RRM 25 TAHUN, TADOM HILL

Sunday, 29 October 2023

Bulan lepas dok sembang busy itu ini, one of the event ialah Sambutan Ulangtahun Ke-25 Ram Reza & Muhammad di Tadom Hill. Plan asalnya nak buat trip tapi disebabkan banyak tempat dah fully book tambah pula tiket flight mahal, jadi kita pilih yang dekat je. Dari Ara Damansara, lebih kurang 40 minit nak pergi ke Tadom Hill ni. 


Tak susah pun nak berurusan dengan pihak Tadom Hill, staff pun membantu banyak dari segi penginapan dan makan. Sebelum pergi tu dah share itinerary, yang mana perlukan khidmat staff sana untuk slot in itu ini. Nak manage untuk one day trip pun banyak benda juga nak kena buat. Menyesal jugak lah tak pilih dinner atau kenduri. Tapi dah terlajak cadang dan undi, kita proceed je sampai jadi. 

Jam 8 pagi semua committee dah sampai untuk siapkan door gift dan atur bahagian pendaftaran sebelum warga RRM yang lain sampai ke Tadom Hill. Dah siap arrange semua terus bergambar sebelum make-up committee cair. 








Pukul 9 pagi dah ramai yang datang untuk pendaftaran kemudian berkumpul untuk bergambar di Hakka Village. Uniknya Hakka Village yang diperbuat dari buluh hanya cuma ada satu sahaja di Malaysia. Mungkin akan datang ada pihak lain yang nak buat untuk kekalkan warisan budaya ni supaya tak lapuk dek zaman.  

Kawasan Tadom Hill agak luas dan hampir kesemua bangunan yang ada dekat sini diperbuat dari buluh. Jadi tak hairan lah kalau di kiri dan kanan ada banyak pokok buluh. Nak ambil gambar dengan cuaca panas terik dan ada kanak-kanak ni memang mencabar sebab masa untuk bertenang tu terhad. Gambar ni staff Tadom Hill yang ambil sebab katanya iconic spot di resort tu. Rasanya dia guna teknik panorama sebab nampak dia ambil dari bawah ke atas. Nampak kurang cantik sikit sebab patutnya kitorang ke depan sikit lagi but that's okay lah, turns out nice lah.


team RRM Penang


Selesai bergambar di Hakka dan bahagian tengah Tadom Hill, semua bergerak ke Lakeside Cafe untuk sarapan pagi. Menu bihun Singapore dengan kuih dah memang termasuk dalam pakej Family Day. Seronok tengok team company lain main flying fox dan rakit sambil makan. 

Lepas spend masa setengah jam dekat situ, bersambung pula dengan Ucapan Perasmian dari Managing Partner - Datuk Nor Hisham dan bacaan doa.  Sepatutnya ucapan tu tak lama pun tapi disebabkan team RRM Kuala Terengganu belum sampai ke Tadom Hill jadi ada sharing session sementara tunggu semua datang untuk join next activity. 


Aktiviti-aktiviti Family Day di Tadom Hill ni semuanya disusun oleh staff Tadom Hill Resort jadi tak ada pun yang tahu apa game yang akan dimainkan pada hari kejadian. Game simple tapi sebab semua pun bekerjasama dan semangat untuk menang, aktiviti tu jadi fun. 

Masa semua team main game dekat sini, I dengan Ain tengah serabut ubah arrangement sebab clash dengan team building company lain. Bila team sana lambat, bagi kesan dekat team RRM untuk guna tempat yang sepatutnya kitorang dapat. Dah tak memasal RRM kena berpindah banyak tempat supaya tak bertembung dan aktiviti jadi tertunda. 

Terlambat sikit dari plan asal tu kita faham lah because it's happens tapi yang tak syoknya, bila dah kacau masa orang lain lepastu tak ada common sense untuk cari ruang lain untuk selesaikan matter diorang. Dah nampak kitorang minta supaya ruang tu dikosongkan cepat, ada pulak dok makan sambil tunggu bas diorang datang. Patutnya makan lah dekat tempat lain sebab masa diorang dah habis dah dekat ruang tu. Dah lah kitorang dah kejar masa, terpaksa pulak bersihkan ruang tu sebab team sebelum tu makan bersepah dan tak kemas meja. Kalau budak sekolah, faham lah jugak tapi orang dewasa haihhh T.T

Selesai dua game untuk sesi pertama, ada tayangan video RRM 25 Tahun dan sesi Cabutan Bertuah. Hadiah cabutan bertuah ditaja oleh:

1) Idaman Pharma/Halalgel- Puan Sharifah
2) Hamodal-En Zam, En Kabir, En Meiraj and Puan Rita
3) SimplySiti - Dato Sri Khalid, Dato Sri Siti Nurhaliza dan En Azuddin.
4) Brighstars - Datin Rafidah dan Puan Marissa Zarr
5) Sedania - Dato Firoz dan En Zahani
6) Dato' Nasri Nasrun
7) D'Aquarian - Dato' Wan Muhammad Zin
8 ) Yayasan Ihsan Rakyat - Datuk Hajjah Rozzanamoon


Tak lengkap lah sambutan ulangtahun tanpa sesi potong kek oleh barisan rakan kongsi Tetuan Ram Reza & Muhammad. Memandangkan order kek di tempat orang, tak berani lah nak ambil kek bertingkek-tingkek. Kita ambil yang simple tapi sedap. 


Lepas sesi potong kek, semua dijemput makan tengahari di Lakeside Cafe, tempat sama makan breakfast pagi tadi. Sebelum book Tadom Hill untuk buat Family Day, Datuk Hisham dah buat special request nak ada kambing dalam menu. Belek menu dekat Tadom Hill ada lamb grill, mudah sangat kerja kitorang bila apa yang dicari tu ada. Kenyang makan menu tengahari, I minta staff dekat cafe tu simpankan kek dalam chiller sebab ada banyak lagi. 

Sebelum semua berkumpul untuk aktiviti air, Ain agihkan nombor bilik masing-masing untuk berehat dan solat Zohor. Yang ada anak tu boleh bagi anak-anak berehat sekejap sebelum join aktiviti sukaneka. Kunci bilik kena ambil di kaunter pendaftaran di bahagian hadapan resort. 

Tepat jam 2, semua perlu berkumpul di kawasan lapang di antara dewan dan tasik. Sebelum masuk dalam air, kena la warm-up dulu untuk elakkan kejang otot. Sesi warm-up selama 20 minit diketuai oleh supervisor di Tadom Hill kemudian diteruskan dengan taklimat keselamatan dan pemakaian jaket keselamatan. Kebiasaannya jaket keselamatan cuma sarungkan pada badan dan klip di bahagian tengah tapi jaket keselamatan di Tadom Hill ada extra strap dari belakang badan ke bahagian depan for extra safety. 















Ada dua aktiviti air selama 2 jam. Pertamanya, warm-up session dalam air untuk sesuaikan diri dalam kawasan tasik dan hilangkan rasa panik dan takut. Aktiviti kedua pula adalah pertandingan rakit di mana setiap kumpulan perlu berlumba mendayung rakit hingga ke garisan penamat. Memandangkan ada kumpulan yang sedikit ahlinya untuk mendayung rakit, terpaksa lah satu kumpulan berpecah untuk seimbangkan jumlah. 



















Antara sebab kenapa jumlah kumpulan lawan rakit tak cukup ialah kerana sukaneka kanak-kanak ni. Apart from me being a photographer lah. Dah kalau semua masuk air, siapa nak menjaga the kids kan? Nampak je tak ramai tapi semput nak kepung semua. Dekat tangan memasing ada water gun, lagi sakan lah masing-masing tembak sana-sini. 








Me: Ayash, nak ambil gambar boleh tak? 
Ayash: Bolehhhh
*snap his cute face*
Ayash: Nak tengokkkk! Comel tak Ayashhh?!

Aktiviti air dengan sukaneka kanak-kanak berjalan serentak dan habis pun lebih kurang waktu yang sama. Ikutkan plan asal nak buat sukaneka kanak-kanak dulu tapi disebabkan plan awal dah berterabur dekat belah pagi makanya terpaksa lah ubah dan potong masa untuk aktiviti belah petang. Selesai kesemua aktiviti, bagi masa untuk juri kira markah kemudian bersambung lah ke upacara terakhir, Sesi Pemberian Hadiah. 

Sebelum Family Day lagi Kumpulan 3 dah target untuk jadi pemenang tapi biasa lah tu, kemenangan berpihak pada kumpulan lain. 



Sebelum Family Day berakhir, ada masa sikit lagi untuk free and easy activity. Yang perempuan dengan kanak-kanak sambung main dekat tasik. Ada yang berehat dekat dalam bilik. Yang lelaki main volley ball di kawasan berpasir di sebelah Hakka Village. Semangat lah dua team main volley ball sebab team yang menang akan dapat ganjaran wang tunai dari Datuk Hisham. 



Since I tak dapat join aktiviti air sebab jadi photographer terjun, sebelum balik tu spent time dengan Atie, Syaz, Sheera dan Yun main dekat water slide. Suara masing-masing menjerit tak payah cakap lah, satu Tadom Hill boleh dengar gamaknya. Awal-awal tu cuak sebab water slide dia curam tapi lepas slide sekali rasa gian pula nak slide lagi. Plus, kitorang turun slide berteman. Kalau turun sorang-sorang, tak berganjak punggung dekat situ. Melekat je dekat bahagian atas slide. 

Tak lama pun dapat main sebab guard dekat situ minta supaya kosongkan tasik bila hujan dan mula turun. Lepas pulangkan jaket keselamatan, kitorang rushing balik ke bilik untuk mandi dan solat Asar lepastu berkemas untuk check out. Syukur lah lepas habis bersiap tu hujan dah berhenti jadi semua orang pulang dengan selamat. 

Sambutan ulangtahun ke 25 ni mungkin nampak ringkas lah berbanding sambutan sebelum ni but I'm glad we all had fun that day. Mungkin ada yang terkurang dari pihak committee tapi itu lah yang termampu dalam kekangan masa dan tenaga. Untuk next year, Datuk dah janji nak buat company trip ke Terengganu sebab Ms Hanim personally request di hujung event, so yuppp looking forward for that! 

Penyanyi cilik Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad telah dinobatkan sebagai juara bagi program realiti televisyen ‘The Chosen One’ musim pertama yang bersiaran menerusi saluran Astro Ceria (Saluran 611) dan Astro Prima (Saluran 105) semalam. Amir berjaya melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.

Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, telah menewaskan tiga lagi peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun. Mereka merupakan anak-anak didik kepada Hazama, Kmy Kmo dan Luca Sicta serta Shiha Zikir.

Dengan kemenangan ini, Amir telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment. Manakala Putera Muhammad selaku jurulatih terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. Naib juara Khalyn membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 manakala tempat ketiga disandang oleh Dayana dan tempat keempat jatuh kepada Erika. Mereka membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sejumlah RM10,000 dan RM5,000. Dayana pula merangkul anugerah persembahan terbaik.

Keunikan suara dan personaliti Amir yang bersahaja telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga menjadi viral terutamanya di laman sesawang TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.

Sorotan video persembahan Amir juga telah menarik minat penonton dari luar negara terutamanya dari Indonesia dan ramai pempengaruh Indonesia telah memberi pujian akan bakat semula jadi Amir.

“Kami di Astro amat berbesar hati apabila rancangan baharu kami, ‘The Chosen One’ dapat melahirkan bintang-bintang baharu seperti Amir Sisi, Khalyn, Erika Foo dan Raja Dayana yang bakal mewarnai industri seni negara. Keikhlasan dan aura Amir telah berjaya menambat hati juri-juri dan mencetuskan fenomena di kalangan penonton, bukan sahaja di Malaysia malah juga di negara jiran. Kami mendoakan kesemua peserta ‘The Chosen One’ akan terus bersinar dan berharap agar program ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan mereka untuk masa akan datang,” ujar Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

‘The Chosen One’ merupakan sebuah program nyanyian realiti yang mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih. 16 peserta bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut. Hanya lapan daripada mereka yang terpilih bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton persembahan kesemua peserta di peringkat akhir ‘The Chosen One’, anda boleh strim menerusi On Demand pada Astro Box atau aplikasi Astro GO.

Belajar Tentang Gusi di Be Gum Proud Systema Event

Wednesday, 25 October 2023

 

Bulan Mei dapat invitation ke event Systema. Dah berzaman entry ni terperam dekat draft, baru sekarang nak publish. Event Systema ni bersempena Hari Gusi Sedunia dan diadakan di Aloft Nu Sentral sebagai pelancaran kempen kesedaran untuk orang awam tentang kesihatan gusi dan gigi. Masa ni ambil half day, gerak dari office sebab event start jam 2.30 petang. 

Naik je dari eskalator tingkat bawah, dah boleh nampak satu floor tu penuh dengan booth Systema dan props berkaitan. Dekat event ni baru tahu yang Systema, jenama yang berasal dari negara Jepun ni dah beroperasi selama 130 tahun, menjaga gigi dan gusi. 

Selesai bab pendaftaran, boleh look around sementara tunggu semua jemputan sampai. Kebetulan I pakai outfit warna hijau sebab tema event Systema, gabungan warna hijau dan putih. Pelbagai jenis ubat gigi dan berus gigi, dua produk utama Systema dipamerkan di event ni. Terbaru, Systema keluarkan berus gigi dengan teknik Systema Slim TEQ, inovasi terbaharu Jepun yang boleh membuang 85% plaque dari permukaan gigi. Dalam masa 2 minggu, gigi boleh jadi lebih cerah dari sebelumnya. 




Boleh kata berus gigi baharu dari Systema ni adalah berus gigi yang disarankan oleh doktor gigi sebab berus yang digunakan adalah halus, bersaiz 0.02mm. Bukan setakat menjaga gigi, menjaga gusi sekali dari kotoran yang melekat selepas makan. 

Dekat event Systema, Be Gum Proud ni ada booth yang sediakan gum quiz untuk tahu gusi kita di tahap mana. Kena jawab 10 soalan untuk tahu tahap kesihatan gusi andddd gusi I sihat walaupun ada masanya bila berus gigi keluar darah. Staff Systema bagitahu itu perkara normal bila kita tukar berus gigi. Gusi akan berdarah juga kalau pakai berus gigi dengan berus yang tebal dan kasar. Sebelum ni beria beli berus gigi jenis hard sebab nak sental gigi sampai bersih padahal tak perlu pun. Bila gosok gigi kasar-kasar, gusi senang luka. Bila gusi luka, bakteria datang menapak. 


Staff Systema are super friendly and nice. Banyak lah benda diorang share tentang penjagaan oral. Bila dah habis melawat semua booth, nak ambil gambar pun tak ada masalah sebab staff Systema yang akan assist. I jarang pergi event sorang-sorang sebab takde orang nak ambil gambar. Seronok lah bila ada yang assist lepastu ambil gambar cantik pulak tu. Siap tanya lagi, okay tak gambar dia ambil tu :')


Bila Awal Ashaari datang sebagai emcee, majlis terus start dekat bahagian ruang legar tu. Lepas 15 minit di bahagian luar, semua tetamu dijemput masuk ke dalam banquet hall. 


Seating arrangement dalam hall ni cantik sangat tapi kerusi dia tinggi. Nasib baik pakai loafer, boleh lah tahan badan dari terjatuh sebab I pakai kain licin. Ruang kerusi tu tak besar pun jadi kemungkinan untuk jatuh tu sangat lah tinggi. 

Majlis bermula dengan sejarah Systema oleh Pengarah Urusan Southern Lion, Encik Kazuo Mabuchi kemudiannya ucapan dari Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 



Selesai ucapan dari barisan kenamaan, ada sharing session bersama dua orang doktor gigi, Dr. Kayla dan Dr. Faizal. Sharing session yang pendek tapi ada banyak ilmu dan tips bermanfaat untuk jaga gusi sebab gusi ibarat tanah kepada gigi. Kalau tanah bermasalah, agak susah untuk pokok hidup dengan sihat. 

Sebab tu kena berus gigi dengan cara yang betul, dalam circular motion, flossing, jaga diet pemakanan di mana kena elakkan makanan bergula, berminyak dan pedas. Kata Dr. Faizal, masalah gusi ni tak sakit sebab sejenis a silent pain. Bila dah bermasalah dah susah dah untuk kita rawat. 

Setiap tempat duduk disediakan sebiji epal hijau untuk Bite Challenge. Challenge ni untuk kesan sama ada gusi dan gigi sihat atau tidak. Cara dia mudah je, dengan gigit mana-mana bahagian epal hijau. Kalau ada kesan darah, bermakna gusi tak sihat. Challenge ni bermula dengan Syaza Bae. 



Mentang-mentang dah lulus buat Bite Challenge, terus makan makanan sedap dekat event tu. Tangan laju sangat ye ambil dessert dekat situ padahal baru je dengar pesanan dari doktor gigi kena kurangkan makanan bergula supaya gigi sihat. 











Nutty Pumpkin Bread Pudding


Dah kenyang makan dekat sini, kitorang terjah awal sebab nak minta dia buat shout out. By kitorang, I jumpa kawan baru dari Remaja. 



Settle shout out, bergambar lah dengan Awal sebelum gerak balik. Geram jugak dengan tudung sebab dah start buat hal padahal event dua jam je pun. But overall I had fun here. Thank you Systema for the invitation!