Sertai pertandingan street dance terbesar - Battleground Malaysia: Road to Gold

Monday, 19 June 2023

Sertai pertandingan street dance terbesar - Battleground Malaysia: Road to Gold | Menangi kemasyhuran dan wang tunai berjumlah RM155,000

Para penari street dance di Malaysia, bersedia untuk bersinar bagaikan emas! Anda berpeluang untuk diketuai penari-penari hebat negara menerusi pertandingan street dance sensasi yang bakal dipaparkan dalam Battleground Malaysia: Road to Gold, siri realiti sebanyak enam episod yang diterbitkan oleh Astro.

Uji bakat untuk Battleground Malaysia: Road to Gold dengan post rutin tarian anda, sama ada solo atau berkumpulan menerusi TikTok/Instagram dengan hashtag #BTGMYaudition. Uji bakat dalam talian bermula 17 Jun hingga 2 Julai 2023 untuk mereka di antara 9 hingga 30 tahun.

Penari yang disenarai pendek akan mara ke pusingan kedua menerusi uji bakat on-ground di pusat membeli-belah AEON Shah Alam pada 8 dan 9 Julai di mana 60 penari akan dipilih untuk bertanding dalam Battleground Malaysia: Road to Gold.

Bermula daripada peringkat ini, empat kapten tersohor akan mencari krew penari mereka masing-masing dengan menguji kebolehan individu menerusi pelbagai cabaran tarian. Hanya penari yang terhandal bakal mara ke peringkat pertandingan seterusnya.

Empat kapten tersohor ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali dalam breaking Lego Sam, wakil B-Boy Sukan SEA Mohammad Faridh “Khenobu” Mohd Yasin, Danny Lee dari kumpulan muzik dan tari 3P (Threee Production) serta penari dari kumpulan yang memenangi Astro Battleground 2010 dan 2011, Savoon (@savooneleven).

Peringkat akhir akan menyaksikan 3 krew penari bertanding untuk merangkul kejuaraan dan akan membuat persembahan di hadapan panel hakim antarabangsa. Juara akan menerima wang tunai RM100,000 dan tempat kedua akan menerima RM30,000. Selain itu, penari-penari dalam kumpulan kedudukan pertama akan bertanding di antara satu sama lain. Penari terbaik pertandingan akan menerima RM25,000.

Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan satu inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan. Pesonakan kami dengan gerak-geri anda. Hantarkan video uji bakat anda mulai sekarang hingga 2 Julai 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari, astro.com.my/BTGMY

Book Review | Partner In Love (2022)

Sunday, 18 June 2023

Penulis : Sophia

Penerbit : Prolog Media

Helaian : 364 mukasurat / 53 bab

Genre : Misteri

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2022

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM31.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa.

Rayyan pula seorang doktor yang diselubungi dengan misteri keluarga.

Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah rubik's cube, mereka bertemu.

Satu kejadian telah mendekatkan mereka.

Satu persoalan telah merapatkan mereka.

Dan kerana satu janji, kedua-duanya saling terikat dalam keterpaksaan.

Khalisa setuju untuk membantu Rayyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan.

Rayyan pula terpaksa menerima bantuan itu kerana itulah permintaan terakhir arwah ayahnya.

Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Teka-teki terakhir perlu diselesaikan demi meraih sebuah jawapan. Namun, semakin dalam mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.

“You crack the code, I’ll get the answer...”

Review: 

Tertarik dengan blurb sebab comel and in the mood untuk something sweet tapi ternyata salah. Genre novel yang mengisahkan tentang Rayyan dan Khalisa adalah thriller dan misteri. Khalisa bekerja sebagai janitor di hospital tempat Dr. Rayyan bekerja dan mereka jarang berjumpa. Terserempak sekali dua kerana Khalisa selalu meluangkan masa bersama Pak Cik Ariffin. 

Satu hari kawan baik Khalisa, Insyirah terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pembedahan segera tapi Khalisa tak mampu membayar kos rawatan tersebut. Pak Cik Ariffin menghulurkan bantuan dengan balasan Khalisa sanggup menjaga sesuatu yang dia sayang. Seusai pemergian Pak Cik Ariffin, Khalisa dan Rayyan terjebak dalam satu permainan untuk merungkai sebuah misteri yang besar. 

Khalisa dan Rayyan yang awalnya adalah orang asing dijodohkan kerana permainan tersebut dan semakin lama mereka mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing. Walaupun tajuk nampak sweet tapi tak ada banyak pun babak sweet sebab Khalisa dengan Rayyan menggunakan aku-kau ketika berbicara. Tapi ada masanya jealous lah dengan Khalisa sebab dapat suami baik, bertanggungjawab, bijak, jaga ibadah macam Rayyan. Kalau jadi Khalisa pun tak kisah nak menurut semua kemahuan Rayyan sebab tahu masa depan sentiasa terjaga bila ada pemimpin yang bagus. 

‘Manusia tak boleh predict masa depan. Sama juga hubungan kita kalau kita kahwin. Aku tak anggap perkahwinan ni main-main. Tapi sekarang ni, ini aje pilihan yang kita ada. Tak adil aku rasa kau lepaskan benda yang kau nak tahu hanya sebab keputusan yang aku buat. Apa yang akan jadi nanti, kita serahkan kepada takdir. Deal?’ - Khalisa

Dekat awal novel seronok bermain teka-teki dengan Rayyan dan Khalisa untuk mencari jawapan pada setiap persoalan di setiap negara yang mereka pergi. Susah nak teka apa jawapannya sebab penulis cuma bagi klu tersebut kepada watak dia sahaja so kita tak boleh nak take part sekali. But still it is fun to read. 

Tapi bila dah terbongkar rahsia dan misteri yang disimpan rasa menyampah dah nak baca sebab konflik keluarga yang draggy dan tipikal seperti drama Akasia TV3. Penulisan penulis menarik tapi ada masanya meragukan juga sebab tak faham apa yang cuba dia sampaikan. Grammar untuk perbualan dalam bahasa Inggeris pun ada banyak salah. Ada beberapa dialog yang terasa canggung dibaca sebab campur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kalau Manglish seronok lah nak baca tapi yang ni macam sembrono saja campur itu ini. Kalau satu watak boleh faham tapi kalau semua, kita tahu itu kelemahan penulis. 

Novel ni patut kembangkan lagi beberapa plot yang penting seperti pencarian Khalisa di Malaysia atau kenapa Shayleigh tega buat keputusan untuk buang Rayyan. Part yang patut dibuang ialah adegan gatal Rayyan sebab macam tak masuk dengan mood. Hal laki bini patutnya simpan dalam imaginasi penulis saja. 

1. Author +0.6, 2.Plot +0.5, 3. Genre +0.5, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3/5

Movie Review | Bloody Daddy (2023)


Director: Ali Abbas Zafar
Writers: Ali Abbas Zafar, Aditya Basu, Siddharth–Garima 
Cast : Shahid Kapoor, Sanjay Kapoor, Diana Penty, Ronit Roy, Rajeev Khandelwal, Ankur Bhatia, Vivan Bhatena
Production Companies: Jio Studios, AAZ Films, Offside Entertainment, Sradvn Production
Distributor: JioCinema 
Genre: Action / Thriller
Running Time : 121 minutes
Release Date : 9 June 2023
Trailer :


Kisah bermula dengan pertarungan antara Sumair Azad (Shahid Kapoor) bersama Jaggi (Zeishan Quadri) di bandar Gurugram untuk menangkap drug dealer. Sumair merupakan polis bahagian narkotik yang sedang menyiasat kartel dadah di bandar tersebut. Kerana rampasan tersebut gagal bila Morris berjaya loloskan diri, Atharva Azad (Sartaaj Kakkar) ditangkap oleh Sikandar Chowdhary (Ronit Roy). 

Sumair terpaksa pulangkan sebuah beg coklat berisi 25 paket kokain jika dia ingin anak lelakinya pulang dengan selamat. Inspektor Aditi (Diana Penty) syak Sumair adalah polis narkotik yang bekerja dengan Sikandar bila ternampak Sumair datang ke crime scene. Makin kuat sangkaannya bila Sumair berjumpa dengan Sikandar di hotel dengan beg tersebut. 


Aditi laporkan kepada ketuanya, Inspektor Sameer Singh (Rajeev Khandelwal) untuk datang tangkap Sumair dan dedahkan korupsi yang berlaku. Dalam masa yang sama kerja Sumair jadi terganggu gara-gara Aditi ditambah pula dengan kedatangan business partner, Sikandar bernama Hameed (Sanjay Kapoor). 

Dalam masa satu malam banyak watak yang terlibat hanya kerana sebuah beg berisi 25 paket dadah. Sudah lah sesak dengan majlis perkahwinan yang meriah ditambah pula dengan kehadiran beberapa tetamu tak diundang. Filem Bloody Daddy adalah remake kepada filem French, Sleepless Night (2011) dan Thoongaa Vanam (2015). 


Untuk versi Hindi, pengarah aksi terkenal, Ali Abbas Zaffar mengolah naskhah tersebut berlatarkan pasca perintah berkurung. Tapi tak perlu pun sebenarnya highlight latar masa ni sebab tak menambahkan impak pada penceritaan. Dari awal sampai ke hujung filem tak ramai pun yang pakai mask. 

Kali kedua Shahid Kapoor berlakon dalam filem aksi selepas R..Rajkumar (2013) tapi lebih menarik dan intense sebab lebih banyak berbanding sebelumnya. Sebelum ni naskhah aksi tersebut lebih terarah kepada masala. Kali ni dalam avatar yang lebih serius dan keadaan yang lebih genting kerana nyawa anaknya dalam bahaya. Mungkin action stunt dalam Bloody Daddy dianggap sloppy tapi Ali Abbas Zaffar kenal subjeknya yang baru saja berjinak dengan genre aksi. 


Tak pasti lah niat pengarah untuk masukkan Sanjay Kapoor supaya menghidupkan elemen komedi ataupun menambahkan ketegangan sebab watak dia agak lemah dan tenggelam dengan kehadiran Ronit Roy sedangkan Sanjay atau Hameed lebih senior. Ada masanya Bloody Daddy ke arah black comedy tapi ada masanya kekal intense sebagai thriller. I appreciated both but I need more from them. Kelakar tengok Sikandar pujuk pengantin perempuan bagitahu Baadshah dah sampai. 

Sama juga dengan kehadiran watak Aditi dari awal lagi. Sayang lah kali ni Ali Abbas Zafar tak endahkan sangat dengan watak heroin sedangkan dia beria untuk watak Zoya dalam franchise Tiger. Jadi tanda tanya sama ada Ali takut kena bash dengan fandom Zoya ataupun dia tak pasti di mana perlu kembangkan watak Aditi. Tak ada masalah pun kan kalau Aditi datang backup dekat final act daripada biar Aditi termangu dengan fakta dari Sumair atau senior dia. 


Sinematografi dari Marcin Laskawiec menghidupkan aksi panas dalam Bloody Daddy ditambah dengan music score yang bertenaga hasil gubahan ulius Packiam. Bukan taakat keluarga pengantin dan tetamu majlis perkahwinan tu excited nak tengok Baadshah, I pun excited sekali layan lagu Issa Vibe. 



Walaupun banyak benda yang meragukan macam kekuatan fizikal beberapa watak terutamanya Sumair dan juga props tapi okay lah nak layan sebab filem Bloody Daddy ditayangkan secara percuma di JioCinema. Boleh lah semua orang sedar yang dekat India susah nak dapat lactose-free chocolate milk. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 7/10

Pengarah:  Rako Prijanto
Penulis Skrip: Anggoro Saronto, Rako Prijanto
Pelakon : Mawar de Jongh, Hanggini, Sara Fajira, Adipati Dolken
Syarikat Produksi: Falcon Black
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 16 Februari 2023
Trailer :

\

Selepas naskhah remake Bayi Ajaib (2023), Falcon Black muncul dengan sebuah lagi naskhah seram yang ditayangkan di Netflix berjudul Para Betina Pengikut Iblis arahan Rako Prijanto. Bermula dengan kisah Sumi (Mawar de Jongh) menguruskan ayahnya, Karto (Derry Oktami) yang sakit dan perlu dipotong sebelah kakinya kerana luka yang teruk. Tak diceritakan dengan jelas penyakit apa, yang pastinya Dr. Freedman (Hans de Kraker) memberi painkiller ataupun morphine untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.

Bila ayahnya sakit, pendapatan mereka juga terjejas kerana warung gulai kepunyaan ayahnya tidak beroperasi. Sumi cuba meminta bantuan Pak Mimin (Agus Koncoro) namun lain pula yang dimintanya. Iblis (Adipati Dolken) datang membantu Sumi dengan mengarahkan dia supaya guna saja daging manusia sebagai daging gulainya. 

Sumi mencuri mayat Ningrum (Anindya Arioni) yang mati dibunuh di kaki bukit. Sejak hari tersebut, warung gulai Sumi sentiasa penuh dengan orang. Sementara itu roh Ningrum meminta pertolongan dari Sari (Hanggini) untuk menuntut keadilan kerana jawapannya ada pada Asih Cempaka (Sara Fajira).  

Naskhah seram terbaru ni mempunyai jalan cerita yang segar dan menarik di mana pada akhirnya kesemua watak mempunyai pertalian untuk menjadi pengikut Iblis. Dari tajuk lagi kita dah tahu motif Iblis mengumpul pengikutnya dan dari poster kita tahu watak yang mana cuma tak tahu alurnya bagaimana. 

Kalau sembang tentang Iblis manipulasinya yang menjadi kekuatan namun dalam naskhah Para Betina Pengikut Iblis kelihatan agak lemah dialognya. Tak banyak pun hasutan yang dia perlu lakukan untuk tarik kesemua betina ni sebagai pengikut sedangkan watak Sari jaga ibadah dia. Kalau jaga ibadah maksudnya tinggi lah iman dia tapi sebaliknya. Mungkin sebab dia miskin jadi mudah untuk dia termakan kata-kata Iblis tapi olahan penulis dan pengarah adalah kelemahan terbesar. 

Pace filem Para Betina Pengikut Iblis adalah perlahan dan mempunyai banyak persoalan yang tak terjawab. Dapat jawapan untuk kehilangan Ibu Sumi tapi tiada jawapan untuk Ahmad. Macam mana Sari boleh pilih jalan gelap dan menguasai ilmu tersebut juga tak diceritakan. 

Walaupun naskhah Para Betina Pengikut Iblis diklasifikasikan sebagai genre seram tapi lebih kepada gore bila banyak close up shot untuk darah dan babak sembelih atau melapah. Tak nampak real pun sebab masa Sumi pegang usus nampak sangat kain basah yang dicelup dengan cat merah. Personaliti Iblis tak seram pun. Muka dia tempek tepung berlapis itupun tak rata lepastu mata merah sebab pedih masuk tepung gamaknya. Patutnya biar saja Iblis berpakaian kemas seperti dalam babak dia bertemu Sari pada masa muda dulu. Tak memasal Iblis jadi meme Iblis tersakiti. 

Tak pasti dengan latar masa dalam filem ni sebab di rumah Sumi dah ada freezer tempat menyimpan daging sebab kalau tengok pada gaya pakaian mayarakat di situ, macam zaman 1800, zaman Belanda menjajah Indonesia. Ditambah pula dengan kehadiran watak Dr. Freedman. Tengok gaya keluarga Sumi macam tak mampu pun nak beli freezer. Watak Sari pula dye rambut dengan warna burgundy which something quite questionable for that era. Tambah pula di kawasan pedalaman macam tu. Mungkin dia baru pulang dari somewhere sebab pakaian dia agak moden. 

Lakonan Mawar dan Hanggini ada masanya nampak over sangat dengan reaksi muka yang dibikin psiko dalam beberapa babak. Patutnya pengarah relaks je sebab mengganggu screenplay. Berbeza dengan babak Sumi stress dengan ayah dia sebab terlihat natural dengan ketegangan yang dimasukkan. 
Filem Para Betina Pengikut Iblis ni ada sekuelnya so hopefully pengarah atau produser improve mana yang perlu. Sayang lah naskhah yang berpotensi jadi bahan ejekan. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

Drama Review | Farzi (2023)


Director: Raj & DK
Writers: Sita Menon, Suman Kumar, Raj & DK
Cast : Shahid Kapoor, Vijay Sethupathi, Kay Kay Menon, Raashii Khanna, Bhuvan Arora
Production Company: D2R Films
Distributor: Amazon Prime Video
Genre : Thriller
Running Episodes : 8 episodes (42–66 minutes per episode)
Release Date : 10 February 2023
Trailer :


Sejak kecil Sunny (Shahid Kapoor) belajar seni lukisan dengan datuknya sehingga mampu membuat replika lukisan pelukis-pelukis terkenal. Kawan baiknya Firoz (Bhuvan Arora) pula belajar tentang printing atau cerapan di Kranti Magazine dari Yasir (Chittaranjan Giri). Dari kemahiran tersebut mereka berdua mencipta duit palsu untuk keluar dari belenggu hutang yang sarat. 

Bermula dengan alasan untuk menyelamatkan Kranti Magazine kemudiannya menyelamatkan atuknya yang sakit dan akhirnya terjerat dalam kemewahan yang diperoleh dari pemalsuan duit tersebut. Teknik sandwich note yang dilakukan oleh mereka berdua adalah teknik yang paling cemerlang sekali kerana mesin tak mampu bezakan mana yang asli atau palsu. 


Kalau masalah pelacuran adalah masalah pertama terbesar di India, pemalsuan duit berada di tangga kedua. Dan kerana itu lah Michael Vedanayagam (Vijay Sethupathi) memujuk Menteri Kewangan, Pawan Gahlot (Zakir Hussain) untuk menubuhkan unit khas - Counterfeiting & Currency Fraud Analysis & Research Team (CCFART) untuk menangkap penjenayah Mansoor Dalal (Kay Kay Menon). 

Bila sembang pasal series, dah tentu kita akan dapat banyak ruang untuk kenal semua pelakon utama baik protagonis mahupun antagonis. Walaupun dalam drama Farzi arahan Raj & DK tak sepenuhnya berpijak pada hitam dan putih tapi kita tetap didedahkan siapa di pihak yang mana.

 
Dekat awal episod Farzi, watak Sunny banyak keluarkan dialog tentang sistem yang menindas kehidupan orang miskin dan dia juga Firoz terjerat dalam sistem tersebut. Mereka berdua adalah anak yatim dan bekerja dari kecil. Walaupun diceritakan dalam template yang kelakar tetap tak mampu nak gelak bila Sunny dan Firoz terpaksa makan roti setiap hari kerana tak mampu. 

Tak faham juga kenapa Madhav (Amol Palekar) masih setia dalam profesion tersebut sedangkan tak hasilkan banyak duit pun. Bukan saja tak mampu nak gajikan pekerja, nak bagi cucu sendiri makan pun tak lepas. Kesian lah sebab Sunny dengan Firoz tak mampu ke sekolah tapi habiskan masa dengan menjual suratkhabar. 


Watak Michael pula bukanlah polis yang hebat dan berpegang pada prinsip kerana dia juga tersiksa dalam sistem di negara tersebut. Walaupun dia berperang dengan pemalsuan duit tapi dia juga guna duit palsu untuk beli barang kehendak. Dia kejar Mansoor sebab dendam dan ego yang tercalar, berbeza dengan Megha Vyas (Raashii Khanna) yang masih muda dan bersemangat untuk berbakti kepada negara. 

Drama Farzi adalah debut OTT kepada Shahid Kapoor dan juga Vijay Sethupathi dan bukan perkara baru bintang Bollywood bekerja dalam satu skrin dengan bintang Tamil. Masing-masing diberikan ruang tersendiri sepanjang 8 episod dan cuma sekali mereka berdua bertembung dalam babak yang sama. Pertemuan tu tersangatlah genting sampai tak tahu nak berpihak pada siapa sampai serahkan kepada penulis sepenuhnya. I just enjoy the moment. 


Asalnya watak Michael diberikan kepada Nawazzudin Siddiqui tapi bila pengarah buat keputusan untuk jadikan drama, Vijay masuk ganti tempat tersebut. Tak kisah lah Nawazuddin atau Vijay, kedua-duanya mempunyai bakat lakonan yang sama hebat. Grey character adalah forte mereka berdua. 

Kelakar tengok babak Michael dengan Gahlot sembang tentang jenayah dan juga politik. Dinamik mereka berdua melahirkan chemistry yang kuat sampai tertanya macam mana mereka berdua boleh berjumpa dan kekal lama. Dari babak-babak mereka berdua boleh nampak yang Menteri kebanyakannya naik sebab ada sekeliling yang buat kerja tapi kredit diambil sepenuhnya oleh dia. 


Sembang pasal Shahid Kapoor, bukan pertama kali Shahid dapat pujian untuk grey character macam ni bila dia cemerlang dengan double role dalam filem Kaminey (2009) ataupun life partner yang posesif dalam Kabir Singh (2021). Jadi tak hairanlah kenapa Raj & DK perlukan Shahid untuk paparkan watak yang berat supaya penonton tetap setia kepada Sunny hingga ke akhir sebagaimana Firoz kekal setia tanpa banyak soal. Bukan mudah untuk create connection macam tu dan sekarang ramai yang bertanyakan tentang musim kedua.   

Drama Farzi layak dapat perhatian dan pujian kerana jalan cerita yang segar malah tanpa segan silu tonjolkan kenapa jenayah ini berleluasa di India. Baik dari penjenayah bawahan hingga ke kelas atasan di mana ahli politik yang backup penjenayah. Sebelum ni tahu tentang kewujudan jenayah pemalsuan duit tapi tak pernah tahu cara mereka bekerja. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Balada Si Roy (2023)

Saturday, 17 June 2023


Pengarah: Fajar Nugros
Penulis Skrip: Salman Aristo
Pelakon : Abidzar Al Ghifari, Febby Rastanty, Bio One, Omara Esteghlal, Jourdy Pranata, Yusuf Mahardika, Sitha Marino, Marthino Lio, Kiki Narendra, Lulu Tobing, Tanta Ginting, Dede Yusuf
Syarikat Produksi: IDN Pictures
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan:  minit
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022 (Jakarta Film Week 2022), 18 Oktober 2022 (BFFI), 29 November 2022 (Jogja-NETPAC Asian Film Festival), 19 Januari 2023 (Indonesia) 
Trailer :


Indonesia kembali dengan naskhah remaja setelah franchise Dilan (2020) pernah menjadi kegilaan, kali ni diadaptasi dari novel Balada Si Roy karya Gol A Gong. Mengisahkan tentang Roy (Abidzar Al Ghifari) yang terpaksa berpindah ke Serang, pekan kecil yang dianggap kusam kerana lebih mundur dari Bandung. 

Hari pertama persekolahan Roy, dia datang ke sekolah bersama anjing kesayangannya, Joe. Semua mata tertumpu kepadanya terutamanya Wiwik (Zulfa Maharani). Malangnya kecantikan Ani (Febby Rastanty) bukan saja dihargai oleh Roy malah oleh Joe juga. Adegan tersebut diperhatikan oleh Dullah (Bio One) yang mempunyai wang dan kuasa di pekan kecil tersebut. Maka bermulalah episod permusuhan antara Roy dan Dullah. 


Sebagai jiwa panas dan orang kota yang selesa hidup nyaman, Roy tak pernah gentar melawan Dullah. Hanya perlu tempat dan masa, pasti dia akan datang untuk beradu tenaga. Selain mempunyai rakan karib, Andi (Jourdy Pranata) dan Toni (Omara Esteghlal), Roy juga sentiasa dijaga oleh Edi (Yusuf Mahardika). Banyak perkara yang terjadi dalam hidup Roy hinggakan dia bertindak untuk mencari diri sendiri dan meneruskan perjuangan juga amanat arwah bapanya. 

‘Sebagai penakluk, perpisahan bukan satu-satunya jalan yang buntu. Kadang kita memang ditakdirkan buat ketemu, tapi kadang, takdir bisa diwujudkan, hanya saja soal waktu.’ - Roy


Sama seperti franchise Dilan yang berlatarkan era 80-an, filem Balada Si Roy juga berlatarkan era yang sama di mana watak utamanya terjebak dengan geng motor. Aura Roy juga terhasil dari gaya percakapan yang mempunyai keyakinannya yang tinggi, fashion style yang setia dengan jacket denim dan bandana. Semua ini hasil lelah art, props dan wardrobe team yang membuat kajian supaya mood dan vibe filem kembali menghidupkan nuansa era 80-an dengan cemerlang. 

Tona visual juga mendapat sentuhan yang sesuai ditambah dengan shot berkualiti dari Padri Nadeak yang bermain pada subjek dan sekitarnya. Masyarakat kota Serang, budayanya, rakyatnya menguatkan lagi penceritaan dan sifat rebel Roy terhadap korupsi yang berlaku di Serang. Tak kurang juga adegan romantik Roy dengan Ani dalam babak hujan atau pertemuan Roy dengan Dewi (Sitha Marino). 


Penceritaan Balada Si Roy tak terhad kepada kisah cinta walaupun 3 orang watak wanita cantik dalam hidupnya. Dari melawan senior kaki buli di sekolah seperti Dullah, menyuntik semangat keberanian kepada rakan sekolah kepada melawan sistem pemerintahan kuku besi di Serang. 

Bagaimana pertalian antara ayah Roy dan perjuangannya memberi kesan kepada masa depan Roy juga mempunyai kekuatannya sendiri. Dialog dalam naskhah Balada Si Roy juga mantap dalam mengangkat tema kehidupan dan revolusi. Ada babak yang bercerita sepintas lalu tentang kes jenayah pembunuh manusia bertatu yang turut diangkat dalam filem Pengabdi Setan 2 (2021). 


Malangnya drama yang ditonjolkan tak lah begitu terasa walaupun banyak dan berat. Mungkin kerana terlampau mendadak hingga kita tak diberi ruang yang cukup untuk kenal watak Roy dan watak sekitarnya ataupun penulis tak mampu paparkan elemen drama dengan baik. Lihat saja pada babak Ratu Astuti (Lulu Tobing) mengingatkan janji Roy kepada bapanya terasa mendatar sedangkan peralihan penting dari titik Roy si alkohol bertukar ke titik Roy si penulis. 

Perkembangan persahabatan antara Roy dengan Edi pun nampak canggung, tak faham kenapa rapat dan tak faham kenapa Edi setia dengan Roy walaupun karakter berbeza. Kalau ada babak Edi bantu Roy kenal Serang dari perspektif berbeza atau bantu keluar dari cengkaman Menteri, boleh terima lah. Persahabatan tu nampak solid dari awal hingga habis. 


Pelik juga dengan budaya yang dipaparkan dalam filem Roy sebab beria dia sertu setiap kali pegang anjing tapi boleh minum alkohol setiap malam. Kalau tengok pada beberapa babak boleh dikatakan keluarga Roy tak lah miskin selepas berpindah ke Serang sebab Roy mampu beli alkohol dan pergi ke sekolah. 

Personally I rasa filem pertama Balada Si Roy ni patutnya dibikin dua part supaya setiap watak dapat ruang yang secukupnya untuk diperkenalkan kepada penonton memandangkan akan jadi franchise bila novel karya Gol A Gong mempunyai 8 naskhah jumlahnya. 


p/s: Sayang betul Jefri Nichol tak jadi pelakon utama gara-gara kes dadah. He’s a perfect fit for this movie. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10

ONE INDIVIDUAL PLEADED GUILTY TO SELLING TV BOXES WITH UNAUTHORISED CONTENT | RM20,000 fine or 2 months imprisonment

The Kuala Lumpur Sessions Court today charged and fined an individual, Tiew Ai Teng, 38, RM20,000 or 2 months imprisonment for selling TV boxes pre-loaded with unauthorised Astro content under Section 43AA of the Copyright Act 1987. The individual pleaded guilty to the charges and paid the fine.

Tiew committed the offence on 29 June 2022 at an outlet in EkoCheras Mall, Kuala Lumpur. Tiew was found in possession of 5 Android TV Boxes preloaded with unauthorised content.

Recent legal actions against piracy and copyright infringement:

• On 3 April 2023, a 22-year-old student was fined by the Kuala Lumpur Magistrate's

Court for having in his possession an unauthorised link to a popular local TV drama series on his devices

• On 5 April 2023, two individuals were charged at the Kuala Lumpur Session Court (Cyber) for selling TV boxes with unauthorised Astro content

• On 13 April 2023, two individuals were fined RM14,000 in total by the Kluang

Magistrate's Court for selling TV boxes pre-loaded with unauthorised Astro content The Copyright (Amendment) Act 2022 was gazetted on 10 February 2022. Enforcement of the law was implemented by the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP) on 18 March 2022.

The key impact of the amendment is the criminalisation of the sale of illicit streaming devices (ISDs) and associated software applications that allow unauthorised access to copyright content. Anyone found guilty can be fined a minimum of RM10,000 to a maximum of RM200,000 or be imprisoned up to 20 years, or both.

The amendments to the Copyright Act followed the declaration by the Intellectual Property High Court in Kuala Lumpur in May 2021 that the sale, offer for sale, distribution and/or supply of ISDs that can provide unauthorised access to copyrighted works, constitutes copyright infringement under the Copyright Act 1987.

The public is reminded to channel information of piracy activities to KPDNHEP through hotline 1-800-886-800 or 03-8882 6088 at the Enforcement Command Centre, WhatsApp at 019-279 4317, email to e-aduan@kpdnhep.gov.my or via Ez ADU app.

When it comes to iconic characters in the Marvel Cinematic Universe (MCU), Nick Fury is a name that resonates with fans all over the world.  A central figure in the MCU, he has shaped most if not all of Earth’s mightiest heroes. Whether you're a fan eagerly anticipating his appearance in Secret Invasion on Disney+ Hotstar premiering on June 21, or a curious viewer intrigued by the mastermind behind the Avengers, here are five things you should know about Nick Fury.

FORMER S.H.I.E.L.D DIRECTOR

Nick Fury ran The Strategic Homeland Intervention, Enforcement and Logistics Division (S.H.I.E.L.D.) with the World Security Council where he dealt with the significant rise in enhanced individuals, dangerous advanced technology, and alien contact. As the former head of this covert intelligence agency, Fury has always been operating behind the scenes, orchestrating complex operations and mobilising resources to protect the world from various threats. 

HE FORMED THE AVENGERS INITIATIVE 

After meeting Carol Danvers, aka Captain Marvel, Fury realised that the entirety of Earth's resources were insufficient for safeguarding the planet, particularly in the face of intergalactic perils. As a result, he established “The Avengers Initiative” formerly known as "The Protector Initiative", a group consisting of the earth’s mightiest heroes meant to protect everyone.

MARIA HILL IS HIS BEST AGENT AND FRIEND

Maria Hill has always been a constant in Fury’s life. The former Deputy Director and Commander of S.H.I.E.L.D, she was appointed by Nick Fury as his right-hand man. Not only did Hill oversee the Avengers Initiative and the resurrection of Phil Coulson, she eventually helped fake Fury's death when he was attacked by HYDRA, and worked alongside Captain America, Black Widow and Falcon to expose HYDRA's existence and terminate Project Insight. 

Her unwavering loyalty, trustworthiness, and shared dedication to their cause makes her one of his best agents. As his friend, she consistently demonstrates a deep understanding of Fury's intentions, thoughts, and motivations.

NICK FURY IS NO STRANGER TO BETRAYAL

His trust has been shattered on multiple occasions, most notably by his own comrade-in-arms, Alexander Pierce, whose true allegiance as a Hydra agent was a devastating blow. Under Pierce’s command, an assassination attempt on Fury was carried out.  In a world teeming with treachery, Fury's resilience proves that even in the face of betrayal, he remains a formidable force to be reckoned with.

THE ORIGINS OF THE EYE-PATCH 

Nick Fury's trademark black leather eye-patch has long captivated Marvel fans. For years, fans speculated and theorised the story behind it. In 2019's Captain Marvel, it was revealed that Fury lost his eye due to an unexpected scratch from the mischievous feline, Goose, a Flerken which is an alien species brought to Earth by Mar-Vell.

DARIPADA PENGARAH I-TANGGANG & KELUARGA ISKANDAR, ‘JACK YUSOF’ SIRI TERBARU ASTRO ORIGINALS |  Datuk Rosyam Nor kembali bintangi drama bersiri, kini teraju watak komedi   

Astro Originals yang sinonim dengan kualiti premium untuk drama bersiri telah mencetuskan fenomena tersendiri dengan membawakan pelbagai cerita dan genre seperti High Council, One Cent Thief, LIAR serta KUDETA. Bakal menyusul di bawah jenama yang sama ialah JACK YUSOF, sebuah naskhah yang sarat dengan gelagat lucu dan mencuit hati, dari pengarah drama kegemaran keluarga Malaysia – ‘I-Tanggang’, ‘Keluarga Iskandar’ dan ‘Kampung People’, iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Datuk Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox. Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.    

Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan tidak ketinggalan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie. 

Drama 8 episod ini akan mula menemui penonton di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam. 

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Kali pertama kami bekerjasama dengan produksi KL Motion Pictures Company adalah menerusi drama premium I-Tanggang, dan lanjutan daripada kolaborasi baik tersebut, hubungan strategik diteruskan menerusi projek terbaru, Jack Yusof. Jack Yusof mempersembahkan genre dan mood berbeza jika dibandingkan dengan deretan drama di bawah jenama Astro Originals sebelum ini. Memahami kehendak penonton, kami cuba membawakan variasi konten dan percaya Jack Yusof mampu memikat hati menerusi jalan ceritanya yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia dengan meneroka dinamik hubungan famili, kematangan peribadi dan kemaafan. Genre komedi dan kekeluargaan sememangnya forte pengarah Wan Hasliza, jadi harapan kami Jack Yusof mampu mencipta fenomena dan menjadi drama pilihan keluarga.”

Menurut Pengarah, Penulis Skrip dan Idea Asal Jack Yusof, Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata, “Idea tercetus menghasilkan Jack Yusof adalah selepas melihat situasi sahabat saya sendiri. Saya yakin isu wali dan elemen hubungan ibu bapa yang terlerai jarang didedahkan. Saya cuba menyampaikan isu tersebut sebagai subjek utama dalam Jack Yusof. Meskipun masih menerapkan elemen kekeluargaan seperti naskhah terdahulu,  namun saya tampilkan kelainan dari sudut produksi, kerana untuk menggambarkan Jack Yusof adalah seorang bintang filem yang besar, maka kami harus memaparkan  beliau ramai peminat serta bekerja dalam set penggambaran, jadi penonton dapat lihat di sebalik tabir penggambaran. Kami harap penonton akan terhibur dengan Jack Yusof.”

Astro Originals sebelum ini menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre dan nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar yang diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang berlaku di kalangan masyarakat seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming-of-age), ‘I-Tanggang’  (isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (kisah female con artist), ‘Kuasa’ (fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office 2008, Histeria), Murder By Moon Light (genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”), One Cent Thief (naskhah ‘heist’ Malaysia menerusi rompakan 1 sen), High Council (pembongkaran kegiatan gengsterisme sekolah yang pernah menggemparkan negara) dan LIAR (drama adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di Bafta Awards).

Saksikan drama siri premium, Jack Yusof bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam.  Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

Saluran Baharu TVB Magic (Saluran 124) di Astro

Thursday, 15 June 2023

Saluran Baharu TVB Magic (Saluran 124) di Astro | TVB Magic bawakan lebih kandungan Asia untuk penonton Malaysia

Syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, Astro dan rakan kerjasama, TVBI dengan bangganya mengumumkan saluran baharu yang komprehensif iaitu TVB Magic (Saluran 124) bermula jam 6.30 petang, 19 Jun 2023, tersedia untuk semua pelanggan. TVB Magic (Saluran 124) akan membawa pelbagai kandungan Asia seperti drama dan rancangan variasi dari seluruh Asia termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan Thailand untuk tontonan pelangggan. Saluran ini juga dapat dinikmati menerusi Astro GO, On Demand dan NJOI. 


Dari kisah klasik hebat TVB termasuk sitkom Off Pedder, siri drama unggul Forensic Heroes dan The Exorcist’s Meter, para penonton turut boleh menantikan tayangan perdana Malaysia untuk drama cinta Korea, Love Twists yang dibintangi Su Lee dan Park Heo-roo dengan siaran episod baharu setiap hari Isnin hingga Jumaat. Para penonton boleh menonton drama remaja Thailand, The Giver dan nikmati dua episod berturut-turut di hujung minggu untuk drama keluarga Jepun, The Old Dog, New Tricks?. Selain itu, para penonton boleh kekal terhubung dengan dunia hiburan Hong Kong menerusi liputan berita hiburan, rancangan variasi hebat dan program berita mutakhir.  

Astro terus menguatkan tawaran kandungan dengan lebih lagi pilihan, nilai hebat dan fleksibiliti. Hubungan kerjasama yang lama bersama TVBI senantiasa melakar kejayaan baharu dalam industri dan pengenalan TVB Magic (Saluran 124) sekali lagi menguatkan komitmen mereka untuk mengeluarkan kandungan yang hebat kepada penonton tempatan. Para pelanggan kini bleh menikmati keseluruhan kandungan TVB di platform Astro dengan TVB Magic (Saluran 124) yang bakal bersama saluran-saluran TVB yang lain. Dengan memberi tumpuan terhadap hiburan, Astro dan TVBI akan berusaha memberikan kandungan istimewa yang tidak dapat dilupakan kepada para penonton di seluruh negara, membuatkan TVB Magic (Saluran 124) sebagai destinasi utama untuk hiburan Asia terbaik di kalangan keluarga.

Para pelanggan boleh bersedia untuk mengalami pengalaman yang mengasyikkan dengan “JOM! Layan TVB Magic!”. Menerusi TVB Magic (Saluran 124), pelanggan Astro kini boleh menikmati pelbagai jenis genre rancangan tidak kira masa, khusus untuk penonton Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur, disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Untuk maklumat lanjut, layari support.astro.com.my.

TVB Magic (Saluran 124) kini tersedia menerusi Pek Primary Astro. Hanya RM2 sehari*, Pek Primary Astro kini menawarkan lebih 80 saluran dengan semua rancangan tempatan dan antarabangsa kegemaran anda. Puaskan keinginan drama anda dengan saluran TVB Magic – Astro, destinasi drama Asia dari Hong Kong, Thailand, Jepun, China dan lain lagi. 

Untuk mereka yang mencari pelan WiFi yang mempunyai pelbagai kandungan menarik, anda boleh melanggani Pek Primary kami bersama Astro Fibre dengan tambahan Liga Malaysia hanya pada RM149.99 sebulan*. Dengan pek ini, anda boleh menikmati Internet kelajuan tinggi dan akses ke perlawanan-perlawanan bola sepak selain daripada kesenangan dan nilai gabungan hiburan semua dalam satu.  

WhatsApp “Get Astro” ke 03-9543 3838 atau layari www.astro.com.my untuk maklumat lanjut. *Takluk pada Terma & Syarat.

*************************************

Sorotan TVB Magic (Saluran 124)

Love Twist


Drama Korea ini mengisahkan tiga buah keluarga yang bertembung dalam percintaan dan pendustaan yang berpaksikan kepentingan membuat keputusan berdasarkan cinta, bukan kebencian. 

Pelakon: Hahm Eun-jung, Kim Jin-yeop, Son Seong-yoon
Bermula 19 Jun 2023, Setiap hari Isnin- Jumaat, 7:30pm 

*Sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tersedia. 

The Giver


Siri Thai ini mengisahkan seorang jejaka muda bernama Tailah yang kehilangan ibubapanya dan menghadapi penganiayaan oleh Hiran. Tatkala Tailah bangkit, semakin itu dia menyemat rasa dendam. 

Pelakon: Thanapob Leeratanakachorn (Tor Thanapob), Nattaya Thongsaen (Plengkwan Nattaya), Norraphat Vilaiphan (Bright / Brightnorr)
Bermula 19 Jun 2023, setiap hari Isnin-Rabu, 9pm 

*Sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tersedia. 


Forensic


Siri klasik TVB ini memaparkan gandingan pelakon baharu berpaksikan sebuah pasukan penyiasatan hebat yang terdiri daripada ahli kimia, ahli forensik dan anggota inspektor CID. 

Pelakon: Raymond Wong, Selena Lee, Shaun Tam
Bermula 22 Jun 202, setiap hari Khamis-Jumaat, 9pm 

*Sari kata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tersedia. 

The Exorcist's Meter


Kenneth Ma dan Mandy Wong membintangi komedi ngeri ini yang mengisahkan seorang pemandu teksi yang bertugas pada waktu malam yang tiba-tiba membebaskan roh lantas memberikannya kuasa luar biasa! 

Pelakon: Kenneth Ma, Mandy Wong, Hubert Wu
Bermula 24 Jun 2023, setiap hari Sabtu-Ahad, 7pm 

*Sari kata Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina tersedia. 

The Old Dog, New Tricks? 
Oleh kerana kecederaan lampau yang memaksanya untuk bersara, bekas pemain bola sepak profesional menyertai sebuah syarikat sukan dan memegang peranan sebagai seorang pengurus atlit. Dengan peranan baharunya, dia menemui dirinya kembali. 

Pelakon: Ayano Gō, Kyoko Yoshine, Taishi Nakagawa
Bermula 24 Jun 2023, setiap hari Sabtu, 9pm 

*Sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tersedia.