ZAYAN dan MyCARE Teruskan Misi Ibadah Korban di Nepal

Wednesday, 26 July 2023

ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal | Video dokumetari tersedia di YouTube ZAYAN

Kapsyen gambar: (dari kiri) Anas, personaliti ZAYAN bersama sukarelawan dari Malaysia untuk ‘Misi Qurban @ Nepal’

ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal

ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, diwakili oleh Anas Tahir, personaliti ZAYAN Pagi, bersama sukarelawan dari MyCARE telah menyalurkan 30 ekor kerbau menerusi ‘Misi Qurban @ Nepal’ kepada penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur, pada bulan Jun lalu. 

‘Misi Quban @ Nepal’ dilengkapi dengan sembilan hari perjalanan bersama Anas dan sukarelawan dari Malaysia ke Nepal, dimulakan dengan proses pencarian haiwan untuk penyembelihan, diikuti pelaksanaan menyembelih dan seterusnya proses memasak daging sembelihan yang merangkumi pelbagai menu serta pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat. Misi yang dijalankan ini mendapat sokongan dan bantuan daripada 200 dermawan daripada Malaysia dan agensi-agensi setempat yang ingin meraikan sambutan Aidiladha bersama pendnduk di Nepal.

Selain berkongsi rezeki, ‘Misi Qurban @ Nepal’ berfungsi sebagai platform pertukaran budaya dan persefahaman. Interaksi antara sukarelawan dan masyarakat setempat dipupuk menerusi sikap hormat-menghormati sesama manusia. Melalui pengalaman, cerita dan perbualan yang dikongsi oleh masyarakat di Nepal, jambatan pertalian telah terbina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan.

Peminat ZAYAN boleh turut menyaksikan dokumentari perjalanan Anas bersama sukarelawan yang memberi gambaran sebenar kehidupan di Nepal, serta pengalaman menjayakan ‘Misi Qurban @ Nepal’, menerusi video berdurasi 20 minit, disediakan di platform YouTube ZAYAN. 

Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial. 

Ulasan Anas Tahir, Personaliti ZAYAN

“ZAYAN dan MyCARE amat berbesar hati dapat merealisasikan Misi Qurban dengan menyalurkan sumbangan 30 ekor kerbau kepada masyarakat Islam di Nepal. Persiapan dan penyedian Qurban dilakukan sendiri oleh sukarelawan yang terlibat dengan bantuan daripada agensi setempat. Kami berterima kasih kepada dermawan-demawan yang terdiri daripada 200 rakyat Malaysia di atas sumbangan mereka untuk menjayakan misi ini. Banyak pengalaman dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi perjalanan kami di bumi Nepal, dan peminat dapat menyaksikannya menerusi sebuah dokumentari khas yang telah disediakan di YouTube ZAYAN.”


Drama Review | LIAR (2023)

Tuesday, 25 July 2023


Pengarah : Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
Penulis Skrip: Mayang Al-Mohdar (Head writer), Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad
Pelakon : Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn, Charles Roberts
Syarikat Produksi: Double Vision Sdn Bhd 
Penyiaran: Astro Shaw Sdn Bhd
Genre: Crime / Thriller
Jumlah Episod: 12 Episod (50 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 Mac 2023 (Astro On Demand), 3 April 2023 (Astro Ria)
Trailer : 


Drama yang diadaptasi dari siri terkenal di UK berjudul Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman (Tiz Zaqyah) yang cuba mempertahankan diri setelah dirogol oleh Dr. Aiman (Tony Eusoff). Bukti yang ada telah terhapus kerana Lara baru berani membuat laporan polis selepas 3 hari. Itupun setelah dipujuk oleh kakaknya, Kathy (Ezzaty Abdullah). 

Kecewa dengan tindakan Detektif Nissa (Nadiya Nisaa) dan Detektif Kumar (Haridhass Selvaraju), Lara ambil keputusan untuk membuat posting di media sosial supaya wanita di luar sana lebih berjaga-jaga dengan Dr. Aiman. Ramai yang mengecam tindakan Lara kerana membuka aib diri sendiri dan menghantar komen bersifat victim blaming.  


Hidup Dr. Aiman pula berubah dari disanjung kepada dipandang serong oleh jiran tetangga, orang sekeliling dan juga di tempat kerja. Anaknya, Noah (Aniq Suhair) juga menerima nasib yang sama. Malah lebih teruk lagi kerana dibuli gara-gara posting Lara tersebut. 

Lara yakin dan pasti dia dirogol oleh Dr. Aiman, manakala Dr. Aiman bertegas Lara mendapa kesan sampingan oleh ubat depresi yang diambil pada ketika itu. Siapa yang sebenarnya yang menipu? Kena tengok sendiri lah dekat Astro Ria. 


Masa dijemput untuk tengok tayangan Episod 1 drama LIAR ni rasa buntu jugak dengan persoalan tu sebab pengarah tak bagi hint langsung. Tapi masa tu baru episod 1 jadi tak boleh nak judge banyak. Bila dah tengok sampai tengah baru penulis mula buka topeng sebenar si pelaku. 

Walaupun drama LIAR adalah remake dari naskhah luar tapi pujian patut diberikan kepada penulis sebab berjaya olah mengikut selera tempatan. Banyak nilai murni yang diterapkan sekaligus menjaga tema asal iaitu penipuan supaya tak lari tapi masih lagi relevan. Tak mustahil untuk remake jadi sampah sebab team production ambil mudah jadi usaha untuk mengekalkan mutu kualiti drama LIAR ni patut dipandang tinggi. 


Tak pasti lah kenapa Jason Chong pilih Tiz Zaqyah dan Tony Eusoff sebagai leading pair kemudiannya part ways sebab dalam drama Villa Kristal (2021) sebelum ni pun diorang jadi life partner tapi sekejap saja. Sembang pasal lakonan both of them did their best. Bukan saja Tiz dan Tony malah semua yang terlibat pun deliver watak dengan bagus.

To be honest momentum drama LIAR jatuh mendatar bila kita dah tahu kebenarannya tapi bila watak Inspektor Rita Samsuddin (Atilia Haron) muncul untuk siasat kes terus semangat balik nak tengok. Setiap kali dia buka mulut, setiap kali tu lah berdekah. Kecil je orangnya tapi mulut pedas melaser. Kagum dengan cara dia buat kerja, bila dia sembang tentang garis baik dan kejahatan tu tak nampak preachy pun. 


Dalam drama LIAR ni ada ramai watak sampai screentime beberapa watak jadi pendek. Watak Eddie Hassan (Nas-T) dan Noah sepatutnya diolah dan dikembangkan lagi tapi sayang cuma jadi penyeri. Tak berapa suka watak Noah sebab dosa dia dengan Sofia (Yuyun Hikmah) tak membantu jalan cerita pun. It was supposed to be crime thriller tapi jadi drama pulak. Lagi best kalau Noah dengan Sofia siasat kematian Yazmin sebab post-mortem dia shady. 

Bab soundtrack, sinematografi semuanya membantu penceritaan drama LIAR. Siapa tak tengok lagi boleh layan di Astro Ria. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

WEBTVASIA UMUM KEJAYAAN FILEM PULAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Monday, 24 July 2023

● Filem Pulau Catat Sejarah Filem Malaysia Nombor 1 di Kemboja

● WebTVAsia dan Westec Media Jalin Kerjasama MCN Pertama di Kemboja

WebTVAsia, syarikat terkemuka dalam ekonomi pencipta Asia dan studio kandungan premium, dengan kerjasama Westec Media iaitu pengedar filem terbesar di Kemboja, mengumumkan kejayaan filem PULAU yang telah memecahkan rekod filem seram Malaysia di Kemboja.

Filem viral Pulau yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 8 Mac 2023 lalu, mengaut lebih daripada RM 700,000 sejak ditayangkan di Kemboja pada 22 Jun yang dinyatakan oleh pihak Westec Media sendiri. Selain itu, Westec Media turut mengumumkan filem tersebut telah menjadi filem Malaysia pertama dengan keuntungan tertinggi di Kemboja. Pulau memegang rekod untuk pembukaan paling besar pada hari pertama, hujung minggu pembukaan, hujung minggu kedua, dan hujung minggu ketiga bagi filem Malaysia di Kemboja. Ia juga merupakan; filem Malaysia nombor satu dan filem seram ketiga secara keseluruhan untuk Westec Media pada tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan WebTVAsia, Fred Chong bekata, "Kami sangat gembira kerana Pulau berjaya menarik perhatian penonton yag luar biasa di Kemboja. Bersama dengan rakan pengedar, My Way Pictures dan Filmforce Studio, kami turut bangga adapat menyokong pembikinan filem yang berjaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Ini membuktikan bahawa filem tempatan mampu berdiri setanding dengan filem antarabangsa."

Pengarah Eksekutif My Way Pictures, Michael Helfman, berkata, "Saya pernah menjangkakan bahawa bintang serantau seterusnya adalah daripada filem Pulau. Benarlah seperti yang dikatakan, seluruh barisan pelakon telah memberikan yang terbaik sehingga filem Pulau mendapat kejayaan yang mengejutkan di Kemboja. Saya amat berbangga kerana dapat terlibat dalam pembikinan filem Pulau yang dibintangi para pelakon Malaysia yang sangat berdedikasi dan berbakat."

Kerjasama serantau seperti ini melambangkan era baharu bagi industri kreatif Malaysia di mana kita boleh berkongsi pengetahuan, bakat, dan infrastruktur di seluruh Asia Tenggara, kata Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, yang menyaksikan tandatangan MOU. "Kami bersemangat untuk melihat lebih banyak lagi kandungan daripada Malaysia, menawan penonton di Kemboja dan lebih jauh lagi."

Selain daripada tayangan di panggung wayang, Pulau telah dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia. Pulau juga telah ditayangkan di Vietnam (juga menjadi filem Malaysia dengan keuntungan tertinggi sepanjang masa), Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Memanfaatkan kejayaan Pulau di Kemboja ini, WebTVAsia dan Westec Media juga menandatangani MOU penting hari ini untuk bersama-sama membangunkan rangkaian pengkarya digital bersijil YouTube pertama di Kemboja di bawah payung MCN WebTVAsia.

"WebTVAsia yang mempunyai kebolehan tiada tandingan dalam membina saluran YouTube dan melahirkan bintang ternama akan membolehkan kami memperluaskan ekosistem pengkarya kandungan di Kemboja dengan cepat," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Westec Media, Michael Chai. "Perkongsian ini membolehkan bakat digital Kemboja mendapat lebih banyak manfaat daripada teknologi bertaraf dunia, sumber daya, dan bimbingan untuk mencapai kejayaan di YouTube.

Dipacu oleh visi bersama dan kebolehan yang saling melengkapi, kerjasama WebTVAsia-Westec Media menandakan era baharu peneraju hiburan Malaysia di Kemboja dan rantau ini. Sejak 2013, rangkaian Asia WebTVAsia secara eksklusif menguruskan lebih daripada 3,500 saluran teratas dengan jumlah langganan gabungan sebanyak 800 juta dan menghantar lebih daripada 7 bilion lalu lintas video setiap bulan.

********************************

Tentang WebTVAsia

WebTVAsia, tenaga peneraju dalam hiburan media digital, menggerakkan ekonomi pencipta Asia yang bertenaga. Dikonsepsi oleh usahawan media yang diiktiraf, Fred Chong, pada tahun 2013, WebTVAsia telah melabur lebih daripada USD 100 juta ke dalam sfera kreatif Asia yang berkembang, memberi ganjaran kepada pelbagai pencipta kandungan bertaraf tinggi kerana kegemilangan imaginasi mereka.

Mengendalikan rangkaian hebat lebih daripada 3500 saluran YouTube, WebTVAsia memacu digital dengan lebih daripada 7 bilion tontonan bulanan. Dengan strategi pengumpulan hasil yang berjaya bagi perpustakaannya yang komprehensif dengan 1.35 juta video, syarikat ini mempunyai jumlah langganan yang mengagumkan melebihi 800 juta. Alam digital yang luas ini, dibangunkan bersama pemain industri Web 2.0 utama seperti Google, YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok, mengukuhkan kedudukan WebTVAsia sebagai pemain utama dalam ekonomi pencipta Asia.

http://www.webtvasia.com

Tentang Westec Media (Kumpulan WML+)

Kumpulan WML+ merupakan salah satu agensi kandungan terbesar di Kerajaan Kemboja. Dengan 6 bahagian utama di bawah WML+, kami memimpin dan mengurus sektor-sektor dalam pengedaran kandungan teater dan bukan teater, pengeluaran filem, penyelesaian media digital dan sosial, platform media digital, platform OTT, makmal media dan agensi pengurusan bakat.

Westec Media Limited (WML) merupakan pengedar kandungan terbesar di Kerajaan Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 2011, WML memainkan peranan penting dalam membesarkan industri filem di Kemboja. WML telah mengedarkan lebih daripada 1,000 judul secara teater sejak penubuhannya dan kini mengedar purata 200 judul setiap tahun di di Kemboja, Asia Tenggara, Mongolia, dan Nepal.

http://www.westecmedia.com


Sejak cuaca makin panas ni memang senang sangat kulit jadi kering, dekat pejabat pula duduk dalam air-cond. Makin cepat lah kulit jadi kering. Bila sunscreen lama dah habis, saja nak try produk yang lain pula. Belek dekat Watson jumpa Nuvit Daily Defender SPF50+ Mosturizing Sunscreen. Menarik lah produk ni sebab hybrid, gabungan sunscreen dan mosturizer. 

Broad spectrum UVA & UVB SPF50+ dah cun untuk jadi pelindung kepada kulit sebab SPF50+ halang 98% peratus UVB. Titanium Dioxide adalah mineral untuk menghalang sinaran UVB dari merosakkan kulit. Dekat kotak ada explain yang sunscreen Nuvit menggunakan teknologi Photo-Shield untuk menjaga kulit dari keradangan matahari dan membina balik penghadang kulit. 

Harga untuk satu tiub sebanyak 50ml ni RM60 (harga berbeza mengikut platform jualan). Mungkin ada yang rasa mahal tapi kalau hybrid, I guess affordable, setanding dengan harga lah. Kalau tengok dekat senarai ingredients ada ceramide yang bantu jaga kelembapan kulit. Kena lah dengan apa yang dipasarkan oleh Nuvit, untuk menguatkan penghadang kulit dan melembabkan.

Ingredients: 
Water, Propanediol, cyclopentasiloxane, Isononyl Isononanoate, Titanium Dioxide, Caprylyl Methicone, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Polyacrylate-13, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Butylene Glycol, Benzophenone-3, Polysorbate 60, Phenoxyethanol, Silica, Polyisobutene, Caprylyl Glycol, Cetyl Phosphate, Phospholipids, Ethylhexylglycerin, o-Cymen-5-ol, Caprylic/Capric Triglyceride, Polysorbate 20, Arginine, Sorbitan Isostearate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Diisopropyl Adipate, Sodium Lauroyl Lactylate, Lecithin, Acrylic Acid/Acrylamidomethyl Propane Sulfonic Acid Copolymer, Dimethylmethoxy Chromanol, Laminaria Ochroleuca Extract, Glyceryl Caprylate, Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Extract, Xanthan Gum, Ceramide NP, Phytosphingosine, Ceramide AP, Cholesterol, Carbomer, Ceramide EOP.

Tekstur sunscreen Nuvit ni ringan dan lembut, bila apply dua garis jari dekat muka pun tak rasa rimas dan melekit. Since tekstur krim dia nipis, cepat je meresap ke dalam kulit. Blend cantik walaupun ada whitecast nipis. I okay je sebab jenis tak makeup tebal pun bila pergi kerja. Lepas apply sunscreen, pakai compact atau loose powder lepastu apply lipstick dengan eyeshadow dan eyeliner. 

Lepas dua minggu pakai so far tak ada bad reaction dekat kulit. Nervous jugak nak pakai sebab kulit jenis sensitif tapi yakin nak pakai bila ada silica dengan ceramide. Bau sunscreen ni pun soft je. Nuvit Daily Defender SPF50+ Mosturizing Sunscreen ni tak ada alkohol, paraben dan pewangi.

Cumanya yang tak seronok sikit bila penutup tiub sunscreen ni tak bercantum jadi ambil masa nak buka dan tutup penutup. Untuk orang clumsy macam I, penutup tu boleh jatuh atau 'lari' mana dia nak. 

Senarai Tempat Makan & Kedai Serbaneka di Temu, Elmina

Sunday, 23 July 2023

Temu dah mula beroperasi awal tahun ni, makin lama makin banyak tempat makan dan kedai serbaneka di kawasan ni. Sesuai lah dengan nama tempat, Temu ada pelbagai jenis tempat untuk bertemu orang dengan selesa. 

1. The Coffee Bean & Tea Leaf 


The Coffee Bean & Tea Leaf (kadangkala dipendekkan kepada "Coffee Bean" atau "The Coffee Bean", sering dieja sebagai CBTL) ialah rantaian kedai kopi Amerika Syarikat diasaskan pada 1963. Terletak di bahagian hadapan deretan kedai Temu. 

2. Tealive - Tealive Eats

Tealive memulakan perjalanan sebagai jenama teh sederhana dari Malaysia. Hari ini, kami adalah jenama teh gaya hidup terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 800 cawangan di seluruh dunia!

Namun, satu perkara tetap benar kepada kami - usaha kami untuk membawa kegembiraan melalui teh. Daripada menghidangkan minuman yang baru dibancuh di kedai kami hingga menghantar kit teh gelembung DIY kami yang popular ke depan pintu anda, anda tahu anda boleh bergantung pada Tealive untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

3. emart24


Idea ini membawa kita kepada '24' dalam nama kedai serbaneka. Permainan kata-kata, disebut "e-sa" dalam bahasa Korea, yang secara kasarnya diterjemahkan kepada "kejiranan". emart24 ialah tempat pertemuan dan tempat melepak untuk kejiranan anda. Dekat dengan pusat komuniti anda. Makanan segar, kopi dan snek menanti – termasuk pilihan makanan Korea yang menarik. Bawa jiran anda, dan datang bertanya khabar!

4. Pizza Hut


Pizza Hut merupakan sebuah rangkaian restoran dan francais makanan antarabangsa yang berasas di Dallas, Texas dan mengkhusus dalam piza gaya Amerika Syarikat. Ia adalah rangkaian restoran piza yang terbesar di dunia, dengan hampir 12,000 buah restoran, unit penghantaran-ambil keluar dan gerai di lebih daripada 88 buah negara.

5. Family Mart


FamilyMart ialah rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun. Mempunyai barangan kedai serbaneka Jepun seperti barang-barang asas runcit, majalah, manga, minuman ringan, minuman beralkohol seperti sake, nikuman, ayam goreng, onigiri dan bento tersedia. FamilyMart dikenali dengan jingle tersendiri, yang dimainkan ketika memasuki kedai.

6. Ayam Penyet - AP


Ayam Penyet AP kini dibuka di Elmina Shah Alam! 🎉

Kedai kami menawarkan pelbagai pilihan menu masakan Jawa dan Minang yang pasti akan memenuhi keinginan anda 😋 dan kami juga boleh menghantar makanan ke rumah anda melalui scan barcode untuk penghantaran.

🏍️Order Delivery –> https://easyeat.ai/r/ayampenyet/2
📞Whatsapp booking –> https://wa.me/01156612168
🍽️Dine in –> Waze : Ayam Penyet AP Elmina East

7. Sedap KJ 88


Restoran Sedap KJ 88 menghidangkan masakan tradisional Malaysia, kafe dan Nasi Lemak. Beroperasi setiap hari kecual Ahad bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam. 

8. Mario - Western Grill Station


Mempunyai 30 cawangan di Malaysia, Mario Western Grill Station menghidangkan menu western - burger, chicken chop, mushroom soup, hotdog, fries, chicken rice dan banyak lagi. Dibuka setiap hari bermula 12 tengahari hingga 12 tengah malam. 

9. AZ Imran Bistro


Dibuka setiap hari selama 23 jam. 

10. Kinza Sushi


Restoran sushi Jepun menghidangkan pelbagai jenis sushi, beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10.00 malam. Pork-free. 

11. 7-Eleven | 7Cafe


Kedai 7-Eleven mempunyai lebih 2,200 SKU, termasuk jenama proprietari kami seperti minuman sejuk beku Slurpee dan minuman ringan air pancut Big Gulp. Pelbagai perkhidmatan yang terdapat di 7-Eleven termasuk perkhidmatan pembayaran bil, penjualan kad tambah nilai telefon bimbit, IDD/STD, tambah nilai Touch N Go, pek permulaan permainan internet, tambah nilai melalui tambah nilai MOL Point, isian semula kartrij dakwat, fotokopi, faks, mesin juruwang automatik (ATM) dan papan buletin untuk notis komuniti kejiranan.

12. Ayam Miami


Fast food chain yang popular di Indonesia menghidangkan ayam goreng mengikut citarasa Barat. 

13. SK Maju


Restoran mamak eroperasi selama 24 jam dengan hidangan nasi kandar, naan tandoori dan banyak lagi pilihan makanan. 

Nestle La Cremeria Sharewich Berries

Bila rajin sangat karok dalam kereta, mula la sakit tekak. Bila sakit tekak tangan pun mencari aiskrim vanilla tapi tak ada. Hidup ni macam tu lah, bila kita perlukan sangat sesuatu, tak nak pulak dia muncul. Masa taknak, kemain bersepah depan mata. 

Dah tak ada, nak buat macam mana kan? Sebagai seorang yang penyabar dan malas nak cara, ambil je lah apa ada. The closest I can find is La Cremeria Sharewich. Masa ambil tu ingatkan sandwich rupanya sharewich. Aiskrim ni kena makan dengan peneman. Saka dikira tak? 


Aiskrim La Cremeria Sharewich ni ada vanila sebagai base utama dan filling berries juga topping kemudian diapit oleh dua biskut yang dipenuhi kata-kata motivasi. Like who is sooooo passionate in making this world feels less burdened? Mungkin sebab dia cipta aiskrim ni untuk dikongsi dengan someone tapi kebanyakan rakyat Malaysia sekarang tengah lonely jadi dia bagi kata semangat untuk kurangkan rasa sedih tu? Idk man... 


Bila pusing belakang dia tulis Everything's Nice. Hmmm not everything Mr Ice Cream, not everything. Saiz aiskrim ni pun kecil untuk dikongsi bersama orang lain. No wonder jugak lah aiskrim ni perlu dikongsi sebab biskut dia yang tebal tu buatkan kita cepat kenyang. Nak habiskan satu aiskrim ni pun bercinta. The good thing is, aiskrim ni lambat cair. 

Satu pek aiskrim ni RM5 dekat Family Mart, kalau tong tong dengan kawan jadi lah RM2.50 tapi sebab Syaz belanja I, jadi lah free. Lepastu I tak share pun dengan dia tskkkk 

Capital 5 Oasis Square Ara Damansara Ada Kebakaran

Saturday, 22 July 2023

Korek galeri ternampak pulak gambar auto-save dalam handphone ni. 10 Julai lepas tak seperti Isnin biasa yang diselubungi Monday Blues sebab pukul 10 pagi, blower dengan loceng kebakaran berbunyi. I dapat call dari boss kecik tapi tak dapat nak angkat sebab bising sangat. So I hantar Whatsapp, jangan call ws je sebab loceng kebakaran ni bising. 

I was soooo stupid back then sebab semua orang dah berlari turun ke bawah. HR datang office ajak turun bawah sebab dah ramai dah berkumpul dekat bawah. I malas nak turun sebab sebelum ni blower dengan fire alarm berbunyi juga rupanya fire drill je. 

Bila pergi dekat meeting room nampak ramai gila dah berkumpul dekat bawah. I nampak boss kecik dengan staf baru dekat bawah tercari-cari muka budak office. HR dengan Husna turun bawah tapi... dengan...lif..?????

Apa ni, asas kebakaran pun gagal. Mana ada orang berkumpul dekat tempat selamat guna lif? Ada kebakaran kena guna tangga lah. 


Sheera: Kak Ana, kita kena turun ke? 
Me: Weh, tengok lah bawah, ramai gila orang. 
Aiman: Kita nak turun ke tak ni? 
Me: Tak payah lah

*1 minute later*

Me: Kita lah ek orang dalam movie yang bomba kena selamatkan dalam kebakaran tu? 
Aiman: I dah bau asap dah ni. 


Bila I dah turun bawah, dengan tangga lah, tengok-tengok boss kecik dah tekan lif nak naik atas? Rupanya staff JMB dah datang bagitahu tak ada apa pun. Ada kabel terbakar tapi api kecil je. Dalam cerita ni I tak tahu lah fire alarm or Aiman being dramatic and paranoid. Tapi yang pastinya yang turun bawah naik lif tu memang kena masuk kursus anti-kebakaran. 

Akaun ShopeePay Kena Ban

Minggu lepas I order barang office guna akaun Shopee tapi disebabkan tersilap letak alamat, seller minta batalkan pembelian kemudian beli lagi sekali. I pun menurut je lah saranan tersebut kemudian Shopee refund balik duit tu dan masukkan ke dalam akaun ShopeePay. 

Bila nak beli lagi sekali, nak bayar melalui ShopeePay lah sebab duit tadi masuk dekat situ tapi tak dapat sebab akaun kena ban. I call customer service minta bantuan staff Shopee untuk waive the ban lah. Kau dah kenapa tiba-tiba ban akaun orang tanpa sebab. 


Mungkin ada sebab yang Shopee tak nak dedahkan sebab nak jaga aib I tapi dia pun tak bagitahu apa aib I jadi I pun tak tahu kenapa kena ban. Macam mana nak selesaikan, dia minta sahkan nombor telefon, nombor kad pengenalan dengan username. Lepastu dia minta tukar nombor pin Shopee tapi sama jugak masih lagi kena ban. Disebabkan tak berjaya, kitorang rate service dia sebagai kurang memuaskan sebab tak membantu. 


Akaun shopeePay masih lagi keluar status macam ni jadi call Customer Service buat kali kedua. Lepas buat pengesahan yang sama, staff Shopee minta email screenshot dua gambar yang I letak dekat sini. Lepas email tu menunggu lah macam orang-orang dekat sawah tu. No feedback, no calls.. nothing..

Dari Ahad sampai Jumaat, baru dapat panggilan dari ShopeePay. 

S: Hello selamat pagi, boleh saya bercakap dengan cik Farhana?
F: Ye, saya. 
S: Saya perlukan masa seminit lebih dari cik berkenaan dengan SPay Later
F: Oh? you call pasal SPay Later? Bukan sebab ShopeePay? 
S: Sama lah tu cik.
F: Oh ye ke? So you nak update pasal kenapa kena ban ke? Macam mana nak resolve masalah tu ye? 
S: Oh tak, saya nak buat reminder saja supaya cik bayar untuk pembelian sekian sekian
F: Aikkk? Kenapa call saya? Apa kaitan? 
S: Berkait lah sebab cik beli banyak barang tapi tak bayar
F: Aikk? Nak bayar macam mana kalau kena ban? 
S: Tak kisah lah tapi cik kena bayar. 

So I call adik I lepas tamatkan panggilan dengan Shopee (dibaca: gaduh dengan Shopee. It was an ugly fight but I survived because......... customer always right.), I tanya kenapa Shopee cari sebab SPayLater? Rupanya adik I buat SPayLater tapi handphone dia kong lepastu kena pergi bank dulu untuk tukar number. 

Sekali lagi Shopee call untuk SPayLater. Sebenarnya dia dah call 3 kali dah sebelum tu tapi I tengah ada urusan lain. 

S: Hi puan saya nak buat peringatan untuk buat pembayaran SPayLater
F: Macam mana eh nak buat? Sebab akaun ShopeePay I kena ban. U nak duit, u reactvate balik akaun I. Dah seminggu tunggu tapi tak ada feedback apa pun dari Shopee. 
S: Ye ke? Tapi tu di luar bidang saya, saya cuma call untuk buat reminder saja tapi takpe saya ajukan hal ni kepada pihak IT sebab saya check dekat dalam sistem kami, akaun puan tak ada masalah pun. 
F: Saya ada call Ahad lepas, saya dah hantar email tapi tak ada apa-apa tindakan dari Shopee pun. Jadi macam mana saya nak bayar duit awak? 
S: Betul jugak, kalau SPay kena ban tak boleh nak bayar sebab kita tak boleh auto-deduct dari akaun SPay puan. 
F: Awak selesaikan dulu masalah saya, dah settle baru saya bayar. 

Malam tu I check akaun ShopeePay, dah boleh guna macam biasa. Kenapa kena ban? I pun tak tahu. Shopee pun tak tahu. Jadi siapa yang tahu? Tuhan yang satu. 

Kemas Office Kali Ketiga? Keempat? Kelima?

Semalam Ain ajak kemas office untuk yang kesekian kalinya sebab kerja-kerja renovation dah selesai, tinggal minor works yang ambil masa tak sampai seminggu pun. Ikutkan hati nak pakai baju lengan panjang dengan seluar track je tapi Ain kata nampak sangat vibe gotong-royong tu jadi kitorang pakai pakaian kasual vibe funky. 

Sebelum ke cerita hari ni, semalam mintak Husna letak label file lepas dah confirm selesai dengan operasi spring cleaning

 

Pukul 8.20 pagi I dah sampai office sebab semangat nak bersihkan office adik nak masuk kerja awal. Lepas hantar dia, jalan pun tak jammed sebab polis trafik jaga awal dan tak hujan. Sebab tu lah sampai awal padahal semalam balik pukul 9 malam, tunggu contractor habis buat kerja. 

Dah settle dengan breakfast nasi lemak dan roti sosej, terus start buat operasi. Pagi ni I, Husna, Ain dengan Syaz je yang buat sebab yang lain sibuk dengan kerja. Sheera pulak tak sihat. Kitorang start dengan kemas baki kotak fail di bahagian belakang. Ada lagi 10 kotak lepas 20 kotak dah dibawa ke stor baru. 

Masa mengemas tu I ubah rak depan printer ke belakang Sheera sebab ruang rak tu lagi banyak dari rak lama. Rak lama dekat situ I letak dalam bilik boss kecik sebab barang dia banyak. Rak dekat ruang solat I bawa keluar letak depan printer. 


Sebelum sesi pindahkan 3 rak yang berbeza, Ain vakum dulu bahagian tu sebab hanya Tuhan yang tahu bila kali terakhir kawasan tu dibersihkan. Mungkin tahun 2017 sebab office pernah terbakar jadi kena tukar karpet bunga mawar kuncup ni.

Rak alat tulis tu nampak bersepah kan? I tengah berusaha untuk kemaskan supaya nampak tersusun. alat tulis ni dah lah banyak jadi susah sangat nak bagi nampak kemas. I dah order storage box dekat Shopee tadi jadi kita tengok nanti apa kejadiannya. 

Masa mengemas tu terjumpa khazanah lama macam cop nama Ms Junny ni. Dah buka firm baru dah pun, dah jadi boss adik I dah pun. 


Kecil je dunia ni kan? Pusing-pusing situ jugak tapi ye lah kalau kau pusing area Lembah Klang memang lah rasa kecil. Cuba pusing satu Ukraine, alih-alih meletup kena bom dengan Russia. Eh??



Getah berwarna yang tak ada gunanya. Simpan sampai rapuh, serapuh hati ex boyfriend I yang kahwin dengan perempuan lain. Terpaksa bagitahu I pernah ada ex-boyfriend because apparently people thought I don't have any love history like whattttt???? Tak semestinya I tak bercerita I tak pernah ada, I just rasa buang masa cerita pasal dia but now you guys know hshshs yupp got dumped tskkkk

I tak tahu apa beza diari islamiah dengan diari biasa sebab isi dekat dalam ni semua duniawi. 



'Gambar Ain vacuum tadi tu betul-betul ke?'

Terkejut jugak dapat soalan ni tadi lepas I post gambar masuk dalam group sebab tak sangka apa yang I amalkan tu tepat. Kalau kita tak cerita, orang tak tahu kita buat apa. Jadi lepas ni jangan pelik kenapa blog ni penuh dengan entry kitorang kemas office sebab hairan dengan perspektif 'corporate department ni bertuah tak perlu buat kerja banyak sangat'. Macam mana duit tak datang bergolek, macam tu jugak lah pejabat takkan kemas tersusun tanpa orang yang mengemasnya. 

Apparently we are not Sabrina the Witch, we need to use our body, energy, sweat and definitely tears to do something in order to get it done. Life, huh? Keras....

 

Bak kata Husna, kalau dia tak vacuum kipas dekat surau tu, entah sampai bila kipas tu nak laju. 

Office ada je cleaner tapi seram kalau reuqest suruh bersihkan itu ini. Pernah dapat ayat 'saya tahu lah kerja saya' tapi bila tak request, dia tak buat pun. Kenapa cleaner selalu cakap dia tahu tapi dia tak buat pun? Di titik mana punca permasalahan tu bermula? Di titik mana pula dia tak mampu nak bertembung? Dunia ni ada banyak masalah kan? Adakah dengan sabar akan selesai masalah tu? Mestilah tidak. 

Husna: Kak Ana, kita nak makan mana kejap lagi? 
Me: Kapitan lah. Hujung bulan macam ni elok makan yang murah je, kau pergi DD memang nangis poket. 

*5 minit kemudian*

Ain: I dah order Grab sebab teringin nak makan Dodo tapi dia close untuk delivery haihhh
Me: So....... kita makan DD lah ek? 
Ain: Ha'ah


*for reference, Ain tak makan mamak.

**for another reference, duit Husna ada RM100 lagi untuk meneruskan beberapa hari sebelum gaji. 


Lepas lunch, kitorang sambung balik mengemas sambil bekerja sebab klien dan auditor tak berhenti call minta document co-sec. Baru harini I tahu TNB masih belum adapt dengan perubahan Akta Syarikat 2016. Masih lagi guna Form49 sedangkan satu Malaysia dah bertukar kepada Section 58. Sedangkan Instagram pun dah berciap dan mempunyai bebenang, jadi kenapa TNB masih berciap di Twitter?

Memandangkan lampu dekat signboard Ram Reza & Muhammad dah lama mati lampunya, Ain dengan Husna keluar sekejap beli lampu dekat Mr. DIY. Lama jugak kitorang mencari dekat mana suis lampu ni tapi lepas dah redho dengan kegagalan dan belajar dari kesilapan, baru kitorang tahu yang lampu ni tak ada suis. Baru je tadi persoalkan kenapa tak adapt walhal diri sendiri pun masih dengan pemikiran lapuk, lampu perlu ada suis T.T

Karma is my boyfriend tskkkk

I have brain... I got this - Husna

Macam sebelum ni jugak, operasi mengemas office masih lagi memerlukan masa untuk disiapkan. Tapi yang pastinya, ruang solat dah boleh diguna untuk kedua-dua pejabat. Kalau panas, boleh guna aircond, kipas yang Husna bersihkan pagi tadi dan juga kipas dinding yang baru saja contractor pasang. 

Kalau masih panas juga, itu lah yang orang kata ahli neraka. Jk, kena covid la kot tu. 


Bila dah mengemas office ni baru kitorang perasan yang office ni tak ada indoor plant, fake tree mahupun bunga hiasan. Mungkin lepas ni boleh buat operasi menghias pula? 

Pindahkan File Company Secretary Ke Conference Room

Friday, 21 July 2023

Masa Hi-Tea session bersama Managing Partner minggu lepas, diputuskan untuk semua fail co-sec berpindah ke Conference Room 3 di unit pejabat baru. Rasa nak marah pun ada jugak lah sebab file co-sec banyak dan berat. Bertambah lagi rasa nak marah sebab dapat dua almari besi je. I tengok pun dah tahu tak cukup sebab fail co-sec banyak. (Sepanjang entry ni mungkin perkataan fail co-sec banyak akan diulang sampai semua yang baca akan tahu co-sec ada banyak fail)

I kena pindahkan fail co-sec yang banyak tu dalam minggu ni juga sebab ruang simpanan fail co-sec sebelum ni akan diberi kepada litigation. Sesuatu yang mustahil tapi lantak lah, buat dulu baru menyesal kemudian. Tibehhhh sangat kalau kata YOLO. 


Actually sebelum dapat dua almari besi, I dapat satu almari je, lepastu I tertinggi suara sebab terkejut nak simpan semua fail co-sec dalam 1 almari je. Sebab tu I cakap dalam entry sebelum ni, kalau kita tak cerita orang tak tahu yang co-sec ada lebih 100 file dan tengah aktif sekarang ialah 70 syarikat. Memang tak muat lah 1 almari. 2 almari pun tak cukup tapi I pindahkan file yang dah tunggu masa nak tutup dan fail yang dah ditutup. 

Satu syarikat akan ada satu fail co-sec which is arch file, minutes book, member register book, share certificate book dan common seal. Itu kalau fail tu beroperasi nak tak nak. Kalau dia aktif, ada yang boleh cecah 4 arch file atau minutes book. I tak boleh tunjuk gambar tebal mana fail dekat dalam tu sebab malas nak tutup nama syarikat klien hshshs

Bayangkan je lah arch file tu bila dah penuh tebal dan berat dia macam mana. Minutes book yang tebal boleh jadi sebesar pemeluk. Hempuk kepala orang pun boleh benjol. So bayangkan lah I kena pindahkan semua fail cosec yang banyak tu seorang diri dalam masa dua hari :')


Well, lucky for me I've found this cute box fairy to help me :')

Pagi Khamis I pindahkan separuh fail co-sec ke almari besi yang baru lepas dah siap pasang shelf ikut ukuran file. Hari ni I pindahkan baki fail co-sec ke conference room kemudian pindahkan pula active file ke rak lama. I tak boleh pindahkan semua file co-sec ke dalam almari besi ni sebab tak muat satu hal, satu hal lagi bila I overtime, tak mungkin lah nak pergi ke unit baru untuk ambil file. Duduk dekat office sendiri pun rasa seram, apatah lagi pergi ke office yang setiap malam tak berpenghuni T.T

Itupun tak settle lagi kerja pindahkan file co-sec sebab file co-sec ada banyak. Dengan kudrat kami berdua, mana sempat nak siap. Dua hari pindahkan pun dah sakit pinggang dengan bahu tapi kena lah buat jugak sebab ini ujian dunia. Mana ada manusia yang hidup dia tak diuji? Tiberrrrr