Resipi | Ikan Tongsan Masak Lemak Labu

Sunday, 16 July 2023

Kalau datang mood memasak suka sangat masak ikan tongsan masak lemak labu sebab sedapppp. Kalau orang tanya ikan tongsan sedap buat masak apa memang akan jawab masak lemak labu. Sebab isi ikan tongsan manis, kuah lemak pun ada rasa lemak santan campur pula dengan manis labu, I bet these combination really compliment each other well. Gituhhhh!

Ikan Tongsan ni jenis ikan air tawar tapi tak ramai suka makan sebab banyak tulang. Sejenis yang rajin je yang suka makan sebab tulang dia terselit di celahan isi. Bahagian paling selamat kalau nak makan ikan tongsan mungkin dekat bahagian ekor dan kepala. 


Bahan-bahan (2 pax): 

- Santan 1 kotak (I guna santan kotak M&S cair)
- Ikan tongsan 4 potong (ikut suka berapa banyak nak letak)
- buah labu 1/4
- bawang putih
- daun kunyit 2 helai (dipotong halus)
- sos tiram
- serai 2 batang 
- cili padi 5 batang
- kunyit hidup 1 inci / serbuk kunyit satu sudu kecil

Cara-cara penyediaan: 

1. Kisar bawang, kunyit, cili padi dan serai. 

2. Panaskan kuali, masukkan santan dengan bahan kisar tadi. Kacau sampai mendidih. 

3. Masukkan labu sampai setengah masak, lembut dan empuk. 

4. Masukkan ikan tongsan, masak sampai warna isi ikan jadi putih. 

5. Masukkan daun kunyit sampai naik bau wangi. 

Settle satu resipi favorite. Masak lemak ni letak susu segar Farm Fresh pun sedap, rasa creamy sikit. Happy perut dapat makan ikan tongsan masak lemak labu dengan kaki ayam air asam. 


Entah tak sedar berapa kali tambah nasi masa makan ni. Lepas ni macam nak try beli kepala ikan tongsan pulak. Macam nak try buat asam pedas tak pun gulai letak bendi. 


Starbucks | Pandan Ribbon Croissant

Saturday, 15 July 2023


Sekarang tengah viral Pandan Ribbon Croissant Starbucks, menu baru tapi untuk tempoh terhad je. Disebabkan Husna cakap ramai yang kata sedap, I pun try lah jugak. Warna hijau dia cantik, hijau pekat macam warna pokok pandan. Tapi kalau blend memang tak dapat lah warna hijau macam ni so yupp pewarna. 

Harga untuk Pandan Ribbon Croissant Starbucks ni RM9.90 sebab cantik satu hal, lepastu dekat dalam sarat dengan inti manis pandan berwarna hijau muda. Kalau selalu beli yang classic croissant tu akan dapat butter dengan strawberry jam tapi yang ni tak dapat sebab dah ada inti dekat dalam. 

Ribbon warna hijau tu rapuh tapi crunchy bila makan. Sebab tu dalam gambar dah hilang ribbon dia sebab on the way nak balik office kitorang dah ngap sebab geram tengok, cantik sangat. Rasa Pandan Ribbon Croissant ni not bad lah tapi bukan selera I sebab inti dia manis sangat. Bila makan pun messy sebab inti dia padat dekat tengah so akan berjejer keluar bila gigit. 

For me, it's a horror experience but since it's a limited time menu so I'm okay with it. Classic Jumbo Croissant ftw!

Last Minute Plan, Thanks L.A Delicious


Minggu lepas nak celebrate birthday Ms Junny dekat office tapi last minute punya plan so tak sempat nak order fresh bouquet. Itu pun hampir gagal sebab back-to-back meeting dia. Ni pun slot in je untuk small celebration. 

Masa lunch hour tu pergi cari kek dengan bunga sebab area Seksyen U5 ni bukannya ada florist sangat. Kedai kek pun mengharapkan Secret Recipe itupun tak banyak stok sangat. Saja je try singgah L.A Delicious ni beli kek, tak sangka pulak banyak bouquet untuk birthday. 




Memandangkan small pax, tak nak lah ambil kek yang besar. Nak yang cukup untuk 4 orang makan je. Ngam lah cari dekat sini sebab kek dia dari saiz kecil sampai sederhana besar dengan range harga RM28 hingga ke RM35. Seronok tengok kek untuk kanak-kanak sebab meriah dengan decorations. Kek Spiderman tu cantik sangat. 

Kek ada banyak pilihan jugak lah kalau nak order through reservation - Chocolate Indulgence, Blackforest, Mango, Butterscotch Vanilla, Tiramisu, Tutty Fruity, Strawberry Cheese, Pandan Gula Melaka, Blueberry Cheese, Red Velvet, Vanilla Oreo, Chocolate Oreo, Choco Berry.






Dekat L.A Delicious ni ada banyak bouquet even bouquet duit pun dah siap gubah. Tinggal pilih je nak yang mana. Kalau nak nilai dengan warna duit yang lain boleh kawtim dengan owner rasanya. Sebab value dia besar takkan nak letak dekat display kan? 

Kreatif jugak lah owner kedai ni sebab buat bouquet rempah memasak. Ni kalau bagi dekat mak-mak memang berguna sangat. Tak ada lah dia bising habiskan duit beli bunga bukannya boleh makan pun. Haaa kita bagi bouquet rempah, habis majlis boleh memasak. 

Dekat L.A Delicious ni tak ada fresh bouquet tapi ada jambak bunga ros sabun. Sebab malas nak mencari dah, kitorang beli je lah bunga sabun pun. Boleh tahan lama jugak walaupun tak lah kuat sangat bau wangi sabun tu. 


Tak banyak pilihan untuk bunga sabun ni, cuma ada warna biru dan merah je tapi boleh lah untuk last minute punya plan kan. Harga untuk sejambak bunga sabun ni RM55 tapi kalau beli bouquet set boleh dapat kek dengan wish card. Untuk orang yang malas nak fikir dah, memang ambik terus lah set jimat ni. 



Kitorang pilih kek perisa blackforest dengan tulisan warna kuning, jambak bunga warna merah dengan wich card untuk birthday Ms Junny. Selesai satu masalah. Service dekat L.A Delicious ni bagus walaupun owner busy dengan kerja dia. Lepas ni boleh datang beli dekat L.A Delicious ni lagi. 

Whatsapp : https://wa.me/c/60105288221/
Alamat : L.A DE'LICIOUS, No. 35, Jalan Musytari U5/AM,  Seksyen U5, 40150 Shah Alam. 

Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” julung kali diadakan di Suria KLCC

Friday, 14 July 2023

Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” julung kali diadakan di Suria KLCC | Rasai pengalaman berkelah yang bertemakan landskap taman yang indah diiringi alunan muzik quartet secara langsung

Terkenal dengan gelaran Pusat Beli-Belah yang menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia, Suria KLCC membawakan suatu aktiviti unik yang bakal memberikan peluang untuk para pelanggan menikmati aktiviti berkelah di lanskap indah Taman KLCC.

Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023. Para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti berkelah “Picnic in the Park” yang terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan untuk setiap tebusan.

Tata lanskap “Picnic in the Park” ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC yang menjanjikan pengalaman rekreasi yang tak mungkin dapat dilupakan.

Para tetamu akan diberikan persediaan perkelahan eksklusif untuk memberi peluang kepada para tetamu untuk mengambil gambar yang memaparkan atmosfera semula jadi yang memukau dan mempesonakan. Sesi “Picnic in the Park” yang eksklusif ini terhad untuk 50 kumpulan bagi setiap 4 pelanggan untuk setiap hari. Para tetamu “Picnic in the Park” akan dihiburkan oleh ahli okestra dari “Malaysian Philharmonic Orchestra”.

Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” akan menyediakan persediaan perkelahan mewah yang dilengkapi dengan khemah, tikar dan dekorasi unik. Setiap kumpulan akan dihidangkan dengan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh “Burger & Lobster”. Para tetamu juga berpeluang untuk menikmati air minuman “Whittard of Chelsea iced tea” yang menyegarkan selain dari hidangan “Cotton Candy” atau gula-gula kapas dan juga “popcorn” yang boleh didapati di kios yang yang akan disediakan.

Tidak kurang dari santapan rekreasi yang enak, para tetamu juga berpeluang untuk menikmati haruman yang mempesonakan di kios “Bath & Body Works”. Selain daripada itu, para tetamu berpeluang untuk merakam memori terindah melalui sesi fotografi di kios “Hot Air Balloon” yang juga bakal membuat penampilan istimewa sepanjang tempoh “Picnic in the Park”. Tambahan pula, peluang untuk beriadah disekitar “Motion-Sensor Dancing Flower” juga tersedia untuk para tetamu menyingkap pengalaman yang lebih bermakna.

Para tetamu juga akan menerima pelbagai barangan perkelahan yang lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matari dan peniup buih.

Bagi memastikan kemeriahan yang berganda, para pembeli yang berdaftar berpeluang untuk menyertai sesi cabutan bertuah. Hadiah istimewa seperti baucar tunai “Burger & Lobster” yang bernilai RM600 untuk setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”, hamper barangan “Whittard of Chelsea” serta alat perkakas rumah daripada Remax.

Sesi perkelahan ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama dari rakan kongsi Suria KLCC iaitu, Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan juga Toys "R" Us. Ini menjadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna buat para tetamu selain dari memastikan kehadiran mereka bakal dilengkapi dengan pelbagai tawaran menarik sepanjang keberlangsungan aktiviti. Pada penghujung sesi aktiviti pengalaman “Picnic in the park” akan diakhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.

“Kami amat teruja untuk melancarkan aktiviti perkelahan “Picnic in the Park” Suria KLCC yang julung kali diadakan, ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

“Aktiviti berkelah ini diusahakan dengan tujuan untuk menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC. Seiring dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan untuk setiap kunjungan para pelanggan kami, aktiviti riadah ini juga sejajar dengan tanda penghargaan ikhlas dari kami yang sentiasa bekerja untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan. Oleh yang demikian, aktiviti berkelah “Picnic in the Park” kali ini yang sememangnya suatu pengalaman yang perlu dirasai oleh setiap pelanggan kami.”

Untuk info lanjut sila layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.


****************************************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

iProperty.com.my mengadakan Pameran Hartanah Bumiputera yang Menampilkan Selebriti, Aktiviti Keluarga, dan Tawaran Terbaik bagi Pencari Hartanah | Nabila Razali Berkongsi Kisah Inspirasi Memiliki Rumah di Seminar Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my pada 15 Julai 2023 di Pusat Pameran & Konvensyen IOI Grand pada pukul 3 petang.

iProperty.com.my, pasar hartanah terkemuka, mengadakan Pameran Hartanah Bumiputera tahunannya di Pusat Pameran & Konvensyen IOI Grand, Tingkat 3, dari 14 hingga 16 Julai 2023. Acara ini menawarkan hujung minggu yang penuh dengan keseronokan untuk seluruh keluarga, termasuk pertemuan dengan selebriti, seminar hartanah, dan aktiviti menarik untuk keluarga.

Acara ini akan dimeriahkan oleh Nabila Razali, penyanyi dan pelakon terkenal, yang akan berkongsi perjalanan mencari hartanah yang menginspirasi, membeli rumah impian beliau baru-baru ini melalui usaha gigih dan perancangan kewangan yang teliti. Nabila juga akan menyampaikan persembahan lagu kegemarannya dan bertemu peminat-peminatnya semasa acara ini.

Selain penampilan Nabila, pembeli hartanah dapat menikmati tawaran terbaik yang tersedia di Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my. Terdapat pelbagai promosi dan tawaran menarik dari hartanah yang menyertai pameran ini, periksa kesihatan kewangan percuma dan semakan kelayakan pinjaman oleh KWSP & CTOS, serta strategi pelaburan dan tip yang dikongsi oleh pakar industri hartanah.

Selain itu, acara ini sesuai untuk seluruh keluarga kerana terdapat banyak aktiviti menarik. Acara ini menawarkan perkhidmatan urutan santai percuma, analisis kulit, penyertaan percuma untuk produk makanan dan kecantikan, lukisan muka, sesi berjumpa dan sambutan dengan badut, seni pasir kanak-kanak, taman permainan berongga, dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 11 tahun. Kanak-kanak dapat menikmati aktiviti-aktiviti menarik ini sementara ibu bapa mereka meneroka hartanah impian mereka pada hujung minggu.

"Ini adalah peluang yang hebat bagi pembeli hartanah untuk mengeksplorasi tawaran terbaik daripada pembangunan hartanah terkemuka dalam satu acara sambil menghabiskan hujung minggu yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga mereka," kata Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my). "Sebagai pasar hartanah terkemuka, kami berharap Pameran Bumiputera iProperty dapat menghubungkan pembeli yang berhasrat dan pembangunan hartanah serta memberikan pandangan yang lebih jelas kepada pembeli melalui seminar pakar dalam perjalanan mencari hartanah mereka."

Peserta dijemput untuk melawat Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my dari 14 hingga 16 Julai antara jam 10 pagi hingga 9 malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk membeli hartanah impian anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, sila layari https://www.iproperty.com.my/events/ioi-grand-exhibition-bumiputera-home-property-fair-july-2023/

VERSI REBOOT BAKAL DITAYANGKAN 10 OGOS INI! | Diarahkan oleh Shamyl Othman, anak kepada pengarah versi asal Rahsia, Othman Hafsham 

Filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987, RAHSIA bakal tampil semula dengan versi reboot. Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading, filem ini dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini. 

Rahsia, sebuah filem seram ikonik arahan Othman Hafsham telah berjaya melakar fenomena suatu masa dulu sekali gus mengangkat beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM7. Legasi beliau diteruskan oleh anaknya, Shamyl Othman yang kini diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem reboot Rahsia. Shamyl sebelum ini menghasilkan filem kegemaran ramai ‘Kami Histeria’ dan drama bersiri ‘Kau VS Aku’.  Manakala skrip adalah hasil oleh Creator drama premium One Cent Thief, Alfie Palermo. 

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular. Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim. Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester. 

Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas filem aksi Polis Evo 3, Astro Shaw bakal mempersembahkan sebuah lagi filem terbaru dengan genre seram iaitu Rahsia. Ini merupakan julung-julung kali filem seram tempatan dikembalikan semula dalam versi reboot. 

Kami memilih Rahsia kerana filem ini adalah sebuah karya ‘cult classic’ yang mempunyai pengikutnya tersendiri. Kejayaannya dalam melakar fenomena pada tahun 1987 bukan sekadar memberi impak pada penonton, tetapi juga pada landskap industri perfileman negara apabila menjadi filem seram pertama yang diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia. Bahkan kami percaya jalan ceritanya masih relevan sehingga kini.”

“Mungkin generasi baru tidak begitu mengetahui tentang filem Rahsia 1987, jadi kami berharap kehadiran versi reboot ini dapat mencipta satu lagi sejarah baru. Apatah lagi filem tempatan jarang diangkat untuk dijadikan filem reboot berbanding filem-filem dari negara luar. Kami tidak berniat untuk menyaingi filem yang asal tetapi ini adalah satu bentuk penghargaan terhadap karya-karya terbaik Malaysia dan kami berusaha untuk tidak mengecewakan penggemarnya.” 

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful. Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan. Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Rahsia membawa tagline ‘Dia Takkan Pergi’. Manakala, lagu bertajuk ‘Alunan Lara’ adalah lagu tema rasmi Rahsia dan dinyanyikan oleh Njwa. Njwa juga merupakan komposer dan lirik untuk lagu edaran Rocketfuel Entertainment ini. 

Istimewa buat peminat dan penonton, boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.

Sertai peraduan filem Rahsia di platform sosial media Astro Shaw dan Astro Gempak bermula 10 Ogos 2023 untuk menangi hadiah eksklusif. Ikuti Broadcast Channel Astro Shaw untuk dapatkan info dan kata petunjuk. 

Nantikan filem Rahsia yang akan menemui penonton 10 Ogos 2023 di pawagam seluruh negara. Gunakan #Rahsia #Rahsia2023 untuk berkongsi video atau ciapan di media sosial. Ikuti info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Sanjna Suri: Ratu Cantik Pertama Menakluk Komedi!

Tuesday, 11 July 2023

Sanjna Kishore Kumar Suri, atau lebih dikenali sebagai Sanjna Suri, Miss Supranational 2018, sekali lagi membuktikan semangat gigih dan bakatnya yang tidak terbatas setelah dinobatkan sebagai Juara Mega Spontan yang baru sahaja melabuhkan tirainya Jumaat lepas. Dia bukan sahaja menjadi ratu cantik pertama yang menyertai pertandingan sebegitu, tetapi dia juga telah muncul sebagai pemenang didampingi otai-otai hebat dalam industri komedi tanahair seperti Adlin Aman Ramli, Joey Daud dan Mamat Sepah melalui kumpulan Majakelat.

Mega Spontan, rancangan komedi improvisasi Malaysia telah menyaksikan persaingan sengit antara empat kumpulan peserta berbakat yang mempunyai pelbagai latar belakang. Di antara mereka, Majakelat walaupun dikatakan lambat panas namun mereka berjaya menawan hati juri dan penonton dengan kemahiran improvisasi yang luar biasa. Dengan setiap persembahan, Majakelat dengan mudah membawa ketawa dan kegembiraan kepada penonton, meninggalkan kesan yang tidak dapat dihapuskan pada landskap komedi.


Setelah kemenangan Majakelat, Sanjna Suri melahirkan rasa terima kasihnya kepada peminat, penyokong atas dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang pertandingan ini. Dia berkongsi, "Saya amat terharu dan sangat gembira kerana Majakelat, kumpulan saya, telah muncul sebagai pemenang dalam Mega Spontan. Apabila saya menyertai pertandingan itu, matlamat saya hanyalah untuk memberikan yang terbaik, didorong oleh semangat bersaing saya yang tinggi. Sepanjang lapan minggu, Majakelat berlatih tanpa jemu sekurang-kurangnya tiga hari seminggu. Saya amat berterima kasih atas bimbingan dan sokongan yang diberikan oleh ahli Majakelat yang berpengalaman terutamanya Abang Adlin dan Abang Joey yang selama ini mengetuai pasukan, sentiasa betulkan salah dan silap kami semua. Semua stress dan debaran yang saya rasakan setiap minggu berbaloi sangat apabila kami diumumkan sebagai juara. Secara jujurnya, selepas permainan terakhir, saya dah redha sepenuh hati dengan apa-apa keputusan kerana saya tahu kami dah buat yang terbaik, menjadi juara itu merupakan bonus buat kami. Saya juga berharap agar ini boleh dijadikan harapan dan inspirasi bahawa, walaupun kita tidak sempurna, dengan kerja keras, kerja berpasukan dan dedikasi, tiada yang mustahil.”

Keputusan Sanjna untuk menceburi dunia komedi merupakan satu kejutan buat peminatnya dan juga industri hiburan. Didorong oleh semangat yang tidak berputus asa untuk meneroka dan menolak sempadan kebolehannya, dia tanpa gentar menerima cabaran itu. Kehadirannya yang berseri-seri dan karakternya memikat para hakim dan penonton. Mengulas tentang penglibatannya dalam industri hiburan, Sanjna berkata “Saya berharap orang ramai lebih mengenali saya dan mengetahui saya bukan cuma seorang beauty queen, saya juga seorang pelakon dan performer dan untuk setiap cabaran baru yang akan datang, saya siap untuk memberikan seratus peratus untuk buat sebaiknya. Saya harap Sanjna Suri diberi lebih peluang dalam industri seni hiburan tanah air seperti drama, filem dan rancangan realiti.”

Penglibatan Sanjna yang kini berada di bawah naungan WebTVAsia, dalam Mega Spontan bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai penghibur pelbagai rupa tetapi juga menjadi inspirasi kepada bakal artis dan penghibur di seluruh dunia. Keupayaannya untuk beralih dengan lancar daripada alam pertandingan ratu cantik ke pentas komedi mempamerkan bakat luar biasa dan keberaniannya dalam mengejar minatnya.

Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2023, Star Avenue Shah Alam

Monday, 10 July 2023

Awal bulan dah nampak management Star Avenue pacak khemah putih, dah tahu dah untuk festival apa. Tak pasti lah kenapa Star Avenue ni suka anjurkan MATHAF je padahal banyak je lagi festival makanan lain yang boleh jana duit. Makanan Korea dengan Jepun contohnya. Festival matcha pun boleh sebab tengah hype sekarang ni. 

Sembang pasal Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2023, tahun ni semakin banyak gerai yang dibuka untuk peniaga makanan Thai. Yang kelakarnya, dari depan sampai belakang ada dua je gerai tomyam padahal I datang tiap tahun untuk makan tomyam. Baby crab yang banyak dengan pelbagai jenis perisa viral. Perisa matcha je belum ada lagi. Mungkin tahun depan akan wujud. 



Tahun ni dekat MATHAF ada booth baru macam yogurt drinks ni. I tak boleh telan yogurt jadi cuci mata je lah tengok air dia cantik kemain sebab pekat. Dah la booth dia cantik dengan props bunga. Yogurt Mix Fruit dengan Blackcurrant tu menggoda sangat. 

Sebelum balik tu nak try Roti Wap Hatyai tapi macam mahal pulak sampai RM8 untuk 4pcs. Maybe next time lah kot sebab perut dah penuh. Roti Wap mesti sedap kalau makan panas-panas kan? 


Bangkok Crepe




Tomyam wajib beli


Hasil tangkapan di MATHAF, tak banyak sebab malas nak spend banyak sangat. First time makan Nasi Khao Mok. Sebelum ni tak pernah pula nampak ada yang menjual. Not bad lah Nasi Khao Mok berwarna kuning pekat dengan ayam goreng berempah garing ni. Rasa rempah pun cukup cuma masin sikit lah. Sepinggan Nasi Khao Mok ni berharga RM10 lengkap dengan nasi, sayur salad sehelai, kuah sup dan sambal cicah ala Thai. 


For me berbaloi lah makan Nasi Khao Mok ni sebab banyak nasidia letak, besar juga portion ayam yang peniaga tu bagi. Nasi ayam penyet sekarang pun dah harga RM12, so kalau jumpa nasi dengan lauk ayam besar harga RM10 kira murah lah. 

Iced Milky Green Tea tu sedap kalau tak banyak sangat susu dia letak. Bila minum rasa sssupppp naik ke otak manis dia. Ralit tengok benda lain sampai tak perasan seller galak tuang susu cair dalam green tea tu. Nasib baik lah ais banyak, berjaya lah juga habiskan satu cawan. Harga RM8 secawan. 


Sebelum balik kitorang singgah beli egg stick dekat gerai ni. Harga 3 batang egg stick RM4. Boleh pilih nak isi kerang ataupun crab stick. Sebagai snek, egg stick ni sedap jugak lah sebab peniaga letak kerang dengan crab stick besar. Sos black pepper, mayonis dengan sos cili pun banyak. Tabur daun bawang sebagai penghias jadi wangi bila makan panas-panas. 

Win 3-day passes to Good Vibes Festival 2023 with Hitz FM and Mix FM | Listen to Hitz FM and Mix FM from now till 14 July for a chance to win

Menangi pas 3 hari ke Good Vibes Festival 2023 di Hitz FM dan Mix FM

• Pengunjung festival muzik berpeluang menang sepasang pas 3 hari yang bernilai RM800 setiap  satu untuk berhibur di Good Vibes Festival 2023, dari sekarang hingga 14 Julai, di udara menerusi Hitz FM dan Mix FM. Festival muzik akan diadakan di Sepang International Circuit pada 21 hingga 23 Julai 2023.

• Good Vibes Festival 2023 akan mempersembahkan barisan pemuzik tempatan dan antarabangsa yang terkenal termasuk Hujan, Alyph, The 1975, The Kid Laroi, The Stokes, Daniel Caesar, Sabrina Carpenter, DPR live, Leehi, Blink, Peach Tree Rascals, Jovynn, Leaism, Lullaboy, Bad Habits, Naufal x Mr Yang x Ashleylau, Talitha, The Filters dan ramai lagi.

• Peluang untuk menang tiket:

o Di Hitz FM

▪ Jadi pemanggil terpantas selepas isyarat ke udara di segmen ‘Hitz Morning Crew’, jam 8 pagi, Jumaat, 14 Julai 2023.

▪ Lima pemanggil yang melepasi talian telefon Hitz FM berpeluang menang sepasang pas ke festival untuk 3 hari.


o Di Mix FM

▪ Jadi pemanggil terpantas selepas isyarat ke udara di ‘Mix Drive with Hafiz & Guibo’, Isnin hingga Jumaat, 3 petang - 8 malam.

▪ Peserta perlu kongsikan sorakan berdurasi 10 saat untuk satu nama pemuzik digemari yang akan membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023.

▪ Personaliti radio akan menyenarai pendek pemenang-pemenang berdasarkan sorakan terbaik.

• Untuk maklumat lanjut, layari hitz.syok.my atau mix.syok.my dan ikuti platform media sosial.

Ikuti





Kari Daging Kurban Batang Pisang

Sunday, 9 July 2023

 

Semangat balik Sabak raya haji tahun ni sebab ada batang pisang. Patutnya nak balik pagi raya tapi ada tetamu nak datang pagi tu jadi kena balik awal lah kemas rumah. Barai jugak lah stuck dalam jam sampai 5 jam, minum kopi pun tersengguk jugak depan stereng kereta. Nasib baik lah habis jam terus segar mata. 

Sebelum ni tak pernah jumpa stok batang pisang. Balik kampung dekat Kedah pun susah nak jumpa sebab rumah tok wan bukan dekat kawasan kebun pisang. Kalau ada kebun pisang pun belum tentu pisang jenis tu sedap umbutnya. Pernah jumpa dekat Shopee yang frozen punya tapi seller pulak tak reply. Bila dapat tu rasa seronok sangat sebab susah nak dapat. Makcik yang bagi batang pisang tu bagi free je sebab tak ada orang pun makan selama ni. Antara buang ataupun buat baja je dekat kebun. 


Suami dia kata orang utagha je yang makan batang pisang ni. Ye la kot tu sebab masa kecik dulu gulai kawah batang pisang ni jamu dekat kenduri kahwin. Sebab tu suka pergi kenduri kahwin dekat kampung sebab ada menu sedap. 

Batang pisang ni sedap kalau masak dalam kawah sebab api kuat tapi gamble je lah masak atas dapur gas biasa. Bagi hilang kempunan nak makan je. Bab potong batang pisang untuk ambik umbut dia dan masak tu kita bagi sepenuhnya pada yang berpengalaman lah. I tolong sediakan bahan je hshsh


Tak banyak pun boleh dapat dari dua batang pisang ni sebab kita ambik umbut yang nun jauh dekat dalam. Setengah periuk pun tak cecah. Mulut yang nak makan pulak ramai, memang merasa sorang sikit je lah cerita dia. Lepas ni kalau kawan umi offer lagi, dah boleh agak lah nak mintak berapa batang. 


Lepas 2 jam masak atas dapur dapat lah makan kari daging batang pisang ni. Kalau tengok pun boleh nampak lah umbut tu tak lembut macam masak dalam kawah tapi kalau masak sampai 6 jam karang kitorang pulak tak tahu bila nak makannya. 

Umi masak pekat sebab kitorang nak tapau bawak balik masuk peti ais. Nanti nak makan panaskan balik lepastu tambah air. Selain dari kari daging batang pisang, ada sup tulang jugak sebab Raya Haji kan, peti ais penuh dengan 20kg daging kurban. Sakit terus gusi sebab kunyah daging dari siang sampai malam. Bukan sebab daging keras tapi menu daging pelbagai resipi dari pagi sampai ke malam.