River Cruise Teluk Intan | Jelajah Sungai Perak & Pulau Bangau

Sunday, 13 August 2023


Lepas solat Asar, try Google dekat mana boleh naik bot di sungai Perak kemudian terjumpa Pulau Bangau. Terus Waze untuk pergi ke situ. Tak jauh pun jaraknya dari Masjid Tanah Melayu tapi stuck dalam traffic jam sebab ada Pasar Malam Sabtu. Tempat parking kereta dekat kawasan jeti ni kecil je tapi tak ramai pun yang park kereta dekat situ jadi tak ada masalah untuk dapat tempat. 

Masa pergi ke kaunter untuk beli tiket naik bot ke Pulau Bangau tu ada 4 pakej disediakan untuk pengunjung. Kalau ambil Pakej A dapat tengok Jeti Bot Penambang 1 & 2, Bangunan Sarang Burung, Pulau Bangau (Habitat Burung), Antikuiti Kepala Kereta Api, Kilang Kayu Balak, Jabatan Laut Syah Bandar, Kilang Raga Buluh, Tokong Buddha, Madarasah Insaniah, Kapal Sedut Pasir, Balai Polis Lama & Mahkamah Lama, Jeti Persatuan Pengail Melayu. 

Untuk Pakej B pula, semua yang dalam Pakej A kemudiannya tambah Kilang Kapal Kayu Nelayan Laut, Restoran Terapung Cina, Tokong Besar Buddha, Jeti Nelayan Kampung Esso, Ternakan Sangkar Ikan, Kapal Sedut Pasir Sungai, Jeti Pak Ali, Serombong Kapal Tenggelam, Feri Pulau Rawa. Pakej C pula tengok Habitat Kelip-Kelip. 

Kalau hujan atau ribut petir serta-merta dibatalkan. Bab duit dapat balik ke tak tu tak pasti, sebab masa kitorang pergi tu cuaca okay walaupun berangin dan mendung sikit tapi tak ada tanda-tanda nak hujan lebat pun. 



Timing kitorang datang tu just nice sebab bot bergerak pukul 6.30 petang untuk Pakej Hot Trip selama satu jam. Hot Trip ni ada beberapa tempat dalam Pakej A dan B akan dilawati kemudiannya pergi tengok habitat burung di Pulau Bangau kemudian keluar untuk tengok burung balik ke habitat masing-masing. Kalau cuaca cantik, dapat tengok sunset jugak. So kitorang pilih Pakej Hot Trip berharga RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. 

Lepas bayar dan daftar nama, semua orang dapat jaket keselamatan berwarna biru ikut saiz masing-masing. Sebelum mulakan perjalanan, setiap keluarga dipanggil untuk bergambar di hadapan papan tanda untuk marketing tourist agent. 



Sebelum masuk ke dalam bot, nama wakil untuk setiap keluarga dipanggil untuk masuk ke dalam bot. Sebelum bergerak, air mineral diagihkan untuk semua orang. Bahagian tepi, kiri dan kanan diminta penuhkan dulu supaya bot seimbang. 

Me: Bang, bot ni laju tak? 
Abam Sahril: Laju gila! *laughed* slow je lah. Kalau laju macam mana nak tengok semua tempat dekat muara sungai ni. 


Sepanjang trip dalam Bot Inderapura ni, semua penerangan tempat dan sejarahnya diterangkan oleh Abam Sahril ditemani kawan baik dia, Rocky, burung kecil dekat bahu tu. Banyak fakta yang kitorang dapat tahu tentang Teluk Intan dan kawasan penduduk sekitar. Trip dia pendek je kalau ikutkan tapi berhenti lama dekat setiap tempat. 

Masa datang River Front Teluk Intan tu ada nampak kapal terbiar di tepi sungai rupanya kapal tu dibawa masuk ke Malaysia masa pandemik tapi tak dapat lesen operasi dari Jabatan Laut. Nak dapatkan lesen kena baik pulih keadaan kapal tapi kos untuk baiki pun makan sampai berjuta jadi dibiarkan je terbengkalai dekat sini. 



Kapal berwarna biru ni pula, kapal korek pasir. Kalau tak naik bot ni, sampai ke sudah dok ingat kapal terbengkalai juga. Tak lah banyak pun fakta yang boleh belajar dalam trip singkat ni tapi cukup lah dapat tahu berapa dalam kapal korek pasir ni akan tenggelam bila muatan dia penuh. 


Dapat juga tahu tentang fakta pasir di Sungai Perak ni banyak digunakan untuk projek pembinaan lebuh raya sebab kualiti pasir Sungai Perak mampat dan bermutu tinggi kualitinya. Contohnya Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang kitorang guna dari Sabak Bernam ke Teluk Intan. 

Dari kawasan tengah muara sungai ni boleh nampak Menara Condong Teluk Intan, restoran terapung dan River Front Teluk Intan. Ada juga Jeti Persatuan Pengail Melayu tapi banyak bot je tersadai dekat situ. Jeti tunggu masa nak roboh je. 


Sepanjang muara Sungai Perak ni boleh nampak ada pokok besar yang penuh dengan buah. Pokok yang bernama pokok berembang ni banyak kegunaan dia baik kepada penduduk Teluk Intan ataupun binatang di kawasan sini. Biawak pun bersepah bersidai dekat pokok berembang sebab ada sumber makanan. Buah berembang tu boleh makan buat colek, jeruk ataupun umpan memancing ikan. 

Disebabkan pokok berembang ni juga lah terwujudnya Pulau Bangau sebab sebelum ni tak ada pun pulau tu. Bila ada pulau, bangau jadikan tempat tinggal kemudian datang pula burung lain sama ada burung tempatan dan burung yang berhijrah dari luar negara. Dari beratus ekor burung sampai sekarang dah mencecah 40,00 spesies burung di Pulau Bangau dan menjadi tarikan di Teluk Intan dan Sungai Perak. 


Bentuk Pulau Bangau memanjang macam bentuk Semenanjung Malaysia dalam peta dan berukuran seluas 1,100 meter. Lebar 500 meter dan keluasan 14 hektar untuk kesemua burung membiak. Banyak burung datang ke Pulau Bangau sebab dekat dengan kawasan sawah padi sebagai sumber makanan diorang. 

Kedatangan kitorang disambut dengan bunyi riuh burung gembala kerbau. Tak nampak pun mana satu tuan empunya suara sebab saiz dia kecil je. Semua pokok sebagai tempat tinggal ni ada hierarki yang sama. Burung di bahagian bawah adalah burung gembala kerbau, di bahagian tengah adalah Ingrid dan baka lain. Bahagian atas pula burung pemangsa yang keluar memburu pada waktu malam. 

Nampak tak ada anak burung tersembunyi celah daun?


Penuh dengan burung baka Ingrid


Kalau nasib tak baik, dapat lah tengok anak burung kena makan dengan burung pemangsa atau burung helang. Telur burung dekat sini pula selalunya dimakan oleh burung pemangsa ataupun biawak. Abam Sahril kata dia pernah tengok anak burung kena makan dengan helang, sedih sangat apa yang dia nampak tu tapi tak boleh kacau sebab tu memang cara hidup burung dekat sini. 

Selain binatang pemangsa, ada juga individu yang ceroboh masuk untuk kutip telur ataupun buru burung dekat sini. Kerajaan dah letak papan tanda amaran dekat beberapa kawasan di sekitar Pulau Bangau tapi masa kitorang pergi, papan tu pun dah mula tenggelam sebab pokok liar dah meninggi. 




Masa dekat Pulau Bangau ni setiap keluarga boleh bergambar selama 5 hingga 10 minit dekat sini. Memandangkan kamera handphone memasing cap ayam je, gambar cenggini je lah mampu. Nampak tak nampak je burungnya. 

Dalam perjalanan balik, dapat tengok Bangunan Sarang Burung yang terletak di Kampung Cina. Masa ni matahari dah separuh terbenam dah pun tapi kitorang tak nampak sangat sebab awan mendung. Bukan rezeki lah sebab Abam Sahril bagitahu semalam nampak bentuk bulat matahari. Cantik lah siapa yang bergambar. 


But that's okay lah sebab kitorang dapat tengok burung balik ke Pulau Bangau. Semua yang balik dalam posisi berbentuk V sebab nak lawan arus angin. Ada sekawan burung yang balik berlainan arah dari kebiasaan sebab dikejar burung helang. 

Sebelum bot berhenti di jeti dapat tengpk panorama langit berwarna pink dan biru lembut. Cantik sangat permandangan ni. Kalau dapat tengok sunset mesti lagi cantik. Healing betul join Hot Trip ni kecuali untuk Farah lah sebab dia dah mabuk. Berdiri pun dah terhuyung-hayang. 




Berbaloi sangat RM30 untuk tengok keindahan alam semulajadi di muara Sungai Perak ni. Alhamdulillah cuaca pun okay je masa tu untuk kitorang tengok banyak tempat menarik di Teluk Intan. siapa yang belum pernah pergi Pulau Bangau memang patut pergi ambil pengalaman. 

Aleesya Bundle Teluk Intan


Masa jalan melenggang nak pergi ke kereta lepas habis lepak dekat Starbucks Teluk Intan, ternampak pulak kedai bundle ni. Apa lagi, tolak pintu masuk dalam lah sebab kedai dia nampak cantik. Tak macam kedai bundle lain yang nampak suram kusam tu. Not all lah but you know what I mean what you know what I mean....

Dekat Aleesya Bundle ni ada banyak pilihan, ada baju denim, jaket denim, seluar panjang, seluar vintage, seluar jeans, dress, top, shirt, tudung, skirt, maxi dress, knit dress, blazer dan banyak lagi. Yang pastinya tak ada kasut. 



Kebanyakan pakaian dekat sini dalam range harga RM8 hingga RM10 sebab banyak pakaian dari label berjenama. Kain pun tak bau hapak dan dalam keadaan baik. Baik tu maksudnya lamberttttt lagi nak lusuh. Tolak sebab memang sebab tak nak pakai dah. 

Untuk pakaian dari material denim je harga slightly higher tapi kalau belek bahagian denim dress memang susah nak buat pilihan. Adik I pun berapa kali ambil pastu letak balik sebab cantik untuk tidak ambil tapi tak ada duit kalau ambil. Duit poket dia mak I pegang so tak boleh sembarangan beli barang. Boleh je nak belikan tapi momen dia resah gelisah tu bukan selalu boleh nampak jadi kita torture dulu baru bayarkan hshshs





Ikutkan nafsu nak singgah kejap je dekat Aleesya Bundle ni tapi terstay lama pulak sebab dekat sini ada banyak juga pakaian plus size. Dari tak nak beli apa jadi ragu-ragu pula buat pilihan. Aleesya Bundle ni membantu juga untuk kita pilih baju mana sebab ada fitting room jadi tak ada masalah saiz tak ngam. 


Lepas buat pertimbangan waras maka muncul lah sesi pembayaran. Tak ada masalah pun nak bayar dekat sini sebab ada cashless payment. Dia yang jadi masalah, duit siapa yang nak hulur. 


I had a great time shopping dekat Aleesya Bundle cuma rasa tak syok dengan staff service dia. Dari awal sampai habis tak mesra pelanggan. Dari hujung mata pun dah boleh nampak muncung tu. Tak tau apa salah kitorang, sebab lama pilih baju ke atau sebab kitorang bukan target customer? Dah keluar dari Aleesya Bundle baru perasan yang kedai bundle ni untuk preggy mom and babies. 

Starbucks Teluk Intan


Plan asalnya nak pergi Coffee Lab Cafe yang tersenarai dalam tempat menarik di Teluk Intan sebab tekak memasing dah melekat rasa manis sos dari Restoran Udang Galah sebelum tu tapi kalau nak minum kopi, baik minum kopi yang memang kita suka dan familiar kan? 

Tak pasti lah Starbucks Teluk Intan ni mula beroperasi bila tapi yang pastinya deretan kedai dekat sini semuanya restoran francais yang biasa nampak macam Kenny Rogers, ZUS Coffee, Secret Recipe, Baker's Cottage, CU, Family Mart etc. 


Starbucks Teluk Intan ni ada dua tingkat and since kitorang nak berehat dekat tempat yang ada air-cond, lepak minum kopi dekat sini sampai dah ready nak gerak ke tempat seterusnya. Macam biasa, kita order Iced Hazelnut Latte tapi barista dekat sini annoyed pulak bila I banyak say no bila dia tanya nak add itu ini. 

Kalau pergi Starbucks, part ni je lah menyampah. Suka sangat tanya nak add on itu ini lepastu guna pushy tone bila orang tak nak. Bukan tak nak spend untuk add ons tapi kalau dah kita tak suka, tak payah lah paksa. I ambil basic drinks ke seasonal drinks ke, duit keluar dari poket I jugak pun. Dah la straw makin lama makin rapuh pastu paper bag kena bayar singgit setengah. Tibehhh meroyan. 


Since kitorang pergi masa weekend, ramai juga lah dekat dalam Starbucks ni. Ada budak MRSK Teluk Intan keluar outing lepak Starbucks, ada study gorup, ada pengantin jugak datang beli minuman dekat sini. Meriah betul. 

Memandangkan plan jalan-jalan Teluk Intan ni come up sebab my mom dah bosan gamaknya celebrate birthday dekat rumah je, jadi kitorang pergi Secret Recipe beli kek tapi beli satu slice je sebab semua dah kenyang makan udang galah. 


Masa tengah ambil gambar bangunan Starbucks sebelum blah tu ada dua orang barista Starbucks request untuk try sample new drinks diorang. Almond Butter Latte rasanya nama dia hshshs tak ingat dah. Rasa dia manis berlemak macam makan aiskrim vanilla almond. Sedap tapi manis. Pergi Starbucks nak buang rasa manis sos, tiba-tiba dapat manis vanilla pulak. Nasib baik kopi tak habis lagi hihu. 

Restoran Udang Galah, Teluk Intan


Kalau tengok dalam senarai tempat menarik di Teluk Intan mesti nama Restoran Udang Galah ada sekali. Masa tanya penjaga Menara Condong Teluk Intan tu dia pun suggest restoran ni jadi kitorang satu family makan tengahari dekat sini lah. 

Restoran layan diri ni selalunya penuh dengan orang. Nasib baik masa kitorang pergi tu tak perlu beratur pun sebab ada keluarga yang dah selesai makan. Tempat agak sempit lah walaupun corner lot sebab satu unit kedai saja. Meja makan pun tak jauh gap dia jadi boleh kata kena bersesak masa makan. Kalau hujan mungkin tak seronok nak makan sini sebab tempias. 







Ada baaaanyak pilihan lauk dekat Restoran Udang Galah ni - Ikan Cencaru Masak Sambal, Ikan Keli Goreng Berlada, Ikan Kembung Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sambal Kering Paru, Ayam Masak Merah, Ayam Gorng Tandoori, Ikan Bakar, Ikan Kembung Air Asam, Kari Kepala Ikan, Taugeh Masak Lemak Putih, Gulai Daging Kawah, Masak Lemak Nangka, Pajeri Nenas, Ayam Masak Percik, Pucuk Ubi Masak Lemak, Ulam. Ada banyak lagi tapi tak ingat dah :')



Dekat Restoran Udang Galah ni ada juga laksa, soto dengan pasembur tapi sebab makan tengahari, I tak suka makan mi so kita buat tak nampak je menu ni. Tauhu Sumbat pun makan masa hi-tea gituhhhh




Disebabkan kitorang pertama kali datang makan sini dan tak mungkin datang makan dah (sebab entah bila nak datang lagi), jadi kitorang ambil sepinggan Udang Galah Tumis yang jadi signature dish Restoran Udang Galah. Harga sepinggan Udang Galah Tumis ni RM55 sepinggan. Udang galah yang ada petai tu RM26 sepinggan kalau tak silap. Tak ingat sebab tak ada tanda harga. Mak I ambil juga sepinggan lala masak pedas. 


Saiz udang galah dekat Restoran Udang Galah ni besar jadi sepinggan tu pun dah cukup dah makan untuk 5 orang sebab sepinggan ada 4 ekor udang galah. Kalau jenis minat makan udang galah mungkin kena ambil 2 pinggan lah. Udang galah dekat restoran ni fresh sebab Teluk Intan adalah salah satu tempat pembiakan udang galah di negeri Perak. Setiap tahun kementerian akan tabur benih udang galah dekat Sungai Perak jadi makan lah tanpa rasa bersalah. 

Rasa Udang Galah Tumis ni sedap tapi bukan selera I sebab tak suka rasa manis sos. Baik Udang Galah Tumis, lala dengan ikan bakar semuanya rasa sama je. Rasa sos kuat tu dah potong kesemua rasa asli bahan utama ni. Ada orang mungkin suka la kot. 

Tapi kalau sembang pasal masakan berlauk dia, I paling suka Ikan Kembung Asam Pedas dia, masak lemak pun sedap jugak. Kalau datang mkaan lagi dekat sini mungkin target asam pedas hshs


Dekat Padang Speedy ni ada satu bangunan lama tapi tak tahu ni private property ataupun a part of warisan Teluk Intan sebab kawasan berpagar tapi tak ada apa-apa papan tanda. Cantik seni bina dia tapi mampu pandang dari jauh je. 

Menara Condong Teluk Intan

 

Percaya atau tidak, walaupun rumah I dekat Sabak Bernam dan nak pergi ke Teluk Intan ni cuma setengah jam tapi I tak pernah pun pergi Menara Condong Teluk Intan. Belum campur entah berapa kali lalu Teluk Intan tapi malas nak singgah sebab fikir tak ada apa sangat pun. Padahal ada je cuma kita yang unbothered enough to visit. 

Lepas tengok movie Bawaal, teringat Nisha cakap yang every nook and crook in england is history. Sama juga dengan Teluk Intan atau satu masa dahulu pernah digelar Teluk Anson atau Anson Bay. Menara Condong Teluk Intan ni dibina untuk jadi menara tangki air satu masa dulu supaya boleh bantu padamkan kebakaran atau jadi sumber air untuk kegunaan penduduk sekitar. 

Tapi disebabkan tangki air tu berat jadi menara ni sedikit demi sedikit condong ke sebelah kanan. Kenapa kanan? Mungkin sebab tanah di sebelah kanan tu lembut sikit berbanding kiri jadi dia mendap sikit. Jadi sampai sekarang lah condong tapi tak lah condong sangat. Bila bergambar tu tak nampak ketara sangat pun perbezaan dia. 

Eh, nampak lah! T.T

Nak park kereta dekat depan Menara Condong Teluk Intan ni kena bayar RM0.60 melalui Touch & Go apps. Kalau tak bayar get ready lah kena saman sebab Majlis Perbandaran Teluk Intan tetap semangat buat kerja walaupun hari minggu. 

Making Next Level pose... sebab apa? sebab boleh dik


Masa bergambar ni panas terik sampai mata memasing tak mampu nak bukak tapi sebab nak lighting, gigih bergambar jugak. Boleh je bergambar dekat pintu depan tapi ramai lah melepak dekat situ. Masa kitorang pergi ni pun ada geng basikal jadikan Menara Condong Teluk Intan sebagai checkpoint untuk rest. 

Tengah sakan bergambar tiba-tiba ternampak En. Rosdi macam kambing sesat dekat depan menara ni. Punya lah besar Selangor ni, boleh pulak kitorang terjumpa En. Rosdi dekat Teluk Intan. Rupanya dia tengah bercuti dengan isteri dia dekat Sungai Klah pastu datang Teluk Intan nak shopping. 



Me: En. Rosdi, beli la bunga dekat sini pastu bagi dekat Pn. Ramlah. 

En. Rosdi: Eiiii taknak saya, daripada beli bunga baik beli benda makan. Kenyang jugak perut. 

Me: Tak romantik lah En. Rosdi ni. Nasib baik Pn. Ramlah tak tinggal.

Masa kitorang kerja sekali dulu, kitorang satu office ajar En. Rosdi belikan bouquet bunga ros sebab berpuluh tahun diorang kahwin, En. Rosdi tak pernah belikan bunga. Memang lah bunga tak boleh kenyang tapi salah satu sumber kebahagiaan tu datang dari bunga. Bukan suruh beli bunga ros sejambak 500 batang bunga ros macam Fattah Amin bagi dekat Fazura pun, cukup yang biasa macam baby breath dekat Pasar Seni dah okay dah. Haa kau tibehhh membebel pasal bunga. 


Dah puas menyembang dekat luar, kitorang masuk dalam menara sebab panas dekat luar. Nak masuk dalam Menara Teluk Condong Teluk Intan ni kena bayar RM2 satu kepala. Dekat pintu masuk ada jual air mineral RM1, okay lah buat hilang dahaga lepas menyembang. 

Di bahagian bawah Menara Condong Teluk Intan ni ada satu perigi buta yang dikunci. Dekat dalam tu ada banyak duit tunai, syiling dan ringgit. Kalau tempat macam ni, ramai lah datang buat hajat. Entah apa yang mampu makbulkan hajat diorang entah sebab menara ni kan tangki air dan jam loceng je. Tapi husnuzon je lah, duit tu boleh guna untuk maintenance :')


Naik dekat tingkat pertama boleh nampak banyak sangat gambar bersejarah di Teluk Intan. Kalau ikutkan untuk yang pertama kali datang Teluk Intan patutnya datang ke Menara Condong Teluk Intan sebab dekat sini ada gegelung informasi tempat mana yang boleh dituju. 



Semua tempat yang dipaparkan di gegelung ni kebanyakannya berada dekat je dengan kawasan Menara Condong Teluk Intan antara perasan dengan tak je. Masa baca gegelung ni teringin sangat nak pergi ke Jeti Beting Beras Basah sebab ada jeti panjang di tengah kawasan sawah padi. Dekat situ dijadikan tempat upacara pertabalan Sultan negeri Perak. Tapi bila Google dekat Bagan Dato', satu jam dari Teluk Intan. Nak pergi tu boleh tapi takut hujan pula. 




Tangga untuk naik ke tingkat 3 Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan ni ada 8 tingkat tapi boleh naik sampai tingkat 3 je sebab dekat atas tu rasanya ada tangki air dah. I buat palatao je sebab tak ada staff pun dekat bahagian atas ni hshs. Tak pasti lah kalau binaan dalam menara ni pernah ditukar ganti ataupun dari dulu sama je sebab kukuh betul. Tapi dekat bahagian luar memang kena hati-hati berjalan sebab boleh rasa ada kayu yang mula mereput. Bila berjalan tu ada yang macam melendut sikit. Sebab tak boleh berjalan sangat, kita bergambar je lah hshshs



Bukan I yang ambil gambar ni. Kalau I ambik tak mungkin pose cenggini dibenarkan



Kawasan koridor menara ni cantik sebab ada hiasan jubin berwarna hijau dengan corak sama diulang-ulang dari atas sampai lah bawah. Rasanya ambil warna hijau sebab pereka menara ni suka jed kot. Palatao nombor dua. 



Dari tingkat dua Menara Condong Teluk Intan ni boleh nampak Medan Selera Teluk Intan, ada hiasan payung di laluan tengah tapi tak sempat nak menyinggah sebab kitorang dah lapar. Ada juga Kompleks Menara Condong, mungkin ada banyak cenderahati I love Teluk Intan dekat situ hshshs palatao nombor 3. 


Btw, siapa ambil gambar-gambar dalam entry I tanpa credit dia kena cirit. 

Just in case you guys bermalam di Teluk Intan, Menara Condong Teluk Intan bersinar cantik pada waktu malam. I've seen it and I'm in awe....