Undian ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia
Thursday, 9 November 2023
Undian ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia | Undi podcast kegemaran anda di laman web SYOK
Undi podcast kegemaran anda di ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’
- Bersempena dengan Anugerah Podcast SYOK 2023, semua rakyat Malaysia boleh mengundi podcast kegemaran mereka mulai sekarang hingga 4 Disember 2023, di laman web SYOK.
- Para peminat boleh memilih podcast kegemaran mereka daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, merentasi empat kategori:
o SYOK Podcast Of The Year
o SYOK Favourite Episode Podcast
o SYOK Favourite Radio Podcast
o SYOK Favourite Celebrity Podcast
- Calon-calon telah disenarai pendek berdasarkan keaslian, keunikan, jalan cerita, bilangan pendengar dan kriteria lain yang ditetapkan semasa proses penamaan calon. Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada malam ‘Anugerah Podcast SYOK 2023’ pada 8 Disember 2023.
Nota: Sila rujuk Lampiran untuk senarai calon dan kategori anugerah.
- Selain itu, penghasil podcast juga boleh menghantar podcast mereka untuk kategori SYOK The Best of Independent Podcast, dari sekarang hingga 14 November 2023. 8 podcast teratas daripada kategori ini akan disenarai pendek dan dibuka untuk undian orang ramai mulai 17 November 2023 di laman web SYOK. Pemenang juga akan diumumkan pada malam anugerah tersebut.
- Untuk maklumat lanjut, layari laman web SYOK atau muat turun aplikasi SYOK secara percuma.
Suria KLCC, pusat beli belah ikonik di ibukota, bakal memukau semua pengunjung sempena perayaan Deepavali dengan tema ‘Gemerlapan Taman Cahaya’ dari 3 hingga 15 November ini.
Nikmati suasana yang mempersona di Suria KLCC dengan rekaan taman yang dihiasi bunga bungaan indah dan hayunan buaian yang pastinya menjadi tarikan untuk merakam detik indah.
Dekorasi “kolam” interaktif bersaiz 20 kaki bakal menyambut pengunjung di ‘Centre Court’. Ianya mampu berputar dan memancarkan cahaya mengikut interaksi pengunjung. Suasana bakal dimeriahkan lagi dengan hiasan sebuah replika burung merak setinggi tujuh kaki. Ekor interaktif sepanjang 32 kaki mampu berkembang penuh gemalai dan begemerlapan mengikut interaksi pengunjung. Diilhamkan daripada bunga tiruan serta beras berwarna, ianya seolah olah hidup.
Hiasan berwarna warni beserta penataan lampu dan kesan bunyi bakal bakal membangkitkan semangat perayaan cahaya ini.
Pada hujung minggu pula, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan tarian tradisional kaum India di ‘Centre Court’. Alunan lagu lagu Deepavali terpilih juga boleh dinikmati di seluruh pusat membeli-belah untuk meningkatkan suasana perayaan ini.
"Deepavali ialah masa yang amat bermakna, ianya melambangkan kejayaan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan pengetahuan mengatasi kejahilan. Di Suria KLCC, kami bertekad untuk bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah sempena perayaan yang tidak dapat dilupakan, tetapi juga budaya yang memupuk hubungan dan persefahaman erat dalam komuniti kami," kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Untuk memeriahkan lagi sambutan kempen sambutan Deepavali ini, pembeli yang membuat pembelian berjumlah RM600 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan memperoleh e-Baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM50.
Pusat Beli-Belah Alamanda
Sambutan Deepavali di Alamanda Putrajaya bermula pada 28 Oktober dan akan berakhir pada 13 November. Pengunjung bakal disajikan dengan hiasan yang meriah, termasuk “kolam” berwarna- warni yang dicahayai untuk mebangkitkan perasaan bertuah dan bernasib baik bagi penganut agama Hindu.
Bagi menambahkan keseronokan, pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khusus, Baucar Beli-belah Alamanda bernilai RM30 bakal menanti.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall
Dari 8 hingga 19 November, di Mesra Mall Kemaman, sentuhan perayaan Deepavali dijelmakan melalui hiasan reka bentuk “kolam” yang dihasilkan daripada tepung beras. Terdapat juga tarikan lain seperti burung merak dan saree bagi meningkatkan suasana perayaan dan melahirkan semangat perayaan.
Untuk info lanjut, layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
****************************
Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia
November 2023 Highlights: 13- 19 November 2023
Wednesday, 8 November 2023
November 2023 Highlights: 13- 19 November 2023 | Stream on the Astro GO app
*Highlights are subject to change
Monday, 13 November
1. The Best of Celebrity Family Feud [New Episode]
Showcase (Ch 413), 9pm
The classic Family Feud format has entertained a generation, and this hilarious celebrity reboot sees Emmy-award winning host Steve Harley at the helm, as famous faces and their families play the game.
2. Perfect Marriage Revenge [Express]
K-Plus (Ch 396), Sun & Mon at 9.15pm
Starring: Sung Hoon and Jeong Yu-Min
Adapted from the webtoon "The Essence of a Perfect Marriage"; The story of Han Yi-joo, a woman who is in a contract marriage with a man named Seo Do-guk to get her revenge on her original husband. On the day of witnessing the betrayal of her husband Se-hyuk who confessed to her stepsister, Yi-joo died in a car accident and was transported back to a year ago. She dreams of a secret perfect rebirth revenge through the contract marriage with the man who stepsister loves to avenge her family, stepsister and her husband who persecuted her.
Tuesday, 14 November
1. Carter S2 [Season Premiere]
Showcase (Ch 413), 6pm
Starring: Jerry O’ Connell and Sydney Tamiia Poitier
After an embarrassing public meltdown in Hollywood, actor Harley Mackay travels back to his sleepy hometown where he uses his acting experience to become the real-life detective, he's always dreamed of being. After his last encountered with the Hollywood TV Producer, Harley decides to stay in Canada and becomes Private Investigator.
2. Unpredictable Family
KBS (Ch 392), 7.50pm
Starring: Nam Sang Ji, Lee Do Kyum, Kang Da Bin
Jungae and Donggu divorced 30 years ago over a misunderstanding; after going their separate ways, they became practically enemies. Never did they know they'd become family again, but this time, as in-laws.
Wednesday, 15 November
1. The Art of More S2 [Season Premiere]
Showcase (Ch 413), 6pm
Starring: Kate Bosworth and Christian Cooke
The second season of The Art of More is a high-stakes journey of greed and desperation through the New York auction scene where it’s not just the art and memorabilia that comes at a high price.
2. GBRB: Reap What You Sow [New Episode]
tvN (Ch 395 HD), 9.20pm
Starring: Lee Kwang Soo, EXO’s D.O., Kim Woo Bin and Kim Ki Bang
Actors Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo and Kim Ki-bang, who are best friends in real life, experiencing and enjoying rural life in a remote ‘FARM’ while taking part in organic harvesting.
Thursday, 16 November
1. Julia S2 [Season Premiere]
HBO (Ch 411), 4pm
Starring: Sarah Lancashire and Brittany Bradford
Inspired by Julia Child's extraordinary life and her long-running television series, "The French Chef", which pioneered the modern cooking show. Through Julia's life and her singular joie de vivre, the series explores a pivotal time in American history - the emergence of public television as a new social institution, feminism and the women's movement, the nature of celebrity and America's cultural evolution. At its heart, the series is a portrait of a loving marriage with shifting power dynamic.
2. Rap Sh!t S2 [New Episode]
HBO (Ch 411), 4pm
Starring: Aida Osman, Shawna Clark and KaMillion
Two young women from Miami reignite an old friendship to chase their dreams of rap stardom. Shawna and Mia were high school frenemies who reconnect years later, both feeling stuck. Their unlikely musical partnership offers a way out - and maybe up - in an industry that demands talent, skills and a fierce commitment to making it work.
3. The Genius Paik 2 [New Episode]
tvN (Ch 395), 10.30pm
Starring: Paik Jong-won, Lee Jang-woo, Yuri, John Park and Lee Kyu-hyung
The top Korean restaurateur Paik Jong-won is back with a team of A-list celebrities, accepting the challenge of starting a Korean restaurant and introducing Korean cuisine to the globe in an unfamiliar country.
Friday, 17 November
1. The King 2 Hearts (2012)
ONE (Ch 393), 7.50pm
Starring: Lee Seung-gi and Ha Ji-won
Set in a fictional reality where South Korea is governed by a constitutional monarchy, The King 2 Hearts revolves around romance between a frivolous South Korean prince Lee Jae-ha and a legendary North Korean special force officer Kim Hang-ah. Together, they overcome barriers and prejudices that stand between them and eventually fall in love with each other.
Saturday, 18 November
1. The Great British Bake Off S14 [Season Premiere]
BBC Lifestyle (Ch 717), Saturday-Sunday, 9.30pm
Hosts: Alison Hammond and Noel Fielding
Twelve home bakers take part in a 'bake off', which will test every aspect of their baking skills as they battle it out to be crowned the Great British Bake Off's Best Amateur Baker.
Sunday, 19 November
1. Perfect Marriage Revenge [Express] [New Episode]
K-Plus (Ch 396), Sunday-Monday, 9.45pm
Starring: Sung Hoon and Jeong Yu-Min
Adapted from the webtoon "The Essence of a Perfect Marriage"; The story of Han Yi-joo, a woman who is in a contract marriage with a man named Seo Do-guk to get her revenge on her original husband. On the day of witnessing the betrayal of her husband Se-hyuk who confessed to her stepsister, Yi-joo died in a car accident and was transported back to a year ago. She dreams of a secret perfect rebirth revenge through the contract marriage with the man who stepsister loves to avenge her family, stepsister and her husband who persecuted her.
2. This is the End [Channel Premiere]
Showcase (Ch 413), 10pm
Starring: James Franco, Jonah Hill, Seth Rogen, Jay Baruchel, Danny McBride and Craig Robinson
In Hollywood, actor James Franco is throwing a party with a slew of celebrity pals. Among those in attendance are his buddies Jonah Hill, Seth Rogen, Jay Baruchel, Danny McBride and Craig Robinson. Suddenly, an apocalypse of biblical proportions erupts, causing untold carnage among Tinseltown's elite and trapping Franco's party in his home.
Pelanggan sooka & NJOI kini boleh mengakses 5 saluran FAST baharu daripada Astro | Saluran-saluran tersebut menawarkan pelbagai Drama, Rancangan Komedi dan Pelancongan, semuanya boleh diakses secara percuma
Semua pelanggan sooka dan NJOI kini boleh mengakses lima saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) tanpa bayaran tambahan, iaitu Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral dan Travel & Taste. Tambahan baharu ini akan melengkapi sepuluh saluran FAST sedia ada untuk pelanggan sooka, seterusnya meluaskan lagi pilihan para pelanggan dengan lebih drama, rancangan komedi, pelancongan, serta kandungan Astro seperti Super Spontan All Stars, Suri Hati Mr Pilot, The Rebel Princess dan Perfect Partner.
sooka merupakan satu-satunya aplikasi penstriman Malaysia yang menawarkan saluran sukan lengkap dan hiburan tempatan serta Asia yang menarik. Aplikasi ini menyediakan satu pengalaman sempurna tanpa sempadan pada mana-mana peranti yang disambungkan dan sesuai untuk hiburan pada bila-bila masa (on-the-go). Manakala NJOI adalah perkhidmatan TV satelit prabayar premium percuma (freemium) pertama di Malaysia, menawarkan pelbagai kandungan hiburan, sukan, pembelajaran dan berita yang menarik.
Tambahan baharu kepada sooka dan NJOI ini bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan pilihan hiburan yang pelbagai tanpa caj tambahan. Dicipta oleh Astro, saluran-saluran baharu FAST ini menawarkan campuran kandungan asli serta rancangan antarabangsa yang boleh diakses melalui NJOI Box untuk para pengguna NJOI, dan peranti mudah alih & TV pintar untuk pengguna sooka.
Lima saluran FAST daripada Astro adalah:
● Filem Mantap (NJOI CH131): Destinasi sempurna untuk filem penuh kualiti. Ia menawarkan himpunan telefilem terpilih daripada pelbagai genre yang menghiburkan dan memikat hati anda.
● Drama Hebat (NJOI CH132): Hiburkan diri dengan campuran tematik muzik terpilih dan pelbagai kandungan lain yang menawarkan anda hiburan sepanjang masa tanpa henti daripada seluruh dunia. Kembali ke masa lalu melalui pilihan drama tempatan kami yang menambat hati, di mana pelakon-pelakon hebat membawakan anda magis sinematik melalui persembahan mereka yang luar biasa. Drama-drama malar segar ini menampilkan sedetik gambaran masa lalu di mana emosi, konflik, dan penyelesaiannya kekal relevan ke hari ini.
● Drama Hotpot (NJOI CH133): Saluran ini menawarkan berjam-jam hiburan penuh pesona melalui kandungan terbaik dari China untuk menarik hati setiap ahli keluarga anda.
● Lawak Sentral (NJOI CH134): Bersedia untuk menaiki roller-coaster yang akan membawa anda ke daerah penuh tawa serta jenaka yang menaikkan semangat anda. Daripada komediri menggelikan hati, ke sitkom penuh jenaka, di sinilah tiket anda ke dunia yang penuh keceriaan dan ketawa tanpa henti.
● Travel & Taste (NJOI CH135): Saluran ini meneroka lapisan budaya melalui pengalaman perjalanan yang mengasyikkan, di samping menikmati rasa asli setiap daerah melalui resepi- resepi lazat.
Pelanggan yang berminat boleh menonton kesemua 15 saluran FAST ini secara percuma selepas mendaftar dengan sooka dan jika mereka menginginkan lebih banyak kandungan premium, mereka boleh melanggan sooka dari hanya RM12.90.
Pelanggan NJOI sedia ada yang ingin mengakses lebih saluran pula boleh membeli Pek Family NJOI, menawarkan 43 saluran-saluran premium dengan hanya RM29.90 untuk 30 hari. Kesemua pelan langganan sooka dan NJOI adalah tanpa kontrak dan tanpa komitmen.
Muat turun sooka: Google Play Store | Apple App Store
Daftar NJOI: www.njoi.com.my