Drama Review | Crash Course in Romance (2023)
Wednesday, 3 May 2023
Movie Review | Siku 12: Langkah Derhaka (2022)
Monday, 1 May 2023
Sembang Syawal 2023
Saturday, 29 April 2023
Plan asal nak balik awal pagi lepas breakfast tapi kawan mak jemput pergi ke open house. Dia buat waktu tengahari jadi terpaksa lah balik lepas Zohor. Boleh je mak pergi sendiri jalan kaki tapi orang dah jemput satu family kan, pergi je lah sebab bukan selalu. Petang tu stuck dalam jam dari Sekinchan tapi tak rushing nak balik so drive chill chill je. Jam bukan sebab semua orang balik serentak pun tapi sebab orang keluar beraya. Raya Keempat memang berehat je dekat rumah sebelum masuk kerja.
Macam tu je lah cerita Syawal tahun ni, tak meriah pun tapi asalkan semua ada, sihat pun dah bersyukur dah. Masa puasa tu memasing sakit, ada yang batuk, ada yang demam, migraine sebab cuaca panas sangat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan blogger and readers. Selamat beraya and take extra care sebab kes covid tengah naik sekarang.
Setiap tahun mesti dapat hamper, hadiah atau sampul raya tapi tak pernah rasa nak update sebab malas. Tahun ni saja simpan dekat sini untuk future reference. Nanti nak beli hamper raya tahu lah dekat mana kan?
Sampul Raya pula I dapat dari Astro yang dipek dalam kotak berwarna pink tu. KLCC punya sampul raya belah kanan sekali. Astro dengan KLCC ada set sampul berbeza dalam satu pek. Yang warna hijau dekat tengah tu dari KPlus Market, dapat sebab beli barang dapur dekat situ. Boleh dapat sampul free untuk pembelian RM50 ke atas. Habis semua sampul I guna untuk bagi duit raya dekat family dengan tetamu yang datang.
Sampul raya dari Ram Reza & Muhammad cantik sangat tahun ni sampai sayang nak pakai. Yang ni kita simpan buat kenangan sebab cantik. Bagi dekat orang pun nanti kena buang je macam dalam video Ray tu haha
Terima kasih kepada semua yang memberi. I plan nak buat sampul jugak tapi malas sebab nanti tak habis, tak sangka pulak tahun ni boleh habis. Setiap tahun memang tak boleh dijangka ye ceritera raya macam mana.
Last time pergi SSM Menara Sentral di KL Sentral masa tahun 2020, tengah pandemik lagi masa tu. 2 tahun kemudian baru jejak kaki lagi dekat sini. Kali ni nak bayar kompaun syarikat klien pula. Disebabkan urusan ni melibatkan jumlah duit yang besar jadi tak berani nak minta tolong orang lain.
At first macam nak drive je tapi bila terfikir jam dekat kawasan tu lepastu susah nak cari parking, terus decide naik MRT. Kalau naik MRT dekat Kwasa Sentral tu senang, ambil bas depan rumah turun dekat MRT Kwasa Sentral, drop off dekat stesen MRT Muzium Negara lepastu berjalan sampai ke KL Sentral. Dari tangga MRT tu belok kanan lepastu straight je sampai dekat KLIA Express transit kemudian keluar dari bangunan KL Sentral lepastu jumpa jalan besar. Dekat situ melintas je pergi ke bangunan SSM. Hujan pun tak ada masalah sebab semua laluan berbumbung.
Dah sampai ke kaunter, bagitahu nak ke Tingkat 17 untuk bayar kompaun tapi disebabkan tak ada notis kompaun, kena turun balik ke kaunter bawah untuk ambil pas pelawat, naik ke Menara B Tingkat 26. Sampai dekat Bahagian Pematuhan Korporat, ambil borang untuk isi sebagai wakil syarikat kemudian letak dalam tray dekat kaunter tu.