Layan Movie Sumpahan Syaitan Dengan Blogger Bella Jamal & Nadia Johari

Thursday, 8 June 2023


Bulan Februari lepas dapat jemputan ke Malam Gala Sumpahan Syaitan yang bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur. Excited lah pergi sebab nak jumpa Farid Kamil. Sampai je dekat sini shoot video kejap sebab ada requirement untuk post dekat TikTok. Dah selesai register, sambung shoot balik suasana sekitar. Membantu sangat hantu-hantu yang berlegar dekat event ni, penuh video dengan aksi diorang. 

Sementara tunggu barisan pelakon dengan production team sampai ke majlis, media dapat makan dekat ruang yang disediakan. 


Masa makan tu ada kuiz mudah sangat untuk tetamu jawab. Terkejut tengok adik angkat tangan jawab soalan. Terkejut sebab dia terpaling tak cara sekali kalau pergi majlis apatah lagi nak join quiz. Dia cakap dia pun tak tahu kenapa dia join, mungkin sebab takde yang nak compete masa tu. Disebabkan kuiz tu, dia menang satu beg berisi kopi. 

tumpang hadiah adik ;P

Habis kuiz pertama, ada persembahan dua lagu OST Sumpahan Syaitan kemudian bersambung dengan sesi temubual ringkas dengan team production dan barisan pelakon. Happy dapat tengok Farid Kamil depan mata, nampak Adam Shaz dengan Dato' AC Mizal jugak. 



Sepanjang majlis tu ada lah seekor hantu ni yang aktif sangat buat kerja sampai Dato' AC nak sekeh kepala sebab terkejut dengan stunt dia. Hantu pocong tak larat nak melompat jadi diorang banyak save energy. 



Masa layan movie dapat seat agak depan jugak lah. First time dapat seat depan sangat, nasib baik lah skrin dia besar jadi tak lah kena mendongak sangat. Selang satu seat ada blogger Bella Jamal sekali. Selama ni dok exchange comment dekat blog tapi ni pertama kali jumpa depan-depan. Sebab dok bertukar komen, tak ambil masa lama pun untuk sis Bella cam I siapa. Pusing belakang pula ada blogger Zayani tapi tak sempat nak bertegur sapa. 


Disebabkan filem ni habis lambat jadi kitorang stay je lah untuk press conference sebab nak balik naik MRT pun dah tak sempat. Alang-alang balik dengan Grab, saja nak merasa join press conference lepas habis movie. 


Tak banyak pun shoot video untuk sesi press conference sebab semua macam dah penat. Farid Kamil datang lepas habis majlis tahlil jadi energy dia memang dah terpaling bawah dah masa ni. Habis press conference ni nampak Farid Kamil buat mini love tapi pandang arah kiri. Bila pusing tengok siapa dia tengok, rupanya Diana Danielle dok shoot video dia. Tengok cara diorang sweet masa ni tak sangka betul naik court failkan shiqaq. 

Selesai urusan dekat sini sambung berborak dengan sis Bella dengan Kak Nad sebab diorang tak tahu jalan keluar dari Dadi sampai ke Grab pickup point. Sebagai manusia yang dah berapa kali menapak Pavi, memang muka ni lah jadi penunjuk jalan. Sebelum balik kitorang bergambar sebagai kenangan. Walaupun ada banyak event belum tentu lagi nak berjumpa dalam event yang sama. 



Pukul 1 pagi baru sampai rumah, kalau kitorang berborak lama lagi entah pukul berapa nak sampai. Hopefully lepas ni berjumpa lagi. Thanks D'Bay Film Factory untuk jemputannya :)

FILEM PULAU TERPILIH SECARA RASMI UNTUK DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA KEMBOJA (CIFF) | Berjaya menembusi pasaran antarabangsa, Pulau ditayangkan di Kemboja

WebTVAsia sangat teruja untuk mengumumkan bahawa filem Pulau, arahan Euho, telah dipilih secara rasmi dan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Kemboja (CIFF). Pemilihan ini meraikan penceritaan yang luar biasa dan kecemerlangan artistik yang dipamerkan dalam karya sinematik dan menawan yang ditonjolkan oleh filem Pulau.


CIFF, yang terkenal dengan komitmennya untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan inovasi dalam pembikinan filem, merupakan platform yang dihormati yang meraikan filem-filem cemerlang dari seluruh dunia. Dipilih untuk ditayangkan di festival ini ini adalah bukti kualiti luar biasa Pulau dan dedikasi pencipta berwawasannya.

Setelah ditayangkan dan mendapat sambutan di Singapura, Indonesia dan Vietnam, Pulau turut dinanti-nantikan oleh penonton di Kemboja. Tayangan khas di kategori Fright Night CIFF ini memberi peluang kepada penonton tempatan untuk menyelami suasana filem yang seram dan menegangkan. CIFF tersebut turut dihadiri Joey Leong, antara pelakon utama filem Pulau, Fred Chong, Penerbit Eksekutif Pulau, Ybhg. Datuk Kamil Othman, Pengerusi Finas.



Pulau adalah sebuah filem tentang percutian sekumpulan anak muda yang bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas kekalahan pertaruhan, memaksa mereka bermalam di pulau terbiar. Mereka secara tidak sengaja memecahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan roh yang terperangkap di pulau itu. Satu-satunya jalan keluar adalah di tangan seorang gadis dan kuasa ghaibnya untuk menguraikan sejarah yang meresahkan yang berkaitan dengan kisah cinta silang budaya yang tercemar. Berlatarbelakangkan Pulau Langkawi, filem seram yang menarik ini membawa penonton ke perjalanan emosi yang penuh dengan ketakutan. Penceritaan yang rumit, persembahan yang hebat dan sinematografi yang menakjubkan digabungkan untuk mencipta pengalaman yang sukar dilupakan buat para penonton.

Pulau membawa penonton melalui perjalanan yang luar biasa melalui naratifnya yang mencengkam, dihidupkan oleh pelakon cemerlang termasuk mempunyai barisan pelakon berbakat seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Joey Leong dan Sanjna Suri. Persembahan mereka yang luar biasa dan keserasian mereka menambah kedalaman dan ketulenan kepada filem itu, memikat penonton dengan bakat mereka sekaligus menghidupkan watak-watak itu.


Bagi mereka di Malaysia yang masih belum merasai naratif Pulau yang mencengkam, filem ini boleh ditonton di platform Astro First dan Unifi TV. Perkongsian ini memastikan lebih ramai penonton boleh merasai penceritaan luar biasa dan persembahan Pulau dari keselesaan rumah mereka.

Rujukan: https://cambodiaiff.com/scary-world/

POLIS EVO 3 RAIH LEBIH RM41 JUTA; FILEM NO 1 KUTIPAN TERTINGGI TAHUN 2023!

Tuesday, 6 June 2023

POLIS EVO 3 RAIH LEBIH RM41 JUTA; FILEM NO 1 KUTIPAN TERTINGGI TAHUN 2023!  |‘Ketepikan Filem-Filem Francais Antarabangsa’

Filem arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal, lantas menjadikan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures sebagai filem No 1 kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia, sekali gus mengetepikan francais-francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam tanah air.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami amat berbesar hati atas pencapaian luar biasa Polis Evo 3 setakat ini. Meskipun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, namun karya tempatan masih mampu memberi saingan sengit. Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton, merekalah faktor utama dalam gelombang fenomena Polis Evo 3.Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pawagam yang banyak beri sokongan, kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan meluas serta semua penonton Polis Evo 3 seluruh Malaysia serta barisan pelakon yang memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan filem ini!”


Sementara itu, siri jelajah hujung minggu lalu diadakan di Kedah, Penang, dan Perak dengan dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah. Demam Polis Evo 3 telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.


Antara perkongsian peminat yang bertemu barisan pelakon di siri jelajah Polis Evo 3 di Utara







Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Movie Review | Kathal (2023)


Director: Yashowardhan Mishra 
Writer : Ashok Mishra, Yashowardhan Mishra
Cast : Sanya Malhotra, Anant V Joshi, Vijay Raaz, Rajpal Yadav, Brijendra Kala, Neha Saraf, Raghubir Yadav
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Sikhya Entertainment
Distributor: Netflix
Genre: Satire / Comedy / Drama
Running Time : 115 minutes
Release Date : 19 May 2023
Trailer :


Kisah bermula dengan kehilangan dua biji nangka di laman rumah MLA Munnalal Pateria (Vijay Raaz) dan Inspektor Mahima Basor (Sanya Malhotra) ditugaskan untuk mencari nangka tersebut. Kenapa buah nangka ni penting? Kerana buah nangka baka Ah Hong dari Malaysia tu sedap dibuat jeruk. Jeruk tu pula akan diberikan sebagai hadiah dengan harapan MLA akan bertukar jadi Menteri.

‘I swear by my mother’s name! Ever since I tasted it, the Uncle Hongs have consumed me. I can’t seem to pick any other pickles!’ – CM Secretary

Inspektor Mahima mengeluh pada awalnya kerana kehilangan buah nangka bagi dia bukanlah sesuatu yang penting jika nak dibandingkan dengan kes jenayah yang lain. Mahu atau tidak terpaksa juga dia menurut arahan ketua. Sampel getah diambil, semua penjual nangka di pasar juga disoal just in case ada yang berani curi untuk peroleh keuntungan lebih besar. 

Dalam sibuk menyiasat kes nangka tersebut, bekas tukang kebun yang pernah bekerja di rumah MLA diberkas kerana menjadi suspek utama. Dia yang sentiasa berada dekat dengan pokok nangka tersebut. Mahima syak anak tukang kebun, Amiya (Apoorva Chaturvedi) yang mencuri dua biji nangka tersebut kerana hari Amiya hilang adalah hari yang sama dua biji nangka juga lesap. 

Bangga betul bila tengok buah nangka baka Malaysia dipuji dalam filem tayangan terbaru Netflix ni sebab banyak kali Setiausaha Ketua Menteri tu bagitahu jeruk buah nangka Malaysia je yang sedap. Rasa dia tak sama langsung dengan baka India. Bila Google pasal buah nangka baka Ah Hong ni tak wujud pun, rasanya MLA Munnalal tu beli nangka madu dekat kebun Ah Hong. 

Filem Kathal arahan Yashowardhan Mishra menggunakan genre satire comedy untuk menceritakan kebobrokan institusi polis yang terpaksa menurut arahan ahli politik seperti MLA Munnalal. Masalah rasuah yang berleluasa, diskriminasi terhadap wanita dalam unit beruniform dan cinta berbeza kasta juga dibincangkan dalam nada yang ringan. 

Bukan kali pertama Sanya membawakan filem heroin-centric dan genre komedi. Sanya pernah berlakon dalam Pataakha (2018) dan Pagglait (2019) jadi tak hairan lah lakonan dia menjadi tumpuan pada kebanyakan babak. Ekspresi muka dia setiap kali tertekan dengan masalah kerja mahupun hubungan cinta dia bersama Konstabel Saurabh Dwivedi (Anant V) tepat menggambarkan situasi tersebut. Walaupun berada di atas tak semestinya anak buah dia akan dengar kata. Tak semestinya juga prinsip dia membantu semua mangsa tanpa mengira kasta dipegang oleh semua. Malah kekasih dia sendiri susah untuk ubah persepsi walhal serius dalam perhubungan mereka. 

Kelakar tengok cara polis dan pihak forensik kerah tenaga untuk siasat dua biji nangka yang hilang tu. Dalam masa yang sama kena kawal berita tersebut dari pengetahuan wartawan Anuj Sanghvi (Rajpal Yadav) sebab sah-sah orang awam akan pertikai integriti polis juga MLA tersebut. Terkejut juga bila tahu siapa dalang sebenar yang mencuri dua biji nangka Ah Hong tu.

Dialog Inspektor Mahima dan juga MLA pun antara punchline yang padu dari naskhah satira komedi. Siapa tak geram kalau tengah sibuk dengan kes, tiba-tiba Konstabel Kunti (Neha Saraf) minta excuse supaya dapat sambut ulangtahun kelahiran suaminya. Nak minta kerja lebih masa pun, suami dia dah bising suruh balik goreng kentang. 

Sinematografi Harshvir Oberai memaparkan dengan cemerlang kehidupan masyarakat pekan kecil di kawasan perkampungan India. Bagaimana cara pihak polis bekerja dan kehidupan seharian mereka namun music album dari Ram Sampath tak berjaya meninggalkan impak untuk mana-mana babak lagu tersebut digunakan. Nevertheless, filem Kathal (Nangka) menghiburkan dengan alur cerita yang digarap kemas dalam template komedi. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Movie Review | Gumraah (2023)

Monday, 5 June 2023


Director: Vardhan Ketkar
Writer: Aseem Arora, Magizh Thirumeni
Cast : Aditya Roy Kapur, Mrunal Thakur, Ronit Roy, Vedika Pinto, Manoj Bakshi, Deepak Kalra
Production Company: T-Series Films, Cine1 Studio
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Crime / Thriller
Running Time : 127 minutes
Release Date : 7 April 2023
Trailer :


Mengisahkan tentang Arjun Sehgal (Aditya Roy Kapoor) yang dibawa ke balai sebagai suspek kepada satu kes pembunuhan. Mengikut alibi Arjun, dia berada di pejabat untuk office party kemudiannya tersadai di tepi jalan kerana tayar keretanya pancit. Selepas 3 jam baru dia berjaya pulang ke rumah kerana jack kepunyaannya rosak jadi terpaksa tunggu sesiapa yang sudi membantu. 

Pihak polis masih bertegas Arjun adalah pembunuhnya kerana muka Arjun jelas terpampang dalam gambar yang diambil oleh jiran sebelah rumah secara tak sengaja. Terkejut bukan kepalang bila pihak polis menerima kedatangan Sooraj Rana (Aditya Roy Kapoor) yang mempunyai wajah saling tak tumpah dengan Arjun. Dia dibawa ke balai kerana memandu secara mabuk. 


Inspektor Shivani Mathur (Mrunal Thakur) percaya yang Arjun tak bersalah kerana alibinya yang kukuh namun ketuanya, ACP Dhiren Yadav (Ronit Roy) pula tak mahu lepaskan peluang untuk sumbat Arjun dalam penjara. Siasatan dilakukan sekali lagi di rumah mangsa, Aakash Sardana (Aditya Lal) dengan kehadiran pasukan forensik namun mereka masih juga buntu mencari siapa pembunuh sebenar. 

Dari awal filem lagi pengarah Vardhan Ketkar tidak menyimpan rahsia tentang siapa pembunuhnya tapi yang mana satu? Arjun atau Sooraj? Kedua-duanya mempunyai alibi yang kuat, kedua-duanya juga mempunyai luka baru yang sama. Diseksa dengan cara yang sama juga tak membuahkan hasil. Kes jenayah yang diceritakan dalam Gumraah diinspirasikan dari kes-kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia, US dan UK. 


'Even if 100 criminals go scot free but one innocent should not be punished.' - Judge

Alur penceritaan memang barbaloi diberikan perhatian sebab tertanya-tanya motif dan cara untuk keluar dari masalah tu. Dari awal juga kita dah nampak yang pembunuh tu buat kerja tak clean sebab tu nak tahu kepada beberapa persoalan. Tapi kalau tengok pada cara membunuh dan lenggok gaya, dah boleh tahu siapa pembunuhnya. 

Lakonan tak ada masalah langsung sebab semuanya deliver watak dengan baik walaupun Aditya perlu mainkan dua watak yang berbeza. Mrunal juga dapat ruang yang banyak sebagai polis wanita yang selalu dipandang rendah kerana jantina dan semangatnya. Stress tengok dia kena marah setiap kali dia bersuara, ada saja tak kena padahal dah buat kerja bagus. 


Selain genre crime, thriller dan misteri, ada juga aksi yang dipaparkan dalam beberapa babak kerana Sooraj merupakan watak negatif. Bab aksi tak menjadi masalah pun untuk Aditya paparkan dengan padu tapi kali ni camera works banyak membantu action stunt dia tampak bergaya seperti filem-filem Tiger Shroff. 

Sinematografi hasil kerja Vineet Malhotra yang berlatarkan bandar Mumbai yang serba moden dan sibuk menguatkan lagi screenplay. Music album Gumraah juga menarik perhatian dengan beberapa lagu rancak atau balada untuk kisah cinta Arjun dan Jahnvi (Vedika Pinto). Koreografi lah tak berapa nak syok sebab Adi menari macam pakcik dalam lagu Ghar Nahi Jaana. 



Sembang pasal kelemahan Gumraah, yang terpaling utama adalah editing sebab transition dari satu babak ke babak yang lain agak mengganggu momentum penceritaan dan juga tahap saspen. Of course filem ni ada loopholes pada plot tapi I rasa editing yang banyak menjejaskan mood Gumraah. Jadi tanda tanya juga dengan watak Janhvi yang senyap tanpa berita sebab kelemahan atau kecuaian pihak polis bukan setakat dalam satu kes jenayah saja tapi jenayah yang lain juga. Love angle pun patut dikurangkan juga sebab chemistry tak strong. 

Nevertheless it was an enjoyable movie though it’s a remake from Tamil film, Thadam (2019). Kalau yang suka filem bertemakan whodunit atau thriller juga misteri boleh layan Gumraah secara santai. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

Movie Review | Like & Share (2022)


Pengarah: Gina S. Noer
Penulis Skrip: Chand Parwez Servia, Gina S. Noer
Pelakon: Aurora Ribero, Arawinda Kirana, Aulia Sarah, Jerome Kurnia.
Syarikat Produksi: Starvision Plus, Wahana Kreator Nusantara
Pengedar: Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2022 (Indonesia), 27 Januari 2023 (Festival Film International Rotterdam), 23 April 2023 (Red Lotus Asian Film Festival)
Trailer :


Naskhah Like & Share arahan Gina S. Noer merupakan naskhah yang berkisarkan kehidupan dua remaja perempuan, Lisa (Aurora Ribero) dan Sarah (Arawinda Kirana) yang ingin belajar tentang dunia melalui cara mereka sendiri. Mereka berdua mempunyai vlog ASMR di Youtube dan mempunyai cara berbeza dalam niche tersebut. ASMR makanan tapi sensual. 

Kerana video tersebut, ibunya Lisa, Linda tak gemar anak perempuan tunggalnya berkawan dengan Sarah. Kerana video tersebut, Ario (Kevin Julio) minta adiknya supaya mempunyai masa depan yang jelas dan menurut arahannya untuk berpindah ke Sydney. 


‘Lo normal. Okay? Lo baik. Gue juga baik. Kita jadi diri kita sendiri aja. Kita lakuin apa yang kita mau lakuin. Kita eksplorasi dunia ini bareng-bareng. Orang tua lo boleh ngejudge lo, ngomong apa mereka pengen ngomonin, terserah! Tapi kalau gue, gue akan selalu menerima lo apa adanya. Percaya sama gue.’ – Sarah

Dalam mengangani masalah ketagihan Lisa, Sarah bertemu dengan Devan yang tua 10 tahun umurnya. Lisa risau dengan kehadiran Devan, bukan saja tergugat masa dan ruang bersama Sarah, personaliti Devan juga meragukan. Sebaik saja menginjak usia 18 tahun, Devan memperkosa Sarah dan sebarkan video Sarah kepada umum. 


Kalau tengok pada poster filem Like & Share, tak nampak langsung permasalahan yang dialami oleh beberapa watak utama dalam filem ni. Selain Sarah dan Lisa, watak Fita (Aulia Sarah) juga mempunyai kisah silam yang merobek seluruh kehidupannya. Kerana Fita, watak Lisa dan Sarah banyak belajar erti menerima keadaan diri. 

Dari watak Fita juga boleh nampak apa yang terjadi kepada kebanyakan mangsa “video leaked”. Pergi buat laporan pun belum tentu nasib akan terbela and this issue is not something new. Bukan saja lelaki ketawakan mangsa malah perempuan yang lain juga letakkan sepenuhnya salah kepada mangsa. Watak antagonis tersebut jelas dipaparkan pada watak Linda dan juga peguam bela Devan selain penghantar komen di media sosial. 


‘Perempuan baik macam apa yang nggak punya empati sama perempuan lain?’ - Lisa

Walaupun alur cerita dengan masalah seksual yang sering berlaku dalam hidup wanita bersama sinematografi yang memukau dari Deska Binarso menjadi kekuatan filem Like & Share namun banyak lagi yang boleh dikembangkan sekiranya tidak dibikin dalam pace yang perlahan. Tak ada salahnya pun kalau genre drama diolah dalam pace yang laju. Kalau babaknya intense, ada dialog padu tetap menusuk juga. Macam babak Linda dengan Lisa bergaduh soal peritnya hidup. Babak Sarah bagitahu abang dia, masa dalam hotel tu dia cakap tak nak. Boleh kata ada beberapa momen yang merenggut perasaan dan ada juga yang bikin nangis. 


Above everything that happened in their life, filem ni berjaya sampaikan mesej yang tak semua hal buruk yang berlaku dalam hidup adalah buruk. Dalam keburukan tu, kita jumpa apa yang dinamakan setia, sayang dan kebaikan. Untung Sarah yang ada Lisa dan abangnya dan beruntung juga Lisa kerana ada Fita dan Linda. 

Dalam naskhah ni juga boleh nampak yang masyarakat beragama sering saja tepis dan selesaikan isu berat dengan jalan keluar yang paling mudah, mengaji dan solat. Baik isu yang diketengahkan dalam filem ni mahupun isu masalah mental. Kalau sudah mengaji dan solat tapi masih juga sama, terus apa? Mungkin filem ni gagal menceritakan dengan jelas solusinya kerana ruang yang terhad tapi jawapannya tetap ada. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

Cannes 2023 Fashion Files | Sunny Leone


Kemunculan Sunny Leone antara nama yang masuk dalam my waiting list kerana dua sebab. Yang pertama, sebab Sunny pergi ke Cannes bukan sebagai duta tapi sebagai pelakon dalam filem neo noir crime thriller, Kennedy arahan Anurag Kashyap yang mendapat tayangan perdana di Cannes Film Festival ke-76. Yang kedua pula, ini adalah debut red carpet Cannes untuk Sunny Leone. 

I'm sooooo happy for her for both reasons! Dari dulu dok tunggu bila Sunny akan dapat recognition untuk bakat lakonan dia sebab orang pandang dia sebagai objek and not a person. Baik orang industri ataupun penonton, they treated her bad due to her past. But look at her now! *khushi ki asooo*

For her style, pretty sure dia pandai bergaya juga cuma I tak sempat nak update pun even I lovvvee her looks and appearance. I pernah update sekali je dalam entry Vogue Beauty Award 2019 so I'm quite excited for Cannes. Even dekat Twitter pun ada yang join excited sekali. 

1. Charlie Denim


Outfit pertama Sunny ialah denim jacket berwarna navy blue rekaan Parul J Maurya dipadankan bersama tight mini sleeveless dress berwarna hitam. Sunny pilih outfit yang simple dan selesa untuk dia sepanjang di airport dan perjalanan dia ke hotel di Cannes. Dekat dalam reels Sunny, di bahagian belakang jacket tu ada sulaman Charlie bersaiz besar. She is soooo excited for her role in Kennedy! 

Sunny pilih but bertumit tinggi berwarna hitam dan juga shade hitam bersaiz besar sebagai pelengkap gaya yang ranggi dan menawan. Husband dia pun pakai simple dan selesa yet looks stylish with that beret and blue shade. 

2. Glamorous Green 


Penampilan pertama dekat Cannes pun dah memukau mata yang memandang. One shoulder maxi dress dengan potongan di bahagian pinggang adalah hasil rekaan butik baru India, Maria Kokhia. Dress yang menggunakan material satin ni mempunyai balloon sleeve dengan cekak di bahagian pergelangan tangan. Skirt pula mempunyai ruched pendek dan belahan tinggi untuk keselesaan si pemakai lantas menyerlahkan kelebihan fizikal Sunny. 

Stylist Ilya Vazanto memilih untuk biarkan rambut Sunny dilepas bebas dengan gaya rambut curl supaya tampak glamour dan elegan. Aksesori subang dan cincin bertatahkan batu permata hijau emerald dari Flavia Vetorasso Sciarra, strap heels berwarna hijau dan makeup nipis dari koleksi Armani Beauty menjadi pelengkap gaya feminin Sunny. 

3. Monochrome Ruffle



Tampil ringkas dan selesa untuk sesi wawancara untuk filem Kennedy, Sunny memilih off-shoulder top yang dihiasi dengan renda bersaiz besar di bahagian dada berwarna hitam dari butik Gemy Maalouf. Dipadankan dengan seluar berwarna putih dari butik BCBGMAXAZRIA untuk mencipta gaya yang chic dan kasual di musim panas. Sunny tampak segar dengan nude makeup dan glossy lip berwarna coklat mencuri tumpuan. 

4. Sexy Shadow


Kalau Sunny happy dengan outfit dia, I pun happy jugak tengok sebab Sunny nampak cantik sangat dalam persalinan berona hitam dari butik Zeena Zaki. Walaupun serba hitam tapi tak ketinggalan mencuri tumpuan dengan top ala korset bersama tali sebagai hiasan. Bahagian bahu pula bersambung dengan lengan dan sarung tangan. Tas hitam dengan besi berwarna perak adalah padanan yang tepat. 

Tak happy dekat part strap heels sebab nampak tak padan dengan main outfit. Kalau skirt tu pendek dan Sunny pilih untuk pakai ankle boot atau pumped heel rasanya dah menghasilkan gaya retro atau vintage. 

5. Sensual Asymmetry


Outfit untuk hari ketiga, Sunny memilih dress ketat yang mempunyai dua lapis dari butik Julfer Milao. Dress berona merah jambu malap serlahkan potongan badan Sunny dan dihiasi dengan corak abstrak segi empat yang beralun juga berulang-ulang. Dress ni juga dipadankan bersama jaket kulit berwarna coklat cair dari The Frankie Shop. 

Strap ankle heels berwarna beige dipilih untuk mengekalkan palette warna utama. Gaya rambut wet style dengan cherry look makeup meningkatkan lagi aura menggoda yang sedia ada. 

6. Black Bun


Sunny terlampau excited untuk event ni sampai tak update pun bagitahu dress hitam yang beralun cantik ni dari butik mana. Walaupun tampil serba ringkas, details pada dress ni berjaya mencuri tumpuan dan serlahkan keayuan Sunny Leone. 

Bahagian atas mempunyai kolar di bahagian leher, puff sleeve lembut pada bahagian bahu untuk bagi impak beralun ringan, belahan di bahagian pinggang sebelah kanan, sisipan lebihan kain di bahagian kiri dan belahan tinggi pada bahagian kaki. Ringkas dengan sanggul tinggi untuk serlahkan anting-anting berbentuk bulat berwarna perak. Menjadi padanan aksesori tersebut bila Sunny memilih strap heels berwarna putih. 

7. Slit Again


At this point I dah penat tengok Sunny Leone dalam persalinan serba hitam. Mungkin dia suka warna hitam kot sebab selalunya tengok dia gayakan pelbagai warna. Sama seperti malam hari kedua Sunny di Cannes, Sunny pilih one shoulder glitter night gown dari Zeena Zaki untuk tampil di acara berprestij amfAR. 

Mengekalkan gaya yang sama seperti di waktu siang, Sunny mengenakan gaya rambut sanggul cuma bezanya tak ketat dan rapi sangat. Anting-anting Midnight Glitter dari butik Zevar King yang Sunny guna pun macam repeat dari gaya sebelumnya. Strap heels kali ni nampak sesuai dengan dress yang dipakai. 

8. Rosy Cheeks


Finally a red carpet appearance! Sunny tampak menawan untuk tayangan perdana filem Kennedy. Mengenakan sleeveless dress berwarna nude dengan potongan di bahagian pinggul dan juga belahan tinggi. Menambahkan drama dengan kewujudan cape yang beralun dari rona warna yang sama. 

Makeup tebal dengan warna bibir merah terang bersama sanggul yang diikat rapi juga dihiasi kayu sanggul. Sunny memilih ankle strap heels berwarna nude dan juga aksesori cincin dan anting-anting bertatahkan batu permata untuk malam penuh makna. 

9. Chic Plaid 


Sebenarnya tak tahu outfit ni untuk hari keberapa di Cannes tapi kalau ikutkan, semua outfit Sunny dah update dekat Instagram cuma yang ni tak ada tapi muncul dekat video makeup prep dia. Tak tahu juga plaid dress berona hijau dengan kombinasi warna hitam dan emas dari butik mana. Boleh jadi dress dia beli sendiri untuk bersiar-siar di kota Cannes dengan husband dia. 

Tampil ringkas tanpa sebarang aksesori dan dipadankan bersama strap wedges berwarna hitam. Rambut juga disanggul seperti sebelumnya. Marriage curse. 

10. Old Money


Antara semua penampilan Sunny, I paling suka yang terakhir ni sebab gaun baldu berwarna merah velvet rekaan Gemy Maalouf menghasilkan aura klasik, elegan dan kecantikan berpanjangan. Tak perlukan hiasan yang sarat atau belahan dramatik pun untuk tampil memukau. Ada cape ataupun tidak, dress ni tetap cantik. 

Tak pastilah custom made ataupun rekaan sedia ada sebab dress ni ada strap di bahagian bahu yang menghubungkan main dress dengan cape di belakang. Kalau custom made, nampak rekaan tu sebagai kombinasi moden dan tradisi pakaian India. 


Stylist Sunny bagi tumpuan utama pada bahagian mata dengan mengenakan smokey eyes yang tebal. Warna bibir merah oren yang dicalit lip gloss untuk menambahkan elemen sensual. Aksesori anting-anting juntaian batu permata ruby dan bracelet berlian dari Helena Joy. Rambut ditambah extension untuk nampak panjang. 

Baik dalam photoshoot ataupun di karpet merah Cannes, Sunny Leone tampak mengagumkan dalam persalinan ala era Victoria. Tapi dekat red carpet baru nampak bahagian belakang dress sarat dengan sequin, terus hilang rasa seronok tu sebab hiasan yang tak perlu. Nasib baik lah banyak shoot bahagian depan je. Makin lama pandang looks ni macam Marticia Addams tapi yang pastinya bak kata Gen Z, it's giving old money vibe gituhhhh. 

Kalau ikutkan ada lagi beberapa looks Sunny Leone masa keluar dating dengan husband dia dan untuk photoshoot di Cannes tapi tak jumpa pula mana-mana update. Dah lah Sunny belum tentu nak datang lagi, update dia pun asal boleh je. Patutnya Sunny angkut social media manager sekali. 

Cannes 2023 Fashion Files | Mrunal Thakur


Selain debut dekat Cannes, Mrunal Thakur debut dekat blog ni jugak sebab tak pernah lagi update pasal fashion style dia padahal selalu je nampak style dia cantik untuk photoshoot atau mana-mana event. Mrunal Thakur pergi ke Cannes sebagai duta baru Grey Goose tahun ni. 

"I am thrilled to be attending the Cannes Film Festival for the first time. It is an honor to represent Grey Goose at such a prestigious platform. I am looking forward to interacting with global filmmakers, exploring new opportunities, and showcasing the talent that Indian cinema has to offer." - Mrunal Thakur

1. Black Night


Sebelum pergi ke Cannes, Mrunal sempat posing untuk paps di lapangan terbang Mumbai. She looks happy and glowing walaupun hanya dengan solekan tipis. Mengenakan vest tanpa lengan dengan potongan berbentuk V yang panjang hingga ke bahagian dada. Dipadankan juga dengan seluar longgar berwarna hitam. Pumped heels berwarna hitam dan juga beg besar berona hitam. 

2. Sultry Sequin

Kecoh dekat Twitter bila Mrunal post gambar di Palais des Festivals sebaik saja sampai ke Cannes. Padanan yang kreatif dan luar biasa bila blazer sequin bersaiz besar dari Dhruv Kapoor dipakai bersama swimsuit dari Verandah. Untuk digayakan dalam photoshoot kasual, seluar berenda bell bottom corak bunga berwarna hitam tampak cantik dan melengkapkan gaya menggoda dari Mrunal. 

Rambut lebat paras bahu digayakan dengan wavy curl bersama solekan tebal dan tumpuan diberikan pada bahagian mata. Anting-anting juraian berlian berbentuk segitiga dari Vandals World juga sepasang pumped heels berwarna hitam dari Louboutin. 

Mrunal nampak menawan dalam persalinan serba hitam dengan senyuman menggoda. Disebabkan fizikal dan kaki yang panjang, padanan ketiga-ketiga pakaian ni nampak menjadi pada badan dia, plus her confidence pun banyak membantu. Kalau orang lain pakai boleh jadi fashion disaster. 

3. Lilac Breeze


Penampilan kedua di Cannes pula Mrunal memilih bralette sari berwarna ungu malap dari butik Falguni and Shane Peacock. Sari yang dipenuhi dengan hiasan manik dan berlian Swarovski yang ditenun secara menegak menjadi tarikan utama jelas mempamerkan kesenian jahitan tradisi India. Untuk menambahkan elemen moden, di bahagian kain, lipatan dupatta pada bahagian pinggul dibikin berbeza sebelum dikumpul di bahu. 

Stylist Mrunal memilih anting-anting berwarna emas perak dari butik tempatan, OH Celeste Nova Earrings dipadankan bersama pumped heels berwarna silver dari butik Jimmy Choo. Gaya rambut Mrunal cantik tapi lebih menarik kalau digayakan dengan semi princess braids supaya tak tenggelamkan kecantikan anting-anting yang dipakai. 

4. Glamorous Hoodie


Tahun ni dekat Cannes trend hoodie dah muncul balik sebab tu Aishwarya Rai pakai dress ada hoodie dekat red carpet but failed. Berbeza pula dengan Mrunal yang bergaya sakan dalam persalinan berona krim dan corak abstrak dalam palette warna coklat dan potongan skirt yang luar biasa. Lebihan kain dari skirt dibawa naik sebagai hoodie. Persalinan serba unik dan berseni dari Anamika Khanna antara fave look di Cannes even Sonam Kapoor approved this!

Dress ni custom made untuk Mrunal jadi tak nampak dekat mana-mana dah selain Cannes. Anamika guna palette yang menaikkan seri warna kulit Mrunal, bahagian atas melekap pada badan hingga ke leher. Skirt pula dibikin pendek dengan lebihan kain untuk serlahkan kecantikan kaki Mrunal. Dipadankan pula dengan sepasang pumped heels dari Loubutin juga sepasang anting-anting juntaian mutiara dari Diosa Paris. 

5. Night Swan


Penampilan Mrunal Thakur di karpet merah adalah penampilan yang berbaloi dinantikan kerana dress custom berona putih gading dari Falguni and Shane Peacock menjadi tumpuan. Sentuhan kontemporari diberikan pada gaun yang sarat dengan manik sebagai material hiasan utama. Uniknya gaun tanpa lengan ni mempunyai lorekan di bahagian pinggul, dada dan bahagian perut. 

Di bahagian tengah diletakkan ropol bersaiz besar dari material organza bersama susunan sequin dan juga batu permata jernih. Walaupun gaun ni keras tapi nampak beralun dek kerana hiasan renda dan juga hiasan tambahan di bahagian belakang. Kewujudan lebihan kain di bahagian belakang bersama susunan bulu pelepah berwarna putih pada bahagian hujung menambahkan drama pada si pemakai lantas menonjolkan kesenian budaya tradisi juga mencipta persona fairytale. 


Rambut Mrunal disikat rapi dan terletak cantik di belakang telinga untuk serlahkan keunikan anting-anting berbentuk daun tajam berduri yang dipakai secara menegak ke bawah dari butik Vandals World. Aksesori cincin dari Mahesh Notandas Fine Jewellery dan sepasang pumped heels dari Loubutin sebagai pelengkap gaya. 

6. Twirl Stripes


Kalau jadi Mrunal pun bangun pagi mesti happy teruk lepas pakai cantik dekat red carpet malam sebelumnya. Dalam video promosi Grey Goose, Mrunal menari di kota France dengan dress tanpa lengan dan beropol besar di bahagian skirt dari Lovebirds Studio, butik tempatan India. Corak garisan menegak dalam jalur berona biru dan putih mengikut warna tema utama Grey Goose serlahkan lagi potongan badan Mrunal yang langsing. 

Bebas tanpa pumped heels dari sebelumnya, Mrunal memilih strap wedges dari Luciano Padovan dan anting-anting dari Simran Chhabra Jewels sebagai pelengkap gaya kasual dan feminin. 

7. Choco Chica


Satu set persalinan serba coklat dari koleksi Summer Spring 2023 Tods dijadikan penampilan terakhir Mrunal Thakur di Cannes 2023. Sebelum pulang ke India, dia sempat shoot video dengan team dia untuk join latest trend di Reels Instagram. 

Kot labuh paras lutut dipadankan dengan kemeja satin berona coklat dan juga seluar panjang skinny cut. Mrunal repeat balik pumped heels hitam dari Louboutin yang dipakai pada hari pertama dan kenakan sepasang anting-anting berjurai berlian dari Renu Oberoi Luxury Jewelry. Gaya rambut kali ni juga berbeza dengan sanggul ketat dengan juraian rambut di bahagian kiri dan kanan. For a casual look, she looks cool. 

Happy sangat tengok semua penampilan Mrunal Thakur yang menggabungkan rekaan negara luar dan butik tempatan India. Bak kata Falguni, Mrunal pandai bereksperimen untuk menghasilkan gaya yang sesuai dengan bentuk tubuh badan dan juga warna kulit dusky. 

Sementara Mrunal melaram sakan di Cannes, Vijay Verma pula mengeluh buat cerita sedih tak dapat cari baju untuk Cannes. Kalau tahun lepas Mannara Chopra buat cerita sedih untuk tarik perhatian, tahun ni Vijay pula sedangkan selebriti lain pakai ready made dari butik tempatan itupun tak kena repost atau support pun. Anyway, kudos to Mrunal Thakur and her team for her splendid debut at Cannes!