TREASURE x FLAWLESS

Thursday, 17 August 2023































































































Raikan Warisan Budaya Malaysia Melalui Karya Seni di Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas

Wednesday, 16 August 2023

Mengambil pendekatan karya seni sebagai inspirasi dan jalinan masyarakat, Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali untuk tahun ke-23 dan menjemput artis-artis muda Malaysia meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni. Pertandingan seni yang dianjurkan setiap tahun ini membawa tema menyeluruh "Warisan Malaysia," dengan sorotan khas tahun ini kembali kepada warisan budaya tidak ketara. Tema ini juga selaras dengan pemilihan Malaysia menjadi ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara (IGCICH) di bawah UNESCO untuk penggal 2022-2026.

Henry Tan, Pengerusi Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas berkata, “Warisan budaya tidak ketara merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, amalan dan ungkapan tradisional yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Warisan budaya tidak ketara termasuk tradisi lisan, seni persembahan, adat dan amalan sosial, dan kraf tradisional.

Walaupun bangunan, monumen dan tempat bersejarah sering dipelihara dan dipulihkan dengan teliti, warisan budaya tidak ketara adalah khazanah warisan yang turut penting dipelihara untuk mengekalkan kepelbagaian budaya dan memastikan kelangsungan tradisi masyarakat kita.

Pertandingan tahunan itu terbuka kepada bakat-bakat muda baru Malaysia yang masih belajar terutamanya di universiti dan kolej di Malaysia. Terdapat lima kategori karya seni: arang atau pensel atau pastel minyak atau dakwat, media campuran, minyak atau akrilik, cetakan dan cat air. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dan mengambil bahagian dalam lebih daripada satu kategori.

Pemenang hadiah pertama bagi setiap kategori akan menerima wang tunai RM8,000, naib juara akan menerima wang tunai RM3,000, pemenang ketiga menerima wang tunai RM2,000, dan dua pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 setiap seorang. Selain itu, semua pemenang akan menerima sijil anugerah dan baucar TGV Cinemas bernilai RM500.

Semua artis muda Malaysia digalakkan untuk menyertai pertandingan tahun ini untuk meraikan dah mengetengahkan kekayaan warisan budaya Malaysia. Pendaftaran penyertaan kini dibuka sehingga 30 September 2023 dan penyerahan karya seni akan ditutup pada 9 Oktober 2023.

Usaha Tegas, ditubuhkan oleh Encik T Ananda Krishnan, mempunyai kepentingan dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi merentasi pelbagai industri termasuk telekomunikasi, media, hartanah, dan minyak & gas, dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan tahun ini termasuk cara untuk mendaftar dan menyertai, sila layari laman web rasmi pertandingan di https://www.usahategasheritage.org.my/.

Untuk pertanyaan, hubungi kami di emel utheritage@ut.com.my atau telefon +603-2380 6451 (UTH Info)

TERIMA KASIH 

Raikan Hari Kebangsaan bersama Jualan Go Gemilang Go Shop! | Dapatkan baucar diskaun eksklusif dan penghantaran percuma ke seluruh negara

Raikan Hari Kebangsaan pada tahun ini bersama Go Shop, dengan baucar diskaun sehingga RM66 melalui ‘Go Gemilang Sale’ sehingga 30 September 2023. Para pelanggan boleh menggunakan kod ‘GGS6’ untuk mendapatkan diskaun 6% tanpa perbelanjaan minimum atau kod ‘GGS66’ untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM66. Selain itu, para pelanggan turut dapat menikmati penghantaran PERCUMA** ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak mulai 8 Ogos hingga 30 September 2023.

Hadiahkan barangan wajibada kepada keluarga dan rakan-rakan anda pada Hari Kebangsaan ini daripada barangan elektronik dan peralatan dapur sehingga produk kecantikan & fesyen serta peralatan rumah termasuk:

  • Gadget terhangat: Samsung Galaxy Z Flip 4 & TV LED Pintar 4K UHD 60 inchi, Penapis Udara UV Primada dan banyak lagi.
  • Keperluan rumah dan kediaman: Set Peralatan Makan Elegant Melamine Easiware, Set Tuala Coral Velvet Muzy dan banyak lagi.
  • Fesyen & Kecantikan: Primer Muka Emas 24K Chriszen X Teyn Athirah, Jam Tangan Gelang Kristal Olevs Ellie, Bundle Penjagaan Pemutihan Pelembap Chriszen dan banyak lagi.
  • Untuk kesihatan yang lebih baik: Multivitamin & Mineral Vitahealth, Sarang Burung FGWalet dengan buah Ara dan banyak lagi.

Di samping itu, para pelanggan juga boleh mendapatkan tawaran terhangat dengan “#MY6EST6UY Live Show” pada setiap Selasa, Khamis dan Jumaat di Astro saluran 118 pada pukul 11 ​​pagi atau saluran 303 pada pukul 12 malam. Selain itu, program ‘Demi Negaraku’ akan menunjukkan barangan dan bundle kami yang bernilai hebat yang boleh diperoleh sempena Hari Kebangsaan ini dalam masa yang terhad. Saksikan rancangan ini pada setiap hari di Astro saluran 100, jam 8 pagi hingga 9 pagi yang akan berakhir pada 18 September 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan Apple App Store.

***********************************

* Baucar diskaun 6% ‘GGS6’ sah sehingga 21 Ogos 2023 dan baucar diskaun RM66 ‘GGS66’ sah untuk pesanan dengan min. perbelanjaan RM550 sahaja (sehingga 30 September).

**Untuk tempahan dalam Malaysia Timur, hanya pesanan dengan min. perbelanjaan RM250 adalah sah untuk penghantaran percuma dengan kod ‘GGSFREEDEL’.

Astro telah membuat tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap dua premis makanan setelah mendapatkan bukti bahawa mereka telah strim dan menunjukkan kandungan Astro yang dicetak rompak kepada para pelanggannya di premis mereka: Restoran Jamal Mohamed & Sheriff di Petaling Jaya serta pemiliknya dan SDP Bistro di Taman Molek, Johor Bahru serta pemiliknya.

Astro seterusnya mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi bahawa tindakan pemilik-pemilik premis menayangkan dan menunjukkan kandungan Astro yang berhak cipta kepada khalayak ramai di kawasan premis mereka tanpa kebenaran atau lesen daripada Astro merupakan tindakan pelanggaran hak cipta menurut Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987.

Kedua-dua premis serta pemilik-pemilik mereka mengaku melakukan kesalahan tersebut dan telah berhenti daripada melanggar kandungan Astro yang berhak cipta. Restoran Jamal Mohamed & Sheriff turut komited untuk melanggan Astro secara sah.

Tuntutan sivil Astro terhadap premis-premis makanan ini adalah berdasarkan duluan yang dilakukan iaitu perintah Mahkamah Tinggi yang didapatkannya dengan Liga Perdana pada November 2022 yang jelas menunjukkan bahawa ia adalah haram untuk premis komersial menayangkan kandungan daripada sumber yang tidak sah termasuk siaran Astro tanpa lesen komersial yang sepatutnya kepada khalayak ramai.

Dalam kes yang berbeza, pengarah-pengarah Robataya Sdn. Bhd. yakni pemilik Scotsman Yakatori Bar di Petaling Jaya telah memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kandungan Astro tanpa kebenaran setelah diberikan surat perintah henti. Robataya Sdn. Bhd. memasuki perjanjian penyelesaian bersama Astro setelah mengaku bersalah dan melanggan Astro secara sah.

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong: “Kami menerima hasil-hasil yang positif daripada tuntutan mahkamah terhadap syarikat-syarikat komersial yang telah strim dan menayangkan kandungan tanpa kebenaran secara haram kepada para pelanggan mereka. Kami ingin menunjukkan kesungguhan kami dengan mesej yang kuat ini bahawa tindakan keras akan diambil terhadap sesiapa yang didapati bersalah. Cetak rompak memberi impak terhadap kemampuan kami dalam memberi khidmat kepada para peminat kandungan kami serta mengurangkan keupayaan kami untuk melabur dalam sukan premium untuk rakyat Malaysia.”

“Cetak rompak memberi impak terhadap seluruh industri kandungan dan menjejaskan ekonomi Malaysia. Kami akan terus melindungi perniagaan Astro dan ribuan pelanggan sah kami daripada mereka yang membuat keuntungan menerusi cetak rompak. Kami komited untuk berkerja secara rapat dengan pihak berkuasa, ahli-ahli industri serta pihak berkepentingan dalam memerangi kecurian ini,” sambung Tai.

Kejayaan tuntutan-tuntutan mahkamah ini terhadap syarikat-syarikat komersial tersebut mengikut jejak langkah kes-kes terdahulu di mana mahkamah-mahkamah menjatuhkan denda terhadap individu-individu yang didapati bersalah pelanggaran hak cipta dengan menjual kotak TV yang menawarkan akses tanpa kebenaran ke kandungan Astro.

Movie Review | Satyaprem Ki Katha (2023)

Monday, 14 August 2023


Director: Sameer Vidwans
Writer: Karan Shrikant Sharma
Cast: Kartik Aaryan, Kiara Advani, Gajraj Rao, Supriya Pathak, Shikha Talsania, Siddharth Randeria, Rajpal Naurang Yadav
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Namah Pictures
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 144 minutes
Release Date: 29 June 2023
Trailer :


Bagai bulan jatuh ke riba, Satyaprem a.k.a. Sattu (Kartik Aaryan) dipinang untuk menjadi suami kepada Katha (Kiara Advani), gadis cantik yang mencuri hati dia sejak setahun yang lalu ketika bertemu di perayaan Navatri. 

Sesuatu yang tak disangka juga oleh Sattu mahupun keluarganya kerana Sattu adalah penganggur selepas 3 kali gagal dalam peperiksaan akhir dalam jurusan undang-undang. Kereta tak ada, apatah lagi wang simpanan sendiri. Sattu tahu Katha setuju berkahwin kerana dipaksa oleh orang tuanya tapi dia tak peduli asalkan gadis idaman menjadi miliknya. 


Bukan saja bertuah menjadi suami kepada Katha malah mendapat kereta BMW sebagai hadiah perkahwinan dan diberi amanah untuk menjaga perniagaan keluarga Katha. Tapi tak bertahan lama pun kebahagiaan tu bila Katha selalu menghalau Sattu keluar dari kamar mereka berdua setiap kali masuk waktu tidur. Alasannya kerana Sattu kuat berdengkur sampai lah satu hari Sattu tahu rahsia Katha dan keluarganya. 

Masa tengok trailer dah boleh agak jalan cerita filem Satyaprem Ki Katha berkonsepkan kahwin paksa sebab ada snippet Katha muram bila keluarga Tengah sibuk buat persiapan perkahwinan. Bila lagu Aaj Ke Bad keluar makin kuat lah teori tu sebab Katha tak happy langsung walhal Sattu sengih sampai ke telinga. Ada babak dia hela nafas panjang lepas majlis berinai, nampak sangat dia berat nak terima Sattu sebagai suami tapi terpaksa.



Bila tengok full movie baru tahu kenapa Katha tak gembira langsung sepanjang majlis dan rahsia yang disimpan tu dikira sesuatu percubaan yang berani sebab penulis ketengahkan isu yang berat, sensitif dan sering dicemuh tanpa perlunya pembelaan yang adil. Mesej yang sangat kuat menerusi kisah cinta Satyaprem dan Katha sebab kes ni dah makin banyak di India. Tak mustahil banyak juga berlaku di negara lain termasuklah Malaysia. No wonder lah dia boleh bawa kes ni dan olah dengan baik sebab pengarah Sameer Vidwans pernah menang National Film Award for Best Film on Other Social Issues untuk filem Marathi, Anandi Gopal (2019).


Bukan sesuatu yang baru bila Kiara Advani lakonkan watak yang sensitif macam Katha sebab sebelum ni dia pernah berlakon isteri yang tak puas dalam Lust Stories (2018) dan mangsa sexual abuse dalam filem Guilty (2020). Bila tengok lakonan dia sebagai Katha yang trauma, babak tu nampak real dan menyayat hati. 

Bab chemistry Kiara dengan Kartik tu tak perlu dipertikaikan dah sebab tengok lagu Naseeb Se hasil gubahan Meet Bros, Tanishk Bagchi dan barisan komposer lain tu rasa terbuai dengan kisah cinta Sattu-Katha. Sebelum ni Kartik dan Kiara berlakon bersama dalam Bhool Bhulaiyaa 2 (2022) tapi tak dapat banyak screentime pun but still chemistry tu menyerlah dalam lagu Hum Nashein Mein. Kalau ada anugerah kategori Best Jodi of the Year, Kartik dengan Kiara patut menang untuk filem Satyaprem Ki Katha. 


What I love the most apart from the message is transition of their relationship. I suka kisah cinta yang slowly grow macam perasaan Katha terhadap Sattu. Masa Katha senyum bila dapat bunga dari Sattu tu comel sangat. Sama juga dengan babak Sattu happy bila Katha jadi kawan dia. Walaupun Sattu ada kekurangan sebagai suami tapi mana ada manusia yang sempurna pun. Kalau musibah tu tak jadi dekat Katha, tak mungkin dia akan berkahwin dengan Sattu, dan tak mungkin juga dia nampak nilai positif yang kuat dalam diri suami dia. Kalau perkahwinan itu mengubah lelaki jadi bertanggungjawab dan matang, kisah cinta Sattu dan Katha salah satu contohnya. 

Walaupun semua elemen digarap dengan baik namun kelemahannya tetap ada bila filem cinta drama ni terasa panjang. Babak di Kashmir macam tak kena bila Sattu dengan Katha sembang pasal fasa kedua dan ketiga sedangkan sebelum rahsia Katha terbongkar tu Sattu dah masuk fasa ketiga. You guys akan faham kalau tengok movie ni nanti. 


Flow dia pun macam tak cantik sebab tak tersusun dengan baik. Mungkin juga sebab dah terbiasa dengan template filem drama yang lain sebab lepas klimaks tu ada lagi dua plot utama. For me, klimaks masa Sattu jumpa Tapan Manek (Arjun Aneja) but apparently untuk pengarah letak klimaks pada perbincangan Sattu dan Katha di Kahsmir. I was expecting a tough fight too since writer left a huge impression for Tapan’s character but disappointed with the way they rushed towards the ending. Ada juga babak komedi yang tak menjadi dan watak Sejal (Shikha Talsania) tak digunakan sepenuhnya.

Nevertheless, kisah cinta sejati Satyaprem dan Katha ni memang wajib ditonton baik lelaki mahupun perempuan. Bila mana perempuan perlu bersuara untuk hak mereka, lelaki perlu jadi sensitif dan supportive.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10