Movie Review | Switch (2023)

Sunday, 9 July 2023


Director: Ma Dae-yun
Writer: Ma Dae-yun
Cast : Kwon Sang-woo, Oh Jung-se, Lee Min-jung, Park So-yi, Kim Joon
Production Company: Hive Media Corp
Distributors: Lotte Entertainment, GSC Movies
Genre: Comedy / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 4 January 2023, 5 January 2023 (Malaysia)
Trailer :


Park Kang (Kwon Sang-Woo) adalah pelakon lelaki paling popular di Korea Selatan tapi nama dia sentiasa terpalit dengan skandal dan kontroversi. Kaya tapi hidup kosong sejak Soo-hyun (Lee Min-jung) pergi tinggalkan dia. Setiap hari dia ditemani oleh pengurus merangkap pembantu peribadinya, Jo Yoon (Oh Jung-se). Perangai kekwat dia tak payah cakap lah, tak ramai pun yang tahan bekerja dengan dia. 

Pada malam Krismas, Park Kang menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Anehnya pemandu teksi tersebut mengajukan soalan tentang peluang kedua. Sebaik saja dia sedar, Park Kang berada dalam rumah kecil bersama dua orang anak kecil - Ro-ha (Kim Joon) dan Ro-hee (Park So-yi). Soo-hyun pula adalah isterinya yang sah sejak 10 tahun lepas. 


‘Do you have any regrets in life? If you had the chance to change your past, what would you do?’ – Taxi Driver

Jauh berbeza dengan kehidupan dia sebelum ni, Park Kang hidup sebagai pelakon extra yang masih berusaha untuk mencari peluang menjadi pelakon utama. Wang dalam akaun bank juga tak ada, sepenuhnya mengharapkan duit si isteri. Mak (Kim Mi-kyung) pun kadang-kadang hulur duit sebab kesian tengok cara hidup anak menantu. Susah untuk Park Kang terima kenyataan hidup sebagai penganggur. Ambil masa yang lama juga untuk jaga kembar yang semakin membesar. 

Bila dia cuba contact Jo Yoon, tak sangka pula pengurus dia dah jadi pelakon terkenal. Terdesak mencari duit, Park Kang bekerja sebagai pengurus merangkap pembantu peribadi kepada Jo Yoon. Bila berada dalam situasi Jo Yoon, baru dia sedar yang selama ni dia kurang menghargai orang di sekeliling. 
Naskhah komedi drama Ma Dae-yun bersifat santai dan mempunyai jalan cerita ringkas dan mudah ditebak perjalanannya walaupun rahsia yang didedahkan di hujung cerita mengejutkan. Shocking in a heartwarming pleasant way. 


Kwon Sang-woo dalam naskhah komedi bukan sesuatu yang baru sebab sebelum ni dah pernah layan filem komedi Hitman: Agent Joon (2020) cuma bezanya dalam filem Switch ni komedi dia lebih relaks dan santai. Mungkin sebab penulis nak kuatkan elemen drama dan tema kekeluargaan. Karakter dia sebagai ayah kepada kembar sepasang juga antara highlight. Dari tak pandai jaga anak slowly dia berubah kepada ayah yang tak boleh hidup tanpa anak-anak. 

Walaupun dia dapat peluang kedua, penulis tak fokus sangat dengan relationship antara Park Kang dengan Soo-hyun, mungkin sebab itu realiti perkahwinan dan hidup. Dah kahwin lama, fokus dekat kerja dengan anak-anak lah. Ada babak romantik mereka berdua tapi tak banyak. Dalam tak banyak tu pun dah cukup untuk kita tahu yang mereka berdua memang sayang each other cuma salah buat pilihan 10 tahun lepas. 


Filem Switch ni bukan lah mengangkat sangat tema bertukar hidup tu tapi lebih kepada menjawab persoalan ‘jalan yang tak dipilih’ oleh Park Kang. Walaupun dia bertukar hidup dengan Jo-yoon tapi tak jauh beza sangat lah hidup dia sebab Tuhan memang dah takdirkan dia untuk jadi pelakon, terkenal dan hidup mewah. Masa je tak tahu bila. Sama juga dengan Jo-yoon dan Soo-hyun. 

Jadi tak hairan lah kenapa pengarah Ma Dae-yun hasilkan naskhah yang berlatarkan Hari Krismas sebab filem dia pun ada vibe musim perayaan tu. Peluang untuk merasa hidup dalam jalan yang tak dipilih tu bukan semua orang boleh dapat jadi hidup sekejap dalam tempoh masa yang Tuhan bagi tu dah jadi hadiah yang cukup bermakna lah untuk Park Kang. 

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought +0 = /10

Movie Review | Extraction 2 (2023)

Saturday, 8 July 2023


Director: Sam Hargrave
Writers: Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo, Fernando León González
Cast : Chris Hemsworth, Golshifteh Farahani, Adam Bessa, Olga Kurylenko, Daniel Bernhardt, Tinatin Dalakishvili, Idris Elba
Production Companies: Wild State, AGBO, T.G.I.M. Films
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time : 122 minutes
Release Date : 16 June 2023
Trailer :


Sekuel kepada Extraction (2020) beberapa bulan selepas misi di Dhaka, Bangladesh di mana Tyler cedera parah dan dibawa ke Dubai kemudian bersara di pekan terpencil di Austria. Kehadiran lelaki asing di rumahnya bawa khabar berita dari bekas isterinya, Mia (Olga Kurylenko) yang perlukan bantuan Tyler. 

Misi di mana Tyler perlu bawa Ketevan (Tinatin Dalakishvili) dan dua orang anaknya keluar dari penjara di Georgia. Mereka bertiga bukanlah banduan tapi kerana berkahwin dengan penjenayah menyebabkan ketiga-ketiga mereka terpaksa hidup bersama di dalam penjara yang dikawal ketat. Mia percaya Tyler mampu lakukan misi tersebut selepas apa yang terjadi di Dhaka. 

Nik (Golshifteh Farahani) dan Yaz (Adam Bessa) bantu Tyler laksanakan misi di Georgia dengan rancangan rapi bersama ahli pasukan mereka yang lain. Sandro (Andro Japaridze) pula sentiasa mencari peluang untuk tinggal bersama ayahnya dan menjadi ahli Nagazi. 

‘What your mother did was risk everything to protect you and your sister. Save you from that prison that your father put you in.’ – Tyler Rake

Tengok gaya Tyler Rake dah boleh nampak yang dia tak akan bersara awal, selagi dia hidup selagi itu lah dia akan ambil misi berbahaya. Tambah pula kalau misi tersebut datang dari bekas isteri dia yang menguruskan anak lelaki mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital akibat kanser. 

Dalam sekuel Extraction, penulis kembangkan lebih lagi sisi drama peribadi Tyler Rake bila wujudnya misi untuk selamatkan bekas adik ipar dan anak-anak saudaranya di penjara. Perbalahan antara Tyler dengan Sandro tentang pilihan dan perspektif hidup kuatkan lagi elemen drama dalam naskhah aksi ni. Ada masanya geram juga dengan Sandro tapi dia pun mangsa manipulasi ayah dia, jadi bersabar je lah macam mana Tyler sabar. 

Kalau dalam previous instalment, watak Nik dan Yaz cuma bantu sikit dalam misi dan selebihnya berada di safe house, kali ni mereka berdua turun ke padang beraksi bersama Tyler. Chemistry dan dinamik Golshifteh Farahani dan Adam Bessa antara penyeri dalam Extraction 2. Menjadi betul sibling vibes diorang dari awal hingga ke hujung. 

Babak aksi dalam keretapi yang paling menarik dalam Extraction 2 disusuli dengan fighting scene di awning kaca di bangunan hotel. Bila tengok teknik yang pengarah dan cinematographer Greg Baldi guna untuk menghidupkan spektrum visual untuk babak aksi boleh agak yang team production invest banyak untuk high tech devices supaya boleh dapat shot cantik. Terpaku tengok beberapa babak dengan kehadiran momen saspen. 

Sama juga macam Extraction, plot cerita boleh ditebak perjalanannya jadi bila filem kedua lebih panjang durasinya dari yang pertama, rasa penat nak tengok fillers dan draggy parts. Tak pasti lah kenapa penulis suka padam spotlight watak sampingan sedangkan diorang boleh cipta dinamik yang kuat atau sinergi yang mantap dengan watak utama. Nak kata sebab takut Netflix tak nak sambung franchise macam kelakar lah sebab filem ni under Netflix, rating pun tinggi. 

Rasa menyampah sebab yang pertama dah buat macam tu, masuk yang kedua pun sama juga. Bila dah terlanjur baru lah nak buat spin-off tapi tak seronok lah sebab plan yang lain tapi penulis nak yang lain pula. 

Of course, Extraction 3 akan muncul sebab pengarah dah bagi hint dekat hujung cerita cuma tak pasti lah macam mana sistem Tyler dengan Nik akan bekerja sebab bos baru untuk organisasi yang lebih besar. Mungkin Tyler dengan Nik akan kerap turun padang atau mungkin Tyler gerak solo sebab tak suka dengan peraturan boss baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Movie Review | Extraction (2020)


Director: Sam Hargrave
Writers: Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo
Cast : Chris Hemsworth, Rudhraksh Jaiswal, Randeep Hooda, Priyanshu Painyuli, Golshifteh Farahani, Pankaj Tripathi, David Harbour
Production Companies: AGBO, Thematic Entertainment, India Take One Productions, T.G.I.M. Films
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time : 117 minutes
Release Date : 24 April 2020
Trailer :


Diadaptasikan dari novel grafik berjudul Ciudad karya Ande Parks, Joe Russo, Anthony Russo, naskhah aksi thriller Extraction mendapat sentuhan pengarah Sam Hargrave. Kisah bermula dengan penculikan Ovi Mahajan Jr. (Rudhraksh Jaiswal), anak tunggal kepada ketua pengedar dadah India dan Tyler Rake (Chris Hemsworth) diupah untuk menyelamatkan Ovi di Dhaka, Bangladesh. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk Tyler setuju walau berbahaya macam mana sekalipun misi tersebut kerana dia berharap dapat mati untuk tebus rasa bersalah semasa berkhidmat dalam Australian Army SASR. Nik Khan (Golshifteh Farahani) dan Yaz Khan (Adam Bessa) membantu Tyler dalam misi tersebut. 

Untuk masuk ke Dhaka adalah mudah tapi untuk keluar dengan selamat bersama Ovi tersangatlah sukar kerana laluan darat dan air telah dikawal ketat oleh polis. Kesemua mereka juga menurut arahan ketua dadah, Amir Asif (Priyanshu Painyuli). Farhad (Suraj Rikame) juga mempunyai geng untuk mengesan keberadaan Tyler dan Ovi. Dalam masa yang sama, Saju Rav (Randeep Hooda) cuba bawa Ovi keluar dari Dhaka kerana dia tak mampu bayar team Tyler untuk misi tersebut. 

‘The best thing you can do is go put a bullet in his brain. Make it painless. Because the animals out there are not going to be as kind to him.’ – Gaspar

Masa Netflix tayang filem Extraction ramai yang puji sebab action stunt yang mantap dengan pergerakan kamera yang meninggalkan impak kuat pada penceritaan. Memang layak sangat The Russo Brothers bagi stunt actor beralih angin jadi pengarah sebab dia tahu cara macam mana untuk olah babak aksi dengan menarik. Walaupun banyak babak aksi tapi kamera dia tak bergegar dan fokusnya jelas. Kudos to Newton Thomas Sigel as cinematographer. 

Berlatarkan negara India dan Bangladesh yang mendedahkan sisi gelap negara yang dikawal oleh geng pengedar dadah. Bukan saja berkuasa dengan duit malah dengan kuasa sampai mampu tundukkan pihak polis. Jadi tak hairan lah kalau Ovi Sr (Pankaj Tripathi) boleh dapatkan pegawai tentera untuk bekerja dengan dia. 

Selain dari kekuatan lakonan Chris Hemsworth yang terbeban dengan drama kehidupan peribadi namun dipandang hebat oleh klien, Randeep Hooda juga fit sebagai Saju yang terdesak menurut arahan ketua dadah. Tak boleh nak agak antara Tyler dengan Saju, siapa yang akan berjaya bawa balik Ovi dengan selamat. Boleh kata buang masa juga lah diorang berdua bergaduh sampai patah riuk sedangkan dua-dua di pihak yang sama dengan tujuan yang sama. Dekat part tu I rasa macam meleret sangat sebab lagi seronok kalau dua watak ni bergabung untuk keluar dari Dhaka atau fight Amir Asif. 

Babak dekat jambatan tu pun draggy juga sebab tak ada fighting scene cuma tembak-menembak sampai lenguh mata. Ada juga plot yang boleh dijangka perjalanannya tapi layan je lah sebab at least dapat tengok atau kenal sedikit sebanyak kehidupan watak utama. 

Kalau sembang pasal plot cerita memang banyak tak logik daripada fakta sebab Bangladesh sepatutnya berbeza dengan India walaupun lebih kurang je budaya dengan fizikal masyarakatnya. Macam Malaysia dengan Indonesia lah, sama tapi banyak bezanya. Belum masuk part polis tunduk sepenuhnya dengan drug lord sampai boleh langar protokol terang-terangan macam yang digambarkan dalam filem Extraction. Penggunaan tona warna kuning yang berlebihan pun mengganggu juga. 

It's a great action movie if you guys ignore the plot and minor things. Pendek kata, layan santai je. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Lebih banyak program terhangat Korea ditayangkan di Astro pada Julai ini

Friday, 7 July 2023


Lebih banyak program terhangat Korea ditayangkan di Astro pada Julai ini
| Calming Signals: Woof & Meow, KPOP Generation, Angel’s Last Mission: Love bakal menghiburkan penonton Astro

Bulan Julai ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.

• Peminat boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, termasuk:

o Drama romantik Calming Signals: Woof & Meow, menampilkan Cha Hun, Chae-kyung dan ramai lagi, bermula 27 Julai di K-Plus (Saluran 396 HD).

o Dokumentari muzik KPOP Generation, membariskan penyanyi terkenal seperti Leeteuk, Minho, 2PM, HIGHLIGHT, Suho, Hwasa, Hoshi, Doyoung, TOMORROW X TOGETHER, IVE, LE SSERAFIM, bermula 9 Julai di tvN (Saluran 395 HD).

o Drama romantik komedi Men Are Men, dibintangi oleh Hwang Ji-woo, Park Do-gyeom, See Hyun Joo, Han See-yoon, setiap Khamis di KBS World (Saluran 392 HD).

o Drama romantik Angel’s Last Mission: Love, menampilkan Kim Myung Soo (L), Shin Hye Sun, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, setiap Selasa dan Rabu di KBS World (Saluran 392 HD).

o Program pelbagai Camp Zerobaseone, membariskan kumpulan Zerobaseone (ZB1), setiap Khamis di tvN (Saluran 392 HD).

o Filem komedi Switch, dibintangi oleh Kwon Sang-Woo, Oh Jung-Se, Lee Min-Jung dan ramai lagi, pada 8 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).

o Filem aksi The Assassin, menampilkan Shin Hyun-Joon, Lee Moon-Sik, Lee Jung-Min dan ramai lagi, pada 22 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).

o Filem kekeluargaan My Puppy, dibintangi oleh Cha Tae-Hyun, Yoo Yeon-Seok dan ramai lagi, pada 29 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Nota: Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat lanjut.

• Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

1. Calming Signals: Woof & Meow [Tayangan Perdana] - 27 Julai, Khamis & Jumaat, 8 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Tertekan kerana masih belum mempunyai hubungan stabil di usia dua puluhan, Ha Joon bersetuju untuk berjumpa dengan perunding janji temu dan ditemani oleh rakan kolejnya. Semasa di tempat itu, Ha Joon berselisih dengan Do Hee, seorang wanita cantik yang seiras dengan cinta pertamanya dahulu. Disatukan dengan rasa sayang terharap haiwan peliharaan, mereka berdua semakin rapat, namun adakah hubungan sebegini sudah cukup untuk mencetuskan kebahagiaan buat keduanya?

2. KPOP Generation [Tayangan Perdana] - 9 Julai, Ahad, 6.20 petang, tvN (Saluran 395 HD)

Berhibur bersama artis terkemuka dalam industri hiburan kerana mereka akan menceritakan latar belakang muzik K-pop serta membawa perkembangan industri dari semasa ke semasa.

3. Men Are Men - Setiap Khamis, 10.15 malam, KBS World (Saluran 392 HD)

Kisah seorang wanita yang memutuskan untuk tidak berkahwin kerana melalui fasa cinta yang berbelah bahagi bersama dua orang jejaka; seorang lelaki yang masih mencintainya dan ingin melindunginya seumur hidup, dan seorang lagi lelaki yang ingin membetulkan hubungan dengannya dalam kehidupan masa lalu mereka. Mampukah wanita ini mengekalkan kehidupan bujangnya?

4. Angel’s Last Mission: Love - Setiap Selasa & Rabu, 9.05 malam, KBS World (Saluran 392 HD)

Angel's Last Mission: Love membintangi oleh seorang malaikat bernama Dan, jatuh ke dunia manusia selepas mencampuri urusan manusia, dan seorang manusia bernama Lee Yeonseo, penari balet yang tidak percaya pada cinta.

5. Camp Zerobaseone- Setiap Khamis, 10.30 malam, tvN (Saluran 395 HD)

Rancangan realiti di mana sembilan sahabat menaiki kereta perkhemahan edisi khas untuk pergi melancong. Bermula dari "sifar," mereka membuat persiapan perkhemahan dengan secukupnya bagi melengkapkan satu misi yang misteri.

6. Switch [Tayangan Perdana] - 8 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Filem "Switch" mengisahkan tentang bintang terkenal Park Kang, yang merupakan pelakon tetapi sering membuat gangguan, bertemu dengan pemandu teksi pada Malam Krismas dan mengalami kehidupan baru.

7. The Assassin [Tayangan Perdana] - 22 Julai, Santu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Lee Nan bersembunyi di sebuah kampung untuk melarikan diri daripada musuhnya. Di tempat itu, dia menyaksikan kekejaman dan orang terdesak untuk mendapatkan bantuan. Pembunuh yang menjadi ingatan selama ini, akhirnya muncul bertemu dengan Lee Nan.

8. My Puppy [Tayangan Perdana] - 29 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Min-soo (Yoo Yeon-seok), seorang pekerja pejabat yang mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna. Dia mempunyai seekor anjing, Rooney, yang dianggap sebagai adik lelakinya. Keadaan tidak dijangka timbul dalam hidup Min-soo, apabila dia tidak boleh hidup bersama Rooney setelah

 

● 1 daripada 3 kanak-kanak di Malaysia didapati berisiko menghidap anemia

● Kajian perintis berkenaan menyediakan maklumat tentang anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia berdasarkan saringan bukan invasif.

● Kanak-kanak di bandar dan luar bandar didapati sama-sama berisiko menghadapi isu kesihatan kritikal ini.

Vera Saw, ISEA Specialised Nutrition Unit (SNU) Director at Danone delivering opening speech at the launch of Iron Strong Study 

Syarikat makanan terkemuka, Danone, yang juga merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia, mendedahkan dapatan utama Kajian Kuat Zat Besi (Iron Strong Study), bersempena dengan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Pemakanan Malaysia ke-38 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Kajian Kuat Zat Besi yang dijalankan menerusi kerjasama dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti MalayaPakar diketuai oleh Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin. 

Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan antara cabaran kesihatan global yang utama, di mana negara-negara membangun mempunyai kadar anemia dan IDA lebih tinggi daripada negara-negara maju, lazimnya pada kadar 3 hingga 4 kali lebih tinggi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak kecil paling mudah terjejas oleh kekurangan nutrisi zat besi[1]. Pada tahun 2019, kadar anemia dalam kalangan kanak-kanak global berumur bawah 59 bulan adalah 39.8%, bersamaan dengan 269 juta orang kanak-kanak[2]. Pada tahun 2022, 46.5% kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 59 bulan menderita anemia[3].

(From left to right) Angie Low, ISEA Health Innovation, Medical Affairs & Market Access Director at Danone; Professor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Senior Consultant Paediatric Endocrinologist and Deputy Dean (Undergraduate Studies), Faculty of Medicine, University Malaya; Dr. Sri Wahyu Taher, Consultant Family Medicine Specialist and Head of Clinic at Klinik Kesihatan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah; and Professor Dr. Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Nutrition Programme, School of Health Sciences at Universiti Sains Malaysia discussing the Iron Strong Study findings during panel session 

Kajian Kuat Zat Besi merupakan kajian yang pertama seumpamanya: satu kajian klinikal bukan invasif dan berbilang wilayah yang menumpukan fokus pada anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi di Malaysia.

Dalam landskap kesihatan yang kompleks, menangani isu kesihatan seperti IDA menuntut strategi yang kolaboratif dan transformatif dalam penjagaan nutrisi. Inisiatif pertama seumpama ini merupakan sebahagian daripada komitmen Danone untuk memerangi kekurangan zat makanan dengan menekankan kepentingan intervensi awal. Danone telah menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar penjagaan kesihatan dan mendekati komuniti tempatan, untuk memacu perubahan positif serta meningkatkan kesihatan dan nutrisi di seluruh dunia, sekali gus menzahirkan Agenda Satu Kesihatan global syarikat berkenaan.

Vera Saw, Pengarah Specialized Nutrition Unit ( SNU) untuk India dan Asia Tenggara di Danone berkata, “Hasil Kajian Kuat Zat Besi kami mendedahkan betapa besarnya impak anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kerjasama kami dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya membuktikan dedikasi kami dalam menyokong nutrisi yang lebih baik serta membudayakan pemeriksaan kesihatan proaktif. Ini turut menetapkan asas untuk pelan intervensi strategik dan menggariskan langkah kolektif yang sesuai bagi menangani isu tersebut selari dengan Agenda Satu Kesihatan kami di Malaysia [4]”.

Intipati Kajian Kuat Zat Besi

Kajian Kuat Zat Besi membabitkan 1201 pesakit luar kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 36 bulan di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang dipilih secara rawak. Ia merupakan satu kajian bukan invasif dan berbilang wilayah yang pertama Danone, menggunakan sejenis peralatan saringan bukan invasif untuk memeriksa jumlah hemoglobin.

Kajian mendedahkan maklumat bernas yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta meneliti faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada anemia, misalnya faktor sosio-demografi. Dapatan kajian klinikal ini bertujuan membangkitkan kesedaran tentang isu kritikal anemia, dan menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan status nutrisi di Malaysia, selain menekankan kepentingan intervensi awal anemia menerusi saringan proaktif, dengan menerapkannya ke dalam program pemeriksaan kesihatan penjagaan primer.

Dapatan kajian turut mendapati, kanak-kanak kecil di Malaysia lebih berisiko mengalami anemia berbanding kanak-kanak yang lebih besar, manakala kanak-kanak yang kurang berat badan berkemungkinan besar menghidap anemia. Malah, kanak-kanak di bandar dan luar bandar sama-sama dilihat berisiko menghidap anemia.

Presentation on the Iron Strong Study by principal investigator Professor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Senior Consultant Paediatric Endocrinologist and Deputy Dean (Undergraduate Studies), Faculty of Medicine, University Malaya

Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin selaku Ketua Penyelidik kajian berkata, “Kekurangan zat makanan merupakan penyumbang besar kepada IDA atau Anemia Kekurangan Zat Besi, yang boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran yang tidak dapat dibalikkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Implikasinya melangkaui pertumbuhan fizikal, ia turut menjejaskan perkembangan kognitif dan fungsi imun. Bagaimanapun, dengan mengenal pasti dan menangani risiko faktor awal menerusi pemeriksaan rutin, kita mampu mengurangkan impak kekurangan nutrien pada kanak-kanak secara ketara.”

IDA berlaku apabila zat besi tidak mencukupi untuk menyokong penghasilan sel merah yang sihat. Zat besi adalah penting dalam penghasilan sel darah merah, dan berperanan penting dalam pertumbuhan dan fungsi otak. Justeru, kanak-kanak yang menghidap IDA mungkin menunjukkan pelbagai gejala, termasuk kurang fokus, keletihan, lemah, pening, kuku rapuh, dan kulit pucat. Malah, kegagalan untuk merawat masalah ini dengan segera boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang teruk, termasuk kegagalan organ.

Danone kekal berazam untuk menyokong keluarga-keluarga di Malaysia yang sedang mengharungi cabaran kesihatan dan nutrisi yang lazim berlaku dalam masyarakat hari ini.

(From left to right) Professor Dr. Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Nutrition Programme, School of Health Sciences at Universiti Sains Malaysia, Dr. Sri Wahyu Taher, Consultant Family Medicine Specialist and Head of Clinic at Klinik Kesihatan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah, Vera Saw, ISEA Specialised Nutrition Unit (SNU) Director, Danone, Yang Berusaha En. Norazman bin Othman, Director General of Social Welfare, Ministry of Women, Family and Community Development, Dr Tee E Siong, President, Nutrition Society of Malaysia, Professor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Senior Consultant Paediatric Endocrinologist and Deputy Dean (Undergraduate Studies), Faculty of Medicine, University Malaya, Dr Selva Kumar Sivapunniam, President of Malaysian Paediatric Association, activating the video launch of the Iron Strong Study. 

Syarikat itu menerajui beberapa inisiatif, termasuk:

● Jelajah Generasi Kuat Zat Besi Dugro merupakan satu kempen di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zat besi dalam nutrisi kanak-kanak, serta memupuk generasi kanak-kanak yang kuat zat besi. Kempen tersebut menyediakan pemeriksaan dan perundingan anemia tanpa invasif secara percuma kepada kanak- kanak.

● Memupuk kerjasama yang kukuh dengan rakan kongsi penjagaan kesihatan berdasarkan dua tujuan - pertama, memerangi anemia dengan membudayakan saringan proaktif di seluruh negara selari dengan program pemeriksaan kesihatan yang sedia ada dalam penjagaan kesihatan primer. Kedua, mendidik umum tentang kekurangan zat besi dan mikronutrien, terutama dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.

● Memanfaatkan sumber dan kepakarannya untuk menggunakan peralatan bukan invasif yang mengukur paras hemoglobin, sekali gus menghapuskan keperluan untuk kaedah tradisional pengambilan darah secara invasif.

● Bekerjasama dengan pakar penjagaan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Kerjasama merentasi disiplin ini membolehkan Danone menentukan aspek-aspek di mana sokongan Danone dapat mencetuskan impak terbesar, bagi memastikan Danone dapat terus menangani isu-isu kritikal yang timbul.

Untuk maklumat lanjut tentang Generasi Kuat Zat Besi Dugro dan inisiatif-inisiatif lain, layari https://www.dugro.com.my/bm/ida.html.

Rujukan: 

[1] World Health Organisation (2008) Worldwide prevalence of anaemia 1993–2005. In: de Benoist B, McLean E, Egli I, Cogswell M, editors. WHO global database on anaemia. Geneva: World Health Organization

[2] Anaemia in women and children (2021). World Health Organization. https://www.who.int/data/gho/data/themes/topics/anaemia_in_women_and_children?utm_c ontent=buffer 85683&utm

[3] Ministry of Health, Malaysia Institutite for Public Health, NHMS 2022: Maternal and Child Health; wwww.iku.gov.my/nhms

[4] https://www.danone.com/stories/one-planet-one-health.html

Bayar Kompaun Di SSM KL Sentral

Thursday, 6 July 2023

Tahun lepas SSM hantar banyak sangat notis kompaun untuk setiap penyata tahunan yang tak diserahsimpan atau lambat dari tarikh 30 hari serah simpan. Bila kena kompaun, nama pun disenaraihitam untuk apa-apa perubahan. Macam klien ni nak dilantik sebagai pengarah di syarikat baru tapi tak dapat sebab ada 20 kompaun atas nama dia. 


Sebelum ni SSM impose pengurangan sebanyak 70% atau 85% lepas serah simpan dibuat oleh setiausaha syarikat. Tahun ni SSM bermurah hati jugak lah sebab dapat pengurangan sebanyak 90%. Kompaun kesalahan untuk Penyata Tahunan ialah RM5,000 jadi bila dapat 90%, syarikat perlu bayar RM500 sahaja. 

Banyak je syarikat yang tak mampu nak buat serah simpan sebab pandemik, kebanyakan kompaun ni pun terhasil dari tahun 2020 hingga 2022 sebab pandemik jadi syarikat tak generate income malah liabiliti tinggi. Sebab tu la kot SSM bermurah hati bagi diskaun 90%. 

Memandangkan banyak kompaun untuk klien ni jadi I cuba lah pergi dengan staf syarikat tu untuk cari alternatif lain supaya pengarah boleh dilantik dalam syarikat baru. I pergi sebagai wakil setiausaha syarikat (co-sec) dan staff syarikat tu untuk explain tentang audit since dia akauntan. Tengah peak season submit audit jadi agak mustahil lah nak dapatkan auditor supaya akaun syarikat boleh diaudit. 


Sampai dekat SSM naik terus ke Tingkat 26 (Bahagian Pematuhan) untuk rujuk dengan pegawai SSM. Lepas dah bincang dan check syarikat baru tu ada kompaun atau tak, dapat lah pelepasan sementara selama 7 hari sahaja untuk perlantikan tersebut tapi lepas bayar semua kompaun yang dah diberi pengurangan. Ada 12 kompaun perlu dibayar untuk pelepasan sementara tu jadi kitorang pergi ke Tingkat 17 pula untuk buat bayaran. Dapat 3 nombor giliran sebab satu nombor giliran boleh buat 5 transaksi sahaja. 


Masa tu bahagi 2 cara pembayaran sebab takut kena card limit. Seram pegang duit wang tunai banyak macam tu dekat kaunter yang ramai orang. Nasib baik lah tak lama sangat tunggu jadi boleh selesai cepat. Dah selesai di Tingkat 17, tunjuk resit pembayaran di Tingkat 26 pula untuk dapat pengesahan sementara. Pelepasan sementara tu tak ada salinan notis atau email, pegawai SSM cuma cakap mulut saja jadi pelantikan tu kena selesaikan cepat sebelum tempoh yang diberikan tu habis. 

Lega selesai satu masalah tapi tak lega beria sangat lah sebab nak buat serah simpan Penyata Tahunan dengan Penyata Kewangan untuk semua syarikat yang dikompaun ni. 

Order Bunga Long Call Untuk Amalin

Wednesday, 5 July 2023

 

Selalunya kalau ada chambee yang long call kitorang akan order online tapi kali ni untuk Amalin memang tak sempat nak order online sebab sibuk sangat dengan hal dekat office. Jadi kitorang cari masa sebelum balik singgah kejap dekat Citta Mall pergi ke Tailored Floral. Sebelum ni Nora pernah order bunga dekat sini untuk client so kitorang tahu memang service dia okay. 

Lama jugak lah kitorang cari bouquet macam mana yang sesuai untuk Amalin. Cari yang tahan lama dan tahan lasak sebab yang nak bawa esok paginya our boss. So we have to prepare jambak bunga yang tak mudah patah. 





Masa belek setiap jambak yang ada tu nampak banyak juga pilihan bunga selain bunga mawar berwarna merah jambu, putih dan merah pekat, ada bunga lili, bunga matahari, tulip, dahlia, baby breath, carnation, kekwa dan banyak lagi. 


this one is pretty but fragile so it's a no






Ruang untuk Tailored Floral ni tak lah besar mana pun dekat Jaya Grocer, Citta Mall tapi banyak sangat jambak bunga yang dah siap digubah untuk pelbagai jenis occasion - Birthday, Graduation, Get Well Soon, Newborn, Grand Opening, special events, proposal, funeral ataupun jambak bunga beli untuk diri sendiri. Fruit basket tak sure, kalau tempah awal mungkin dia boleh buat sebab duduk dalam Jaya Grocer, boleh pilih buah yang segar untuk customer. 


Finally jumpa jambak bunga yang kitorang berkenan lepastu kena pilih 2 helai wrapping paper di bahagian tepi. Ada beberapa warna available so kitorang boleh pilih padanan warna ikut citarasa sendiri. Memandangkan jambak bunga tu warna pastel jadi kitorang pilih warna salmon dengan peach. 


Lepastu tambah helium ballon warna hitam bersaiz kecil. Masa ni I malas nak ambik wish card sebab nak customize sendiri je dekat Canva lepastu lupa T.T


Selain jambak bunga ada juga pelbagai jenis rekaan pasu untuk home deco, indoor plant, keychain, dried plants untuk individual space dan lain-lain. You guys can look up about Tailored Florist dekat Instagram dan website. 




Boleh contact florist Tailored Floral guna contact number dalam gambar tu. We had a great time here sebab florist ni super soft and nice. Banyak benda dia share dengan kitorang pasal bunga, macam mana nak bagi jambak bunga maintain segar dan tahan lama. Selalunya tahan seminggu tapi dia bagi tips lah macam mana nak tahan lebih lama dari tempoh tu. 

Tailored Floral ni ada outlet dekat M-City, Melawati Mall dengan Jalan Kelawai di Penang so do check them out. 


Anyway, congrats Amalin dah long call! Super amazing soul during her chambering tenure - a productive chambee, a good friend, a beautiful bride and a tough mother. Pretty sure you gonna make a great journey in your career as lawyer as well. Love you~!!

Strim rancangan-rancangan Asia terhebat di Astro

Tuesday, 4 July 2023

Strim rancangan-rancangan Asia terhebat di Astro | Aplikasi penstriman popular seperti Viu, TVBAnywhere+, iQIYI, WeTV dan ZEE5 di Ultra dan Ulti Box

Dari K-drama terhangat hingga rancangan Bollywood yang hebat, para pelanggan Astro kini boleh mengakses lebih banyak rancangan Asia premium termasuk kandungan Korea, Cina, Jepun, India, Asia Tenggara dan Malaysia pada Ultra/Ulti Box mereka dengan aplikasi seperti Viu, TVBAnywhere+, iQIYI, WeTV dan ZEE5.

Pada Julai ini, anda boleh menikmati rancangan Asia terbaik dari seluruh rantau ini termasuk:

  • K-Drama yang dinanti-nantikan: Numbers yang dibintangi Kim Myung-soo dari INFINITE dan siri komedi bergenre dendam Delightfully Deceitful di Viu.
  • Program Bahasa Cina yang wajib ditonton: Drama fantasi Snow Eagle Lord dan kisah remaja yang menginspirasikan Where Dreams Begin di WeTV; siri fantasi percintaan Beauty of Resilience di iQIYI; dan siri supernatural Hong Kong Unchained Medley di TVBAnywhere+.
  • Rancangan tempatan baharu untuk ditonton tanpa henti: thriller psikologi Alter-Naratif dan romantik komedi Journal Sarahaeyo di Viu.
  • Untuk peminat hiburan dari India: Biopik Hindi berdasarkan chef ikonik India Tarla, drama aksi Tamil Kathar Basha Endra Muthuramalingam (tayangan perdana pada 7 Julai) dan rancangan komedi Telugu Maya Bazaar – For Sale (tayangan perdana pada 14 Julai) di ZEE5.
  • Rancangan lain yang anda perlu tonton: Siri percintaan Indonesia Mozachiko di WeTV dan Marriage With Benefits di Viu.

Dapatkan akses ke dunia hiburan Asia dengan aplikasi ini melalui Astro untuk penjimatan terbaik:

Nikmati lebih banyak penjimatan dengan Pek Primary


Dengan hanya RM59.99/bulan*, Pek Primary Astro kini menawarkan penjimatan sebanyak RM239 dengan dua add-ons percuma Kanak-Kanak dan Korea selama 1 tahun. Ini bermakna anda akan dapat menonton 8 saluran tambahan termasuk tvN, K-Plus, Cartoon Network, Nickelodeon, Nick Jr., CBeebies, DreamWorks dan Moonbug secara PERCUMA selama 1 tahun apabila anda melanggani  ke Pek Primary Astro baharu sekarang. 

Untuk mereka yang mencari pelan WiFi yang mempunyai pelbagai kandungan menarik, anda boleh melanggani Pek Primary kami bersama Astro Fibre dengan tambahan Liga Malaysia hanya pada RM149.99 sebulan*. Dengan bundle ini, anda boleh menikmati Internet kelajuan tinggi dan akses ke perlawanan-perlawanan bola sepak selain daripada kesenangan dan nilai gabungan hiburan semua dalam satu.  

Astro Baharu. Tak Macam Dulu. WhatsApp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 atau layari www.astro.com.my untuk melanggan. Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi penstriman, sila ke https://products.astro.com.my/apps. 

 

Apabila dua jiwa yang larut dalam pergelutan hidup masing-masing bertembung, mereka membuka hati untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah penceritaan drama terkini Astro Ria, ‘Chinta Wrong Direction’ menampilkan pelakon baharu, Erysha Emyra sebagai Chinta yang hidup dalam kesengsaraan kejaman bapanya.

Chinta bertemu dengan Raja Akid, bosnya di tempat kerja baharu. Raja Akid bak lelaki sempurna; pandai bergaya dan kaya. Namun dia sebenarnya mempunyai trauma dengan golongan wanita yang berpunca daripada kisah keluarganya yang lampau. Kehadiran Chinta dalam hidupnya mengubah segala-galanya. Dari dua latar belakang berbeza, mereka saling melengkapi dan mengatasi kekurangan diri masing-masing. 

‘Chinta Wrong Direction’ merupakan drama rom-com yang sarat dengan hubungan kekeluargaan dan konflik kasih sayang. Penceritaan daripada novelis popular, Norhayati Berahim ini juga disaluti unsur-unsur humor dalam memaparkan sisi-sisi romantik watak utamanya serta menyampai mesej dan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat sebagai hiburan.

Hun Haqeem menerajui drama ini sebagai hero utamanya, Raja Akid, di samping Erysha Emyra yang membuat kemunculan pertamanya di slot Megadrama Astro. Pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2022, Kimberly Chuah turut tampil sebagai kawan rapat kepada Chinta, Candy. Manakala Raff Roslee memegang watak sebagai kawan rapat dan “pasangan” kepada Raja Akid iaitu Fuad. 

‘Chinta Wrong Direction’ terbitan Juita Viden Sdn Bhd diarahkan oleh sutradara Hadith Omar ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 26 Jun 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk mendapatkan Pek Primary Astro.

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Drama slot MegaDrama sering memaparkan storytelling yang berat dan sarat dengan pergelutan jiwa. Namun kali ini kami menyampaikan naratif yang lebih santai dan diselitkan unsur-unsur humor yang mampu membuat para penonton tersenyum.

‘Chinta Wrong Direction’ memaparkan kisah romantik antara dua watak utamanya, Akid dan Chinta yang mula berputik ketika bekerja bersama. Jalan cerita sebegini amat digemari penonton-penonton muda yang sentiasa inginkan penceritaan romantik K-drama. Lantas kami mahu memenuhi kehendak penonton dan MegaDrama merupakan platform yang terbaik untuk melakukannya.

Naratif yang dipaparkan pada kali ini mempunyai dua gambaran. Walaupun kisah kehidupan watak-watak utamanya berat dengan cabaran masing-masing, kami menyeimbangi jalan cerita mereka berdua dengan kisah pertemuan yang romantis bak cerita ‘first love’ yang mampu menarik para penonton kepada gandingan baharu ini. Semestinya penceritaan sebegini akan menambat hati para peminat drama romantis Korea yang selalunya mempunyai elemen-elemen berat yang disulami dengan side story kisah hero dan heroin yang lebih mengujakan sehingga ke pengakhirannya.

Selain daripada itu, kami ingin mengalu-alukan Erysha Emyra ke slot MegaDrama Astro Ria. Perwatakan Erysha sangat dekat dengan apa yang kami inginkan buat watak Chinta. Gandingannya bersama Hun Haqeem yang memainkan watak Raja Akid sangat hebat. Mereka bijak menyampaikan setiap perasaan dengan betul dan juga pandai dalam memberi ekspresi yang tepat untuk babak-babak yang berat. Kami yakin gandingan baharu ini bakal menjadi sensasi dengan keserasian mereka. Kami juga berharap para penonton dapat melihat kelebihan mereka menerusi drama ini.”

Hadith Omar - Pengarah drama ‘Chinta Wrong Direction’

“Walaupun Erysha merupakan seorang pendatang baharu, dia merupakan seorang yang berbakat dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan di set penggambaran. Hun dan Erysha sudah ditemukan sebelum penggambaran bermula lagi untuk memudahkan mereka mencipta chemistry antara satu sama lain. Hun merupakan seorang pelakon yang amat membantu pasangan lakonannya. Hun banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan tips sepanjang penggambaran dijalankan. Erysha juga amat komited untuk melaksanakan permintaan saya sebagai pengarah.

Drama ini diinspirasikan daripada novel ‘Chinta’ karya Norhayati Berahim. Terdapat improvisasi yang dilakukan daripada novel asal untuk menyesuaikan dengan trend terkini dan untuk mengembangkan cerita sesuai untuk tayangan televisyen. Ini adalah interpretasi kami sebagai produksi untuk menterjemahkan naskhah novel yang mendapat sambutan ramai ini.

Cabaran terbesar untuk drama ini adalah percaturan kami untuk mengetengahkan bakat-bakat muda dan baharu. Kami ingin menyampaikan sesuatu yang fresh kepada para penonton, dan kami berharap mereka dapat menerima generasi baharu ini kerana mereka berbakat besar.

Selain itu kami juga berdepan dengan cabaran di mana Hun dijangkiti virus Covid ketika di peringkat awal penggambaran. Hun juga ke Korea pada pertengahan penggambaran namun semuanya dapat dijalankan sehingga sempurna penggambaran. Peminat drama patut menonton drama ‘Chinta Wrong Direction’ ini kerana ia menampilkan bakat-bakat baharu selain jalan ceritanya yang mengandungi pelbagai emosi. Ada cinta, ada suka, ada duka.

Drama ini juga sarat dengan elemen kekeluargaan yang saya rasa ramai penonton di luar sana yang boleh relate dengan isu dipaparkan. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperoleh daripada drama ini. Antara pengajaran besar yang dipaparkan adalah pentingnya ikatan kekeluargaan. Sebaik mana atau seburuk mana seseorang ahli keluarga, mereka adalah orang yang akan sentiasa bersama kita susah dan senang. Hormat kepada kedua orang tua kita. Selain itu drama ini juga mengetengahkan isu kesihatan mental.”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘CHINTA WRONG DIRECTION’

Hun Haqeem sbg Raja Akid

Erysha Emyra sbg Chinta

Kimberly Chuah sbg Candy

Raff Roslee sbg Fuad

Datuk Hilal sbg Azman Kamal

Wan Nor Azlin sbg Cik Molek

Azhar Amir sbg Raja Haidar

Sharifah Shahorah sbg Shima

Hazeeq Dean sbg Saiful

Shaza Bae sbg Akma


SINOPSIS DRAMA ‘CHINTA WRONG DIRECTION’


Chinta hidup dalam kesengsaraan bersama ayahnya yang sering menghukum dan mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid pula mempunyai trauma terhadap golongan wanita yang berpunca daripada kesilapan ibunya dalam perhubungan. Disebabkan itu, Raja Akid sering mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita sehingga dia bertemu dengan Chinta di tempat kerjanya. 

Kehadiran Chinta dalam hidupnya membuatkan dia lebih selesa. Namun, Raja Akid berbelah bahagi terhadap perasaannya kepada Chinta serta kebenciannya terhadap wanita. Walaupun kedua-duanya perlu mengharungi pelbagai masalah keluarga yang rumit, keberadaan di sisi masing-masing membuatkan kehidupan mereka berasa bahagia.

Personaliti radio GEGAR, Ewan, Issey and Aswad di ‘Korban GEGAR’

 • Sempena Aidiladha tahun ini, GEGAR menganjurkan ibadah korban menerusi ‘Korban GEGAR’ dan mengagihkan daging korban kepada kira-kira 80 penduduk di Kampung Padang Mokan, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

• Gotong-royong penyembelihan dan pengagihan daging korban dilakukan di Masjid Mukim Padang Mokan, yang disertai oleh personaliti radio GEGAR termasuk Issey (GEGAR Pagi), Ewan (GEGAR Petang), Aswad (GEGAR Malam), KRU Gegar dengan bantuan daripada penduduk kampung dan Geng GEGAR Fan Club (GGFC) di Kota Bharu.

• Penganjuran ‘Korban GEGAR’ mendapat kelulusan dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta mematuhi garis panduan ibadah korban yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

• Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘Korban GEGAR’ dan kempen-kempen, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial.

Ulasan Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR

“Kami bersyukur dapat menjalankan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan ini kepada peminat-peminat di Pantai Timur, khususnya di Kampung Padang Mokan, Kota Bharu Kelantan. Selain menjalankan ibadah yang dituntut di dalam Islam, tujuan penganjuran Korban GEGAR juga adalah berkongsi rezeki bersama peminat dan penduduk kampung untuk meraikan Hari Raya Aidiladha dan tanda terima kasih kami atas sokongan mereka selama ini.”

Ikuti Laman Media Sosial GEGAR