TREASURE DAZED KOREA INTERVIEW

Monday, 6 November 2023

It's enough already, but we know it'll shine more anew. More pictorials and articles can be found in <Dazed> Fall Edition.














Selfie Folder TREASURE for DAZED

1. Choi Hyunsuk 

People say that there's always an end when there's a beginning, but I hope there's no end for Treasure. I will promise that on our 3rd anniversary, for the next 10, and even 20 years later.

2. Park Jihoon

We have many goals in my life. There is a big dream to be a singer, and there are detailed plans

3. Kanemoto Yoshinori

I grew up listening to a lot of different types of music. I hope that my music, which has been influenced by that kind of influence, becomes a new style for YG. 

4. Kim Junkyu 

It definitely made me want to do better. But as time went on, I felt like I had to do better and improve. So lately, I've been practicing letting go of that greed. Since there are failures, there are also successes. So I guess you have to enjoy failure.

5. Yoon Jaehyuk 

I want to get closer to my fans year by year. Wouldn't it be okay if I saw you more often? In fact, the activity period has overlapped a lot with the pandemic. Now I have to show you more.

6. Hamada Asahi

When I look at the members, I feel like I’ve grown up, but actually I’m still young. I have to be a better adult. Even though I have become an adult, I still want to protect my children’s hearts.

7. Kim Doyoung 

I won't give up, even if it's tough, because I don't think I've reached the goal I want to achieve yet. Personally, I have a goal for which I strive for perfection, but it's hard to express. I want to hear people say, 'Treasure is recognized, 'They are cool, and They are artists we trust’.

8. Watanabe Haruto 

I find peace of mind by looking at happy people. It was nice just looking at it. I'm also grateful for my happiness. I'm happiest when I'm on stage. I'm just thankful that there are people who like our songs. I don't dream of a particular happiness. I'm just happy right now.

9. Park Jeongwoo

Actually, the Hyungs must have been busy, but it's not easy to take care of the other members. Each of us takes care of everything.

10. So Junghwan

I'm happy to be able to record myself at that age. I want to continue to be a person with good balance. I want to do anything above average. There's nothing you can't do. These days, I do much of my homework by myself to develop and improve.






RRM Ladies Photoshoot

Salah satu inisiatif Ram Reza & Muhammad untuk tahun 2023 selain berpindah ke unit baru, menjaga imej warga RRM pun termasuk juga. Selesai bab pindah office, kali ni selesai juga tempahan blazer RRM berwarna blue black untuk lawyer dan staff wanita. 


Asalnya nak ambil warna hitam, senang untuk masuk semua warna tapi stok ak ada jadi pilih lah warna blue black, sesuai lah dengan tema warna rasmi Tetuan Ram Reza & Muhammad. Tempahan awal untuk ladies dulu, kemudian baru tempah untuk yang lelaki sebab wanita lagi ramai dekat Ram Reza & Muhammad ni. HQ, Petaling Jaya, Kuala Terengganu dan Penang, semuanya wanita lagi ramai. 

Once semua dah dapat blazer, Kak Nurul tetapkan tarikh dan masa untuk photoshoot dengan blazer. Kak Nurul dah inform untuk pakai cantik-cantik siap makeup so tak ada excuse lah tak cantik dalam gambar. Siapa lupa nak makeup tanggung sendiri lah. 

Untuk photoshoot blazer tu, En. Hamza yang ambilkan sebab dia photographer tapi pakai iPhone je lah. Masa plan nak ambil gambar tu, plan biasa-biasa je nak ambil gambar sekeping dua. Dah pakai cantik, dah makeup bagai takkan lah nak ambil sikit je. 

Kitorang start dengan gambar duduk di lounge area, kemudian pose lipan ni. Tersangatlah awkward untuk pose lipan sebab tak pernah buat pose ni. Tak sure jadi cantik ke tidak nanti. Motif pose lipan ni sebab nak tayang logo Ram Reza & Muhammad dekat bahagian hujung lengan sebelah kiri tu. Logo tu Kak Nurul jahit sendiri untuk semua blazer. Thank you Kak Nurul! 


Selesai dekat atas, turun bawah pulak dekat tempat wajib Oasis, kawasan pool di bahagian tengah Oasis Square Ara Damansara. Sekarang pool ni tengah kosong, boleh lah photographer masuk dalam pool. Semua kena susun cepat sebab panas terik, matahari terpacak atas kepala padahal baru pukul 10 pagi. Susunan awal, semua berdiri rapat tapi nampak tak cantik jadi En. Hamza suruh buat gap supaya semua boleh nampak. 



Lepas pose gambar rasmi, En. Hamza suruh buat pose candid tapi memasing blur lepastu bersepah lah gambar yang idak-idak je dekat sini. 





Lepas setengah jam dekat kawasan pool, bergerak pula ke spot terakhir. Tak tahu sebenarnya nak pose macam mana tapi tengok gaya semua dah ambil spot masing-masing, kita duduk hujung je lah buat pose mana sempat. Panas terik macam tu bukannya fokus pun. Nasib baik cantik kejadiannya. 










Bergambar santai je pun kemain riuh satu floor sebab nak dapat pose cantik. Bergambar ramai-ramai ni haruslah semua mencari angle dan pose terbaik supaya tak nampak gemuk. Happy lah tengok gambar sebab candid pun cantik haha. Mana yang tak cantik tu kita buang je. Thank you RRM untuk blazer baru. Thank you En. Hamza tolong ambilkan gambar cantik pakai blazer. 

Movie Review | Konferensen (2023)

Sunday, 5 November 2023


Director: Patrik Eklund
Writers: Patrik Eklund, Thomas Moldestad, Mats Strandberg
Cast: Katia Winter, Adam Lundgren, Eva Melander
Production Companies: SF Studios
Distributor: Netflix
Genre: Black Comedy / Mystery / Thriller
Running Time : 100 minutes
Release Date: 13 October 2023 
Trailer :


Filem dari Sweeden yang diadaptasikan dari novel Konferensen, karya nukilan Mats Strandberg mengisahkan tentang sekumpulan pekerja syarikat yang berkumpul sehari sebelum upacara pecah tanah di lokasi mall baru mereka. Persidangan yang diadakan di Kolarsjon Holiday Village tersebut merupakan aktiviti team building untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka semua dan diketuai oleh Ingela (Maria Sid). 

Lina (Katia Winter) baru saja pulang dari cuti selama 2 minggu dan masih keliru dengan progress projek tersebut. Setahu dia, tuan tanah berkeras tidak mahu menjual tanah kepunyaannya kerana mengganggu sumber pencariannya di kawasan tersebut. Tapi tidak lama kemudian, PÃ¥lsson ditemui mati dengan bunuh diri di kandang ternakannya. Sama ada Ingela terlibat dalam tragedi tersebut, dia tidak tahu. 

Sementara Lina dan Anette (Cecilia Nilsson) membantah projek tersebut, Amir (Amed Bozan), Nadja (Bahar Pars), Eva (Eva Melander) dan Torbjon (Claes Hartelius) masih di tengah pagar untuk menyokong atau membantah. Jonas dan Kaj (Christoffer Nordenrot) sepenuhnya menyokong Ingela dan teruja dengan jawatan baru yang menanti. 

Tak lama setelah mereka sampai di tempat penginapan tersebut, seorang demi seorang diserang oleh lelaki bertopeng, atau lebih tepat lagi Sooty, maskot syarikat mereka. 
‘We don’t have any vehicles to get us out, we can’t call anyone and there’s a killer waiting for us out there.’ - Najda

Tak perlukan masa yang lama pun untuk teka siapa pembunuh misteri tersebut sebab dari awal lagi pengarah dah bagi hint individu yang mempunyai dendam besar terhadap mereka semua termasuklah pekerja kabin tersebut. 

Memandangkan filem ni tipikal slasher jadi cara pembunuhan tersebut kejam dan ganas. Pembunuh kenal hutan di situ, pasang perangkap dan serang pada waktu mangsa dia tak sedar langsung akan bahaya yang ada di situ. Pertarungan antara semangat untuk balas dendam dan semangat untuk kekal selamat antara faktor Konferensen terlihat menarik. 

Of course, kita yang tengok ni nak Lina selamat tapi macam mehhh lah bila dia selamat sebab nasib je. Tengok cara dia macam bijak tapi kadang macam cry baby. Mungkin effect ubat yang dia ambil. Entahlah. Patutnya diorang semua dah boleh agak apa perangkap yang pembunuh akan guna sebab kawasan hutan. Ada babak yang dah bosan tengok sebab mangsa kena jerat besi, tali tangsi dan ceracak kayu di flying fox. 

Masa Eva, Torbjon, Amir dengan Nadja plan untuk lawan pembunuh kejam tu dah seronok nak tengok sebab masing-masing nak berlawan tapi cerita jadi lemah balik. Yang seronok tu mula jadi merepek sebab sekumpulan pekerja yang ramai tak mampu nak lawan pembunuh seorang. Mungkin sebab terikat dengan genre komedi jadi penulis perlu cipta momen bodoh macam Nadja gunting rambut sendiri padahal boleh tikam tangan pembunuh. 

Dalam kebanyakan watak tu, watak Jonas antara yang menarik untuk ditonton. Dari awal dah nampak potensi dia untuk selamat sebab karakter dia licik. Lakonan Adam menghidupkan lagi watak Jonas dengan ekspresi yang menjengkelkan. Babak dia berbual dengan Anette tentang Frans antara babak menarik. 

Sinematografi yang berlatarkan kawasan hutan dan juga BGM membantu menghidupkan suasana ngeri dan menaikkan elemen thriller dari awal pembunuhan hingga ke hujung cerita. Babak bunga api jadi latar untuk tiang bendera tu hit the spot. 

Elemen komedi pula ada yang menjadi dan ada yang tidak. Dialog sesama mereka antara sumber humor dan terlihat realistik kerana watak utama adalah pekerja syarikat. Banyak spend masa bersama di syarikat pun belum tentu sanggup nak tolong dalam keadaan genting sebab selalu berbalah dan berbeza pendapat. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Movie Review | Jawan (2023)


Director: Atlee
Writers: Atlee, S. Ramanagirivasan
Cast: Shah Rukh Khan, Nayanthara, Vijay Sethupathi, Sanya Malhotra, Deepika Padukone, Sunil Grover, Sanjay Dutt, Priyamani, Girija Oak, Lehar Khan, Sanjeeta Bhattacharya, Aaliyah Qureishi
Production Company: Red Chillies Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time: 169 minutes (Theatrical release), 170 minutes (Extended version)
Release Date: 7 September 2023 
Trailer :


Kisah bermula di Nepal di mana seorang budak lelaki ditemani ibunya terjumpa askar India cdera parah, hanyut di sungai berdekatan dengan kampung mereka. Lelaki tersebut dibawa pulang dan dirawat menggunakan rawatan tradisional. Selepas 3 bulan, dia membantu menyelamatkan penduduk kampung dari serangan komunis namun hilang ingatan tentang siapa dirinya yang sebenar. 

Di latar masa yang lain, di bandar Delhi, sebuah metro dirampas oleh sekumpulan wanita – Lakshmi (Priyamani), Eeram (Sanya Malhotra), Ishkra (Girija Oak), Kalki (Lehar Khan), Helena (Sanjeeta Bhattacharya) dan Janhvi (Aaliyah Qureishi). Vikram Rathore (Shah Rukh Khan) sebagai ketua berhubung dengan Inspektor Narmada Rai (Nayanthara), ketua Force One. 

Vikram minta wang tebusan sebanyak Rs40 crore dari Menteri Pertanian (Naresh Gossain) atau semua penumpang akan mati setelah beliau gagal menjawab kuiz yang diajukan oleh Vikram. Tak tunggu lama pun untuk permintaan Azad ditunaikan kerana anak perempuan kepada Kalee Gaikwad (Vijay Sethupathi) berada dalam metro tersebut. 

Cara Vikram Rathore dan anak buah dia mungkin membahayakan banyak nyawa namun tindakannya dipuji ramai kerana membuka mata banyak pihak akan kesan rasuah yang berlaku dalam sektor pertanian. Banyak kes petani bunuh diri hanya kerana ingin menampung perbelanjaan keluarga dan lunaskan hutang dengan pihak Bank. 

Sementara Vikram berjaya meloloskan diri, Narmada terpaksa jelaskan kegagalan dia menangkap Vikram Rathore. Bukan saja pada ketua malah kepada Kalee Gaikwad yang mempunyai banyak pertaliannya dengan Kerajaan India. Banyak business deal yang berlaku antara Kerajaan dan juga syarikat-syarikat Kalee dan tanpa dia sedar, kehadiran Vikram Rathore membuka kisah lama, pada tahun 1986. 

Ramai juga yang bagi positive review untuk filem aksi terbaru SRK ni tapi I tak tergolong dalam kelompok tu sebab tak suka dengan masala entertainer template. Tambah pula filem Jawan diarahkan oleh Atlee, pengarah Tamil jadi banyak style yang digunakan dalam Jawan tak kena dengan selera. Music album pun ikut style Tamil sebab music director Anirudh Ravichander, jadi dalam banyak lagu tu I suka Chaleya je. 



Bab sinematografi dari G. K. Vishnu mungkin bersepah sebab style Tamil untuk hidupkan massy entertainer concept tu. Tapi sebab ada Red Chillies Entertainment, bab VFX memang terjamin kualitinya. Double role yang dibawakan oleh SRK pun nampak kemas dan convincing. Seronok juga tengok grand entry setiap pelakon. Masa pengarah reveal SRK di Nepal tu merepek tapi worth to watch since it’s a visual treat for SRK fans. 

Walaupun aksi yang dimasukkan sesuai dengan genre utama Jawan tapi ada elemen masala yang mengganggu penceritaan. Orang lain mungkin suka lah sebab appears filmy and larger-than-life template but I’m not into it. Expectation pun meleset bila watak Kailee banyak menyembang dan menjerit nama pembantu dia – Murad dan Manish. 

Excited nak tengok Jawan sebab SRK berlakon dengan Vijay Sethupathi, pelakon yang berbakat dalam industri filem Tamil. Malangnya pengarah terlampau taksub dengan SRK sampai tone down watak Kailee. I nak tengok dinamik lakonan SRK dan Vijay, fight scenes diorang tapi kecewa. Berbeza sangat dengan Pathaan (2023), bila Siddharth Anand biarkan watak villain, Jim menyerlah dalam ruang dia tersendiri. Bila dua watak ni bertemu, kita jadi teruja dan berdebar nak tengok. Of course hero akan menang tapi mood dan atmosfera scenario tu tak sama. 

Tak kisah lah theatrical release ataupun extended cut di Netflix, kedua-duanya mempunyai jalan cerita yang lemah. Merepek sangat bila Kerajaan boleh tunaikan permintaan Vikram Rathore untuk hantar semua equipment dalam masa 5 jam. Tak boleh relate juga bila Vikram persoalkan moral pengundi padahal setiap kali nak tenyeh undi, setiap kali tu lah juga bergaduh untuk pilih calon mana yang layak.
 
Masa Aishwarya (Deepika Padukone) pengsan sebelum digantung tu pun ehhh jugak sebab sebelum digantung, banduan ada body checkup. Banyak lagi minor errors dalam penceritaan tapi itu lah, who cares about logic kan? Kailee dengan Eijaz pun tak sama loghat dia, yang sorang Tamil, yang sorang lagi Hindi padahal adik-beradik. 

Credit where it is due bila Atlee mengangkat mesej sosial kesan rasuah dalam Kerajaan sebab banyak nyawa yang terkorban hanya kerana ketamakan seorang businessman. Macam mana Vikram Rathore ada masalah di medan perang, tak mustahil jadi kepada negara lain juga. Beli harga mahal tapi dapat kualiti cap ayam. Sekarang tengah kecoh 136 unit mesin ventilator diterima dalam keadaan rosak. Pada sesetengah orang mungkin tak ada apa tapi pada yang terlibat, it’s a life and death situation. 

Penceritaan Jawan yang bersifat non-linear narrative di mana latar masa sekarang dan 30 tahun sebelumnya juga dipersembahkan dengan baik walaupun latar masyarakat atau props tak lah mempunyai banyak beza. 

Elemen drama yang dimasukkan oleh penulis tampak berjaya mengacau emosi terutamanya pada kisah Lakshmi dan Dr. Eeram. Tapi drama untuk keluarga Vikram Rathore tak kuat sangat lah, mungkin sebab pelakon nak jaga imej. I still tak boleh hadam kenapa Aishwarya sembang benda deep dengan Azad (Arijit Gaurav) padahal anak dia baru umur 5 tahun. Tina dalam Kuch Kuch Hota Hai pun tinggalkan surat 8 helai untuk amanahkan tugas untuk anak dia. 

Good to watch on weekend. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

Director: Emma Tammi
Writers: Scott Cawthon, Seth Cuddeback, Emma Tammi
Cast: Josh Hutcherson, Elizabeth Lail, Piper Rubio, Mary Stuart Masterson, Matthew Lillard
Production Companies: Blumhouse Productions, Scott Cawthon Productions
Distributors: Universal Pictures, Peacock
Genre: Supernatural / Horror
Running Time: 109 minutes
Release Dates:  25 October 2023 (United Kingdom), 27 October 2023 (United States)
Trailer :


Mike (Josh Hutcherson) melalui masa yang sukar di mana dia terpaksa menjaga Abby (Piper Rubio), adik perempuannya dan dalam masa yang sama mencari kerja yang sesuai untuknya. Resume Mike agak susah untuk mana-mana majikan terima dia sebagai pekerja dek kerana tempoh masa bekerja yang sangat singkat. 

Hal ini kerana, Mike mempunyai masalah psikologi setelah kehilangan adik lelakinya bernama Garret ketika remaja. Trauma tersebut menghantui Mike hingga terpaksa mengambil pil tidur dan menggunakan bunyian alam untuk membantu dia tidur. Setiap malam dia akan kembali ke hari dan waktu yang sama di mana Garrett (Lucas Grant) hilang. 


Mike ambil keputusan untuk bekerja di Freddy Fazbear's Pizzeria, sebuah pusat hiburan yang pernah popular ketika 80-an namun ditutp setelah kehilangan 5 orang kanak-kanak. Kerja Mike tak susah pun, jangan benarkan sesiapa masuk dan pastikan kawasan pusat tu terjaga. Anehnya, setiap kali Mike tidur di Freddy, mimpinya berubah. Mike bertemu dengan 5 orang kanak-kanak yang hilang dan mereka juga tahu siapa yang menculik Garrett. 

‘And you only have to worry about one thing. Keeping people out. And, and you know, and keep the place tidy.’ - Steve Raglan (Matthew Lillard)


Hari kedua di Freddy, Mike bertemu dengan polis wanita bernama Vanessa (Elizabeth Lail). Tak ambil masa yang lama untuk Mike berkawan rapat dengan Vanessa kerana peribadi dia yang mesra dan baik. Tapi ada sesuatu yang misteri tentang Vanessa. Mike juga dapat tahu tentang 5 boneka mascot di pusat hiburan tersebut bukan sekadar boneka biasa. 

Idea Five Nights at Freddy's tercetus dari video game ciptaan Scott Cawthon, Chipper & Sons Lumber Co. di mana watak utama, seekor memerang kelihatan ngeri. Mengambil inspiorasi dari komen para pemain, Scott mencipta game seram berjudul Five Nights at Freddy's dengan animatronic animal character yang lain. Setiap animatronic mascots—Golden Freddy (Grant Feely), Bonnie (David Houston Doty), Chica (Jophielle Love), Foxy (Asher Colton Spence) dan Mr. Cupcake (Liam Hendrix) dihantui oleh roh kanak-kanak yang pernah hilang. 


Alur penceritaan dan character development Mike Schmidt bergerak dengan baik. Boleh nampak kenapa dia terpaksa setuju untuk bekerja di pusat hiburan yang usang dan terjerat dengan roh kanak-kanak tersebut. Dekat second half je macam pelik kenapa dia senang sangat lepaskan Abby untuk dapatkan Garrett. Mungkin dia rasa Abby susah nak jaga compared to Garrett. Abby pun boleh tahan jugak buat perangai padahal Aunt Jane (Mary Stuart Masterson) bukan sayang dia pun. 

Mungkin sebab gap diorang jauh dan Mike pun selalu stuck pada masa lalu. Patutnya writers kembangkan lagi watak Abby sebab dia selalu ada imaginary friends. Bermula dari bila dan bagaimana tu tak diceritakan langsung padahal mainkan peranan penting dalam filem Five Nights at Freddy's. 


Kalau ikutkan watak animatronic mascots tak lah seram seperti yang digambarkan pun tapi suasana pusat hiburan tu membantu menghidupkan rasa seram. Ditambah pula dengan killing potential semua watak jadi mudah untuk kita rasa gerun setiap kali Mike berseorangan di Freddy Fazbear's Pizzeria. Menariknya, filem ni tak gunakan CGI dan masa penggambaran pun kadang-kadang mascot tu bergerak sendiri jadi pengarah guna pengalaman tu dalam filem. Sinematografi dari Lyn Moncrief mewujudkan screenplay yang ampuh untuk naskhah seram arahan Emma Tammi.

Filem ni tinggalkan tanda tanya pada perbualan Mike dan Vanessa tentang 5 orang kanak-kanak tu. Something doesn’t add up with how the investigation ended. Anyway, tengok pada ending, filem Five Nights at Freddy's akan ada sekuel dan pengarah pun dah bagitahu ada possibility ke arah tu. Hopefully yang kedua lebih seram dan saspens. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10

Movie Review | Sewu Dino (2023)

Saturday, 4 November 2023


Pengarah: Kimo Stamboel
Penulis Skrip: Agasyah Karim, Khalid Khasogi 
Pelakon: Mikha Tambayong, Gisellma Firmansyah, Rio Dewanto, Marthino Lio, Givina Lukita Dewi, Agla Artalidia, Pritt Timothy, Karina Suwandi 
Syarikat Produksi: MD Pictures 
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Seram / Thriller  
Durasi Tayangan: 121 minit
Tarikh Tayangan: 19 April 2023
Trailer:


Filem kedua yang diangkat dari kisah seram SimpleMan di Twitter berlatarkan masyarakat Jawa pada tahun 2003. Dek kesulitan ekonomi, Sri Rahayu (Mikha Tambayong) diambil bekerja oleh keluarga Atmodjo dengan bayaran upah yang tinggi. Mbah Karsa Atmodjo (Karina Suwandi) sendiri memilih Sri kerana dia memiliki keunikan iaitu lahir pada hari Jumat Kliwon. Sri mempunyai bau darah Wijoyo Kusumo dan Gadru.

Bersama Erna (Givina Lukita Dewi) dan Dini (Agla Artalidia), mereka dibawa ke sebuah rumah kecil yang tersembunyi di tengah hutan. Di sana, Sri, Erna dan Dini ditugaskan untuk memandikan Della Atmodjo (Gisellma Firmansyah), cucu Mbah Karsa, satu-satunya juga ahli keluarga dia yang tinggal. Della diikat di katil kayu dan dikurung di bawah keranda kerana keadaannya yang disantau sihir Sewu Dino (Seribu Hari) oleh Jatmiko (Ayez Kassar) lalu dirasuk oleh jin Sengarturih (Dayinta Melira). 


Setiap hari Dini, Sri dan Erna perlu memandikan Della dengan air bersih yang dicampur dengan 7 jenis bunga – mawar merah, mawar putih, kenanga, melur, cempaka putih dan melati gambir. Sepanjang upacara mandi mayat tersebut, pekerja perlu ulang ayat yang dibacakan dari rakaman Mbah Karsa sehingga selesai. Jika tidak, Sengaturih akan menyerang tanpa belas.
 
Sri dan Erna cuba larikan diri kerana takut namun mereka bertiga sudah terikat dengan perjanjian bersama Mbah Karsa. Sekiranya mereka lari, mereka bertiga akan mati. 


Kalau sembang pasal santau, tak ada perkara yang logik boleh diterima akal, sama juga keadaan Della yang dipaparkan dari awal filem hingga ke hari Sewu Dino. Della seumpama mayat hidup, berbau busuk, pucat, menyeringai, tidak makan atau minum namun mempunyai kekuatan untuk menyerang manusia. 

Belum diceritakan kenapa Mbah Karsa mempunyai luka di wajah dan badannya kerana filem Sewu Dino merupakan installment pertama untuk trilogi santau di bawah MD Pictures. Janur Ireng tajuk installment kedua manakala yang ketiga adalah Rogot Nyowo. Penggambaran filem Sewu Dino memakan masa selama 40 hari di sekitar Yogyakarta jadi kemunculan dua lagi sekuel mungkin tak akan ambil masa yang lama. 


Penceritaan Sewu Dino dikembangkan dengan baik, bermula dengan Sri yang terdesak mencari kerja untuk merawat ayahnya kemudian pertemuan bersama keluarga Atmojo. Di pertengahan cerita Sri mula mengalami mimpi aneh dan pelbagai kejadian mistik di rumah tersebut. Pace filem ni agak perlahan mungkin untuk wujudkan rasa seram. Sinematografi dari Patrick Tashadian antara kekuatan filem Sewu Dino. Lebih kurang sama dengan Teluh Darah yang mengangkat atmosfera suram dan kelam. 

Gangguan dari Sengaturih tak banyak sangat tapi gangguan kecil yang dialami dah cukup memberi impak seram. Berdebar setiap kali Sri, Dini atau Erna masuk ke dalam bilik Della untuk jalankan tugas mereka. Music score dari Ricky Lionardi menguatkan lagi rasa takut dan saspen naskhah arahan Kimo Stamboel. 


Walaupun skrip naskhah seram dari Agasyah Karim dan Khalid Khasogi tampilkan kisah yang unik dan segar namun ada juga beberapa babak yang timbulkan pertanyaan seperti persiapan Mbah Tamin atau para pekerja sendiri. Sepanjang 3 tahun Mbah Tamin menjaga para pekerja kenapa tak ambil langkah lebih berhati-hati macam pakai extra protection supaya tak digigit oleh Della. Kenapa tak prepare bekalan air mandi lebih awal kalau dah tahu pam air rosak? Tak ada pula larangan air perlu diambil terus dari pam bukan air yang telah disimpan dalam bekas. 


Lakonan Mikha Tambayong sebagai pelakon utama tampak bagus tapi adakalanya mengelirukan terutamanya di bahagian hujung. Mungkin juga tersekat dek kerana penulisan. Karina pula benar-benar cemerlang dalam persalinan wanita misteri yang sanggup menggunakan apa cara sekalipun untuk kekalkan status bangsawannya. Nevertheless, it is a good story to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Movie Review | In the Tall Grass (2019)


Director: Vincenzo Natali
Writer: Vincenzo Natali
Cast: Harrison Gilbertson, Laysla De Oliveira, Avery Whitted, Will Buie Jr., Rachel Wilson, Patrick Wilson
Production Companies: Copperheart Entertainment, Netflix
Distributor: Netflix
Genre: Supernatural / Horror / Drama
Running Time: 90 minutes, 101 minutes (Extended version)
Release Dates: 20 September 2019 (Fantastic Fest), 4 October 2019 (Netflix)
Trailer:


Filem In the Tall Grass mengisahkan tentang Becky (Laysla De Oliveira) bersama adiknya, Cal (Avery Whitted) dalam perjalanan ke San Diego. Semasa berhenti sekejap kerana Becky terasa mual, mereka terdengar suara kanak-kanak lelaki meminta tolong. Suara tersebut datang dari kawasan rumput yang tinggi di sebelah jalanraya. 

Becky dan Cal cuba mencari kanak-kanak bernama Tobin (Will Buie Jr.) namun tidak berjumpa walaupun suara dia kedengaran dekat sahaja. Becky dan Cal terpisah dan sesat di kawasan rumput tinggi tersebut. Hari semakin gelap namun mereka tidak jumpa jalan keluar apatah lagi bertemu dengan Tobin. 

Tak lama kemudian Cal berjumpa dengan Tobin lalu bawa dia ke bahagian tengah di mana sebuah batu besar berada. Tobin cuba pujuk Cal supaya dia sentuh permukaan batu tersebut tapi belum sempat Cal sentuh, dia terdengar jeritan Becky. Di kawasan lain, Becky terjumpa dengan Ross Humboldt, ayah kepada Tobin. 

Kata Ross, mereka sekeluarga mencari Freddy, anjing peliharaan yang masuk ke dalam kawasan rumput tinggi tersebut. Tobin mula hilang diikuti dengan isterinya, Natalie. Mereka sekeluarga mengalami nasib yang sama dengan Becky dan Cal. Bila Becky mula percaya dengan kata-kata Ross, Natalie muncul dan tegah supaya selamatkan diri dari Ross kerana mereka semua akan mati kerana batu tersebut.

‘I think it's a safe bet it's been here since before the Kiowa hunted on the Osage Cuestas. Older than the hills. Probably was here before the glaciers came and carried the hills away. You realize we're in the center of the contiguous United States. Smack-dab in the middle of the continent.’ – Ross Humboldt

Naskhah seram supernatural ini diadaptasikan dari novel "In the Tall Grass", karya nukilan Stephen King dan Joe Hill yang diterbitkan pada tahun 2012. Konsep In The Tall Grass adalah time-loop sepertimana yang dialami oleh Tobin, Becky dan Cal. Bila Tobin bagitahu rumput dekat situ tak gerakkan makhluk yang dah mati, dekat situ dah boleh tangkap rumput dekat situ bukan rumput biasa. Bukan saja kedudukan rumput sentiasa bergerak yang mana buatkan mangsa dia terperangkap malah berupaya untuk kelirukan mangsa macam Travis (Harrison Gilbertson). 

At first I thought rumput ni adalah alien sebab ada batu besar di bahagian tengah seolah-olah jantung kepada kawasan maze tu. Rupanya rumput tu lebih kepada penjara kepada pendosa dan bertindak sebagai kawasan pengadilan sebab tu lokasi dia terletak berhadapan dengan gereja. Masa Cal park kereta dekat situ, patutnya dia dah boleh perasan something fishy sebab ada banyak kereta yang berhabuk diparkir di kawasan yang sama walhal dalam kawasan gereja tersebut kosong. 

Dekat second half, Cal dengan Travis perasan ada wormhole pada kawasan rumput bila Freddy muncul entah dari mana dan mengajak mereka pergi ke wormhole tersebut. Sebelum mereka berempat berlindung di pusat boling pun dah boleh agak Becky yang telefon dari susur masa yang lain dan bagi amaran. Tapi kita tahu konsep takdir bertindak di mana sesuatu yang dah ditetapkan berlaku akan tetap berlaku walaupun manusia cuba untuk elak. 

Sinematografi ngeri dan menakutkan berjaya dihidupkan oleh Craig Wrobleski walaupun cuma berlatarkan padang rumput tinggi yang tampak tenang ditiup angin. Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya jadi sama lah juga dengan rumput tinggi ni. Bila sesat, senang sangat untuk overthink jadi dengan provokasi halus, mangsa senang terganggu dan fobia. Perasaan ada mata yang memerhati dan mengejar pun sama kuat. BGM yang menggunakan suara angin dan dikir halus menguatkan lagi rasa seram tersebut. 

Penceritaan In the Tall Grass sebenarnya kreatif tapi disebabkan pace yang perlahan dan banyak babak tak dikembangkan buatkan kita tak connected dengan watak utama. Even worst, ada yang boleh berhenti tengok separuh jalan tanpa ambil pengajaran yang dimasukkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

**************************************************************************





*SPOILER: Baca lepas tengok filem*

Dalam filem In the Tall Grass padang rumput tinggi jadi penjara kepada semua watak yang dimasukkan. 

Becky – Hamil anak luar nikah dan bertindak untuk gugurkan
Cal – Terlampau sayang dengan Becky sampai provok Travis untuk bunuh diri
Travis – Lari dari tanggungjawab sebagai bapa kepada anak Becky
Ross – Tamak dan sentiasa perdaya individu lain untuk beli unit hartanah. Walaupun dalam keadaan genting, perangai dia tak berubah
Natalie – Tutup mata dengan perbuatan Ross
Tobin – nakal

Batu besar di tengah rumput tinggi tu bertindak sebagai redeemer tapi untuk yang betul-betul bertaubat dengan dosa sendiri macam Travis. Ross pula masih kekal dengan sifat tamak jadi dia tak dapat keluar dari situ. 

Sementara Travis guna peluang tersebut untuk bawa Tobin keluar dari rumput tinggi dan selamatkan Becky juga Cal supaya tidak masuk ke kawasan tersebut. Sayangnya Natalie dan Freddy terkorban di situ atau mungkin akan jumpa jalan keluar juga nanti. 

Jenama Pakaian Sukan dari Pulau Pinang Galak Gaya Hidup Aktif di Shopee Live

Friday, 3 November 2023

Pada awal tahun,  Elgini Apparel Sdn Bhd (Elgini), jenama pakaian sukan dari Pulau Pinang telah memulakan operasi di kilang baharu mereka bersaiz 30,000 kaki di Nibong Tebal untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Menurut Elgini, peralihan strategik kepada dalam talian, dengan keutamaan terhadap strim langsung merupakan salah satu faktor utama populariti mereka semakin berkembang di pasaran tempatan. 

Menyertai Shopee pada November 2020, Elgini serta-merta aktif di platform strim langsung Shopee Live setelah mengenalpasti potensi platform ini dalam membantu penjual mengembangkan kecapaian dalam talian, membina komuniti, dan mengukuhkan keterlibatan pengguna secara langsung. Elgini menggunakan alatan dan ciri platform, seperti Shopee Coins, Shopee Live Games, dan baucar eksklusif untuk Live sahaja, dalam meningkatkan keuntungan jualan, keterlibatan pembeli, dan jumlah pengikut.  

Salah satu kejayaan yang membanggakan Elgini adalah kadar tinggi kepuasan pelanggan yang memacu pembelian berulang. Elgini memiliki 310,000 pengikut dengan rating 4.9 bintang dari hampir 500,000 pengulas di Shopee. 

Pada bulan September, Elgini mendapati hampir separuh daripada jumlah jualan mereka adalah daripada strim langsung di Shopee. Ketika kempen 10.10 lepas, jualan Shopee Live mereka meningkat 1.9 kali ganda berbanding hari biasa, dan mereka mencapai tontonan tertinggi dengan 3.7 kali ganda lebih tinggi berbanding hari biasa. Sasaran pelanggan utama Elgini adalah pembeli massa Melayu dan Shopee Live menghubungkan mereka dengan demografi ini. 

Ketika sesi strim langsung, pengacara dalam busana Elgini memacu jualan dengan berinteraksi dengan pelanggan secara langsung dan memberi penerangan produk. Mereka mempertunjukkan banyak jenis pakaian termasuk jaket ‘windbreaker’, seluar yoga, dan seluar track terlaris (yang telah terjual lebih 700,000 helai). Mereka turut mengetengahkan ciri-ciri pakaian yang disukai rakyat Malaysia seperti pemilihan fabrik yang menyejukkan, boleh regang, dan bergaya sopan. Produk-produk ini popular dalam kalangan rakyat Malaysia dari seluruh latar belakang, usia, dan saiz, popular buat penunggang motosikal dan penggemar aktiviti luar seperti mendaki, joging, senaman aerobik, pergi ke gim, mengembara mahupun untuk berehat di rumah.  

Setiap sesi ini berlangsung selama dua atau tiga jam sepanjang hari, dengan maksimum sejumlah 14 jam setiap hari untuk kecapaian maksimum. Berdasarkan pemerhatian Elgini, prestasi sesi strim langsung mereka cemerlang terutamanya apabila mereka ‘pin’ strim mereka di bahagian atas ‘page’ Shopee Live dan pada waktu malam. Strim langsung yang dilakukan secara kerap membolehkan Elgini membina hubungan yang lebih rapat dengan pengguna lalu memacu komuniti dalam talian yang teguh dan pengkalan pelanggan setia. 

Encik Lim Chong Soo, Ketua Pegawai Eksekutif Elgini berkata, "Shopee Live adalah platform pilihan Elgini yang telah membantu kami meningkat secara berskala dan berjaya dalam talian. Ianya membantu perniagaan berhubung dengan pelanggan secara lancar dan menyeronokkan yang meningkatkan kepuasan membeli-belah, dan pada masa yang sama boleh menarik perhatian pengguna yang sedang aktif mencari produk. Memandang ke hadapan, Elgini Apparel ada rancangan strategik berjangka panjang untuk strim langsung Shopee kami di mana kami teruja untuk mengembangkan kreativiti kami dan berhubung dengan penonton dengan ciri yang lebih kukuh untuk pengalaman membeli-belah terbaik.” 

Asalnya pengilang pakaian sukan (OEM) dengan 15 tahun pengalaman industri, Elgini beralih menjadi jenama tersendiri pada tahun 2018 dan menyertai Shopee pada tahun 2020. Sebagai pemilik jenama dan pengeluar, Elgini boleh  melaraskan harga bagi memenuhi kehendak pelanggan, sekaligus menepati misi menawarkan pakaian sukan mampu milik dan berkualiti tinggi untuk semua  rakyat Malaysia. 

*******************************

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Starbucks Sekinchan

Thursday, 2 November 2023

Setiap kali balik ke Sabak Bernam akan ternampak Starbucks baru di stesen minyak Petron, Sekinchan. Starbucks ni cantik sebab berwarna pink digabungkan dengan hiasan kayu berwarna coklat muda. Kebetulan masa tu nak redeem voucher birthday, dapat satu potong kek percuma, singgah lah beli kopi jugak dekat sini. 


Starbucks ni terletak di sebelah kiri Petron, jadi kalau minum dekat sini boleh nampak permandangan sawah padi di pekan Sekinchan. Ruang dia kecil je tapi ada banyak tempat duduk dengan interior dan jenis meja makan yang berbeza. 




Pilihan pastries pun banyak so it's a good choice lah redeem kek dekat sini sebab banyak jenis nak bandingkan dengan Starbucks dekat Oasis Square Ara Damansara. I ambil Hazelnut Chocolate Cake tapi jangan tanya macam mana rasa dia sebab dah habis dah dimakan adik-adik. Pretty sure kalau nak beli merchandise Starbucks pun better beli dekat sini sebab lebih banyak stok. Masa ni keluar edisi Mickey Mouse. Dekat Starbucks Oasis tak banyak pilihan tapi dekat Starbucks Sekinchan, semua design ada. Warna tumbler yang pastel nude tu cantik tapi bukan Mickey Mouse pulak. 




Lama juga menunggu untuk order siap sebab banyak. I beli latest drink, Rock Salted Caramel Frappucino dengan Chocolate Whipping Cream tapi barista tu tak fokus buat kerja. Ayin kata tak sedap, manis sangat. Tak pasti lah kenapa tak fokus sangat sebab dua drinks salah. Order Hot Hazelnut Latte tapi dapat Hot Hazelnut Chocolate. Hmmmm lepas ni kena check sebelum bayar. 

Ram Reza & Muhammad x UIA Career Fair

Kali kedua untuk tahun ni Ram Reza & Muhammad dapat slot untuk career fair dan kali ni di Universiti Islam Antabangsa Malanysia di Gombak. Kalau ikutkan pertalian RRM dengan UIA ni agak kuat lah sebab ramai partners, lawyers dengan chambees ramai dari universiti ni. 


Kalau terlibat dalam career fair ni Kak Nurul sebagai HR lah yang in charge. Props, bunting, company profile, booklet, business card dan goodies semuanya Kak Nurul yang sediakan. Ms Tasya dengan Yun assist dan join pada hari kejadian. 

Bunyi macam kesian kan, Kak Nurul yang prepare semua benda but to be honest kitorang tak tahu pun ada career fair ni. Tup tup dalam meeting Kak Nurul bagitahu dia akan pergi ke UIA. Career Fair sebelum ni beria, siap ada yang bergilir shift untuk jaga booth. 


Mungkin sebab Kak Nurul expect booth akan sendu macam sebelum ni, so dia pun pergi dengan relax dan santai je lah. Tup tup ramai pulak yang datang sampai kena call En. Hazman datang backup. Berbeza lah sambutan dengan event sebelum ni. Ramai sangat nak attend sampai tak menang tangan, tak sempat nak lunch, tak sempat duduk pun. 


Ni je gambar yang sempat ambil dekat Career Fair UIA 2023 ni sampai nak buat video untuk TikTok pun tak sempat. Kitorang assume mungkin sebab booth ni buat dekat Fakulti Undang-Undang jadi ramai yang datang jenguk sebab nak tahu lebih lagi pasal chambering dan peluang pekerjaan di firma. Booth RRM jadi tumpuan juga sebab firma RRM ada banyak department - Civil, Corporate, Conveyancing, Company Secretary, Syariah, Patent & Trademark. Lagi satu sebab goodies bag kitorang cantik. Thanks to Hanako Personalized Craft for that! 💖💖💖😊😛


Anyway it's a great experience for RRM. Thanks for the opportunity from UIA. Terima kasih juga kepada students UIA yang singgah ke booth RRM. Semoga dapat manfaat dari perkongsian kami. All the best and till me meet again!