Movie Review | Lust Stories 2 (2023)
Saturday, 1 July 2023
Just like I said earlier, penyumbang terbesar mesti movie review dekat Netflix sebab I penonton setia Netflix hshshs especially movie Hindustan dengan Korea. Dekat atas sekali pun dah nampak Movie Review Gumraah paling atas dan banyak sampai 3 ribu. Mungkin ada yang datang dari Twitter jugak sebab ada update dekat sana. Drama Review Dr. Cha pun tengah hype, gigih marathon sebab nak tarik keywords dari entry tu.
3. Keywords
Kalau tengok pada keywords dekat data Google Search Console ni kebanyakannya Polis Evo 3 yang tapau. Tak hairan juga sebab bulan Mei sampai Jun penuh press release movie no. 1 untuk tahun 2023. Movie Pulau pun penyumbang keywords yang banyak juga walaupun kena boikot katanya. I bet ramai yang tunggu movie tu masuk streaming platform. Astro Kem Badminton tu tak sangka menyumbang banyak jugak, kalau Astro tak hantar press release memang tak tahu pasal kem ni.
Pameran Hallyu Wave dekat Balai Seni Negara tu masih lagi menyumbang keywords walaupun dah berada dekat second page. Untuk bulan Julai ada banyakkkkkk movie review sebab masa raya haji dok layan movie je tapi tak sempat nak update blog sebab malas nak bawak balik laptop.
Disebabkan memang aim nak rest makan tidur je msa raya maka terbabaslah untuk update 60 entry bulan Jun. Weekdays memang tak sempat lah nak update sebab overtime sampai 10 malam. Kadang tu pergi event balik dah lewat malam dah. Badan penat jadi tak sempat lah nak update. Tahun ni rasa macam tak mampu nak beat total entries tahun lepas tapi kita cuba lah capai 60 entries setiap bulan. Lagi banyak entry, lagi banyak lah pageviews.
Macam biasa, terima kasih yang berkunjung ke blog ni walaupun sekali dua je, semoga entries dekat blog ni membantu sebagai rujukan walaupun rujukan benda lagha hihu. Yang drop comment tu insya-allah akan dibalas kunjungannya. Take care everyone :)
Kagumi Kemunculan Pertama ‘Ultraman Blazar’ di Malaysia
Tuesday, 27 June 2023
Kagumi Kemunculan Pertama ‘Ultraman Blazar’ di Malaysia | Dapatkan tiket tayangan, pas Meet & Greet dan barangan eksklusif Ultraman Decker secara PERCUMA dengan Astro Rewards
- Muat turun dan log masuk ke aplikasi MyAstro dan cari halaman utama Ultraman
- Klik REDEEM untuk mendapatkan kod Rewards
- Tunjukkan kod Rewards di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar pada 24 & 25 Jun dan tebus tiket tayangan/pas Meet & Greet anda
POLIS EVO 3 DIABADIKAN DI MURAL GERGASI | “Filem Tempatan Pertama Catat Sejarah Sekaligus Lancar T-Shirt Eksklusif Untuk Peminat”
Kuala Lumpur, 25 Jun 2023 – Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor 1 paling laris 2023. Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi.
Sesi pelancaran telah diadakan di lokasi mural tersebut pada hari ini dan dihadiri oleh pelakon utama, Shaheizy Sam dan Zizan Razak bersama Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, Penerbit dan wakil Produksi BlackFlag, Joel Soh serta Pengarah Syafiq Yusof.
Sementara itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith. Selain itu, turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, YBHG. Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dan penonton, pihak kami telah mengabadikan Polis Evo 3 dengan menghasilkan lukisan mural graffiti. Lukisan Polis Evo 3 ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan bergambar kenangan bersama mural istimewa ini. Selain itu, menerusi lukisan mural ini, kami cuba membawa mesej selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’ kepada masyarakat di mana kita mampu melakukan dan atasi apa sahaja rintangan dengan usaha bersama”.
Mural ini menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan tagline Polis Evo 3, ‘Kita Lagi Kuat Boh’. Simboliknya adalah tidak kira di mana jua anda berasal, kita mampu mencapai impian masing-masing dengan usaha. Mural setinggi 1000 kaki persegi itu merupakan hasil lakaran Abdul Rashade Studio. Mural ini mendapat sokongan daripada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.
Sementara itu, pihak Astro Shaw juga turut melancarkan penjualan t-shirt eksklusif Polis Evo 3 secara rasmi. Terdapat 3 reka bentuk berbeza untuk pilihan peminat dan boleh dibeli di laman sesawang The Merchist dengan harga RM79.00.
Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Movie Review | Tiku Weds Sheru (2023)
Monday, 26 June 2023
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023
Saturday, 24 June 2023
Sekarang ni dah jadi acara wajib dah untuk satu family pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dekat PWTC. Tahun ni adik bongsu excited nak pergi PBAKL 2023 sebab katanya ada anime tapi bila check hujung acara baru ada, masa tu diorang dah balik ke Sabak dah pun. Sudahnya pergi sebab nak cari buku latihan untuk dia dengan adik second last sebab tahun depan dia SPM. Adik sepupu pun ikut sekali sebab nak beli buku latihan Fizik.
Nampak macam murni kan alasan masing-masing padahal nak beli komik dengan manga. Tapi sebab mak ikut sekali kan, terpaksa lah berlakon suci.
Tahun ni guna laluan baru sebab MRT Putrajaya line dah beroperasi jadi dari MRT Kwasa Sentral pergi ke MRT Kwasa Damansara untuk tukar naik MRT Putrajaya line kemudiannya turun ke MRT Titiwangsa lepastu naik LRT ke PWTC. Ikutkan nak park kereta dekat MRT Kwasa Damansara tapi sistem Touch N Go rosak jadi better topup dekat MRT Kwasa Sentral. Lagipun kawasan MRT Kwasa Damansara tu sunyi sikit.
Kitorang gerak pukul 10 pagi jadi tak la sesak sangat sebab masih pagi lagi. Nak berjalan pun boleh bernafas lagi lah walaupun weekend. Selalunya kitorang pergi weekdays tapi I busy kerja so terpaksa lah pergi weekend.
Penulis : Anna Lee
Penerbit : Prolog Media
Helaian : 383 mukasurat / 60 bab
Genre : Romantik / Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2022
Harga : RM (Semenanjung Malaysia), RM (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
Kerana takdir akan menemukan jalannya.
Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya.
Remi, lelaki asing yang tiba-tiba muncul dikampung itu lima tahun lalu tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung, kecuali Tok Salim, ketua kampung. Kutu rayau, kaki lepak, itulah gelaran yang diterima. Namun itu semua langsung tidak diendahkannya.
Soraya, kepulangannya menjadi buah mulut.
Remi, kemunculannya menjadi tanda tanya.
Apabila hati yang terluka bersatu dengan hati yang penuh rahsia, akhirnya menimbulkan kekalutan. Remi dan Soraya cuba untuk meleraikan kekalutan itu, dan bersama mereka menemui dan membongkar satu rahsia yang disembunyikan bertahun lamanya.
Review:
Happy bila baca karya Anna Lee yang membuka kisah percintaan Remi dan Soraya di sebuah kampung kecil terletak di Terengganu. Sebelum ni memang mencari kisah cinta tapi ada drama yang cringe pula. Bila jumpa I’m Yours tak ambil masa yang lama pun untuk habis.
Dekat sinopsis penulis dah dedahkan yang watak heroin adalah janda dengan anak dua orang – Mawar berumur 17 tahun dan Jebat berusia 8 tahun. Mereka menurut untuk berpindah ke Terengganu kerana wasiat nenda Soraya yang mewariskan harta pusaka sebuah villa yang tersergam indah di persisiran pantai.
Soraya dah pasang niat untuk jual villa tersebut dan hasilnya akan digunakan untuk teruskan hidup bersama dua orang anaknya. Malangnya wasiat tersebut mempunyai syarat di mana dia perlu berkahwin supaya Soraya kenal erti tanggungjawab. Villa itu juga tak boleh jual atau disewakan dalam tempoh 5 tahun.
Kusut dengan syarat wasiat tersebut, Tok Salim bagi jalan keluar dengan pujuk Soraya untuk berkahwin dengan Remi. Walaupun orang kampung menyampah dengan Remi tapi di mata Tok Salim, Remi adalah manusia yang baik budi pekertinya. Sebab tu dia berani calonkan Remi mejadi suami Soraya.
Awalnya Soraya takut juga sebab bekas suaminya, Henry jauh lebih bagus dari Remi baik dari segi rupa kacaknya, hartanya dan statusnya juga. Tapi nak buat macam mana, apa lagi pilihan yang dia ada untuk dapatkan harta yang diwariskan kepada dia. Takkan nak lepaskan kepada Maksu Rina yang tamak tu. Dia pun ada dua orang anak perlu dijaga.
"Serah segalanya kepada DIA. Sebab semua yang berlaku ni bukan salah sesiapa. Semua ni sudah ditentukan. Sudah disusun saat roh kamu belum ditiup lagi. Cuma kamu perlu berserah, berusaha dan kemudian bertenang." - Tok Salim
Memandangkan dekat sinopsis, penulis dah bagi hint elemen misteri jadi penceritaannya ada banyak flashback dan juga berteka-teki tapi tak susah pun untuk teka plot dia macam mana. Which is good for me lah sebab nak baca something yang light je. Macam kelakar lah Soraya tak kenal siapa Remi sedangkan dia pernah obsess satu ketika dulu. Kalau Soraya tak mampu patutnya Mawar mampu. Mungkin sebenarnya kenal tapi lebih kepada in denial. Boleh je jadi macam tu. Nasib baik penulis tak letak fasa in denial tu terlampau lama sampai timbul rasa jelak.
Selain seronok baca kisah Soraya dengan Remi, seronok juga baca macam mana Remi luangkan masa dengan Jebat. Kalau jadi Jebat memang bersyukur sangat ada ayah tiri yang pandai bertukang, memasak, berniaga, pendek kata serba-serbi sempurna. Masa baca ni terbayang Remi tu Wonwoo Seventeen ada misai dengan jambang hshshs
"Allah cipta hambanya dengan imitasi tertentu. Tak semua orang punya kelebihan dan kekurangan yang sama. Jadi Allah lebih tahu kemampuan hambanya. Dan kita, lakukan sedaya kita secara berterusan. Insya Allah, kalau sebelum ni setakat boleh berjalan saja mungkin selepas ini kita dah boleh berlari anak, lepas tu mungkin boleh maraton pula." - Remi
Kelemahan pada novel I’m Yours ni bila ada plot tak dikembangkan sangat macam kumpulan isteri yang benci sangat dengan Soraya. Mesti lah ada faktor yang kuat untuk rasa negatif tu tapi tak diceritakan langsung. Sama juga dengan watak Henry.
Walaupun kisah I’m Yours berlatarkan kehidupan masyarakat Pantai Timur tapi tak banyak pun kelebihan demografi atau geografi yang digunakan dalam cerita romantik drama ni. Bahasa orang kampung pun tak ada slang atau loghat sana.
Kalau ikutkan I tak minat sangat dengan bunga bahasa Anna Lee tapi okay lah untuk penceritaan santai. Tak pasti lah Prolog Media ni tak ada proof reading session ke apa sebab ada ayat yang tak kena macam ‘ikutkan hati ingat saja dia pulang’, 'rupanya awak nak suruh saja jual' ataupun ‘bibirnya mengukir tersenyum’. Dah masuk 4 novel I baca dari penerbit yang sama so boleh lah buat kesimpulan ni kan?
1. Author +0.6, 2. Plot +0.7, 3. Genre +0.6, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3.3/5