Starbucks | Pandan Ribbon Croissant
Saturday, 15 July 2023
Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” julung kali diadakan di Suria KLCC
Friday, 14 July 2023
Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” julung kali diadakan di Suria KLCC | Rasai pengalaman berkelah yang bertemakan landskap taman yang indah diiringi alunan muzik quartet secara langsung
Terkenal dengan gelaran Pusat Beli-Belah yang menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia, Suria KLCC membawakan suatu aktiviti unik yang bakal memberikan peluang untuk para pelanggan menikmati aktiviti berkelah di lanskap indah Taman KLCC.
Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023. Para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti berkelah “Picnic in the Park” yang terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan untuk setiap tebusan.
Tata lanskap “Picnic in the Park” ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC yang menjanjikan pengalaman rekreasi yang tak mungkin dapat dilupakan.
Para tetamu akan diberikan persediaan perkelahan eksklusif untuk memberi peluang kepada para tetamu untuk mengambil gambar yang memaparkan atmosfera semula jadi yang memukau dan mempesonakan. Sesi “Picnic in the Park” yang eksklusif ini terhad untuk 50 kumpulan bagi setiap 4 pelanggan untuk setiap hari. Para tetamu “Picnic in the Park” akan dihiburkan oleh ahli okestra dari “Malaysian Philharmonic Orchestra”.
Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” akan menyediakan persediaan perkelahan mewah yang dilengkapi dengan khemah, tikar dan dekorasi unik. Setiap kumpulan akan dihidangkan dengan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh “Burger & Lobster”. Para tetamu juga berpeluang untuk menikmati air minuman “Whittard of Chelsea iced tea” yang menyegarkan selain dari hidangan “Cotton Candy” atau gula-gula kapas dan juga “popcorn” yang boleh didapati di kios yang yang akan disediakan.
Tidak kurang dari santapan rekreasi yang enak, para tetamu juga berpeluang untuk menikmati haruman yang mempesonakan di kios “Bath & Body Works”. Selain daripada itu, para tetamu berpeluang untuk merakam memori terindah melalui sesi fotografi di kios “Hot Air Balloon” yang juga bakal membuat penampilan istimewa sepanjang tempoh “Picnic in the Park”. Tambahan pula, peluang untuk beriadah disekitar “Motion-Sensor Dancing Flower” juga tersedia untuk para tetamu menyingkap pengalaman yang lebih bermakna.
Para tetamu juga akan menerima pelbagai barangan perkelahan yang lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matari dan peniup buih.
Bagi memastikan kemeriahan yang berganda, para pembeli yang berdaftar berpeluang untuk menyertai sesi cabutan bertuah. Hadiah istimewa seperti baucar tunai “Burger & Lobster” yang bernilai RM600 untuk setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”, hamper barangan “Whittard of Chelsea” serta alat perkakas rumah daripada Remax.
Sesi perkelahan ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama dari rakan kongsi Suria KLCC iaitu, Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan juga Toys "R" Us. Ini menjadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna buat para tetamu selain dari memastikan kehadiran mereka bakal dilengkapi dengan pelbagai tawaran menarik sepanjang keberlangsungan aktiviti. Pada penghujung sesi aktiviti pengalaman “Picnic in the park” akan diakhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.
“Kami amat teruja untuk melancarkan aktiviti perkelahan “Picnic in the Park” Suria KLCC yang julung kali diadakan, ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
“Aktiviti berkelah ini diusahakan dengan tujuan untuk menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC. Seiring dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan untuk setiap kunjungan para pelanggan kami, aktiviti riadah ini juga sejajar dengan tanda penghargaan ikhlas dari kami yang sentiasa bekerja untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan. Oleh yang demikian, aktiviti berkelah “Picnic in the Park” kali ini yang sememangnya suatu pengalaman yang perlu dirasai oleh setiap pelanggan kami.”
Untuk info lanjut sila layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.
****************************************************
Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia
iProperty.com.my mengadakan Pameran Hartanah Bumiputera yang Menampilkan Selebriti, Aktiviti Keluarga, dan Tawaran Terbaik bagi Pencari Hartanah | Nabila Razali Berkongsi Kisah Inspirasi Memiliki Rumah di Seminar Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my pada 15 Julai 2023 di Pusat Pameran & Konvensyen IOI Grand pada pukul 3 petang.
iProperty.com.my, pasar hartanah terkemuka, mengadakan Pameran Hartanah Bumiputera tahunannya di Pusat Pameran & Konvensyen IOI Grand, Tingkat 3, dari 14 hingga 16 Julai 2023. Acara ini menawarkan hujung minggu yang penuh dengan keseronokan untuk seluruh keluarga, termasuk pertemuan dengan selebriti, seminar hartanah, dan aktiviti menarik untuk keluarga.
Acara ini akan dimeriahkan oleh Nabila Razali, penyanyi dan pelakon terkenal, yang akan berkongsi perjalanan mencari hartanah yang menginspirasi, membeli rumah impian beliau baru-baru ini melalui usaha gigih dan perancangan kewangan yang teliti. Nabila juga akan menyampaikan persembahan lagu kegemarannya dan bertemu peminat-peminatnya semasa acara ini.
Selain penampilan Nabila, pembeli hartanah dapat menikmati tawaran terbaik yang tersedia di Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my. Terdapat pelbagai promosi dan tawaran menarik dari hartanah yang menyertai pameran ini, periksa kesihatan kewangan percuma dan semakan kelayakan pinjaman oleh KWSP & CTOS, serta strategi pelaburan dan tip yang dikongsi oleh pakar industri hartanah.
Selain itu, acara ini sesuai untuk seluruh keluarga kerana terdapat banyak aktiviti menarik. Acara ini menawarkan perkhidmatan urutan santai percuma, analisis kulit, penyertaan percuma untuk produk makanan dan kecantikan, lukisan muka, sesi berjumpa dan sambutan dengan badut, seni pasir kanak-kanak, taman permainan berongga, dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 11 tahun. Kanak-kanak dapat menikmati aktiviti-aktiviti menarik ini sementara ibu bapa mereka meneroka hartanah impian mereka pada hujung minggu.
"Ini adalah peluang yang hebat bagi pembeli hartanah untuk mengeksplorasi tawaran terbaik daripada pembangunan hartanah terkemuka dalam satu acara sambil menghabiskan hujung minggu yang penuh dengan keseronokan bersama keluarga mereka," kata Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my). "Sebagai pasar hartanah terkemuka, kami berharap Pameran Bumiputera iProperty dapat menghubungkan pembeli yang berhasrat dan pembangunan hartanah serta memberikan pandangan yang lebih jelas kepada pembeli melalui seminar pakar dalam perjalanan mencari hartanah mereka."
Peserta dijemput untuk melawat Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my dari 14 hingga 16 Julai antara jam 10 pagi hingga 9 malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk membeli hartanah impian anda!
Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini, sila layari https://www.iproperty.com.my/events/ioi-grand-exhibition-bumiputera-home-property-fair-july-2023/
VERSI REBOOT BAKAL DITAYANGKAN 10 OGOS INI! | Diarahkan oleh Shamyl Othman, anak kepada pengarah versi asal Rahsia, Othman Hafsham
Filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987, RAHSIA bakal tampil semula dengan versi reboot. Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading, filem ini dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.
Rahsia, sebuah filem seram ikonik arahan Othman Hafsham telah berjaya melakar fenomena suatu masa dulu sekali gus mengangkat beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM7. Legasi beliau diteruskan oleh anaknya, Shamyl Othman yang kini diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem reboot Rahsia. Shamyl sebelum ini menghasilkan filem kegemaran ramai ‘Kami Histeria’ dan drama bersiri ‘Kau VS Aku’. Manakala skrip adalah hasil oleh Creator drama premium One Cent Thief, Alfie Palermo.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular. Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim. Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas filem aksi Polis Evo 3, Astro Shaw bakal mempersembahkan sebuah lagi filem terbaru dengan genre seram iaitu Rahsia. Ini merupakan julung-julung kali filem seram tempatan dikembalikan semula dalam versi reboot.
Kami memilih Rahsia kerana filem ini adalah sebuah karya ‘cult classic’ yang mempunyai pengikutnya tersendiri. Kejayaannya dalam melakar fenomena pada tahun 1987 bukan sekadar memberi impak pada penonton, tetapi juga pada landskap industri perfileman negara apabila menjadi filem seram pertama yang diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia. Bahkan kami percaya jalan ceritanya masih relevan sehingga kini.”
“Mungkin generasi baru tidak begitu mengetahui tentang filem Rahsia 1987, jadi kami berharap kehadiran versi reboot ini dapat mencipta satu lagi sejarah baru. Apatah lagi filem tempatan jarang diangkat untuk dijadikan filem reboot berbanding filem-filem dari negara luar. Kami tidak berniat untuk menyaingi filem yang asal tetapi ini adalah satu bentuk penghargaan terhadap karya-karya terbaik Malaysia dan kami berusaha untuk tidak mengecewakan penggemarnya.”
Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful. Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan. Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
Rahsia membawa tagline ‘Dia Takkan Pergi’. Manakala, lagu bertajuk ‘Alunan Lara’ adalah lagu tema rasmi Rahsia dan dinyanyikan oleh Njwa. Njwa juga merupakan komposer dan lirik untuk lagu edaran Rocketfuel Entertainment ini.
Istimewa buat peminat dan penonton, boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan pertama bermula 8.00 malam.
Sertai peraduan filem Rahsia di platform sosial media Astro Shaw dan Astro Gempak bermula 10 Ogos 2023 untuk menangi hadiah eksklusif. Ikuti Broadcast Channel Astro Shaw untuk dapatkan info dan kata petunjuk.
Nantikan filem Rahsia yang akan menemui penonton 10 Ogos 2023 di pawagam seluruh negara. Gunakan #Rahsia #Rahsia2023 untuk berkongsi video atau ciapan di media sosial. Ikuti info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Sanjna Suri: Ratu Cantik Pertama Menakluk Komedi!
Tuesday, 11 July 2023
Sanjna Kishore Kumar Suri, atau lebih dikenali sebagai Sanjna Suri, Miss Supranational 2018, sekali lagi membuktikan semangat gigih dan bakatnya yang tidak terbatas setelah dinobatkan sebagai Juara Mega Spontan yang baru sahaja melabuhkan tirainya Jumaat lepas. Dia bukan sahaja menjadi ratu cantik pertama yang menyertai pertandingan sebegitu, tetapi dia juga telah muncul sebagai pemenang didampingi otai-otai hebat dalam industri komedi tanahair seperti Adlin Aman Ramli, Joey Daud dan Mamat Sepah melalui kumpulan Majakelat.
Mega Spontan, rancangan komedi improvisasi Malaysia telah menyaksikan persaingan sengit antara empat kumpulan peserta berbakat yang mempunyai pelbagai latar belakang. Di antara mereka, Majakelat walaupun dikatakan lambat panas namun mereka berjaya menawan hati juri dan penonton dengan kemahiran improvisasi yang luar biasa. Dengan setiap persembahan, Majakelat dengan mudah membawa ketawa dan kegembiraan kepada penonton, meninggalkan kesan yang tidak dapat dihapuskan pada landskap komedi.
Setelah kemenangan Majakelat, Sanjna Suri melahirkan rasa terima kasihnya kepada peminat, penyokong atas dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang pertandingan ini. Dia berkongsi, "Saya amat terharu dan sangat gembira kerana Majakelat, kumpulan saya, telah muncul sebagai pemenang dalam Mega Spontan. Apabila saya menyertai pertandingan itu, matlamat saya hanyalah untuk memberikan yang terbaik, didorong oleh semangat bersaing saya yang tinggi. Sepanjang lapan minggu, Majakelat berlatih tanpa jemu sekurang-kurangnya tiga hari seminggu. Saya amat berterima kasih atas bimbingan dan sokongan yang diberikan oleh ahli Majakelat yang berpengalaman terutamanya Abang Adlin dan Abang Joey yang selama ini mengetuai pasukan, sentiasa betulkan salah dan silap kami semua. Semua stress dan debaran yang saya rasakan setiap minggu berbaloi sangat apabila kami diumumkan sebagai juara. Secara jujurnya, selepas permainan terakhir, saya dah redha sepenuh hati dengan apa-apa keputusan kerana saya tahu kami dah buat yang terbaik, menjadi juara itu merupakan bonus buat kami. Saya juga berharap agar ini boleh dijadikan harapan dan inspirasi bahawa, walaupun kita tidak sempurna, dengan kerja keras, kerja berpasukan dan dedikasi, tiada yang mustahil.”
Keputusan Sanjna untuk menceburi dunia komedi merupakan satu kejutan buat peminatnya dan juga industri hiburan. Didorong oleh semangat yang tidak berputus asa untuk meneroka dan menolak sempadan kebolehannya, dia tanpa gentar menerima cabaran itu. Kehadirannya yang berseri-seri dan karakternya memikat para hakim dan penonton. Mengulas tentang penglibatannya dalam industri hiburan, Sanjna berkata “Saya berharap orang ramai lebih mengenali saya dan mengetahui saya bukan cuma seorang beauty queen, saya juga seorang pelakon dan performer dan untuk setiap cabaran baru yang akan datang, saya siap untuk memberikan seratus peratus untuk buat sebaiknya. Saya harap Sanjna Suri diberi lebih peluang dalam industri seni hiburan tanah air seperti drama, filem dan rancangan realiti.”
Penglibatan Sanjna yang kini berada di bawah naungan WebTVAsia, dalam Mega Spontan bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai penghibur pelbagai rupa tetapi juga menjadi inspirasi kepada bakal artis dan penghibur di seluruh dunia. Keupayaannya untuk beralih dengan lancar daripada alam pertandingan ratu cantik ke pentas komedi mempamerkan bakat luar biasa dan keberaniannya dalam mengejar minatnya.
Malaysia Thailand Halal Food Festival MATHAF 2023, Star Avenue Shah Alam
Monday, 10 July 2023
Bangkok Crepe |
Tomyam wajib beli |
Win 3-day passes to Good Vibes Festival 2023 with Hitz FM and Mix FM | Listen to Hitz FM and Mix FM from now till 14 July for a chance to win
Menangi pas 3 hari ke Good Vibes Festival 2023 di Hitz FM dan Mix FM
• Pengunjung festival muzik berpeluang menang sepasang pas 3 hari yang bernilai RM800 setiap satu untuk berhibur di Good Vibes Festival 2023, dari sekarang hingga 14 Julai, di udara menerusi Hitz FM dan Mix FM. Festival muzik akan diadakan di Sepang International Circuit pada 21 hingga 23 Julai 2023.
• Good Vibes Festival 2023 akan mempersembahkan barisan pemuzik tempatan dan antarabangsa yang terkenal termasuk Hujan, Alyph, The 1975, The Kid Laroi, The Stokes, Daniel Caesar, Sabrina Carpenter, DPR live, Leehi, Blink, Peach Tree Rascals, Jovynn, Leaism, Lullaboy, Bad Habits, Naufal x Mr Yang x Ashleylau, Talitha, The Filters dan ramai lagi.
• Peluang untuk menang tiket:
o Di Hitz FM
▪ Jadi pemanggil terpantas selepas isyarat ke udara di segmen ‘Hitz Morning Crew’, jam 8 pagi, Jumaat, 14 Julai 2023.
▪ Lima pemanggil yang melepasi talian telefon Hitz FM berpeluang menang sepasang pas ke festival untuk 3 hari.
o Di Mix FM
▪ Jadi pemanggil terpantas selepas isyarat ke udara di ‘Mix Drive with Hafiz & Guibo’, Isnin hingga Jumaat, 3 petang - 8 malam.
▪ Peserta perlu kongsikan sorakan berdurasi 10 saat untuk satu nama pemuzik digemari yang akan membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023.
▪ Personaliti radio akan menyenarai pendek pemenang-pemenang berdasarkan sorakan terbaik.
• Untuk maklumat lanjut, layari hitz.syok.my atau mix.syok.my dan ikuti platform media sosial.
Ikuti