Drama Review | Vigilante (2023)

Monday, 11 December 2023


Director: Choi Jeong-yeol 
Writer: Lee Min-seop
Cast: Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, Lee Joon-hyuk, Kim So-jin
Production Companies: Studio N, Beyond Story
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre: Action / Thriller 
Running Episodes: 8 episodes (40-50 minutes per episode)
Release Date: 5 October 2023 – 29 November 2023 
Trailer :


Vigilante mengisahkan tentang Kim Ji-yong (Nam Joo-hyuk), pelajar pelatih di Akademi Polis Seoul menyamar sebagai Vigilante pada waktu malam untuk menghukum penjenayah yang mendapat hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Malah lebih teruk lagi, penjenayah-penjenayah ni tak bertaubat atau rasa menyesal pun terhadap jenayah yang dilakukan. Kecewa dengan sistem perundangan yang rosak kerana rasuah, Vigilante mengambil tindakan yang melanggar undang-undang. 

Perbuatannya dikagumi ramai lantas wartawan bernama Choi Mi-ryeo (Kim So-jin) menggunakan Vigilante untuk menaikkan rating Repo25h, news channel tempat dia bekerja. Tuah menyebelahi Mi-ryeo bila Vigilante menggunakan maklumat tentang penjenayah yang ditayangkan menerusi slot khas. 


Semakin lama semakin ramai yang menyebelahi Vigilante malah ada juga yang berani menghukum penjenayah dan berpakaian seperti Vigilante. Antara copy cat tersebut adalah Jo Gang-ok, naib pengerusi DK Group yang suka dengan lagak Ji-young. Gang-ok beri tawaran untuk mereka berdua bekerja bersama sebagai Vigilante namun Ji-young tak setuju dengan cara ganas dan agresif Gang-ok. Lagi pula, Ji-young nak bergerak sendiri. 

Namun gerak-geri Ji-young telah dihidu oleh Jo Heon (Yoo Ji-tae), ketua unit siasatan yang ditugaskan khas untuk memburu Vigilante. Dalam masa yang sama, Vigilante cuba membongkar aktiviti jenayah yang dilakukan oleh Sewool Future Resources. 


Naskhah Vigilante merupakan adaptasi dari webtoon dengan judul yang sama, karya ilustrasi Kim Kyu-sam yang diterbitkan pada tahun 2018. Idea untuk menghidupkan watak dual identity dah cukup menarik di mana pada waktu siang adalah polis yang patuh pada undang-undang manakala di waktu malam merupakan penghukum penjenayah. Uniform polis dan hoodie hitam yang digunakan oleh orang yang sama pada waktu yang berbeza mewujudkan dua persona dan aura yang berbeza. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk kita berpihak pada Vigilante, ditambah pula dengan back story yang menjadi mangsa selepas ibunya dibunuh. Setiap serangan yang dilakukan oleh Vigilante juga tidak sampai membunuh mangsa, malah diberi peluang untuk serah diri atau bertaubat. Pattern yang digunakan Vigilante juga membezakan dia dengan copy cat yang menyerang secara membuta tuli dan pattern ini juga dicam oleh wartawan Choi Mi-ryeo. 


Karakter wartawan Choi Mi-ryeo ni dari awal hingga ke hujung menjengkelkan, walaupun pengarah bagi justification kenapa dia bertindak macam tu pun tetap tak boleh terima. Ada lah beberapa tindak-tanduk dia yang menjadi persoalan. Mungkin nak highlight strong traits tapi annoying. Sama juga dengan watak Gang-ok but as time goes by, I find him cute. 

Lakonan Nam Jo-hyuk sebagai Vigilante ada masanya terlihat seperti psycho killer and at times, I takut juga watak dia akan berubah ke arah tu. Dalam kebanyakan babak, Nam Jo-hyuk menggunakan gaya badan dan ekspresi wajah untuk berbicara tentang apa yang dia rasa terhadap sesuatu. Karakter Ji-young lebih kepada introvert, nak dibandingkan dengan kawan sekelas dia, Min Seon-wook (Lee Seung-woo) yang lebih ceria dan aktif. 


Action scenes yang dipaparkan dalam Vigilante nampak kemas dan meyakinkan bila Nam Jo-hyuk berlatih dalam sukan tinju, judo dan pelbagai seni pertahankan diri untuk watak Vigilante. Kalau sebelum ni nampak dia sebagai hero romantik, kali ni avatar dia bertukar kepada action hero. Enjoy tengok pertemuan Ji-young dengan Jo Heon sebab kedua-duanya mempunyai prinsip dan ideologi berbeza. 


‘Your confidence that you can’t be wrong. People like you will become monster eventually. Ji-young, was it painful….or...was it fun?’ - Jo Heon


Pace penceritaan bergerak sederhana sedangkan Vigilante cuma mempunyai 8 episod pada musim pertama jadi ada beberapa scenes yang nampak rushing terutamanya di penghujung drama. Alur penceritaan pada awalnya nampak menarik tapi longgar di pertengahan kemudian rushing di hujungnya. Kalau ada musim kedua, mungkin penulis boleh pick-up balik dekat plot yang tak sempat dikembangkan. All in all, it’s a good watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

Movie Review | Sumpahan Jerunei (2023)


Pengarah:  Jason Chong
Penulis Skrip: Jason Chong, Sky Khor, Sofia J. Rhyland, Wendy Wong
Pelakon: Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff
Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah 
Syarikat Produksi: Produksi Seni 2020
Pengedar: GSC Movies, Primeworks Studios, Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023
Trailer:


Filem Sumpahan Jerunei diilhamkan oleh upacara pengorbanan sebenar yang bermula sejak abad ke-13 dalam masyarakat kaum Melanau di Sarawak. Kisah bermula dengan ekspedisi yang disertai oleh Dr. Suraya (Sabrina Hassan) untuk menggali lebih banyak tentang Jerunei dihentikan serta-merta. Dr. Suraya merupakan isteri kepada Dr. Sani (Bront Palarae), pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching dan juga penulis buku. 

Kehilangan Dr. Suraya dan rakan-rakannya membuatkan Dr. Sani turut serta penyelidikan Bee (Uqasha Senrose) dan Hana (Daiyan Trisha) di Mukah. Penyelidikan tersebut disertai juga oleh Arjuna (Syafie Naswip) dan Youtuber Tommy (Amerul Affendi). Sebelum masuk ke dalam hutan, mereka berlima berkumpul dahulu di rumah Madui (Tony Eusoff). Semasa di sana, Madui beritahu supaya elakkaan dari berjumpa Nula (Ruminah Sidek) kerana wanita tua tersebut merupakan anak dukun yang jahat. Bee pula diganggu oleh roh remaja perempuan bernama Matalau (Yuyun Hikmah). 


Mereka berlima dihantar ke rumah panjang usang yang terletak berdekatan dengan Jerunei. Tak lama pun di sana, mereka sudah diganggu dengan pelbagai jenis gangguan. Paling teruk sekali Bee dan Hana yang terjaga di dalam hutan. Kerana takut dengan gangguan tersebut, Hana ambil keputusan untuk pulang tapi dia tak berjaya keluar dari kawasan tersebut. 

Bee sudah berpesan supaya tidak menyentuh tiang Jerunei namun Arjuna mengendahkan nasihat tersebut. Kerana dia, habis semua orang dalam ekspedisi tersebut menjadi mangsa dan terima nasib yang sama dengan ekspedisi Dr. Suraya. 


Produser filem Sumpahan Jerunei, Datin Dr Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo mengambil langkah untuk menceritakan tentang adat dan budaya masyarakat Melanau untuk menceritakan sejarah Bumi Kenyalang yang kian lapuk dilupakan masyarakat generasi kini. 

Jerunei merupakan tempat bersemadi golongan raja, bangsawan, pemimpin tinggi juga saudagar-saudagar yang bersifat dermawan pada masa dulu. Jerunei diperbuat daripada kayu belian bersaiz besar supaya tahan lebih lama dengan suhu iklim Malaysia. Bahagian tiangnya setinggi 12 meter hingga 15 meter, terdapat dua atau tiga lubang untuk menempatkan mayat dan barang bernilai milik si mati. Bahagian luar tiang Jerunei dihiasi dengan ukiran bermotifkan binatang harimau, naga, ular  dan sebagainya sebagai simbol status si pemilik. 


Kejamnya pembinaan Jerunei ni bila lubang sedalam 2 meter akan digali dan seorang hamba akan dihumban ke dalam lubang tersebut lantas ditanam hidup-hidup sebelum tiang Jerunei dipacakkan. Gadis yatim piatu dari golongan hamba juga akan diikat dan digantung di tengah Jerunei, dibiarkan mati kebuluran. Jadi tak hairan lah kenapa roh yang menghuni Jerunei mempunyai dendam yang dashat. 

Filem Sumpahan Jerunei meraih 5 anugerah di Florence Film Awards iaitu Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Muzik Skor Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo). Tak dinafikan filem Sumpahan Jerunei mempunyai input yang unik dan tak pernah diceritakan sebelum ini walaupun jalan cerita menggunakan template klise dan boleh dijangka. 


Sinematografi Sumpahan Jerunei juga menggunakan khidmat CGI dan menjadi salah satu punca filem ini dikritik hebat tapi kalau diikutkan tak lah mengganggu penceritaan sangat. Suasana filem Sumpahan Jerunei juga menyeramkan terutamanya di kawasan rumah panjang kerana keadaannya yang usang dan terletak di dalam hutan. 

Nak kata visual adalah faktor kelemahan Sumpahan Jerunei tu tak juga sebab beberapa plot tak dikembangkan dengan baik. Kenapa Bee dan Hana mengajak Youtuber untuk turut serta pun tak pasti. Lakonan Amerul Affendi sebagai Youtuber Tommy pun menyakitkan hati juga, tak perlu ada pun tak apa sebab screentime tu boleh bagi dekat Dr. Sani. Watak Hana juga patutnya perlu diberikan kepada pelakon yang lebih berbakat. 


Walaupun filem Sumpahan Jerunei ada kelemahan tapi not bad lah untuk ditonton secara santai. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.5/10

Movie Review | The Archies (2023)


Director: Zoya Akhtar
Writer: Ayesha Devitre Dhillon, Reema Kagti, Zoya Akhtar, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast: Agastya Nanda, Khushi Kapoor, Suhana Khan, Vedang Raina, Mihir Ahuja, Aditi "Dot" Saigal
Yuvraj Menda
Production Companies: Archie Comic Publications Graphic India, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Teen / Comedy
Running Time: 144 minutes
Release Dates: 22 November 2023 (Goa), 7 December 2023
Trailer:


Filem terbaru arahan Zoya Akhtar yang ditayangkan di 54th International Film Festival of India berlatarkan komuniti Anglo-Indians pada tahun 1960-an. Filem yang diadaptasikan dari francais buku komik dengan judul yang sama membuka kisah tentang Archi dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Green Park di Riverdale. 

Budaya komuniti Anglo-Indian adalah dengan menanam sebatang pokok ketika si anak berusia 5 tahun. Setiap pokok akan diletakkan tanda nama, bukti individu tersebut lahir di Riverdale dan menetap di situ. Green Park terletak di tengah-tengah bandar Riverdale dan menjadi saksi untuk pelbagai jenis aktiviti yang diadakan oleh komuniti Anglo-Indians dari generasi ke generasi. 


Kerana tamak, Hiram Lodge (Alyy Khan) ingin membina sebuah hotel di Green Park setelah membuka beberapa kedai baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan bersama gaji yang lebih tinggi. Sekaligus aktiviti bisnes tersebut bukan sahaja melumpuhkan bisnes sedia ada malah merosakkan hubungan dengan penduduk di situ. 

Veronica Lodge (Suhana Khan) paling teruk terima tempiasnya bila rakan baiknya, Betty (Khushi Kapoor), Reggie Mantle (Vedang Raina) dan yang lain menjauhkan diri. Awalnya Archie (Agastya Nanda) cuba untuk tidak masuk campur kerana dia akan menyambung pelajaran ke UK tapi lama-kelamaan, dia sedar yang Riverdale dan Green Park adalah sebahagian dari hidupnya. 


Filem The Archies merupakan launch pad untuk Agastya Nanda (cucu Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan, anak kepada Shweta Bachchan Nanda, anak buah Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan), Suhana Khan (anak perempuan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan) dan Khushi Kapoor (anak bongsu mendiang SriDevi dan Boney Kapoor, adik perempuan Jhanvi Kapoor, adik tiri Arjun Kapoor, sepupu Sonam Kapoor, anak buah Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor) untuk debut di Bollywood. 

Of course, sejak filem The Archies mula diumumkan pembikinannya, dah ramai mula bercakap tentang nepo babies yang akan menjadi trio utama. Kata Zoya Akhtar, kesemua pelakon menjalani sesi ujibakat tapi kalau dilihat kemampuan masing-masing deliver watak yang diberikan, I really have a doubt about this. 


Agastya Nanda dipilih sebagai watak utama, Archibald "Archie" Andrews yang pandai menyanyi dan menari. Watak Archie bukan saja tak endahkan politik malah tak mampu memilih untuk bercinta dengan Veronica atau Betty. Juggerhead (Mihir Ahuja) pujuk supaya jangan bermain dengan api tapi semua orang pun tahu Archie adalah kasanova. Setiap hari akan bertukar teman wanita tapi tetap saja Veronica dan Betty menaruh harapan pada Archie. 

Personally, I lebih suka dengan watak Reginald Mantle sebab perkembangan untuk watak dia lebih solid, bagus dan kuat untuk naskhah remaja ni. Kalau nak dismiss Reggie sebab dia playboy, Archie pun apa kurangnya. Dari awal lagi pengarah dah tunjuk Reggie ada tanggungjawab untuk teruskan legasi journalism yang dibina oleh datuknya. Bukan saja ada bakat dalam menulis, Reggie juga ambil tahu dengan politik dan isu semasa. Dia berani suarakan pendapat dan prinsip, berani juga untuk bersemuka dengan Ricky Mantle (Luke Kenny) bincangkan tentang kolum akhbar. Babak deep talk Reggie dan Dilton Doiley (Yuvraj Menda) pun dah boleh nampak yang dia tahu where to draw the line tapi dalam masa yang sama masih protect Dilton walaupun dunia mereka berdua berbeza. 


Nak dibandingkan dari segi lakonan pula, Vedang Raina lebih menyerlah bakatnya walaupun terhalang oleh screentime yang terhad. Jauh berbeza dengan Agastya yang tak mampu deliver dialog dengan bagus, kurang pandai menari ataupun ada chemistry dengan Suhana atau Khushi. I lebih suka kalau penulis buat watak Reggie bercinta dengan Betty sebab chemistry Vedang dan Khushi nampak cantik onscreen. Even kalau ikutkan pada karakter watak masing-masing, they fit together. Dua-dua ada minat dan sensitiviti yang sama. Sama cantik, sama padan pula tu. 

Sembang pasal Suhana Khan, watak dia mudah sangat untuk deliver sebab sama dengan dunia dia. Spoiled rich brat dan habiskan masa dengan shopping dan parti tapi sayangnya Suhana tak mampu deliver dengan baik. Mungkin genetik SRK tak pandai menari sebab Suhana pun struggle untuk follow koreografi untuk kesemua lagu. Screen presence dia agak dull berbanding Khushi. 


Watak Betty Cooper memang sesuai sangat untuk Khushi yang ayu, baik hati dan sopan. Raut wajah dia yang feminine banyak membantu screenplay untuk babak melodrama bila patah hati gara-gara Archie. Bersedih bila ayah dia hilang kerja atau fikirkan tentang Green Park. Cara dia bercakap lebih kurang sama dengan Janhvi Kapoor tapi kalau tengok family diorang semua pun ada lenggok yang sama. Enjoy her grace in dancing and lip sync. Pendek kata, kalau Khushi polish lagi lakonan dia, masa depan dia cerah. 

Naskhah The Archies mungkin tak akan jadi kesukaan ramai sebab Zoya Akhtar guna genre musical jadi kebanyakan babak ada nyanyian dan tarian yang terikat dengan era tersebut. For me, I do enjoy every songs sebab filem Hindustan memang banyak nyanyi pun. Nak pula filem The Archies berlatarkan suasana masyarakat Anglo-Indians yang berat kepada English. My favorites are Sunoh and Va Va Voom! 



Sinematografi dari Nikos Andritsakis menghidupkan bandar Ooty sebagai Riverdale. Art, wardrobe and costumes department really did their best in research and execution. Bukan saja pada hairstyle, pakaian, lifestyle, makanan malah seni bina dan interior juga mengikut budaya komuniti tersebut. 

Jalan cerita The Archies mungkin boleh jadi lebih menarik kalau penulis tambah plot atau babak yang lebih dramatik. Tapi boleh jadi sebab pelakon utama tak mampu nak carry babak macam tu, even masa Veronica jumpa ayah dia pun, ketegangan tu tak kuat sangat macam naskhah Dil Dhadakne Do (2015) bila Karan mengamuk depan parents. Watak Hiram Lodge ada resemblance dengan Kamal Mehra yang dilakonkan oleh Anil Kapoor. Terkejut juga bila tengok Alyy Khan lebih kurang sama dengan Bobby Deol, bezanya dia kurus sementara Bobby lebih sasa. 


Walaupun ada kelemahan pada filem The Archies tapi sebagai launch pad untuk nepo kids debut, I do enjoy watching this movie. Ada banyak juga life lessons yang diselitkan untuk remaja. On personal note, I happy filem The Archies tak ada cursing words atau reference yang tak elok. I miss this kind of movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Pengarah: Guntur Soeharjanto 
Penulis Skrip:  Tumpal Tampubolon, Ferry Lesmana, Sunil Soraya
Pelakon: Luna Maya, Achmad Megantara, Tio Pakusadewo, Taskya Namya, Sally Marcellina
Syarikat Produksi:  PT Soraya Intercine Film
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 132 minit
Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2023  
Trailer:


Suzzanna: Malam Jumat Kliwon adalah installment kedua kepada trilogi filem seram Suzzanna di bawah terbitan PT Soraya Intercine Film. Filem sekuel tak ada kaitan langsung dengan yang pertama melainkan watak utama bernama Suzzanna (Luna Maya). 

Berlatarkan era 1880-an, Suzzanna dipaksa berkahwin dengan tuan tanah, Raden Aryo (Tio Pakusadewo) kerana ayahnya berhutang wang dan mencagarkan rumah keluarga mereka gara-gara kalah berjudi. Suzzanna dengan tegas menolak lamaran tersebut kerana dia merupakan tunang Surya (Achmad Megantara) dan bakal berkahwin tak lama lagi. 


Namun lamaran tersebut bukanlah pilihan tambah pula Raden Aryo memerlukan waris kerana isteri pertamanya, Minati (Sally Marcellina) mandul. Kerana cemburu terhadap Suzzanna dan terasa diabaikan, Minati berjumpa dengan Ki Jaya (Baron Hermanto) untuk hantar santau kepada madunya. Kerana santau tersebut, Suzzanna meninggal ketika bersalin bila kandungannya bergerak ke bahagian belakang badan kemudian perutnya pecah. 

Surya yang kecewa ditinggalkan Suzzanna bertindak mengorek kubur tunangnya kemudian tanpa sengaja bertemu dengan Samil, si iblis. Samil memberi tawaran untuk Suzzanna hidup kembali, dengan syarat bayi milik Suzzanna perlu dikorbankan. Surya setuju asalkan dia dapat hidup bersama Suzzanna selama-lamanya. Kembalinya Suzzanna menggemparkan penduduk kampung kerana luka di belakang badannya tidak sembuh lantas dipanggil sundel bolong. 


Filem Suzzanna: Malam Jumat Kliwon adalah tribute kepada Ratu Seram, Suzzanna menerusi lakonan Luna Maya yang mempunyai wajah seakan sama dengan pelakon asal. Tak pasti lah Luna Maya guna prostetik ataupun dia cucuk botox banyak sangat sampai muka jadi kelakar. Sepanjang masa tengok filem ni asyik terganggu dengan muka kaku Luna Maya. Tak banyak ekspresi yang mampu dipaparkan juga. 

Bukan saja Luna Maya, barisan pelakon sampingan juga tidak membantu untuk bina penceritaan yang bersifat penganiayaan dan balas dendam. Jadi persoalan kenapa Minati beria nak bunuh Suzzanna ketika mengandung. Patutnya dia tak perlu cari pasal sebab macam mustahil dia tak tahu perempuan yang meninggal ketika bersalin akan jadi Pontianak. Perasaan cemburu pun tak lah kuat sangat, mungkin sebab skrip terlampau longgar.


Sepatutnya filem ni boleh jadi filem seram drama yang bagus kerana mempunyai banyak points untuk hadirkan elemen sedih terutamanya bila Suzzanna mencari anak dia tapi tak ada langsung momen yang meninggalkan impak. Elemen komedi juga dimasukkan supaya penceritaan lebih menarik namun tersia kerana watak dua orang pengawal tersangatlah menjengkelkan. Berbeza dengan filem sebelumnya, Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur (2018)

Pengarah Guntur Soeharjanto masukkan beberapa adegan ikonik dari filem asal di mana Suzzanna makan bakso, mengganggu Minati di kamar dan lain-lain. Selain dari tribute scenes tersebut, babak-babak di mana perempuan dijadikan barang jualan seperti Suzzanna yang terpaksa bayar hutang dengan berkahwin dan babak Minati perlu tidur dengan bomoh untuk bayar pengeras kepada santau paling berbahaya. Babak-babak macam ni agak disturbing untuk kaum wanita. 


Sinematografi juga membantu mengukuhkan screenplay yang berlatarkan masyarakat Indonesia pada zaman tersebut. Keindahan budaya perkahwinan masyarakat Jawa dan pesta liburan yang diadakan. Penggunaan CGI dimasukkan dengan bagus supaya babak Suzzanna bersalin tampak mengerikan. Tak terbayang macam mana rasanya bila perut jadi busung kemudiannya pecah. 

Mungkin PT Soraya Intercine Film perlu bawa kembali pengarah asal iaitu Rocky Soraya untuk last installment, Suzzanna: Santet Ilmu Pelebur Nyawa. Pemilihan pelakon yang lebih berbakat dengan skrip yang lebih menyeramkan. Sayang lah filem francais seram yang pernah digeruni suatu ketika dulu menjadi naskhah lemah dan dilupakan sedangkan objektif asal adalah untuk menjadi tribute kepada filem asal. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Movie Review | Love Again (2023)


Director: James C. Strouse
Writer: James C. Strouse
Cast: Priyanka Chopra Jonas, Sam Heughan, Celine Dion, Nick Jonas
Production Companies: Screen Gems, 2.0 Entertainment, Thunder Road Films
Distributor: Sony Pictures Releasing, Netflix
Genre: Romantic / Comedy / Drama
Running Time: 104 minutes
Release Date: 5 May 2023
Trailer :


2 tahun selepas kematian tunangnya, Mira Ray (Priyanka Chopra Jonas) cuba luahkan perasaan melalui mesej teks yang dihantar ke nombor telefon milik John (Arinze Kene). Biarpun tak berbalas, sekurang-kurangnya apa yang dia rasa ada tempat untuk diluahkan. Tanpa disangka nombor John sudah mempunyai pemilik baru iaitu Rob Burns (Sam Heughan), jurnalis yang ditugaskan untuk menulis tentang Celine Dion. 

Nombor tersebut merupakan nombor syarikat akhbar tempat Rob bekerja dan kesemua teks yang diterima atau dikirim akan dipantau oleh pihak atasan. Sudah tentu Rob tak membalas langsung teks kepunyaan Mira walaupun Rob beberapa kali cuba untuk block atau confront pemilik teks tersebut. 

Semasa bertemu Celine Dion, Rob cuba minta pandangan atau nasihat penyanyi tersebut kerana siapa yang lebih tahu tentang cinta, kalau bukan Celine Dion kan? Rob mempunyai pandangan negatif terhadap cinta setelah ditinggalkan oleh tunangnya, seminggu sebelum tarikh perkahwinan mereka. Jadi untuk dia percaya dengan cinta agak sukar, berbeza pula dengan Celine dan Mira yang pernah dicintai oleh manusia yang baik tapi hilang di tangan takdir.

Celine minta Rob untuk berdepan dengan pengirim teks tersebut. Lisa (Lydia West) dan Billy (Russel Tovey), rakan sekerja Rob juga mempunyai pandangan yang sama. Rob mencuba nasib untuk bertemu Mira di The Met dan mereka jatuh suka pada pertemuan pertama. Dari situ Mira dan Rob semakin rapat dan mesra tapi macam mana Rob nak bagitahu tentang pertemuan mereka bukanlah kebetulan semata?
 
Naskhah romantik komedi hasil sutradara dan penulisan James C. Strouse mempunyai template kisah cinta yang ringkas namun terletak cantik sesuai dengan konsep yang dibawakan. Mungkin juga kerana penggunaan lagu Celine Dion yang berpaksikan rasa cinta menguatkan lagi kepercayaan pada cinta. Rasa invested bila Celine Dion bercerita tentang mendiang suami dia, Rene yang banyak mainkan peranan dalam rumah tangga. 

‘You gave me wings and made me fly, You touched my hand, I could touch the sky.’

Chemistry antara Priyanka Chopra dan Sam Heughan antara kekuatan filem Love Again, macam mana dari pertemuan pertama boleh wujudkan beberapa pertemuan yang lainnya. Sayangnya, kedua-dua watak tersekat dalam penulisan yang tak dikembangkan dengan baik. Kenapa Rob susah untuk berterus-terang dengan Mira sedangkan dia ada banyak masa untuk explain, kenapa Mira lari tinggalkan Rob lepas bangun tidur pun tak diceritakan. 

I do have somewhat expectation lah untuk filem Love Again sebab main lead dia Priyanka Chopra yang pernah berlakon dalam filem Bollywood untuk genre rom-com. So I expect filem ni akan jadi sama level dengan filem Bollywood tapi sangkaan meleset. Bukan saja tak didedahkan dengan kisah cinta John-Mira malah kisah cinta mereka pun nampak goyah. It just there for the story. Baik suruh Nick Jonas je berlakon sebagai John, at least we have connection with the character. 

Watak Rob Burns tak meyakinkan pun sebagai jurnalis musik. Lainlah kalau ketua editor dia minta dia cover untuk music column sebab person in charge ada emergency. Kelakar lah tengok penulisan dia untuk Celine Dion sebab macam karangan budak sekolah. Tak sangka penulis paksa beberapa watak untuk tersentuh dengan karangan tu. I expect temu ramah Rob dengan Celine bercerita pasal tour dan album baru sekaligus bagi keyakinan pada Rob untuk pursue relationship dia dengan stranger. 

All in all, Love Again patut keluar pada Valentine’s Day ataupun Christmas supaya warm vibe atau latar perayaan tu membantu bina mood dan suasana yang lebih hangat dan dreamy untuk Rob-Mira. On a side note, I love Celine Dion. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6.7/10

Movie Review | Concrete Utopia (2023)


Director: Um Tae-hwa
Writers: Um Tae-hwa, Lee Shin-ji
Cast: Lee Byung-hun, Park Seo-joon, Park Bo-young, Kim Sun-young, Park Ji-hu, Kim Do-yoon, Uhm Tae-goo
Production Companies: Climax Studio, BH Entertainment
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Drama / Thriller
Running Time: 130 minutes
Release Date: 09 August 2023 
Trailer :


Bandar Seoul dilanda gempa bumi yang besar di mana semua kompleks apartment hancur kecuali satu apartment, Hwanggoong Apartment. Kerana keberanian menyelamatkan salah seorang penduduk di situ, Young-Tak (Lee Byung-Hun) dilantik sebagai ketua buat sementara waktu. Min-Sung (Park Seo-Joon) juga dipilih untuk menyertai kumpulan pemburu sementara isterinya, Myeong-hwa (Park Bo-young) yang bekerja sebagai jururawat berjaga di apartment untuk merawat penduduk yang sakit. 

Filem Concrete Utopia arahan Um Tae-hwa merupakan adaptasi dari webcomic berjudul "Pleasant Outcast" (2015) karya ilustrasi Kim Soong-Nyoong. Idea naskhah ini adalah sesuatu yang segar dan kreatif dalam memaparkan survival skills manusia pasca bencana alam. Macam mana sekumpulan manusia akan menjadi defensive dan pentingkan diri apabila sumber asas menjadi terhad. 


Pada separuh masa pertama, kita dibawa masuk ke alam penduduk Hwanggoong Apartment yang menjaga tempat tinggal mereka dari diceroboh orang luar. Bagaimana sesetengah menyuarakan supaya berkeras untuk halang penduduk luar berkongsi tempat tinggal kerana layanan yang diterima sebelum ini. Bagaimana Young-Tak menubuhkan jawatankuasa dari kemahiran dan pengalaman para penduduk di situ. 

Sinematografi yang berlatarkan pasca bencana menghidupkan lagi dunia tersebut dalam atmosfera yang kabur, hancur dan menakutkan. Kebanyakan masanya Concrete Utopia bergerak dalam suasana yang malap dan gelap, jelas menceritakan keadaan penduduk di situ dan perasaan setiap keluarga terutamanya yang lemah dan sakit. Penggunaan CGI tampak cemerlang sebab tak ada babak yang tampak canggung kerana kelemahan CGI. 


Masuk separuh masa kedua, jalan cerita mula tegang dengan konflik dan serangan dari pihak luar yang semakin terdesak mencari tempat tinggal ekoran cuaca yang semakin berubah. Semakin lama filem bergerak, semakin plot hilang arah menerusi watak Myeong-hwa. Watak dia mewakili manusia yang punya rasa empati dan sifat kemanusiaan yang tinggi tapi untuk apa? 

Macam mana empati dan sifat kemanusiaan yang dimiliki oleh Myeong-hwa dapat bantu penduduk di situ untuk terus hidup? Sementara Myeong-hwa sarat dengan dua sifat ni, suami dia bertarung nyawa di luar mencari sumber makanan untuk terus hidup. Ada beberapa part, kita akan persoalkan keputusan Young-tak dengan Min-seong but that’s life? Ada yang menang, ada yang kalah. Rich coming from me, who lives in comfort but judging from this movie, you can clearly see, which can provide or protect and which are not. 


Dan itu sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam naskhah disaster thriller, dua pihak yang sama pentingnya untuk kekal selamat namun disebabkan watak Myeong-hwa, sifat empati tampak dangkal dan lemah dalam fasa tersebut. Bukan saja tampak dangkal malah hipokrit kerana bersenang-lenang atas usaha suaminya yang berada dalam pihak berlawanan. 

Lakonan Lee Byung-hun mendominasi naskhah Concrete Utopia sebagai ketua persatuan, dibantu pula oleh Gum-ae (Kim Sun-young) yang lantang bersuara dan mengawal pergerakan penduduk di situ. Boleh kata kedua-dua watak ini terlihat jahat tapi kebanyakan masanya, mereka berdua yang banyak mainkan peranan. Manakala Park Seo-joon ada masanya tenggelam di sebalik dua pelakon veteran tersebut sedangkan memegang watak yang sama kuat sepatutnya. 


Filem Concrete Utopia mempunyai mesej yang penting cuma terlihat lemah pada skrip terutamanya pada second half sebab masalah yang sama berulang sehingga ke hujung. Korea Selatan antara negara maju dalam dunia jadi macam mustahil juga lah, Kerajaan ambil masa yang lama untuk kumpulkan penduduk yang masih selamat. 

Tambahan pula bila Hwanggoong Apartment masih teguh berdiri di tengah bandaraya Seoul. Dekat second half pun boleh nampak ramai lagi mampu hidup tanpa perlu menceroboh ke apartment tersebut jadi kenapa penulis nak kekalkan konflik yang sama hingga ke hujung? Nak kata untuk elemen dramatik pun tak juga sebab elemen ni paling lemah sekali sepanjang 130 minit. A good one-time watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

Movie Review | Thank You For Coming (2023)


Director: Karan Boolani
Writers:  Radhika Anand, Prashasti Singh
Cast: Bhumi Pednekar, Shehnaaz Gill, Dolly Singh, Kusha Kapila, Shibani Bedi, Anil Kapoor, Karan Kundra
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Anil Kapoor Films & Communication Network 
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Netflix 
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 117 minutes
Release Dates: 15 September 2023 (TIFF), 6 October 2023
Trailer :


Filem yang mendapat tayangan perdana di Toronto International Film Festival (TIFF) 2023 mengisahkan tentang Kanika Kapoor (Bhumi Pednekar) mencari pasangan yang mampu bagi kepuasan seksual. Sejak zaman sekolah lagi Kanika tak pernah puas dengan performance partner sampai dia rasa dia lah yang bermasalah dan menggangap diri dia sebagai ‘defective piece’.

Kerana hal tersebut juga, dia masih belum berkahwin pada usia 32 tahun sedangkan dua orang kawan baiknya, Pallavi Khanna (Dolly Singh) dan Tina Das (Shibani Bedi) sudah pun mendirikan rumahtangga. Setiap kali terserempak dengan Neha (Kusha Kapila), Kanika akan stress dengan sindiran dari wanita tersebut. 


Semasa parti hari jadi yang ke-32, Kanika sekali lagi kecewa kerana Arjun Malhotra (Karan Kundra) bawa teman wanita bersama. Kanika dah pasang impian Arjun akan jadi life partner walaupun jarak usia yang lebih muda. Kecewa dan penat mencari pasangan hidup seperti yang didambakan, Kanika setuju untuk berkahwin dengan Jeevan Anand (Pradhuman Singh). Di parti pertunangan mereka, sesuatu telah terjadi hingga Kanika mula mencari sosok gerangan yang berjaya puaskan dia. 

‘It’s just marriage. Don’t overthink. Just do it. Watch TV together every day. Dinner dates on the weekends. Hopefully, you have sex every 10-15 days. And then every two or three months, off to a hill station. There’s your happiness!’ - Karan


Naskhah komedi dari Radhika Anand dan Prashasti Singh bukan saja berkisar tentang sexual pleasure dalam kalangan wanita malah memberi perspektif tentang masalah-masalah lain yang berlaku dalam kehidupan wanita. Macam Tina Das yang membesarkan anak perempuannya selepas bercerai dengan suami yang curang. Dr. Kapoor (Natasha Rastogi) yang terpaksa hidup berdikari setelah mengandungkan anak luar nikah dan beberapa watak lagi yang terlibat dalam hidup Kanika. 

It just that, penulis tak kembangkan sangat isu-isu ini secara mendalam kerana filem Thank You For Coming dibikin dalam template komedi. Sebelum ni juga produser Rhea Kapoor menggunakan template filem yang sama dengan topik dan isu wanita menerusi filem Veere Di Wedding (2018). Kedua-dua filem membicarakan masalah wanita yang sama beratnya namun kurang menarik sebagai filem edutainment. 


Kalau nak dibandingkan antara Thank You For Coming dengan Veere Di Wedding, I’m very much like the latter sebab ada barisan pelakon yang bagus, permasalahan yang lebih menarik untuk dikupas dan juga soundtrack album yang lebih seronok. Veere Di Wdding juga mempunyai visual treats melalui wardrobe setiap karakter utama. Thank You For Coming pula mempunyai cuma satu lagu menarik itupun remake Paari Hoon Mein dari filem Duaan (1991). 



Filem Thank You For Coming merupakan filem ke10 yang mempunyai subjek feminisme dalam karier lakonan Bhumi jadi bukan sesuatu yang baru untuk dia lakonkan watak Kanika Kapoor dengan meyakinkan. Malangnya lakonan Bhumi juga terperangkap dalam skrip yang lemah. Daripada pengarah masukkan pertemuan Kanika bersama Rushi Kalra (Shehnaaz Gill), lebih baik kembangkan lagi babak Kanika dengan ibu dia. Ataupun bagi sedikit insight macam mana Dr. Kapoor selesaikan masalah sakit puan pesakit dia. 

Lakonan Shehnaaz Gill not bad lah sebagai gadis muda yang utamakan self-love tapi kalau tak ada pun tak apa. Sama juga dengan watak Neha yang sentiasa sakit hati dengan Kanika. Kedua-dua watak sampingan ni tak ada depth langsung ataupun bagi impak pada jalan cerita. Sayang lah penulis habiskan masa dengan watak sampingan ni sedangkan ada potensi pada watak atau plot yang lain. 


Of course, naskhah Thank You For Coming ada misteri dan plot twistnya yang tersendiri pada second half. I suka tengok conversation Kanika dengan Rahul (Sushant Divgikar) tentang self-doubt sampai tak mampu nak hidup dengan bahagia. Selalu takut untuk keluar sebab jusgement orang lain walhal semua tu tak penting pun. 

Anyway, Thank You For Coming bukan naskhah yang cemerlang dalam template komedi tapi ada pengajaran dan mesej sosial tersendiri.   

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Drama Review | See You in My 19th Life (2023)

Saturday, 9 December 2023


Director: Lee Na-jung
Writer: Choi Young-lim
Cast: Shin Hye-sun, Ahn Bo-hyun, Ha Yoon-kyung, Ahn Dong-goo
Production Companies: Studio N, Studio Finecut
Distributors: tvN, Netflix, TVING
Genre: Fantasy / Romance / Drama / Mystery
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 17 June 2023 – 23 July 2023 
Trailer :


Drama cinta yang diadaptasikan dari webtoon (2020) dengan judul yang sama, See You in My 19th Life, karya ilustrasi Lee Hey membawakan tema reincarnation di mana Ban Ji-eum (Shin Hye-sun) ingin bertemu dengan Moon Seo-ha (Jung Hyeon-jun) di kelahiran ke-19 nya. 

Ban Ji-eum telah melalui pelbagai era menerusi beberapa kelahiran dan mempunyai ingatan di beberapa kelahiran yang terdekat. Hanya di kelahiran ke-19, dia mula punya semangat untuk hidup kerana ingin bertemu dengan Seo-ha, kanak-kanak lelaki yang dia kenal di kelahiran ke-18. Perkenalan mereka agak singkat kerana Ji-eum dan Seo-ha terlibat dalam nahas jalan raya. 


Sebaik saja menginjak usia 9 tahun, Ji-eum (Park So-yi) mencari semula anak saudaranya bernama Ae-gyung (Cha Chung-hwa) di kelahiran ke-17. Ji-eum minta untuk tinggal bersama kerana keluarga di kelahiran ke-19 hanya ambil kesempatan dan mengabaikan dia. Ambil masa yang lama untuk Ji-eum bertemu dengan Seo-ha (Ahn Bo-hyun) kerana jejaka tersebut sambung belajar di luar negara. 

Sebaik saja Seo-ha buka pengambilan pekerja di hotelnya, Ji-eum tak lepaskan peluang walaupun kelayakannya tak sesuai langsung dengan jawatan yang ditawarkan. Ji-eum nak sangat bagitahu Seo-ha bahawa dia adalah Yoon Joo-won (Kim Si-a) di kelahiran ke-18 tapi tak mungkin Seo-ha akan percayakan dia. Sejak kemalangan tersebut, Seo-ha pekak sebelah dan menghidap PTSD. Urusan seharian Seo-ha banyak dibantu oleh teman baiknya merangkap setiausaha, Ha Do-yoon (Ahn Dong-goo). 

Drama fantasi cinta yang dikembangkan oleh Studio Dragon mengetengahkan tema yang segar, kreatif dan menarik di mana manusia dapat ingat setiap kelahiran yang dilalui. Kelebihan yang ada keburukan dan kebaikannya. Dah tentu, bukan dari segi negatif sebab hanya manusia yang berkelakuan baik akan dapat peluang untuk lahir semula. Sebelum ni cuma tahu tentang fakta ni tapi dalam drama See You in My 19th Life, penulis, Choi Young-lim bagitahu yang watak Ban Ji-eum dapat lahir semula dengan cepat sebab di kelahiran sebelumnya, dia dibunuh. 


Masa layan drama ni macam geram juga penulis tak pertemukan Ji-eum dengan ibu dia di kelahiran ke-18 tapi bila tahu keburukan ada ingatan dari kehidupan lampau terus rasa lega. Selamat juga mata sebab tak payah menangis macam masa tengok part Ji-eum reunite balik dengan Cho-won (Ha Yoon-kyung). 

Alur penceritaan See You in My 19th Life dikembangan dengan baik cumanya terlampau banyak flashbacks yang sama sedangkan ada banyak plot yang boleh dikembangkan lagi macam watak Ha Do-yoon yang setuju bekerja sebagai setiausaha sedangkan boleh sangat dia kerja tempat lain. Entah kenapa dia perlu bertahan dibuli dengan rakan sekolah. Mungkin sebab dia sayang dengan Seo-ha tapi friendship diorang tak lah ditonjolkan sangat oleh si penulis. 


Mood drama See You in My 19th Life pada awalnya lebih kepada warm, sesuai dengan harapan Ji-eum untuk pulihkan dunia gelap Seo-ha. Kemudian drama ni bertukar kepada mood yang lebih dark bila watak Kang Min-gi (Lee Chae-min) muncul dengan kisah silam yang berunsurkan misteri dan tegang. Dalam masa yang sama Seo-ha dan Ji-Eum dapat tahu rahsia kemalangan yang berlaku ada kaitan dengan konflik keluarga. 


Peralihan kedua-dua mood ni berlaku secara perlahan pada awalnya which is good for some moment tapi berubah mendadak di hujung drama. I did some digging dan dapat tahu sepatutnya drama See You in My 19th Life ada 16 episod tapi terpaksa potong banyak part sebab nak slot in dekat tvN. Patutnya untuk tayangan Netflix dan TVING, letak lah drama asal sebab tak ada isu rebut slot pun. Mungkin streaming platform beli dari tvN kot bukannya production house. But still haihhh sedihnya. 

Kalau ada yang rasa I patut layan webtoon untuk tahu jalan cerita asal, mungkin tak tahu tahap keindahan sinematografi yang dipaparkan dalam drama See You in My 19th Life. Babak romantik antara Seo-ha dengan Ji-eum atau Joo-won bukan terletak pada chemistry semata tapi pada setiap pertemuan yang dihiasi dengan visual yang mengasyikkan. Pertemuan di kolam renang, akuarium ikan, di kubur Joo-won, menari diiringi bayu laut dan banyak lagi. 


Penulis tumpukan perhatian pada watak Seo-ha yang tak mampu mendengar tapi ampuhkan bahasa cinta melalui sensori lain. Babak Seo-ha dan Ji-eum tenangkan diri di pokok ceri antara babak yang bermakna bila pokok ceri melambangkan perantara hidup dan mati. Jangka hayat pokok ceri pun pendek, sama macam Joo-won yang sempat jumpa Seo-ha cuma sekejap tapi jadi titik yang mendalam pada Seo-ha. Soundtrack The Star – Colde menambahkan lagi impak kepada atmosfera romantis yang dititipkan oleh penulis. 



Baca review banyak juga yang tak suka dengan lakonan Ahn Bo-hyun sebab pasif tapi personally, I okay je dengan lakonan dia sebab Ahn Bo-hyun serve face sepanjang masa. Watak Seo-ha tu kan PTSD, membesar sendiri, emotional neglect oleh bapa dia lepas kematian ibu dan Joo-won, memang patut lah dia banyak asingkan diri. Bahagia tapi sakit dalam masa yang sama. Mungkin sebab masalah teknikal juga, pengarah tak mampu nak bagi banyak ruang kepada watak Seo-ha. 

Berbeza dengan watak Ji-eum yang lincah dan berani sebab dia dah tekad nak masuk dalam hidup Seo-ha. Dah la ilmu pun banyak, kemahiran hidup pun bersepah. Campak lah dekat mana pun, dia boleh hidup. Jangan campak masuk dalam keluarga di kelahiran ke-19 je sebab sakit jiwa nak hadap. Lakonan Shin Hye-sun cemerlang dalam watak Ji-eum, bukan senang nak seimbangkan lakonan supaya tak terjatuh dalam kategori cringe ataupun over acting. 


Pelakon sampingan yang dimasukkan pun cemerlang menghidupkan watak masing-masing. Yang mencuri tumpuan dalam drama See You in My 19th Life ialah Kim Si-a, bukan saja cantik, pandai pula tu berlakon sebagai remaja yang kemurungan dan terbeban dengan takdir hidup. Park So-yi pula tak perlu dipertikaikan lagi bakat dia lepas menyerlah dalam drama She Would Never Know (2021), Mouse (2021) dan terbaru, Revenant (2023)

Kalau belum tengok lagi, boleh lah layan drama See You in My 19th Life di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Dagangan Strim Langsung dan Affiliate Capai Kemuncak Baharu di Shopee Pada 2023

Friday, 8 December 2023

Dagangan Strim Langsung dan Affiliate Capai Kemuncak Baharu di Shopee Pada 2023 | Penjual Tempatan memperoleh manfaat daripada Sokongan yang Boleh Dipercayai

Konsert Shopee Live 9.9 Countdown Concert mengetengahkan hos dan bakat tempatan

Dagangan strim langsung dan affiliate telah memacu keterangkuman pasaran lebih baik terhadap penjual dan bakat tempatan di platform Shopee pada 2023. Sepanjang tahun lalu, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan ini menyaksikan rakyat Malaysia menonton strim langsung lebih 34 juta jam di Shopee Live dan berinteraksi dengan pempengaruh tempatan sebanyak 3.5 billion kali. Buat penjual yang mencapai lebih RM500,000 dalam jualan tahun ini, pesanan strim langsung mewakili 10 - 40% jumlah pesanan platform. Berbanding 2022, Shopee menyaksikan pesanan yang melibatkan affiliate meningkat 420%, dengan penglibatan lebih 20,000 ahli affiliate baharu dalam ekosistem Shopee. 

“Ini menunjukkan kejayaan bermakna dalam perjalanan transformasi digital Malaysia. Trend ini telah merevolusikan cara rakyat Malaysia membeli-belah, belajar, dan berinteraksi dengan jenama yang mencipta landskap dalam talian dinamik dan interaktif. Ianya juga menunjukkan e-dagang kini lebih hiperlokal; rakyat Malaysia di platform kami memilih ahli strim langsung dan ahli affiliate tempatan, manakala penjual tempatan kami pula menaiktaraf kemahiran untuk menjadi lebih relevan dengan penonton mahir digital,” komen Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia

Strim langsung di mana penonton boleh membeli-belah dan integrasi lancar e-dagang terhadap sesi strim langsung telah menawan pengguna tempatan bak tua atau muda dengan membekalkan pengalaman membeli-belah berinteraktif dalam mereka mencari pelbagai jenis produk termasuk motorsikal, keropok lekor, coklat, barangan kemas, atau barangan dapur.  60% peminat Shopee Live membeli barangan kecantikan dan fesyen, 20% membeli barangan dapur dan produk bayi, 10% mencari peralatan rumah dan elektronik, sementara selebihnya membeli barangan automotif, sukan, dan aktiviti luar pada tahun lalu. 

Perluasan Shopee Live kepada pasaran vertikal baharu telah membuka banyak peluang kepada penjual tempatan. 60% penjual Shopee Live terbaik dari segi jualan pada 2023 merupakan penjual dan jenama tempatan seperti PHINIX STORE, Momo House, Elgini Apparel, MYDIN, dan HABIB. Penjual tempatan bukan sahaja menggunakan fungsi lelong dan permainan interaktif di Shopee Live untuk memahami citarasa penonton dengan lebih baik tetapi mereka juga memanfaatkan sokongan yang boleh dipercayai daripada selebriti Malaysia seperti Elfira Loy, Najiah Hassan, Sherry Alhadad, Syamira Zahar, dan Zoey Rahman. 

Jenama dan penjual Malaysia bekerjasama dengan ahli affiliate Shopee yang menghubungkan mereka dengan pelanggan tempatan, memberikan cadangan dan ulasan jujur, dan memacu trafik. Berdasarkan pesanan affiliate sepanjang 12 bulan yang lalu, pelanggan ahli affiliate Shopee kebanyakannya membeli barangan Rumah dan Gaya Hidup (30%), diikuti Kesihatan dan Kecantikan (25%) and Telefon dan Aksesori (25%). 70% daripada produk terbaik yang dibeli rakyat Malaysia adalah melalui pautan affiliate Shopee yang memanfaatkan penjual tempatan. Lebih kurang dua pertiga pautan Shopee yang dijana tahun ini membawa trafik untuk menaikkan penjual tempatan seperti B.S.B (Bed Sheet Bestseller), Momo House, dan Myfooyin.

Shopee House 2023 merupakan acara yang dianjurkan untuk mempromosi keterlibatan antara jenama tempatan dan pempengaruh serta ahli ‘affiliate’

“Kerjasama ini memanfaatkan semua pihak,” kata Soh. “Ahli affiliate tempatan mendapat manfaat dari format interaktif dan bermakna yang membolehkan pembelian segera dan memaksima keuntungan mereka, berdasarkan usaha mereka. Manakala, penjual tempatan mendapat manfaat dari ahli affiliate yang mempunyai pengikut setia dan reputasi untuk mencadangkan produk berkualiti; mereka juga boleh membawa asosiasi positif dengan jenama dan penjual strim langsung.”

Kejayaan dagangan strim langsung dan ahli affiliate seperti yang disaksikan oleh Shopee pada 2023 mencorak langkah kepada perkembangan digital untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan kemajuan berterusan teknologi dan citarasa berubah pengguna tempatan, trend ini bakal memainkan peranan penting dalam memacu keterangkuman penjual tempatan dalam pasaran. 

Pada Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, rakyat Malaysia boleh menikmati pengalaman membeli- belah yang menyeronokkan pada harga diskaun dengan Shopee Live, dan berpeluang memenangi Tol Percuma Selama 1 Tahun apabila mereka menyertai Roda Shopee. Untuk maklumat lanjut, lawat https://shopee.com.my/m/12-12 

***************************

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Malaysia Inspirasi ‘The Masked Singer Malaysia’ Musim Baharu | Flora, Fauna & Makanan Menjadi Tema Maskot Peserta Musim ke-4 termasuk Pasangan Duo

Program pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya mencetuskan fenomena untuk tiga musim berturut-turut kini kembali dengan menampilkan kepelbagaian kostum dan daya tarikan yang menakjubkan! “The Masked Singer Malaysia” musim keempat akan bersiaran secara langsung buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

Tampil lebih gah dan bergaya, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Dengan mengekalkan format asal program realiti terkemuka ‘The King of Mask Singer’ daripada Korea Selatan, bakat-bakat ini akan bertanding dan memaparkan kehebatan nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng untuk dinobatkan sebagai juara. 

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari, “Sebagai saluran komedi utama pilihan rakyat Malaysia, Astro Warna sentiasa peka dengan kehendak penonton dan berusaha menyajikan kandungan terkini, sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kami menyambut baik sokongan para peminat dan penontan yang mahukan perkembangan landskap industri hiburan dengan membawa kembali rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ di musim keempat yang akan bersiaran secara langsung dengan menggabungkan muzik dan komedi sebagai salah satu cabang seni yang bergerak secara beriringan; sekaligus mentakrifkan semula genre lawak. 

Menerusi kejayaan pada musim-musim lalu, Astro terus ke hadapan dengan menaiktaraf kostum-kostum untuk diperlihatkan kepada peminat dengan menyelitkan elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia termasuk flora, fauna dan kepelbagaian makanan tempatan, hasil rekaan Puan Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada pereka terkenal tempatan Syomirizwa Gupta.

Selain itu, penjurian di musim keempat turut mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu. Pihak Astro berharap agar musim keempat ini dapat mengekalkan tradisi seperti sebelumnya apabila rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ berjaya mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!” tambah Idlan.

Seramai 15 orang selebriti dan personaliti tempatan dengan gabungan duo akan memperagakan 14 kostum unik pada musim ini yang merangkumi Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan buat julung kalinya, kami memperkenalkan pasangan duo Cili Padi di pentas ‘The Masked Singer Malaysia’.

‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi. 

Buat pertama kalinya, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia’ ini bakal bersiaran SECARA LANGSUNG dengan durasi selama dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, dan ini merupakan satu lagi cabaran besar buat barisan peserta musim ini sekaligus menjadi cabaran baharu buat pihak produksi. Malaysia merupakan negara ke-2 yang berani menyahut cabaran untuk bersiaran secara langsung. Walaubagaimanapun, pihak produksi telahpun meneliti setiap aspek keselamatan peserta sebagai langkah berjaga-jaga. 

Bakal berlangsung selama 10 minggu dan dijalankan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur, para pelanggan Astro boleh menyaksikan musim baharu ‘The Masked Singer Malaysia’ pada setiap Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD) dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.