‘Super Wira’ Siri Live Action Astro Ceria Pertama

Friday, 6 October 2023

’Super Wira’ bakal mengubah landskap penceritaan genre superhero di Malaysia dengan memperkenalkan gandingan nama-nama hebat seperti Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Idan Aedan serta Mira Filzah. Dalam memperkasakan kualiti kandungan, genre live action berelemenkan superhero merupakan kelainan berbeza yang dipersembahkan oleh Astro untuk tontonan seisi keluarga.

Penceritaan menerusi tujuh episod ini mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu Super Wira. Setiap daripada mereka mempunyai kuasa masing-masing kecuali Aman, anak kepada Kapten Gemilang yang mengetuai Super Wira. Dalam mencari potensi diri dan membuka kunci kuasanya yang terpendam untuk menyelamatkan ibunya yang ditangkap oleh penjahat bernama Roy, dia sedar bahawa kekuatan satu kuasa itu berbeza daripada apa yang dijangkakan.

Super Wira merupakan salah satu siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu yang merangkumi silat sebagai sebahagian daripada gaya pertarungan Kapten Gemilang serta penggunaan cerita rakyat Naga Tasik Chini sebagai sebahagian daripada watak Mira Filzah yakni Seri Gumum.

Menurut Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana Zainol Kamar, “‘Super Wira’ merupakan langkah penting untuk Astro Ceria dalam memberi kepelbagaian dalam sajian kandungan kami. Untuk memenuhi permintaan para penonton yang inginkan kandungan yang mencabar dan lain daripada lain, ‘Super Wira’ menjadi pertaruhan kami untuk kekal relevan dan berdaya saing dengan kompetitor-kompetitor dalam mahupun luar negara.

Kami ingin membuktikan bahawa produksi tempatan mampu melakukan siri-siri genre superhero sepertimana yang dilakukan oleh produksi-produksi antarabangsa. Lagi mengujakan apabila siri ini melihat kombinasi lakonan hebat. Bayangkan Beto dan Nadhir bertarung dalam fight scenes yang menakjubkan. Malah kita akan melihat Mira Filzah dalam watak yang berbeza daripada kebiasaan. Selain daripada itu, kami juga memaparkan Idan Aedan yang mempunyai bakat lakonan yang hebat sebagai generasi pelapis di negara kita”.

“Kami berharap agar ‘Super Wira’ dapat mencetus fenomena baharu di kalangan dewasa, anak muda dan juga kanak-kanak. Jika ramai di antara kita merupakan peminat adiwira Marvel mahupun DC, masanya tiba untuk menjadi peminat adiwira tempatan iaitu ‘Super Wira’,” tambahnya lagi. 

‘Super Wira’ merupakan siri berkonsepkan adiwira yang menggunakan elemen CGI untuk memberi impak realistik dalam pembikinan filem bergenre sci-fi fantasi. Penceritaan fiksyen ini menampilkan pelbagai sudut aksi daripada pelakon-pelakon yang hebat, seiring dengan minat golongan muda pada masa kini yang turut diselit inspirasi dan moral dengan tagline ‘Kuasa Itu Pilihan’.

‘Super Wira’ diterajui barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy sebagai ketua kumpulan iaitu Kapten Gemilang atau Johan, Idan Aedan sebagai Aman dan Nadhir Nasar sebagai antagonis yang bernama Roy. Siri ini turut dijayakan oleh Mira Filzah yang membawa watak sebagai Seri Gumum (Penjaga Kristal Kuasa Naga Tasik Chini), Ezzaty Abdullah sebagai Rose, Arena Wan sebagai Irena, Fadhli Masoot sebagai Wan dan juga Zizan Razak sebagai Awang Bunga.

‘Super Wira’ bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Harga Jalur lebar dari RM60/sebulan untuk Pelanggan Astro | Pelanggan boleh nikmati penjimatan RM900 dalam tempoh 24 bulan!

Astro dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa para pelanggannya* kini boleh menambah Astro Fibre ke langganan Pay TV mereka serendah RM60/sebulan untuk 50Mbps atau RM90/sebulan untuk 100Mbps. Jimat lebih RM900 untuk semua pelan kelajuan daripada 50Mbps hingga 800Mbps. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Ast untuk memberi nilai yang lebih baik demi menyokong para pelanggan yang setia. Butiran penuh tawaran ini adalah seperti berikut:

Bagi pelanggan Astro Fibre, semua langganan disertakan dengan penghala WiFi 6 terkini untuk memastikan kelajuan jalur lebar anda pantas dan konsisten untuk semua peranti yang disambungkan. Selain itu, para pelanggan boleh memuat turun aplikasi Astro Fibre secara percuma untuk menikmati pengalaman WiFi yang lancar dengan ciri-ciri yang boleh mengawal penggunaan internet semua pengguna, memantau prestasi rangkaian dan mengurus akses WiFi untuk tetamu dengan selamat.

Pelanggan baharu Astro boleh berjimat lebih RM600 dengan memilih Pek Sports atau Movies beserta sebarang kelajuan jalur lebar bermula hanya RM164.99/sebulan. Sebagai alternatif, mereka juga boleh memilih pakej Pek Primary + Astro Fibre 50Mbps pada harga RM139.99/sebulan sebagai pakej pengenalan yang terbaik kepada Astro.

Pek Sports merangkumi semua program sukan terbesar dan paling menarik di seluruh dunia seperti Formula 1, Sukan Asia Hangzhou 2022, Liga Malaysia 2023, Jelajah ATP dan perlawanan Liga Perdana dan La Liga terpilih dalam 4K. Sementara itu, Pek Movies membawa rancangan yang memenangi anugerah serta siri TV kegemaran anda di hujung jari. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan All Stars Gegar Vaganza (Musim 10), Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2023, Family Feud Malaysia dan Riot!. Pek ini juga disertakan dengan akses percuma kepada aplikasi-aplikasi penstriman terpilih seperti Disney+ Hotstar, HBO GO, beIN SPORTS CONNECT dan Astro GO.

Shine Bright Like A Star: Anna Jobling Dives into the vivo V29 5G’s Aura Light 2.0

Wednesday, 4 October 2023

vivo Malaysia is set to showcase the unique smart Aura Light 2.0 feature of its latest vivo V29 5G, through an engaging campaign titled "Shining Like A Star." The aim is to showcase the innovative aura portrait 2.0 feature, enabling users to capture stunning idol-like portraits. Meanwhile, encourage Malaysians to shine brightly, aligning with vivo's focus on merging technology and fashion.

From October 2 to October 8, 2023, Malaysians are invited to participate in the "Shining Like A Star" event hosted at three locations:

1. Johor Mid Valley Southkey Mall

2. Gurney Plaza Penang

3. Sunway Pyramid Mall, Kuala Lumpur

At the event, Malaysians will have the opportunity to fully experience a celebrity idol-inspired ambiance and participate in engaging TikTok challenges online.

Only two simple steps required on how to participate in the vivo V29 5G “Shining Like A Star” challenge:

1. Participants have to record moments that portray to be shining like a star, regardless of the surroundings.

2. Post the video on TikTok with the hashtag #V295GShiningLikeAStar from October 2 until October 8 for an opportunity to be featured in Grazia Magazine, Malaysia for November 2023 issue.

Fun to watched Anna Jobling graced the “Shining Like A Star” event at Sunway Pyramid on 2nd October, sharing her favorite poses with vivo V29 5G, playing Sentence Game and Charade with her fans and selfie with the crowd! 

During the interview with the emcee, Anna Jobling gave a shoutout to everyone to participate in the "Shining Like A Star" Roadshow from October 2nd to 8th, inviting all to strike a star-like pose at the Grazia Magazine photo booth. 

Anna also highlighted the uniqueness of Aura Light 2.0 feature compared to other smart phone in the current market, easy for her to selfie with her co-star at shooting sites or any various event. She emphasizing Vivo V29 ability to assist users in capturing stunning portrait shots even in low-light conditions. When people have a good quality smart phone, it is easier to create content. Everything is easy to use, all in one device. 

The design of the vivo V29 5G, inspired by 'Starry Purple,' signifies the brilliance of stars in the nighttime heavens, conveying the message that the vivo V29 5G, empowers everyone to radiate like a star.

For more information, please stay tuned to vivo official Facebook page and vivo official TikTok page.

***********************

About vivo 

vivo is a technology company that creates great products based on a design-driven value, with smart devices and intelligent services as its core. The company aims to build a bridge between humans and the digital world. Through unique creativity, vivo provides users with an increasingly convenient mobile and digital life. Following the company's core values, which include Benfen*, user-orientation, design-driven value, continuous learning and team spirit, vivo has implemented a sustainable development strategy with the vision of developing into a healthier, more sustainable world-class corporation. 

While bringing together and developing the best local talents to deliver excellence, vivo is supported by a network of R&D centers in Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai and Xi'an, focusing on the development of state-of-the-art consumer technologies, including 5G, artificial intelligence, industrial design, imaging system and other up-and-coming technologies. vivo has also set up an intelligent manufacturing network (including those authorized by vivo), with an annual production capacity of nearly 200 million smartphones. As of now, vivo has branched out its sales network across more than 60 countries and regions, and is loved by more than 400 million users worldwide. 

*"Benfen" is a term describing the attitude on doing the right things and doing things right – which is the ideal description of vivo's mission to create value for society. 

Stay informed of latest vivo news at https://www.vivo.com/en/about-vivo/news  

Saksikan program Korea terhebat ditayangkan di Astro pada Oktober ini

Tuesday, 3 October 2023

Saksikan program Korea terhebat ditayangkan di Astro pada Oktober ini | Evilive, My Dearest Part 2, Perfect Marriage Revenge, GBRB: Reap What You Sow dan lebih

Saksikan program Korea terhebat ditayangkan di Astro pada Oktober ini

• Bulan Oktober ini, semua peminat hiburan Korea boleh berhibur dengan K-drama, K-filem dan program pelbagai yang ditayangkan di Asto menerusi ONE (Saluran 393 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO pada bila-bila masa, di mana jua.

• Peminat boleh menikmati program Korea terhebat, termasuk:

o Drama jenayah Evilive, ditayangkan pada Hari Yang Sama dengan Korea, menampilkan Shin Ha-kyun, Kim Young-kwang, dan Shin Jae-ha, bermula 14 Oktober di K-Plus (Saluran 396 HD).

o Drama romantik My Dearest Part 2, ditayangkan pada 24 jam selepas Korea, membariskan Nam Koong-min, Ahn Eun-jin, Lee Hak-joo, Lee Da-in dan ramai lagi, bermula 14 Oktober di ONE (Saluran 393 HD).

o Drama romantik Perfect Marriage Revenge, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Sung Hoon, Jeong Yu-Min dan ramai lagi, bermula 29 Oktober di K-Plus (Ch 396 HD).

o Filem komedi romantik My Worst Neighbour, dibintangi oleh Han Seung-Yeon, Lee Ji-Hoon dan ramai lagi, pada 21 Oktober di tvN Movies (Saluran 416 HD).

o Filem berinspirasi Rebound, dibintangi oleh Ahn Jae-Hong, Lee Sin Young dan ramai lagi, pada 14 Oktober di tvN Movies (Saluran 416 HD).

o Program pelbagai GBRB: Reap What You Sow, dibintangi Lee Kwang Soo, EXO’s D.O., Kim Woo Bin dan Kim Ki Bang, bermula 18 Oktober di tvN (Saluran 395 HD).

Nota: Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat lanjut.

• Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

Senarai Program

1. Evilive [Hari Yang Sama dengan Korea] [Tayangan Perdana] 

14 Oktober, Sabtu & Ahad, 10.30 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Han Dong-soo (Shin Ha-kyun) merupakan seorang peguam yang berdedikasi, namun dia telah memilih seorang banduan secara rawak untuk bekerja dengannya. Beom-jae menyaksikan perubahan Dong-soo yang sebelumnya rasional, tetapi berubah ke sisi yang lain setelah mengendalikan sebuah kes. Kes tersebut melibatkan Seo Do-Young (Kim Young-Kwang), seorang ahli kumpulan jenayah berprofil tinggi.

2. My Dearest Part 2 [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]

14 Oktober, Sabtu & Ahad, 9.45 malam, ONE (Saluran 393 HD)

Drama pencintaan yang mekar dan berkekalan di antara Lee Jang-hyun dan Yoo Gil-chae semasa pencerobohan Qing ke atas Joseon.

3. Perfect Marriage Revenge [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]

29 Oktober, Ahad & Isnin, 9.15 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Diadaptasi daripada webtoon "The Essence of a Perfect Marriage" Kisah Han Yi-joo, seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan kontrak dengan seorang lelaki bernama Seo Do-guk untuk membalas dendam kepada bekas suaminya. Pada hari pengkhianatan berlaku, suaminya Se-hyuk yang mengaku kepada kakak tirinya, Yi-joo meninggal dunia dalam kemalangan kereta dan dibawa kembali ke setahun yang lalu.

4. My Worst Neighbour [Tayangan Perdana]

21 Oktober, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Di sebuah rumah yang mudah diganggu dengan bunyi, tinggal seorang lelaki dan wanita secara bersebelahan. Mereka sering berkelahi dan memulakan perang bunyi. Kemudian, keduanya tinggal bersama dan mempunyai perasaan terhadap satu sama lain.

5. Rebound [Tayangan Perdana]

14 Oktober, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Seorang jurulatih bola keranjang memimpin 6 pemain amatur untuk perlawanan besar dalam masa 8 hari dan berazam untuk mengubah perkara yang mustahil.

6. GBRB: Reap What You Sow [Tayangan Perdana]

18 Oktober, Rabu, tvN (Saluran 395 HD)

Pelakon Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo dan Kim Ki-bang merupakan kawan baik dalam kehidupan sebenar, menikmati kehidupan luar bandar di kawasan 'LADANG' terpencil bersama- sama semasa mengambil bahagian dalam penuaian organik.

Jualan Strim Langsung Wilayah Utara Malaysia Tertinggi di Shopee Live

Monday, 2 October 2023

Jualan Strim Langsung Wilayah Utara Malaysia Tertinggi di Shopee Live | Fesyen dan Barang Kemas Merupakan Barangan Terlaris 

Shopee Rai Lokal mendedahkan bahawa jumlah jualan dari penjual strim langsung Shopee Live terbaik dari setiap negeri di seluruh negara adalah RM4.6 juta sepanjang 12 bulan lalu menerusi lebih 2,300 strim langsung*. Shopee Live memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan perniagaan rakyat Malaysia, di mana jualan 9.9 lalu menyaksikan pesanan penjual tempatan berkembang sebanyak 36 kali ganda. 

Shopee mendedahkan bahawa separuh daripada barangan terjual daripada penjual strim langsung paling aktif adalah produk fesyen yang terbahagi kepada pakaian baharu dan terpakai (pre-loved). Ini diikuti barangan kemas, produk wangian dan kecantikan yang merangkumi 25% daripada barangan yang terjual di strim langsung. 

Lebih menarik, empat penjual strim langsung terbaik dari Pulau Pinang menjual barangan kemas, yang menyumbang kepada Wilayah Utara Malaysia merekodkan jualan tertinggi di Shopee Live dengan RM1.5 juta barangan terjual. Ini diikuti Wilayah Tengah Malaysia pada RM1.2 juta barangan terjual. Pantai Timur merupakan rantau paling aktif dengan 30% strim langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kesemua negeri kecuali Johor mempunyai penjual strim langsung yang menjual barangan bundle dan terpakai. 

Disusun mengikut pesanan strim langsung tertinggi sepanjang tahun, penjual strim langsung cemerlang di Malaysia adalah: pertama, NaNNa Crystal Jewellery dari Pulau Pinang, kedua, ‘____SSLine29____her’s bag Heanny’ dari Sarawak dan ketiga, Miera E-store dari Kuala Lumpur yang menjual pelbagai pakaian termasuk pre-loved. Momo House dari Kedah yang juga penjual Shopee Preferred + mempunyai hampir sejuta pengikut — paling tinggi antara penjual strim langsung. 

Penjual yang memanfaatkan keterlibatan pengguna yang tinggi dan kecapaian meluas Shopee Live menunjukkan pertumbuhan mengagumkan. Salah seorang penjual tersebut adalah Lulu Waniey, pemilik Lulu Resources dari Kota Bharu, Kelantan yang menawarkan pakaian Muslimah**.

 

Sebelum Shopee Live, Lulu beroperasi di pasaran luar talian seperti Pasar Malam dan Pasar Pagi. Lulu pernah berdepan cabaran apabila jualan harian kurang daripada RM100, dan menghadapi kekangan menyewa kedai fizikal dan waktu operasi di pasar yang tidak konsisten. Lulu kemudian mengubah nasibnya dengan Shopee Live, di mana Lulu mengembangkan pengkalan pelanggannya dan dengan ketara mempertingkatkan jualannya sehingga RM100,000 sebulan.  

Jadual fleksibel Shopee Live membolehkan Lulu berhubung dengan pelanggan pada waktu optimal membeli-belah, dan pada masa sama mengurangkan kos dengan tidak perlu menanggung sewa kedai fizikal. Isi kandungan strim langsungnya yang bersifat peribadi dan aktiviti galakkan keterlibatan penggunaan menguatkan hubungannya dengan pelanggan. 

Lulu berkongsi, "Perniagaan saya kini 100% di Shopee Live. Setelah belajar cara berstrim langsung dan memupuk keyakinan diri, saya rasa seperti saya mempunyai kedai besar di mana pelanggan saya tertunggu-tunggu untuk saya bersiaran. Tambahan lagi, saya kini mempunyai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan di mana saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Menjalankan perniagaan di Shopee Live memberikan saya bukan sahaja kegembiraan tapi kepuasan hidup.”

Sementara itu, Ooi Zhi Wei, pemilik Zhi Wei Herb yang menjual herba dan kacang Gred A bernutrisi, merupakan antara penjual pertama yang menyertai Shopee Live pada 2019***. Di Shopee Live, Zhi Wei berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, menunjuk demo produk, dan memastikan ketelusan pada setiap strim langsung. Apa yang Zhi Wei tunjuk di Shopee Live adalah apa yang pembeli akan dapat, dan Zhi Wei dapat memupuk hubungan yang kuat dengan pelanggan dengan menjawab soalan secara langsung.

Seperti Lulu Resources, Zhi Wei Herb menyaksikan perniagaannya berkembang pantas. “Prestasi kedai saya meningkat dengan ketara. Hubungan kuat dengan pelanggan memacu trafik ke kedai saya. Sebagai contoh, jika satu sesi strim langsung kami mempunyai 12,000 penonton, sekurang-kurang 70% penonton akan melawat kedai Shopee kami.”




*********************

Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Blog Performance September 2023

Sunday, 1 October 2023


Kalau Blog Performance Ogos 2023 dah mula jatuh, September apatah lagi sebab penuh dengan aktiviti dekat office. Tak sempat nak rehat untuk yang lepas, dah dapat task baru. Penat tapi hidup kena jalan jugak. Blog je tak jalan sangat. 

1. PV


Tengok graf pun dah boleh nampak betapa teruknya PV untuk bulan ni sebab setiap hari menurun je. Kalau naik pun sikit lepastu turun balik. Nak pulak bulan ni tak ada movie baru jadi tak banyak lah carian dibuat. Kalau ada pun, dekat platform orang lain, bukan dekat sini haha sad 

So far, all time PV baru cecah 4.7 juta maka jauh lagi perjalanan kita untuk jumpa 5 juta. Ingatkan boleh dapat hujung tahun ni, tapi macam kecil sajo lubang cahaya tu. 

2. Posts


Bulan September kembali meriah entry Registered Post dan AR Post, yang email minta borang pun ramai. So tak hairan lah kalau masuk balik ke Popular Post. Lama jugak movie review Satyaprem Ki Katha dengan The Childe tu ada dekat Popular Post, dah 2 bulan berturut-turut. Bulan Oktober ni I tak rasa banyak movie review sebab movie bulan ni banyak movie seram. Tak buat kerja kalau banyak sangat tengok cerita hantu. Nak update review cerita hantu pun asyik pandang belakang. 

3. Bilangan Entri


Kalau tengok PV pun dah boleh tahu berapa banyak je bilangan entri mampu update bulan ni. Susah betul nak dapat angkat 60 ke atas tahun ni. Nak turunkan goal tiap bulan tu tak boleh sebab nanti lagi malas nak update. Lagi satu sebab tahun ni banyak event jugak, makin kurang lah masa untuk update blog hshshs

Dah masuk bulan Oktober ni please do take care of yourself out there sebab musim tengkujuh. Dari minggu lepas pun dah banyak berita ribut dan banjir di beberapa tempat. Kalau boleh pakai mask balik sebab dah ramai yang batuk, influenza dan covid. Soon we're gonna meet X. So please be safe okiesss :)

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Saturday, 30 September 2023

Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAA’s) tahun ini, yang diadakan di Singapura pada 28 September 2023. Antara anugerah terkenal yang dimenangi termasuk One Cent Thief untuk Best Drama Series, Polis Evo 3 untuk Best Feature Film, Mechamato Movie untuk Best Animated Programme atau Series (2D atau 3D) dan Debunk untuk Best Comedy Programme. Liar, siri Astro yang diadaptasi daripada pencalonan BAFTA, dengan nama yang sama, membawa pulang anugerah untuk kategori Best Adaptation of an Existing Format.

Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro berkata, “Kami berbesar hati dan merendah diri kerana diberi pengiktirafan daripada rakan seperjuangan. Astro sinonim dengan mencipta kandungan tempatan yang premium dan membawa cerita-cerita sebenar kepada rakyat Malaysia. Dari kandungan terkenal hingga ke Astro Originals, kami melihat penglibatan penonton terus berkembang merentasi kesemua skrin dan program-program kami mencetuskan perbualan di media sosial. Kami beraspirasi untuk menjadi Destinasi Hiburan No. 1 kepada semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan penstriman dan kandungan yang pelbagai. Kami berinovasi untuk meneruskan tonggak utama daripada kandungan asli termasuk siri dan filem, program pertandingan dan program pelbagai, hingga ke kandungan kanak-kanak, liga-liga sukan dan pastinya, berita.”

Astro telah memperoleh 16 anugerah kebangsaan merentasi 36 kategori dalam acara sulung tahun ini. Penghargaan ini telah memberikan Astro penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini, bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia Pasifik. Pentas anugerah telah tersedia untuk Grand Awards dan Gala Final di mana Astro akan bersaing untuk merebut trofi emas AAA yang berprestij di Dewan Chijmes yang bersejarah di Singapura, pada 6 Disember 2023.

Asian Academy Creative Awards (AAA’s) telah ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada industri kreatif sebagai kemuncak pencapaian mereka dalam penciptaan kandungan dan pengeluaran media. Terbuka kepada seluruh rantau Asia Pasifik, AAA menghargai kecemerlangan merentasi pelbagai platform termasuk televisyen, filem, digital, alat mudah alih, penstriman dan mana-mana teknologi baharu.

Astro menerima pengiktirafan dalam kategori berikut:

1. Best Drama Series - One Cent Thief

2. Best Screenplay - Alfie Palermo, One Cent Thief

3. Best Adaptation of an Existing Format – Liar

4. Best Actress in Leading Role - Tiz Zaqyah, Liar

5. Best Non Scripted Entertainment - Sandbox

6. Best Feature Film - Polis Evo 3

7. Best Animated Programme or Series (2D OR 3D) - Mechamato Movie

8. Best Children's Programme (One off/Series) - Legenda Puteri Qaseh

9. Best Comedy Programme - Debunk

10. Best Infotainment Programme - Are You Okay?

11. Best Lifestyle Programme - Travel with Mommy

12. Best Music or Dance Programme – Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2022

13. Best Promo or Trailer - Malaysia Memilih (PRU 15)

14. Best Short Form Content - Borak Dulu Baru Kamu

15. Best Cinematography - Danny Lala, The Patient

16. Best Direction (Non-Fiction) - Abid Hussain, Star vs Food Malaysia Season 2

GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

Friday, 29 September 2023

Klik gambar untuk join


Syarat Penyertaan:

1. Copy gambar gift box di atas yang ada tunjuk isi dalam gift box ni dan backlink kan ke entry ini

2. Copy paste tajuk entry ini dan buat 1 entry menandakan anda join giveaway ini. Ajak rakan-rakan blogger yang lain join sekali

3. Copy paste link entry korang ke ruangan komen di bawah BERSERTA alamat email masing-masing untuk saya contact sebagai pemenang nanti

4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada bila-bila masa mengikut citarasa saya 😂


Movie Review | Vikram Vedha (2022)


Director: Pushkar–Gayathri
Writers: Pushkar–Gayathri, B.A. Fida, Manoj Muntashir
Cast: Saif Ali Khan, Hrithik Roshan, Radhika Apte, Rohit Saraf, Yogita Bihani
Production Companies: Jio Studios, Friday Filmworks, Reliance Entertainment, T-Series Films, YNOT Studios
Distributors: PVR Pictures, Pen Marudhar, Home Screen Entertainment
Genre: Neo-noir / Action / Thriller
Running Time: 160 minutes
Release Date: 
Trailer :


Lepas 20 tahun, Hrithik Roshan dan Saif Ali Khan bekerja dalam satu filem aksi selepas filem genre romantik, Na Tum Jaano Na Hum (2002). SSP Vikram (Saif Ali Khan) merupakan seorang pegawai polis yang cekap dalam menjalankan tugasnya. Operasi demi operasi dijalankan untuk menangkap gangster yang digeruni bernama Vedha Betal (Hrithik Roshan). 

Tapi belum sempat SSP Vikram dan rakan baiknya, SSP Abbas buat serbuan, Vedha terlebih dahulu datang menyerah diri di balai polis. Semua pertanyaan oleh pegawai polis yang menyiasat dibiarkan tidak terjawab sehingga lah tiba giliran Vikram masuk ke bilik siasatan. 


Vedha ceritakan tentang adik dia, Shatak yang bijak dalam subjek Matematik. Semua penat dan sakit yang Vedha kerjakan adalah untuk tampung keperluan mereka dua-beradik. Walaupun Vedha terlibat dengan dunia gangster, sekali pun dia tak pernah ajar Shatak perkara buruk. Tapi kalau membesar di kawasan yang tinggi kes jenayah, tak mustahil Shatak akan terjebak. Nak pula bila Babloo (Sharib Hashmi) suka menggunakan kanak-kanak untuk mengedar dadah dan Shatak tak terkecuali. 

Belum habis Vikram faham apa yang diceritakan oleh Vedha, isterinya, Pria (Radhika Apte) datang sebagai peguambela kepada Vedha. Bagi Priya, selagi Vedha tak didakwa bersalah oleh Mahkamah, Vedha berhak dapat pembelaan sebagai manusia. Sejak dari pertemuan pertama Vikram dan Vedha, satu demi satu misteri dan kebenaran mula terbongkar. 


Filem Vikram Vedha adalah remake kepada filem Tamil, Vikram Vedha (2017) arahan pengarah duo, Pushkar–Gayathri, pengarah yang sama kepada naskhah Hindi. Kedua-dua filem mengambil idea dari kisah hikayat India berjudul Betaal Pachhisi di mana seorang raja pergi mengembara untuk bertemu dengan makhluk bernama Vedha yang licik dan berbahaya. Sami dah berpesan sebelum raja berangkat ke sana supaya jangan percaya dengan cerita Vedha. 

Sama juga dengan filem Vikram Vedha di mana SSP Vikram adalah pegawai inspektor yang tegas dan bagus dalam bidangnya. Terpaksa bertemu dengan Vedha untuk selesaikan kes jenayah di kawasan tersebut. Sepanjang pertemuan mereka berdua, Vedha akan ceritakan kisah hidup dia yang bersangkut-paut dengan kehidupan Vikram. Terpulang pada Vikram sama ada nak gunakan cerita tersebut sebagai klu kepada persoalan atau abaikan saja. 


Jarang lah nak jumpa filem aksi thriller yang ada plot yang bagus dan buatkan kita invested untuk dengar cerita si penjenayah. Bukan saja cerita Vedha buka mata Vikram tentang hitam putih kehidupan malah buka mata penonton juga walaupun template ni dah banyak digunakan dalam filem aksi yang lain. 20 minit yang pertama agak perlahan tapi sebaik saja Vedha muncul, pace filem terus berubah momentum dengan beberapa perkara mengejutkan.

Memandangkan filem Vikram Vedha dilakonkan oleh dua bintang yang berbakat jadi tak ada masalah langsung bila screenplay memerlukan dinamik yang kuat antara dua watak utama. Of course, we will root for Vikram from the very start tapi bila semakin ke penghujung mula berpihak kepada Vedha. Boleh kata Hrithik hidup dalam dunia Vedha jadi tak hairan lah kalau dia boleh tercalon dalam anugerah kategori Pelakon Terbaik tahun lepas. Koreografi untuk babak aksi dipersembahkan dengan cemerlang. 


Kalau tanya, I akan tonton original Vikram Vedha ataupun tidak, for sure lah tak sebab screenplay Bollywood lebih bagus dari segi visual yang berlatarkan suasana masyarakat yang lebih relaks dan hangat. Berbeza dengan Tamil yang lebih gelap dan tegang. Garis yang memisahkan antara baik dan jahat terlihat kabur dalam beberapa babak yang berlatarkan Lucknow dan Kanpur melalui lensa P. S. Vinod.

Kehadiran Radhika Apte sebagai isteri Vikram dan peguam Vedha mungkin tak banyak ruang tapi Radhika tetap menyerlah dalam kedua-dua peranannya. Her eyes speak volume and I loved that about Priya. Music album Vikram Vedha hasil gubahan Vishal–Shekhar bertindak sebagai penyeri and my fav is Oo Saahiba and Yaara. 



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | Waktu Maghrib (2023)

Thursday, 28 September 2023


Pengarah: Sidharta Tata
Penulis Skrip: Agasyah Karim, Khalid Kashogi, Bayu Kurnia, Sidharta Tata
Pelakon:  
Syarikat Produksi: Rapi Films, Sky Media
Pengedar: Amazon Prime Video, GSC Movies (Malaysia)
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023 (Indonesia), 2 Mac 2023 (Malaysia, Singapura), 13 Julai 2023 (Prime Video)
Trailer:


Kisah bermula dengan watak 3 orang kanak-kanak yang bermain di hutan ketika senja kemudian diganggu oleh Jin Ummu (Heru Prasetyo). 30 tahun kemudian, sejak insiden tersebut, penduduk kampung Jatijajar yang terletak di kawasan terpencil Jawa Tengah mula berjaga-jaga setiap kali tiba waktu Maghrib. Anak-anak tak dibenarkan keluar dari rumah dan pesanan tersebut disebut berulang kali oleh ibu bapa, guru mahupun imam (Bambang Paningron Astiaji) di surau. 

Namun Saman (Bima Sena) dan Adi (Ali Fikry) sering mengendahkan pesanan tersebut kerana ianya sudah lama berlalu walaupun Karta (Andri Mashadi), mangsa hidup terganggu dengan peristiwa itu. Setiap hari mereka berdua menggunakan laluan hutan yang menjadi sarang Jin Ummu supaya tidak terlambat ke sekolah. 

Kerana selalu dimarahi oleh Bu Woro (Aulia Sarah), Saman berharap agar cikgunya meninggal supaya digantikan saja dengan guru Baharu. Saman dah penat terpaksa berkejar setiap hari menghantar madu ke kedai Marto (Nasarius) supaya tak dipukul oleh abangnya, Samiun (Kevin Abani). Hajatnya menjadi kenyataan apabila mayat Bu Woro dijumpai di laman hadapan rumahnya dalam keadaan yang mengerikan. Saman merasa bersalah semenjak kematian Bu Woro sehingga mentalnya terganggu kemudian dirasuk dan melakukan perkara-perkara aneh. 

Sebaik saja muncul guru baru di kampung tersebut, Bu Ningsih (Taskya Namya) cuba memujuk Saman namun sebaliknya yang berlaku. Ayu (Nafiza Fatia Rani) cuba membantu Saman dan Adi namun Jin Ummu bukan tandingannya. 

Naskhah seram arahan Sidharta Tata menggunakan zon masa, waktu Maghrib yang selalu menjadi waktu yang digemari oleh makhluk halus. Bukan sesuatu yang baru lah kalau diganggu pada waktu Maghrib malah ada pengalaman sendiri diganggu masa waktu Maghrib. Jadi senang sangat nak rasa seram dengan gangguan yang dipaparkan dalam Waktu Maghrib.

Walaupun filem Waktu Maghrib menggunakan kanak-kanak sebagai watak utama tapi lakonan barisan pelakon utama cemerlang baik menerusi body gesture mahupun riak wajah takut. Meremang bila tengok Saman atau Adi bila dirasuk especially scene Adi kejar Ayu guna sabit.  

Sinematografi Waktu Maghrib oleh Ujel Bausad berjaya menghidupkan suasana seram dan atmosfera menggerunkan setiap kali waktu maghrib muncul didukung dengan BGM oleh Fajar Ahadi. Cukup dengan pintu rumah terbuka perlahan dah boleh buat kita berjaga-jaga sebab Jin Ummu akan munculkan diri. Banyak kali juga menjerit sebab babak jump scare yang dimasukkan oleh pengarah. 

Sebagai naskhah seram, Waktu Maghrib ada banyak elemen yang menghiburkan tapi kelompongan pada jalan cerita tak dapat dielakkan. Kalau di awal cerita, orang dewasa berpesan supaya elakkan bermain di luar ketika waktu maghrib tapi kenapa Bu Woro dengan Saman diganggu di dalam rumah? Boleh faham lah kenapa banyak negara banned filem Waktu Maghrib sebab azan Maghrib bukannya membantu malah menghalalkan lagi beberapa insiden misteri dan seram terjadi. 

Watak orang dewasa di Kampung Jatijajar juga tak mampu membantu setiap kali watak utama ketakutan terutamanya ustaz. Sudahnya watak utama juga kena selamatkan diri sendiri walhal nak lawan jin bukan benda senang. Kenapa Jin Ummu datang balik selepas 30 tahun ke kampung tu pun tak diceritakan juga. Tak ada sebarang insiden yang trigger Jin Ummu untuk balik pun. 

Namun semua tu tak mengganggu fokus pada plot utama naskhah Waktu Maghrib dan filem ni cemerlang seimbangkan rasa takut yang berdekad lamanya dan kesihatan mental. Manusia akan mudah dirasuk bila jiwa dia lemah, sepertimana yang dipaparkan menerusi watak Bu Woro, Saman atau Adi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.3/10