Department Litigation Bertukar Jadi Stor Baru
Friday, 21 July 2023
Peri Kotak |
Hmmm tak muat nak masuk |
Husna finally did it. |
Peri Kotak |
Hmmm tak muat nak masuk |
Husna finally did it. |
PEMBANGUNAN SEMULA - TRANSFORMASI ALAMANDA PUTRAJAYA | Dengan penampilan taman pengembaraan, pembaharuan ini bakal memberikan pengalaman 'retailtainment' yang luar biasa
Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan di Putrajaya.
Ini merupakan pembaharuan terbesar untuk Pusat Beli-Belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004. Proses pembangunan telah pun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. Projek pengubahsuaian ini merupakan projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini.
Projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan penambahan keluasan “Net Lettable Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna.
Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur. Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu. Sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenalkan yang menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan untuk seluruh keluarga dan rakan taulan.
Projek pembangunan semula ini juga akan membawakan pembaharuan landskap dari sudut rekabentuk dan penggunaan. Ianya akan dilengkapi dengan pelbagai konsep tumbuhan hijau serta ruang santai dan rehat yang menjadikan kawasan luar Pusat Beli-Belah Alamanda lebih bermanfaat.
Penambahbaikan dalaman akan menampakkan suasana moden dan elegan. Pusat Beli-Belah Alamanda bakal dikemaskini dengan lantai marmar dan selusur tangan serba baharu menampilkan kemasan moden.
Selain daripada pelbagai unsur menarik yang diperkenalkan, projek naik taraf ini juga akan menyediakan ruang legar khusus untuk pelbagai aktiviti penglibatan masyarakat, menyokong barisan rakan perniagaan yang secara tidak langsung mampu menggalakkan kehadiran pengunjung. Alamanda juga akan menambahbaik blok-blok parkir bagi melancarkan lagi aliran trafik yang mengambilkira peningkatan kehadiran pelanggan.
“Alamanda sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai Pusat Beli-Belah. Ianya juga merupakan tempat di mana keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama,” menurut Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Pembangunan semula ini pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati. Kami memperincikan semula kemasan dalaman untuk memberikan rupabentuk dan suasana yang baharu. Transformasi ini bakal mengangkat Alamanda sebagai hub komuniti yang lebih meriah dan menjadi pilihan pengunjung,” tambah beliau.
Pusat Beli-Belah Alamanda dihubungkan oleh tiga lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Mex (MEX) dan juga Lebuhraya PLUS bagi memudahkan para pelanggan untuk mengunjunginya, di samping sistem perhubungan awam yang kondusif.
Kedudukan demografinya yang strategik, di mana selain permastautin, terdapat lebih 76,000 pekerja professional dan 147,000 jumlah pelajar, daripada setiap lapisan golongan dan umur di sekitarnya.
***********************************
Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda
Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli- belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.
Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.
Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.
Dah lama dah Nescafe launched Nescafe Cham untuk edisi Kopitiam tapi tak pernah tergerak hati nak beli. Ni pun ambik sebab Nescafe Mocha dah habis jadi kita try lah yang ni pulak. Packaging tin Nescafe edisi Kopitiam ni berbeza dengan Nescafe biasa sebab ada corak jubin dekat bahagian atas dan grill kedai kopitiam di bahagian tengah.
Cham adalah gabungan kopi dan teh, selalunya I minum Cham bila lepak makan dekat old town sebab cham dia kaw. Berbeza dengan Nescafe Cham edisi Kopitiam ni sebab kopi susu dicampur dengan teh.
Anyway harga Nescafe Cham ni RM2.90 satu tin tapi kalau beli dekat kedai lagi murah lah kot. Ni I beli dekat Petronas.
Hayati Maal Hijrah dengan pengisian menarik di ZAYAN mulai 19 Julai | ZAYAN Pagi: Maal Hijrah (8 pg) di udara & ZAYAN Tausiyah (8 mlm) di YouTube ZAYAN
Pengisian menarik sempena Maal Hijrah di ZAYAN
Sempena sambutan Maal Hijrah, para peminat ZAYAN bakal disajikan dengan program istimewa termasuk ZAYAN Pagi: Maal Hijrah dan ZAYAN Tausiyah Maal Hijrah, untuk memperingati peristiwa penghijrahan dalam sejarah Islam, disediakan di udara dan di platform media sosial ZAYAN, mulai Khamis, 19 Julai 2023.
Peminat boleh menghayati kisah penghijrahan dan perkongsian Maal Hijrah, menerusi:
o ZAYAN Pagi: Maal Hijrah bersama Shamsul Ghau-Ghau, 8 pagi di udara
Sesi temu bual yang dikendalikan oleh Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi) bersama Shamsul Ghau-Ghau, bekas pengacara dan personaliti radio, yang berkisahkan tentang penghijrahan Shamsul untuk memperbaiki dirinya ke arah kebaikan dengan melakukan kerja-kerja amal, selama hampir 10 tahun yang lalu.
o ZAYAN Tausiyah Maal Hijrah, 8 malam di YouTube, Instagram dan Facebook ZAYAN
Video perkongsian ilmu agama secara santai yang dianjurkan oleh ZAYAN bersama Ustaz Khan Daie dan Maulana Hasnul Hizam, dua penceramah bebas, mengupas topik berkenaan peranan manusia untuk mencengah kemungkaran mengikut landaran ajaran Islam serta nasihat dan saranan yang dapat diterapkan di dalam kehidupan. Program ini turut menampilkan selebriti tempatan termasuk Dato’ Nash, Daqmie, Ali XPDC dan personaliti ZAYAN termasuk Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi) serta Hadhari dan Hazwan (H&H Petang ZAYAN).
Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial ZAYAN.
iKON Take Off Tour ads dekat KL Sentral! |