Minggu 4 TMSM4 : Tepat Tekaan Semua, Ikan Emas ialah Daiyan Trisha!

Wednesday, 10 January 2024

Minggu ke-4 The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Ikan Emas tersingkir. Dengan persembahan lagu Sial oleh Mahalini, Ikan Emas gagal memikat hati barisan juri dan para penonton sehingga dipilih sebagai maskot di kedudukan terbawah dengan jumlah markah terendah iaitu 61.47%. Penyingkirannya merungkai identiti disebalik topeng iaitu Daiyan Trisha yang diteka tepat oleh kesemua juri.  

Minggu ini yang membawa tema turut melihat Bunga Matahari sebagai peserta di kedudukan pertama dengan 75.47%, diikuti oleh Sang Kancil dan Biskut Aiskrim. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

 INFO THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIM KE-4

• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Para penonton Astro serta peminat tegar web novel Wattpad kini boleh menantikan ‘Kau vs Aku 2’, siri romantik komedi popular yang kembali dengan penceritaan baharu yang lebih menarik, ditayangkan secara serentak di platform penstriman sooka dan di slot Dramavaganza menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) buat pertama kalinya, mulai 10 Januari 2024, setiap hari Rabu & Khamis, jam 9.00 malam.


Penerbitan siri adaptasi ini telah berjaya menjadi siri hiburan No.1 di sooka dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut. Dengan kejayaannya dalam menambat hati ramai penonton serta peminat-peminat dengan gandingan pasangan watak utamanya yang dibintangi oleh Shasha Abedul dan Dini Schatzmann, siri coming-of-age ini kembali dengan plot baharu untuk menyambung kisah cinta pertama mereka berdua.

Menerusi 8 episod,'Kau vs Aku 2' menyambung kisah Aulia yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara. Aulia sambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish. Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan (Nabil Aqil) yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar (Ellyza Azizi). Apakah yang bakal terjadi pada mereka?





Menurut Ketua Content Studio, Astro, Syazwan Zakariah, “Siri ini telah mendapat sokongan dan kasih sayang yang banyak sejak penerbitan musim pertamanya. Maklum balas positif yang kami terima tanpa henti ini menjadikan siri ini antara siri yang popular serta tercalon dalam Anugerah Telenovela 2023. Sebagai tanda terima kasih kami kepada setiap penonton dan peminat, kami teruja untuk kembali dengan musim kedua, membawa banyak kelainan plot dan jalan cerita yang menyeronokkan. Kami berharap dengan kembalinya musim terbaharu ini, siri ini sekali lagi dapat menambat hati ramai penonton serta mengubati rindu mereka yang menunggu penyambungannya”.

Musim kedua ini masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil sebagai Ashraf, Mia Sara Shauki sebagai Nina dan Arena Wan sebagai Syafikah.

Episod baharu ‘Kau vs Aku 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka dan Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Filem Bollywood Akan Datang Untuk Tahun 2024

Tuesday, 9 January 2024

Tahun 2023 merupakan tahun yang cemerlang buat industri perfileman Bollywood di mana hampir kebanyakan filem mendapat kutipan tinggi di panggung wayang dan mendapat jumlah tontonan tertinggi di streaming platform seperti Netflix, Amazon Prime Video, Disney+ Hotstar ataupun Zee5 dan banyak lagi. 

Antara filem yang bakal menjadi tumpuan ialah Merry Christmas, Fighter, Yodha, Singham Again, Bade Miyan Chote Miyan, Stree 2, Jigra dan banyak lagi. Jom tengok senarai filem yang bakal keluar untuk tahun 2024. Ada filem yang dah dapat tarikh tayangan sementara yang lain masih dalam perancangan. Besar kemungkinan juga beberapa filem akan ditunda tayangannya. 

1. Merry Christmas


Director: Sriram Raghavan

Cast: Katrina Kaif, Vijay Sethupathi

Production Companies: Tips Films, Matchbox Pictures

Genre: Thriller / Drama

Release Date: 12 Januari 2024

Berlatarkan tahun 1980-an, Albert Arogiasamy (Vijay Sethupathi) berjumpa dengan Maria (Katrina Kaif) di sebuah restoran pada malam sebelum Hari Krismas. Perkenalan mereka pada awalnya romantik bertukar ngeri bila pembunuhan dan serangan berlaku.  

2. Fighter

Director: Siddharth Anand 

Cast: Hrithik Roshan, Deepika Padukone, Anil Kapoor, Karan Singh Grover

Production Companies: Viacom18 Studios, Marflix Pictures

Genre: Action

Release Date: 25 January 2024

Trailer: 


Mengisahkan Squadron Leader Shamsher "Patty" Pathania (Hrithik Roshan) dan Squadron Leader Minal "Minni" Rathore (Deepika Padukone) bersama parajurit Indian Air Force (IAF) yang lain menjaga negara dari ancaman dalaman dan luar. 

3. Section 108

Director: Rasikh Khan

Cast: Nawazuddin Siddiqui, Regina Cassandra

Production Companies: Viacom18 Studios, Marflix Pictures

Genre: Legal / Drama

Release Date: 25 January 2024

Trailer:


Seorang billionaire didapati hilang dan kemudiannya mahkamah putuskan mangsa telah pun meninggal dunia. Pihak insurans diarahkan untuk membayar pampasan kepada waris billionaire tersebut. Pihak insurans syak itu cuma tipu helah lalu melantik peguam Tahoor Khan (Nawazuddin Siddiqui) untuk melawan kes tersebut.

4. Teri Baaton Mein Aisa Uljha Jiya


Directors: Amit Joshi, Aradhana Sah

Writers: Amit Joshi, Aradhana Sah

Cast: Shahid Kapoor, Kriti Sanon

Production Companies: Maddock Films, Jio Studios

Distributor: Pen Marudhar Cine Entertainment

Genre: Sci-fi / Romantic / Comedy

Release Date: 09 February 2024

Trailer:


Aryan (Shahid Kapoor) bertemu dengan wanita cantik bernama SIFRA (Kriti Sanon) lalu jatuh cinta. Bila SIFRA perkenalkan keluarganya kepada Aryan, baru jejaka tersebut dapat tahu dia sebenarnya bercinta dengan robot. SIFRA adalah singkatan nama kepada Super Intelligent Female Robot Automation.

5. Bhakshak

Director: Pulkit

Writers: Jyotsana Nath, Pulkit

Cast: Bhumi Pednekar, Sanjay Mishra, Sai Tamhankar, Aditya Srivastava

Production Company: Red Chillies Entertainment

Distributor: Netflix

Genre: Crime / Thriller

Release Date: 09 February 2024

Seorang wartawan membongkar jenayah serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan yang berlaku di sebuah rumah perlindungan. 

6. Operation Valentine

Director: Shakti Pratap Singh Hada

Writers: Shakti Pratap Singh Hada, Aamir Nahid Khan, Siddharth Rajkumar

Cast: Varun Tej, Manushi Chhillar, Mir Sarwar

Production Companies: Sony Pictures, Renaissance Pictures

Genre: Action

Release Date: 16 February 2024

Diinspirasikan dari salah satu pertempuran Tentera Udara India. 

6. Mere Mehboob Mere Sanam

Director: Anand Tiwari

Writers: Tarun Dudeja, Ishita Moitra

Cast: Vicky Kaushal, Sanya Malhotra, Tripti Dimri , Fatima Sana Shaikh, Neha Dhupia , Ammy Virk 

Production Companies: Dharma Productions, Leo Media Collective

Distributor: Amazon Prime Video

Genre: Romantic / Comedy

Release Date: 23 February 2024

Plot to be announced

7. Crakk - Jeethegaa Toh Jiyegaa!

Director: Aditya Datt

Writers: Aditya Datt, Rehan Khan, Sarim Momin

Cast: Vidyut Jammwal, Nora Fatehi, Arjun Rampal, Amy Jackson

Production Companies: Action Hero Films

Distributor: Panorama Studios

Genre: Action

Release Date: 23 February 2024

Mengisahkan tentang pemuda yang terjebak dalam dunia underworld dan hanya boleh keluar setelah menang dalam pertarungan bahaya. 

8. Article 370

Directors: Aditya Suhas Jambhale

Writers: Amit Joshi, Aradhana Sah

Cast: Yami Gautam, Priyamani

Production Companies: Maddock Films, Jio Studios

Distributor: Pen Marudhar Cine Entertainment

Genre: Politic / Action / Drama

Release Date: 23 February 2024

Diinspirasikan dari pergolakan yang berlaku di Kashmir antara negara India dan juga Pakistan di mana parti politik dan Kerajaan India bergabung tenaga untuk menyelesaikan konflik tegang dua negara sehingga tercetusnya Article 370.

9. Shaitaan

Directors: Vikas Bahl

Writers: Amit Joshi, Aradhana Sah

Cast: Ajay Devgn, R. Madhavan, Jyothika

Production Companies: Ajay Devgn FFilms, Jio Studios, Panorama Studios

Distributor: Pen Marudhar Cine Entertainment

Genre: Sci-fi / Romantic / Comedy

Release Date: 08 Mac 2024

Filem seram yang bertemakan ilmu hitam dengan penggunaan patung voodoo. 

10. Laapataa Ladies

Directors: Kiran Rao

Writers: Amit Joshi, Aradhana Sah

Cast: Ravi Kishan, Nitanshi Goel, Pratibha Ranta, Sparsh Shrivastava, Chhaya Kadam

Production Companies: Aamir Khan Productions, Jio Studios

Distributor: Pen Marudhar Cine Entertainment

Genre: Sci-fi / Romantic / Comedy

Release Date: 09 February 2024

Trailer:

Mengisahkan sepasang suami isteri yang travel menaiki keretapi sebaik saja selesai majlis perkahwinan mereka. Si isteri didapati hilang dari gerabak keretapi tersebut maka si suami pergi membuat laporan polis. Malangnya si suami tidak mempunyai maklumat terperinci tentang pengantinnya malah gambar kahwin juga cuma ada si isteri dilitupi dengan selendang merah. 

11. Yodha

Directors: Sagar Ambre, Pushkar Ojha

Writer:  Sudipto Sen

Cast: Sidharth Malhotra, Disha Patani, Raashii Khanna

Production Companies: Amazon MGM Studios, Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment

Genre: Thriller / Action

Release Date: 15 March 2024

Mengisahkan tentang airplane hijack yang berlaku di India. 

12. BASTAR: The Naxal Story

Director: Sudipto Sen 

Writer:  Sudipto Sen

Cast: Adah Sharma, Shilpa Shukla, Yashpal Sharma, Subrat Dutta, Raima Sen

Production Companies: Sunshine Pictures

Genre: Thriller / Drama

Release Date: 15 March 2024

Berkisar pergelutan antara Naxalite–Maoist yang berlaku di India pada tahun 1967.

13.Madgaon Express

Director: Kunal Khemu

Writer:  Sudipto Sen

Cast: Divyenndu, Pratik Gandhi, Avinash Tiwary, Nora Fatehi, Upendra Limaye, Chhaya Kadam

Production Company: Excel Entertainment

Genre: Comedy

Release Date: 20 March 2024

Berkisar pergelutan antara Naxalite–Maoist yang berlaku di India pada tahun 1967.

14. The Crew

Director: Rajesh Krishnan

Writer:  Sudipto Sen

Cast: Kareena Kapoor, Tabu, Kriti Sanon, Diljit Dosanjh and Kapil Sharma

Production Companies: Balaji Telefilms, Anil Kapoor Films Communication Network

Genre: Drama

Release Date: 22 March 2024

Mengisahkan tentang 3 watak yang bekerja di aviation industry dan bertemu secara sengaja dan tidak sengaja dalam beberapa insiden yang berlaku. 

15. Ae Watan Mere Watan

Director: Kannan Iyer

Writer: Darab Farooqui, Kannan Iyer

Cast: Sara Ali Khan, Sparsh Srivastava, Anand Tiwari, Benedict Garrett, Alexx O’Nell, Abhay Verma

Production Companies: Dharmatic Entertainment, Amazon Prime Video

Distributor: Amazon Prime Video

Genre: Drama

Release Date: 22 March 2024

Mahasiswi dari universiti di Mumbai menjadi pejuang untuk negara. Filem Ae Watan Mere Watan merupakan tribute kepada para pejuang negara ketika dijajah bersempana Hari Kemerdekaan India ke-74.

16. Do Aur Do Pyaar

Director: Shirsha Guha Thakurta

Writer: Darab Farooqui, Kannan Iyer

Cast: Vidya Balan, Pratik Gandhi, Ileana D'Cruz, Sendhil Ramamurthy

Production Companies: Applause Entertainment, Ellipsis Entertainment Production

Distributor: AA Films

Genre: Romantic / Comedy

Release Date: 29 March 2024

Plot to be announced

17. Munjhya

Director: Aditya Sarpotdar

Cast: Abhay Verma, Sharvari Wagh, Mona Singh

Production Company: Maddock Films

Genre: Drama

Release Date: 29 March 2024

Plot to be announced

18. Bade Miyan Chote Miyan

Directors: Ali Abbas Zafar

Writers: Ali Abbas Zafar

Cast: Akshay Kumar, Tiger Shroff, Prithviraj Sukumaran, Sonakshi Sinha, Manushi Chhillar, Alaya F

Production Companies: Pooja Entertainment, AAZ Films

Distributor:  PVR Inox Pictures

Genre: Thriller / Drama

Release Date: 10 April 2024

Plot to be announced

19. Maidaan

Director: Amit Sharma

Writers: Amit Sharma, Aman Rai, Atul Shahi, Ritesh Shah, Siddhant Mago

Cast: Ajay Devgn, Priyamani, Gajraj Rao

Production Companies: Bayview Projects, Zee Studios

Distributor: Zee Studios

Genre: Sport / Drama

Release Date: 10 April 2024

Berlatarkan tahun 1952 hingga 1962, naskhah sukan drama memaparkan perjalanan karier Syed Abdul Rahim, jurulatih bola sepak yang mengangkat nama India ke mata dunia. 

20. Mr. & Mrs Mahi

Director: Sharan Sharma

Cast: Rajkummar Rao, Janhvi Kapoor

Production Companies: Dharma Productions, Zee Studios

Genre: Biopic

Release Date: 19 April 2024

Memaparkan kisah rumah tangga bekas pemain kriket terkenal India, Kapten Mahendra Singh Dhoni dan isterinya. 

21. Tehran 

Director: Arun Gopalan

Writers: Ritesh Shah, Ashish P. Verma

Cast: John Abraham, Manushi Chhillar, Neeru Bajwa

Production Companies: Maddock Films, Bake My Cake Films

Genre: Action / Thriller

Release Date: 26 April 2024

Berlatarkan konflik geo-politik antara Ukrain dan Rusia. 

22. Auron Mein Kahan Dum Tha!

Director: Neeraj Pandey

Cast: Ajay Devgn, Tabu, Jimmy Sheirgill, Saiee Manjrekar, Shantanu Maheshwari

Production Company: NH Studios

Genre: Romance

Release Date: 26 April 2024

Memaparkan kisah cinta yang menggunakan latar masa selama 20 tahun. 

23. The Sabarmati Report

Director: Ranjan Chandel

Cast: Vikrant Massey, Raashi Khanna, Ridhi Dogra

Production Company: Balaji Motion Pictures

Genre: Thriller / Drama

Release Date: 03 May 2024

Diadaptasikan dari tragedi nahas keretapi yang berlaku di Gujrat pada tahun 2002. 

24. Kalki 2898 AD

Director: Nag Ashwin

Writer: Nag Ashwin

Cast: Prabhas, Amitabh Bachchan, Kamal Haasan, Deepika Padukone, Disha Patani

Production Company: Vyjayanthi Movies

Genre: Sci-fi / Drama

Release Date: 09 May 2024

Trailer:


Berlatarkan dunia distopia yang ditindas dan lahirnya hero untuk menyelamatkan mereka semua. 

25. Sri

Director: Tushar Hiranandani

Cast: Rajkummar Rao, Jyothika, Alaya F, Sharad Kelkar

Production Companies: T-Series Films, Chalk N Cheese Films

Genre: Biopic / Drama

Release Date: 10 May 2024

Filem biopic yang mengisahkan tentang Srikanth Bolla, individu yang cacat penglihatan tapi berjaya menubuhkan Bollant Industries.

26. Chandu Champion

Director: Kabir Khan

Cast: Kartik Aryan

Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Kabir Khan Films

Distributor: AA Films

Genre: Biopic / Drama

Release Date: 14 June 2024

Plot to be announced

27. Emergency

Director: Kangana Ranaut

Writer: Kangana Ranaut, Ritesh Shah

Cast: Kangana Ranaut, Anupam Kher, Shreyas Talpade, Mahima Chaudhry, Milind Soman, Satish Kaushik

Production Companies: Manikarnika Films, EaseMyTrip

Distributor: Zee Studios

Genre: Biopic / Drama

Release Date: 14 June 2024

Berlatarkan peristiwa Emergency Declaration yang berlaku pada tempoh masa 1975 hingga 1977 ketika Perdana Menteri India, Indira Gandhi mengumumkan darurat. 

28. Singham Again

Director:  Rohit Shetty

Writer: Milap Zaveri, Shantanu Srivastava, Rohit Shetty

Cast: Ajay Devgn, Kareena Kapoor Khan, Akshay Kumar, Ranveer Singh, Deepika Padukone, Tiger Shroff, Arjun Kapoor, Jackie Shroff

Production Companies: Reliance Entertainment, Jio Studios, Rohit Shetty Picturez, Ajay Devgn FFilms

Distributor: Reliance Entertainment

Genre: Action

Release Date: 15 August 2024

Sekuel kedua Singham, installment ke-5 untuk Cop Universe arahan Rohit Shetty selepas Singham (2011), Singham Returns (2014), Simmba (2018) dan Sooryavanshi (2021). 

29. Stree 2

Director: Amar Kaushik

Writer: Milap Zaveri, Shantanu Srivastava, Rohit Shetty

Cast: Shraddha Kapoor, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Abhishek Banerjee, Aparshakti Khurana

Production Companies: Maddock Films, Jio Studios

Distributor: PVR Inox Pictures

Genre: Horror / Comedy

Release Date: 30 August 2024

Plot to be announced.

30. Metro... In Dino

Director: Anurag Basu

Cast: Aditya Roy Kapur, Sara Ali Khan, Anupam Kher, Neena Gupta, Pankaj Tripathi, Konkona Sen Sharma, Ali Fazal, Fatima Sana Shaikh

Production Companies: T-Series Films, Anurag Basu Productions

Genre: Slice of Life

Release Date: 13 September 2024

Plot to be announced.

31. Jigra

Director: Vasan Bala

Cast: Alia Bhatt, Vedang Raina

Production Companies: Dharma Productions, Eternal Sunshine Productions

Genre: Action / Thriller

Release Date: 30 August 2024

Mengisahkan tentang rasa sayang dan pengorbanan si kakak terhadap adiknya. 

'Look at me. You wear my rakhi right? You are under my protection. I won't let anything happen to you. Ever!'

32. Sky Force

Director: Sandeep Kelwani, Abhishek Kapur

Cast: Akshay Kumar, Veer Pahariya

Production Companies: Maddock Films, Jio Studios

Genre: Action

Release Date: 02 October 2024

Plot to be announced

33. Deva

Director:  Rosshan Andrrews

Cast: Shahid Kapoor, Pooja Hegde

Production Companies: Zee Studios, Roy Kapur Films

Genre: Action

Release Date: 02 October 2024

Plot to be announced

34. Badass Ravikumar

Director: Himesh Reshammiya

Cast: Himesh Reshammiya, Prabhu Deva

Production Company: Himesh Reshammiya Melodies

Genre: Dance

Release Date: 11 October 2024

Plot to be announced

35. Bhool Bhulaiyaa 3

Director: Anees Bazmee

Cast: Kartik Aaryan

Production Company: T-Series Films, Cine1 Studios

Genre: Comedy

Release Date: 01 November 2024

Plot to be announced

36. Raid 2

Director: Raj Kumar Gupta

Cast: Ajay Devgn, Riteish Deshmukh, Vaani Kapoor

Production Companies: T-Series Films, Panorama Studios

Genre: Thriller / Drama

Release Date: 15 November 2024

Plot to be announced

37. Chhaava

Director: Laxman Utekar

Cast: Vicky Kaushal, Rashmika Mandanna, Anil Kapoor

Production Company: Maddock Films

Genre: Period Drama

Release Date: 06 December 2024

Naskhah yang berlatarkan zaman pemerintahan lampau dengan mengetengahkan watak Chhatrapati Sambhaji Maharaj, anak kepada Chhatrapati Shivaji Maharaj, yang dikenali sebagai Chhaava. 

38. Welcome To The Jungle

Director: Ahmed Khan

Cast: Akshay Kumar, Sanjay Dutt, Suniel Shetty, Raveena Tandon, Lara Dutta, Jacqueline Fernandez, Disha Patani, Vrihi Kodvara, Arshad Warsi, Paresh Rawal, Johnny Lever, Rajpal Yadav, Tusshar Kapoor, Shreyas Talpade, Krushna Abhishek, Kiku Sharda, Daler Mehndi, Mika Singh, Rahul Dev, Mukesh Tiwari, Sharib Hashmi, Inaamulhaq, Zakir Hossain Yashpal Sharma

Production Companies: Jio Studios, Base Industries Group

Genre: Comedy

Release Date: 20 December 2024

Plot to be announced


Lepas tengok senarai ni boleh nampak tahun ni ada banyak filem yang akan bertembung, ada juga yang mempunyai tema yang sama macam Fighter, Operation Valentine dan Sky Force yang berkisarkan IAF. Genre seram dan romantik komedi pula tak banyak sangat. Filem mana yang you guys teruja nak tengok? Share lah dekat ruangan komen. 

COACH EDDY TAWAN PUNCAK KINABALU

Monday, 8 January 2024

Coach Eddy, seorang bakat baru di bawah naungan WebTVAsia, telah mencapai pencapaian penting di usia mudanya dengan berjaya menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara pada 6 Januari 2024. 

Pelakon Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu mula mendaki pada Jumaat (5 Januari) jam 9 pagi dan sampai ke Laban Rata yang merupakan rumah persinggahan bagi para pendaki pada jam 3 petang sebelum menyambung balik pendakian bermula pada jam 2.40 pagi keesokan harinya dan sampai di puncak pada pagi hari yang sama.

Berkongsi mengenai persiapan beliau, sebagai seorang yang memang sudah aktif sejak dari dulu, beliau hanya melakukan persiapan yang ringkas sahaja dan cuma menambahkan aktiviti cardio. Pendakian Gunung Kinabalu adalah bukti keazaman dan ketabahan Coach Eddy atau nama sebenarnya Eddy Syamin yang tidak berbelah bahagi. Walaupun hampir berputus asa, beliau tetap meneruskan perjalanan sampai ke puncak. Pencapaiannya bukan sahaja mempamerkan kehebatan fizikal tetapi juga menyerlahkan kekuatan mental, merangkumi nilai-nilai disiplin dan kecekalan.

Terletak di tengah-tengah Borneo, Gunung Kinabalu terkenal dengan bentuk muka bumi yang mencabar dan pemandangan yang menakjubkan. Ekspedisi Coach Eddy yang berjaya menjadi inspirasi kepada peminat dan individu yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia. Walaupun bangga dengan pencapaiannya, Eddy masih tidak berpuas hati dan berimpian untuk kembali ke puncak Gunung Kinabalu buat kali keduanya.

Tahniah kepada Coach Eddy atas pencapaian yang luar biasa ini. Kami menjangkakan pencapaian yang lebih luar biasa dalam perjalanannya yang akan datang.