Platform yang menawarkan filem-filem eksklusif terus ke pawagam rumah anda, Astro First membariskan deretan filem menarik khas untuk penonton. Lebih menarik, pelbagai genre berbeza serta turut menampilkan antara filem eksklusif yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana platform sebelum ini turut ditayangkan di Astro First.
1. SUMPAHAN SYAITAN
Tarikh: 27 Mei 2023
Genre: Seram Komedi
Pengarah: Roy
Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam
Sumpahan Syaitan membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Farid Kamil, Dato’ Jalalludin Hassan, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Nynaa Harizal, Saful Apek dan Azlee Senario.
Filem terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sam yang telah diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Apabila Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam untuk bersembunyi di sebuah hotel lama kepunyaannya. Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut.
2. KOMBO DI MANA DIDI
Tarikh: 8 – 21 Jun 2023
Genre: Animasi Muzikal
Pengarah: Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin (Didi & Friends The Movie); Khairul Ammar, Jamal Mohd Arif Kassim, Farhan Suhaimi (Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends)
Harga Langganan:RM19.90 untuk 48 jam
Filem animasi terbaik 2023, Didi & Friends The Movie dan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di himpunkan dalam satu kombo dengan harga RM19.90 untuk 48 jam.
Didi & Friends The Movie mengajak penonton untuk mengikuti penggembaraan Didi dan kawan-kawan untuk ke Pulau Legenda. Manakala Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends mempersembahkan lagu-lagu menarik oleh Didi & Friends yang mampu mengajak penonton untuk turut menyanyi bersama.
3. PULAU
Tarikh: 1 Jun 2023
Genre: Seram Drama
Pengarah: Euho
Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam
Filem seram drama terbitan WebTVAsia, PULAU ditayangkan di Astro First dengan versi antarabangsa. Menampilkan barisan pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Sabronzo, Nam Ron Wan Hanafi Su, Harris Annuar dan ramai lagi.
Mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas pertaruhan yang kalah memaksa mereka bermalam di sebuah pulau terpencil. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misterius di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat antagonis yang terperangkap di pulau itu. Seorang demi seorang diburu padah.
4. RETURNING HOME
Tarikh: 3 Jun 2023
Genre: Drama,Keluarga, Komedi
Pengarah: Don Hoe
Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam
Astro First juga menampilkan filem Mandarin tempatan terbitan Full Billion Entertainment. Barisan pelakon adalah Chen Puie Heng, Ribbon Ooi, Chazynash, Feon Lai, Miau Lim, Stanley Hoe dan Teoh Yumee.
Filem ini adalah dedikasi buat wira Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans (SJAM), Lions Clubs serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sukarelawan (PBS) yang telah berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain. Namun, di sebalik pengorbanan mereka, ada insan tersayang yang sentiasa menantikan kepulangan wira-wira ini penuh kesabaran. Selamatkah wira-wira ini kembali di pangkuan keluarga?
5. ESCAPE
Tarikh: 3 Jun 2023
Genre: Thriller Aksi
Pengarah: Ikhwansha Hazer
Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam
Dibintangi oleh pelakon Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham,Riz Amin, Pablo Amirul, Dato’ Jalaluddin Hassan, Jue Aziz dan merupakan terbitan DMY Creation dan Dreamland.
“…Kita Kena Korbankan Sesuatu Untuk Mendapatkan Sesuatu…”. Seorang lelaki yang mempunyai penyakit amnesia telah dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Namun Adam tidak mengingati apa-apa yang berlaku kerana penyakitnya. Adam membuat rancangan untuk membebaskan dirinya dan mencari dalang di sebalik tragedi yang berlaku.
6. GUI
Tarikh: 8 Jun 2023
Genre: Seram Komedi
Pengarah: Asri Bin Tajudin (Baq’u)
Harga Langganan: RM15 untuk 48 jam
Filem di bawah inisiatif Dana Program TV/OTT, kata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), GUI menghimpunkan pelakon terkenal seperti Azad Jasmin, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Dato Sri Vida, Aries Kwan, Fauziah Nawi, David Teo, Radin penyampai radio ERA dan ramai lagi.
Mengisahkan tentang Jeff dan Zainal yang telah mendapat tawaran untuk membuat perkhimatan penghantaran barang dengan nilai upah sebanyak RM20 ribu. Dalam perjalanan, mereka menyedari barang yang dihantar adalah mayat. Namun demi mendapatkan upah yang lumayan, mereka terus menjaga mayat tersebut bagi memastikan ia selamat sampai ke tempat yang telah ditetapkan. Banyak insiden menyeramkan berlaku sehingga membuatkan Jeff dan Zainal putus asa.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami terus komited dalam membawakan filem-filem menarik di platform Astro First. Memahami cita rasa penonton yang berbeza, Astro First menampilkan genre pelbagai seperti seram, komedi, drama, thriller serta filem animasi. Kami percaya bahawa penonton di luar sana masih memilih Astro First sebagai platform buat mereka untuk menikmati filem lokal terbaru bersama keluarga tersayang secara beramai-ramai di rumah dalam tempoh 48 jam dengan harga yang berpatutan. Kami akan membawakan deretan filem menarik khusus untuk penonton Astro.”
Saksikan filem-filem tempatan terbaru di Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On Demand atau Astro Go. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram Astro First.
Astro Kasih continues its commitment towards championing local sports with the return of Astro Kem Badminton 2023. AKB 2023’s main purpose is to give future young shuttlers the golden opportunity to be discovered, trained and nurtured by Malaysia’s own national players turned professional coaches.
AKB 2023 is open to all Malaysians who are between the ages of 10 to 12 years old (born between 1 January 2013 and 31 December 2011, both dates inclusive) in 2023. The Selection Camps are held at five states, which are in Sarawak, Sabah, Johor, Penang and Kuala Lumpur starting from 17th June 2023.
Pre-register now for your chance to be trained by professional coaches and meet national legends. For slots that are full, walk-ins are also welcomed at each venue starting 8am onwards. Register for free now at https://www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton.
Dari popular post dah boleh nampak keywords mana yang menjadi carian ramai. Sekarang tengah hot movie baru, Polis Evo 3 jadi tak hairan lah kalau top 3 keywords berkaitan dengan movie tu je. Pulau Movie tu sebab nak masuk Astro First bulan Jun jadi keywords dia naik balik.
Tropical Mango Croffle KFry KLCC Sooooo Worth It!
Tuesday, 30 May 2023
POLIS EVO 3 RAIH RM16 JUTA PADA HARI KE 4 TAYANGAN RASMI: PECAH REKOD MAT KILAU
Monday, 29 May 2023
Selepas 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal (sneak preview) di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan filem arahan Syafiq Yusof ini sebagai filem dengan kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau.
Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan. Ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat dan menginginkan filem yang berkualiti.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah atas kejayaan luar biasa ini dan ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua. Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop Productions, TGV Pictures, rakan-rakan media serta pihak pawagam yang banyak membantu melakar kejayaan Polis Evo 3.”
“Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana filem ini memang sesuai untuk hiburan sekeluarga.”
“Hujung minggu lalu kami telah memulakan sesi jelajah di Pantai Timur dan kehadiran kami di sana telah disambut dengan meriah oleh ribuan penonton serta peminat. Ada dalam kalangan penonton yang sanggup datang dari jauh seperti Kota Bahru semata-mata untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Nantikan kunjungan kami bersama barisan pelakon Polis Evo 3 di Utara pada hujung minggu ini pula.
Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya pada 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah atas kejayaan luar biasa ini dan ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua. Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop Productions, TGV Pictures, rakan-rakan media serta pihak pawagam yang banyak membantu melakar kejayaan Polis Evo 3.”
“Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana filem ini memang sesuai untuk hiburan sekeluarga.”
“Hujung minggu lalu kami telah memulakan sesi jelajah di Pantai Timur dan kehadiran kami di sana telah disambut dengan meriah oleh ribuan penonton serta peminat. Ada dalam kalangan penonton yang sanggup datang dari jauh seperti Kota Bahru semata-mata untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Nantikan kunjungan kami bersama barisan pelakon Polis Evo 3 di Utara pada hujung minggu ini pula.
Road tour Polis Evo 3 di Kuala Terengganu |
Road tour Polis Evo 3 di Kuantan |
Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya pada 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.
Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Makan Tengahari Di Nan & Co. Ara Damansara, Tak Nak Repeat Dah
Saturday, 27 May 2023
Beef Carbonara |
Semua makanan okay je lah sebab nama pun ikut tekak masing-masing kan, but we can say spaghetti dia tak lah masak elok mungkin sebab dia kejar masa memandangkan ramai beratur. Beef carbonara sedap sebab daging lembut dan serap rasa kuah yang creamy.
Seafood Aglio Olio pun not bad sebab seafood dia guna fresh walaupun harga murah cuma yang tak syoknya, Seafood Aglio Olio Husna tak dapat bahan yang sama dengan I. Sebab nak cepat agaknya, I dapat 6 potongan sotong sementara Husna dapat 1. Okay lah sebab kitorang duduk sebelah sebelah tapi kalau I jenis tak suka berkongsi macam mana? Kalau kata dia masak menu yang sama dalam waktu yang sama tapi kumpulan pelanggan yang berbeza macam mana?
Chicken Chop Spaghetti set tu okay lah tapi banyak sangat minyak sampai kembang tekak. Sama juga dengan makanan Shaz, Alfredo Pasta dia yang sampai lepas satu jam menunggu tu penuh dengan minyak. Tak menarik di mata, tak sedap juga di tekak. Nak minta tapau sebab order sampai lambat pun jenuh request.
Mungkin makanan okay je lah kalau pada waktu biasa tapi untuk kitorang, Nan & Co is a no no. Bak kata Ain, tak semua chef hotel masak sedap pun tapi tu lah, yang masak pun bukan chef hotel tu tapi pekerja dia.