Sekitar Majlis Program Ramadhan Astro 2023

Wednesday, 17 May 2023

Tahun lepas tak dapat nak join Program Ramadhan Astro sebab sibuk dengan kerja padahal ada Zul Arifin, Fasha Sandha dan ramai lagi selebriti lain. Tahun ni alhamdulillah ada rezeki untuk join event Program Ramadhan Astro yang bertempat di Pullman Hotel. 

Kalau ikutkan dalam senarai nama selebriti yang hadir, ada Shukri Yahya, Hannah Delisha, Nadiya Nissa, Dayang Areeda, Qasrina Karim, Nadhir Nasar, Uyaina Arshad, Puteri Sarah Liana, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Ramli MS, Vanessa Reynauld, Nazim Othman, Aidit Noh, Zizan Razak, Hawa Rizwana, Yasmin Hani dan Tomok. 

Memandangkan ada nama Nadhir Nasar, I ajak Najwa join sekali event ni sebab dia minat gilaaaaaa dengan Nadhir. Before this I dah bagi can jumpa Nadhir masa press conference Project High Council tapi dia segan nak jumpa Nadhir. 

 

Masa ni serious silap pilih meja, konon-konon tak nak lah terpaling depan tapi lupa pulak ada Zizan dekat event ni. Kalau duduk depan, tak lah gelap sangat video bila rakam. Duit untuk beli handphone dah dikorbankan untuk beli tiket Hello Tour TREASURE, so hidup lah dengan kualiti video dan gambar yang ala kadar je sampai hujung tahun nanti hshs

I gerak lambat sikit lepas Zohor since ambil half day untuk pergi event ni tapi takpe sebab Najwa dah sampai awal. Semangat berkobar nak jumpa Nadhir. Mission for that day ialah bergambar dengan Nadhir tapi I risau jugak kalau tak mampu tunaikan hajat dia yang menggunung tu. Well, anything can happen kan. Macam I dengan Zizan, dah ada dalam satu event yang sama, jarak sejengkal pun belum tentu dapat menyembang dan bergambar. 


Event start dalam jam 4 lebih macam tu, hos event adalah Anas dan Muna Bella. Banyak program yang disajikan untuk penonton baik drama, program masakan, game show, travelog ataupun go shop. Lepas drama popular Project High Council, Astro Ria muncul pula dengan drama genre komedi, Imam Instant Ustazah Scammer jadi Qasrina Karim dan Yasmin Hani dijemput naik ke atas pentas untuk promote drama tersebut. 


Sakit perut gelak tengok Tok Ram, Dato' Jalaluddin Hassan, Jat dengan Roy Azman promote Travelawak : Projek Bapak Bapak. Tak sangka betul Dato Jalaluddin Hassan seorang yang kelakar, berjumpa pulak dengan Roy Azman yang mulut bertih tu. Tok Ram pun kelakar jugak orangnya, masa jadi juri je garang menyinga. Jat lah yang banyak senyum dari bercakap. 


Nadiya Nisaa, Aiman Wynne, Amar Bahrin pula naik untuk promote drama Salam Famili yang akan bersiaran di Astro Ceria. Kelakar tengok Aiman Wynne sebab dia tak faham sangat cakap Melayu. Excited tengok Nadiya sebab first time tengok dia in real life. 


Zizan Razak pula naik untuk promote program masakan Sayang Ajar Saya Masak tapi berseorangan saja sebab Hana Rizwana tak dapat hadir. Zizan sembang sorang pun tak ada hal, bersepah punchline dia bagi. Sebelum Zizan turun dia bagi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Astro sebab sentiasa berkongsi rezeki dengan dia. Dari debut sampai lah sekarang, tak pernah putus job yang dia dapat dari Astro. 


Kemudian bersambung pula dengan barisan pelakon wanita cantik, Uqasha Senrose dengan Hannah Delisha. I tak ingat siapa yang pakai baju kurung warna hijau tu. Hannah sepatutnya promote drama Andai Itu Takdirnya dengan Shukri Yahya tapi tak dapat datang jadi dia join Uqasha Senrose yang promote drama Isteri Halal. Sebelum ni tak dapat jumpa Uqasha dekat event drama apa entah tapi kali ni dapat tengok depan mata. Cantik, macam dekat IG dengan TV. 


Lepas habis promosi semua rancangan untuk bulan Ramadhan nanti, Nadhir Nasar dengan Qasrina Karim naik atas pentas sebagai duta Astro dengan tagline 'Bukalah Hati'. Masa I sampai tu Najwa dah berdoa supaya Nadhir datang sebab kawan-kawan dia mengusik dia takkan jumpa Nadhir punya. Meja kitorang walaupun jauh dari meja duta Astro tapi bertentangan jadi boleh lah ambil gambar curi macam ni. 

\
Reaction Najwa:


Untuk santapan di majlis Program Ramadhan Astro 2023 tu pihak Pullman Hotel sediakan nasi beriani, kambing bakar, dalca, sayur campur, kupang, fillet ikan masak lemon dan aneka pencuci mulut. Najwa tak makan beria pun sebab dah kenyang tengok Nadhir Nasar. 








Memandangkan I datang memang untuk makan jadi semua menu kita balun. Masa ambil lauk, Uqasha Senrose berdiri depan I tapi tak berani nak tegur sebab muka dia fokus sangat pilih lauk. Maybe next time hshs

Lepas dah habis makan, majlis bersambung dengan press conference tapi sebab I tak ada space untuk join, maka I ajak Najwa untuk laksanakan misi utama. Masa tu Nadhir, Qasrina dengan Zizan tengah rancak menyembang tapi sebab Zizan perasan kitorang datang, dia tanya kenapa. 


Nampak je macam biasa Nadhir ni tapi sebenarnya tinggi, nak bercakap pun kena mendongak sikit. Dah habis bergambar dengan Nadhir memang kitorang blah je tak terfikir langsung nak bergambar dengan Qas atau Zizan padahal dah ada sekali. Sebab otak dah set misi utama nak bergambar dengan Nadhir je so bila dah dapat tu dah habis bahagia dah. Najwa pulak dah bahagia teruk, I pun lupa lah nak buat apa dah. 


Dah duduk dekat meja, pusing belakang nampak Mechamato masuk dewan. Sorry Uyaina, muka dia kusut masuk sekali dalam gambar. Lama jugak lah Uyaina on call so semua gambar pun cenggini. Mechamato masuk je memang riuh la dewan tu sebab semua budak-budak nak bergambar dengan dia. Masa tu ternampak Nadia Nissa dekat pintu dewan, tegur dia nak bergambar pastu menyembang sikit pasal drama LIAR. 

Dia menyembang tapi mata dekat Mechamato sebab anak dia tengah sakan posing dengan Mechamato jadi fokus dia lari. Mana gambar dengan Nadia Nissa? Tak ada, sebab I lupa ambik dengan Najwa. 



Memandangkan dekat luar tengah kosong, kitorang bergambar dekat backdrop event sebagai kenangan dah jejak kaki ke situ. Dah habis bergambar tiba-tiba terjumpa Muna Bella pulak. I tanya dia pergi konsert Blackpink tak tapi dia tak pergi sebab Muna bukan Blink tapi Carat. Dia tengok Mingyu dekat Golden Disk Award di Thailand. I syak video TikTok dekat akaun Astro Gempak pasal Projek Bapak Bapak terjumpa Seventeen dekat Jepun tu Muna yang upload sebab dia Carat hahaha


Lepas up gambar dekat Twitter, baru dapat tahu yang Muna junior I dekat UiTM Segamat sebab kawan bagitahu. Lepastu Muna pun pergi konsert TREASURE bulan Mac tu sebab I nampak video dia buat liputan dalam hujan dekat luar stadium. 


Ramai juga selebriti yang tak datang untuk Program Ramadan Astro ni macam Puteri Sarah Liana, I guess nak mengelak dari jawab soalan panas. Nevertheless I had fun at this event. Sebelum balik tu PR dah tanya nak interview Nadhir tak tapi I datang untuk makan dan bergambar je so I tak prepare anything pun. Lagipun masa kitorang nak balik tu Nadhir tak habis lagi interview dengan media lain. Mulut dia pun dah penat agaknya nak menjawab soalan. Maybe next time lah kot. 

Entah berapa kali next time dah dok menyebut. Bak kata editor Remaja tu, you tak berebut nak interview, macam mana pageview nak naik? Hehe I datang meriahkan majlis je, bab pageview tu kalau naik tu naik lah sebab part-time je. Main niche pun review bukannya interview. Bukan nak tolak rezeki tapi penatlah nak kalut semua benda. 

Terima kasih kepada Astro yang sudi jemput ke majlis ni dengan goodies yang cantik. 

BE #GUMPROUD DENGAN SYSTEMA, JENAMA TERKEMUKA DARI JEPUN!

Tuesday, 16 May 2023

BE #GUMPROUD DENGAN SYSTEMA, JENAMA TERKEMUKA DARI JEPUN! | Systema melancarkan kempen Be #GumProud sempena Hari Kesihatan Gusi untuk memacu kesedaran berkenaan kesihatan dan penjagaan gusi yang lebih baik di kalangan rakyat Malaysia dengan kerjasama dari Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP).

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan gusi, Systema, salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun, melancarkan kempen Be #GumProud hari ini, bersempena dengan Hari Kesihatan Gusi bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan gusi di peringkat antarabangsa. Bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia memahami tentang kepentingan kesihatan gusi dan keperluan penjagaan gusi. 

Bercakap di sesi pelancaran kempen tersebut, Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa tahap penyakit gusi di Malaysia amat membimbangkan. “Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia (NOHSS, 2015), 99.6% kanak-kanak berumur 12 tahun mengalami masalah gusi berdarah, yang merupakan tanda awal penyakit gusi. Dianggarkan pada tahun 2019 bahawa 9.2% orang dewasa berumur 15 tahun ke atas mengalami penyakit periodontik yang teruk menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2022).” katanya.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas orang dewasa Malaysia oleh Lion Corporation Japan, pemilik jenama Systema, mendapati bahawa 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda atau simptom penyakit gusi yang ketara, tetapi hanya 1% yang sedar bahawa mereka menghidapinya. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan kesihatan gusi mereka. 

"Penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik, ditambah dengan faktor lain seperti penggunaan tembakau adalah antara faktor tingkah laku utama yang boleh merisikokan kesihatan mulut seseorang. Terdapat keperluan untuk mengajar dan membimbing warga Malaysia untuk melakukan penjagaan kesihatan mulut sendiri sebelum atau selepas memberus gigi, termasuklah memeriksa keadaan seperti gusi berdarah, sisa makanan atau bengkak yang membantu pengesanan awal keadaan mulut. Walaupun kementerian telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi melalui pendidikan dan kempen kesedaran awam serta menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang berpatutan dan senang diperolehi, kita masih perlu terus mendekati rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa mengambil berat tentang kesihatan gusi dan gigi mereka," kata Dr. Noormi. 

Berkongsi pandangan yang sama, Encik Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion, turut menyatakan kebimbangannya akan tahap kesedaran warga Malaysia yang rendah tentang keadaan gusi mereka. “Walaupun gigi putih dan nafas segar sering dikaitkan dengan kesihatan mulut, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak sedar bahawa mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan juga bergantung kepada gusi yang sihat yang berwarna merah jambu. Systema sebagai salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka dari Lion Corporation Japan, dengan lebih daripada 130 tahun kepakaran dalam penjagaan periodontium, melihat peranannya untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan gusi mereka secara menyeluruh. Gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Kempen Be #GumProud menggalakkan warga Malaysia untuk melindungi serta mengekalkan kekuatan dan kesihatan gusi mereka agar mereka dapat memperagakan gusi mereka dengan bangganya. Kami juga berbesar hati kerana telah mendapat sokongan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen nasional ini," katanya.

Kempen Be #GumProud bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menilai kesihatan gusi mereka dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pengaruhnya terhadap kesihatan serta ketahanan pergigian. Dari Mei sehingga penghujung bulan Jun 2023, orang ramai boleh melayari laman sesawang Systema untuk melakukan penilaian kesihatan gusi sendiri secara dalam talian. Systema juga akan mengadakan beberapa roadshow untuk mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan mulut yang baik dan peranan kesihatan gusi dalam mengekalkan gigi serta kesihatan keseluruhan mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik. Pengguna digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini untuk menilai kesihatan gusi mereka dan mengambil langkah yang diperlukan untuk merawatnya serta menebus kit permulaan percuma daripada Systema! 

Di samping menilai kesihatan gusi seseorang, Encik Mabuchi turut menekankan aspek kepentingan menggunakan produk penjagaan mulut yang bersesuaian untuk meningkatkan kesihatan gusi. "Di Southern Lion, kami komited untuk membantu individu untuk mendapatkan kesihatan gusi dan mulut yang baik melalui penggunaan ubat gigi dan berus gigi yang betul. Menggunakan kekuatan dan teknologi Systema dalam pencegahan penyakit periodontium dari Jepun, kami telah membangunkan pelbagai variasi berus gigi dan ubat gigi yang direka untuk melindungi gusi dan membantu mencegah masalah gusi di samping mengekalkan gigi yang sihat', jelasnya lagi.

Menghuraikan inovasi produk Systema, Encik Kenichi Shirota, Pengurus Kanan Bersekutu dari Lion Corporation Jepun (Bahagian Antarabangsa) berkata: "Formulasi ubat gigi Systema Advance menggabungkan tiga bahan utama yang memecahkan biofilem plak dan membasmi bakteria penyebab masalah gusi yang tersembunyi di dalam poket gusi. Ia juga terbukti secara klinikal 4 kali lebih berkesan dalam mencegah masalah gusi! Rangkaian berus gigi Systema yang menggunakan bulu berus tirus 0.02mm untuk membuang plak secara fizikal dari celah gigi dan sepanjang garis gusi serta dalam poket gusi sambil kekal lembut pada gusi. Ini dapat membantu memberikan 40% pembersihan yang lebih baik antara gigi dan garis gusi namun 3 kali lebih lembut pada gusi berbanding berus gigi biasa”, katanya. 

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu ialah Dr. Mohd Faizal Hafez Hidayat, Naib Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), berkongsi mengenai peranan gusi kita: “Gusi kita berfungsi untuk melindungi gigi dan mencegah penyakit dalam mulut kita. Tanpa penjagaan gusi yang betul, bakteria tidak baik memasuki persekitaran gigi kita, menyebabkan jangkitan dan keradangan. Jika tidak ditangani pada peringkat awal, ia boleh membawa kepada kemusnahan tisu gusi atau periodontitis, lebih dikenali sebagai penyakit gusi. Penyakit gusi bermula dengan plak, filem yang dipenuhi bakteria melekit, yang terkumpul di bawah dan di sepanjang garis gusi. Selain itu, penyakit gusi juga boleh meningkatkan risiko osteoporosis1, penyakit jantung2, strok3, dan diabetes4.” jelas Dr. Faizal.


Pakar dalam kesihatan mulut mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengelakkan penyakit gusi adalah dengan memastikan keadaan gusi dan gigi anda sihat sejak usia muda. Ini amat membantu untuk mencari dan mengesan gingivitis awal dan mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya penjagaan yang betul, ia boleh menjadi barisan pertahanan pertama untuk memastikan seluruh badan kita sihat.

Mulakan perjalanan Be #GumProud anda dengan membuat penilaian gusi anda sendiri secara atas talian dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Systema untuk melindungi gusi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Be #GumProud Systema, sila lawati laman sesawang di https://gumhealthcheck.com. 

Rujukan
Osteoporosis and periodontal disease: Javed F, Al-Hezaimi K, Almas K, Romanos GE. Is there a relationship between osteoporosis and periodontal disease? A meta-analysis. J Periodontol. 2010 Mar;81(3):329-43. doi: 10.1902/jop.2009.090510. PMID: 20230763.
Heart disease and periodontal disease: Lockhart PB, Bolger AF, Papapanou PN, Osinbowale O, Trevisan M, Levison ME, Taubert KA, Newburger JW, Gornik HL, Gewitz MH, Wilson WR, Smith SC Jr, Baddour LM; American Heart Association Rheumatic Fever, Endocarditis, and Kawasaki Disease Committee of the Council on Cardiovascular Disease in the Young, Council on Epidemiology and Prevention, Council on Peripheral Vascular Disease, and Council on Clinical Cardiology. Periodontal disease and atherosclerotic vascular disease: does the evidence support an independent association?: a scientific statement from the American Heart Association. Circulation. 2012 May 22;125(20):2520-44. doi: 10.1161/CIR.0b013e31825719f3. Epub 2012 Apr 18. PMID: 22514250.
Stroke and periodontal disease: Sen S, Giamberardino LD, Moss K, Morelli T, Rosamond WD, Gottesman RF, Beck J, Offenbacher S. Periodontal Disease, Regular Dental Care Use, and Incident Ischemic Stroke. Stroke. 2018 Apr;49(4):914-919. doi: 10.1161/STROKEAHA.117.019413. Epub 2018 Mar 13. PMID: 29535255.
Diabetes mellitus and periodontal disease: Chávarry NG, Vettore MV, Sansone C, Sheiham A. The relationship between diabetes mellitus and destructive periodontal disease: a meta-analysis. Oral Health Prev Dent. 2009;7(2):107-27. PMID: 19655603.
PRODUCT RANGE & PRODUCT FACTSHEET

Toothpaste

Systema Advance Anti-Plaque Toothpaste 

  • World’s first Gum Protection toothpaste combining the power of IPMP, TDS, and GK2 for superior plaque removal in gum pockets. 
  • It uses Japan’s Advance Plaque Buster technology to break down plaque and kills 99.9% bacteria in hard-to-reach areas like the plaque biofilm in the gum pockets whilst GK2 soothes gum discomfort. 
  • Clinically proven in providing 24-hour protection against oral bacteria and also 4x better in preventing gum problems
There are three variants and flavours to meet different users needs:

Availability

Single Pack 130g - RRP: RM12.55
Twin Pack 130g x 2 - RRP: RM22.60

Systema Sensitive & Gum Protection Toothpaste 

  • Specially formulated with Triple Relief Technology for Instant Sensitive Relief & Gum Protection
  • Formulated to defend against discomfort and provide instant relief in 60 seconds, this desensitising toothpaste builds a protective layer over the sensitive areas giving you lasting protection 24/7 against tooth sensitivity, break down plaque and kill bacteria in hard-to-reach areas plus has be clinically proven to be 4X better in preventing gum problems, the main cause of tooth sensitivity. [Apply toothpaste directly at sensitive area with your fingertip and massage gently for 1 minute.]

Availability

Single Pack 130g - RRP: RM13.90

Toothbrushes

With 0.02 mm super tapered bristles, Systema wide range of toothbrush penetrates and removes plaque biofilm in gum pockets yet gentle to gums. 

Systema’s wide range of toothbrush is developed with 0.02mm super tapered that give 9x better plaque removal ability along gum line, 40% better cleaning ability in between teeth yet 3x gentler to the gums compared to normal non-tapered toothbrush.

BASIC CLEAN


Availability

Single Pack 
Active Clean RRP: RM4.70 
Activated Charcoal RRP: RM5.90 
Super Value Pack
Active Clean (3s) RRP: RM9.90
Activated Charcoal (2s) RRP: RM9.50


Availability

Single Pack
Compact/Comfort/Full Head/Silver Charcoal RRP: RM7.80
Super Value Pack 
Compact/Comfort/Full Head/Silver Charcoal (3s) RRP: RM19.80 

ENHANCED CLEAN

Availability

Single Pack
Spiral RRP: RM10.05
3D Clean RRP: RM12.55
Super Thin Charcoal RRP: RM10.90
3D Ultra White RRP: RM14.50

Super Value Pack
Spiral (3s) RRP: RM25.65
3D Clean (2s) RRP: RM22.60
Super Thin Charcoal (2s) RRP: RM19.65
3D Ultra White (2s) RRP: RM23.85

SPECIAL NEEDS


Availability

Single Pack
Sensitive RRP: RM11.20
Bi-level RRP: RM8.80

Super Value Pack (3pcs)
Sensitive (3s) RRP: RM28.55
Bi-level (3s) RRP: RM22.50

**************************

Mengenai Systema Malaysia
Systema adalah jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun yang dimiliki oleh Lion Corporation Japan dan dipasarkan oleh rakan gabungannya, Southern Lion. Rangkaian ubat gigi dan berus gigi Systema memberikan penyelesaian optimal untuk membantu meningkatkan kesihatan mulut dengan perlindungan terhadap masalah gusi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://systema.my/

Animasi popular Malaysia, Upin & Ipin telah tampil dengan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! pada penghujung tahun lalu di Malaysia serta Singapura. Teater tersebut telah mendapat sambutan positif daripada jutaan penonton yang meliputi anak kecil serta orang dewasa. Rentetan daripada kejayaan tersebut, pihak penerbit Les’Copaque Production membawa Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! untuk dipersembahkan di platform Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 18 Mei ini. Lebih istimewa, versi yang akan ditayangkan di Astro First  adalah berbeza dan memperlihatkan penggunaan kesan visual menggunakan teknologi multimedia  yang lebih banyak sepanjang teater dipersembahkan. 

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ini sangat istimewa kerana ianya mempunyai elemen multimedia serta lagu-lagu yang digubah oleh komposer Les’ Copaque sendiri. Teater ini juga merupakan 100 peratus karya anak tempatan.

Teater berdurasi 1 jam 6 minit ini diarahkan oleh Siti Rohayah Atan dan menampilkan watak-watak utama Upin, Ipin dan kawan-kawan seperti Ehsan, Mail, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Susanti serta menampilkan beberapa watak baharu yang kali pertama diketengahkan dalam pementasan teater seperti karakter Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan. Kesemua watak ini dilakonkan sepenuhnya oleh maskot dengan kostum menarik yang direka khas untuk pementasan teater tersebut. 

Cerita asal merupakan hasil idea Hajah Ainon Bt Ariff dan beliau juga merupakan penulis skrip bersama Nur Naquyah Binti Burhanuddin. Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin & Ipin ke dunia Pin Pin Pom! demi menyelamatkan diri dan kawan-kawan daripada cengkaman Nenek Kebayan yang mencari Batu Delima Sakti. Teater ini penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati di samping lagu-lagu yang menghiburkan. Terdapat 10  buah lagu yang dipersembahkan di teater ini dan mengangkat lagu  Upin & Ipin – Pin Pin Pom! sebagai lagu tema utama pementasan ini. Lagu tersebut menyelitkan dialog simbolik ‘Pin Pin Pom!’ yang amat popular dari salah satu siri Upin & Ipin dan diiringi dengan susuan muzik yang ‘catchy’. 

Selain itu, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! di Astro First ini turut diselitkan sesi temu ramah eksklusif bersama tenaga-tenaga kreatif di sebalik tabir yang menjayakan teater ini serta barisan pelakon utama alih suara.

Saksikan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! bermula 18 Mei 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.


******************

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!


Tajuk : Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Genre: Teater 
Pengarah: Siti Rohayah Atan
Produksi: Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Bahasa: Bahasa Melayu
Durasi Filem: 1jam 6minit
Tarikh Tayangan di Astro First: 18 Mei 2023

TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Penerbit: Haji Burhanuddin Bin Md. Radzi & Keith Sim
Pengarah: Siti Rohayah Atan
Skrip: Hajah Ainon Bt Ariff & Nur Naquyah Binti Burhanuddin
Cerita Asal: Hajah Ainon Bt Ariff
Koreografer: A. Aris A. Kadir 
Pengurus Produksi: Mohd Zarin Bin Abdul Karim
Pengarah Fotografi: Putranda Pahlevi B. Ruslan
Penyunting: Mohamad Firdaus Bin Haini & Muhamad Asyraf Bin Azmi
Pengarah Animasi: Khairul Aimran Bin Ibrahim 
Muzik Skor: Muhammad Ammar Syahid Bin Mohd Arif & Faizal Fauzi
Pengarah Audio & Muzik: Muhamad Zaki Bin Ishak
Pereka Busana: Couture Classics Sdn. Bhd.
Pengurus Teknikal: Mohammad Hafiz Bin Roslan
Jurugambar & Video: Nur Hakim Bin Mat Nor & Mohd Hairuddin Bin Latib

BARISAN PELAKON


Asyiela Putri Bt Azhar sbg Upin & Ipin
Deera Amin sbg Nenek Kebayan
Muhammad Fareez Daniel Bin Sharabuddin sbg Ehsan
Usayd Uqashah Kamsani sbg Mail
Muhammad Hafiz Bin Hassan sbg Jarjit
Tang Ying Sowk sbg Mei Mei
Rufaidah Bt Muhamed Fadzil sbg Fizi
Siti Nor Adwin Bt Safie sbg Susanti
Hajah Ainon Bt Ariff sbg Opah
Siti Khairunnisa Bt Mohamad Riduan sbg Ros
Haji Burhanuddin Bin Md. Radzi sbg Tok Dalang
Mohd Bukhari Bin Amir Hamzah sbg Rembo
Hazimin Bin Hamdan sbg Si Polan
Nik Abdul Razzaq Fahmi Bin Abdul Rashid sbg Monyet

OST
Lagu: Upin & Ipin – Pin Pin Pom!
Penyanyi: Asyiela Putri Bt Azhar
Lirik: Nur Naquyah Binti Burhanuddin
Komposer: Muhammad Ammar Syahid Bin Mohd Arif

SINOPSIS

Upin dan Ipin sedang bermain bersama kawan-kawan apabila Susanti buka cerita tentang lagenda satu batu ajaib, Batu Delima Sakti. Batu ajaib ini hanya berjaya dimiliki oleh Nenek Kebayan. Dengan kuasa batu ajaib ini, pelbagai kerosakan telah dilakukan oleh Nenek Kebayan. Sedang mereka bergembira bermain Nenek Si Bongkok Tiga, Rembo datang buat hal. Tok Dalang datang minta tolong Upin dan Ipin menangkap Rembo yang mencuri seliparnya.

Upin dan Ipin kejar Rembo hingga ke satu rumah usang. Di dalam rumah itu, mereka berjumpa seketul batu merah yang amat cantik. Ipin ambil batu itu dan bawanya pulang tanpa pengetahuan Upin. Setelah mereka keluar dari rumah itu, Nenek Kebayan muncul dan mencari semula Batu Delima Sakti yang dia simpan di Kampung Durian Runtuh. Dengan menggunakan kuasa tongkat sakti, Nenek Kebayan dapat tahu Upin dan Ipin yang mengambil Batu Delima Saktinya. Dengan segera, Nenek Kebayan munculkan diri di hadapan Upin dan Ipin untuk menuntut semula batu sakti itu daripada mereka.


Ketika Nenek Kebayan menggunakan kuasanya terhadap Upin dan Ipin, mereka bertukar menjadi Pahlawan Magik Pin Pin Pom dan cuba untuk melawan semula Nenek Kebayan. Upin dan Ipin berjaya menumpaskan Nenek Kebayan dengan bantuan kuasa dari Batu Delima Sakti. Nenek Kebayan mengarahkan tongkat saktinya untuk mencari kelemahan Upin dan Ipin. Dengan menggunakan kelemahan Upin dan Ipin, Nenek Kebayan mengugut mereka supaya serahkan Batu Delima Sakti.

Upin dan Ipin tiba dekat rumah usang Nenek Kebayan tetapi dia tidak kelihatan. Begitu juga kawan-kawan mereka. Tiba-tiba, Nenek Kebayan muncul dan hantar satu per satu makhluk suruhannya selesaikan Upin dan Ipin. Disebabkan kelalaian Ipin setelah berjaya mengalahkan kesemua makhluk suruhan Nenek Kebayan, Nenek Kebayan dapat merampas semula Batu Delima Sakti tetapi akhirnya terbukti bahawa batu itu palsu!


Dengan bantuan para penonton, Upin dan Ipin berjaya menundukkan Nenek Kebayan. Nenek Kebayan melepaskan kawan-kawan Upin dan Ipin. Dengan segera, Upin dan Ipin memerangkap Nenek Kebayan masuk kembali ke bingkai gambar di dinding rumah usang itu. Kampung Durian Runtuh kembali aman dan selamat.

Kalau masa Sambutan Tahun Baru Cina, replika arnab sebagai simbolik perayaan tersebut, untuk Hari Raya Aidilfitri pula, sebuah replika pelita terbesar dilancarkan di Suria KLCC. Majlis pelancaran bermula dari jam 4 petang tapi disebabkan kerja, terpaksa lah datang lambat sikit. Jam 6 petang baru sampai ke majlis. 

Masa tu pelancaran dan persembahan tarian dah start dah pun. Dapat lah tengok sikit persembahan tarian tu walaupun pemandangan terhalang sebab rendah. Memang tak lah nak pakai heels atau wedges sebab naik public transport. Jauh nak menapak dari LRT Lembah Subang sampai ke LRT KLCC. 


Habis persembahan semua dibawa ke Esplanade KLCC untuk hidupkan lampu pelita replika KLCC. Pelita replika ni menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia. Menggunakan gabungan warna hijau pekat dan kuning sebagai warna tema Hari Raya dengan corak batik sebagai corak rasmi negara sebagai hiasan pelita replika. Pihak KLCC ketuk gong 3 kali sebagai tanda perasmian sekaligus menyalakan sumbu pelita replika.

Dapat spot paling depan pun belum tentu gambar cantik sebab nak capture pelita dari bawah sampai ke atas tu perlukan ruang. I dah try buat panorama tapi ada orang block view hshshs the struggle is real. Jadi lah ambil gambar dekat atas tu kan? Waktu malam boleh nampak pelita ni bercahaya cantik berlatarkan menara berkembar. 

Hos untuk majlis pelancaran ni adalah Nas Rahman, kira ni kali kedua I jumpa dia dekat event tapi mampu pandang dari jauh je. Dulu selalu tengok dekat TV, sekarang ada depan mata, tinggal nak cakap hye hye bye bye je. 


Lepas habis pelancaran, ada pertunjukan air pancut dekat tasik KLCC dan  pertunjukan air pancut tu akan berlangsung dari 24 Mac sehingga 1 Mei 2023  nanti. Lepas habis bergambar dekat bawah, semua dijemput naik ke tingkat 3 untuk berbuka puasa di Serai, KLCC. 

Bila dah sampai awal dapat lah pilih meja yang kita nak. Kitorang duduk yang terpaling hujung sekali. Sementara tunggu makanan dihidangkan, menyembang kejap dengan Kak Zura lepas berbulan tak jumpa. Berjumpa pun masa event je, memang banyak lah nak catch up. Nasib baik ada event yang sama dalam masa terdekat.  



Meriah makanan untuk berbuka yang disajikan oleh Serai, ada siakap masak stim limau, Tomyam Campur, Squid Deep Fried Salted Egg, Deep Fried Crispy Brinjal, Ayam Percik, Buttered Prawn, Braised Broccoli with shitake mushroom in superior oyster sauce dengan kurma. Air pula sparkling laici serai. 

Kalau ikutkan menu, tomyam campur tu tak ada tapi untuk majlis berbuka ni Serai gabungkan dua menu dalam satu mangkuk. Dua-dua boleh rasa, tomyam ayam dengan tomyam makanan laut.


Tak pernah lagi try makan dekat Serai untuk set nasi putih macam ni. Ramai lah yang puji masakan dekat Serai sedap. For me, tak semua menu lah sebab squid salted egg dia manis. Nasib baik ada siakap masak stim limau jadi tak lah melugai sangat bila tekak kembang dengan gula bersepah dekat sotong tu. 

Tomyam dia pun ceroi, tak pekat macam orang Thailand masak tapi sedap je cuma kita dah biasa makan yang pekat so tekak lagi berkenan dengan yang tu. 



Siakap stim limau jarang lah tak sedap sebab menu simple cuma kadang ada kuah yang jadi pahit sebab kulit limau atau lemon yang tukang masak letak tapi dekat Serai ni, kuah tu main peranan sangat. Masam masam manis air ikan. Siakap yang dia guna pun fresh jadi tak ada masalah untuk habiskan. Masa majlis tu kitorang ada masalah nak habiskan sebab perut dah penuh sangat. 

Ayam percik pun sedap tapi tak mampu pun nak habiskan nak pula dah habiskan buttered prawn dengan brokoli tiram tu. Sudahnya mintak tapau untuk sahur hshs. Terung deep fried tu paling sedap. Sebagai penggemar terung tanpa ragu, I sukaaaaa! 

Sementara tunggu pencuci mulut dihidangkan, staff Serai agihkan sampul duit raya dari KLCC. Kemudian dapat pula cenderamata balang kaca untuk Hari Raya. Cantik! 


Untuk pencuci mulut, semua tetamu dapat makan Ice Kachang signature Serai KLCC. Mangkuk dia besar sangat tapi mana mampu nak habiskan sebab brain freeze menyerang. Kitorang habiskan aiskrim vanilla sebab sedap, makan pula dengan serbuk kacang, jagung manis dan cendol. Nak tapau pun tak boleh sebab nanti cair dah tak sedap nak makan. 

Anyway, terima kasih Sherina dan Suria KLCC sebab jemput untuk meriahkan majlis pelancaran lepastu bagi makan sedap untuk majlis berbuka. Dapat cenderamat dengan duit raya jugak, boleh shopping raya dekat KLCC nanti. Semoga makin murah rezeki KLCC sebagai pusat membeli-belah ikonik ibu negara.