TREASURE 2ND FULL ALBUM [REBOOT] TAG ALBUM GRAY VER.

Sunday, 15 October 2023

Choi Hyunsuk

 
Park Jihoon 

Kanemoto Yoshinori

Kim Junkyu

Hamada Asahi

Yoon Jaehyuk

Kim Doyoung

Watanabe Haruto

Park Jeongwoo

So Junghwan


WALLPAPER EDITION










Senarai Sub-Unit TREASURE

Idol group TREASURE adalah idol group mempunyai ahli paling ramai dalam sejarah YG Entertainment. Sebelum ni paling ramai pun adalah iKON, debut seramai 7 orang ahli pada tahun 2013. Dalam YG Treasure Box (2018), boleh nampak Yang Hyunsuk, founder YG Entertainment tak mampu nak buat keputusan tetap untuk bilangan ahli TREASURE. 

Awalnya 4 orang dari 29 orang peserta yang turut serta pertandingan tersebut. Kemudian berubah menjadi 5 selepas penilaian berkumpulan yang pertama. Bertukar fikiran menjadi 7 orang sejak ternampak potensi So Junghwan dan Yoon Jaehyuk. Selepas ditimbal balik keputusannya, TREASURE debut dengan 12 orang ahli. 

Memandangkan ramai ahli, possible untuk ada sub-unit dalam TREASURE, macam mana SM Entertainment selalu bereksperimen dengan NCT, macam tu lah juga TREASURE. Dalam rancangan TREASURE MAP atau TMI pun boleh nampak chemistry dan potential beberapa sub-unit. So let's see this list for your reference. 

1. HyunHaYo (Rapper Line)

Gabungan nama Choi Hyunsuk, Watanabe Haruto dan Kanemoto Yoshinori membentuk satu sub-unit yang kuat di dalam TREASURE. Barisan rap line sentiasa menghabiskan masa bersama untuk hasilkan rangkap rap di dalam semua lagu yang diterbitkan oleh TREASURE. Tak hairan lah kalau nama trio ni tersenarai dalam KOMCA dan mmepunyai net worth yang paling tinggi berbanding ahli yang lain. YG Entertainment juga perkenalkan HyunHaYo secara rasmi melalui lagu VolKNo dalam album TREASURE - The Second Step: Chapter Two. 

HyunHaYo bersinar cemerlang menerusi lagu G.O.A.T dari album REBOOT yang digunapakai sebagai BGM meraikan kemenangan pasukan bola sepak Korea menentang Jepun di Asian Games 2023. Bila semakin dikenali, HyunHaYo ada perancangan untuk tukar nama rapper line kepada something yang lebih cool. Looking forward to it. 

2. Vocal Line 

To be honest vocal line asalnya ada 3 orang ahli - Bang Yedam, Kim Junkyu dan Park Jeongwoo dan unit ini secara tak sengaja tertubuh sejak YG TREASURE Box untuk penilaian akhir. Bila TREASURE debut secara rasmi pada 2021, vocal line dikukuhkan lagi dengan Park Jihoon sebagai leader untuk TREASURE dalam vocal line. Lagu rasmi yang diterbitkan khas dari vocal line ialah The Way To dari album REBOOT. 

3. Dancer Line

Walaupun belum diperkenalkan secara rasmi tapi dancer line aktif dengan caranya tersendiri. Tahun 2021, dancer line memperkenalkan sub-unit mereka menerusi dance video yang dimuatnaik di akaun rasmi TREASURE. Kim Doyoung, So Junghwan dan Park Jihoon antara barisan utama untuk dancer line. But just like vocal, every member in TREASURE can dance with finesse and swag. 


4. Asahi x Haruto Unit

Mula diperkenalkan dalam album TREASURE - The Second Step: Chapter Two menerusi lagu Thank You. Kekuatan sub-unit ni bila keduanya adalah kelahiran Jepun dan mempunyai signature lagu J-pop dalam lagu yang dihasilkan. Gabungan yang kontra di mana Asahi mempunyai range suara yang lembut dan sengau sementara Haruto dengan tone yang dalam dan keras. 

Belum ada perancangan lagi untuk lagu baru tapi keduanya sentiasa bekerja bersama dan berkongsi studio di bangunan YG Entertainment. Mungkin akan ada buah tangan baru untuk lagu Jepun, who knows kan? 

5. T5

Unit terbaru yang ditubuhkan secara rasmi untuk album REBOOT menerusi lagu MOVE. Yang Hyunsuk perkenalkan T5 dan ceritakan bagaimana tertubuhnya unit baru dalam TREASURE menggunakan kaedah paling mudah. 

'Siapa yang rasa diri dia handsome dalam TREASURE, sila angkat tangan.'

Mungkin ada yang rasa cerita ni tipu tapi YG sendiri explain dalam video pengumuman rasmi T5 so yupp. Kim Junkyu, Yoon Jaehyuk, Park Jihoon, Kim Doyoung dan So Junghwan secara rasmi menjadi ahli sub-unit T5 dan mempromosikan lagu MOVE sebelum comeback date TREASURE untuk REBOOT. 

Selalunya kalau sembang siapa yang handsome dalam TREASURE, Haruto akan jawab dengan confident tapi kali ni dia bagi laluan kepada member yang lain sebab dia dah sibuk dengan HyunHaYo dan AsahixHaruto unit. Anyway proud of Junkyu whom finally confident to say he is the visual of TREASURE. 

6. Producer Line

Sejak debut lagi TREASURE dah mula gubah dan cipta lagu sendiri walaupun YG Entertainment perkenalkan secara berperingkat. Choi Hyunsuk, Haruto Watanabe, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi dan Kim Junkyu secara rasmi adalah producer unit dalam TREASURE. 

[2020] Step One: Chapter Three: Orange (Asahi)

[2021] Japanese debut: Beautiful (Yoshi)

[2021] Special Gift: Everyday (Yedam)

[2022] Step Two: Chapter One: Darari (Yedam), BFF (Hyunsuk)

[2022] Step Two: Chapter Two: VolKno (Hyunsuk, Haruto & Yoshi), Clap (Asahi), Thank you (AsahixHaruto), Hold it in (Hyunsuk)

[2023] REBOOT: MOVE (Junkyu), G.O.A.T (Hyunsuk, Haruto & Yoshi), Stupid (Yoshi), I Want Your Love (Junkyu), B.O.M.B (Junkyu), Lovesick (Asahi)

Selain dari mempunyai ahli yang ramai dalam satu kumpulan, cara pengurusan TREASURE juga berbeza dari idol group sebelumnya. Idol group di bawah YG Entertainment menggunakan method main producer - G-Dragon untuk BIG BANG, Seungyoon untuk WINNER dan B.I untuk iKON jadi kebanyakan lagu mempunyai satu tempo dan ritma atau signature yang sama dalam genre yang pelbagai. 

Berbeza dengan TREASURE yang mempunyai 5 produser dengan signature tersendiri dan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa. Mungkin juga teknik terbaru YG Entertainment untuk mencari pelapis kepada barisan produser di bawah YG Entertainment. 

7. Actor Line

Satu lagi bakat yang diasah oleh YG Entertainment di mana TREASURE mempunyai kelas lakonan dan menghadiri ujibakat. As we all know, YG Entertainment mempunyai YG Stage untuk menjaga dan menguruskan para pelakon dalam dunia perfileman. 

Dalam TREASURE MAP, sesi ujibakat diadakan di mana Kim Junkyu, Kim Doyoung, Park Jihoon, Watanabe Haruto dan Park Jihoon terpilih sebagai pelakon utama untuk short film It's Okay, That's Friendship (2021). 

YG Entertainment kembangkan lagi cabang tersebut dengan terbitkan web series berjudul The Mysterious Class (2021) di akaun Youtube TREASURE. Terbaru, adalah short parody filem, My BF is Treasure (2023). Belum ada perancangan untuk benarkan mana-mana ahli ambil ujibakat dalam bidang lakonan but one thing for sure YG ada perancangan ke arah ni untuk TREASURE. 

8. MashiDam

Sub-unit yang healing dan hilang. 

Mashiho dan Yedam adalah ace dalam TREASURE but both decided to step out on November 2022. Buat masa sekarang Bang Yedam akan terbitkan solo album di bawah syarikat GF Entertainment sementara Mashiho dalam recovering mode and perhaps akan keluarkan solo album di Jepun. 

Setakat ni, ada 7 unit yang bergerak serentak dan rasmi dalam TREASURE. Semestinya akan ada banyak lagi sub-unit di masa akan datang memandangkan TREASURE berada di bawah seliaan Yang Hyunsuk bersama dengan BAEMON yang akan debut tak lama lagi. Personally, TREASURE really live up to their name, harta karun yang bersinar untuk YGE. Slowly but surely. 

Movie Review | Toxic: Air Murder (2022)


Director: Jo Yong-sun
Writer: Jo Yong-sun
Cast: Kim Sang-kyung, Lee Sun-bin, Yoon Kyung-ho, Seo Young-hee
Production Company: Master One Entertainment
Distributor: The Contents On, TvN Movies
Genre: Drama 
Running Time: 108 minutes
Release Date: 22 April 2022
Trailer :


Naskhah Air Murder mengangkat kes sivil yang berlaku pada tahun 2011 di Korea Selatan apabila 950,000 orang mengalami masalah kesihatan kerana cecair pembasmi kuman yang digunakan dalam air humidifier. 

Dr. Jung Tae-hoon (Kim Sang-kyung) kehilangan isterinya, Han Gil-ju (Seo Young-hee) dalam sekelip mata sementara anaknya, Min-woo (Kim Ha-eon) pula tidak sedarkan diri setelah didiagnos dengan pulmonary fibrosis. Paru-paru Min-woo mengeras lantas menyukarkan dia untuk bernafas. 

Han Young-ju (Lee sun-bin), adik iparnya pelik dengan kematian kakaknya sedangkan 5 bulan yang lepas mereka baru sahaja buat full check-up dan tak ada sebarang symptom untuk penyakit paru-paru. Mana mungkin penyakit kronik tersebut boleh nerebak secepat itu sedangkan kebiasaannya memerlukan setahun lebih untuk develop symptom-simptom awal. 

Dr. Jung sebagai ketua doktor di Hankook Hospital jalankan autopsi mayat isterinya dan mulakan siasatan untuk semua kes penyakit paru-paru di bandar tersebut. Dr. Jung cuba jalankan ujikaji menggunakan tikus makmal yang menghidu wap air dari air humidifier di biliknya. Kesemua tikus tersebut mati dalam masa yang singkat. Dari survey dan ujikaji tersebut dia dapat tahu kehadiran bahan kimia Polyhexamethylene guanidine (PHMG) terdapat dalam cecair pembasmi kuman bernama Spotless yang dijual oleh syarikat O2.

Tak mudah untuk Dr. Jung dan keluarga mangsa yang lain saman syarikat O2 kerana tuduhan mereka boleh dianggap sebagai tak berasas. Syarikat O2 sudah menjual Spotless sebanyak 17,000 unit tapi cuma segelintir sahaja yang sakit dan meninggal. Bahan yang digunakan juga telah mendapat kelulusan oleh Kerajaan. Disebabkan kes sivil ini rumit dan perlukan masa yang banyak. Han Young-ju letak jawatan sebagai pendakwa raya untuk menjadi peguam untuk kes ni. 

Kejadian yang dipaparkan oleh Jo Yong-sun mengenai lung disease outbreak yang berlaku di Korea Selatan adalah sesuatu yang baru dan mengejutkan. Tak sangka cecair biasa yang nampak harmless, yang sepatutnya membantu manusia tapi bertukar jadi punca kematian. Dekat Korea, penggunaan air humidifier sangat tinggi. Boleh kata setiap rumah ada alat ni jadi tak hairan lah kalau ada 950,000 orang mangsa terjejas sejak tahun 2006 hingga 2011. 

Walaupun dari awal lagi pengarah dah bagitahu konflik utama dalam naskhah Air Murder tapi yang membuatkan filem bergerak sehingga ke hujung bukan pada punca kematian tapi perjuangan keluarga mangsa yang ingin dapatkan keadilan. Kes rasuah juga ditonjolkan bila syarikat O2 minta bantuan Menteri untuk sorok bukti penggunaan PHMG. Mesej yang kuat bila kegagalan Kerajaan merenggut nyawa rakyat. 

Memandangkan filem Toxic: Air Murder dibikin oleh pengarah baru dan di bawah syarikat produksi kecil jadi olahan dan penceritaan dia terasa mendatar sedangkan di awal cerita dah menarik dengan siasatan dan ujikaji Dr. Jung. Elemen drama yang dimasukkan pun tak kuat sedangkan banyak babak yang boleh jadi tearjerker macam perbualan antara Dr. Jung dengan keluarga mangsa ataupun courtroom drama yang sarat dengan kejutan dari kedua belah pihak, defendan juga plaintif. 

Ending pun tak mampu nak carry emotion yang sepatutnya sedangkan babak penghujung filem adalah babak yang penting bila Kerajaan wujudkan bipartisan committee untuk kes ni. Nasib baik subjek yang dibawa adalah insiden yang menggemparkan negara Korea Selatan jadi automatic refleks lah, semua orang akan mencari dan cakna dengan tragedi tersebut. 

Personally, filem ni boleh pergi jauh kalau pelakon utama diberikan kepada pelakon lain yang lebih pandai express emotion. Banyak kali nampak watak Dr. Jung macam tak mampu nak emote sampai Lee Sun-bin overshadow main lead. Sama juga dengan Seo Young-hee yang bagi impak pada penceritaan setiap kali muncul dalam ruang yang terhad. 

Nevertheless, filem toxic: Air Murder ni layak ditonton walaupun sekali untuk tahu macam mana Korea Selatan terjebak dalam kes yang menyayat hati ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.7/10

Movie Review | Tebus (2023)

Saturday, 14 October 2023


Pengarah: Jason Chong
Penulis Skrip: Jason Chong, Sky Khor 
Pelakon: Aedy Ashraf, Ahirine Ahirudin, Idan Aedan, Azhan Rani, Jay Iswazir, Samarinna Tolhip, Marisa Yasmin, Jeremiah Rukong
Syarikat Produksi: Vian Media 
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Aksi
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan:  31 Ogos 2023
Trailer:


Filem terbaru arahan dan penulisan dari Jason Chong berjudul Tebus memaparkan kisah pengawal keselamatan, Johan (Aedy Ashraf) yang menculik pewaris barangan kemas, Ana (Ahirine Ahirudin) untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil (Idan Aedan).

Doktor minta Johan untuk bawa Jalil pulang kerana adiknya cuma ada masa 2 minggu sahaja lagi untuk hidup. Akibat terdesak, Johan terpaksa peras ugut duit dari majikannya yang kaya. Jantung yang sepatutnya diberikan kepada Jalil ‘dicuri’ oleh anak orang kaya juga jadi dia tekad dengan keputusan tersebut. 


Perancangan Johan terjejas apabila bapa tiri Ana, iaitu Bakar (Azhan Rani) tidak mahu membayar malah melibatkan pihak polis sehingga Johan menjadi buruan. Ana buat tawaran supaya Johan bantu dia lari dari cengkaman Bakar kerana dia syak bapa tirinya ada agenda lain. Tambahan pula hari jadinya akan menjelang tak lama lagi dan Ana bakal dilantik sebagai CEO baru untuk Suci Jewelry. Daripada hidup uzur seperti ibunya, Mariam (Marisa Yasmin), lebih baik Ana bekerjasama dengan Johan. 

Jalan cerita Tebus tak lah heavy sangat sebab bersifat straight forward sejak awal lagi. Ada kejutan di awal dan hujung cerita tapi dah boleh agak sebab tipikal sangat. Dari awal lagi dah nampak identiti sebenar Bakar yang tamak dengan kuasa dan kekayaan setelah berkahwin dengan Mariam yang kematian suami. Bakar dibantu oleh Mat Noor (Jay Iswazir) untuk menguruskan semua hal baik di rumah, pejabat mahupun di perjumpaan-perjumpaan rahsia bersama shareholders Suci Jewelry. 


Tebus adalah filem kedua Ahirine selepas Remp-It 2 (2022), jadi tak ada expectation tinggi pun untuk dia bawakan watak Ana cuma sayang lah pengarah tak pandai kawal subjek dia. Tak ada masalah pun kalau Jason tak terlampau fokus dengan watak Ana dan biarkan Bakar dengan Johan tapau screentime banyak dalam Tebus. 

Mungkin sebab utama Jason pilih Ahirine untuk babak aksi tapi filem ni terlampau banyak bercakap sampaikan filem terasa mendatar walhal dah build up cantik dekat babak-babak awal. Kalau Ahirine dapat banyak screentime untuk babak aksi boleh terima lah. It gets too much sometimes bila watak Ana perlu bercakap sedangkan situasi tu tak perlukan pun macam Johan perkenalkan Ana pada Jalil lepastu minta respond Ana lepas Johan bagitahu plan untuk distract. 


Chemistry dan dinamik Ahirine dengan Aedy pun tak berapa nak menjadi sedangkan banyak momen Johan dengan Ana. Dari target penculikan sampai deep talk tentang keluarga dan impian masing-masing tapi susah nak feel the moment tu. Lagi seronok tengok Johan dengan Jalil, nampak natural lah momen adik-abang yang Aedy dengan Idan tonjolkan walaupun ruang tu tak banyak. 

Untuk babak aksi, not bad lah semua stunt choreography yang dimasukkan walaupun ada masanya nampak ambil giliran untuk deliver stunt tu. Tapi untuk elemen komedi dan drama, kedua-duanya tak sampai melainkan babak Azhan Rani. 

‘Kalau kau lembu, kau buat susu. Kalau kau ayam, kau buat telur. Kalau kau bangang, kau buat bodoh je. Lembu, dia tak buat telur. Ayam, dia tak buat susu. Yang bangang, jangan buat pandai.’ – Bakar


 Latar tempat untuk filem Tebus ni di Sarawak, pengarah bukan saja guna beberapa landmark dan budaya masyarakat setempat yang menonjolkan identiti negeri tu malah masukkan juga beberapa pelakon extra dengan dialek pekat Sarawak. Tapi jadi mengelirukan lah sebab barisan pelakon utama dan sampingan tak ada pun orang Sarawak. 

Jason Chong kata nak bawa filem Tebus ni pergi ke festival filem tapi personally I rasa banyak kelemahan untuk naskhah aksi drama ni. Masalah tu tak terletak pada jalan cerita dan genre tapi pada alur penceritaan dan editing. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Drama Review | Weak Hero Class (2022)

Director: Yoo Soo-min

Writers: Yoo Soo-min, Kim Jin-seok

Cast: Park Ji-hoon, Choi Hyun-wook, Hong Kyung

Production Companies: Playlist Studio, Shortcake

Distributor: Wavve, Kocowa, Viki, IQIYI

Genre: Psychology / Drama / Thriller / Action 

Running Episodes: 8 episodes (35-47 minutes per episode)

Release Date: 18 November 2022

Trailer: N/A

Berlatarkan sekolah menengah, pelajar Yeon Si-eun (Park Ji-hoon) merupakan top student di sekolah tersebut dan tidak berminat dengan perkara lain melainkan belajar. Datang ke sekolah awal pagi, fokus dalam kelas kemudiannya pergi ke akademi tuisyen dan sambung ulangkaji di rumah sebelum tidur. Rutin yang sama setiap hari sehingga lah Jeon Yeong-bin (Kim Su-gyeom) datang membuli. 

Si-eun tak gentar walaupun dia tak mempunyai sebarang martial arts untuk lawan si pembuli. Fizikal dia yang kecil bagi kelebihan bila ramai yang pandang rendah. Menggunakan ilmu fizik dan psikologi sudah cukup untuk dia cederakan Yeong-bin dan dua pengikutnya. Bila perang antara mereka semakin genting, Ahn Su-ho (Choi Hyun-wook) datang bantu Si-eun. 

Tak ada yang berani untuk lawan Ahn Su-ho kerana dia adalah MMA fighter malah senior juga takut untuk cari pasal. Semakin lama Si-eun dan Su-ho semakin rapat, ditambah pula dengan kehadiran Oh Beom-seok (Hong Kyung), anak angkat ADUN (Jo Han-chul) bandar tersebut, mereka bertiga sentiasa bersama. 

Web series yang ditayangkan secara perdana di Busan International Festival Filem ke-27 ini diadaptasikan dari webtoon popular novel yang ditulis oleh Seopass. Menggunakan tema kes buli, penulis juga pengarah Yoo Soo-min menggunakan antagonis bukan sahaja dari kalangan pelajar malah gangster yang terlibat dalam penjualan dadah dan judi haram. 

Pace Weak Hero Class berjalan laju dengan konflik yang tak pernah putus. Kalau dekat awal kena lawan dengan Yeong-bin dan sepupu dia, Jeon Seok-dae (Shin Seung-ho), di pertengahan terpalit pula dengan Kim Gil-soo (Na Cheol). Diuji pula dengan perang dingin antara Ahn Su-ho dan Oh Beom-seok akibat takut dan trauma dengan kes buli di sekolah lama. 

Walaupun banyak konflik yang dimasukkan tanpa henti, pengarah tahu berapa banyak ruang yang diperlukan untuk perkenalkan semua antagonis dan dalam masa yang sama kuatkan lagi latar belakang watak-watak utama. Ada juga masanya bila muncul kemungkinan sama ada Si-eun juga akan menjadi antagonis dalam Weak Hero Class tapi penulis develop watak lain dengan tunjukkan bagaimana terjadinya masalah buli yang sering bermula dari rumah. 

Sembang pasal lakonan, Park Jihoon adalah pilihan yang tepat untuk watak Si-eun bila fizikal dia lebih kecil berbanding pelajar lain. Kebanyakan masanya Park Jihoon guna ekspresi muka dan bahasa badan untuk deliver watak Si-eun yang terkesan dengan ketiadaan ibu (Kong Hyun-joo) dan ayah (Kim Sung-kyun) di rumah. Setiap kali Si-eun tenung tajam kepada sesiapa yang mengganggu, setiap kali tu juga seriau. 

Boleh nampak pengarah put effort dalam mencari talent untuk hidupkan kesemua watak pelajar darah muda yang bertenaga. Kebanyakan pelakon merupakan muka baru namun mempunyai bakat yang besar. Impak yang ditinggalkan juga antara sebab kenapa web series ni boleh selesai ditonton cuma dalam satu malam saja. Hook and addictive. 

Selain lakonan cemerlang dari barisan pelakon utama juga sampingan dan alur cerita yang menarik, Weak Hero Class dikuatkan lagi dengan sinematografi yang menguatkan lagi genre psikologi thriller. Penggunaan lighting dan close-up shot was a spot on. Action stunt juga dipaparkan dengan cantik memandangkan martial arts director, Heo Myeong-haeng (Vincenzo) dan Ahn Ji-Hye (Squid Game) dibawa masuk ke dalam team. Sentuhan musik dari Primary menguatkan lagi naskhah terbitan Playlist Studio dan Shortcake. 

Seusai kemenangan Weak Hero Class di Blue Dragon Series Awards, produser dah keluarkan kenyataan akan ada musim kedua. Macam mana cerita trio ni akan dikembangkan belum diceritakan lagi tapi wajar lah keputusan tu sebab ada hutang yang belum selesai dan perkara yang perlu dijelaskan lagi. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Serendipity (2001)


Director: Peter Chelsom
Writer: Marc Klein
Cast: John Cusack, Kate Beckinsale, Molly Shannon, Jeremy Piven, Bridget Moynahan, Eugene Levy
Production Company: Tapestry Films
Distributor: Miramax Films
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 91 minutes
Release Dates: 13 September 2001 (TIFF), 5 October 2001 (United States)
Trailer:


Jonathan: This is the ultimate blend to drink. How'd you find this place?
Sara: I first came in because of the name: Serendipity. It's one of my favorite words.
Jonathan: It is? Why?
Sara: It's such a nice sounding word for what it means: a fortunate accident.

Lately bila buka TikTok ternampak klip video dari filem Serendipity, naskhah romantik komedi yang mengisahkan tentang takdir pertemuan antara Sara Thomas (Kate Beckinsale) dan Jonathan Trager (John Cusack) yang bermula di Bloomingdale, New York. Kedua-duanya berebut untuk membeli sarung tangan kahsmir berwarna hitam. 

Tersentuh dengan kebaikan Jonathan, Sara ajak untuk makan malam di restoran Serendipity 3 di mana Sara suka dengan konsep “kebetulan yang membawa kebahagiaan”. Makin banyak mereka berbual, makin tertarik dan mula rasa suka. Malangnya Sara sudah pun mempunyai teman lelaki, sama juga dengan Jonathan tapi hati berat untuk tolak kemungkinan mereka berjodoh. 

Sara bagi nama dan nombor telefon dia tapi kertas tu ditiup angin kuat lantas terdetik takdir bagi signal untuk berhenti di situ sebab dia percaya setiap yang berlaku dah tertulis. Jonathan sangkal teori tersebut tapi setuju dengan idea Sara untuk berjumpa di mana-mana tingkat hotel Waldorf Astoria. Sara dengan Jonathan perlu pilih mana-mana tingkat untuk berjumpa tanpa pengetahuan masing-masing. Kalau betul mereka berjumpa, maka mereka ditakdirkan bersama. 

Sebelum bergerak ke hotel, Jonathan tulis nama dan nombor telefon dia atas wang kertas kemudian guna untuk beli gula-gula. Sementara Sara pula tulis nama dan nombor telefon pada buku berjudul Love in the Time of Cholera dan beri kepada kedai buku terpakai. Walaupun cubaan mereka gagal di Waldorf Astoria namun kedua-duanya berpegang dengan wang kertas dan buku tersebut hingga bertahun lamanya sampai takdir bagi signal sekali lagi. 

Pretty sure masa sekolah dulu dah pernah tengok filem ni and pretty sure I’ve got influenced by this fate gives signal thing. Bila tengok movie ni senang sangat nak relate dengan watak Sara dan Jonathan yang mula percaya takdir bagi signal sebelum dia berkahwin dengan Halley Buchanan (Bridget Moynahan). 

Sinematografi dari John De Borman berjaya menciptakan suasana romantik berlatarkan kota New York dan kehangatan Krismas. Soundtrack Serendipity antara kekuatan dalam naskhah romantik komedi terutamanya lagu Never A Day – Wood dan When You Know – Heather Nova. Kebanyakan lagu juga mempunyai lirik yang tepat menggambarkan situasi lantas kukuhkan screenplay antara dua watak utama. 

Of course, jalan cerita dia a bit cringe and nonsense but still enjoyable to watch sebab John Cusack dengan Kate Beckinsale ada chemistry yang kuat sebagai pelaris filem arahan Peter Chelsom. Lakonan mereka berdua buatkan orang yang tengok impikan benda yang sama walhal boleh je Jonathan pilih tingkat bawah sebab ada satu je pintu keluar masuk dekat hotel tu. Celah mana pun Sara akan pilih tingkat bawah juga untuk keluar. 

Perlu tak takdir bagi signal sedangkan takdir yang tertulis boleh diubah? Signal yang Sara dengan Jonathan cakap pun adalah benda biasa tapi sebab gunapakai konsep ‘kita nak tengok apa kita nak tengok’ sebab tu lah both of them rasa takdir bagi signal. For me both of them are red flags to their own partners sebab bagi harapan sedangkan dah tawar hati untuk teruskan. 

‘And if you're smart enough, you learn from your mistakes. You figure it out. You... you think. You realize that life isn't some elaborate stage play with directions for the actors. Life's a mess, Sara. It's... it's chaos personified.’ – Eve

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Dinner di Sopoong CITTA Mall

credit: CITTA Mall website


Dah lama dah Sopoong bertapak dekat CITTA Mall tapi tak pernah tergerak hati nak cuba makan dekat sini. Bila colleague kata sedap lepastu try makan kimchi jigae Syaz beli dekat Sopoong baru confident nak makan. 

Lepak makan malam dengan Husna di Sopoong sebelum sambung kerja dekat office. Sebab stress nak makan sup pedas sebab tu ambil set ramen kimchi. Selain ramen, dia bagi side dishes dan gimbap. Husna ambil set udon dengan nasi goreng kimchi. Pastu I tambah fries sebab craving fries. Untuk air pulak sama-sama dapat iced green tea. 





Meriah betul meja untuk makan masa tu padahal makan berdua dan masing-masing jenis perut kecik. Ya, walaupun lemak I banyak tapi perut tetap kecik. Sebenarnya miscommunication sebab at first I nak ambil sundobu jigae sebab tu Husna ambil set nasi goreng kimchi lepastu entah kenapa tukar ambil set ramen kimchi. Haaa nangis lah nak habiskan semua. 

Ramen Kimchi dekat Soopong sedap, bau wangi kimchi tu semerbak. Makan pula panas-panas, kurang la sikit rasa stress tu. Nothing much pun untuk ramen sebab ramen biasa je. Bahan pun tak banyak. Sama jugak dengan nasi goreng kimchi Husna ada nasi, kimchi, telur dan hirisan seaweed sebagai topping. Udon pun sama, semata mee udon dengan kuah. 

Rasanya makan gimbap lagi meriah sebab ada banyak bahan dekat dalam gulungan tu. Gimbap dia well-seasoned, tak masin sangat, rasa manis kicap sikit dengan manis sayur fresh yang dia guna. Happy bila ada taburan bijan putih untuk setiap potongan gimbap. Pendek kata kitorang memang makan carbs semata lepastu tersandar sebab kenyang sangat. 

Nak cuba lagi makan dekat sini, mungkin makan la kot tapi cari yang set je sebab murah untuk hidangan tak berlauk. 

Daftar Auto Debit untuk Nikmati Penjimatan Hebat di Astro | Diskaun 30% untuk Pek Primary, Entertainment, Movies dan lebih daripada RM600 penjimatan!

Daftar auto debit di Astro dan nikmati diskaun sehingga 30% untuk Pek Astro termasuk Primary, Entertainment atau Movies, bermula pada harga RM41.99/bulan.

Ini bermakna penjimatan lebih RM600 sepanjang 24 bulan. Dengan pembayaran auto debit, pelanggan boleh menikmati kemudahan dan ketenangan fikiran dengan pembayaran bil yang sentiasa menepati masa dan tanpa kerumitan.

Sekiranya anda pelanggan baru Astro, Pek Primary menyediakan akses kepada lebih daripada 80 saluran dengan rangkaian kandungan tempatan dan antarabangsa menarik yang direka untuk memenuhi keperluan setiap ahli keluarga anda. Kini, dengan hanya RM41.99/bulan (HRD: RM59.99), anda boleh menikmati rancangan popular seperti All Stars Gegar Veganza (Musim 10), The Queen's Ploy terbitan Astro Originals, drama keluarga Tamil tempatan Akkam Pakkam dan banyak lagi.

Selami dunia hiburan yang pelbagai dengan Pek Entertainment kami, menawarkan pelbagai kandungan tempatan, antarabangsa dan kanak-kanak, termasuk Didi & Friends Kembara Muzikal, The Curios Case of Natalia Grace dan Christina on the Coast, semuanya hanya RM62.99/bulan (HRD: RM89.99). Tambahan pula, anda akan menikmati akses percuma kepada aplikasi penstriman premium seperti BBC Player dan pilih antara Viu Premium atau TVBAnywhere+, yang membolehkan anda strim Gordon Ramsay’s Future Food Stars Musim 2, From Saga With Love dan From Hong Kong To Beijing pada TV anda atau secara on-the-go melalui aplikasi mudah alih.

Jika anda mahukan lebih banyak filem yang memenangi anugerah dan siri asal, mulakan diri anda dalam perjalanan dengan Pek Movies kami. Dengan hanya RM66.49/bulan (HRD: RM94.99), anda akan mendapat akses kepada aplikasi premium seperti Disney+ Hotstar dan HBO GO, membolehkan anda strim rancangan kegemaran anda, termasuk Loki, Goosebumps, Scream VI dan Rick & Morty Musim 7.

Sebagai syarikat penstriman utama, kami juga memberikan akses percuma untuk aplikasi kami, Astro GO, kepada semua pelanggan TV Berbayar kami supaya mereka tidak terhad dengan hanya penstriman di TV mereka. Sebagai pilihan, mereka juga boleh memilih untuk menambah lebih banyak aplikasi premium pada langganan mereka termasuk Qalbox by Muslim Pro, ZEE5 atau iQIYI dari serendah RM8.40/bulan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran eksklusif ini, layari https://product.astro.com.my/tv.

*Hanya pelanggan Pek Primary, Entertainment dan Moviesbaharu yang mendaftar dengan auto-debit layak untuk tawaran ini. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

SURIA KLCC PERKASA KESIHATAN DIRI MELALUI KEMPEN KESIHATAN MENTAL

Friday, 13 October 2023

SURIA KLCC PERKASA KESIHATAN DIRI MELALUI KEMPEN KESIHATAN MENTAL | Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ beri nafas kesejahteraan holistik untuk para pengunjung

Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC telah membuka tirai bulan Oktober dengan menganjurkan kempen kesihatan mental bagi memperkasa kesihatan diri secara holisitk.

Kempen yang berlangsung selama 10 hari mulai 6 Oktober sehingga 15 Oktober dianjurkan berikutan kejayaan kempen kesihatan mental yang diadakan pada tahun 2021 dan 2022. Suria KLCC kini dikenali sebagai Pusat Beli-Belah yang komited dalam meneruskan usaha menyokong kepentingan kesedaran kesihatan mental.

Seiring dengan tema Federasi Sedunia untuk Kesihatan Mental “Mental Health is a Universal Human Right”, kempen kesihatan mental tahun ini berpaksikan tema penjagaan diri. Slogan ‘Your Mind, Your Journey’, dilihat menitikberatkan aspek penting dalam penjagaan emosi, fizikal dan kesihatan mental secara menyeluruh.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan melalui kerjasama rakan kongsi Suria KLCC yang akan diadakan di arena “Centre Court” yang juga berperanan sebagai hub untuk kempen kali ini. Bagi menjayakan kempen ini, Suria KLCC masih mengekalkan tradisi dengan meneruskan usaha murni ini bersama badan NGO seperti Green Ribbon Group, Malaysian Mental Health Association, Befrienders KL, Mental Illness Awareness Support Association dan juga pelantikan terbaru iaitu Nyawa Organisation.

Hasil jualan ‘Suria Ribbon Pin’ juga dikekalkan sebagai sebagai objektif utama untuk pengumpulan dana dan kesemua hasil akan disumbangkan sepenuhnya bagi menjana kejayaan kempen ini. Pin tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan dengan harga RM10.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, “Kempen ini diadakan berbekalkan komitmen yang jitu dalam memperkukuhkan kesedaran kesihatan fizikal dan emosi, malah kesejahteraan sosial yang menyeluruh di dalam komuniti ini. Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ adalah titik permulaan untuk menyingkap penjagaan dan kesedaran diri.

Safe Space @ Suria KLCC

Suria KLCC merupakan Pusat Beli-Belah yang pertama di Malaysia dalam memperkasakan kesedaran kesihatan mental dengan penganjuran kempen dan penyediaan “safe space” untuk kegunaan komuniti sejagat. Untuk kempen tahun ini, hub tersebut terdiri dari tiga zon yang membawa tema berlainan, iaitu zon ‘Physical & Spiritual’, ‘Emotional & Mental’ dan juga ‘Social & Leisure’. Pakar Kesihatan Mental akan berada di setiap zon bagi membantu para pengunjung mendapatkan khidmat yang bersesuaian. Malah, setiap zon direka khas untuk menyempurnakan asas setiap tema tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan aspek penjagaan diri.

Di zon ‘Physical & Spiritual’, rakan Kongsi ‘Babel’ yang merupakan sebuah gim terkemuka akan mengadakan sesi riadah dan meditasi untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan kesedaran diri yang optimum. Babel juga menganjurkan pelbagai aktiviti luar yang akan diadakan di Taman KLCC bagi mendorong para pengunjung untuk mendekati alam semula jadi. Tidak ketinggalan, bengkel kecantikan juga akan diadakan oleh rakan kongsi kecantikan yang terkenal.

Zon ‘Emotional & Mental’ membawakan khidmat pakar melalui klinik, ceramah dan sesi kaunseling yang akan di selia oleh badan NGO bagi memastikan setiap individu menerima akses mudah untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. Ruangan ini akan dipenuhi dengan mesej positif serta fakta yang berguna untuk menggalakkan kesejahteraan emosi. Zon ini juga akan dilengkapi dengan sudut relaksasi yang bakal merangsang ketenangan.

Aktiviti ini bakal membuka ruang untuk para pengunjung mengukuhkan pertalian hubungan selain dari melakar pengalaman yang tidak dapat dilupakan melalui aktiviti kraftangan, melukis, menulis jurnal dan juga penyertaan secara berkumpulan.

Badan NGO Nyawa telah melancarkan sebuah jurnal pada 7 Oktober di ruangan ‘safe space’ yang terletak di “Centre Court”. Sehubungan dengan pelancaran itu, sesi dialog kesihatan mental dan penjagaan diri telah membawakan penceramah dan aktivis kesihatan mental terkemuka seperti Che Puan Sarimah Ibrahim dan Profesor Madya Jabatan Psikologi Universiti HELP, Dr. Eugene Tee.

Melalui kempen ini juga, Galeri Heritouch juga membawakan pameran karya seni yang bertemakan refleksi, penyembuhan dan ungkapan emosi melalui seni.

Sementara itu, sesi urutan dan rawatan tangan yang dianjurkan oleh The Body Shop akan diadakan setiap hari pada jam 5:30 petang.

Pada 14 Oktober, Estee Lauder akan membawakan ceramah kesihatan serta bengkel kecantikan dan kesihatan/keyakinan diri. Komitmen Estee Lauder memperjuangkan kesedaran barah payudara melebihi tiga dekad dilihat mampu membawa impak luar biasa dalam usaha memperkasakan kesedaran kesihatan mental kali ini.

Pengalaman “Arty Inflatable”

Bagi memeriahkan sambutan kempen, aktiviti interkatif ini membawakan pameran bunga kembang yang dinamakan sebagai pengalaman “Arty Inflatable”. Pameran ini akan bermula dari 8 Oktober sehingga 22 Oktober. Pengalaman interaktif ini bakal dijadikan sebagai titik perasmian kempen kali ini yang mana telah berjaya direkod didalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Pameran Bunga Interaktif Terbesar di Malaysia.

Kepelbagaian aktiviti menarik untuk kempen kali ini menjanjikan sebuah pengalaman bermakna dan menarik buat para pengunjung seiring dengan usaha untuk mengekalkan posisi Suria KLCC sebagai syurga membeli belah buat para pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Pameran ini juga berkait rapat dengan tema kesihatan mental yang mana setiap kuntum bunga dipilih secara khusus dengan penelitian aspek yang berhubung kait dengan kesihatan mental. Sebagai contoh, bunga ros adalah lambang penjagaan diri manakala bunga matahari melambangkan sifat positiviti dan optimistik.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Pusat Beli-Belah Alamanda dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putarajaya telah mengambil langkah untuk mempromosikan kesedaran kesihatan mental. Melihat statistik penyakit mental yang berkedudukan kedua tertinggi selepas penyakit hati, inisiatif ini disasarkan untuk meningkatkan kesedaran, menyebarkan maklumat penting selain dari memupuk persekitaran yang boleh membantu mengurangkan kadar permasalahan penyakit mental.

Bermula dari 20 sehingga 22 Oktober, ruang “Centre Court” Alamanda akan ditransformasikan untuk menjadi sebuah hub yang membawakan pelbagai aktiviti kesedaran kesihatan mental. Para pengunjung yang berumur 18 tahun ke atas berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma.

Selaras dengan objektif kempen ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti:

Cabaran Kesihatan: Penglibatan aktiviti fizikal yang direka khas untuk meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan secara keseluruhan.

Pameran ‘Healthy Mind’: Ruangan informatif yang dilihat bakal meningkatkan kesedaran dan kepentingan kesihatan mental.

Terapi Kaunseling Booth: Sudut tertutup akan disediakan untuk individu yang berminat untuk mendapatkan bantuan pakar.

Aktiviti Kanak-Kanak: Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang berumur 5 sehingga 6 tahun akan diadakan disamping sesi bercerita yang interaktif untuk kanak-kanak yang berumur 10 sehingga 12 tahun dengan tema yang mempromosikan kesihatan minda dan keluarga.

Pemerkasaan Belia: Sesi ‘Choral Speaking’ untuk sekolah-sekolah yang berlokasi di Putrajaya menumpukan topik yang berkisar tentang kesihatan minda dikalangan pelajar yang berusia 13 sehingga 17 tahun.

Perbincangan Berwawasan: Sebuah sesi ‘Ted Talk’ yang menitikberatkan pelbagai aspek kesihatan mental 

Forum Kesihatan Mental: Sebuah sesi perbincangan yang menampilkan pakar psikatri dan juga klien kesihatan mental bakal dibawakan untuk memberi perspektif penting dalam penjagaan kesihatan mental.

Pusat Beli-Belah Mesra

Sementara itu di Pusat Beli-Belah Mesra yang berlokasi di Kemaman, Terengganu juga akan membawakan Kempen Kesedaran Kesihatan Mental bermula dari 12 sehingga 15 Oktober. Kempen ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Psikatari Hospital Kemaman adalah sebuah inisiatif yang direka khas untuk menggalakan kewujudan ruang interaktif yang penuh dengan informasi untuk komuniti setempat.

Bagi menggalakkan sambutan kempen tersebut, Pusat Beli-Belah Mesra juga menawarkan rundingan kesihatan mental untuk membantu para pengunjung menerima sokongan berkenaan kesihatan mental. Sebuah kuiz kesihatan mental yang bakal mengemukakan format interkatif bertujuan untuk menguji pengetahuan dan meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu kesihatan mental di kalangan peserta juga bakal diadakan. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, pemeriksaan kesihatan fizikal percuma akan disediakan bagi memastikan kesejahteraan holistik yang menyeluruh.

Pusat Beli-Belah Mesra mengiktiraf seni dalam mempromosikan kesihatan mental. Bagi menjayakan pendekatan kesihatan mental terhadap para pengunjung, karya seni juga akan dipamerkan bagi membantu individu untuk mengendalikan pelbagai masalah kesihatan dan cabaran psikologi.

Pada 12 Oktober, Dr. Zaliha A. Rahman dari Jabatan Psikatari Hospital Kemaman juga akan mengadakan ceramah dan perbincangan kesihatan mental. Sesi ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan para pengunjung pencerahan dan dorongan dari pihak pakar bagi membantu pengedalian kesihatan mental.

Selain daripada ceramah informatif, pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan kesedaran kesihatan mental akan diadakan bagi memupuk pemahaman dan mengalakkan penyertaan yang memberangsangkan.

Untuk maklumat lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

***********************************

About Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd is a joint venture company owned by KLCC Property Holdings Berhad (60%) and CBRE Global Investors (40%). It is a world class retail asset management group specialising in the development and operation of shopping malls in Malaysia. Its current portfolio includes Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre and Mesra Mall. With more than 550 specialty outlets and over 2 million square feet of combined retail space, the company offers local and international retailers a doorway to some of the most discerning shoppers in Malaysia.

Anlene Mobility Check Mendedahkan Risiko Kesihatan Tulang Yang Membimbangkan Dalam Kalangan Warga Malaysia | Anlene Malaysia meneruskan komitmen untuk menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang sempena Hari Osteoporosis Sedunia

Anlene, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* serta perintis dalam menyokong pendidikan mengenai kesihatan tulang, sendi dan otot selama tiga dekad yang lalu, baru-baru ini telah mendedahkan penemuan mengejutkan melalui Anlene Mobility Check. Dimulakan pada Mei 2022 dan telah berjaya menyaring seramai 20,000 rakyat Malaysia sehingga kini, saringan yang melibatkan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot ini telah mendedahkan bahawa 50% orang dewasa Malaysia mungkin berisiko untuk tulang lemah. Ini mungkin berpotensi membawa kepada penyakit tulang seperti osteoporosis yang berisiko untuk menjejaskan pergerakan seseorang.

Saringan ini juga turut mendedahkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia1 mempunyai kekuatan otot yang lemah. Bertujuan untuk menilai kekuatan tulang dan otot, saringan percuma ini telah dijalankan melalui beberapa siri roadshow bermula pada bulan Mei 2022 dan dibuka kepada orang dewasa berumur 19 tahun ke atas.  

Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura berkata: “Hasil daripada saringan mobiliti telah mendedahkan trend yang membimbangkan iaitu kesedaran rendah dalam kalangan warga Malaysia mengenai kesihatan tulang. Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk menangani masalah dan risiko berkaitan dengan mobiliti di negara kita. Di Anlene, kami percaya bahawa langkah pencegahan terhadap osteoporosis boleh mengurangkan kelazimannya dalam populasi rakyat Malaysia dengan ketara. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu untuk menjaga kecergasan dan kesihatan tulang, sendi serta otot mereka secara proaktif, agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan membantu mereka untuk kekal aktif selama yang boleh.” 

Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia 2023, Anlene Malaysia mengukuhkan komitmen teguhnya untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kesihatan tulang dan otot dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pemahaman yang lebih mendalam dan menggalakkan penjagaan proaktif untuk kesihatan tulang mereka, Anlene Malaysia telah bekerjasama dengan rakan kongsi runcitnya, AEON serta rakan kongsi perubatannya, Columbia Asia Hospital Puchong.

Kerjasama eksklusif ini akan ditunjukkan melalui inisiatif meluas dengan roadshow Anlene Mobilit Check yang dijalankan di pelbagai cawangan AEON di seluruh negara dan di Columbia Asia Hospital Puchong sepanjang bulan Oktober 2023. Roadshow ini akan menawarkan pemeriksaan percuma kepada orang ramai dengan menggunakan imbasan ultrasound tulang dan ujian kekuatan otot, bertujuan untuk memberikan warga Malaysia maklumat tentang kekuatan tulang dan otot mereka.

Dr Paisal Bin Hussin, Pakar Bedah Ortopedik di Columbia Asia Hospital Puchong menjelaskan bahawa osteoporosis adalah salah satu kebimbangan kesihatan yang  boleh menjejaskan ramai orangsecara senyap. “Kelaziman osteoporosis diunjurkan lebih tinggi di Asia berikutan populasinya yang semakin tua, dan Malaysia tidak terkecuali. Lebih membimbangkan, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan tertinggi dalam jumlah patah tulang pinggul menjelang 2050. Lonjakan ini adalah akibat langsung daripada osteoporosis—keadaan yang dicirikan oleh tulang yang lemah yang lebih terdedah kepada patah tulang, terutamanya di kawasan pinggul,” kata Dr. Paisal.

Tambahnya lagi, "Untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat, badan kita secara semula jadi menjalani proses yang berterusan dipanggil pembentukan semula tulang, di mana tulang lama digantikan dengan tisu tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang hayat kita. Walau bagaimanapun, apabila usia meningkat, ia boleh menjadi kurang cekap, dan kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an. Wanita yang dalam tempoh peralihan menopaus mungkin mengalami kehilangan tulang yang cepat, berpotensi kehilangan sehingga 20% ketumpatan tulang mereka.

“Mujurlah penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis boleh dicegah. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang anda dari usia muda adalah penting. Dengan mengambil langkah proaktif untuk menguatkan tulang kita hari ini, kita boleh menjamin masa depan yang lebih sihat dan berdaya tahan,” nasihat Dr. Paisal.

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen tersebut ialah Ms Liew Yen Lee, Penolong Pengurus Pemakanan di Fonterra Brands Malaysia. Beliau menasihatkan, “Menjaga tulang, sendi dan otot kita bermula dengan pilihan gaya hidup yang sihat yang menggabungkan kedua-dua senaman kerap dan diet yang seimbang. Mengamalkan senaman yang kerap bukan sahaja menggalakkan tulang yang kuat tetapi juga menguatkan otot yang menyokongnya. Gabungan aktiviti ini dengan diet seimbang yang kaya dengan kalsium, vitamin D, protein, adalah penting. Anlene diformulasi untuk menyokong kekuatan tulang bersama dengan diet seimbang dan gaya hidup yang aktif,” jelas Yen Lee.

Anlene™ GOLD 5X™ dirumus secara saintifik dengan nutrien utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan orang dewasa. Setiap gelas menyediakan 100%** kalsium & vitamin D, tinggi protein, kolagen, MFGM Active™, dan 17 vitamin dan mineral. 


Satu kajian mencadangkan bahawa pengambilan harian dua gelas susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti kalsium, Vitamin D, magnesium, dan zink, boleh membantu dalam mengurangkan kemerosotantulang dalam tempoh 4 minggu. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa pengambilan MFGM dalam diet seseorang berserta dengan senaman yang kerap, boleh meningkatkan kekuatan otot selepas 4 minggu.

Pemakanan yang baik adalah asas untuk membina dan mengekalkan tulang, sendi, dan otot yang kuat yang amat penting untuk gaya hidup yang aktif. Dapatkan saringan pemeriksaan status kekuatan tulang2 dan otot anda secara PERCUMA di roadshow Anlene Mobility Check. Saringan ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober di pelbagai cawangan AEON dan Columbia Asia Hospital Puchong.

Untuk maklumat terperinci tentang lokasi dan tarikh Anlene Mobility Check, sila layari https://www.anlene.com/my/ms/anlene-move-check.html. 

****************

Tentang Fonterra
Kami merupakan sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang dimiliki oleh 10,000 orang peladang dan keluarga mereka. Kami membina kepakaran menerusi warisan ribuan peladang yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju tenusu di dunia. Menerusi semangat kerjasama dan sikap serba boleh, kami menjadi pengeksport tenusu yang terkemuka di peringkat global. Warga kami seramai 22,000 orang berkongsi kebaikan pemakanan tenusu dengan warga dunia menerusi jenama penyelesaian khidmat makanan pengguna dan ramuan yang inovatif dan operasi perladangan dan pemprosesan kami di empat buah benua.

Fonterra Brands Malaysia memulakan operasinya di Shah Alam, Selangor pada 1975. Hari ini syarikat memiliki dua kilang pengeluaran, Susumas dan Dairymas, dan seramai 700 pekerja yang berusaha untuk menyediakan khasiat tenusu terbaik untuk rakyat Malaysia. Semua produk tenusu Fonterra Brands Malaysia memiliki sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri antarabangsa dan tempatan dan memiliki sijil FSSC22000, Veterinary Health Mark dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali menerusi jenama terkemuka termasuklah Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum dan Chesdale. Bagi bahagian khidmat makanannya, Anchor Food Professionals, dikenali menerusi jenama Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.