Filem box office dengan kutipan RM54 juta, Polis Evo 3 dan filem besar Hollywood Fast X (Fast Furious 10) tiba Di Pawagam Rumah Anda, Astro First! Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, Polis Evo 3 boleh mula dilanggan di Astro First bermula 10 Ogos, manakala Fast X bemula 2 Ogos.
Astro First membawkan dua filem dari francais blockbuster di Astro First dan penonton boleh melanggan dengan harga RM15 untuk 48 jam. Bagi penonton yang belum berpeluang untuk menyaksikan filem ini atau mahu ulang tonton, boleh menyaksikan Polis Evo 3 dan Fast X bersama keluarga atau rakan-rakan beramai-ramai di rumah atau di mana-mana melalui strim di platform Astro Go dan On Demand.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, kami bawakan filem Polis Evo 3 ke Astro First untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menikmati filem aksi ini di pawagam dan juga buat mereka yang ingin menonton sekali lagi bersama insan tersayang secara beramai-ramai di rumah. Sementara itu, lebih menarik, Astro First bukan sahaja membawakan 1 filem dari francais blockbuster tahun ini, tetapi 2, iaitu Fast X! Terdahulu Astro First hanya membawakan filem-filem tempatan dan Asia dan kini Fast X menjadi filem Hollywood pertama yang ditayangkan di platform Astro First.”
Polis Evo 3 merupakan hasil arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana dan ramai lagi. Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Fast X membarisakan pelakon-pelakon terkenal seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Jordana Brewster, Ludacris, Sung Kang, Joh Cena dan ramai lagi. Fast X (Fast 10) mengfokuskan watak Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante. Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes dimana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan. Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya.
Mengenai Polis Evo 3:
- Mengetepikan filem Hollywood dari francais besar antarabangsa, Fast X dengan mencipta rekod kutipan filem nombor 1 paling laris 2023 di Malaysia.
- Selepas 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal di pawagam, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan Polis Evo 3 meraih kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau. Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan.
- Melihat reaksi penonton, pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi watak antagonis bernama Reza, telah menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap dan meninggalkan kesan.
- Siri jelajah yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah.
- Polis Evo 3 membawakan tagline “Kita Lagi Kuat Boh”.
- POLIS EVO 3 diabadikan di mural gergasi di Jalan Kemuning, Dang Wangi.
Mengenai Fast X :
- Filem Fast X telah menyumbang kepada francais Fast and Furious untuk melepasi $7 billion di seluruh dunia.
- Anggaran bajet Fast X sebanyak $340 million, menjadi filem dengan bajet terbesar dalam francais Fast and Furious.
- Menampilkan karakter antogonis, Dante Reyes lakonan Jason Momoa yang membawa watak seorang yang jahat, maskulin, lawak dan juga psychopath.
- Anak perempuan arwah Paul Walker, Meadow, juga membuat penampilan kameo dalam Fast X
- Filem Fast X dibintangi oleh 4 pemenang Oscar Awards; Rita Moreno, Charlize Theron, Helen Mirren and Brie Larson.
- Fast X mempamerkan tagline “ The end of the road begins”.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48jam. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 dan Fast X di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro First atau Astro Gempak.
ERA RAIKAN ULANG TAHUN KE-25, PERBAHARUI SEGMEN HUJUNG MINGGU
Saturday, 5 August 2023
ERA RAIKAN ULANG TAHUN KE-25, PERBAHARUI SEGMEN HUJUNG MINGGU | Dengar ‘Super Safee ERA’, ‘Seram Sabtu ERA’, ‘Throwbaek ERA’ & ‘Soundtrek ERA’ mulai 12 Ogos.
ERA Raikan Ulang Tahun Ke-25, Perbaharui Segmen Hujung Minggu
ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, memperkenalkan segmen-segmen hujung minggu yang diperbaharui, sempena meraikan sambutan ‘ERA 25 Tahun’ dalam dunia penyiaran radio. Jenama ERA telah mengukir nama sejak diperkenalkan pada 1998 dan kini menjadi radio utama kepada kira-kira 5.7 juta pendengar mingguan dengan menyajikan kandungan berinformatif dan menghiburkan menerusi segmen-segmen menarik, di udara dan di aplikasi SYOK.
Bermula 12 Ogos, semua rakyat Malaysia boleh berhibur dengan segmen hujung minggu yang telah disusun khas dengan membawa program yang dinamik dan pelbagai di radio. Dengan gabungan muzik, temu bual eksklusif dan topik-topik menarik, pendengar dari semua peringkat umur akan menemui sesuatu yang menggembirakan di hujung minggu.
Para peminat ERA boleh menantikan segmen-segmen baharu di hujung minggu, termasuk:
- Super Safee ERA: penampilan khas Safee Sali, personaliti jemputan ERA, di mana Safee akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan. Segmen ‘Super Safee ERA’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 10 pagi, setiap Sabtu.
- Seram Sabtu ERA: di mana cerita-cerita seram yang yang pernah dilalui oleh pendengar dan perkongsian di media sosial akan disampaikan semula oleh personaliti misteri di ERA. Segmen ‘Seram Sabtu ERA’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 11 malam, setiap Sabtu.
- Throwbaek ERA: di mana ERA akan memainkan lagu-lagu terbaik sekitar 90-an hingga 2000 yang menjadi pilihan pendengar. Segmen ‘Throwbaek ERA’ akan ke udara pada 12 tengah hari hingga 1 petang, setiap Ahad.
- Soundtrek ERA: di mana ERA akan memainkan pilihan lagu yang menjadi runut bunyi dalam filem serta drama tempatan dan antarabangsa. Segmen ‘Soundtrek ERA’ akan ke udara pada jam 1 petang hingga 2 petang, setiap Ahad.
Untuk maklumat lanjut, layari era.syok.my atau ikuti platform media sosial.
Ulasan daripada Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA
“Kami teruja untuk meraikan ulang tahun ke-25 ERA yang merupakan bukti semangat dan dedikasi pasukan kami kepada para peminat yang memberi sokongan untuk segmen-segmen terbaik yang merangkumi 3 Pagi ERA, ERARATHON, Gempak Hit ERA, 101 ERA dan PM40 ERA. Oleh itu, kami berbesar hati untuk memperkenalkan ERA terkini dengan segmen hujung minggu yang diperbaharui, termasuk Super Safee ERA bersama Safee Sali, Seram Sabtu ERA bersama personaliti misteri ERA, serta Throwbaek ERA dan Soundtrek ERA. ERA akan sentiasa menawarkan kandungan menarik bukan sahaja melalui corong radio tetapi juga menerusi platform digital, sekali gus mengekalkan identiti kami sebagai penanda aras dan pencipta arah aliran dalam industri radio tanah air. Kami juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat ERA selama 25 tahun ini.”
LAUNCH OF WOMEN-FOUNDED 8SIANTOWN IN THE SANDBOX
Thursday, 3 August 2023
LAUNCH OF WOMEN-FOUNDED 8SIANTOWN IN THE SANDBOX | Landmark partnership between Smobler and 8SIAN to jointly develop the world's first Southeast Asian inspired experience, 8SIANTOWN into The Sandbox
Two female founders of Southeast Asia’s most successful NFT project and a top-tier Metaverse architect have joined forces to create 8SIANTOWN underscoring significant strides taken by women in the tech industry to foster a stronger commitment towards diversity, inclusivity and creativity.
Nicole Yap, founder of 8SIAN has successfully demonstrated her command of blockchain technology space and her ability to spearhead innovative projects. Her sold out NFT project, 8SIAN is the only Malaysian & Southeast Asian NFT project to have trended among the Top 10 projects on OpenSea, generating secondary sales of over 3,000 ETH (approximately USD 9 million) within a span of 24 hours.
Joining Nicole in this landmark collaboration is Loretta Chen, a respected media personality and award-winning author who has been dubbed Asia’s Anna Wintour and Top 100 Women of the Future. Her metaverse architecture firm headquartered in Singapore, is a leading builder in the Web 3 space and most recently launched the Kingdom of Bhutan into the open metaverse.
Both founders have jointly launched 8SIANTOWN which will stand as the world's first Southeast Asiantown in the open metaverse, offering a unique virtual environment that celebrates and promotes Southeast Asian culture on a global platform.
Yap, a proud Malaysian, wishes to introduce globally recognized landmarks such as the Twin Towers, Sultan Abdul Samad Building and Batu Caves into 8SIANTOWN while Chen endeavors to bring the best of Singapore’s multicultural heritage as well as Southeast Asia’s diverse landscapes into The Sandbox, a leading decentralised gaming virtual world and a subsidiary of Animoca Brands.
Loretta Chen, Co-Founder and CEO of Smobler and Nicole Yap, Founder of 8SIAN NFT |
Both founders envision this project as the first step in a series of collaborations that aim to revolutionize the Web 3 industry and place Southeast Asia at the forefront of digital innovation by incorporating popular IPs into a 8SIANTOWN. This opens a sea of creative opportunities, including new businesses such as Digital Tourism.
Drawing inspiration from the involvement of celebrities like Snoop Dogg and Paris Hilton in The Sandbox, the collaborative venture between Smobler and 8SIAN intends to open avenues for Southeast Asian celebrities, providing them with a novel platform to expand their influence.
Says Chen, “There is no lack of creative talent in Southeast Asia and the region is very digitally savvy. According to Yahoo, close to 75% are aware of the Metaverse and look forward to creating and making social connections in the space. They espouse the freedom of building a virtual world different from the existing real world and want to make connections globally even without leaving their homes.”
Yap adds, “The collaboration between Smobler and 8SIAN highlights the strength of Southeast Asia's tech sector and sets the stage for groundbreaking projects that push the boundaries of what is possible in the Metaverse and blockchain spaces.”
8SIANTOWN aims to be a leading voice and creative pioneer in the Southeast Asian Metaverse space with upcoming collaborations with celebrities, brands and IPs proving that the Metaverse is not just a Western concept, but one that transcends geographical boundaries.About 8SIAN
8SIAN is the most successful NFT project in South East Asia. Established by Nicole Yap, 8SIAN has made significant strides in the NFT space, trending among the top 10 projects on OpenSea and generating over 3,000 Eth+ in secondary sales within a single day. With its unique Asian-themed content and vision, 8SIAN is leading the way in integrating NFTs with broader tech applications, including the Metaverse.About Smobler
Smobler is a turnkey metaverse architect headquartered in Singapore with representative offices in Japan, USA, Canada, Indonesia, Australia, Africa, and Brazil. It is a The Sandbox endorsed metaverse agency with a strong emphasis on blockchain based gaming, event production, outreach and education.
Smobler has created a suite of world’s first projects such as a The Sandbox wedding, the Tools of Rock concert venue and a disability park. It works with legacy brands such as Airbus, Carnegie Mellon, Mahindra, DBS, Starhub and also creates innovative projects such as Metaverse for Good, the inaugural cross chain project with Clay Nation and is curating a series of proprietary IPs such as 3VEREST, Cobble Land, Ichorium Wars and Aloha Surfer. Smobler is backed by The Sandbox and Brinc. For more, log on to www.smoblerstudios.com
About The Sandbox
The Sandbox, a subsidiary of Animoca Brands, is one of the decentralized virtual worlds that has been fueling the recent growth of virtual real estate demand, having partnered with major brands including Warner Music Group, Ubisoft, The Rabbids, Cut the Rope, Tony Hawk, Gucci Vault, The Walking Dead, Invincible, Snoop Dogg, Adidas, Deadmau5, Steve Aoki, SM Entertainment, The Smurfs, Care Bears, and Atari.
Building on the existing The Sandbox IP that has more than 40 million global installs on mobile, The Sandbox metaverse offers players and creators a decentralized and intuitive platform to create immersive 3D worlds and game experiences and to safely store, trade, and monetize their creations.
For more information, please visit www.sandbox.game and follow the regular updates on Twitter, Medium, and Discord.
I mean, look at this!!!! |
Qalbox daripada Muslim Pro, perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan kandungan Islam yang pelbagai di peringkat global, berkolaborasi dengan Astro untuk menyiarkan kandungan yang berfokuskan Muslim secara eksklusif. Sejajar dengan matlamat Muslim Pro untuk menjadi rumah digital bagi segala perkara yang berkaitan dengan Muslim, perikatan strategik ini menjadi detik penting dalam landskap hiburan negara. Ia menawarkan pelanggan Astro pelbagai pilihan kandungan berfokuskan Muslim yang memperkaya untuk penonton di seluruh negara.
Dalam kolaborasi ini, Qalbox akan tersedia pada semua Astro Ultra dan Ulti Box sebagai tambahan, menawarkan rangkaian kandungan yang luas untuk komuniti Muslim. Sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik ini, pelanggan Astro yang memiliki Ultra/Ulti Box akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.
Kerjasama ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din dan Fara Abdullah, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar, dan Pengarah Kandungan, Agnes Rozario pada hari ini.
Sejak penubuhannya, Qalbox yang boleh diakses dengan mudah di dalam aplikasi Muslim Pro, laman sesawang, dan TV, Muslim Pro telah menunjukkan komitmen yang mendalam untuk melabur dalam pasaran Malaysia secara konsisten.
Menyedari populasi belia Muslim yang mahir dalam teknologi di negara ini serta visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat teknologi bagi kandungan Islam, Muslim Pro melancarkan Qalbox di Kuala Lumpur pada Disember 2022.
Kerjasama terbaru dengan Astro lebih mengukuhkan lagi komitmen Muslim Pro untuk berkhidmat bagi komuniti Muslim di Malaysia dengan meningkatkan aksesibiliti bagi pengguna. Kerjasama ini membolehkan pengalaman yang lebih khusus dan lancar, memastikan kandungan yang berfokus kepada Muslim mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas, dan memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
"Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro, penyedia hiburan terkemuka di Malaysia, untuk memperluaskan jangkauan Qalbox di kalangan penonton Malaysia," kata Fara Abdullah, co-CEO Muslim Pro. "Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh. Dengan tawaran kandungan yang pelbagai, kami yakin bahawa Qalbox akan menarik perhatian penonton Malaysia serta memberikan pengalaman hiburan yang tiada tandingan."
Qalbox terus berusaha untuk memaparkan identiti Muslim dan bagaimana kepercayaan dapat diintegrasikan dalam gaya hidup seharian umat Islam melalui pelbagai genre yang komprehensif, termasuk filem ikonik, siri-siri yang menghiburkan, dokumentari berfokuskan Islam yang memberi merangsang minda, animasi kanak-kanak, realiti TV, dan banyak lagi. Penonton boleh menyelami karya asli Qalbox yang menampilkan siri-siri yang merangsang pemikiran seperti "I Am Muslim", cerita peribadi yang menyentuh hati daripada "Food From the Heart,"dan bacaan Al-Quran yang menyentuh jiwa dalam "Tadaruz Al-Quran."
Bagi kanak-kanak, "Islam for Kids" dan "Recite and Learn: The Word of Allah" menawarkan kandungan yang menarik dan memberi pendidikan. Sementara itu, siri-siri menarik seperti "Omar", "The Sultan and Khan", dan "Little Mosque on the Prairie," meneroka naratif yang mendorong tentang budaya Muslim. Singkatnya, Qalbox menawarkan sesuatu untuk pelbagai peringkat penonton.
Shafiq Abdul Jabbar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro berkata, "Kami gembira untuk mengumumkan Qalbox dari Muslim Pro di platform kami, yang mana ianya akan dapat memperkayakan rangkaian aplikasi siaran global terbaik kami. Penonton Muslim kami kini dapat menikmati kandungan berfokuskan Islam dengan penambahan lebih daripada 1,000 jam kandungan SVOD Qalbox yang kini tersedia untuk penstriman di Ultra dan Ulti Box kami. Kini kami mempunyai kandungan yang menarik dari 12 aplikasi penstriman video, termasuk aplikasi Astro GO kami yang ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan. Kami gembira atas usaha ini dengan Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia, dan percaya bahawa ini akan lebih melengkapkan tawaran kandungan yang kukuh daripada Astro, dari Astro Signatures dan Astro Originals, hingga sukan dan berita secara langsung, animasi kanak-kanak, dan kini pelbagai kepelbagaian budaya Muslim di seluruh dunia, semua dengan sentuhan mudah dengan satu butang."
Pihak Astro dan Muslim Pro berdedikasi untuk membina komuniti peminat hiburan yang menikmati kandungan yang berbilang budaya dan memberi santapan rohani. Kerjasama ini berjanji untuk mengubah konsep hiburan penonton Malaysia, dengan menyediakan ruang khas buat mereka yang menghargai kepelbagaian budaya dan identiti Muslim.
Selepas tempoh dua bulan akses percuma yang berakhir pada 26 September 2023, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan mereka dengan tawaran eksklusif. Sila layari www.astro.com.my/QalboxMuslimPro untuk mengemas kini langganan. Pelanggan yang tidak menggunakan Ultra/Ulti Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf kepada Ultra/Ulti Box dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro di 03-9543 3838.
*********************************
Mengenai Muslim Pro
Aplikasi Muslim Pro ialah aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia dengan lebih daripada 150 juta muat turun di seluruh dunia di lebih 190 negara. Bermula pada tahun 2010 sebagai aplikasi mudah alih dengan visi pengasas untuk menyediakan waktu solat yang tepat untuk masyarakat Islam, Muslim Pro telah berkembang dengan keperluan penggunanya yang semakin berkembang menjadi aplikasi komprehensif yang melayani jutaan pengguna.
Ciri-ciri utama aplikasi menyokong keperluan agama pengguna melalui waktu solat dan penjejaknya yang tepat, azan, audio penuh Al-Quran, kompas kiblat, kalendar Hijrah, pengiraan zakat, serta kandungan gaya hidup seperti ciri Cerita, Inspirasi dan Komunitinya yang memenuhi pelbagai minat masyarakat Islam global. Aplikasi ini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.muslimpro.com/en
Mengenai Qalbox
Qalbox ialah perkhidmatan penstriman hiburan video atas permintaan (SVOD) langganan global yang menawarkan pelbagai kandungan yang memaparkan identiti dan budaya Muslim pada platform penstriman yang pintar dan selamat.
Daripada filem cereka dan dokumentari kepada bacaan al-Quran dan doa, Qalbox mencerminkan dan menyokong kepelbagaian. Qalbox boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dengan langganan 2-dalam-1, memberikan pengguna Muslim Pro dua tawaran dalam satu aplikasi mudah alih.
Selain menikmati aplikasi Muslim Pro tanpa iklan dan dapat membuka kunci qari kegemaran mereka, pengguna juga akan mempunyai akses kepada ratusan jam filem Qalbox, dokumentari, program kanak-kanak dan banyak lagi. Terokai dunia kami di https://app.muslimpro.com/qalbox.
Mengenai Astro Malaysia Holdings Bhd
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.5 juta rumah atau 69% isi rumah TV Malaysia, 8,600 perusahaan, 18 juta pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 7.8 juta pelawat unik bulanan digital dan 3.3 juta pembeli merentasi platform TV, radio, digital dan platform perdagangan.
Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Lebih 860,000 rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar.
Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, Xuan dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.
PENONTON DISELUBUNGI KETAKUTAN, ‘RAHSIA’ AKHIRNYA TERBONGKAR
Wednesday, 2 August 2023
PENONTON DISELUBUNGI KETAKUTAN, ‘RAHSIA’ AKHIRNYA TERBONGKAR | Versi ‘Reboot’ Tampil Dengan Pembaharuan Tanpa Melupakan Elemen Asal
Daripada penerbit filem pecah panggung Dukun dan Pusaka, Astro Shaw bersama Five Star Trading mempersembahkan filem seram terbaru versi Reboot dari karya yang dianggap sebagai ‘cult classic’ filem tempatan, Rahsia. Filem ini bakal ditayangkan di 150 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 10 Ogos.
Rahsia yang membawa tagline ‘Dia Takkan Pergi’ diarahkan oleh Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham. Amat dekat dengan naskah tersebut memberikan kelebihan buatnya dalam mengarahkan serta menghidupkan semula karya yang dianggap sebagai ‘masterpiece’ ini. Skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.
Antara elemen dan babak daripada filem asal seperti kereta mainan bergerak sendiri, piano berbunyi tanpa dimainkan, anak patung bernyawa, rumah banglo, babak-babak mendebarkan di tepi pantai dan misteri di sebalik dinding batu masih dikekalkan di dalam filem Rahsia terbaru. Pastinya ini mengujakan peminat dan penonton filem asal. Malah versi Reboot juga mampu menarik penonton baru dengan jalan cerita yang disuntik pembaharuan untuk kesesuaian masa kini dan perkembangan penceritaan yang lebih terperinci dan beremosi.
Antara kekuatan reboot Rahsia adalah lakonan mantap oleh barisan pelakon seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Nabila Huda sekali lagi membuktikan kemampuan beliau sebagai pelakon hebat dan versatile menerusi watak Ramlah. Nabila menggerakkan watak Ramlah dengan pesonanya tersendiri sekali gus mewarnai karakter tersebut. Lebih mantap, dia digandingkan bersama pelakon legenda tanah air, Eman Manan yang membuat kemunculan semula di layar perak selepas lebih sedekad. Gabungan ini ternyata mewujudkan keserasian yang mampu meninggalkan kesan di hati penonton.
Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan karya Rahsia dipilih untuk versi Reboot kerana ia adalah sebuah karya yang dianggap sebagai ‘cult classic’ dan jalan ceritanya masih relevan sehingga kini.
“Kami amat teruja filem reboot Rahsia akan dipersembahkan kepada penonton di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei. Rahsia adalah sebuah filem hebat yang wajar ditonton semua. Dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti, kami percaya banyak usaha yang harus dilakukan. Selain jalan cerita menarik, Rahsia harus memberi keseimbangan di antara elemen filem asal dengan suntikan pembaharuan bagi kesesuaian penonton pada masa kini. Kami berharap reboot Rahsia dapat memuaskan hati peminat serta menarik penonton baru, sekali gus mengulangi fenomena yang pernah dicipta.”
Menurut Penerbit dan Penulis Rahsia, Alfie Palermo berkata, “Untuk versi Reboot, kami telah mengolah jalan cerita asal namun tema serta bahasa visual yang menjadikan filem Rahsia sebuah 'cult-classic' masih dikekalkan. Ia turut diperbaharui untuk memberikan nafas baru buat generasi penonton muda mahupun penggemar filem asal. Di samping penggunaan teknologi terkini, kami turut mengambil pendekatan 'practical effects' yang digunakan di dalam filem 1987. Kami memilih Shamyl Othman, anak kepada pengarah filem asal, Othman Hafsham kerana pengalamannya mengarah filem seram Kami Histeria dan siri Gantung. Harapan saya versi Reboot ini mendapat sambutan dan semoga lebih banyak versi Reboot dan Remake filem-filem lama diterbitkan pada masa hadapan.”
RAMLAH, seorang suri rumah, pulang bercuti ke rumah bapanya TAN SRI KARIM sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami HAMDAN, seorang pensyarah, serta dua anak mereka, MARINA dan SAIFUL. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?