TREASURE Rap Unit - HyunHaYo Perform G.O.A.T for Seoul FC

Thursday, 7 December 2023


Kejayaan demi kejayaan buat rap unit TREASURE yang menggelarkan diri mereka, HyunHaYo buat sementara waktu. Sebelum ni Hyunsuk dipanggil ke Kick Ceremony Seoul FC pada bulan Ogos, kemudian lagu G.O.A.T. digunakan dalam perlawanan semi-akhir bola sepak di mana Korea menentang Uzbekistan sekaligus melayakkan mereka ke perlawanan akhir di Asian Games Finals. 

Kali ni Rap Unit TREASURE dijemput untuk buat persembahan di Seoul World Cup Stadium sebelum perlawanan separuh masa kedua untuk Seoul FC menentang Suwon Samsung. Of course, it is a proud moment for TREASURE and also for TREASURE MAKER. Tapi kelakar lah masa tengok performance diorang sebab kasut Hyunsuk dengan Haruto tercampak sekali masa diorang sepak bola. By the way, Yoshi hot teruk pakai jersey bola dengan undercut hairstyle. Sepak bola pun kencangggg! 



You guys can check the performance here. 


[CHOI HYUNSUK short speech for FC Seoul halftime]

“We will do the greeting. Find your treasure! Hi, we are TREASURE! Its nice to meet you, everyone. I'm feeling grateful to be here after the kick ceremony that happened on the last August and now im feel honor to be in this place again together with some of the members, the rappers which are Yoshi and Haruto. Nice to meet you guys! I would like to say thank you to the people who come to support Seoul FC despite the cold weather right now. Today, the weather is so cold so make sure you wont get caught by the cold. Actually, other than 3 of us, we are consist of 10 members. TREASURE has 10 members. If there is another opportunity in the future, we would like to greet you guys as 10 members and we will have a concert and I will feel thankful if you come and watch our concert. I will feel thankful if you can stay and keep cheering the Seoul FC players till the end. thanks..."










Vlog Seoul FC:


Dalam live Hyunsuk bagitahu HyunHaYo terpaksa pergi ke lapangan terbang sebaik saja habis persembahan sebab TREASURE akan menghadiri MAMA di Jepun. 

Movie Review | Animal (2023)

Wednesday, 6 December 2023

 

Director: Sandeep Reddy Vanga
Writers: Sandeep Reddy Vanga, Pranay Reddy Vanga, Saurabh Gupta
Cast: Ranbir Kapoor, Anil Kapoor, Bobby Deol, Rashmika Mandanna, Tripti Dimri
Production Companies: T-Series Films, Bhadrakali Pictures, Cine1 Studios 
Distributors: AA Films, E4 Entertainment, Sri Venkateswara Creations, KVN Productions
Genre: Action / Romance
Running Time: 201 minutes
Release Date: 1st December 2023
Trailer:


Junior Balbir Singh (Ranbir Kapoor) sentiasa menganggap ayahnya, Balbir Singh (Anil Kapoor) sebagai hero dalam hidup meskipun sukar meluangkan masa bersama kerana sibuk dengan kerja di syarikat Swastik Steel Corp. Walaupun dia merupakan anak kedua dari tiga beradik, tak menghalang dia untuk mengambil alih tugas ayahnya untuk menjaga ibu, kakak dan adik perempuannya di rumah. 

Bagi Junior dia merupakan alpha yang menjaga dan memburu tapi di mata ayahnya, Junior tak ubah seperti penjenayah apabila dia berani membawa senjata api ke kolej apabila dapat tahu Reet Singh (Saloni Batra) diganggu di sekolah. Balbir hantar anak lelakinya ke US setelah kejadian tersebut. 

Menginjak dewasa juga perangainya tak berubah malah semakin ganas kerana geram dengan abang iparnya, Varun Pratap Malhotra (Siddhant Karnick) yang banyak mengendalikan urusan bisnes Swastik Steel Corp. Bukan saja menjadi orang yang dipercayai Balbir, malah mendapat jumlah saham yang besar dalam syarikat tersebut. 


Junior yang kecewa dengan keputusan ayahnya, bawa diri ke Virginia dan hidup bersama isterinya, Geetanjali (Rashmika Mandanna). Setelah 8 tahun, mereka sekeluarga pulang ke Mumbai apabila Balbir Singh ditembak sebanyak dua kali di padang golf. Dari situ Junior mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut kerana hanya orang terdekat saja yang tahu gerak-geri Balbir Singh. 

Filem Animal yang bertemakan balas dendam menggunakan naratif non-linear di mana flashbacks silih berganti sepanjang 3 jam dan 21 minit. Bukan saja konflik daddy issues diketengahkan malah konflik pergelutan dalaman yang tercetus selama 3 generasi untuk merebut posisi dan keuntungan dalam syarikat Swastik Steel Corp. 

First half, pengarah Sandeep Reddy Vanga perkenalkan watak Junior dari kecil hingga berkahwin dengan isterinya kemudian mencari pembunuh Balbir Singh sementara di second half pula, dia akan bertemu dengan sepupunya, Abrar Haque (Bobby Deol), Asrar Haque (Babloo Prithiveeraj) dan Abid Haque (Saurabh Sachdeva). 


Walaupun pace filem bergerak laju dengan sub-plot dan music album yang menarik namun ada banyak babak yang dirasakan tidak perlu. 2 elemen utama dimasukkan dalam Animal adalah adegan seksual antara Junior bersama Geetanjali dan Zoya (Tripti Dimri) juga elemen ganas yang ekstrem untuk menggambarkan dominant and alpha traits dalam DNA Junior. 

Ikutkan durasi asal adalah 229 minit tapi pengarah terpaksa buang beberapa babak sebab dah terlampau panjang. Masa tengok filem Animal pun perasan lah ada banyak babak yang dipotong sebab tak sesuai dengan tontonan rakyat Malaysia. Mungkin nanti dalam Netflix akan muncul lah scenes yang dipotong tu. 

Masa tengok trailer I expect akan ada banyak emotional scenes sebab melibatkan konflik antara anak dan ayah sebab dekat first half masa Junior sentap bila Balbir kata dia buat perangai sebab sedih saham syarikat dapat dekat Varun. Tengok babak tu pun dah menangis dah sebab I pun ada daddy issues, I faham bila Balbir dismiss emotional feelings tu, faham juga bila Balbir terus hantar Junior ke US supaya berdikari walhal tak buat salah pun. Sayangnya, makin lama konflik tu makin tenggelam dalam dunia alpha dan revenge mission Junior. 



Sakit hati juga bila Junior curang dengan Zoya tapi justify perbuatan dia dengan berpura-pura tertipu dengan muslihat musuh. Dekat first half, penulis tunjuk watak Junior sebagai alpha yang setia dan protective tapi dekat second half, dia dah jadi sampah dah. Berbeza lah dengan filem Kabir Singh (2019) yang mempunyai dominant trait yang sama dengan Junior tapi berpegang teguh dengan prinsip sendiri. Watak antagonis pula dipaparkan sebagai Muslim yang gila seks and barbaric, suatu pandangan prejudis yang dah lama ditanamkan sejak dulu. 

I really not recommend this movie especially for women and Muslim due to its content. Lakonan barisan pelakon semuanya bagus terutamanya Ranbir Kapoor sebagai watak utama. Dia deliver watak Junior sebaiknya, sama seperti visi penulis dan pengarah tapi visi tu terlampau kotor untuk ditonton, a toxic symphony between misogyny and violence. Memang filem ni tak glorify any character tapi tak ada mesej yang dibawa pun even jalan cerita pun berterabur. Pihak autoriti memang tak wujud dalam dunia Animal. 


By the way, Ranbir Kapoor looks so cool on his bike. Style dia sama dengan style Sanjay Dutt era 80-an dulu. Mungkin sebab Ranbir pernah berlakon sebagai Sanjay Dutt dalam filem Sanju (2018), sebab tu juga lah dia jadi pilihan utama Sandeep Reddy Vangga. Goosebumps bila dia menjerit dalam babak recreate scenes dengan Balbir tu. Tak sangka pelapis Sanjay Dutt ialah Ranbir Kapoor. No one saw that coming. 

Memandangkan filem Animal ada romantic scenes, Ranbir sebagai hero Romeo berjaya deliver on-screen chemistry dengan Rashmika Mandana dan Tripti. Lega tengok Ranbir tak repeat on-screen jodi seperti sebelum ni walaupun dia selesa dengan beberapa co-star. Bukan saja dia selesa bereksperimen dengan genre dan watak yang kompleks, malah chemistry dengan heroin juga. 

A bit disappointed bila tengok screentime Tripti sikit padahal production team jual nama dia dulu untuk promote filem Animal. But still, lakonan dia menyerlah dalam ruang yang terhad. Sebab muncul dalam filem ni, Tripti dah jadi National Crush menggantikan Disha Patani. Hopefully Tripti akan dapat lebih banyak movie offer untuk commercial films since dia dah proved her talent dalam critical acclaim movies macam Laila & Majnu (2018) dan Bulbbul (2020)

Untuk action scenes, Ranbir dan Bobby Deol tak lah ada koreografi tertentu sebab fight biasa je. Kebanyakan masa banyak gunakan senjata seperti pisau, kapak, senjata api, grenade dan yang terpaling over, ialah machine gun yang dibikin khas untuk filem Animal seberat 500kg. Music score dan screenplay mainkan peranan penting dalam membantu memberi impak dari segi screenplay dan adrenaline rush dalam beberapa fighting scenes. 

Disebabkan sambutan hangat, hint di credit scenes mungkin akan ada sekuel kepada pergelutan dalaman keluarga Singh ni. Not sure lah nak tengok ke tak tapi yang pastinya bukan di pawagam lah.
 
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

Movie Review | Jin & Jun (2023)

Tuesday, 5 December 2023


Pengarah: Anggy Umbara 
Penulis Skrip: Anggy Umbara, Rayhan Dharmawan 
Pelakon: Rey Bong, Dwi Sasono, Cornelio Sunny, Davina Karamoy, Alif Rivelino, Clay Gribble, Astri Nurdin, Indra Aksa
Syarikat Produksi: MVP Pictures, Umbara Brothers Film
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi / Fantasi
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 19 April 2023 (Indonesia)
Trailer:


Remake kepada sinetron popular, Jin & Jun pada era 90-an mengisahkan tentang Jun (Rey Bong) yang sering dibuli di sekolahnya kerana taraf kehidupannya yang miskin. Satu hari Jun dibawa ke rumah usang yang sudah lama terbiar dan dikurung di situ. 

Sewaktu terjaga dari pengsan setelah dipukul, Jun diganggu oleh wanita tua lalu terjatuh ke tingkat bawah tanah. Di situ, Jun menemui barangan jampi, tempat takungan air yang dipenuhi dengan buluh dan sebuah labu sayong berada di tengahnya. Terdapat juga labu sayong berwarna hitam di dinding bilik tersebut. Penasaran dengan labu sayong tersebut, Jun membuka penutupnya lantas makhluk hitam keluar dan mengekori Jun. 

Jun cuba membaca kalimat suci namun ternyata makhluk tersebut tidak terganggu langsung dengan bacaannyaa kerana jin tersebut berasal dari Timur Tengah. Jun segera melarikan diri dan berharap itu semua cuma sekadar mimpi. 

‘Sudah beratus-ratus tahun aku belum makan dan aku ingin merasakan dagingmu yang masih muda.’ – Jin

Walaupun Jun pulang ke rumah dengan selamat namun Jin tersebut masih lagi mengekorinya dan hanya dia seorang sahaja yang mampu melihat. Jin menukar penampilan fizikal yang lebih mesra untuk dilihat dengan memilih penampilan black metal supaya Jun tak lagi terpekik terlolong setiap kali terlihat Jin. 
Seperti mana-mana jin yang terhutang budi dengan individu yang membuka tempat kurungannya akan diberi peluang untuk membuat hajat. Jun meminta supaya Jin (Dwi Sasono) hapuskan lintah darat yang selalu mengganggu ayahnya (Indra Aksa). Dari satu permintaan ke satu permintaan yang lain tanpa sedar setiap permintaan mempunyai pengorbanannya yang tersendiri. 

Filem Jin & Jun yang dibikin semula setelah 21 tahun dalam format filem berdurasi 115 minit mendapat sentuhan dari pengarah Anggy Umbara. Jin & Jun mensasarkan penonton dalam kalangan kanak-kanak dan juga remaja kerana mempunyai jalan cerita dan plot yang ringkas juga berlatarkan kehidupan pada usia tersebut. 

Walaupun filem ini bersifat mesra keluarga tapi tak seharusnya penulis memandang enteng dengan perkembangan cerita, watak mahupun alur cerita. Kesemua elemen yang gagal diberi perhatian teliti mewujudkan kelompongan dan kelemahan cerita yang ketara. Dua watak utama sendiri gagal diberi perhatian hingga gagal mencipta sinergi dan bonding yang kuat untuk terus tarik perhatian hingga ke hujung filem. 

Personally, I memang menyampah dengan keputusan ibu bapa yang hantar anak ke sekolah elit sedangkan tak mampu. Boleh kata penulis cuba wujudkan elemen melankolik dengan kadar segera sedangkan keputusan tersebut tampak dangkal dan hilang rasa kasihan kepada watak-watak terlibat. Permintaan pertama Jun juga merepek bila dia minta supaya lintah darat hilang sedangkan dia boleh minta untuk jadi kaya. Masalah orang miskin ni memang 99% akan hilang bila jadi kaya. 

Daripada layan filem Jin & Jun terbitan MVP Pictures dan Umbara Brothers Film, lebih baik layan filem Orang Kaya Baru (2019) yang lebih menarik, kelakar juga cemerlang sebagai perantara kepada mesej sosial yang sama. Tak perlukan jin juga untuk ubah gaya hidup dan terlihat lebih nyata dan dekat dengan dunia sebenar. 

Naskhah Jin & Jun juga menggunakan CGI yang banyak namun tersia dengan kelompongan cerita yang membosankan. Jelmaan makhluk-makhluk halus juga terlihat amatur dan seolah-olah meniru makhluk dari drama popular Jepun, Death Note. Mungkin ada banyak reference dari sinetron asal Jin & Jun (1996) tapi hanya pengarah dan penulis saja yang tahu. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3.3/10

sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan serta Lebih Banyak

Sunday, 3 December 2023

sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan serta Lebih Banyak | Kandungan untuk Memberikan Nilai Kepada Pelanggan

sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan. Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan sooka secara PERCUMA, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih. Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90. Untuk meraikan pelancaran cara-cara baharu untuk menikmati kandungan sooka, rakyat Malaysia dijemput untuk menonton kesemua kandungan sukan SECARA LANGSUNG di sooka secara PERCUMA sepanjang 2 dan 3 Disember.

sooka merupakan satu-satunya aplikasi penstriman Malaysia yang menawarkan (the widest range of) saluran sukan (secara langsung). Jika dibandingkan dengan aplikasi penstriman yang lain, jelas sekali sooka menang dari segi penawaran saluran kandungan sukan, yang mana kita sedia maklum saluran ini tidak ditawarkan pada kebanyakan aplikasi penstriman yang ada di Malaysia.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata di majlis pelancaran, “Memandangkan permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel terus meningkat, sooka bertekad untuk menyediakan kandungan yang disesuaikan khusus untuk para penonton, menggabungkan siaran secara langsung dan On Demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran. Pengguna bulanan aktif (MAU) sooka telah meningkat 80% setakat tahun ini, dan pelanggan VIP telah meningkat 55% suku tahun ke suku tahun dipacu oleh pertambahan pilihan kandungan dan pemasaran yang lebih bersasar. Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di sooka, dengan 60% daripada mereka menonton kandungan sooka menerusi telefon mudah alih. Kami yakin pek dan harga baharu sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024.”

Berpegang kepada janji untuk membekalkan kandungan terbaik, sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan barisan kandungan sukan SECARA LANGSUNG yang luas termasuk Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan Badminton BWF, Jelajah Tenis ATP, MotoGP, UFC dan banyak lagi. Para pelanggan boleh menyaksikan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang dinanti-nantikan pada 10 Disember dan program pencarian bakat Malaysia menerusi Hero Dewi Remaja 2023. Satu siri baharu juga akan dilancarkan di sooka, iaitu Syurga Itu Bukan Mudah. Rancangan menarik kanak-kanak seperti Didi & Friends, Hello Pinkfong, dan Super Nabil akan menghimpunkan seisi keluarga manakala filem-filem Cina dan Korea serta rancangan beraneka seperti The Queen's Ploy dan A Journey to Love dan Night Has Come pasti menarik perhatian penggemar rancangan hiburan Asia.

sooka Got All

Pakej-pakej baharu ini memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih hiburan yang paling sesuai dengan gaya hidup dan citarasa tontonan masing-masing. Kini kandungan Sukan, Hiburan dan Kanak-kanak semuanya boleh ditonton di sooka dengan keupayaan menikmati rancangan-rancangan ini secara serentak di sehingga tiga skrin dan dengan resolusi lebih tinggi – semuanya dengan pengalaman tontonan yang lebih premium.

Untuk menikmati pengalaman hiburan terbaik, para pelanggan boleh menonton semua rancangan kegemaran mereka dan rancangan sukan secara SIARAN LANGSUNG di skrin besar dengan pakej Premium, yang menawarkan akses kepada lebih banyak skrin, tanpa iklan pada harga promosi RM49.90 sebulan (asal RM84.90). Sementara itu, peminat sukan boleh memilih pakej All Sports + Entertainment untuk menyaksikan semua acara sukan secara SIARAN LANGSUNG atau Liga Malaysia + Entertainment pada harga hanya RM34.90 sebulan atau pada harga RM28.90 sebulan

Dengan pek Entertainment, para pelanggan berpeluang menyaksikan drama-drama tempatan dan Asia, rancangan beraneka dan realiti dengan langganan hanya RM14.90 sebulan (asal RM15.90). Bagi mereka yang ingin menghiburkan hati secara terus-menerus, Pas 24 Jam disediakan untuk membolehkan para pelanggan menyaksikan semua kandungan sukan, hiburan dan kanak-kanak pada hari pilihan mereka dengan hanya RM12.90 sehari.

Segalanya ada di sooka! Muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) atau saksikannya menerusi TV Pintar Samsung, LG, Xiao Mi & Google/Android TV (versi 8 dan ke atas). Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan pakej baharunya, sila layari sooka.my.

Astro Paparkan Barisan Bintang Hebat dan Tawaran Eksklusif Keluarga

Saturday, 2 December 2023

Astro Paparkan Barisan Bintang Hebat dan Tawaran Eksklusif Keluarga | Bintang suku keempat seperti Anna Jobling dan Amir Ahnaf menjanjikan hiburan buat keluarga

Astro teruja untuk mengumumkan variasi pilihan susun atur kandungan yang pelbagai dan direka untuk memperkayakan hiburan keluarga Malaysia dengan menampilkan bakat popular seperti Anna Jobling dan Amir Ahnaf. Dapatkan pakej menarik dengan harga promosi dan diskaun sebanyak 30%* bermula dari RM41.99/sebulan untuk menikmati keselesaan dan kegembiraan menonton cerita-cerita menarik di rumah anda. 

Komitmen kami adalah untuk memberi hiburan keluarga yang luar biasa dilanjutkan dengan kandungan daripada pelbagai genre dan minat. Dari cerita aksi yang mendebarkan iaitu ‘The Childe’ sehingga ke pertandingan masakan dalam ‘MasterChef Season 13’, pilihan Astro memenuhi citarasa semua generasi.

Di Astro, penonton boleh berhibur dan menyaksikan kandungan popular seperti All Stars Gegar Vaganza (Konsert Akhir pada 10 Disember), siri tempatan Tamil BADEP, siri Astro Originals The Queen’s Ploy serta alami perjalanan muzikal bersama anak-anak anda dalam Didi and Friends Kembara Muzikal. Dalam era mengutamakan masa bersama keluarga, Astro amat berdedikasi untuk menghidupkan detik-detik bersama keluarga agar lebih berharga. Tawaran promosi kami bertujuan memberi peluang kepada para penonton untuk mencipta kenangan yang berpanjangan bersama orang tersayang, dan ia sejajar dengan kemudahan perkhidmatan kami yang tiada tandingan.

Untuk pengalaman hiburan semua-dalam-satu bersama keluarga, anda juga boleh memilih untuk menambah Astro Fibre bersama langganan anda dan menerima peningkatan PERCUMA kepada tahap kelajuan yang lebih tinggi tanpa pertambahan kos. Pakej ini juga menawarkan 500Mbps dengan harga hanya RM90/sebulan**(HRD:RM189) selama 24 bulan apabila digabungkan bersama Pek TV anda.

Sertai kami dalam meraikan jalinan kekeluargaan dengan pakej hiburan Astro. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran eksklusif ini dan berkongsi pengalaman bersama Astro, anda boleh layari www.astro.com.my. Dengan Astro, setiap program adalah jalan untuk mengukuhkan ikatan bermanfaat.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran peningkatan kelajuan Astro Fibre, sila layari https://astro.com.my/fibre.

*Diskaun 30% dikenakan untuk langganan dengan pendaftaran auto-debit sahaja. Tertakluk pada terma & syarat.

**Tertakluk pada terma & syarat.

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Kembali | Mengangkat Pilihan Peminat di Media Sosial Tiga kategori baharu diperkenalkan dalam GMWA

Astro kembali mempersembahkan anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023, di bawah jenama Astro Gempak, platform hiburan digital No.1 di Malaysia. Penganjuran kali ini menampilkan kandungan-kandungan terhangat dan terkini di tahun 2023, dengan memperkenalkan calon-calon Top 20 yang telah disenarai pendek menerusi 9 kategori utama dan para peminat boleh membuat undian dari 30 November, jam 8.00 pagi hingga 30 Disember 2023, jam 11.59 malam untuk memilih calon Top 5 seterusnya menerusi pautan Gempak Most Wanted di laman rasmi Astro Gempak.

Penganjuran GMWA 2023 turut memperkenalkan tiga kategori baharu yang melengkapi kesemua 9 kategori utama, sejajar dengan penglibatan dan perubahan jaringan trend terkini pengguna-pengguna di media sosial. Kategori-kategori baharu yang turut dibuka untuk undian para peminat termasuk Lagu/Audio Tergempak, Content Creator (Hiburan) Tergempak dan Content Creator (Lifestyle) Tergempak.

Ketua Content Studio, Astro, Syazwan Zakariah, berkata “Kami teruja untuk menampilkan Gempak Most Wanted Awards 2023 kepada semua peminat Astro Gempak. Selaku jenama hiburan No. 1 di Malaysia, kami membuka peluang kepada generasi pencipta kandungan hari ini untuk diberi pengiktirafan dan penghargaan berdasarkan idea dan hasil kerja yang dicurahkan dalam apa jua bidang, terutamanya untuk memberi motivasi, galakan, inspirasi dan hiburan di platform media sosial.

Dengan evolusi media digital yang semakin meluas, kami terpanggil untuk memperkenalkan tiga kategori baharu yang menjurus kepada bidang lagu dan audio, serta pencipta-pencipta kandungan yang berunsurkan hiburan dan gaya hidup. Justeru, Astro Gempak ingin menerajui alam maya ini dengan mengiktiraf bakat-bakat pencipta kandungan dari pelbagai latar belakang dan bidang. Kami mempelawa semua peminat untuk membuat undian dan menentukan Top 5 dari 9 kategori yang dipertandingkan”, tambah Syazwan.

GMWA 2023 mengekalkan format penjurian yang sama, di mana para peminat diberi kuasa penuh untuk menentukan pemenang di setiap kategori. Undian pula dibuka kepada dua fasa yang merangkumi fasa undian bagi menentukan Top 5 yang dipilih daripada senarai pencalonan Top 20 dan fasa undian untuk menentukan pemenang utama.

Sebagai tambahan, pencalonan Top 20 merupakan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna media sosial selama satu tahun, bermula 15 November 2022 hingga 15 November 2023. Calon-calon ini disenarai pendek berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur untuk melayakkan kandungan ini ke Carta Mingguan GMW. Kandungan di dalam carta yang berjaya mengekalkan kedudukan lima teratas di setiap minggu dipilih sebagai calon Top 20, mengikut jumlah mata pada tarikh akhir undian yang ditetapkan.

Undian bagi pemilihan calon Top 5 pula boleh dilakukan di laman rasmi GMW bermula 30 November, jam 8.00 pagi sehingga 30 Disember 2023, jam 11.59 malam. Undian terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia. Pemenang utama di setiap kategori akan diumumkan pada acara kemuncak GMWA 2023 pada Februari tahun depan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempak.com/gempakmostwanted.

SENARAI KATEGORI GMWA 2023 CALON TOP 20

GMWA 2023 dipecahkan kepada sembilan (9) kategori. Kategori tersebut adalah :

1. Lagu/Audio Tergempak : Lagu/Audio yang sohor kini kecuali audio siar (podcast) yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital dan memiliki sekurang-kurangnya 10,000 penggunaan di TikTok di dalam tempoh sah.

2. Video Tergempak : Video sohor kini merentas semua platform digital yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan dalam tempoh sah.

3. Video Muzik Tergempak : Video muzik rasmi yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

4. Drama Tergempak : Drama TV atau siri drama digital yang sohor kini merentasi semua platform digital dan memperoleh sekurang-kurangnya 1 juta tontonan di dalam tempoh sah.

5. Selebriti Digital Tergempak : Selebriti hiburan sama ada penyanyi, pelakon, pelawak atau pemain muzik berdasarkan tanda pagar yang sohor kini dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

6. Gamer Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang bermain permainan video elektronik dan memiliki sekurang-kurangnya 50,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

7. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan hiburan seperti Komedi, Ulasan/Reaksi bagi Filem/Drama/Lagu, Meme, Sketsa dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

8. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan Gaya Hidup seperti Fesyen, Masakan/Makanan, Pelancongan, Kecantikan, Teknologi, Automotif dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

9. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak : Personaliti dan individu berbakat yang menerbitkan kandungan positif atau kerohanian dan memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

*Sila lihat lampiran untuk mendapatkan senarai calon Top 20 GMWA 2023.

KATEGORI 1: LAGU/AUDIO TERGEMPAK 2023

NO LAGU/AUDIO CALON/PEMILIK AKAUN

1 “Wei Shila” - @zahidgaf

2 Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri

3 BoboiBoy Galaxy Versi Nasyid - @farihinhalim29

4 Budi - Kmy Kmo & Luca Sickta ft. Sufian Suhaimi

5 Hasrat - Amir Jahari

6 Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

7 Kau Ni Apa? - Upin & Ipin

8 Langit Yang Sama - Dalia Farhana

9 Makcik Dodoi - @chemass_kaklong

10 Makcik Makcik Marhaban - @wahkamisah

11 Malampagi - Saixse

12 Menggenggam Bahagia - Sufian Suhaimi

13 Mungkin Aku Tak Penting - Luqman Podolski

14 Nak Cepat - Rozyana Roslan

15 Pergilah Cinta - Danial Kifli

16 Retak Hatiku - Iera Milpan

17 Sampai Bila Nak Jadi Munafik - @ermafatimarahmad

18 Santai - Faizal Tahir

19 Test Drive - Firdaus Rahmat

20 Umpan Jinak Di Air Tenang - Dayang Nurfaizah


KATEGORI 2: VIDEO TERGEMPAK 2023

NO VIDEO CALON

1. Anak & Ayah Blushing: @gob_ahmad

2. Anak Muabellaz Menari: @muabellaz

3. Awal Ashari & Scha Al Yahya Join Trend Tepuk Tangan @awalashaari

4. Biasa? Biasa Maksudnya?: @bananadibs

5. BoBoiBoy Merajuk: @boboiboy

6. DSV Hampir Lemas: @datoserividaofficial

7. Freestyle Anak-Anak Kudrat: @naimdanielx

8. Healing Dalam Tasik: @orochi01._

9. Kena Marah Dengan Ayam: @jemblenggg

10. Kesian Girlfriend Lapar: @mikhailimaan

11. Mak Nyanyi Lagi Kpop: @wawannakkurus

12. Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam: @davidvidz3

13. No Text I Understand: @lokoih_

14. Nyanyi Dengan K-Clique Dalam Lift: @roystoremy2

15. Parodi Abang Tesla: @reenrahimmy

16. POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On: @aiztsaha

17. Remake MV Berdua Bersatu Forteen: @fariqmacfly

18. Tak Nak Langgar Jodoh: @syarifahfissa

19. Trend Healing Tak Jadi: @mochanaer

20. Zeppo At Body Rock 2023: @zeppoyoungsterz


KATEGORI 3: VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2023

1. Andai Itu Takdirnya – Vanessa Reynauld

2. Ayuh – Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri

3. Bang Jamal – Baby Shima

4. Budi – Sufian Suhaimi, Kmy Kmo & Luca Sickta

5. Damelo – DOLLA

6. Depresi – iamNEETA

7. Inilah JalanNya – MASDO

8. Izinkanlah – Tuah Adzmi & Zack Zakwan

9. Kudrat – Sekumpulan Orang Gila x Naim Daniel

10. Lantaklah – XONE

11. Look At This – DOLLA

12. Malampagi Remix – Saixse X MK K-Clique

13. Mungkin Aku Tak Penting? – Luqman Podolski (feat. Tish Errda)

14. Pujaanku – MASDO feat Aisyah Aziz

15. Rindunya Rindu – Afieq Shazwan

16. Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali

17. Sengkek (Prod. By SonaOne) – Yonnyboii

18. Takdir Cinta Kita – Asfan Shah & Erin CTJ

19. Umpan Jinak Di Air Tenang – Dayang Nurfaizah

20. Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain


KATEGORI 4: DRAMA TERGEMPAK 2023

1. Akira Khan - Astro Ria

2. Aku Yang Kau Sakiti - TV3 Malaysia

3. Andai Itu Takdirnya - Astro Ria

4. Budak Hostel Otaknya Sewel - Astro Ria

5. Bukan Cinta Sempurna - Astro Ria

6. Bukan Sekadar Lafaz - TV3 Malaysia

7. Chinta Wrong Direction - Astro Ria

8. From Saga With Love - Viu Original

9. Hijrah Jannah - Astro Ria

10. Imam Instant, Ustazah Scammer - Astro Ria

11. Kerana Cinta Itu Ada - TV3 Malaysia

12. Melur Untuk Firdaus 2 - TV3 Malaysia

13. My Famous Ex-Boyfriend - Astro Ria

14. Nenek Bongkok Tiga - Viu Original

15. One Million Dollar Voice - Astro Ria

16. Perempuan Itu - tonton

17. Projek High Council - Astro Originals

18. Rajuk Karina - TV3 Malaysia

19. Saat Hilang Cintamu - TV3 Malaysia

20. Scammer Geng Marhaban - Astro Ria


KATEGORI 5: SELEBRITI DIGITAL TERGEMPAK 2023

1. Adira Suhaimi

2. Aedy Ashraf

3. Aeril Zafrel

4. Alif Satar

5. Amelia Henderson

6. Amir Ahnaf

7. Amir Masdi

8. Anna Jobling

9. Bell Ngasri

10. Beto Kusyairy

11. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

12. Elly Mazlein

13. Meerqeen

14. Mierul Aiman

15. MK K-Clique

16. Nadhir Nasar

17. Shiera Ijoy

18. Shukri Yahaya

19. Siti Khadijah Halim

20. Zizan Razak


KATEGORI 6: GAMER TERGEMPAK 2023

1. Adibah Humairah

2. Akif Iskandar

3. Ayam Kahau

4. Cikgu Misai

5. Drah_Eyra

6. FanCFfreakz

7. Fattahzie

8. Fluffiiee

9. Heysyanel

10. Inaoki

11. Intan Serah

12. Kambing Golek

13. Kiddo’Bae

14. Man Parang

15. Moon

16. Naeem

17. Pok Ro Gaming

18. Raa Suzuran

19. Tya Edros

20. XK Penjahat


KATEGORI 7: DIGITAL CONTENT CREATOR (HIBURAN) TERGEMPAK 2023

1. Ain Ramli: @theainramli

2. Aya Amiruddin: @freakayaisfreak

3. Ayie Mat Piah: @ayie.piah

4. Faisal Suhaimi: @faisal.suhaimii

5. Farihi Narnia: @farihinarnia

6. Foreppppp: @foreppppp

7. Ijat Haikal: @_ijathaikal

8. Ikhmal Nour: @ikhmaln0ur

9. Izhaikal: @izhyekal

10. Linda Said: @wanitabermisai

11. Mira Rosli: @mrarsli_

12. Nayiiem: @nayiiem

13. Pinn Yang: @yang

14. Rahman Chea: @rahmanchea

15. Ryan Bakery: @ryanbakery

16. Syerrasun:  @syerrasun

17. Two Sided:  @two_sided8

18. Ubaimz:  @ubaimz

19. Wan Chai:  @wanchai_31

20. Zachary Chiah: @zacharychiah


KATEGORI 8: DIGITAL CONTENT CREATOR (LIFESTYLE) TERGEMPAK 2023

1. Afiq Rahim: @mrafiqrahim93

2. Amin & Abid Othman: @aminxabid

3. Auntie Purple: @auntiepurple248

4. Boss James: @bossjames_oe

5. Che Nom: @chenom_tiktok

6. Cikgu Faiz: @cikgufaiz_official

7. Dahlia Rizal: @indomie.d

8. Fendy Mojo: @fendymojo

9. Iman Rashid: @imanmulamemasak

10. Jenul Masak: @zainulrusydi

11. Jiela: @fhazilanasir

12. Kim Seri Eina: @kimseri_eina

13. Nelysa Norazlan: @nelysa_norazlan

14. Ozzie Manan: @ozziemanan

15. Qisthena:  @qstnaadi

16. Sofea Shra: @sofeashra

17. Syamimia: @syamimia_

18. UmeCikin: @umeazhar

19. Dekam San:  @dekamsan

20. Marbitter:  @marbitter


KATEGORI 9: DIGITAL CONTENT CREATOR (MOTIVATOR) TERGEMPAK 2023

1. Aminahtul Mardiah: @aminahtulmardiah

2. Cikgu Saffuan:  @cikgusaffuan

3. Dr. Malar Santhi:  @drmalarss

4. Dr. Say Shazril:  @say_shazril

5, Dr. Syed Aliff Fauzan: @drsyedaliffauzan

6. Dr. Zamir Mohyedin: @zamirmohyedin

7. Fathi Hussein: @mathsanova

8. Fatin Nabila: @fatinnabila1

9. Furqan Fawwaz: @furqanfawwaz

10. Hanif Loid: @hanifloid

11. Iqbal Ahyar: @iqbalahyar

12. Kevin Zahri: @kevinzahri

13. Mashy: @n.mashyaircond

14. Muhammad Noor: @dodosentoso

15. Qawiyaro: @qawiyaro

16. Reina Lum: @reinalum

17. Tun Laila: @yarafaee

18. Ustaz Adnin Roslan: @adninroslan

19. Uzairi Taib: @uzairitaib

20. Zhiddin Aziz: @zhiddinaziz

SAMBUTAN PENUH MAGIS MEWARNAI SURIA KLCC DENGAN KEMUNCULAN ‘GINGERBREAD CHRISTMAS VILLAGE’ | Raikan keceriaan perayaan Krismas dengan menghantar poskad dari meja pengeposan ‘Gingerbread’!

Megah berdiri sebagai destinasi membeli-belah terkemuka, Suria KLCC membawakan kemeriahan sambutan yang penuh dengan kemilau cahaya Hari Krismas yang bertemakan ‘Gingerbread Christmas Village’. Berinspirasikan daripada tradisi membuat biskut ‘Gingerbread’ dan rumah ‘Gingerbread’ sepanjang perayaan Krismas, tema sambutan ini bakal mewarnai Suria KLCC mulai dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024.

Para pengunjung dijemput untuk melangkah ke dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court yang membawakan pelbagai binaan yang mempesonakan inspirasi dari ‘icing’ dan gula-gula yang berwarna-warni. Sebuah air terjun cokelat ‘Gingerbread’ ditampilkan untuk menyerikan lagi suasana sambutan perayaan Krismas.

Dekorasi utama dilihat membawakan sebuah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam. Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ selain daripada pelbagai hadiah yang menarik buat para pengunjung untuk mencipta kenangan yang indah.

Pengalaman tidak terhenti disitu apabila para pengunjung berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna buat yang tersayang melalui pengeposan poskad. Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC. Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.

Selaras dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni untuk tanggungjawab sosial dan korporat. Sepanjang sambutan perayaan kali ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad‘Gingerbread Man’.

Sambutan di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’. Sementara itu, ‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput para pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.

Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’.

Untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.

“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat. Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya

Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. Tidak kurang dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.

Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian, persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar bernilai RM80.

Mesra Mall, Terengganu

Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.

Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk sambutan cuti akhir tahun mereka.

Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

**********************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Amir Ahnaf & Anna Jobling: Pasangan baharu dan gandingan paling ditunggu muncul dalam ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ di slot MegaDrama Astro

Astro tampil mempersembahkan ‘Syurga Itu Bukan Mudah’, drama bersiri terbaharu yang bakal menghiasi slot MegaDrama Astro Ria, mulai 4 Disember 2023. Mengangkat dua bintang terhangat tempatan yang bakal menjadi pasangan ‘ikon’ dunia drama tahun ini, gandingan ini muncul di dalam sebuah penceritaan dengan naratif percintaan yang menjadi tragedi di alam perkahwinan. Drama baharu ini menyuntik liku-liku kehidupan berpasangan yang dibintangi oleh Amir Ahnaf dan Anna Jobling, selaku pelakon utama dan merupakan naskhah drama yang dinanti-nantikan pada bulan Disember ini.

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik. Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.

Drama rantaian ini mengetengahkan realiti perkahwinan yang musnah akibat hubungan toksik daripada pasangan suami dan isteri dengan melibatkan jalan cerita yang menggambarkan kehidupan dua dunia berbeza di bawah satu bumbung yang sama. Kisah ini juga diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi jarang diketengahkan. Namun sesuatu yang berbeza dan informatif diselit melalui drama ini yakni isu pengkhianatan, penderaan mental dan emosi pasangan perkahwinan malah sikap suami yang berlandaskan nafsu serta bersifat hipokrit turut diterjemahkan menerusi drama ini.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “’Syurga Itu Bukan Mudah’ mempunyai naratif yang lain daripada cerita cinta biasa. Drama kali ini bergenre dark love yang mengisahkan realiti perkahwinan penuh dusta dan derita yang terhasil daripada keinginan yang berbeza di dalam hubungan percintaan. Walaupun mempunyai plot yang berat, namun drama ini juga terselit pengajaran dan ikhtibar yang kuat. Watak Aileen memainkan peranan yang besar dalam mengajar setiap wanita untuk tabah dan tidak putus asa daripada kesilapan yang dilakukan.

Manakala watak Farid memberi gambaran bahawa satu keburukan boleh memusnahkan hubungan kekeluargaan. Inilah yang ingin kami paparkan menerusi karya terbaharu slot MegaDrama yang pastinya mempunyai daya tarikan dan peminatnya tersendiri.

Kami juga amat bangga dengan gandingan utama drama ini yakni Amir Ahnaf dan Anna Jobling yang berjaya membawa watak Farid dan Aileen mengikut gambaran yang kami inginkan. Keserasian mereka menghidupkan watak masing-masing walaupun ini merupakan pertama kali mereka bekerja bersama. Kami berharap keterujaan kami untuk drama ini sampai hingga ke para penonton dan peminat yang menanti-nantikan tayangannya. Diharap juga apa yang ingin kami sampaikan tersemat di dalam hati setiap penonton drama ini”, tambah Norzeha.

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling bersama sebagai teraju utama iaitu Farid dan Aileen, di mana kedua- duanya dikenali daripada program realiti pencarian bakat Astro, Hero dan Dewi Remaja.

Turut menjadi tunjang utama drama ini ialah Fadhli Masoot yang memegang watak sebagai Arman, orang kanan kepada Farid yang sering menjaga rahsianya serta Alya Iman sebagai Fara, isteri kepada Arman yang bersikap manja tetapi kerap membuli dan mengongkong suaminya.

Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd ini juga turut dijayakan oleh barisan pelakon lain seperti Amir Nafis, Steve Yap, Bulan Terry, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

‘Syurga Itu Bukan Mudah’ bakal menemui para penonton Astro mulai 4 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

NAS MUAMMAR ZAR SUPERHERO IKONIK MALAYSIA, KELUANG MAN! TURUT DIBINTANGI REMY ISHAK, ANWAAR BEG MOGHAL & DATUK ROSYAM NOR | Filem Versi ‘Live-Action’ Bakal Mula Penggambaran Tahun Hadapan

Teka-teki siapakah pelakon yang akan membawakan watak superhero ikonik Malaysia, KELUANG MAN akhirnya terjawab apabila bintang aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T dipilih untuk memegang peranan itu. Muncul di atas pentas majlis pelancaran dengan menanggalkan topeng KELUANG MAN, Nas bakal digandingkan dengan pelakon utama yang lain seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor.

Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar. 

KELUANG MAN merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia. Menariknya, berdasarkan pencarian kata kunci di Google Trends, KELUANG MAN masih dicari sejak tahun 2004 sehingga kini dan diperkatakan. Di platform TikTok, menerusi #KeluangMan telah mencatat 20 juta tontonan, manakala video berkaitan KELUANG MAN di YouTube menerima 8 juta tontonan. Begitu juga dengan koleksi lukisan peminat (Fan Art) yang banyak dihasilkan. Lebih membanggakan, Google kenang pencipta KELUANG MAN, Allahyarham Kamn Ismail menerusi Google Doodle khas.

Versi filem bakal diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip. Astro Shaw kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran dijangka bermula April tahun hadapan. 

KELUANG MAN memaparkan kisah tentang seorang pesakit psikiatri yang menjadi adiwira bertopeng dalam membenteras jenayah. Selain watak KELUANG MAN, Remy Ishak terpilih membawakan watak antagonis bernama Shamsir, Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab dan Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad.

Menurut Penerbit Eksekutif KELUANG MAN merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, “Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan filem KELUANG MAN, pelbagai reaksi positif diterima daripada peminat serta menerima liputan meluas. Ini membuktikan KELUANG MAN masih relevan dan mempunyai impak yang sangat besar kepada penonton Malaysia. Dalam masa yang sama, kami mahu memperkenalkan semula IP animasi kebanggaan negara kita melalui live action movie kepada generasi baru; dan tentunya mengangkat karya ini ke tahap yang lebih tinggi, dengan skala yang lebih besar.”

“Antara yang menjadi tumpuan tentunya pemegang watak KELUANG MAN dan selepas menjalankan sesi uji bakat, Astro Shaw mencapai kata sepakat untuk memilih Nas Muammar Zar kerana ciri-ciri dan dedikasi beliau yang menepati kriteria karakter. Kami percaya Nas mampu membawakan kelainan dalam menghidupkan watak animasi kegemaran ramai ini. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir bagi sesi uji bakat dan kami akui semuanya hebat-hebat belaka. Tidak ketinggalan, kami turut membariskan gandingan pelakon berkarisma tanah air seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor. Filem KELUANG MAN dijangka menemui penonton pada tahun 2025. Kami sedang merangka strategi dalam menghasilkan universe terbesar KELUANG MAN dan mengalu-alukan peluang kepada pelbagai pihak untuk bekerjasama dalam francais ini.”


Pengarah dan Penulis Skrip filem KELUANG MAN, Anwari Ashraf pula menjelaskan; “Setelah menimbang-tara lebih beratus calon termasuk pelakon berpengalaman dan bakat baru, jelas pada kami bahawa Nas Muammar Zar adalah KELUANG MAN yang kami cari. Aura lahiriah Nas sebagai seorang individu persis dan jitu dengan jiwa Borhan, sehingga kami tidak teragak-agak memilih beliau.” 

“Buat masa ini, kami masih dalam proses pra produksi. Proses penjadualan,  pencarian lokasi, dan  memapan cerita sedang berjalan. Seiring itu, proses yang paling mendebarkan bagi kami adalah proses mereka-bentuk kostum KELUANG MAN turut berjalan. Kami sedar akan tanggungjawab besar yang digalas dalam memenuhi ekspektasi peminat animasi ikonik ini;  jadi kami sentiasa berwaspada dalam melaksanakan visi kreatif kami.”


Sesi uji bakat tempoh hari mempunyai 3 fasa. Fasa pertama dibuka pada 28 Julai sehingga 28 Ogos lalu. Calon perlu menghantar video tentang diri dan personaliti mereka. Fasa kedua adalah calon yang terpilih dipanggil untuk uji bakat secara fizikal. Fasa ketiga, daripada 10 bakat yang telah disenarai pendek, hanya seorang dipilih oleh produksi untuk membawa watak KELUANG MAN. 

Sementara menantikan filem KELUANG MAN ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com sekarang bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga. 


Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia KELUANG MAN yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Gunakan #KeluangMan bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik KELUANG MAN di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Blog Performance November 2023


Tercungap nak update entry untuk bulan November tapi tak dapat jugak nak capai target asal. Baru nak update, dah datang kerja lain nak kena buat. Itupun bulan ni tak banyak pergi event tapi kalau badan penat pun, tak larat jugak nak update sebab mood nak menulis tu dah hilang. 

1. PV


Tengok pada graph pun dah boleh nampak betapa mendatarnya pageview bila tak sempat nak update dan berbalas kunjungan. Mostly 2k hingga 3k je sehari, makin menurun dari performance bulan Oktober 2023. Dekat hujung bulan tu naik sebab Netflix add movie baru. Mungkin bulan Disember boleh update banyak movie Christmas vibe kot sebab tengah musim kan. Kalau update movie yang berlatarkan perayaan ni, selalunya akan naik bila perayaan tu muncul. Sambutan Deepavali dekat Malaysia tak panjang kan, jadi impak movie nustan tak tinggi lah hshshs

2. Posts


Walaupun impak filem nustan tak tinggi tapi review movie Jawan masuk Popular Posts, maybe sebab SRK kot. Tapi nak bersandarkan pada teori tu semata pun tak boleh jugak sebab movie review Tiger 3 tenggelam padahal ada SRK. Apa pun, Popular Post sekarang dah nampak cantik dengan movie review, mengekalkan niche utama blog ni. 

Kalau ikutkan Popular Post, kebanyakannya filem dan series dari Netflix jadi bolehlah buat senarai movie yang available dekat Netflix. Bila nak buat? Entah. Like always, kita plan dulu. Jadi ke tak tu belakang cerita. 

3. Bilangan Entri


Teruk jugak performance tahun 2023 ni sebab makin lama bilangan entri makin menurun, jauh pulak tu dari target setiap bulan. Kalau ada entri yang terlebih dari target pun tak besar sangat jumlahnya. Bulan Disember ada banyak cuti dan banyak benda nak kena bayar jadi mungkin akan semakin rajin update blog. Mungkin kena buat challenge 30 hari 30 challenge tu supaya ada entry setiap hari. What do you guys think? 

Anyway, thanks for visiting and take care of yourself. Stay healthy and wear your mask in crowded places :)