman dalam peti ais. 


Tengok pada cara Sook-jeong mengata menantu dia, boleh faham lah kenapa rumah suami isteri ni tak ada pembantu tapi Jeong-yeol yang sayang Na-ra separuh mati jadi kenapa dia tak defend Na-ra setiap kali keluarga dia kutuk Na-ra? Kenapa mertua dia menyampah sangat dengan Na-ra pun tak dijelaskan supaya kita lebih faham justifikasi dan prspektif Jeong-yeol dan Na-ra. 

Babak dekat airport pun rasanya lagi awwdorable kalau biarkan saja elemen romantik conquer daripada try hard nak buat kelakar yang cliché. Nak tengok juga dua-dua watak ni cari cara untuk pulihkan balik apa yang rosak daripada biarkan takdir ambil alih sepenuhnya. Maybe it just me but marriage is a responsibility. Bukan semata bergantung kepada perasaan cinta yang berbolak-balik. 


Apa pun filem Love Reset mempunyai elemen hiburan yang tinggi dengan chemistry antara main lead untuk mengukuhkan scenario kisah cinta yang diberikan peluang kedua untuk bersama. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 8.3/10

6 Artis Muda Yang Akan Mencuri Perhatian Anda

Thursday, 11 January 2024

  •  Keminatan terhadap seni dan kelestarian menetapkan satu mercu tanda baru dalam Malaysia Book of Records
  • Karya seni yang terbaik akan dipamerkan di UTme! by UNIQLO di cawangan-cawangan UNIQLO pada tahun ini

Sempena tahun baru, Faber-Castell mengambil kesempatan untuk meraikan enam anak muda Malaysia yang sedang melakar masa depan masing-masing dalam bidang seni dan kreatif. Anugerah Artis Muda 2023, yang bertujuan memupuk kreativiti dan kelestarian dalam kalangan artis muda, ingin meraikan enam bakat hebat sebagai sebahagian daripada pencapaian ‘Peraduan Mewarna Artis Muda Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records.

Marilah kita sama-sama menyaksikan kemahiran dan wawasan bakat-bakat muda ini, tatkala mereka memecahkan sempadan kreativiti dan mencorak masa depan yang cerah untuk bidang kreatif di Malaysia. 

Raja Ahmad Allaudin 

Raja Ahmad Allaudin, finalis Anugerah Artis Muda, menemui minatnya dalam seni pada usia empat tahun. Berasal daripada keluarga kreatif, Raja Ahmad telah bergandingan dengan artis-artis tempatan seperti Ujang, yang terus menjadi suntikan inspirasi bagi perjalanan seninya. Berbekalkan galakan ibu bapa, beliau bercita-cita menjadi seorang ilustrator dan menerbitkan bukunya sendiri suatu hari nanti. Raja Ahmad percaya pencapaiannya membuktikan bahawa pemupukan kreativiti sejak usia muda boleh membuka pintu kepada kerjaya yang bermakna dan berwawasan dalam bidang seni.

Charnelle Christa Juannes

Sebagai seorang animator yang beraspirasi tinggi, finalis kelahiran Sabah ini membezakan dirinya dengan bakat yang luar biasa. Pada masa ini, Charnelle sedang mengusahakan projek impiannya, iaitu siri animasi fantasi yang menakjubkan, sekali gus menonjolkan perspektif unik dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Beliau mempamerkan semangat yang tidak gentar semasa pertandingan, dan membawa buku lakarannya ke mana-mana sahaja untuk menzahirkan inspirasinya melalui setiap lakaran.

Lau Jia Xuan

Atas semangat kecintaan terhadap anime, perjalanan seni Lau Jia Xuan mempamerkan semangat dan cita-cita tinggi, yang menginpirasikannya untuk memulakan saluran YouTube-nya suatu hari nanti. Di sekolah, beliau giat berkolaborasi dengan rakan-rakannya untuk menghasilkan siri anime “Friends At Start”. Kerjasama ini mempamerkan kerja berpasukan kreatif dan menggalakkan orang lain untuk mengejar impian seni mereka dengan penuh keazaman.

Sementara itu,tiga karya seni yang terbaik akan dipamerkan di UTme! by UNIQLO di cawangan-cawangan UNIQLO pada tahun 2024. Alamilah dunia seni dari hasil lukisan Teh Yu Cen, Gracelyn Loh, dan Lee Ruo Lin yang bakal mencuri tumpuan di cawangan-cawangan UNIQLO paling berhampiran dengan anda.

Dari kiri ke kanan – Teh Yu Cen (8 tahun), Gracelyn Loh (17 tahun) dan Lee Ruo Lin (12
tahun)

Teh Yu Cen - 8 tahun

Bagi Yu Cen, seni bukan sekadar hobi; ia adalah satu perjalanan kreatif. Beliau sering meneroka pelbagai teknik baharu dengan penuh kesungguhan. Setiap coretan dan lakaran dalam karya seninya bukan sahaja mempamerkan bakat yang tinggi, tetapi juga semangat berkobar-kobar untuk melakar kisah menarik.

Lee Ruo Lin - 12 tahun  

Mengambil bahagian dalam peraduan seni telah menjadi pembelajaran bermakna buat Ruo Lin, terutama soal kelestarian yang telah mendorongnya untuk mendalami isu alam sekitar. Berbekalkan pengetahuan baharu, beliau terinspirasi untuk mengaplikasikan seni dengan cara yang lebih kreatif, bagi menggalakkan anak-anak muda Malaysia mengambil berat dan melibatkan diri dengan isu alam sekitar.

Gracelyn Loh - 17 tahun

Berpegang kepada falsafah ‘latihan menghasilkan kesempurnaan’, Dedikasi Gracelyn untuk memperoleh kemahiran baharu setiap hari dengan menggunakan pelbagai bekalan seni telah membawanya ke pencapaian hari ini. Minat Gracelyn terhadap alam sekitar tertonjol apabila beliau menggunakan apa yang telah dipelajari dengan adiknya untuk membangkitkan kesedaran tentang alam sekitar.

Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Encik Andrew Woon berkata, “Faber-Castell sangat teruja untuk mencipta platform yang telah membuka jalan kepada enam anak muda Malaysia yang luar biasa ini untuk mencorak masa depan seni. Anugerah Artis Muda 2023 meraikan kreativiti, kelestarian dan kuasa transformatif seni. Pemupukan semangat kreatif dalam bakat muda bukan sahaja mencorak perjalanan seni mereka tetapi juga membuka pintu kepada kerjaya yang bermakna dan berwawasan dalam bidang seni. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada kisah inspirasi mereka”.