Drama Review | XO, Kitty (2023)

Sunday, 3 September 2023


Director: Jenny Han
Writer: Jenny Han
Cast: Anna Cathcart, Choi Min-young, Anthony Keyvan, Gia Kim, Sang Heon Lee, Peter Thurnwald, Regan Aliya
Production Companies: Awesomeness, ACE Entertainment
Distributor: Netflix 
Genre: Teen / Romantic / Comedy
Running Episodes: 10 episodes (25–34 minutes per episode)
Release Date: 18 May 2023 
Trailer:


Spin-off dari trilogi To All the Boys I've Loved Before (2018) membawa fokus kepada watak Katherine Song Covey a.k.a Kitty, adik kepada Lara Jean Covey. Dalam trilogy sebelumnya Jenny Han dah perkenalkan watak Kitty yang nakal dan lincah. Kitty selalu anggap dia adalah cupid atau matchmaker kepada orang sekeliling dia. 

Menginjak ke usia 12 tahun, Kitty diterima masuk ke Korean Independent School of Seoul (KISS), sekolah yang satu masa dahulu adalah alma mater kepada mendiang ibunya. Di sana juga Impian dia untuk mendapat first kiss dari Dae (Choi Min-young) akan tercapai kerana Dae adalah best student di sekolah tersebut. Kitty plan untuk rahsiakan kedatangan dia ke KISS sebagai kejutan istimewa untuk Dae. 


Malangnya di sana Kitty dapat tahu Dae merupakan teman lelaki kepada Yuri Han (Gia Kim), pewaris tunggal chaebol Han. Kitty patah hati dengan hakikat tersebut tapi dia teruskan saja belajar di KISS kerana banyak kenangan mendiang ibu dia di situ. Sayang lah dia dah datang dari jauh tapi pulang sebab kecewa dengan lelaki. 

Terpaksa lah Kitty bertahan dengan kerenah Min-ho (Sang Heon Lee) yang menyampah dengan kehadiran dia dan juga drama Dae juga Yuri. Tapi tak ada lah teruk sangat hidup dia sebab Q (Anthony Keyvan) dan Proffesor Alex Finnerty (Peter Thurnwald) selalu bagi kata semangat dekat sana. Tak sangka juga Kitty jumpa rahsia mendiang ibu dia di KISS. Nak tahu apa rahsia tu, kena tengok lah dekat Netflix.

 
‘You need to go home. Dae has made his position clear. The longer you stay, the more pathetic you look.’ – Min-ho

Drama XO, Kitty ni just as much entertaining macam trilogi To All the Boys I've Loved Before tapi lagi seronok sebab jalan cerita yang kemas dan santai. Pelakon utama lebih ramai sebab series dan segak belaka. Jenny Han ni sama macam pengarah K-drama genre romantic comedy sebab wujudkan second-lead syndrome bila watak Min-ho lebih menyerlah dari Dae. Walaupun sepanjang series ni asyik dok belek muka Lee Sang-heon ni macam Nadhir Nasar ke, Nabila Razali, Hael Husaini ataupun Raline Shah. 


Bila I cakap jalan cerita XO, Kitty lagi seronok sebab kisah Kitty ni tak berkisar pada kisah cinta semata. Seronok tengok friendship dia dengan Q ataupun Minho dengan Dae. Comel jugak tengok brotherhood Min-ho, Dae dan Q. Nampak natural je sepanjang 8 episod tu, macam dah kenal lama. 

Sinematografi drama XO, Kitty memukau dengan pamerkan keindahan kota Seoul yang entah dah berapa kali tengok dalam K-drama lain, tapi tetap teruja tengok beberapa tempat popular. Masa tengok Yuri mengomel bila panjat bukit dalam episod 4 tu teringat Junkyu mengeluh kena denda dalam Treasure Map Season 1. Seronok juga tengok bandar Seoul dari lensa produksi Hollywood sebab kalau produksi Korea kan dah biasa dengan template dreamy cerah benderang tu. 


Kalau sembang bab wardrobe ni memang cuci mata lah tengok fashion game Gen Z dalam series XO, Kitty especially wardrobe Yuri dengan Kitty. Fashion Yuri quite stylish and flashy, sesuai lah dengan karakter dan persona dia sebagai anak chaebol sementara Kitty pula minimalis dan moden. Paling segak bergaya sekali haruslah Min-ho, anak pelakon terkenal. 


Sebelum ni dalam trilogi  To All the Boys I've Loved Before, Jenny Han masukkan music album dengan beberapa lagu kpop macam Pretty Savage – Blackpink tapi dalam series XO, Kitty sarat dengan lagu-lagu Kpop yang hit macam Maniac – Stray Kids, Dumb Dumb – Somi, What Are You Waiting For – Somi, HOT – Seventeen, Dar+ling – Seventeen, You Never Know – Blackpink, Can’t Stop Me -  TWICE dan banyak lagi. Lagu pop yang lain pun fun juga tapi biasa lah kalau kita dengar lagu yang kita biasa dengar jadi music album series, teruja dia lain macam.


Dalam series ni walaupun berlatarkan Seoul dan beberapa pelakon Korea tapi perbualan banyak dalam English even antara Korean students sendiri. Ada juga la beberapa kali diorang converse in Korean tapi tak banyak. Nak kata tak real macam tak jugak lah sebab kalau dah terbiasa speaking mesti lah speaking jugak dengan orang sekeliling. Mungkin sebab tu jugak lah rating dekat Korea Selatan rendah sebab Korean tak suka Englishiii hshs

Tak kisah lah Korean suka ke tak, yang penting series XO, Kitty ni seronok dan dah confirm ada musim kedua. Tak sabar nak tengok Min-ho kejar cinta Kitty, dalam masa yang sama fight dengan Dae. Harapnya skrip still fun macam musim pertama. 


p/s: Minus few points since I dislike LGBT angle in this series. It’s a lot to watch so no no

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.4/10

Drama Review | Forensik (2021)

Pengarah: Faisal Ishak, Lee Thean Jee

Penulis Skrip: Umie Isa

Pelakon: Yuslina Yusof, Fauzie Laily, Hamidah Salim, Erwin Dawson, Sharon Ismail, Wan Hanafi Su, Siti Hajar Gani, Erika Huey Tan, J Kishan, Awad Salim Ramli, Zachary Pang, S Siva Kuma, Danian Saravanan 

Syarikat Produksi: Weiyu Films

Penyiaran: Saluran 5 (Singapura), Toggle (Singapura), Astro Citra, Astro Go, Astro on Demand, Netflix 

Genre: Jenayah / Drama / Aksi

Jumlah Episod: 8 Episod (40 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan: 10 Mei 2021

Trailer : N/A

Naskhah Forensik adalah spin-off dari drama Code of Law yang popular di Singapura. Mengisahkan tentang ketua pasukan forensik bernama Juliana Hamid (Yuslina Yusof) yang baru saja pulang dari UK setelah menamatkan pengajiannya dan bertugas di Singapura di bawah kelolaan Superintendent Audrey Soh (Sharon Ismail). Juliana juga bekerja bersama Inspektor Razali (Fauzie Laily) yang tegas. 

Pertama kali berjumpa pun dah ada perbalahan kecil antara mereka berdua sampaikan Juliana rasa susah untuk bekerjasama. Nasib baik Razali jenis cepat angin, cepat juga cool down jadi perkenalan mereka dari rakan sekerja bertukar menjadi cinta. Superintendent Audrey Soh dah boleh hidu percintaan mereka berdua tapi tak menghalang pun sebab kedua-duanya bagus bila masuk bab kerja. 

Dalam masa yang sama, Ayah Kamal (Wan Hanafi Su) perasan isterinya, Siti (Hamidah Salim) mula menjadi pelupa sampai mula mengganggu rutin seharian mereka sekeluarga. Kerap juga Puan Siti hubungi Juliana semasa waktu kerja sampai anaknya naik risau. Bertambah lagi satu konflik keluarga bila Juliana tergerak hati untuk buka semula fail siasatan kemalangan arwah ayah kandungnya 19 tahun lepas. 

Setiap episod dalam drama Forensik mengisahkan satu jenayah yang berlaku kecuali episod berjudul Elly yang mempunyai dua bahagian. Naskhah Forensik ni bukan saja terhad pada thriller dan misteri tapi sarat juga dengan drama menerusi konflik yang wujud dari barisan pelakon utama. Kalau Juliana dengan konflik keluarga, Superintendent Soh pula dengan misi dia untuk satukan kembali Mariam dan anaknya, Iskandar. 

Tak kurang juga dengan elemen komedi yang wujud dari watak Inspektor Razali yang angau jatuh cinta terhadap Juliana. Keliru dengan kes jenayah yang disiasat tak seteruk keliru dengan perangai Juliana. Staff Sarjan Farid (Erwin Dawson) geleng kepala tengok perangai ketua dia tak tentu arah. Pegawai-pegawai dekat Jabatan Forensik pun sama naik je membahan Inspektor Razali. Even Isaac yang baru masuk pun dah nampak drama merajuk Juliana. 

Momen Rzali dengan Juliana sweet jugak sebab tu lah kot pengarah tak kisah masukkan banyak love angle mereka berdua. Chemistry Yuslina dengan Fauzie membantu menghidupkan kisah cinta dua pegawai super dalam dunia Forensik.

For me, drama Forensik ni seronok lah dilayan secara santai sebab drama ni tayang dekat TV jadi penulisan dia pun ringan tapi berisi. Nampak lah penulis buat homework sebab banyak ilmu dan fakta dikongsi dalam perbualan antara watak tanpa nampak seperti baca teks. Setiap episod pun ada pengajarannya tersendiri tanpa nampak preachy.

‘Sedih kan? Bila salah satu daripada kita ditangkap atas kesalahan jenayah. Dia seorang kawan yang baik, peramah, kelakar, suka tolong orang.’ 

Yang kurangnya bila pelakon extra untuk setiap episod tak berapa pandai berlakon. Nak pamerkan muka bersalah atau takut pun tak mampu. Filter yang digunakan untuk beberapa babak pun tak berapa cun sangat tapi okay lah sebab bajet rendah. Sepanjang layan drama Forensik ni rasa janggal dengar perbualan semua watak sebab ada masanya guna bahasa baku tapi nak sembang lebih pun tak boleh sebab tak tahu sangat slang orang Singapura macam mana. 

Nevertheless, I suka drama Forensik ni sebab jalan cerita berkisar penyiasatan jenayah dipaparkan dengan baik, seimbang juga dengan konflik peribadi beberapa watak. Tak pasti kalau produksi ada plan untuk buat musim kedua tapi yang pastinya drama ni layak dikembangkan lagi. 

p/s: Dekat Netflix tak ada siri asal Code of Law

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10

Movie Review | Streamer (2023)

Director: Hyung-Mo Jang

Writer: Hyung-Mo Jang

Cast: Kim Jun-hyung, Kim Mo-beom, Kwon Min-hyuk, Lee Pu-reum, Sim So-young

Production Company: Five Day, Highconcept Pictures, LWC Entertainment

Distributor: N/A

Genre: Horror / Mystery

Running Time: 89 minutes

Release Date: 10 May 2023

Trailer : N/A

Streamer mengisahkan 5 orang streamer – Joon (Kwon Min-hyuk), Jaemin (Kim Jun-hyung), Momo (Lee Pu-reum), Taku (Kim Mo-beom) dan Da-seol (Sim So-young) pergi ke salah sebuah bangunan berhantu selepas kawan mereka, Meo-teol menghilangkan diri gara-gara ternampak perempuan berbaju hitam di situ. Joon syak Mo-Tae guna trick supaya dapat tarik ramai audience untuk live streaming dia. 

‘Everyone will sell their soul for thousand views.’ – Joon

Disebabkan misi dia untuk kantoikan Meo-teol, Joon bawa streamers yang lain masuk ke dalam bangunan tersebut dan berjaya buktikan audience tertipu dengan helah kawannya. Da-seol dan Momo juga berjaya naikkan audience live streaming dan menang bet dari audience. 

Ada juga yang minta Jaemin buka kotak yang ditampal dengan kertas jampi tapi Jaemin abaikan saja. Antara semua yang pergi ke situ, Jaemin lah yang paling berhati-hati sekali. Dia bawa beberapa peranti yang boleh kesan pergerakan entiti lain macam heat sensor, moving cactus dan kertas jampi. Tapi berhati-hati macam mana pun kalau dah masuk ke kawasan berbahaya dan ganggu tempat makhluk lain, mesti lah terima balasannya juga. 

Masa masuk tak ada masalah langsung tapi bila nak keluar, semuanya terperangkap dalam bangunan tersebut sebab shutter terkunci rapat. Joon dengan Taku cuba cari jalan keluar tapi makin banyak kawasan diorang pergi, makin seriau dengan keadaan bangunan tu. Bila Google baru tahu kenapa bangunan berhantu tu penuh dengan roh jahat. 

Filem Streamer ni lebih kurang sama dengan filem Gonjiam - Haunted Asyllum (2018) arahan Jeong Beom-sik di mana barisan pelakon buat live stream di bangunan berhantu. Konsep dan mesej yang dibawa pun sama bila hidup terlampau berpaksikan social media sampai sanggup gadaikan nyawa. Dari awal sampai habis semua watak tak sudah menyebut pasal bet, online gift atau ganjaran dari juga kepada audience. Tengok gaya content creators sekarang tak jauh beza pun dengan apa yang digambarkan dalam kedua-dua filem ni. 

Kalau filem Gonjiam menggunakan bangunan sekolah yang usang sebagai replika kepada bangunan berhantu, dalam filem Streamer pula sebuah pusat kebajikan bernama Sori Welfare Centre yang wujud sejak tahun 1988 menjadi latar tempatnya. Sama juga macam Gonjiam, pengarah adalah punca kepada masalah angker bermula. Rasanya Sori Welfare Centre ni adalah nama fiksyen kepada Brothers Home yang terletak di kawasan Selatan Busan. Didirikan untuk menjadi rumah perlindungan kepada gelandangan, anak yatim dan orang miskin supaya Korea Selatan nampak ‘bersih’ pada mata dunia sempena Sukan Olimpik tahun 1988. Ramai yang didera atau dibunuh dengan kejam sehingga serama 516 orang meninggal sepanjang 20 tahun beroperasi. Tak hairan lah kalau jadi bangunan berhantu yang penuh dengan roh kejam. 

Sepanjang 89 minit, semua footage adalah dari kamera kesemua streamers. Kalau tersekat, bergegar, blur ataupun terpadam memang kena layan je. Macam tengok raw footage dari documentary lah konsepnya. Filem Streamer ni bergerak pantas sebab 5 minit pertama pun dah ada hantu yang muncul. Tapi bingit lah dengar diorang menjerit nyaring. 

Nak kata jalan cerita Streamer ni tak seronok tak juga sebab ada momen yang betul-betul unexpected dan seram. Cuma penulisan dia tak kemas lah macam babak pegawai polis datang lepas Joon buat panggilan kecemasan. 

Jadi tak logik sebab pegawai polis datang cuma seorang sedangkan Joon buat laporan terjumpa mayat dalam bangunan tu. Bukan ke patutnya polis datang satu kereta dan bawa team forensik sekali? Melainkan pegawai polis dekat area tu dah penat dapat prank call tapi tak ada pulak dialog dia mentioned pasal tu. Anyway, siapa yang suka naskhah seram boleh lah layan Streamer. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10 


Hujung tahun 2021 Hadalabo keluarkan 3 jenis booster serum untuk menangani masalah kulit yang berbeza iaitu - H.A Supreme Vita Brightening Booster Serum, H.A Supreme Cera Hydrating Booster dan H.A Supreme Cica Soothing Booster Serum. Booster serum ni bebas dari alkohol, pewangi, minyak mineral, silikon, dyglicol dan pewarna membuatkan serum terbaru ni sesuai untuk semua jenis kulit. 

Hada Labo Booster Serum disertakan dengan 4 jenis Asid Hyaluronik (H.A) premium dan bahan pekat untuk membantu meningkatkan fungsi produk penjagaan kulit supaya dapat mengurangkan bintik gelap, garis halus dan cela. 

Melalui kajian yang dijalankan oleh Hada Labo, terbukti bahawa serum booster ini mampu mengurangkan parut jerawat dan bintik hitam sebanyak 48%, meredakan kerengsaan kulit hanya dalam 5 minit dan memberikan penghidratan selama 24 jam pada kulit. I boleh buat review untuk H.A Supreme Vita sebab pakai yang ni je, for the other two kena cari review lain hshs


Ingredients:

Water (Aqua), Glycereth-26, Glycerin, Niacinamide, Propanediol, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Diglycerin, Panthenol, Polyglycerin-3, Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tromethamine, Betaine, Xanthan Gum, Ethylhexylglycerin, Adenosine, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, Hyaluronic Acid, Hippophae Rhamnoides Fruit Extract, Rosa Canina Fruit Extract, Disodium Phosphate, Maltodextrin, Caprylic/​Capric Triglyceride, Sodium Phosphate, Saccharide Isomerate, Glyceryl Caprylate, Myrciaria Dubia Fruit Extract, Sodium Hyaluronate, Algae Extract, Sodium Citrate, Brassica Rapa (Turnip) Leaf Extract, Citric Acid

Harga untuk sebotol 30ml ni RM79, bergantung dekat mana dijual. Kalau beli serum ni kena beli masa sale baru lah tak rasa menangis poket. So far, dah pakai 2 botol dah H.A Supreme Vita Serum Booster ni, siang dan malam sebab tu cepat habis. 

Sesuai dengan motif serum booster ni, H.A Supreme Vita buatkan kulit I rasa lembab dan lembut memandangkan ada 4x Hyaluronic Acid dan Glycerin untuk jaga kelembapan kulit. Tekstur booster serum ni ringan sebabtu cepat meresap dalam kulit. Disebabkan tekstur dia ringan jugak, tak perlukan banyak pun untuk apply dekat muka. Tapi benda ni depends dengan struktur muka jugak, kalau muka panjang atau lebar, kena apply lebih sikit lah. 


Booster serum ni sesuai untuk kulit muka yang kusam sebab muka I nampak cerah dan berseri lepas guna booster serum. Thanks to B12 and B5 Vitamins included in this serum. Parut jerawat pun berkurang sikit sebab ada Niacinamide tapi tak boleh nampak perubahan cepat sebab serum ni aim nak repair 48% je so don't expect much. Selain dari merawat acne, parut jerawat dan open pores, niacinamide kuatkan lagi skin barrier. Sebelum pakai serum ni, bintik hitam start muncul dekat T-spots area tapi sekarang dah berkurang. 

Apart from its quality, I suka jugak dengan packaging dia yang simple dan berwarna putih salju. Ikut tema yang sama dengan fungsi dia. Senang lah nak tengok kuantiti serum dekat dalam botol. 

Lunch Laksa Tapau


Jumaat minggu lepas Managing Partner belanja makan laksa untuk makan tengahari jadi tak payah fikir nak makan dekat mana. Laksa ni dia sendiri yang cari, PA dia tolong order je dalam 20 bungkus laksa untuk Oasis dengan HQ.

Jarang lah I nak makan laksa masa lunch sebab semangkuk tu tak cukup. Makan pukul 1 japgi pukul 3 dah mencari makanan berat yang lain. Tapi bila tengok Ms Liyana tuang dalam mangkuk, banyak kemain laksa dia sampai penuh satu mangkuk. Kuah laksa dia pekat, isi dekat dalam pun banyak. Ada laksa, bawang, cili, timun, telur potong setengah dan limau nipis, 

Habis makan Laksa Tapau ni tersandar jadinya sebab kenyang sangat. Rasa berbaloi lah kalau order dari Laksa Tapau tapi tu lah, masa order ni order dalam jumlah yang banyak jadi tak tahu harga asal untuk satu bekas tu berapa. Tapi simpan je lah nombor tempahan dia untuk next reference - 018-2902293


Restoran baru dekat Oasis Square Ara Damansara baru dibuka 20 Ogos lepas so kitorang pun saja la nak tengok menu apa yang ada, harga dia macam mana sebab nampak macam restoran eksklusif. Bon Apettite pun kitorang jarang jejak kaki apatah lagi restoran macam ZUKKINI. 

'Kita pergi tengok je tau ada makanan apa'

Plan asalnya nak usha je tup tup dapat meja. Entah siapa yang decide nak duduk, sudahnya menu sampai. Bila menu sampai mestilah order. Kitorang gigil jugak lah sebab pergi masa hujung bulan, gaji tak masuk lagi. Gamble betul pergi duduk dekat meja padahal hujung kuku je duit memasing. 


Range harga untuk menu dia tak lah mahal sangat tapi bila tengok meja belakang, portion makanan dia sikit je. Lama jugak lah nak decide nak makan apa sebab menu dia tak banyak pilihan. Waiter ZUKKINI bagitahu yang menu diorang akan ditambah dari semasa ke semasa. So I ambil Pasta with Smoked Duck, Sheera ambil Beef Bolognese, Ain ambil kek pisang dengan walnut. Husna pula minum Sparkling Soda dengan Lychee. 






Kek dia cantik tapi I tak makan blueberry ataupun strawberry yang dah masak. Satu slice RM14





Restoran ZUKKINI ambil dua unit dekat Oasis tu jadi ruang dia luas sangat. Sebelum ZUKKINI masuk pun unit ni unik sikit berbanding unit lain sebab ada ruang tengah dengan pokok tinggi. ZUKKINI masuk pun kekalkan konsep yang sama. Banyak ruang untuk makan tapi camera I tak cantik sangat waktu malam. Masa siang memang Instagrammable lah beberapa ruang yang ada dekat sini. 


Tak tunggu lama pun untuk makanan kitorang sampai sebab masa tu tak ramai orang. Menu yang I order tu not bad lah, sedap sebab daging itik rasa juicy. Rasanya in between medium rare ke medium ke medium well macam tu lah. Pasta dia tawar so kena makan dengan zukini dan itik. 

Beef Bolognese yang Sheera order a bit no no sebab rasa dia kosong je. Isi daging tak banyak pun dalam portion yang dia sediakan. Untuk harga RM32, kitorang prefer makan dekat tempat lain. 



Kek pisang not bad lah sebab ada kekacang dalam tu tapi mudah sangat relai. Matcha pun not bad, pekat. Overall makanan dia okayish. 


Service tax dekat sini tinggi jugak lah padahal kena order sendiri guna QR code. Masa kitorang order tu order jadi berdouble padahal dah tanya dah dengan waiter sebelum order tu kalau guna banyak device masa order dia akan count as one ataupun double? Waiter kata count as one je tapi lain pula jadinya. Tak memasal datang dua matcha. Nasib baik boleh cancel order. Lepas ni kalau nak makan sini kena tunggu company belanja untuk celebrate something. Kalau pergi sendiri jadi murung. 

SYOK menang Radioinfo Asia Podcast Awards 2023

Saturday, 2 September 2023

‘Life Confession’ dan ‘Sembang Atas Dulang’, dua podcast tempatan yang dihasilkan oleh SYOK telah memenangi ‘Podcast of the Year: Major Winners’ untuk kategori ‘Best Health and Wellness Podcast’ dan ‘Best Society and Wellness’, secara berasingan daripada Radioinfo Asia Podcast Awards.

'Life Confession', dihoskan oleh Dr Reza Abraham, perunding kepimpinan dan pengarang buku pemenang anugerah, memperoleh tempat teratas dalam kategori ‘Best Health and Wellness Podcast’. Podcast ini membawa kisah benar dan inspirasi, memperincikan perkongsian liku-liku dan suka duka daripada pemimpin terkemuka di Malaysia dan pelopor industri termasuk Marina Mahathir, aktivis; Vivy Yusof, penulis blog bertukar usahawan fesyen yang telah dilantik dalam ‘The Business of Fashion 500’; Yuna, penyanyi berbakat dan penulis lagu; Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio; Douglas Lim, pelawak dan ramai lagi.

Sementara itu, ‘Sembang Atas Dulang’, dikendalikan oleh Ceddy Ang, personaliti blog yang gemarkan makanan, telah memenangi kategori ‘Best Society and Wellness Podcast’. Podcast ini memaparkan perbincangan mendalam tentang muzik, filem, trend media sosial, gaya hidup dan kecergasan, dengan perkongsian santai sambil menikmati hidangan Malaysia yang lazat, daripada selebriti tempatan serta personaliti media sosial termasuk Angel dan Sabronzo (Dolla), Meernash, Elyshla Abegail , Amir Ahnaf, Fazziq Muqris dan ramai lagi.

Sebagai tambahan, semua rakyat Malaysia boleh terus mengundi ‘Life Confession’ dan ‘Sembang Atas Dulang’, dua podcast pemenang anugerah yang dicalonkan dalam kategori ‘People’s Choice Podcast of the Year’, hingga 1 September 2023 melalui laman web Radioinfo Asia. Pemenang untuk kategori ini akan diumumkan secara langsung, pada 6 September, di majlis anugerah Radiodays Asia 2023.

Radioinfo Asia Podcast Awards mengiktiraf individu, pasukan dan organisasi paling cemerlang di dalam bidang podcast dari seluruh media di Asia dan pemasaran. Terdapat 21 kategori yang akan dinilai oleh pemimpin dan bintang yang sedang meningkat naik dalam dunia podcast, bersama panel editor kanan antarabangsa daripada Radioinfo.

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

Friday, 1 September 2023

ALAMI SEMARAK MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN | Pelbagai tawaran hebat dan aktiviti kanak-kanak menanti para pengunjung!

Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, Pusat Beli-Belah Alamanda dengan bangganya membawakan Kempen Merdeka yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 16 September.

Bagi memperingati Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang bakal kunjung tiba, Alamanda mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dari semua lapisan umur untuk bersama-sama memeriahkan sambutan dengan ganjaran luar biasa yang menawarkan hadiah edisi terhad dan juga barisan aktiviti kanak-kanak yang menarik.

Tebusan Merdeka

Pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad sepanjang tempoh Kempen Merdeka yang sedang berlangsung selama 23 hari. Tawaran ini adalah terhad untuk satu tebusan bagi setiap pelanggan, setiap hari. 

Bagi pelanggan yang beberlanja lebih dari RM1,500 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih juga akan menerima tambahan Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada T-Shirt Merdeka yang ke-66 edisi terhad. Ganjaran ini adalah khusus untuk 350 pelanggan yang berbelanja RM1500 dan ke atas.

Seiring dengan usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisma pada 31 Ogos, 1000 pengunjung pertama bakal menerima sehelai bendera tangan “Jalur Gemilang”.

Kempen “Merdeka Funtime VIKids”

Sambutan Merdeka pada kali ini juga turut menampilkan Kempen “Merdeka Funtime VIKids” buat pengunjung kanak-kanak. Kempen ini berlangsung dari 25 Ogos sehingga 3 September.

Ruang legar utama Pusat Beli-Belah Alamanda bakal dihiasi dengan dekorasi yang bertemakan permainan tradisional. dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

Ahli VIKids akan menerima pek percuma “Merdeka Funtime” yang mengandungi Set Seni dan Kraf, Permainan Ular dan “Rainbow Magic”. Tidak kurang dari itu, ahli VIKids juga berpeluang untuk menyertai aktiviti permainan tradisional seperti Ular dan Tangga, Congkak, Dam, Colek Lidi dan juga Ting-Ting. Sebahagian daripada permainan ini menawarkan hadiah eksklusif seperti set seni dan kraftangan, patung lembut, botol air, kotak makan tengahari, yoyo, batu seremban dan juga permainan papan untuk para pemenang.

Ahli VIKids yang berumur 6 sehingga 12 tahun berpeluang untuk menyertai pertandingan yang diadakan pada hujung minggu dan Hari Merdeka. Pertandingan Kostum Pakaian Tradisional dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik akan diadakan pada 31 Ogos. Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga adalah Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM300, RM200 dan RM100.

Pada masa yang sama, kempen “Merdeka Funtime VIKids” turut menganjurkan pertandingan mewarna yang terdiri daripada dua kategori iaitu, Kategori Junior (untuk kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun) dan Kategori Senior (bagi kanak-kanak yang berusia 10 sehingga 12 tahun).

Pertandingan mewarna ini akan diadakan pada hujung minggu sepanjang tempoh “Merdeka Funtime VIKids”. Hadiah pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada Baucar Beli-Belah Alamanda.

Kemeriahan Hari Merdeka tidak terhenti disitu. Para pelanggan akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang menampilkan kanak-kanak yang berbakat dalam acara “choral speaking”, pertunjukan bakat dan juga persembahan seni dan kebudayaan.

“Sebagai salah sebuat Pusat Beli-Belah yang mesra keluarga di Putrajaya, kami amat berdedikasi untuk terus memberikan pengalaman yang bermakna buat rakyat Malaysia. Seiring dengan ulangtahun kemerdekaan yang ke-66, kami bukan sahaja berbangga untuk memperingati kejayaan masa lampau malah, kami juga ingin memberikan sinar baru untuk barisan bakal pemimpin kita di masa hadapan. Program seperti VIKids adalah ruang untuk kanak-kanak mendapatkan peluang untuk berkembang dari sudut daya ketahanan selain daripada membantu tumbesaran kanak-kanak melalui rangsangan bermain.” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Cabutan bertuah “Bloom in Style”

Ekoran dari sambutan Hari Merdeka juga, kempen “Bloom in Style” yang diadakan bermula dari 21 Julai sehingga 13 Ogos 2023 adalah sambutan kemuncak yang telah diadakan dimana pelanggan membawa pulang Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai sehingga RM 3,000.

Terdahulu, pembeli yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai fesyen dan kecantikan yang terpilih, telah menerima ganjaran serta merta yang merupakan sebuah beg tot Alamanda. Pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM800 telah menerima Baucar Fesyen Alamanda tambahan yang bernilai RM50 selain daripada beg esklusif Alamanda.

Tidak kurang dengan ganjaran istimewa tersebut, pelanggan juga diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan Baucar Fesyen Alamanda yang bernilai RM 3000 bagi setiap RM300 yang dibelanjakan.

Cabutan bertuah tertutup juga diadakan bagi memilih 10 pemenang bertuah hasil kesinambungan daripada cabutan yang dilakukan secara terkemuka. Para pemenang telah diundang untuk menghadiri Majlis Cabutan Bertuah yang diadakan di Pusat Beli-Belah pada hari ini yang mana kesemua pemenang bertuah tersebut akan mencabut hadiah mereka bagi menentukan nilai baucar yang mereka menangi.

Pusat Beli-Belah Mesra Mall

Keharmonian dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan turut dirai di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman Terengganu. Pusat Beli-Belah Mesra Mall terjemah sambutan kali ini dengan konsep “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” yang juga menonjolkan pelbagai kempen hebat mulai 26 Ogos sehingga 16 September 2023.

Sepanjang keberlangsungan kempen tersebut, para pelanggan yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menebus sehelai Merdeka T-Shirt edisi terhad. Sambutan yang mengetengahkan aspek perpaduan dilihat menjadi sentuhan istimewa untuk kempen kali ini.

Dalam usaha mengibar Jalur Gemilang, pihak Mesra Mall bakal mengedarkan bendera dan kek cawan secara percuma kepada 100 pelanggan yang pertama pada 31 Ogos 2023. Edaran percuma ini akan berlangsung pada jam 11 pagi sehingga jam 2 petang. Tidak dilupakan, pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak bakal berlangsung pada 16 September 2023. Pertandingan ini diadakan bagi memberi ruang kepada kanak-kanak untuk mempersembahkan bakat mereka melalui peragaan pakaian tradisional. Pemenang akan menerima hadiah hamper dan baucar tunai.

i. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

ii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.

Tebus Angkat Prinsip, Harga Diri Manusia

Duit memberi definisi yang pelbagai oleh setiap manusia. Ada yang hidup mewah kerana duit malah tidak kurang yang masih bermati-matian bekerja untuk hanya mencari duit untuk digunakan sehari-harian.

Meski ‘si kaya’ mahupun ‘si miskin’, selagi namanya sebuah kehidupan, memiliki duit adalah satu keperluan untuk kelangsungan hidup.

Tetapi adakah setiap manusia menggunakan ‘jalan’ yang ‘lurus’ dan betul untuk mendapatkan duit? 

Barangkali isu inilah yang sangat signifikan dan mahu diangkat oleh Jason Chong lewat naskhah terbaharu arahannya, Tebus dan diedarkan oleh MyContent Distribution. 

Tebus yang dibawakan oleh Vian Media Sdn Bhd ditunjangi oleh bintang hebat tanah air iaitu Aedy Ashraf, Azhan Rani, Jay Iswazir dan Marisa Yasmin.

Bersama mereka, pendatang baharu yang semakin meningkat naik, Ahirene Ahirudin dan Idan Aedan menyuntik kelainan dan sesuatu yang segar dalam karya hasil tulisan Sky Khor.

Ia bukan sembarangan naskhah meski masih mengangkat tema kehidupan masa kini. Tebus memiliki sesuatu yang unik dan mampu membuat audiens berfikir setelah menontonnya.

“Satu perkara yang tidak boleh dinafikan kita kini hidup dalam dunia yang penuh konflik. Sama ada ia peperangan antara negara, skandal tanpa penyudah dan perebutan kuasa namun tanpa disedari kita juga secara peribadi berdepan dengan konflik yang ‘membunuh’ jika tidak dikendalikan dengan baik.

“Tebus akan menjadi sebuah naskhah yang mengajak kita berfikir bahawa manusia boleh berubah kerana banyak perkara sama ada ia baik atau buruk.

“Dan duit adalah antara faktor utama yang merubah manusia. Kenapa saya katakan begitu? Anda akan menemui jawapannya di dalam Tebus,” ujar Jason Chong yang juga merupakan  Penerbit Eksekutif Tebus.

Mengangkat kisah tentang seorang pengawal keselamatan, Johan yang telah menculik pewaris barangan kemas, Ana untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil.

Kerana terdesak Johan melakukan perbuatan jahat tersebut namun perancangannya tidak berjalan lancar apabila Bakar (bapa tiri Ana) tidak mahu membayar walau satu sen pun hasil penculikan tersebut.

Berdasarkan situasi tersebut, Tebus yang berdurasi 114 minit membawa penonton masuk ke dalam dunianya yang penuh dengan aksi, kasih sayang, kemanusiaan, empati dan berkenalan dengan ‘dunia gelap’ yang sentiasa menanti untuk menjerumuskan seseorang ke dalam kemusnahan.

Menurut calon Pengarah Terbaik dari Festival Filem ke-23 ini, pemilihan barisan pelakon seperti Aedy yang digabungkan bersama Idan dan Ahirene adalah sebuah keputusan yang tepat setelah melihat hasil kerjasama mereka di layar skrin.

“Seperti kita ketahui Aedy Ashraf adalah seorang aktor yang baik dan mampu memainkan apapun peranan yang diberikan kepadanya. Walaupun dia perlu bekerja dengan pemain baharu dalam industri, chemistry di antara mereka pantas tercetus. Dan Ahirene menepati kriteria Tebus yang memiliki unsur aksi dan romantik, begitu juga sifat spontan yang ada dalam diri Idan menghidupkan naskhah ini dengan sangat baik,” kata Jason Chong.

Tebus yang menjalani penggambaran 100 peratus di Kuching, Sarawak dijangka menemui penonton pada 31 Ogos di Prime Video dan boleh ditonton di seluruh Asia Tenggara. Langganan Prime berharga RM25 di Malaysia dan penonton boleh melanggan secara percuma selama 7 hari untuk menonton filem Tebus.

Filem ini dihasilkan dengan Bantuan Kewangan oleh Film in Malaysia Incentive (FIMI)  dan rebat tunai (cash rebate) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Jangan terlepas menyaksikan Tebus edaran MyContent Distribution ini kerana menerusi naskhah ini anda akan menemukan erti menjalani kehidupan dengan keputusan paling tepat agar ia menjadi sebuah kembara yang sangat bermakna.

Blog Performance August 2023

Mood bekerja bila semua orang cuti memang ke laut tapi kerja banyak juga jadi terpaksa lah buat. Sama juga lah dengan report card blog ni walaupun menurun tapi kena buat jugak sebab turun naik tu lumrah hidup. 

1. PV


Bulan Ogos jatuh teruk nak bandingkan dengan performance bulan Julai 2023. Nak sebut alasan kenapa pun dah malas dah. Tengok movie pun tak sempat apatah lagi update review kan? Monopoly Go tu main lah jugak tapi kalau dah tak cara nak update tetap lah tak ada energy. 

2. Posts


So far Popular Post masih sama dengan sebelum ni, mostly movie review cuma views je lah berbeza. Bulan depan boleh jamin yang views akan turun lagi sebab semua minggu busy keluar ke sana-sini. Ada jugak yang resign nanti sebab dah burnout. 

3. Bilangan Entri

Bulan Ogos ni jatuh balik bilangan entri walaupun bulan Julai dah berjaya naikkan sampai 60 balik. Ada banyak je entry dalam draft tapi tak sempat nak menulis. 

So itu je lah setakat ni. Terpaling takde mood nak update, ini pun curi masa je update. Terima kasih yang join giveaway, nanti I announce pemenang bila dah cecah tarikh tamat GA. Happy weekend everyone.