Department Litigation Bertukar Jadi Stor Baru

Friday, 21 July 2023

 

Lepas spring cleaning rak utama dekat office, fasa kedua ialah bawa semua file yang ditutup tu ke Dataran Ara Damansara. Awal tahun 2022, litigation team berpindah ke unit di Dataran Ara Damansara, jadi tahun ni buat rombakan, semua department dekat satu lokasi maka unit pejabat untuk litigation team tu berubah jadi tempat simpan barang dan file lama. 

Bahagian belakang tempat corporate department simpan file lama kena bersihkan sebab nak besarkan ruang solat. Menangis jugak lah nak kemas sebab banyak sangat file lama dekat situ. File litigation pun ada banyak dekat belakang tu sampai berkotak-kotak. Tak seronoknya nak hantar barang dekat pejabat di Dataran Ara Damansara tu bila nak kena naik tangga. Boleh menangis angkat kotak berat naik tangga. Nasib baik lah 1 tingkat. Kalau angkut satu kotak je takpe lah, ni nak angkat 20 kotak. 

Peri Kotak

Khamis tu I pergi cari kotak dengan Husna. Nasib baik dekat pejabat di Dataran Ara Damansara tu ada 13 kotak, baki diorang berpindah tahun lepas. So tak perlu nak beli baru dah. Penat tahun lepas pindahkan file dekat pejabat sana tak hilang lagi, kena pindah balik ke Oasis. Hidup ni keras. 

Hmmm tak muat nak masuk


Husna finally did it. 

Lepas ambik kotak tu I terpaksa balik sebab nak pergi klinik. Kepala pening terpusing-pusing macam Syamil. Bila pergi klinik, doktor pun tak tahu nak cakap sakit apa sebab pening, sakit kepala dan demam adalah simptom asas kepada beribu penyakit T.T

Dapat lah MC 1 hari dengan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk bertahan dalam hidup yang penuh pancaroba. Doktor kata kalau hari Sabtu tak okay jugak, kena datang balik ambik darah. I tak pergi pun walaupun ada pening-pening lagi sebab I rasa pening dan demam gara-gara nak tumbuh gigi. 


Pagi Jumaat tu masuk pejabat kejap walaupun MC sebab ada klien nak datang ambil dokumen. Nak minta kawan office pass je tapi dokumen tu tak siap lagi masalahnya. Sebelum suhu badan naik, pergi pejabat kejap siapkan apa yang patut. 

Banyak jugak lah yang Ain, Husna, Sheera, Syaz dengan Ayuni dah pack. Pagi tu abang Azry datang tolong juga untuk angkut bawa ke stor baru. 


Office dah macam tongkang pecah masa ni tapi nama pun tengah dalam proses pemindahan jadi hadap lah gambar tak semenggah ni. Kalau tak letak sini, mana orang tahu corporate department pun terlibat dalam proses pemindahan dan renovation. Kalau tak cerita orang tak tahu ye dak? Bila orang tak tahu, orang kata kita lucky sebab tak penat buat kerja. 

Tukar Cermin Mata Baru Edisi Retro


Awal bulan haritu ternampak ada promo untuk bingkai dan lens, bila fikir balik macam dah lama guna cermin mata yang sama. Bukan nak tukar sebab bosan tapi sebab lens dah calar teruk. Bingkai okay lagi tapi dah terkopak sana-sini. Walaupun ada promo tapi tangan pilih bingkai harga RM178 T.T

Bukan sengaja pun tapi bingkai yang ni retro edition jadi lebih sesuai dengan bentuk muka yang bulat dan berlemak ni. Pakej bingkai yang tengah promo tu dah tak gemar sebab berat satu hal, tak cantik satu hal. Pendek cerita yang retro ni cantik hshshs

Masa tempah cermin mata tu tak boleh dapat terus sebab manager Spec Outlet ni keluar ada urusan dekat luar jadi tak boleh nak buat ujian mata yang lebih terperinci. Bila test yang biasa punya tu, rabun masih sama, tak naik pun dalam 150 macam tu. Silau tak ada. Amazed jugak lah dengan diri sendiri sebab silau sebelum ni sama tinggi dengan rabun. Ke silap diagnose sebelum ni? Hmmmm

Lepas dah book bingkai, lusa tu datang balik untuk buat test kemudian tulat tu baru dapat cermin mata baru. Dah dapat tu boleh join lucky draw pulak. Tangan tak pernah ong pun so tak letak harapan tinggi bila pusing roda impian ni. Haa dapat lah lens spray dengan anti-fogging cloth. Boleh lah buat ghaso ghaso. 


Pergi kerja esoknya happy ye pakai cermin mata baru sebab penglihatan lebih terang dari sebelumnya. Maklumlah lens baru, suci dari calar dan kerak. 



Bila pakai cermin mata bingkai retro ni baru perasan sama macam cermin mata Yedam pakai sebelum ni. Bila pakai cermin mata ni rasa macam adik Wonwoo Seventeen pulak. Walaupun jauh panggang dari api, layan je lah angan-angan ni. 


Mana yang lagi okay? Yang baru ke yang lama? Tapi kalau ada yang jawab yang lama pun, lantak lah sebab dah beli hshshs. Cermin mata yang lama ada je lagi, simpan buat backup. Untuk seorang Pana yang clumsy, tertinggal cermin mata bukan sesuatu yang mustahil jadi kita simpan satu kat rumah, satu dekat pejabat. 

Anyway, thank you Spec Outlet for your great service :)

PEMBANGUNAN SEMULA - TRANSFORMASI ALAMANDA PUTRAJAYA

Thursday, 20 July 2023

PEMBANGUNAN SEMULA - TRANSFORMASI ALAMANDA PUTRAJAYA | Dengan penampilan taman pengembaraan, pembaharuan ini bakal memberikan pengalaman 'retailtainment' yang luar biasa

Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan di Putrajaya.

Ini merupakan pembaharuan terbesar untuk Pusat Beli-Belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004. Proses pembangunan telah pun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. Projek pengubahsuaian ini merupakan projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini.

Projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan penambahan keluasan “Net Lettable Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna.

Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur. Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu. Sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenalkan yang menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan untuk seluruh keluarga dan rakan taulan.

Projek pembangunan semula ini juga akan membawakan pembaharuan landskap dari sudut rekabentuk dan penggunaan. Ianya akan dilengkapi dengan pelbagai konsep tumbuhan hijau serta ruang santai dan rehat yang menjadikan kawasan luar Pusat Beli-Belah Alamanda lebih bermanfaat.

Penambahbaikan dalaman akan menampakkan suasana moden dan elegan. Pusat Beli-Belah Alamanda bakal dikemaskini dengan lantai marmar dan selusur tangan serba baharu menampilkan kemasan moden.

Selain daripada pelbagai unsur menarik yang diperkenalkan, projek naik taraf ini juga akan menyediakan ruang legar khusus untuk pelbagai aktiviti penglibatan masyarakat, menyokong barisan rakan perniagaan yang secara tidak langsung mampu menggalakkan kehadiran pengunjung. Alamanda juga akan menambahbaik blok-blok parkir bagi melancarkan lagi aliran trafik yang mengambilkira peningkatan kehadiran pelanggan.

“Alamanda sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai Pusat Beli-Belah. Ianya juga merupakan tempat di mana keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama,” menurut Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Pembangunan semula ini pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati. Kami memperincikan semula kemasan dalaman untuk memberikan rupabentuk dan suasana yang baharu. Transformasi ini bakal mengangkat Alamanda sebagai hub komuniti yang lebih meriah dan menjadi pilihan pengunjung,” tambah beliau.

Pusat Beli-Belah Alamanda dihubungkan oleh tiga lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Mex (MEX) dan juga Lebuhraya PLUS bagi memudahkan para pelanggan untuk mengunjunginya, di samping sistem perhubungan awam yang kondusif.

Kedudukan demografinya yang strategik, di mana selain permastautin, terdapat lebih 76,000 pekerja professional dan 147,000 jumlah pelajar, daripada setiap lapisan golongan dan umur di sekitarnya.

***********************************

Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli- belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Movie Review | Imaginur (2023)


Pengarah: Nik Amir Mustapha
Penulis Skrip: Redza Minhat, Nik Amir Mustapha
Pelakon : Beto Kusyairy, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Mior Hashim Manap
Syarikat Produksi: Lumatic Films, Apparat 
Pengedar: Skop Productions, Amazon Prime Video
Genre: Cinta / Cereka Sains
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023 
Trailer :


Zuhal (Beto Kusyairy) menghabiskan masa dengan menjaga ayahnya (Mior Hashim Manap) yang menghidap Alzheimer. Satu hari Zuhal kemalangan kerana ingin mengejar wanita di stesen. Di hospital dia berjumpa dengan seorang wanita bertudung (Fatimah Abu Bakar) yang mengesyorkan Zuhal supaya pergi ke Hypnotica. 

Di sana dia berjumpa dengan Dr. Ramli (Afdlin Shauki), pakar hypnosis yang berupaya mengubati sakit mental. Dari database, Zuhal menghidap panic attack dan Dr. Ramli menerangkan yang Zuhal terperangkap dalam loop yang sama kerana dia tak mampu move on disebabkan trauma yang dialami. 


Kalau Zuhal nak keluar dari masalah peribadi terutamanya, luka ditinggalkan bekas tunangnya, Yazmin (Ruzana Ibrahim), Zuhal perlu cuba rawat atau hilangkan trauma tersebut. Dalam rawatan tersebut Zuhal berjaya jumpa Nur (Diana Danielle), wanita cantik yang sering muncul dalam mimpi Zuhal. 

10 tahun lepas, filem KIL (2013) mendapat banyak pujian baik dan sehingga kini menjadi filem wajib tonton. Sekarang, Nik Amir Mustapha muncul dengan naskhah baru dengan tema psikologi dengan jalan cerita yang lebih padu dan cemerlang. Uniknya, Redza Minhat yang pernah berlakon dalam KIL menjadi penulis untuk naskhah cereka sains, Imaginur terbitan Lumatic Films dan Apparat.


Sebelum ni nak tengok dekat panggung wayang sebab ramai yang puji tapi tak berkesempatan. Bila keluar dekat streaming platform, boleh faham lah kenapa ramai yang jatuh cinta. Jalan cerita Imaginur ringkas dan berulang-ulang sebab pengarah dah bagi hint pada dialog wanita tua – ‘Ye lah, macam tengok episod sama ulang-ulang kan? Kalau episod bagus takpe, alih-alih ni lah dia, hidup kita sekarang.’

Semakin filem bergerak kita faham lah yang apa yang Zuhal alami dari awal, apa yang Zuhal nampak atau rasa adalah rekaan otak dia. Kalau ada yang tak faham masa tengok filem Imaginur ni, buang part yang tak syok dalam hidup Zuhal dan pegang kata-kata Nur yang mereka berdua hidup bahagia. Macam kata Dr. Ramli yang memory ni funky, ada benda yang tak wujud pun otak kita jadikan benda tu macam nyata. Itu semua kecelaruan gara-gara trauma kehilangan. 


Sinematografi dari Idham Mad Din yang berlandskapkan suasana di Perlis menjadi salah satu kekuatan penceritaan. Aesthetic vibe baik di ladang ataupun menerusi penggunaan props dalam beberapa latar tempat. I tak berapa gemar dengan lagu latar, Hasrat nyanyian Amir Jahari mungkin sebab genre music tu bukan taste tapi sesuai lah vibe dia untuk menyokong penceritaan yang bersifat melodrama. Trauma kehilangan Yazmin, bapa atau Nur bukan sesuatu yang mudah untuk dihadam oleh Zuhal. Tak sesiapa pun mampu bila berdepan dengan patah hati. Mungkin sebab tu ramai yang menangis bila dengar lirik ‘Teriaklah…teriaklah..teriaklah..’masa tengok dekat wayang tu.  

Dialog dalam beberapa babak juga mencuri tumpuan macam pesanan bapa Zuhal di hospital. Dialog yang kena dengan situasi penceritaan. Sepanjang mereka berdua berjalan di hospital, ulang dekat tempat sama je, orang sekeliling pun hilang, sekali lagi tu cuma imaginasi Zuhal. Bapa dia dah bagi hint, kita wujud sebab orang sekeliling kita nampak kita. Jadi Nur tu wujud cuma Zuhal saja yang tak mampu ingat sebab trauma dia. Terpaksa bagi spoiler kecil ni sebab ada yang tak faham filem Imaginur. 


Super love chemistry Diana Danielle dengan Beto dalam babak pertemuan mereka berdua. Masa Nur dengar Zuhal bercerita tentang Hypnotica walaupun tak wujud, nampak ketara Nur sayang sangat dengan Zuhal. Isma (Nadiya Nissa) yang sayang abang dia pun rasa merepek bila Zuhal bagitahu ada orang nak curi otak dia. 

Tepat lah pemilihan Diana sebagai Nur sebab pandangan lembut dia kepada Zuhal tu kukuhkan lagi rasa cinta Nur kepada Zuhal. Jodoh tu memang cerminan diri kita sebab Zuhal pun lembut je orangnya. Taste dia pun sama dengan Nur. Kalau I jadi Nur pun rasa yakin untuk stay dekat Malaysia instead pergi ke Jepun. Teoh Eng Hooi patutnya masukkan lagi satu soundtrack bertemakan cinta untuk kisah cinta Zuhal dan Nur. 


Nak letak filem Imaginur 10/10 tapi tak mampu sebab pace yang tersangatlah slow dan ada beberapa plot yang boleh ditambah baik. Ada plot yang boleh dikembangkan lagi instead stretch untuk penuhkan durasi masa. Nevertheless, Imaginur is one of the best local movie this year. All the best untuk team Imaginur promote di negara luar. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Escape (2023)


Pengarah: Ikhwansha Hazer
Penulis Skrip: Ikhwansha Hazer
Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa
Syarikat Produksi: Dreamland Productions, DMY Creation
Pengedar: Astro First
Genre: Cerebral Thriller
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan:  5 Januari 2023
Trailer :


Naskhah thriller Escape arahan Ikhwansha Hazer mengisahkan tentang Seth Mohd Adam (Kamal Adli) yang terkurung dalam sebuah bilik misteri. Digari dalam keadaan duduk di atas kerusi kayu. Dihadapannya ada sebuah telefon gagang berwarna merah. Tersedar dari tidur, Adam cuba meminta bantuan untuk keluar dari situ namun tak berjaya. 

Telefon merah tersebut berdering tanpa henti membuatkan Adam berusaha untuk lepaskan diri dari gari. Dari skrin monitor di sebelah kiri, Adam telah pun mati kerana ditikam dan mayatnya dijumpai di dalam tong yang bersimen. Mustahil untuk Adam hadam perkara tersebut kerana dia masih hidup dalam bilik tersebut. 


Bila Adam berjaya menjawab panggilan, dia dituduh sebagai pengganas oleh Inspektor Azizul (Riz Amin) dari Pasukan Anti-Pengganas kerana menyeludup cip EMP-47 dari Melaka ke Kuala Lumpur. Cip yang bernilai RM300 juta mampu menjadi senjata berbahaya kepada negara. Sesak dada dengan info-info baru yang diterima, Adam meminta bantuan di talian kecemasan. 

Filem Escape sepatunya ditayang pada 19 Mac 2020 tapi dek kerana pandemik, terpaksa lah ditunda tayangannya ke 5 Januari 2023. For me, personally idea filem Escape ni kreatif dan bagus sebab tema terrorism yang dibawa dan juga konsep psikologi pada first half filem di mana Adam masih berteka-teki dengan identiti diri. Macam mana Adam stress dengan beberapa panggilan, macam tu juga lah kita tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya. Berlawan pula dengan masa sebelum diri dia hancur terkubur dalam bilik tersebut. 


Kalau first half sarat dengan persoalan dan dirungkai sedikit demi sedikit, second half pula penuh dengan babak aksi dari Adam yang kononnya HR di syarikat biasa dan bekerja sebagai photographer sambilan sambil review tempat menarik. Peralihan dari lelaki biasa kepada kapten jaguh adalah lengkungan watak yang mengejut tapi padu. Lakonan Kamal Adli boleh kata kekuatan utama filem Escape, bagi lah babak emosi atau gila, semua dia deliver dengan cemerlang. 

Penulis masukkan babak Adam jatuh cinta pandang pertama dengan Eva (Elizabeth Tan) yang hidup menderita dalam cengkaman lelaki tak berguna. Dari perkenalan singkat, sekejap saja Eva dan Adam tertarik antara satu sama lain. Lakonan Lizzy mungkin agak kaku untuk babak melodrama tapi chemistry Lizzy dengan Kamal Adli antara penyeri dalam Escape. 


Malangnya penceritaan Escape terganggu dengan olahan yang lemah. Mungkin Ikhwansha hebat sebagai penulis tapi bukan sebagai pengarah. Ada banyak yang perlu dibaiki terutamanya pada skrip, dialog, visual dan BGM. 

Gandingan sinematografer Shahreel Abu Bakar dan Husni Hassan gagal mengangkat visi penulis untuk menghidupkan elemen melodrama macam babak Hairi ditembak tak mampu menimbulkan rasa sedih. Babak aksi pula terganggu dengan bunyi tumbukan yang over. Sayang lah stunt Kamal dah cantik, cekap dan tangkas tapi tercela dek kerana bunyi yang over. Sama juga dengan music theme yang lebih sudu dari kuah. 


Skrip pun ada lompongnya bila operator talian kecemasan (Jue Aziz) bercakap kasual sedangkan dia boleh jadi watak sampingan yang kuat di samping Adam. Dinamik mereka berdua mungkin terserlah dengan bagus sekiranya Jue pandai guna tona yang sepatutnya. Tak faham juga lah macam mana operator boleh sebut ‘what the hell’ sedangkan talian kecemasan adalah unit badan beruniform. Kalaupun dia first day, sebelum masuk kerja mesti ada training kan? Correct me if I’m wrong. 

Watak Imam Muljain (Zamarul Hisham) ada potential untuk jadi villain yang menyeramkan macam Hafsyam dalam Polis Evo 2 (2018) sebab perjuangan mereka sama. Selalunya watak antagonis dalam jenayah terrorism ni lebih kurang sama je karakternya. Pandai memanipulasi untuk capai ‘perjuangan jihad’ dia. 


I tak berapa gemar dengan ending walaupun mesejnya jelas tentang ujian manusia tapi macam lemah sangat. Maybe it’s me tsskkk. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 4.2/10

Drama Review | Celebrity (2023)

Wednesday, 19 July 2023


Director: Kim Cheol-Kyu
Writer: Kim Yi-Young
Cast : Park Gyu-young, Kang Min-hyuk, Lee Chung-ah, Lee Dong-gun, Jun Hyo-seong, Moon Tae-yoo, Han Jae-in, Han Eu-ddeum, Kim Si-hyun, Jung Yoo-min, Jin So-yeon, Han Da-gam, Nam Gi-ae, Park Ye-ni, Lee Jung-jun, Eom Hyo-seop, Seo-Hyunwoo
Production Companies: Studio Dragon, Kim Jong-hak Production, How Pictures 
Distributor : Netflix
Genre : Thriller
Running Episodes : 12 episodes (37-53 minutes per episode)
Release Date : 30 June 2023
Trailer :


Kehidupan Seo A-ri (Park Gyu-young) berubah dari seorang penjual barangan kosmetik dari rumah ke rumah berubah menjadi instafamous selepas berjumpa dengan rakan sekelasnya, Oh Min-hye (Jun Hyo-seong). Seo A-ri bukanlah dari kecil hidup miskin melarat tapi sebenarnya anak orang berada tapi hidup dibelenggu hutang setelah perniagaan ayahnya jatuh muflis. 

Kerana Oh Min-hye, Seo A-ri diambil sebagai bakat baru di bawah agensi A.Picks Communication kerana Ju Seung-hyeok (Moon Tae-yoo) nampak potential A-ri sebagai insta famous. Min-hye dan A-ri perlu portray imej BFF yang setia bersama susah dan senang bila imej Gabin Society dah tercalar kerana skandal Biniimom (Jin So-yeon) dan Wang Ro-la (Han Da-Gam). 


Tuah datang bergolek kepada A-ri sejak menjadi public figure kerana chaebol Han Jun-kyung (Kang Min-hyuk) tertarik dengannya. Makin mencanak popularity Seo A-ri bila banyak artikel dan berita tentang hubungan percintaan mereka berdua. Sama cantik, sama padan. 

Tapi kehidupan yang bergantung dengan dunia populariti ni tak bertahan lama. Banyak perkara yang akan buatkan jiwa jadi lemah dan antaranya adalah cemburu, pengkhianatan dan hasad dengki baik dari netizen mahupun insta famous yang lain. Masing-masing mencari peluang untuk hidup dipuja ramai dan kemewahan. 


Drama terbaru terbitan Studio Dragon dengan genre thriller arahan Kim Cheol-Kyu menjadi tumpuan ramai kerana tema yang diangkat dan juga mesej sosial tentang bahaya penggunaan media sosial yang berlebihan. Hari ni netizen boleh suka tanpa sebab, esok juga netizen yang sama boleh membenci tanpa usul periksa. Influencers pula sentiasa bersaing untuk dapatkan perhatian netizen yang rapuh. Of course, tema yang dibawa bukan sesuatu yang baru tapi olahan pengarah dan skrip yang padu buatkan perjalanan naskhah Celebrity sesuatu yang layak ditonton. 

Walaupun drama Celebrity ada kisah cinta antara watak Seo A-ri dengan Han Jun-kyung tapi disebabkan genre drama ni thriller jadi tak banyak pun awwdorable moments antara mereka berdua. Watak A-ri ni terlampau cold sampai tak boleh nak baca perasaan dia bila Jun-kyung expressed his love. Kot ye pun genre thriller jangan lah tegang sampai untuk semua elemen. 


Drama ni ada banyak watak dan sub-plot jadi 12 episod tu rasa macam pendek untuk cram semua benda yang jadi. Macam watak Yoon Si-hyeon (Lee Chung-ah) tu sampai ke sudah tak tahu kenapa dia ada dalam Gabin Society padahal dia tak ada social media pun. Lemau juga tengok babak Si-hyeon sebab ekspresi muka dia yang lemah tak bermaya. Watak Tae-jeon (Lee Dong-gun) pula terlampau lemah sebagai peguam, kelakar juga lah tengok dia sibuk jaga adik dia. Conversation Tae-jeon dengan Si-hyeon setiap hari mesti berkisar tentang aktiviti Chae-hee (Han Jae-in). 


2 episod terakhir mungkin ada twist dan banyak perkara yang mengejutkan tapi rasa macam tak realistik langsung. Macam rushed nak habiskan pun ye jugak. Rasa tak puas lah tengok ending sebab nak tahu juga apa jadi dengan syarikat dia? Takkan tutup macam tu je? Kalau pun syarikat based on popularity takkan lah semudah tu nak tutup? Dah berkembang ke negara luar kot, takkan sebab ancaman bbbfamous dan netizen terus hancur? Takkan lah sepanjang meniaga tu tak bina good rapport dengan customer? Lagipun dia kan ada network dengan chaebol, takkan tak function langsung? Susah nak hadam bab ni sebab semua watak iman senipis kulit bawang dalam drama ni. 


Panjang meroyan tak bermakna drama Celebrity ni teruk, I just tak boleh brain bab ending je. Yang lain seronok je nak layan sebab I tengok sehari je dah habis. Bila tengok perjalanan hidup A-ri dari kaya berubah jadi miskin kemudian kaya balik, boleh nampak lah sikap dan mentaliti manusia antara faktor kuat yang menentukan nasib hidup. Perbezaan yang jelas menerusi watak A-ri dan Oh Min-hye. Recommended!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

Nescafe Cham Tak Kaw

Dah lama dah Nescafe launched Nescafe Cham untuk edisi Kopitiam tapi tak pernah tergerak hati nak beli. Ni pun ambik sebab Nescafe Mocha dah habis jadi kita try lah yang ni pulak. Packaging tin Nescafe edisi Kopitiam ni berbeza dengan Nescafe biasa sebab ada corak jubin dekat bahagian atas dan grill kedai kopitiam di bahagian tengah. 

Cham adalah gabungan kopi dan teh, selalunya I minum Cham bila lepak makan dekat old town sebab cham dia kaw. Berbeza dengan Nescafe Cham edisi Kopitiam ni sebab kopi susu dicampur dengan teh. 


Bila minum rasa dia padu sangat lah sebab rasa kopi tu dah kurang sebab bercampur dengan susu. Lagi kuat rasa juga aroma teh dengan susu. Tapi dah lama pun perasan yang Nescafe tin ni rasa kopi dia dah kurang. Macam Mocha lebih kepada rasa coklat dan gula instead of coffee sebab tu dah jarang beli. Kalau balik Sabak pun untuk elakkan mengantuk bila stuck dalam jam akan singgah beli ZUS sebab Starbucks tak ada dalam laluan balik ke Sabak. Ada lah satu dekat Sekinchan tapi kat situ dah habis jam dah pun, lagi setengah jam boleh sampai rumah dah. 

Anyway harga Nescafe Cham ni RM2.90 satu tin tapi kalau beli dekat kedai lagi murah lah kot. Ni I beli dekat Petronas. 

Spring Cleaning File Oasis

 

Masa General Assembly RRM bulan Mac lepas, majoriti dah setuju untuk pindah ke satu tempat di Ara Damansara tapi rezeki lah dapat unit depan office Oasis. Kalau HQ dengan department lain sibuk nak berpindah ke mari, department corporate pun sibuk juga kemas office untuk layout firm yang baru dan make space untuk department lain masuk. 

Memandangkan usaha kitorang tak dapat pengiktirafan atau penghargaan depan semua, simpan sini je sebagai kenangan kitorang. Nanti bila teringat balik, baca je lah balik apa yang berubah dekat corporate department ni. 

Corporate department tak ramai pun, jadi kerja tu memang nampak lambat lah nak bergerak. Nak masuk weekend pun dah tak larat sebab weekdays memang lenjan kerja. Makanya kitorang curi masa buat sikit-sikit sementara boss kecik ada dekat office. Sebab dia yang kena tengok sama ada file tu boleh tutup ataupun keep in view. 


Sepatutnya nak kemas tahun 2020 tapi pandemik jadi banyak corporate files terperam dalam almari utama. Kitorang check dalam 1000 file lepastu rearrange balik supaya ada space untuk file yang baru. Mana yang dah boleh dispose, simpan dalam satu kotak untuk hantar recycle. Yang KIV masuk dalam satu kotak untuk check dengan client nak proceed tutup atau ada pending matters lagi. Yang dah tutup, simpan dalam satu kotak, update list Close File untuk dihantar ke stor. Nampak senang tapi kalau buat seorang memang menangis. 


Bila dah buat spring cleaning baru nampak dekat dalam almari ni ada file yang dah ditutup dah pun tapi simpan dekat sini. Lepastu banyak je file yang dah KIV untuk tempoh sekian sekian tapi tak proceed untuk tutup. Tu belum sembang file yang dibuka tapi isi dalam kosong je. File dekat corporate department kebanyakannya nipis je sebab mostly open file untuk buat agreement, settle je signing terus simpan sampai lah habis tempoh masa material yang disebut dalam perjanjian tu. Macam tenancy agreement tempoh menyewa 2 tahun jadi kita simpan agreement client selama 2 tahun tu lepastu dah boleh proceed untuk close file. 

Since corporate department banyak uruskan file Tokti jadi banyak lah agreement untuk konsert, endorsement agreement atau business product dia. Masa spring cleaning ni macam walk down memory lane lah sebab ada konsert Radja, konsert Tokti dengan Faizal Tahir, agreement dengan pelakon yang pernah bercinta dulu lepastu sekarang masing-masing dah kahwin dengan partner masing-masing dah. Nak sembang dia punya lah lama file yang ada kat almari ni. 


Lega bila dapat buat spring cleaning sebab nampak ada ruang banyak lah untuk file yang baru. Bila mengemas ni nampak lah yang sebenarnya tak lah banyak mana pun active file. Boleh fokus untuk jaga file yang tengah bergerak sekarang. Dulu masa masuk Oasis ni, susunan file memanjang dari almari A ke almari B so susah lah nak tengok sebab nak kena tolak pintu tu ke kiri lepastu tolak ke kanan lepastu tolak kiri balik. Repeat lah sampai jumpa file. Kacau jugak lah orang yang tengah buat kerja dekat tengah tu. So I rearrange file dari number 1500 sampai 2000 letak dekat Pintu A, yang latest dekat Pintu B. Kalau cari file baru bukak pintu B je. Jimat masa dan tenaga dekat situ. 

Walaupun dah settle dekat bahagian almari utama ni, ada banyak lagi file yang nakkena kemas sebab file Company Secretary pun banyak nak kena check. File conveyancing pun nak dibelek juga. Nanti file litigation dah datang kena check dan rearrange yang tu pula. Setinggi ucapan terima kasih kepada Ain, Syaz, Ayuni, Sheera dengan Husna yang sama-sama curi masa dan siapkan projek spring cleaning ni. Of course terima kasih dekat En. Fendy jugak sebab kalau dia tak check file, berkerak lah file dekat dalam almari ni tak berusik. 

Hayati Maal Hijrah dengan pengisian menarik di ZAYAN mulai 19 Julai

Tuesday, 18 July 2023

Hayati Maal Hijrah dengan pengisian menarik di ZAYAN mulai 19 Julai | ZAYAN Pagi: Maal Hijrah (8 pg) di udara & ZAYAN Tausiyah (8 mlm) di YouTube ZAYAN 

Pengisian menarik sempena Maal Hijrah di ZAYAN

 Sempena sambutan Maal Hijrah, para peminat ZAYAN bakal disajikan dengan program istimewa termasuk ZAYAN Pagi: Maal Hijrah dan ZAYAN Tausiyah Maal Hijrah, untuk memperingati peristiwa penghijrahan dalam sejarah Islam, disediakan di udara dan di platform media sosial ZAYAN, mulai Khamis, 19 Julai 2023.

 Peminat boleh menghayati kisah penghijrahan dan perkongsian Maal Hijrah, menerusi:

o ZAYAN Pagi: Maal Hijrah bersama Shamsul Ghau-Ghau, 8 pagi di udara

 Sesi temu bual yang dikendalikan oleh Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi) bersama Shamsul Ghau-Ghau, bekas pengacara dan personaliti radio, yang berkisahkan tentang penghijrahan Shamsul untuk memperbaiki dirinya ke arah kebaikan dengan melakukan kerja-kerja amal, selama hampir 10 tahun yang lalu.

o ZAYAN Tausiyah Maal Hijrah, 8 malam di YouTube, Instagram dan Facebook ZAYAN

 Video perkongsian ilmu agama secara santai yang dianjurkan oleh ZAYAN bersama Ustaz Khan Daie dan Maulana Hasnul Hizam, dua penceramah bebas, mengupas topik berkenaan peranan manusia untuk mencengah kemungkaran mengikut landaran ajaran Islam serta nasihat dan saranan yang dapat diterapkan di dalam kehidupan. Program ini turut menampilkan selebriti tempatan termasuk Dato’ Nash, Daqmie, Ali XPDC dan personaliti ZAYAN termasuk Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi) serta Hadhari dan Hazwan (H&H Petang ZAYAN).

 Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial ZAYAN.

Pengalaman Beli Sendiri Beli Tiket Konsert, See You iKON!!

Sunday, 16 July 2023


Lepas iKON keluar dari YG Entertainment kemudian join 143 Entertainment, iKON sibuk dengan album baru berjudul Take Off. Untuk mengubat rindu peminat dan jumpa iKONIC dengan buah tangan baru so iKON come up dengan Take Off Tour. Malaysia tersenarai dalam tour sebab iKON rindu dengan crowd Malaysia. 

Awalnya tak nak pergi sebab sebelum ni organizer buat konsert dekat MIECC, Sri Kembangan. Jauh satu hal, lepastu seating tak cun. Seating tak setanding dengan harga. Untuk iKONIC suam kuku macam I, elok kalau tak pergi lah. 


Bila tiket tak banyak jual kecuali untuk CAT 1, iKONIC propose untuk tukar tempat. Lucky for MY iKONICs, Axiata Arena ada kosong untuk tarikh 22 Julai 2023 sebab ada penyanyi yang tak jadi buat konsert pada tarikh tersebut. 

Ecah contacted me as soon she heard the news but I said nahhh I'm not going. Dah terguna duit yang kata nak simpan untuk beli tiket. Esoknya Ecah pujuk lagi ajak pergi, ambil CAT 5 - RM198, tiket yang paling murah. Ngam lah untuk kitorang yang suam kuku ni. Masa tu pukul 11.05 pagi, I dalam train on the way balik ke office. Ecah kata queue je dulu untuk beli tiket, dapat tak dapat belakang cerita. 


I called my sister asking if she wanna join this concert. Walaupun bias dia B.I tapi dia antara iKONIC tegar sejak zaman WIN. Kitorang gagal untuk pergi konsert 2018 sebab sibuk dengan kerja, masa tu Sabtu Ahad pun kena masuk office. Jadi nak lah jugak merasa pergi konsert iKON walaupun duduk jauh dari stage. Bak kata Ecah, tengok semut iKON hshshs

So adik I pun join the queue. I join the queue jugak sebab in case kalau I gagal beli tiket, Ecah dengan adik I pun ada as backup. Awal tu macam seram jugak nak beli sebab ni kali pertama I join ticket battle. Sebelum ni minta kawan belikan ataupun guna ticketing service. 


Cecah je pukul 12 tengahari I dapat masuk waiting list, 1 minit je tempoh menunggu and I was like OMG I'm skekkkkk! 

Terus dapat book 2 tiket sebelah menyebelah tapi gagal untuk buat payment sebab sistem secure2u I tengah update. Punya lah frust sebab I tinggal nak bayar je. Patutnya I pilih bayar guna kad uggghhhh. Ecah tak nak join masa ni sebab dia kata dia nak cari tiket last minute yang lagi murah. 

Tak sempat nak frust lama-lama sebab perjuangan I belum selesai. Luck was on my side that day sebab Ecah tak berjaya masuk waiting list even my sister kena sidai sampai satu jam. Second time I try tak lama pun dalam 20 minit dah dapat masuk balik tapi malangnya tiket CAT 5 dah sold out. Hmmm patah hati sayaaaaa :(

So I call adik tanya is it okay if we buy CAT 4 and the answer was yes. We've secured the ticket, sebelah-menyebelah. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya beli tiket sendiri. Tak ramai yang nak beli dua tiket boleh dapat sebelah-menyebelah, ramai bagi tips untuk refresh sampai dapat position macam tu. So yupp, I bertuah lah masa tu walaupun ada few small hiccups. Takpe lah dapat CAT 4 pun, I boleh tengok iKON dekat sikit hshshs



For me, tak susah pun kalau ada line internet yang laju dan device yang mantap performance. Masa I beli ni guna smartphone, yang I buka dekat pc sampai Ticket2U hantar email pengesahan pun, tak berjaya lagi masuk waiting list. So I'm guessing lain orang lain luck and that's why wujudnya ticketing service. 

Masa beli tiket konsert TREASURE, my ticketing service buat hal so sebab tu jugak lah I try beli sendiri kali ni. Sebab I tak berharap sangat untuk pergi jadi kalau tak dapat tak lah kecewa sangat compared to TREASURE, I memang nakkkkk jadi kena mintak tolong orang yang pakar. Malangnya jadi macam lain pulak, tak memasal kena ambil sisa saki baki tiket yang memang orang nak let go. I bayar service fee sama mahal macam orang lain tapi dapat treatment berbeza.

Sekarang dah tahu cara, I mungkin dah tak akan ambil ticketing service lah. Beli sendiri je lepas ni. Kalau tak dapat masa tu pun, tunggu je nanti akan ada yang let go dengan harga asal ataupun lebih murah sebab kita beli tiket sebulan atau dua bulan sebelum so we'll never know what will happened on the said date. Risky but worth to try. 

iKON Take Off Tour ads dekat KL Sentral!

Lepas beli tiket, Ecah pun berjaya dapat tiket murah untuk CAT 4 jugak, few of my Teumes circle pun pergi jugak so I'm gonna have fun next week eiikkkkssss can't wait!!!!