SURIA KLCC PERKASA KESIHATAN DIRI MELALUI KEMPEN KESIHATAN MENTAL | Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ beri nafas kesejahteraan holistik untuk para pengunjung
Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC telah membuka tirai bulan Oktober dengan menganjurkan kempen kesihatan mental bagi memperkasa kesihatan diri secara holisitk.
Kempen yang berlangsung selama 10 hari mulai 6 Oktober sehingga 15 Oktober dianjurkan berikutan kejayaan kempen kesihatan mental yang diadakan pada tahun 2021 dan 2022. Suria KLCC kini dikenali sebagai Pusat Beli-Belah yang komited dalam meneruskan usaha menyokong kepentingan kesedaran kesihatan mental.
Seiring dengan tema Federasi Sedunia untuk Kesihatan Mental “Mental Health is a Universal Human Right”, kempen kesihatan mental tahun ini berpaksikan tema penjagaan diri. Slogan ‘Your Mind, Your Journey’, dilihat menitikberatkan aspek penting dalam penjagaan emosi, fizikal dan kesihatan mental secara menyeluruh.
Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan melalui kerjasama rakan kongsi Suria KLCC yang akan diadakan di arena “Centre Court” yang juga berperanan sebagai hub untuk kempen kali ini. Bagi menjayakan kempen ini, Suria KLCC masih mengekalkan tradisi dengan meneruskan usaha murni ini bersama badan NGO seperti Green Ribbon Group, Malaysian Mental Health Association, Befrienders KL, Mental Illness Awareness Support Association dan juga pelantikan terbaru iaitu Nyawa Organisation.
Hasil jualan ‘Suria Ribbon Pin’ juga dikekalkan sebagai sebagai objektif utama untuk pengumpulan dana dan kesemua hasil akan disumbangkan sepenuhnya bagi menjana kejayaan kempen ini. Pin tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan dengan harga RM10.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, “Kempen ini diadakan berbekalkan komitmen yang jitu dalam memperkukuhkan kesedaran kesihatan fizikal dan emosi, malah kesejahteraan sosial yang menyeluruh di dalam komuniti ini. Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ adalah titik permulaan untuk menyingkap penjagaan dan kesedaran diri.
Safe Space @ Suria KLCC
Suria KLCC merupakan Pusat Beli-Belah yang pertama di Malaysia dalam memperkasakan kesedaran kesihatan mental dengan penganjuran kempen dan penyediaan “safe space” untuk kegunaan komuniti sejagat. Untuk kempen tahun ini, hub tersebut terdiri dari tiga zon yang membawa tema berlainan, iaitu zon ‘Physical & Spiritual’, ‘Emotional & Mental’ dan juga ‘Social & Leisure’. Pakar Kesihatan Mental akan berada di setiap zon bagi membantu para pengunjung mendapatkan khidmat yang bersesuaian. Malah, setiap zon direka khas untuk menyempurnakan asas setiap tema tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan aspek penjagaan diri.
Di zon ‘Physical & Spiritual’, rakan Kongsi ‘Babel’ yang merupakan sebuah gim terkemuka akan mengadakan sesi riadah dan meditasi untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan kesedaran diri yang optimum. Babel juga menganjurkan pelbagai aktiviti luar yang akan diadakan di Taman KLCC bagi mendorong para pengunjung untuk mendekati alam semula jadi. Tidak ketinggalan, bengkel kecantikan juga akan diadakan oleh rakan kongsi kecantikan yang terkenal.
Zon ‘Emotional & Mental’ membawakan khidmat pakar melalui klinik, ceramah dan sesi kaunseling yang akan di selia oleh badan NGO bagi memastikan setiap individu menerima akses mudah untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. Ruangan ini akan dipenuhi dengan mesej positif serta fakta yang berguna untuk menggalakkan kesejahteraan emosi. Zon ini juga akan dilengkapi dengan sudut relaksasi yang bakal merangsang ketenangan.
Aktiviti ini bakal membuka ruang untuk para pengunjung mengukuhkan pertalian hubungan selain dari melakar pengalaman yang tidak dapat dilupakan melalui aktiviti kraftangan, melukis, menulis jurnal dan juga penyertaan secara berkumpulan.
Badan NGO Nyawa telah melancarkan sebuah jurnal pada 7 Oktober di ruangan ‘safe space’ yang terletak di “Centre Court”. Sehubungan dengan pelancaran itu, sesi dialog kesihatan mental dan penjagaan diri telah membawakan penceramah dan aktivis kesihatan mental terkemuka seperti Che Puan Sarimah Ibrahim dan Profesor Madya Jabatan Psikologi Universiti HELP, Dr. Eugene Tee.
Melalui kempen ini juga, Galeri Heritouch juga membawakan pameran karya seni yang bertemakan refleksi, penyembuhan dan ungkapan emosi melalui seni.
Sementara itu, sesi urutan dan rawatan tangan yang dianjurkan oleh The Body Shop akan diadakan setiap hari pada jam 5:30 petang.
Pada 14 Oktober, Estee Lauder akan membawakan ceramah kesihatan serta bengkel kecantikan dan kesihatan/keyakinan diri. Komitmen Estee Lauder memperjuangkan kesedaran barah payudara melebihi tiga dekad dilihat mampu membawa impak luar biasa dalam usaha memperkasakan kesedaran kesihatan mental kali ini.
Pengalaman “Arty Inflatable”
Bagi memeriahkan sambutan kempen, aktiviti interkatif ini membawakan pameran bunga kembang yang dinamakan sebagai pengalaman “Arty Inflatable”. Pameran ini akan bermula dari 8 Oktober sehingga 22 Oktober. Pengalaman interaktif ini bakal dijadikan sebagai titik perasmian kempen kali ini yang mana telah berjaya direkod didalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Pameran Bunga Interaktif Terbesar di Malaysia.
Kepelbagaian aktiviti menarik untuk kempen kali ini menjanjikan sebuah pengalaman bermakna dan menarik buat para pengunjung seiring dengan usaha untuk mengekalkan posisi Suria KLCC sebagai syurga membeli belah buat para pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Pameran ini juga berkait rapat dengan tema kesihatan mental yang mana setiap kuntum bunga dipilih secara khusus dengan penelitian aspek yang berhubung kait dengan kesihatan mental. Sebagai contoh, bunga ros adalah lambang penjagaan diri manakala bunga matahari melambangkan sifat positiviti dan optimistik.
Pusat Beli-Belah Alamanda
Pusat Beli-Belah Alamanda dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putarajaya telah mengambil langkah untuk mempromosikan kesedaran kesihatan mental. Melihat statistik penyakit mental yang berkedudukan kedua tertinggi selepas penyakit hati, inisiatif ini disasarkan untuk meningkatkan kesedaran, menyebarkan maklumat penting selain dari memupuk persekitaran yang boleh membantu mengurangkan kadar permasalahan penyakit mental.
Bermula dari 20 sehingga 22 Oktober, ruang “Centre Court” Alamanda akan ditransformasikan untuk menjadi sebuah hub yang membawakan pelbagai aktiviti kesedaran kesihatan mental. Para pengunjung yang berumur 18 tahun ke atas berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma.
Selaras dengan objektif kempen ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti:
Cabaran Kesihatan: Penglibatan aktiviti fizikal yang direka khas untuk meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan secara keseluruhan.
Pameran ‘Healthy Mind’: Ruangan informatif yang dilihat bakal meningkatkan kesedaran dan kepentingan kesihatan mental.
Terapi Kaunseling Booth: Sudut tertutup akan disediakan untuk individu yang berminat untuk mendapatkan bantuan pakar.
Aktiviti Kanak-Kanak: Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang berumur 5 sehingga 6 tahun akan diadakan disamping sesi bercerita yang interaktif untuk kanak-kanak yang berumur 10 sehingga 12 tahun dengan tema yang mempromosikan kesihatan minda dan keluarga.
Pemerkasaan Belia: Sesi ‘Choral Speaking’ untuk sekolah-sekolah yang berlokasi di Putrajaya menumpukan topik yang berkisar tentang kesihatan minda dikalangan pelajar yang berusia 13 sehingga 17 tahun.
Perbincangan Berwawasan: Sebuah sesi ‘Ted Talk’ yang menitikberatkan pelbagai aspek kesihatan mental
Forum Kesihatan Mental: Sebuah sesi perbincangan yang menampilkan pakar psikatri dan juga klien kesihatan mental bakal dibawakan untuk memberi perspektif penting dalam penjagaan kesihatan mental.
Pusat Beli-Belah Mesra
Sementara itu di Pusat Beli-Belah Mesra yang berlokasi di Kemaman, Terengganu juga akan membawakan Kempen Kesedaran Kesihatan Mental bermula dari 12 sehingga 15 Oktober. Kempen ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Psikatari Hospital Kemaman adalah sebuah inisiatif yang direka khas untuk menggalakan kewujudan ruang interaktif yang penuh dengan informasi untuk komuniti setempat.
Bagi menggalakkan sambutan kempen tersebut, Pusat Beli-Belah Mesra juga menawarkan rundingan kesihatan mental untuk membantu para pengunjung menerima sokongan berkenaan kesihatan mental. Sebuah kuiz kesihatan mental yang bakal mengemukakan format interkatif bertujuan untuk menguji pengetahuan dan meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu kesihatan mental di kalangan peserta juga bakal diadakan. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, pemeriksaan kesihatan fizikal percuma akan disediakan bagi memastikan kesejahteraan holistik yang menyeluruh.
Pusat Beli-Belah Mesra mengiktiraf seni dalam mempromosikan kesihatan mental. Bagi menjayakan pendekatan kesihatan mental terhadap para pengunjung, karya seni juga akan dipamerkan bagi membantu individu untuk mengendalikan pelbagai masalah kesihatan dan cabaran psikologi.
Pada 12 Oktober, Dr. Zaliha A. Rahman dari Jabatan Psikatari Hospital Kemaman juga akan mengadakan ceramah dan perbincangan kesihatan mental. Sesi ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan para pengunjung pencerahan dan dorongan dari pihak pakar bagi membantu pengedalian kesihatan mental.
Selain daripada ceramah informatif, pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan kesedaran kesihatan mental akan diadakan bagi memupuk pemahaman dan mengalakkan penyertaan yang memberangsangkan.
Untuk maklumat lanjut, layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
***********************************
About Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd is a joint venture company owned by KLCC Property Holdings Berhad (60%) and CBRE Global Investors (40%). It is a world class retail asset management group specialising in the development and operation of shopping malls in Malaysia. Its current portfolio includes Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre and Mesra Mall. With more than 550 specialty outlets and over 2 million square feet of combined retail space, the company offers local and international retailers a doorway to some of the most discerning shoppers in Malaysia.