Tempah Daging Korban daripada Go Shop dengan diskaun sehingga RM35 dan penghantaran PERCUMA

Thursday, 15 June 2023

Tempah Daging Korban daripada Go Shop dengan diskaun sehingga RM35 dan penghantaran PERCUMA | Dapatkan juga penjimatan yang berterusan dengan kempen ‘Macam-Macam Ada’

Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia menyambut perayaan Aidiladha dengan menawarkan pembelian daging Korban kepada para pelanggannya dalam Zahazan Pakej Ibadah Qurban sehingga 20 Jun 2023. Para pelanggan boleh menempah bahagian Korban pilihan mereka termasuk Bahagian Lembu (India/Nigeria) dengan harga RM590, Bahagian Unta (Mekah) dengan harga RM890 atau Ekor Kambing (Mekah) dengan harga RM790 serta menikmati potongan sebanyak RM12 apabila mereka menggunakan kod HAJ12 (perbelanjaan minimum RM150) atau sebanyak RM35 apabila mereka menggunakan kod HAJ35 (perbelanjaan minimum RM350). Para pelanggan juga akan menerima sijil digital, buku Munyatul Musolli (selagi stok masih ada) dan satu baucar ke Umrah bernilai RM100 dengan setiap pembelian.

Penjimatan berterusan dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Go Shop!

Go Shop juga turut kembali dengan kempen popular mereka, ‘Macam-Macam Ada’ bulan ini yang menawarkan tawaran-tawaran terhebat merentasi pelbagai kategori seperti elektronik digital, barangan rumah, perlatan dapur serta makanan dan barangan runcit. Para pelanggan boleh menikmati diskaun RM12 apabila mereka menggunakan kod MMA12 (perbelanjaan minimum RM150) dan RM35 dengan kod MMA35 (perbelanjaan minimum RM350) dengan penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia. 

Beli Lebih, Lebih Jimat dengan diskaun sehingga 44% untuk produk ini:

  • Tambah stok pantri anda dengan: Pek Berkembar Julie's Love Letters, Kolagen Diamond Kinohimitsu, Sarang Burung FG Walet's, Multivit & Mineral Vitahealth, Kombo Pes Raya Chef Ustazah dan banyak lagi. 
  • Keperluan Alat Dapur: Set pisau Profine, Set kutleri keluli tahan karat Felli, Kuali besi halus Vantage, Set Teko Rosabelle Corelle, Kuali Non Stick 28cm MY.HOME STYLE, Penggoreng Udara 3.8L Russell Taylors dan banyak lagi.
  • Alatan dan Perkakas Rumah: Pembersih Vakum Robotik 2 dalam 1 Samu Giken, Pengadun Pendiri 4.2L Elba, Pengisar Memasak Pintar Primada dan banyak lagi. 
  • Elektronik Digital Terkini: Samsung Galaxy Z Flip4, Papan Kekunci Apple, Oppo Pad Air, Pengecas Pantas Kabel 6A Type-C VIVO (80W), Powerbank Pineng, pembersih vakum Mi dan banyak lagi.

Para pelanggan boleh menambah perlindungan waranti untuk produk terpilih sehingga 3 tahun dengan Waranti Gantian Plus 1 Go Shop. Selain itu, para pelanggan yang berbelanja RM200 dan ke atas dalam satu pesanan layak mendapat tambahan RM5 Go Points untuk digunakan dalam pembelian seterusnya (sah untuk sebulan).

Untuk mengetahui lebih banyak tawaran yang menarik melalui Go Shop di Astro, anda boleh menonton Saluran 118 dan Saluran 111 dalam Bahasa Malaysia, dan Saluran 303 dalam Bahasa Mandarin. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.

Penjimatan berterusan dengan Kempen 'Macam-Macam Ada' Go Shop!

Wednesday, 14 June 2023

Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia kembali dengan kempen popular mereka, ‘Macam-Macam Ada’ bulan ini yang menawarkan tawaran-tawaran terhebat merentasi pelbagai kategori seperti elektronik digital, barangan rumah, peralatan dapur serta makanan dan barangan runcit. Para pelanggan boleh menikmati diskaun RM12 apabila mereka menggunakan kod MMA12 (perbelanjaan minimum RM150) dan RM35 dengan kod MMA35 (perbelanjaan minimum RM350) dengan penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia. 

Beli Lebih, Lebih Jimat dengan diskaun sehingga 44% untuk produk ini:

  • Tambah stok pantri anda dengan: Pek Berkembar Julie's Love Letters, Kolagen Diamond Kinohimitsu, Sarang Burung FG Walet's, Multivit & Mineral Vitahealth, Kombo Pes Raya Chef Ustazah dan banyak lagi. 
  • Keperluan Alat Dapur: Set pisau Profine, Set kutleri keluli tahan karat Felli, Kuali besi halus Vantage, Set Teko Rosabelle Corelle, Kuali Non Stick 28cm MY.HOME STYLE, Penggoreng Udara 3.8L Russell Taylors dan banyak lagi.
  • Alatan dan Perkakas Rumah: Pembersih Vakum Robotik 2 dalam 1 Samu Giken, Pengadun Pendiri 4.2L Elba, Pengisar Memasak Pintar Primada dan banyak lagi. 
  • Elektronik Digital Terkini: Samsung Galaxy Z Flip4, Papan Kekunci Apple, Oppo Pad Air, Pengecas Pantas Kabel 6A Type-C VIVO (80W), Powerbank Pineng, pembersih vakum Mi dan banyak lagi.

Para pelanggan boleh menambah perlindungan waranti untuk produk terpilih sehingga 3 tahun dengan Waranti Gantian Plus 1 Go Shop. Selain itu, para pelanggan yang berbelanja RM200 dan ke atas dalam satu pesanan layak mendapat tambahan RM5 Go Points untuk digunakan dalam pembelian seterusnya (sah untuk sebulan).

Untuk mengetahui lebih banyak tawaran yang menarik melalui Go Shop di Astro, anda boleh menonton Saluran 118 dan Saluran 111 dalam Bahasa Malaysia, dan Saluran 303 dalam Bahasa Mandarin. Untuk maklumat lanjut, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.

118,000 kediaman di Sabah kini boleh mendapatkan Astro Fibre

Tuesday, 13 June 2023

118,000 kediaman di Sabah kini boleh mendapatkan Astro Fibre | Pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM39 sebulan untuk pakej TV + Astro Fibre

Kerjasama antara Astro dengan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. ("CT Sabah") bermula hari ini dengan menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada 118,000 potensi rumah di seluruh bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran. Pek Primary dengan pelan Astro Fibre 50Mbps kini tersedia untuk rakyat Sabah di seluruh pekan ini dengan hanya RM129.99/bulan* (RRP: RM158.99) sebagai tawaran pengenalan. 

Pek Primary mempunyai lebih 80 saluran untuk menawarkan rancangan-rancangan kegemaran para peminat termasuk melodrama Hijrah Jannah, pertandingan nyanyian realiti Big Stage 5, rancangan pengembaraan SHARP Travel with Mommy dan rancangan game show popular Family Feud Malaysia Tamil. Selain itu, pelan Astro Fibre 50 Mbps memberikan WiFi yang stabil dan sepantas kilat kepada semua ahli keluarga supaya mereka boleh melayari Internet, bermain dan menstrim apa sahaja yang mereka mahu tanpa gangguan. Tawaran terhad ini merupakan pakej hiburan yang sempurna untuk memperkenalkan perkhidmatan Astro kepada pelanggan, selain memberi mereka lebih daripada RM900 penjimatan dan kemudahan pakej semuda-dalam-satu. 

Ketua Perniagaan Jalur Lebar Astro, Tan Sian Tuang berkata, “Pangkalan jalur lebar kami telah berkembang sebanyak 34% tahun ke tahun dan kami berharap dapat meningkatkan lagi pangkalan kami dengan kerjasama ini. Lanjutan kepada pengumuman kerjasama ini pada beberapa bulan yang lalu, kami kini teruja untuk menawarkan akses yang lancar kepada WiFi berkelajuan tinggi bersama-sama dengan rangkaian luas hiburan berkualiti kami kepada isi rumah di Sabah. Kerjasama ini merupakan satu lagi langkah penting bagi Astro untuk menyediakan internet mampu milik dan boleh dipercayai di seluruh rumah supaya mereka dapat boleh mengalami internet yang stabil dan pantas.”

Ketua Pegawai Eksekutif CT Sabah, Nazaruddin Abdul Rahim berkata, “Sebagai penyedia infrastruktur terkemuka dengan rangkaian gentian optik paling komprehensif di Sabah dan Labuan, CT Sabah komited untuk bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan dalam mengembangkan perkhidmatan mereka ke seluruh negeri. Menyediakan platform di mana penyedia perkhidmatan boleh menawarkan kelajuan internet yang lebih tinggi pada harga yang menarik akan membuat perkongsian baharu kami dengan Astro mampu memberi manfaat kepada pengguna di Sabah. Dengan kerjasama ini, kami yakin bahawa ramai komuniti boleh menantikan kelebihan ketersambungan digital dan menikmati rancangan bernilai yang menarik daripada Astro. ”

Dua aplikasi PERCUMA untuk pengalaman Astro yang terbaik
Di samping itu, pakej bundle ini juga dilengkapi dengan dua aplikasi PERCUMA supaya anda boleh membawa Astro ke mana-mana sahaja dan mengawal WiFi anda dari jauh.

  • Astro GO: Aplikasi komplimentari percuma untuk semua pelanggan Astro ini membolehkan anda menonton kesemua kandungan Video-On-Demand pada telefon pintar, tablet atau komputer riba anda – pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
  • Aplikasi Astro Fibre: Semua pelanggan baharu Astro Fibre boleh memuat turun aplikasi ini secara PERCUMA dan mula mengawal, memantau dan melindungi rangkaian rumah mereka daripada peranti mudah alih di luar rumah mereka untuk pengalaman WiFi yang hebat. 
Pakej untuk menstrim sukan SECARA LANGSUNG dan filem yang memenangi anugerah
Peminat sukan dan peminat filem juga boleh melanggan Pek Movies atau Pek Sports dengan Astro Fibre 50 Mbps untuk menstrim semua sukan secara langsung terbesar dari seluruh dunia seperti Liga Malaysia, Formula 1, Kejohanan BWF, ATP Tours, MotoGP, UFC dan banyak lagi atau filem popular termasuk filem fiksyen sains epik Avatar: The Way of Water dan The Zone: Survival Mission S2 (14 Jun) dibintangi Yoo Jae Suk di Disney+ Hotstar dan drama politik White House Plumbers dan siri penuh aksi Warrior S3 (29 Jun) di HBO GO. Lebih menarik lagi, para pelanggan yang memilih Plug & Play juga boleh menikmati Astro serta-merta dengan pemasangan sendiri yang mudah dan penstriman melalui internet untuk menonton Astro tanpa sebarang gangguan cuaca.


Para pelanggan yang berminat boleh melayari www.astro.com.my untuk melanggan Pek Primary, Sports atau Movies kami + pakej Astro Fibre 50 Mbps. 

*Tawaran ni hanya untuk para pelanggan dengan kontrak 24-bulan sahaja. Tertakluk kepada terma & syarat. 

Drama Review | Teluh Darah (2023)

Sunday, 11 June 2023


Pengarah : Kimo Stamboel
Penulis Skrip : Agasyah Karim, Khalid Kashogi, Bayu Kurnia, Kimo Stamboel
Pelakon: Mikha Tambayong, Deva Mahenra, Lukman Sardi, Imelda Therinne, Justin Adiwinata, Willem Bevers, Shenina Cinnamon, Kiki Narendra
Syarikat Produksi: Rapi Films 
Penyiaran: Disney+ Hotstar
Genre: Seram / Misteri
Jumlah Episod: 10 Episod (47 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 25 Februari – 29 April 2023
Trailer : 


Kebahagiaan dalam keluarga Wulan Kusumawijaya (Mikha Tambayong) direntap setelah mengalami kejadian aneh yang bermula dengan tompokan air pada siling rumah, kehadiran ulat dan juga kematian musang. Setiap hari ada saja perkara aneh yang berlaku namun Wulan tak ambil pusing dengan gangguan tersebut kerana dia wanita moden yang tak percaya dengan alam ghaib. 

Adiknya, Wisnu (Justin Adiwinata) syak mereka disantau kerana perkara yang sama juga dialami oleh rakannya tapi Wulan menyanggah keras andaian tersebut. Ada banyak lagi perkara yang perlu difikirkan seperti projek pelaburan di Lonbor, majlis perkahwinannya yang dibatalkan ataupun bekas isteri pertama ayahnya, Tante Rima (Ruth Marini) yang sering datang menuntut wang. 


‘Ini semua tu nggak masuk akal tapi ini benar-benar terjadi dan satu-satunya cara kita buat untuk bisa nemuin jalan keluar ialah kita harus percaya.’ - Esa

Dalam masa yang sama, Esa (Deva Mahenra) terpaksa melihat kematian tragis ayahnya yang juga berpunca dari santau. Kerana perkara tersebut Esa dapat tahu ayahnya, Bondan Prasetyo (Willem Bevers) berkawan baik dengan Ahmad Kusumawijaya (Lukman Sardi). Setelah kematian Bondan juga, Ahmad dan isterinya, Astuti (Imelda Therinne) mengalami sakit yang sama malah lebih menyeksakan.

 
Sebelum melarat lebih teruk, Wulan dan Esa mula meminta bantuan setelah Harna (Otig Pakis) guna ritual untuk mengesan di mana bungkusan ilmu hitam ditanam di rumah Wulan. Dari kejadian tersebut, mereka menjejak kembali tragedi yang berlaku di Bayuwangi pada tahun 80-an di mana Ahmad dan Bondan bekerja bersama di P.T. AKW Energy. 

Daerah Bayuwangi mempunyai peristiwa jenayah yang menghantui penduduk di sana dan menggemparkan negara Indonesia kerana kewujudan ‘Hantu Ninja’ di mana mereka membunuh dukun, kiyai dan pelajar tahfiz. Dari jenayah tersebut, penulis mendapat ilham untuk penceritaan drama Teluh Darah terbitan Rapi Films. 


Uniknya drama Teluh Darah tak menggunakan hantu tapi gangguan yang berterusan dari serangga seperti ulat, tebuan, lipas dan lipan. Dengar perkataan tebuan pun dah seriau sebab takut disengat, bayangkan kalau tebuan bersarang dalam badan. Bila malam mula rasa seram sebab takut tengok beberapa watak menjerit minta tolong. Kalau terkena santau bukannya boleh bawa jumpa doktor. Of course, keluarga Wulan bawa Ahmad pergi hospital tapi apa yang doktor boleh buat bila tebuan bersarang dalam badan? Doktor pun terkaku tengok skrin ultrasound tu. 

Visual drama Teluh Darah dibikin kelam untuk menguatkan elemen seram terutamanya di kawasan rumah Wulan. Agak terganggu lah bila tak nampak jelas dengan apa yang ada dalam babak tu tapi kalau jelas pun rasa kembang tekak jugak. Penggunaan CGI untuk kesemua serangga tapi tak lah nampak sangat, mungkin sebab tu juga pengarah pilih lighting macam tu supaya tak nampak jelas kesan CGI tu. Music score dan montaj intro juga cemerlang.


Drama Teluh Darah tak ada sedikit pun momen yang buatkan penceritaan rasa tersia atau mendatar sebab setiap episod ada twist dan misterinya yang tersendiri. Tak hairan pun kalau boleh habis dalam masa sehari sebab penasaran dengan rahsia di Bayuwangi, siapa dukun yang menyantau mereka sekeluarga dan apa kesudahan nasib Wulan sekeluarga. 

Drama ni tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab ada adegan yang ekstrem, penggunaan darah, kata kesat dan juga adegan tak sesuai ditonton bawah umur. Jangan tengok masa makan juga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Ajoomma (2022)


Director: He Shuming
Writers: He Shuming, Kris Ong
Cast : Hong Hui Fang, Kang Hyung-seok, Jung Dong-hwan, Yeo Jin-goo, Shane Pow
Production Companies: Giraffe Pictures, Rediance, Singapore Film Commission, Korean Film Council, Seoul Film Commission
Distributor: Golden Village Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 90 minutes
Release Dates: 7 October 2022 (Busan), 27 October 2022 (Singapore), 13 April 2023 (Amazon Prime Video)
Trailer :


Filem kerjasama antara dua negara, Singapura juga Korea yang mendapat tayangan perdana di Busan International Film Festival ke-27 mengisahkan tentang pengalaman Ajoomma (Hong Hui Fang) bercuti di Korea di bawah agensi pelancongan Sena Tours. 

Asalnya Ajoomma pergi bercuti dengan anak lelakinya, Sam (Shane Pow) tapi kerana jadual temuduga pekerjaannya di US diubah last minute, Sam minta supaya percutian tersebut dibatalkan. Terkilan juga lah Ajoomma sebab dia dah siap packing semua barang, bercerita sana-sini, simpan niat nak melawat tempat di Korea sudahnya kena cancel. 


Bila pihak agensi telefon, Ajoomma dapat tahu duit tak akan dipulangkan semula sekiranya batal secara mengejut. Daripada rugi tak dapat refund, baik dia join. Kalau Sam dah selesai dengan temuduga, Sam boleh ambil penerbangan dari US terus ke Korea Selatan. Tapi semua yang dirancang tak menjadi bila Sam bertegas untuk stay di US. Ajoomma pula tertinggal belakang gara-gara kecuaian ejen Kwon-woo (Kang Hyung-seok). 

Nak kejar, bas dah jauh meninggalkan dia. Tenaga pun dah tak berapa nak ada. Nak telefon pula, handphone dia dah rosak sebab terjatuh masa berlari dalam keadaan panik. Nasib baik ada  pengawal keselamatan bernama Jung-su (Jung Dong-hwan) di kawasan tersebut yang sudi bantu dia hantar ke hotel. Malangnya hotel yang sepatutnya jadi tempat penginapan trip tersebut ditutup untuk projek ubahsuai. 


Nak taknak terpaksa lah dia bermalam di rumah Jung-su yang hari-harinya ditemani oleh anjingnya, Dookkie. Tak banyak pun Jung-su dengan Ajoomma mampu menyembang sebab perbualan mereka ibarat ayam dan itik. 

Filem Ajoomma arahan He Shuming digarap dengan alur penceritaan yang ringkas dan bersifat straight-forward. Walaupun digubah dalam template komedi drama tapi filem ni lebih terarah pada drama sebab elemen komedinya agak lemah dan kurang menghiburkan. 


Memandangkan filem Ajoomma adalah kerjasama dua negara jadi banyak lah terselit mesej sosial walaupun diadun secara ringan sahaja. Macam babak Kwon-woo yang ingin mengalah akibat musibah yang menimpa dia tapi Ajoomma nasihatkan supaya terus kuat kerana anak perempuan dia. Babak Ajoomma tahu tentang alasan Sam untuk tinggal di US pun tak diberikan fokus sangat. Mungkin juga kerana isu taboo tapi kalau tak nak sentuh sangat, baik tak payah letak sebab tak menguatkan jalan cerita pun. 

Patutnya penulis banyakkan lagi momen Ajoomma di Korea daripada meleret banyak sangat dekat awal cerita sampai filem ni terasa hambar. Jenuh nak tunggu masuk babak yang menarik. Bila dah jumpa mood seronok tu tup tup dah habis pula. Sweet tengok momen Ajoomma dengan Jung-su, tak sangka pergi Korea jumpa jodoh walaupun masing-masing sayang dengan partner yang dah meninggal dunia. 


Ingatkan Ajoomma dapat jumpa Yeo Jin-goo sebab dia minat sangat dengan K-drama yang dia tengah layan tu rupanya tak pun. Sayang lah tak ada momen tu padahal minat dengan pelakon dan idol adalah antara pengaruh besar kenapa aktiviti pelancongan di Korea melonjak naik. In real life dia dapat lah jumpa sebab shooting dalam filem yang sama, dalam movie jumpa dalam TV je. 

Naskhah Ajoomma ni tak lah tak seronok nak tonton tapi lagi menarik kalau penceritaan dia tak fokus pada aspek drama sedangkan ada potensi untuk jadi naskhah komedi yang menghiburkan. Nevertheless, congrats to Ajoomma’s team production for their effort and award-winning. 7 tahun ambil masa untuk siapkan bukan tempoh masa yang singkat. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Movie Review | Harum Malam (2022)


Pengarah : Dain Said
Penulis Skrip: Ben Omar, Dain Said, Nandita Solomon 
Pelakon : Amanda Ang, Eriza Allya, Idan Aedan, Joey Daud, Faizal Hussein, Nabila Huda, Nadiya Nisaa, Pearlly Chua
Syarikat Produksi: Apparat, Skop Productions, D'Ayu Pictures. 
Pengedar: Disney+ Hotstar
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023
Trailer :


Industri perfileman kembali menggunakan bunga sebagai simbolik seram dalam penceritaan. Dulu, bunga harum sundal malam dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam, kali ni menggunakan bunga bangkai dalam naskhah seram terbaru arahan dan penulisan Dain Said. Mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil yang mempunyai anugerah dan membantu menghalau hantu yang merasuk manusia. 

Iqbal (Idan Aedan) mendapat petanda ibunya, Dina (Nadiya Nisaa) akan meninggal namun kata-katanya tidak diendahkan oleh Norman (Bront Palarae). Bagi ayahnya, cepat mereka selesaikan kerja tersebut, cepat lah mereka pulang walaupun dalam perjalan tersebut mereka diganggu oleh makhluk dari alam lain. Kerana kes itu juga, Dina meninggal dunia kerana ingin selamatkan Iqbal. 


Murung dengan kenyataan tersebut, Norman meminta bantuan Tok Guru (Faizal Hussein) untuk mengunci hijab Iqbal. Namun ujian datang mengganggu apabila Jamil (Remy Ishak) mengajak Norman dan Iqbal masuk ke rumah hijau miliknya. Kata Jamil dia sedang menantikan bunga gergasi untuk kembang mekar kerana bunga tersebut hanya mekar dalam tempoh 8 tahun sekali. 

Jamil tugaskan Norman untuk menjaga rumah hijau tersebut sementara dia ke Medan untuk mencari spesies bunga eksotik yang baru. Tanpa pengetahuan Norman, Iqbal mengajak Ah Boy (Arnie Shasha) Yaya (Angelica Petra), Ali dan Bob masuk ke rumah hijau hingga menyebabkan mantera di pintu bilik dicabut. Kerana kejadian tersebut, flat tersebut mendapat tetamu yang tak diundang. 


First half filem Harum Malam dilihat menarik dengan pengenalan pada keluarga yang berkecimpung dalam perubatan alternatif sebab di Malaysia pun banyak saja keluarga sebegini cuma tak didedahkan kepada umum kerana bukan profesion utama. Sayangnya tempoh masa mereka bekerja dalam bidang itu agak kabur sebab cara Norman mengubat lemah sangat. Dekat kes pertama yang diceritakan pun dia dah terbaring padahal baru jejak masuk dalam bilik. Cara Dina bekerja pun tak cermat. 

Tak ada masalah pun dengan penggunaan surah Al-Fatihah tapi boleh nampak lah amatur lagi. Kalau amatur, kenapa satu keluarga berani merawat orang yang dirasuk sedangkan berlawan dengan hantu, jin apatah lagi saka yang dipuja perlukan banyak tenaga. Kalau Dina tahu Iqbal ada kelebihan sama macam dia kenapa tak prep Iqbal dari awal? Kenapa biarkan anak dia dalam ketakutan sedangkan yang mengubat kena ada pendinding yang kuat.


Bila pihak polis datang untuk menyiasat kematian Rahim (Joey Daud) boleh nampak jalan cerita dah mula mengarut. Kes pembunuhan belum selesai tapi polis tak seal kawasan untuk elak orang awam masuk. Norman pula boleh masuk ke rumah hijau untuk bekerja macam biasa sedangkan crime scene mana boleh diusik supaya bukti kekal terjaga. 

Tak ada langsung babak pihak forensik atau Detektif Zehan (Nabila Huda) buat kerja selain soal siasat Iqbal dan Norman. Faham mereka tak boleh tahan Norman sebab tak cukup bukti tapi pihak polis buat kerja apa bila ada 3 pembunuhan ngeri? Masa polis jumpa rangka manusia dalam pasu bunga bangkai tu takkan tak siasat kepunyaan siapa?


Pace penceritaan terlampau perlahan walhal banyak plot yang boleh dikembangkan supaya penceritaanya jelas. Jelas potensi Nabila Huda tersia sedangkan dia dikira otai dalam filem genre seram. Babak Iqbal dan Norman berlawan dengan hantu saka di hujung pun drag lama. 

Bab lakonan watak utama tak perlu disangkal lagi bila barisan utama adalah pelakon yang berbakat walaupun Idan baru setahun jagung dalam dunia perfileman. Sebelum ni dah pernah tengok Idan dalam drama Mr. Midnight (2022) yang juga mempunyai kuasa ilmu ghaib. 


Para pelakon untuk watak-watak sampingan saja yang lemah sedangkan ruang yang diberikan terhad. Amanda Ang tak mampu nak deliver watak ibu Ah Boy, tak nampak langsung maternal love dia. Kalau ikutkan cerita Ah Boy, Anna menangis hampir setiap malam kerana rindukan anak sulung yang hilang tapi tengok fizikal dia tak macam orang nanar gelisah pun.  

Filem Harum Malam ada potensi untuk jadi naskhah seram yang menarik dan mengerikan kerana visualnya raw dan gory. Kecut perut tengok Jamil hayun parang lawan hantu. Malangnya,naskhah ni  tercela dengan penggunaan CGI yang berlebihan dan skrip longgar. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.4 = 5.8/10

Drama Review | Doctor Cha (2023)


Director: Kim Dae-jin, Kim Jung-wook
Writer: Jung Yeo-rang
Cast: Uhm Jung-hwa, Kim Byung-chul, Myung Se-bin, Min Woo-hyuk 
Production Companies: Studio&NEW, SLL, JCN
Distributors : JTBC, TVING, Netflix
Genre : Medical / Comedy / Family drama
Running Episodes : 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 15 April 2023 – 4 June 2023 
Trailer :


‘The way I see the world has changed a bit after suffering a serious illness. Before, my daily life seems like nothing but now it feels so dear and precious.’ 

Naskhah bertemakan medik terbaru yang ditayangkan di Netflix membuka kisah Cha Jeong-suk (Uhm Jung-hwa) yang mendapat kehidupan baru setelah menjalankan pembedahan pemindahan hati. Kerana peluang kedua dia pilih untuk kejar impian sebagai doktor yang telah ditinggalkan 20 tahun lepas setelah menjadi suri rumah. 


Professor Seo In-ho (Kim Byung-chul) membantah keras niat isterinya kerana dia perlu banyak berehat sedangkan tahun pertama sebagai doktor pelatih memerlukan banyak aktiviti fizikal. Tambah pula berisiko sangat jika terkena sebarang jangkitan kuman. Selain dari hal dari segi kesihatan, In-ho juga risau sekiranya hubungan sulit dia bersama Professor Choi Seung-hee (Myung Se-bin) diketahui oleh isterinya. 

Cha Jeong-suk tetap berkeras dengan keputusannya dan diterima untuk bertugas di Gusan University Hospital malah dihantar ke jabatan yang sama dengan Professor Choi Seung-hee. Kebetulan pula doktor yang merawat Cha Jeong-suk, Doctor Roy Kimberly (Min Wook-hyuk) dihantar bertugas di hospital yang sama. 


Kalau sebelum ni Seo Jung-min (Song Ji-ho) terpaksa berlakon professional bila berjumpa dengan ayahnya, kali ni ibunya pula bertugas di hospital yang sama. Dengan ayah tak ada masalah nak adapt sebab tak rapat sangat. Bila ibu ada boleh pening kepala sebab Jeong-suk tak sanggup tengok anak dia kena marah teruk dengan Dr. Jeon So-ra (Jo Ah-ram). 

Bukan sesuatu yang baru pun bila jalan cerita bertemakan peluang kedua atau mulakan kehidupan baru di umur yang agak berusia. Kekuatan drama Doctor Cha terletak pada barisan pelakonnya dan juga komedi dari watak Prof Seo In-ho. Uhm Jung-hwa bagus dalam avatar Dr. Cha yang berhati lembut dan terpaksa bertahan untuk mengejar impian tapi komedi sepenuhnya digalas oleh Kim Byung-chul. 


Dari awal hingga ke Episod 10 alur cerita nampak menarik dan solid tapi bila masuk ke fasa akhir drama dah mula banyak fillers dengan drama yang draggy. Tak perlu rasanya watak Dr. Cha nak menangis beria sedangkan dia dah ada jalan keluar pada masalah dia. Mungkin dia rasa segan sebab perlu bergantung dengan bantuan orang lain untuk hidup tapi salah tu terletak pada penulis atau pengarah yang gagal capture emotion dengan tepat. 

Sama juga dengan watak Dr. Roy yang sentiasa menyokong semangat Dr. Cha sampai semua orang dekat hospital tahu perasaan dia tapi penulis tak pernah jelaskan kenapa. Setuju dengan ending tapi nampak tak cantik lah sebab dari awal lagi penulis dah letak harapan yang usia bukan penghalang untuk dapat kehidupan yang indah mengikut standard format masyarakat awam. (Kalau tak faham boleh lah tengok drama ni). 


Selain dari plot yang mula longgar, mesej yang disampaikan pun tak jelas. Dekat awal episod kebanyakan watak minta supaya Dr. Cha stay dengan suami dia sebab buruk macam mana pun tetap suami malah watak Prof Seo dapat ruang dan peluang yang banyak berbanding Dr. Roy. Ada masanya pengarah seolah menyokong sikap chauvinist Prof Seo tapi berubah secara mendadak di hujung cerita. 

Faham, manusia buat silap tambah pula dalam situasi yang tak dapat dielakkan tapi bukan sekali dua dia buat perangai. Baik Dr. Cha mahupun Prof Seung-hee, masing-masing tak reti nak keluar sampai naik jelak tengok recycled scenes atau plot. Tema yang nampak kuat dan mantap di awal cerita terkulai layu dan tersia. 


Kalau dekat fasa akhir tu penulis tunjuk macam mana kehidupan co-parenting rasanya tak jadi masalah, sekurangnya jadi rujukan untuk generasi muda yang takut kehilangan salah seorang macam apa yang I-rang rasa bila ibu dia minta buat keputusan untuk tinggal dengan siapa. Relationship Prof Seo dengan Eun-soo pun tak dijelaskan sedangkan ada babak anak ketiga dia pujuk untuk berbaik dengan Seung-hee. Ending serupa rushing nak habis padahal banyak episod letak fillers. 

Sinematografi yang berlatarkan warga hospital dan juga masyarakat kampung dipaparkan dengan baik bersama susunan lagu yang sesuai sebagai music album drama Dr. Cha. Drama ni tak lah teruk sangat untuk ditonton cuma jangan letak expectation tinggi. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.5/10


Masa pergi SSM bulan lepas I kutip order bebudak office sebab memasing nak makan 'nasi campur' dekat Dodo Korea. Restoran ni viral sejak bulan puasa dekat TikTok sebab buat sistem nasi campur. Menggunakan tagline Authentic Korean Recipe sebab Chef Moon berasal dari Korea. Macam tengok ahjumma dalam K-Drama sebab cantik sangat skin dia, flawless teruk. Murah dengan senyuman pulak tu. 


Chef Moon ni bercakap dengan staff dekat Dodo Korea guna Hangeul dengan English rasanya. Happy betul boleh converse dengan Chef Moon walaupun setakat Annyeonghaseyo dengan Kamsahamida~!! 

Restoran Dodo Korea ni tak besar pun sebab satu unit saja di Nu Sentral, terletak bersebelahan dengan Waroeng Penyet di Tingkat 4. Naik eskalator terus nampak sebab ramai yang beratur panjang dekat sini especially peak hour. Masa I pergi tu pukul 11 pagi tapi dah panjang. Menginjak pukul 12 tengahari macam dalam gambar tu lah, dah penuh dah ruang makan. Nasib baik lah kitorang tapau je jadi tak risau bab cari meja makan. 


Dekat restoran Dodo Korea ni ada pilihan sama ada Single Set - Beef (Bulgogi) Set Lunch Box, Squid Set Lunch Box, Fish Set Lunch Box, Chili Chicken Set Lunch Box, Chicken Curry Set Lunch Box dan Prawn Set Lunch Box. 

Pilihan kedua, Single sets dan Combo sets - Chicken Meat Ball Set Lunch Box, Yang Nyeom Chicken Set, Beef + Yang Nyeom Chicken Set, Meat Ball + Yang Nyeom Chicken Set dan Dak Gang Jeong Set Lunch Box. Ada juga Home Made Combo Set di mana kita boleh pilih untuk campur 2 main dish. Harga sama jugak, RM17.00 macam set yang lain. 


Kalau tertanya Yang Nyeom tu apa, maksudnya Sweet, Sour & Spicy yang menggunakan gochujang (pes cili), bawang putih, gula dan rempah lain supaya cukup rasa. Gang Jeong pula Sweet Crispy menggunakan bawang putih, gula perang, sirap jagung, kicap soya, taburan bijan atau kacang. Dekat sini ada juga Sundubu Jiigae, sup tofu lembut dengan telur. Nak beli tapi macam syok makan panas-panas dekat situ. Baru lah boleh ahhhhh macam dalam drama Korea tu hshshs.

Tak lama pun nak tunggu staff siapkan order untuk tapau sebab konsep nasi campur kan. Kitorang order Yang Nyeom Chicken Set, Beef + Yang Nyeom Chicken Set dengan Beef Bulgogi Set. 


Nak balik tu bila pusing belakang kemain panjang beratur sampai ke Old Town dah. Ni entah masuk kerja pukul berapa kalau setengah jam buang masa beratur dekat Dodo Korea ni. 



Dalam setiap set tu ada nasi putih dengan taburan bijan hitam, sayur kubis diparut halus panjang, kentang lenyek, kimchi dan buah tembikai. Kalau nak rasa masakan Korea boleh lah rasa dekat Dodo Korea ni sebab resipi dekat restoran ni adalah resipi dari Chef Moon dan keluarga dia. 

Kimchi dia sedap, tak rasa cuka sangat, crispy pulak tu. Bulgogi dia lembut dan diperap cukup rasa. Ayam je lah yang tak pedas sangat, tak sepedas macam KFry. Rasanya Chef Moon tone down rasa pedas tu supaya semua orang boleh makan. Berbaloi tak bayar RM17 untuk satu set ni, for me berbaloi sebab kimchi mahal, ayam dengan daging pun banyak. Kenyang teruk makan satu set ni. 

Lepas ni boleh try makan set udang dengan sotong pulak dekat restoran Dodo Korea tapi nak pergi dekat cawangan lain pulak sebab taknak beratur panjang haha. 

Cannes 2023 Fashion Files | Manushi Chillar

Friday, 9 June 2023

Ratu Cantik Dunia 2017, Manushi Chillar dijemput ke Cannes melalui NGO Walkers & Co. Manushi bukanlah yang pertama pergi ke Cannes menggunakan tiket persatuan komuniti aktivis kerana pada dekad sebelumnya, Mallika Sherawat selalu tampil di karpet merah dengan gimmick kreatif. 


Selain bergiat aktif dengan aktiviti khusus sebagai Ratu India, Manushi Chillar dah debut dalam filem Samrat Prithviraj (2022) bersama Akshay Kumar. It just matter of time untuk Manushi datang ke Cannes sebagai duta produk pula. 

1. Airport Look

Manushi tampil serba ringkas untuk penerbangan dari Mumbai ke Cannes. Sleeveless halter top berwarna putih, denim jenas berwarna biru cerah dengan tulang menegak sebagai hiasan dan juga sepasang leather boots paras betis. Dipadankan juga dengan tas tangan berjenama LV sepadan dengan warna boots yang dipakai. Makeup nipis dengan aksesori minimal untuk keselesaan. 

2. Snowy Lace

Penampilan pertama Manushi adalah di karpet merah tayangan perdana filem "Jeanne du Barry" sebagai duta Walkers & Co dalam persalinan dress pengantin putih dari butik Fovari. Keunikan dress putih ini adalah gabungan korset tenunan benang di bahagian atas bersama himpunan 100 lapisan kain jaringan sutera Itali berwarna putih pada setiap lapisan pada bahagian bawah. 

Korset yang menggunakan kraf tangan ini mempunyai susunan artistik tersendiri untuk menonjolkan tubuh badan langsing si pemakai. Dicipta untuk bertahan lama, diturunkan dari generasi ke generasi dengan sentuhan jahitan yang teliti dan mengambil masa selama 800 jam untuk disiapkan. 

Rantai leher bertatahkan berlian putih dan batu permata emerald dengan motif bunga dari butik Renu Oberoi Jewellery dipadakan bersama sepasang strap heels dihiasi rama-rama berona merah jambu terang dari Sophia Webster untuk mencipta gaya yang feminin dan elegan. 

I don't have any problem with the accessories or shoes because it compliment each other really well. Yang menjadi masalah ialah pada main outfit sebab korset yang jatuh sampai ke bahagian pinggul Manushi buatkan dia nampak rendah. Even susunan jaring juga serabut. Gaya rambut juga membosankan untuk penampilan utama di Cannes. 

3. Black Bride


Manushi mengenakan maxi dress dari koleksi Ready-To-Wear Spring/Summer 2023 rekaan Saiid Kobeisy untuk majlis makan malam bersama Kementerian di Cannes. Tampil ringkas dengan pumped heels berwarna emas untuk setia dalam palette warna hiasan pada dress tersebut. Manushi melengkapkan gaya feminin dengan sepasang anting-anting dari butik Obari. This look is okayish. 

4. Summer Dreams

Hari ketiga di Cannes, Manushi memilih strapless gown bercorak bunga peonies berona merah bertanahkan putih gading dari koleksi Spring Summer 2023 kepunyaan butik Gauri and Nainika. Gaya musim panas dihiasi aksesori dari Viange dan juga Tulua India. Manushi tampak ayu dan berseri dalam persalinan ala princess. Well, minus the shade. 

5. Ease Slip

At this point, boleh kata Manushi ni suka gaya dan dandanan serba ringkas saja but this one mencuri tumpuan walaupun cuma dress kasual. Uniknya Liquid Chain Slip Dress koleksi Spring / Summer 2023 dari Galvan London mempunyai tali yang diperbuat dari rantai besi halus bukan saja di bahagian bahu malah dijadikan hiasan pada bahagian lengan. Material sutera yang lembut terletak cantik pada tubuh badan langsing Manushi dan kelihatan beralun di bahagian bawah. 

Manushi mengenakan smokey eyes yang tebal di bahagian mata dan warna oren cerah untuk bahagian bibir. Rambut disanggul kemas untuk serlahkan kecantikan anting-anting vintage, Chanel Diamond dari Viange. Cincin Baro 18 karat emas koleksi Aurum Resort Luxe dari Bbling by Meghna menghiasi jemari Manushi. Strap heels berwarna emas dari butik Giuseppe Zanotti dipadankan bersama tas tangan unik berbentuk bulat berona emas dari AISPI X ROSANTICA. Manushi looks elegant in this attire. Super love!

6. Serene Floral

Sebelum Aditi Rao Hydari gayakan spring dress dari butik Nedret Taciroglu, Manushi terlebih dahulu menjadi pilihan sebagai muse untuk baby blue tulle gown dengan hiasan bunga 3D berona biru cornflower. Strapless gown yang melekap di bahagian dada mempunyai belahan berbentuk V pendek untuk keselesaan di musim panas. Bahagian skirt juga serlahkan kecantikan kaki yang panjang dengan potongan asymmetrical dan meleret panjang di bahagian belakang. 

Gaya rambut lepas bebas dengan hiasan aksesori berwarna emas terang dari Tulua India yang dipadankan bersama strap heels dari  Giuseppe Zanotti. Rasanya Manushi repeat pakai heels yang sama dengan penampilan sebelumnya. 

Manushi nampak cantik dalam gaun ni cuma padanan biru dengan emas nampak macam tak kena. Mungkin sebab tona emas tu terlampau terang. Outfit ni nampak lebih cantik kalau dipakai di karpet merah untuk hari pertama. She looks young and fresh in this blueish hue. 

That's it for her looks at Cannes, habis schedule dekat sini Manushi pergi bercuti dekat Monaco dengan gaya rambut baru. Seronok jadi Ratu Cantik ni berjalan sana-sini. 

Tahun ni Deepika Padukone tak datang ke Cannes sebagai duta L’oreal, mungkin sebab jadual dia padat ataupun Deepika nak rest lepas beberapa kali dikejarkan ke hospital. Tak perasan tahun lepas Aditi pergi ke Cannes juga jadi tahun ni keep track betul-betul siapa yang pergi sana. Walaupun tak lama Aditi dekat sana but still jadi tarikan dengan pemilihan pakaian dia. 

1. Cinderella Blues


Gaun tanpa lengan berwarnma biru lembut dari koleksi Garden of Romance Pre Spring 2023, Oscar de la Renta menjadi pilihan Aditi Rao Hydari untuk photoshoot L’oreal sebaik saja tiba di Cannes. Bukan saja warna tersebut menaikkan seri penampilan dan keayuan Aditi malah terlihat anggun persis puteri Disney. 

Hiasan kristal bersaiz besar yang membentuk bunga di bahagian dada menjadi perincian utama selain lipatan besar di bahagian kiri korset gaun. Bahagian skirt juga dilipat tidak sekata untuk menyerlahkan bahagian kaki. 


Padanan yang tepat mengenakan strap heels dihiasi renda beropol berwarna putih dari koleksi AMBA, Kat Maconie. I wish Aditi buat rambut semi ponytail ataupun princess braid supaya kecantikan anting-anting beserta ear cuff juraian berlian dari Tuula Jewelry menaikkan lagi sisi elegan first look ni. 

2. Tangerine Belle


Penampilan kedua ialah penampilan di karpet merah untuk tayangan perdana filem L'Ete Dernier (Last Summer). Tepat gaya yang dipilih oleh Aditi kerana bersesuaian dengan tema filem tersebut. Gaun tanpa lengan dengan kain yang sarat sekali lagi menjadi pilihan Aditi. 

Gaun berwarna oren kekuningan dari butik Michael Cinco sarat dengan sequin dengan warna yang sama. Bahagian skirt menjadi perhatian utama dengan lapisan yang padat dengan sequin berwarna kuning telur dan mempunyai lebihan kain yang pendek, cukup untuk menghidupkan drama buat penonton di karpet merah. 


Walaupun tak berapa suka dengan gaya rambut sebab bosan tengok gaya yang sama tapi makeup yang menekankan bahagian mata dengan eye shadow berona coklat gelap dan bibir merah terang adalah pilihan yang tepat untuk buatkan wajah Aditi tampak segar dan muda. I guess stylist Aditi pandai bermain dengan colour theory sebab warna kuning terang ni betul-betul menaikkan aura dan seri wajah Aditi. 

Hiasan aksesori cincin dengan batu berwarna Turquoise dan juga Gaia ring dari Mamour Paris. Cincin Turquoise Sky Rocks Talisman Rings merupakan cincin emas emas 18 karat dan dikraf dalam bentuk yang tidak sama rata untuk serlahkan seni pembuatannya. Tiga batu yang menjadi hiasan sebagai penarik energi dan aura kecantikan kepada si pemakai. 

Manakala anting-anting emas berbentuk hati dari koleksi Unbreak My Heart dari butik Anatina. RIRI sandals yang mempunyai keunikan gabungan warna kuning dan fushia pada tali kasut yang berlandaskan tapak hijau dari Kat Maconie melengkapkan gaya elegan Aditi Rao Hydari di Cannes ke-76. 

3. Creamy Slip


Untuk sesi wawancara bersama L'oreal, Aditi mengenakan jumpsuit berwarna hitam dari koleksi Slip on the Sue, butik Atelier Patty Ang. Uniknya semua pakaian dalam koleksi ni mempunyai corak bunga bersaiz ekstra besar dari material organza pada bahagian tengah baju. 

Gaya ringkas dan anggun ini dipadankan bersama sepasang strap heels dari Alexander Birman. Finally Aditi keluar dari gaya rambut lepas bebas dengan mendandan semi pony tail untuk serlahkan anting-anting berombak berona emas dari (UN)POLISHED dan juga hiasan cincin dari Anatina. 

4. Floral Ivory


Penampilan terakhir Aditi menghidupkan konsep taman bunga sesuai dengan kemunculan musim bunga. Nampak lah Aditi grab mana yang ada je sebab jadual dia padat. Malam sebelum dia terbang ke Cannes pun Aditi pergi award event sebab menang anugerah. Dalam interview Aditi ada bagitahu yang dia tak sempat nak prepare banyak pun untuk Cannes. 

Nevertheless she looks pretty in all of her looks at Cannes. Dress terakhir adalah gaun kombinasi material sutera dan juga organza dari koleksi Spring Summer 2022 dari butik Nedret Taciroglu. Hiasan bunga berwarna merah dan biru bersama kelopak bunga menghiasi segenap ruang gaun tersebut. Bahagian dada mempunyai korset butterfly dengan gap di bahagian tengah. Bahagian belakang gaun mempunyai reben berwarna krim dengan corak bunga yang sama. 


Aditi mengenakan makeup natural dengan sanggul rapat dan strap heels gabungan warna hitam, hijau dan ungu dari Paciotti. Tampil ringkas tanpa sebarang aksesori. Personally penampilan Aditi nampak lebih menarik kalau ada cekak rambut dengan hiasan bunga ataupun bunga diselitkan pada sanggul. Dupatta berwarna krim atau floral choker sebagai hiasan di bahagian badan. Patutnya dekat sini dia buat gaya rambut lepas dengan loose wave. Maybe I yang rasa tak berkenan sebab tak suka rambut sanggul. 

I guess that's it for this entry sebab Aditi tak lama pun dekat Cannes. Kalau Aditi release lagi gambar lain dekat Cannes, I'll update here.