Movie Review | Extraction 2 (2023)
Saturday, 8 July 2023
Lebih banyak program terhangat Korea ditayangkan di Astro pada Julai ini
Friday, 7 July 2023
Lebih banyak program terhangat Korea ditayangkan di Astro pada Julai ini | Calming Signals: Woof & Meow, KPOP Generation, Angel’s Last Mission: Love bakal menghiburkan penonton Astro
Bulan Julai ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, ditayangkan di Astro menerusi KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.
• Peminat boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, termasuk:
o Drama romantik Calming Signals: Woof & Meow, menampilkan Cha Hun, Chae-kyung dan ramai lagi, bermula 27 Julai di K-Plus (Saluran 396 HD).
o Dokumentari muzik KPOP Generation, membariskan penyanyi terkenal seperti Leeteuk, Minho, 2PM, HIGHLIGHT, Suho, Hwasa, Hoshi, Doyoung, TOMORROW X TOGETHER, IVE, LE SSERAFIM, bermula 9 Julai di tvN (Saluran 395 HD).
o Drama romantik komedi Men Are Men, dibintangi oleh Hwang Ji-woo, Park Do-gyeom, See Hyun Joo, Han See-yoon, setiap Khamis di KBS World (Saluran 392 HD).
o Drama romantik Angel’s Last Mission: Love, menampilkan Kim Myung Soo (L), Shin Hye Sun, Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, setiap Selasa dan Rabu di KBS World (Saluran 392 HD).
o Program pelbagai Camp Zerobaseone, membariskan kumpulan Zerobaseone (ZB1), setiap Khamis di tvN (Saluran 392 HD).
o Filem komedi Switch, dibintangi oleh Kwon Sang-Woo, Oh Jung-Se, Lee Min-Jung dan ramai lagi, pada 8 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
o Filem aksi The Assassin, menampilkan Shin Hyun-Joon, Lee Moon-Sik, Lee Jung-Min dan ramai lagi, pada 22 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
o Filem kekeluargaan My Puppy, dibintangi oleh Cha Tae-Hyun, Yoo Yeon-Seok dan ramai lagi, pada 29 Julai di tvN Movies (Saluran 416 HD).
Nota: Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat lanjut.
• Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.
1. Calming Signals: Woof & Meow [Tayangan Perdana] - 27 Julai, Khamis & Jumaat, 8 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)
Tertekan kerana masih belum mempunyai hubungan stabil di usia dua puluhan, Ha Joon bersetuju untuk berjumpa dengan perunding janji temu dan ditemani oleh rakan kolejnya. Semasa di tempat itu, Ha Joon berselisih dengan Do Hee, seorang wanita cantik yang seiras dengan cinta pertamanya dahulu. Disatukan dengan rasa sayang terharap haiwan peliharaan, mereka berdua semakin rapat, namun adakah hubungan sebegini sudah cukup untuk mencetuskan kebahagiaan buat keduanya?
2. KPOP Generation [Tayangan Perdana] - 9 Julai, Ahad, 6.20 petang, tvN (Saluran 395 HD)
Berhibur bersama artis terkemuka dalam industri hiburan kerana mereka akan menceritakan latar belakang muzik K-pop serta membawa perkembangan industri dari semasa ke semasa.
3. Men Are Men - Setiap Khamis, 10.15 malam, KBS World (Saluran 392 HD)
Kisah seorang wanita yang memutuskan untuk tidak berkahwin kerana melalui fasa cinta yang berbelah bahagi bersama dua orang jejaka; seorang lelaki yang masih mencintainya dan ingin melindunginya seumur hidup, dan seorang lagi lelaki yang ingin membetulkan hubungan dengannya dalam kehidupan masa lalu mereka. Mampukah wanita ini mengekalkan kehidupan bujangnya?
4. Angel’s Last Mission: Love - Setiap Selasa & Rabu, 9.05 malam, KBS World (Saluran 392 HD)
Angel's Last Mission: Love membintangi oleh seorang malaikat bernama Dan, jatuh ke dunia manusia selepas mencampuri urusan manusia, dan seorang manusia bernama Lee Yeonseo, penari balet yang tidak percaya pada cinta.
5. Camp Zerobaseone- Setiap Khamis, 10.30 malam, tvN (Saluran 395 HD)
Rancangan realiti di mana sembilan sahabat menaiki kereta perkhemahan edisi khas untuk pergi melancong. Bermula dari "sifar," mereka membuat persiapan perkhemahan dengan secukupnya bagi melengkapkan satu misi yang misteri.
6. Switch [Tayangan Perdana] - 8 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)
Filem "Switch" mengisahkan tentang bintang terkenal Park Kang, yang merupakan pelakon tetapi sering membuat gangguan, bertemu dengan pemandu teksi pada Malam Krismas dan mengalami kehidupan baru.
7. The Assassin [Tayangan Perdana] - 22 Julai, Santu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)
Lee Nan bersembunyi di sebuah kampung untuk melarikan diri daripada musuhnya. Di tempat itu, dia menyaksikan kekejaman dan orang terdesak untuk mendapatkan bantuan. Pembunuh yang menjadi ingatan selama ini, akhirnya muncul bertemu dengan Lee Nan.
8. My Puppy [Tayangan Perdana] - 29 Julai, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)
Min-soo (Yoo Yeon-seok), seorang pekerja pejabat yang mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna. Dia mempunyai seekor anjing, Rooney, yang dianggap sebagai adik lelakinya. Keadaan tidak dijangka timbul dalam hidup Min-soo, apabila dia tidak boleh hidup bersama Rooney setelah
● 1 daripada 3 kanak-kanak di Malaysia didapati berisiko menghidap anemia
● Kajian perintis berkenaan menyediakan maklumat tentang anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia berdasarkan saringan bukan invasif.
● Kanak-kanak di bandar dan luar bandar didapati sama-sama berisiko menghadapi isu kesihatan kritikal ini.
Vera Saw, ISEA Specialised Nutrition Unit (SNU) Director at Danone delivering opening speech at the launch of Iron Strong Study |
Syarikat makanan terkemuka, Danone, yang juga merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia, mendedahkan dapatan utama Kajian Kuat Zat Besi (Iron Strong Study), bersempena dengan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Pemakanan Malaysia ke-38 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Kajian Kuat Zat Besi yang dijalankan menerusi kerjasama dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti MalayaPakar diketuai oleh Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin.
Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan antara cabaran kesihatan global yang utama, di mana negara-negara membangun mempunyai kadar anemia dan IDA lebih tinggi daripada negara-negara maju, lazimnya pada kadar 3 hingga 4 kali lebih tinggi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak kecil paling mudah terjejas oleh kekurangan nutrisi zat besi[1]. Pada tahun 2019, kadar anemia dalam kalangan kanak-kanak global berumur bawah 59 bulan adalah 39.8%, bersamaan dengan 269 juta orang kanak-kanak[2]. Pada tahun 2022, 46.5% kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 59 bulan menderita anemia[3].
Kajian Kuat Zat Besi merupakan kajian yang pertama seumpamanya: satu kajian klinikal bukan invasif dan berbilang wilayah yang menumpukan fokus pada anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi di Malaysia.
Dalam landskap kesihatan yang kompleks, menangani isu kesihatan seperti IDA menuntut strategi yang kolaboratif dan transformatif dalam penjagaan nutrisi. Inisiatif pertama seumpama ini merupakan sebahagian daripada komitmen Danone untuk memerangi kekurangan zat makanan dengan menekankan kepentingan intervensi awal. Danone telah menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar penjagaan kesihatan dan mendekati komuniti tempatan, untuk memacu perubahan positif serta meningkatkan kesihatan dan nutrisi di seluruh dunia, sekali gus menzahirkan Agenda Satu Kesihatan global syarikat berkenaan.
Vera Saw, Pengarah Specialized Nutrition Unit ( SNU) untuk India dan Asia Tenggara di Danone berkata, “Hasil Kajian Kuat Zat Besi kami mendedahkan betapa besarnya impak anemia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Kerjasama kami dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya membuktikan dedikasi kami dalam menyokong nutrisi yang lebih baik serta membudayakan pemeriksaan kesihatan proaktif. Ini turut menetapkan asas untuk pelan intervensi strategik dan menggariskan langkah kolektif yang sesuai bagi menangani isu tersebut selari dengan Agenda Satu Kesihatan kami di Malaysia [4]”.
Intipati Kajian Kuat Zat Besi
Kajian Kuat Zat Besi membabitkan 1201 pesakit luar kanak-kanak di Malaysia yang berumur bawah 36 bulan di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang dipilih secara rawak. Ia merupakan satu kajian bukan invasif dan berbilang wilayah yang pertama Danone, menggunakan sejenis peralatan saringan bukan invasif untuk memeriksa jumlah hemoglobin.
Kajian mendedahkan maklumat bernas yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta meneliti faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada anemia, misalnya faktor sosio-demografi. Dapatan kajian klinikal ini bertujuan membangkitkan kesedaran tentang isu kritikal anemia, dan menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan status nutrisi di Malaysia, selain menekankan kepentingan intervensi awal anemia menerusi saringan proaktif, dengan menerapkannya ke dalam program pemeriksaan kesihatan penjagaan primer.
Dapatan kajian turut mendapati, kanak-kanak kecil di Malaysia lebih berisiko mengalami anemia berbanding kanak-kanak yang lebih besar, manakala kanak-kanak yang kurang berat badan berkemungkinan besar menghidap anemia. Malah, kanak-kanak di bandar dan luar bandar sama-sama dilihat berisiko menghidap anemia.
Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin selaku Ketua Penyelidik kajian berkata, “Kekurangan zat makanan merupakan penyumbang besar kepada IDA atau Anemia Kekurangan Zat Besi, yang boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran yang tidak dapat dibalikkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Implikasinya melangkaui pertumbuhan fizikal, ia turut menjejaskan perkembangan kognitif dan fungsi imun. Bagaimanapun, dengan mengenal pasti dan menangani risiko faktor awal menerusi pemeriksaan rutin, kita mampu mengurangkan impak kekurangan nutrien pada kanak-kanak secara ketara.”
IDA berlaku apabila zat besi tidak mencukupi untuk menyokong penghasilan sel merah yang sihat. Zat besi adalah penting dalam penghasilan sel darah merah, dan berperanan penting dalam pertumbuhan dan fungsi otak. Justeru, kanak-kanak yang menghidap IDA mungkin menunjukkan pelbagai gejala, termasuk kurang fokus, keletihan, lemah, pening, kuku rapuh, dan kulit pucat. Malah, kegagalan untuk merawat masalah ini dengan segera boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang teruk, termasuk kegagalan organ.
Danone kekal berazam untuk menyokong keluarga-keluarga di Malaysia yang sedang mengharungi cabaran kesihatan dan nutrisi yang lazim berlaku dalam masyarakat hari ini.
Syarikat itu menerajui beberapa inisiatif, termasuk:
● Jelajah Generasi Kuat Zat Besi Dugro merupakan satu kempen di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zat besi dalam nutrisi kanak-kanak, serta memupuk generasi kanak-kanak yang kuat zat besi. Kempen tersebut menyediakan pemeriksaan dan perundingan anemia tanpa invasif secara percuma kepada kanak- kanak.
● Memupuk kerjasama yang kukuh dengan rakan kongsi penjagaan kesihatan berdasarkan dua tujuan - pertama, memerangi anemia dengan membudayakan saringan proaktif di seluruh negara selari dengan program pemeriksaan kesihatan yang sedia ada dalam penjagaan kesihatan primer. Kedua, mendidik umum tentang kekurangan zat besi dan mikronutrien, terutama dalam kalangan ibu bapa dan penjaga.
● Memanfaatkan sumber dan kepakarannya untuk menggunakan peralatan bukan invasif yang mengukur paras hemoglobin, sekali gus menghapuskan keperluan untuk kaedah tradisional pengambilan darah secara invasif.
● Bekerjasama dengan pakar penjagaan kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan. Kerjasama merentasi disiplin ini membolehkan Danone menentukan aspek-aspek di mana sokongan Danone dapat mencetuskan impak terbesar, bagi memastikan Danone dapat terus menangani isu-isu kritikal yang timbul.
Untuk maklumat lanjut tentang Generasi Kuat Zat Besi Dugro dan inisiatif-inisiatif lain, layari https://www.dugro.com.my/bm/ida.html.
Rujukan:
[1] World Health Organisation (2008) Worldwide prevalence of anaemia 1993–2005. In: de Benoist B, McLean E, Egli I, Cogswell M, editors. WHO global database on anaemia. Geneva: World Health Organization
[2] Anaemia in women and children (2021). World Health Organization. https://www.who.int/data/gho/data/themes/topics/anaemia_in_women_and_children?utm_c ontent=buffer 85683&utm
[3] Ministry of Health, Malaysia Institutite for Public Health, NHMS 2022: Maternal and Child Health; wwww.iku.gov.my/nhms
[4] https://www.danone.com/stories/one-planet-one-health.html
Bayar Kompaun Di SSM KL Sentral
Thursday, 6 July 2023
Order Bunga Long Call Untuk Amalin
Wednesday, 5 July 2023
Selalunya kalau ada chambee yang long call kitorang akan order online tapi kali ni untuk Amalin memang tak sempat nak order online sebab sibuk sangat dengan hal dekat office. Jadi kitorang cari masa sebelum balik singgah kejap dekat Citta Mall pergi ke Tailored Floral. Sebelum ni Nora pernah order bunga dekat sini untuk client so kitorang tahu memang service dia okay.
Lama jugak lah kitorang cari bouquet macam mana yang sesuai untuk Amalin. Cari yang tahan lama dan tahan lasak sebab yang nak bawa esok paginya our boss. So we have to prepare jambak bunga yang tak mudah patah.
this one is pretty but fragile so it's a no |
Strim rancangan-rancangan Asia terhebat di Astro
Tuesday, 4 July 2023
Strim rancangan-rancangan Asia terhebat di Astro | Aplikasi penstriman popular seperti Viu, TVBAnywhere+, iQIYI, WeTV dan ZEE5 di Ultra dan Ulti Box
Dari K-drama terhangat hingga rancangan Bollywood yang hebat, para pelanggan Astro kini boleh mengakses lebih banyak rancangan Asia premium termasuk kandungan Korea, Cina, Jepun, India, Asia Tenggara dan Malaysia pada Ultra/Ulti Box mereka dengan aplikasi seperti Viu, TVBAnywhere+, iQIYI, WeTV dan ZEE5.
Pada Julai ini, anda boleh menikmati rancangan Asia terbaik dari seluruh rantau ini termasuk:
- K-Drama yang dinanti-nantikan: Numbers yang dibintangi Kim Myung-soo dari INFINITE dan siri komedi bergenre dendam Delightfully Deceitful di Viu.
- Program Bahasa Cina yang wajib ditonton: Drama fantasi Snow Eagle Lord dan kisah remaja yang menginspirasikan Where Dreams Begin di WeTV; siri fantasi percintaan Beauty of Resilience di iQIYI; dan siri supernatural Hong Kong Unchained Medley di TVBAnywhere+.
- Rancangan tempatan baharu untuk ditonton tanpa henti: thriller psikologi Alter-Naratif dan romantik komedi Journal Sarahaeyo di Viu.
- Untuk peminat hiburan dari India: Biopik Hindi berdasarkan chef ikonik India Tarla, drama aksi Tamil Kathar Basha Endra Muthuramalingam (tayangan perdana pada 7 Julai) dan rancangan komedi Telugu Maya Bazaar – For Sale (tayangan perdana pada 14 Julai) di ZEE5.
- Rancangan lain yang anda perlu tonton: Siri percintaan Indonesia Mozachiko di WeTV dan Marriage With Benefits di Viu.
Dapatkan akses ke dunia hiburan Asia dengan aplikasi ini melalui Astro untuk penjimatan terbaik:
Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria
“Drama slot MegaDrama sering memaparkan storytelling yang berat dan sarat dengan pergelutan jiwa. Namun kali ini kami menyampaikan naratif yang lebih santai dan diselitkan unsur-unsur humor yang mampu membuat para penonton tersenyum.
‘Chinta Wrong Direction’ memaparkan kisah romantik antara dua watak utamanya, Akid dan Chinta yang mula berputik ketika bekerja bersama. Jalan cerita sebegini amat digemari penonton-penonton muda yang sentiasa inginkan penceritaan romantik K-drama. Lantas kami mahu memenuhi kehendak penonton dan MegaDrama merupakan platform yang terbaik untuk melakukannya.
Naratif yang dipaparkan pada kali ini mempunyai dua gambaran. Walaupun kisah kehidupan watak-watak utamanya berat dengan cabaran masing-masing, kami menyeimbangi jalan cerita mereka berdua dengan kisah pertemuan yang romantis bak cerita ‘first love’ yang mampu menarik para penonton kepada gandingan baharu ini. Semestinya penceritaan sebegini akan menambat hati para peminat drama romantis Korea yang selalunya mempunyai elemen-elemen berat yang disulami dengan side story kisah hero dan heroin yang lebih mengujakan sehingga ke pengakhirannya.
Selain daripada itu, kami ingin mengalu-alukan Erysha Emyra ke slot MegaDrama Astro Ria. Perwatakan Erysha sangat dekat dengan apa yang kami inginkan buat watak Chinta. Gandingannya bersama Hun Haqeem yang memainkan watak Raja Akid sangat hebat. Mereka bijak menyampaikan setiap perasaan dengan betul dan juga pandai dalam memberi ekspresi yang tepat untuk babak-babak yang berat. Kami yakin gandingan baharu ini bakal menjadi sensasi dengan keserasian mereka. Kami juga berharap para penonton dapat melihat kelebihan mereka menerusi drama ini.”
Hadith Omar - Pengarah drama ‘Chinta Wrong Direction’
“Walaupun Erysha merupakan seorang pendatang baharu, dia merupakan seorang yang berbakat dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan di set penggambaran. Hun dan Erysha sudah ditemukan sebelum penggambaran bermula lagi untuk memudahkan mereka mencipta chemistry antara satu sama lain. Hun merupakan seorang pelakon yang amat membantu pasangan lakonannya. Hun banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan tips sepanjang penggambaran dijalankan. Erysha juga amat komited untuk melaksanakan permintaan saya sebagai pengarah.
Drama ini diinspirasikan daripada novel ‘Chinta’ karya Norhayati Berahim. Terdapat improvisasi yang dilakukan daripada novel asal untuk menyesuaikan dengan trend terkini dan untuk mengembangkan cerita sesuai untuk tayangan televisyen. Ini adalah interpretasi kami sebagai produksi untuk menterjemahkan naskhah novel yang mendapat sambutan ramai ini.
Cabaran terbesar untuk drama ini adalah percaturan kami untuk mengetengahkan bakat-bakat muda dan baharu. Kami ingin menyampaikan sesuatu yang fresh kepada para penonton, dan kami berharap mereka dapat menerima generasi baharu ini kerana mereka berbakat besar.
Selain itu kami juga berdepan dengan cabaran di mana Hun dijangkiti virus Covid ketika di peringkat awal penggambaran. Hun juga ke Korea pada pertengahan penggambaran namun semuanya dapat dijalankan sehingga sempurna penggambaran. Peminat drama patut menonton drama ‘Chinta Wrong Direction’ ini kerana ia menampilkan bakat-bakat baharu selain jalan ceritanya yang mengandungi pelbagai emosi. Ada cinta, ada suka, ada duka.
Drama ini juga sarat dengan elemen kekeluargaan yang saya rasa ramai penonton di luar sana yang boleh relate dengan isu dipaparkan. Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperoleh daripada drama ini. Antara pengajaran besar yang dipaparkan adalah pentingnya ikatan kekeluargaan. Sebaik mana atau seburuk mana seseorang ahli keluarga, mereka adalah orang yang akan sentiasa bersama kita susah dan senang. Hormat kepada kedua orang tua kita. Selain itu drama ini juga mengetengahkan isu kesihatan mental.”
PECAHAN WATAK DRAMA ‘CHINTA WRONG DIRECTION’
Hun Haqeem sbg Raja Akid
Erysha Emyra sbg Chinta
Kimberly Chuah sbg Candy
Raff Roslee sbg Fuad
Datuk Hilal sbg Azman Kamal
Wan Nor Azlin sbg Cik Molek
Azhar Amir sbg Raja Haidar
Sharifah Shahorah sbg Shima
Hazeeq Dean sbg Saiful
Shaza Bae sbg Akma
SINOPSIS DRAMA ‘CHINTA WRONG DIRECTION’
Personaliti radio GEGAR, Ewan, Issey and Aswad di ‘Korban GEGAR’ |
• Sempena Aidiladha tahun ini, GEGAR menganjurkan ibadah korban menerusi ‘Korban GEGAR’ dan mengagihkan daging korban kepada kira-kira 80 penduduk di Kampung Padang Mokan, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
• Gotong-royong penyembelihan dan pengagihan daging korban dilakukan di Masjid Mukim Padang Mokan, yang disertai oleh personaliti radio GEGAR termasuk Issey (GEGAR Pagi), Ewan (GEGAR Petang), Aswad (GEGAR Malam), KRU Gegar dengan bantuan daripada penduduk kampung dan Geng GEGAR Fan Club (GGFC) di Kota Bharu.
• Penganjuran ‘Korban GEGAR’ mendapat kelulusan dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta mematuhi garis panduan ibadah korban yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
• Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘Korban GEGAR’ dan kempen-kempen, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial.
Ulasan Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR
“Kami bersyukur dapat menjalankan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan ini kepada peminat-peminat di Pantai Timur, khususnya di Kampung Padang Mokan, Kota Bharu Kelantan. Selain menjalankan ibadah yang dituntut di dalam Islam, tujuan penganjuran Korban GEGAR juga adalah berkongsi rezeki bersama peminat dan penduduk kampung untuk meraikan Hari Raya Aidiladha dan tanda terima kasih kami atas sokongan mereka selama ini.”
Ikuti Laman Media Sosial GEGAR