Drama Review | Jubilee (2023)

Saturday, 22 April 2023


Director: Vikramaditya Motwane
Writer: Hartej Sawhney, Nishant Agarwal
Cast: Prosenjit Chatterjee, Aparshakti Khurana, Aditi Rao Hydari, Sidhant Gupta, Wamiqa Gabbi, Ram Kapoor
Production Companies: Andolan Films, Reliance Entertainment, Phantom Studios
Distributor : Amazon Prime Videos
Genre : Period Drama
Running Episodes: 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 7 April 2023
Trailer :


Berlatarkan tahun 1947 di mana India dan Pakistan berpisah membentuk dua negara, produser terkenal, Shrikant Roy (Prosenjit Chatterjee) hantar pembantunya, Binod Das (Aparshakti Khurana) ke Lucknow. Tugasnya mudah, pujuk Jamshed Khan (Nandish Sandhu) tandatangan kontrak bersama Roy Talkies sebagai pelakon bernama Madan Kumar dan gesa Sumitra Kumari (Aditi Rao Hydari) pulang ke Bombay. 

Asalnya Sumitra Kumari yang dihantar untuk buat tawaran kepada Jamshed tapi kerana prinsip dan idealisme yang dipegang oleh Jamshed buatkan Sumitra Kumari jatuh cinta. Mereka berdua rancang untuk larikan diri ke Kolkata, jauh dari dunia glamor. Dalam masa yang sama, Jay Khanna (Sidhant Gupta) juga ingin berjumpa kawan baiknya, Jamshed untuk pujuk supaya berlakon dalam filem debut arahannya di bawah terbitan Khanna Studios. 


Namun dek kerana rusuhan yang berlaku akibat perpecahan negara pada ketika itu, Jamshed Khan telah pun ditangkap terlebih dahulu. Binod menjadi Madan Kumar seperti yang diinginkan oleh Roy Talkies, Jay Khanna dan keluarganya mencari perlindungan di kem pelarian sementara Sumitra kerah segala resources untuk mencari Jamshed. 

Sesuatu yang mencuri perhatian bila pengarah buat keputusan untuk angkat pelakon komedi seperti Aparshakti Khurana sebagai Madan Kumar yang diinspirasikan dari pelakon sebenar, Ashok Kumar. Kira kepercayaan yang besar untuk dia lakonkan watak Madan Kumar yang mendominasi screentime drama Jubilee. Hilang terus imej pelakon komedi bila dia berlakon sebagai superstar zaman 50-an, setaraf dengan Dilip Kumar yang popular pada era itu. Dari awal lagi pengarah dah tunjuk karakter Binod yang pendiam tapi bila-bila masa boleh meledak untuk gapai impian dia macam babak Binod bakar negatif screen test. Api marak tepat menggambarkan perasaan dia masa tu. 


Tertarik juga bila tengok trailer drama Jubilee sebab berlatarkan zaman 40-an hingga 50-an, dah tentu kostum pada era tersebut yang menarik perhatian. Watak Sumitra Kumari antara yang menjadi tumpuan sebagai pelakon wanita terkenal selain menjadi produser filem di saat wakil Rusia dan Amerika mencari tempat dalam dunia perfileman India. 

Banyak perkara yang boleh belajar tentang dunia perfileman filem Hindi dalam drama Jubilee yang ditayangkan sebanyak 10 episod bila naskhah ni dicedok dari kisah benar yang berlaku di Bombay Talkies satu ketika dulu. Macam mana Rusia cadang untuk jadikan showbiz sebagai medium propaganda Soviet’s Union. Macam mana sebuah filem dibikin menggunakan negatif ataupun macam mana terlahirnya idea untuk menggunakan penyanyi latar dan lagu yang telah dirakam dalam filem. 


Naskhah Jubilee paparkan bagaimana dunia perfileman ada permainan politiknya untuk kekal selamat dalam lifespan yang rapuh. Hari ini Madan Kumar jadi superstar kesayangan penonton, esok lusa mungkin Jay Khanna dengan imej dan personaliti yang dibawa. Setiap episod terlihat menarik gara-gara plot twist kerana pendirian setiap watak utama. 

Walaupun watak Shrikant Roy diolah sebagai antagonis yang pandai memanipulasi keadaan supaya takdir berpihak kepada dia tapi dekat hujung cerita boleh nampak kenapa dia jadi macam tu. Sayangnya setiap watak ada kelemahan masing-masing, I’m saying this in a good way sebab hakikat manusia tak tertakluk hanya pada hitam atau putih. 


'Cinema can raise the level of the public by giving them the taste of purjery of photography, of music, aspirations..... Cinema can empower people. I created Madan Kumar to fight with the system...t o empower those people.' - Shrikant Roy  

Licik macam mana pun seperti watak Niloufer (Wamiqa Gabbi) yang menggunakan beberapa watak lelaki untuk naik di atas, dia tetap juga jatuh dan jadi pilihan untuk dibuang pada bila-bila masa keadaan mendesak. Tepat sangat pilihan casting director bila ambil Wamiqa Gabbi berlakon watak penggoda. Bukan saja watak lelaki yang tergoda dengan kehadiran secara curi-curi ataupun secara terangan, yang tengok ni pun terpesona. 


Asalnya tengok Jubilee sebab Aditi Rao Hydari yang cantik sangat dalam persona Sumitra Kumari tapi Wamiqa yang tinggalkan impak mendalam pada beberapa episod. Chemistry Wamiqa dengan beberapa pelakon menjadi, tak kisah lah dengan Aparshakti ataupun Sidhant Gupta. Bila tengok Niloufer dengan Madan Kumar, terserlah sangat kebahagiaan tu. Perasaan yang sama juga bila tengok Niloufer menari dalam hujan dengan Jay. 

Tengok pada trailer, ingatkan watak Sumitra akan bercinta dengan Jay Khanna yang menempa nama di saat nama Madan Kumar kukuh di hati penonton. Rupanya, mereka mempunyai musuh yang sama. Kecewa jugak lah sebenarnya bila watak Sumitra jadi lemah hanya kerana cinta lelaki sedangkan Jamshed adalah pelanggan setia Niloufer di Lucknow. Chemistry Aditi dengan Sidhant pun kuat juga tapi dapat tengok sekali saja dalam lagu Na Koyi Mera. 


Kalau diikutkan kebanyakan watak perempuan dalam naskhah Jubilee tak berpihak pada wanita. Tengok gaya penulis karang watak Sumitra, Ratna Das (Shweta Basu Prasad), Niloufer ataupun Kiran Singh Sethi (Sukhmanee Lamba) pun dah boleh agak pengakhirannya macam mana. Nak kata mereka ni terikat dengan ekspektasi masyarakat pun tak juga sebab masing-masing bebas memilih jalan hidup masing-masing tapi kesudahan semuanya sama. Geram bila tengok Kiran menagih cinta Jay sedangkan banyak kali dia dikecewakan.

Tahun lepas Amit Trivedi menghasilkan himpunan lagu klasik dalam filem Qala (2022) yang berlatarkan dunia nyanyian, tahun ni pula menghimpunkan lagu sekitar zaman 50-an. Hampir kesemua lagu menghiburkan dengan runut bunyi mengasyikkan juga lirik dari Kausar Munir yang menguatkan lagi jalan cerita. Personal fav, Dariyacha Raja dengan Nahin Ji Nahin. 



Selain lakonan yang mantap dari barisan pelakon yang terkenal dengan bakat mereka, kekuatan naskhah Jubilee juga terletak pada dialog karya Hartej Sawhney dan Nishant Agarwal. Tak dinafikan banyak dialog kehidupan yang diambil dari naskhah lain tapi disusn semula dalam bahasa yang lebih puitis, dimantapkan lagi dengan cara penyampaian buatkan kebanyakan babak terkesan. 

Walaupun drama Jubilee boleh dikatakan berat dengan politik kuasa, wang, kemasyhuran namun ada juga babak kecil yang terlahir tanpa sengaja. Macam babak Jay Khanna dengan Raghu Jhalani (Alok Arora) yang terpisah dek kerana perbezaan kaum tapi saling membantu bila keadaan memerlukan. Nampak lah dekat situ manusia boleh berubah bila dapat peluang kedua dalam hidup. Menarik juga bila tengok parallel antara Shrikant Roy-Madan Kumar yang kuat kerana kesetiaan berbanding Walia-Jay Khanna yang kuat melalui visi dan misi mereka dalam dunia hiburan. Mana satu yang bertahan lama dan macam mana juga hubungan mereka diuji. 


Anyway, I really enjoy watching Jubilee. Kudos to team production yang bagi peluang kepada pelakon underrated bersinar hebat dalam naskhah yang mempunyai skrip yang bagus. Thanks to Amazon Prime Video for this kind of story too. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.6/10

Lip Matte SYEDEWA Minis Langkasuka

Friday, 21 April 2023

 

Masa mencari hadiah untuk chambee, ternampak booth SYEDEWA dekat ruang tengah KLCC. Disebabkan dah nak raya, macam cun jugak lah kan kalau bagi hadiah lip matte. Masa pilih shade lip matte yang mana menawan hati, tup tup terbeli jugak untuk diri sendiri. Bahaya betul kalau pergi shopping hadiah orang ni. 



I nak belek shade SYEDEWA yang lain tapi sebab kejar masa so pilih dari Lip Matte Minis Pink Series je since Wani pun berkulit cerah. Kalau tak rushing masa tu, agaknya penuh dua belah tangan dengan tester dari setiap series. I tak pernah try lagi pakai jenama SYEDEWA ni walaupun famous dekat Twitter. Banyak kali juga nampak booth dia tapi pilih untuk ignore je. Kali ni I beli. 

Packaging untuk lip matte minis ni pun cantik tapi bila pandang lama-lama nampak pembaziran dekat situ sebab packaging je besar, liquid lip matte ni sikit je. Tak pasti mampu bertahan sampai bila sebab I bukan heavy user pun, nak pula kalau jenis makeup yang perlu dibuang dengan micellar water. Harga untuk lip matte Langkasuka SYEDEWA ni RM39.90 satu unit. Pigmented sebab sekali calit je dah naik warna dekat bibir tu. 


Lip Matte dari SYEDEWA ni tak mengeringkan bibir sebab ada shea butter, vitamin E, madu dan minyak zaitun. Tapi bergantung juga dengan sensitiviti kulit, kalau yang jenis alah dengan main ingredients yang disenaraikan tadi mungkin berisiko untuk pakai. 

Bila pakai lip matte ni boleh bau shea butter sebab bau dia memang kuat. Bau macam honey dew pun ye jugak. Lepas apply rasa nak makan. 


So this is me when applying Langkasuka. Macam tak jauh beza pun dengan shade lipstick yang I guna sebelum ni sebab dah memang beli palette yang lebih kurang sama je. Maybe dah boleh try coral atau nude pulak kot hshshs

Anyway, berbaloi ke tidak beli lip matte SYEDEWA ni? Sebagai marhaen yang jarang makeup, mungkin I would choose cheaper product dekat drugstore je lah kot. Silkygirl dengan IN2IT masih lagi pilihan hati. Guardian buat sale, terus boleh borong sakan. 

Book Review | Di Antara Logik (2015)

Penulis: Faten Anur

Penerbit: Lejen Press

Helaian : 242 mukasurat / 28 bab

Genre : Seram

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama - Julai 2015

Harga : RM 20 (Semenanjung Malaysia)

Sinopsis:

Luna ceritakan tentang satu kisah. Kisah yang bukan sekadar 'urban legend'. Tapi kisah yang meniti dari mulut ke mulut sejak dulu lagi.

Dan mereka tersilap langkah. Mereka telah menyeru DIA tanpa disedari. Roh itu kembali-memburu setiap seorang daripada mereka.

Semua yang berlaku kemudian langsung tidak masuk akal lagi. Semuanya DI ANTARA LOGIK.


"Kau memang wujud?"

"Aku wujud kerana kau yang inginkan aku..."

Review: 

Di Antara Logik yang berlatarkan kehidupan pelajar kolej, Luna, Jessy dan Andy yang suka bercerita tentang kisah seram. Watak Luna juga merupakan watak yang nakal dan sentiasa mempunyai idea untuk mengusik rakan sekelas ataupun kawan baiknya, Jessy dan Andy. Kerana kenakalan dia juga, tak ramai yang suka berkawan dengan Luna selain mulut dia yang straight-forward dan pedas. 

Selepas satu insiden yang berlaku di biliknya, Luna mengajak Jessy dan Andy untuk menumpang tidur di butik kepunyaan kakaknya, Jojo yang terletak di Ampang. Luna tak gemar sangat masuk ke butik Jojo kerana patung mannequin yang menyeramkan. Dah datang ke situ takkan nak balik pula ke asrama, dia pun dah terlanjur bagitahu nak tolong Jojo di butik. 

Di butik tersebut dia sentiasa diganggu oleh perempuan berkebaya putih yang mengerikan. Ada kalanya dia mendengar suara memanggil atau barang terjatuh. Yang pastinya dia sentiasa nampak patung mannequin di butik tersebut merenung tajam. 

Sebelum mereka berempat diganggu di butik tersebut, Luna ada bercerita tentang kisah seram rural legend yang wujud di kampungnya. Kisah tentang Dayang Nirmala yang dibunuh dengan kejam oleh adiknya, Citra Kirana. Sebelum meninggal, Dayang Nirmala sempat bersumpah akan menghantui hidup sesiapa saja yang menyerunya. Lama juga penduduk kampung hidup dalam ketakutan kerana roh Dayang Nirmala yang selalu mengganggu di waktu malam. 

Luna asalnya tak berniat untuk menyeru roh Dayang Nirmala tapi dek kerana rasa tercabar oleh kata-kata Andy, dia langar juga pantang larang neneknya. Luna anggap cerita tu cuma dongeng semata lagipun mereka sudah berada di zaman moden, tak mungkin lah roh Dayang Nirmala tu wujud. Luna pernah nyanyi lagu Lingsir Wengi tapi tak ada pulak Pontianak datang berdamping. 

Nasi dah menjadi bubur, sebaik saja Luna habis menyanyi, mereka berempat diganggu oleh roh Dayang Nirmala. Yang pelinya kenapa mereka berempat diganggu dengan teruk sedangkan hanya Luna yang menyanyi lagu tersebut? Lari lah ke mana pun, makhluk seram tu tetap mengekori mereka semua.

Tak lama pun nak habiskan novel Di Antara Logik ni sebab jalan cerita dia menarik dan segar. Tak pernah lagi dengar kewujudan kisah seram Dayang Nirmala. Tengok gaya penulis Faten Anur yang sampai ke penghujung novel tak dedahkaan langsung lirik lagu kegemaran makhluk mistik tu, I assume kisah urban legend ni memang wujud di kampung Luna. Lagipun dekat biodata penulis, dia memang letak pengalaman dia sendiri dalam karyanya. Sebab tu la kot rasa seram setiap kali penulis ceritakan pengalaman Luna diganggu dengan terperinci. 

Yang tak syoknya bila baca naskhah Di Antara Logik terbitan Lejen Press ni bila gaya bahasa penulis yang menjengkelkan. Penulis nampak keliru sama ada nak guna bahasa pasar ataupun bahasa baku. Rasanya penerbit indie macam Lejen Press ni jenis relaks je bab gaya bahasa. Macam tak check sebelum publish pun ye jugak sebab ada typo dan salah watak. 

Turn off bila watak Luna meroyan tak tentu hala sembang bab isu semasa ataupun hal agama. Ye Luna, kau lah yang terpaling jaga agama walaupun watak dia tak berpegang langsung pada Rukun Islam. Menyampah bila dia tiba-tiba jadi preachy dan sakit hati dengan dosa orang lain sedangkan dia pun pendosa juga. 

Disebabkan novel Di Antara Logik ni cuma ada 28 bab dengan 242 mukasurat sahaja, tak hairan lah kalau ada banyak watak yang tak dikembangkan dengan baik macam Andy, Fazil malah kisah Dayang Nirmala juga Citra Kirana. Kita tahu tujuan Pak Aki Jeman tapi tak tahu apa pantang larang tangkal yang diciptanya. 

Kalau ada drama atau filem yang nak ambil idea dari naskhah Di Antara Logik ni hopefully skrip tu ditambah baik dan tak ikut sepenuhnya dari novel ni. Percubaan yang baik dan menarik cuma perlu ditambah baik lagi. 

1. Author +0.3, 2.Plot +0.7, 3. Genre +1, 4. Social Message +0.6, 5. Personal Thought +0.4 = 3/5 

Sekitar Majlis Tayangan Perdana Histeria The Series

Thursday, 20 April 2023


Event Histeria The Series antara event yang sentiasa di hati sebab ada kenangan manis. Dah setahun pun tetap ingat perasaan berbunga tu. Masa dapat jemputan untuk tayangan perdana Episod 1 Histeria The Series dah boleh nampak barisan pelakon yang akan hadir untuk event di bawah Astro ni. 

Kalau tayangan perdana untuk drama lagi seronok nak pergi sebab barisan pelakonnya ramai jadi dapat lah jumpa sekejap untuk bergambar atau tanya khabar sementara diorang tunggu turn untuk ditemu ramah. I patutnya interview artis jugak tapi takutttttt T.T

Sebelum masuk dalam cinema hall, semua artis dan media dijemput makan di ruangan tengah Dadi Cinema, Pavillion. I tak sure masa tu duduk semeja dengan Zee Spooky atau someone else but I'm 90% sure it's him. We didn't talk much tapi kitorang menyembang kejap pasal makanan tak okay. Lepas dia habis makan, the spot was left empty. 

Masa angkat muka tu dah nampak Ziana Zain berjalan cari tempat duduk. Besar kemungkinan dia akan duduk sebelah I and she did! Macam tak percaya tapi benda tu betul-betul jadi. I bagi isyarat mata je dekat adik bagitahu Ziana Zain makan semeja dengan kitorang. 

Manager ZZ tegur kitorang tanya dari mana and I was being soooo nervous lepastu cakap blogger biasa je tapi dia kata tak mungkin la biasa2 kalau Astro panggil. Mampu senyum je lah masa tu. Was it a compliment? YES! But how to handle that? IDK!

Sebab makanan yang dihidangkan tu tak syok, Ziana Zain ajak I pergi beli pastries dekat cafe depan tu sebab ingatkan sedap. 

ZZ: Dah tengok dah movie KKN Desa Penari?

I tak habis hadam lagi dapat makan semeja dengan ZZ, pergi beli pastries sama-sama and now menyembang pasal movie. I cakap belum lagi sebab masa tu punya lah ramai excited nak tengok sampai cinema mostly full. ZZ menyembang pasal jalan cerita KKN Desa Penari and I'm being a great listener padahal Mia dah bagitahu jalan cerita movie ni masa dekat office sebab dia dah tengok. Tapi I okay je layan ZZ sembang, bukannya selalu haha seumur hidup, sekali je. 

ZZ: Rasa nak makan kacang lah
Me: Tapiiiii kan tengah ada ulser, kang tak selesa pulak nak makan. 
ZZ: Tu lahhh, awak nak? Akak satu, awak satu. 
Me: Haha I tak makan kacang sangat. Seriouslah nak beli? Tak sakit ke nanti?
ZZ: Takpe lah, kita beli croissant je lah. 
Me: *keluarkan duit dari purse*
ZZ: Eh tak payah, akak belanja!

Almond Croissant Ziana Zain belanja hshshs

I dah tak ingat pun kitorang menyembang apa sampai gelak beria dari kaunter sampai balik ke meja. Media dekat table lain pandang kitorang mesti assume I dengan ZZ dah kenal lama. Baru kenal masa tu je pun, tapi dah ZZ jenis peramah orangnya, senang je lah nak ngam. Sambil makan tu kitorang sembang pasal bariatric surgery sebab ZZ baru je lepas operated. ZZ kata lepas surgery tu dah kurang makan, no wonder lah haluihhhh ja. 

nampak kan siapa godangggg


Lepas ZZ habis makan dan bergambar dengan kitorang, dia kena bergegas naik ke tingkat atas untuk interview dengan pihak media. Bila I toleh belakang nampak Fimie Don dengan mak dia dekat meja belakang. 


Masa dia duduk tak nampak macam tinggi pun, bila berdiri sebelah dia oooookayyyy jauh perbezaan kitorang. Dulu selalu layan Hikayat Putera Shazlan dekat Astro Ceria, sekarang ni jumpa depan mata. 

Me: Fimie dah makan ke?
FD: Dah tadi, I makan ayam je. 
Me: Ayam je?! No wonder lah slim. 
FD: I memang tak makan banyak. Malam pulak tu. 

Kalau Pana yang dulu memang tak makan sangat waktu malam, Pana yang sekarang melampau benar nafsu makannya. Bila nak diet entah. Esok sampai ke sudah. Naik tingkat atas pula terjumpa dengan Liyana Jasmay. 


Lepas dah habis tayangan perdana Episod 1 Histeria The Series, semua media dipanggil untuk join press conference. Masa tu pengarah James Lee, produser Gayatri Su Pillai, barisan pelakon Mia Sara Shauki, Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal, Nam Ron dan Ziana Zain. Since Histeria series adalah sekuel kepada Histeria 2008 jadi banyak soalan yang tanya tentang scenes dalam movie akan dikembangkan ataupun soalan mengenai watak dan latar. 

Media: You buat Histeria dalam versi drama bersiri, ada tak you ambik babak-babak ikonik  daripada filem yang sampai sekarang orang akan ingat dan you letak dalam drama ni supaya mengembalikan balik nostalgia?

James Lee: We didn't bring anything, nothing really put in the drama but the only thing that we bring back is the music... the theme song. We proposed to use back the song. I'm not sure how you guys feel but the song is something that connect the series. When you listen to the song, you will remeber the original movie. I think  from production wise, I try to create something new because last time, Histeria was shot in 2008 so it's in a very different format. Lot of things we kind of do it on the spot. The technology today, CGI, colour grading etc under visual aspect. I didn't try to bring back iconic scenes from the movie. 


Untuk Histeria series ni James Lee tak fokus sangat dengan jumpscares untuk setiap episod sebab bila audience dah banyak sangat jumpa gory and jumpscares scenes, diorang dah mula hilang feeling untuk klimaks sebab dah lali. James Lee letak misteri, backstory dan cerita tentang semua watak di sekolah tersebut. 

Masa Liyana Jasmay share pengalaman shooting dengan pelakon generasi baru boleh nampak lah diorang have fun masa shooting. Even the girls untuk main cast pun mulut riuh memasing. Masa makan, semua nampak macam garang tapi sporting je memasing. 

I: Ada tak any histeria things happened masa shooting? 

Ziana Zain: Sepanjang shooting tu takde lah apa-apa yang pelik jadi pada I cuma bila you masuk ke tempat yang macam tu... bila you jejak kaki dekat situ, akan timbul satu perasaan yang kurang menyenangkan. Tempat kita shooting tu dekat kampus yang dah lama ditinggalkan dekat Manting. On the way masa nak masuk guard house tu pun dah rasa something so I just said 'I'm here to work, so jangan kacau I'. I know something is there dan I rasa budak-budak ni pun rasa seram jugak. Ada satu koridor ni bila you lalu dekat situ akan rasa bulu roma tegak je. 

I: Ada satu drama sebelum ni ada babak guru merokok but this one ada babak the girls smoking, benda tu akan jadi isu so you guys dah prepare ke untuk insiden tu? Apa preparation untuk you guys? 

Raja Jastina: These are situations that taking place in boarding schools so what we are trying to do with all cast, they are supposed to portray the scenes. It is important to show those scenes so people can differentiate between good and bad characters. those smoking scenes are very complicated but it's a way to portray the bullies. All will go through QA, so they will decide eventually what will be removed and cut. 


Sementara tunggu big stars habis sesi interview, kitorang approach cast yang ada dekat situ untuk berkenalan and bergambar. The girls was sooo pretty in real life. Rasa segan pulak sebab I datang ala kadar je. And that's explains why I didn't upload my picture with them here. Lepas habis greet diorang, menyembang kejap dengan Mathni Razak but since babak dia tak ada lagi dalam Episod 1 jadi dia tak join press conference sebelum tu. 


Tak lama pun stay dekat event ni sebab nak mengejar train akhir untuk balik. Masa tu dah pukul 10.30 malam jadi nak tak nak kena balik jugak. Kalau tak, balik rumah naik Grab lah jawabnya. Tambang MRT campur bas baru 5 hengget nak compare dengan Grab yang RM40 macam tu. I tak join langsung one on one session tapi dah rasa happy dapat jumpa barisan pelakon untuk Histeria series. Semuanya super nice and friendly. Thank you for the experience! 

In conjunction with Ramadhan and the upcoming Hari Raya celebrations, ShopeeFood together with Pizza Hut organised several berbuka puasa sessions across Klang Valley and Selangor for its fleet of food delivery partners. The #ShopeeDeliversLove campaign is in its second year and aims to show appreciation to ShopeeFood delivery partners.

Hundreds of delivery partners attended the sessions across many locations such as Wangsa Maju, Kota Damansara, Kepong and Kajang. Besides feasting on various yummy pizzas and beverages provided by Pizza Hut, the delivery partners also received many other goodies like Hari Raya cookies and petrol vouchers.

According to Kwa Yin Leng, Head of Operations for ShopeeFood Malaysia: “We are excited to be able to host this event on an annual basis for our delivery partners. ShopeeFood recognises the important role driver partners play in our business. As such, we continue to engage them closely, to better understand their needs. We take our driver partners’ feedback seriously, implement support initiatives and policies that meet their needs and continuously improve their welfare.”

“ShopeeFood is committed to delivering the highest quality of service for our customers by providing our users with value, variety and convenience through an integrated ecosystem. We hope by providing good food to our delivery partners, they will have more flexibility to observe their religious duties while delivering customer orders during this busy period,” she added.

Besides receiving food, delivery partners were also given a chance to win attractive lucky prizes that included smartphones, helmets and other riding apparel like raincoats.

Delivery partners interviewed during the event also expressed their appreciation for the gesture from ShopeeFood. En. Faizal bin Hashom who has been working with ShopeeFood for more than one and a half years said: “It is such a great event, and I hope ShopeeFood can organise a bigger one in the future so more drivers can attend it together. The timing to have the event during the month of Ramadan and Hari Raya is good as well.”

Another delivery partner, En. Abdul Qayum Bin Baharum said: “This event is really good for drivers to get together to not only meet new friends that are working in the same area but also a great opportunity to meet the ShopeeFood management team. The gifts are very attractive and I am grateful that we are able to participate in this event. Thank you ShopeeFood.”

For the Hari Raya period, ShopeeFood will also be having special discounts from 20th - 21st April. The offers include Free Delivery and features various merchants such as myBurgerLab, HWC Coffee, and Nasi Ayam Penyet

ShopeeFood was established in 2021 to help its users benefit from a convenient and hassle-free food delivery experience by providing numerous eateries, from popular joints to local street food stalls, at the best value. As part of Shopee’s existing ecosystem that includes the mobile wallet ShopeePay, along with amazing deals and promotions all year round, Malaysians have a secure, and rewarding payment and delivery experience with ShopeeFood.

*********************************

About ShopeeFood

ShopeeFood connects Shopee users to various eateries, from popular joints to local street food stalls, at the best value. Launched in 2021, ShopeeFood offers users a convenient and seamless food delivery experience while helping merchants digitalise and widen their reach. Integrated into Shopee's ecosystem, which includes the mobile wallet, ShopeePay, ShopeeFood provides users with a seamless, secure, and rewarding payment and delivery experience.

Shopee is a part of Sea Limited (NYSE:SE), a leading global consumer internet company. In addition to Shopee, Sea’s other core businesses include its digital entertainment arm, Garena, and digital financial services arm, SeaMoney. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology.

Movie Review | Shehzada (2023)

Wednesday, 19 April 2023


Director: Rohit Dhawan 
Writer:  Rohit Dhawan
Cast: Kartik Aaryan, Kriti Sanon, Paresh Rawal, Randeep Nanda, Ankur Rathee, Manisha Koirala, Ronit Roy, Ali Asgar, Kunal Vijaykar, Sharvari Lokhare
Production Companies : T-Series Films, Geetha Arts, Haarika & Hassine Creations, Brat Films  
Distributors : AA Films, Netflix
Genre : Action / Comedy 
Running Time : 145 minutes
Release Date : 17 February 2023 
Trailer :


Naskhah Shehzada merupakan remake dari filem Telugu, Ala Vaikunthapurramuloo (2020) yang mengisahkan tentang kehidupan Bantu (Kartik Aryaan) sebagai anak pembantu kepada keluarga kaya, The Jindal Group. 

Flashback 25 tahun lalu, Valmiki (Paresh Rawal) tukar anak lelakinya dengan anak lelaki pasangan Yashu (Manisha Koirala) dan Randeep (Ronit Roy) kerana jururawat (Sharvari Lokhare) assume yang bayi tersebut telah mati. Valmiki berani ambil peluang tersebut untuk lihat anaknya hidup mewah dan terjamin sepanjang hidup. 


Selepas berjaya menukar kedua-dua bayi, tanpa disangka bayi yang dikatakan telah mati rupanya ‘hidup’ kembali. Valmiki yang cemburu dengan kehidupan Randeep menganggap bayi tersebut mempunyai nasib malang dan besarkan dengan penuh cemuhan dan sindiran. 

Sepanjang Bantu membesar, dia dilarang sama sekali untuk masuk ke perkarangan rumah The Jindal Group, cukup hanya sampai di hadapan pintu pagar. Bantu tak pernah peduli pun dengan kemewahan kepunyaan The Jindal Group namun takdir mempunyai haluannya tersendiri untuk bawa putera raja pulang ke pangkuan keluarga. 


Jalan cerita Shehzada sangat simple dan berkonsepkan family entertainer yang santai. Kalau filem masala logik memang tak diterapkan sangat macam babak Randeep kena tikam tapi darah maintain setepek tak berganjak. Masa flashback tu pun, jururawat menggelabah baby dah meninggal sedangkan tak buat CPR langsung untuk bagi oksigen. 

Kebanyakan action stunt yang ditayangkan memang terbang dek tumbukan padu beserta angin kuat. Walaupun tak suka dengan jenis aksi macam tu tapi Sudeep Chatterjee dan Sanjay F. Gupta mempunyai teknik yang tersendiri untuk buatkan setiap shot nampak menarik dan kreatif. My favorite, masa Bantu belasah gangster yang curi selendang adik dia dan babak dia belasah klien Samara (Kriti Sanon). 


Sembang pasal Kriti Sanon, ini kali kedua dia digandingkan bersama Kartik Aryaan selepas filem Luka Chuppi (2019) yang juga komedi dan juga Kriti lakonkan watak pasu bunga. Dalam Shehzada tak banyak pun yang Kriti mampu buat selain jadi cantik. Sayang lah music album Shehzada tak mempunyai himpunan lagu yang menarik selain Chedkhaniyan walaupun komposer utama ialah Pritam. 



Dari awal hingga ke penghujung cerita memang Rohit Dhawan fokus kepada Kartik Aryaan sepenuhnya dan tarikan utama filem ni pun ialah Kartik Aryaan. Tak hairan lah kalau peminat Kartik bahagia dengan final cut Shehzada. Babak Bantu, Samara dengan Raj (Ankur Rathee) keluar lepak dekat bar pula ada dialog panjang yang dilontarkan oleh Kartik Aryaan, sama seperti yang dia buat dalam franchise Pyaar Ka Punchnama (2011). 


Walaupun happy tengok muka comel Kartik, side macho dia sebagai Shehzada dan banyak lagi tapi boleh nampak yang Rohit olah Shehzada dengan persona Varun Dhawan. Ketara sangat bila watak Bantu ada karakter yang sama seperti watak-watak komedi yang Varun pernah lakonkan macam dalam filem Main Tera Hero (2014), Humpty Sharma Ki Dulhania (2014), Dishoom (2016), Judwaa 2 (2017) dan banyak lagi. 

Tak pasti lah kenapa Kartik tak keluar dari karakter tu dan wujudkan karakter komedi dia yang tersendiri walhal Kartik antara produser untuk filem Shehzada. Mungkin juga sebab nak hormat karya Rohit cuma tu lah, jadi tak syok sebab ada bayang-bayang Varun yang melekat pada watak Bantu. 


Anyway, I suka tengok Manisha jadi mak kepada Kartik dalam filem Shehzada sebab dinamik diorang lagi kuat. Muka pula lebih kurang sama. Masa watak Yashu senyum tengok Bantu tu rasa sweet dan natural sangat. Rasa happy bila Bantu happy tengok Yashu, rasa sedih bila Yashu tak endah langsung kehadiran Bantu dekat hospital tu. Kalau ada pengarah yang ambil Manisha berlakon jadi mak Kartik lagi mesti seronok nak tengok. Kalau genre drama pun menarik gak sebab dua-dua pun power berlakon dalam genre drama. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7/10

Movie Review | Honest Candidate 2 (2022)


Director: Jang Yu-jeong
Writer: Jang Yu-jeong, Heo Sung-hye
Cast: Ra Mi-ran, Kim Mu-yeol, Seo Hyun-woo, Yoon Kyung-ho, Park Jin-joo, Kim Jae-hwa
Production Companies: Hong Film, Soo Film  
Distributor: Next Entertainment World, iQiyi
Genre: Comedy
Running Time: 106 minutes
Release Date : 28 September 2022
Trailer :


Selepas kalah dalam pilihanraya lepas, Joo Song-sook (Ra Mi-ran) pulang ke kampung neneknya dan hidup sebagai nelayan bersama suaminya, Bong Man-sik (Yoon Kyung-ho). Bekas pembantu peribadinya, Park Hee-cheol (Kim Mu-yeol) pula masih lagi tinggal di bandar Seoul dan bekerja sebagai pemandu e-hailing. 

Tak lama kemudian, Pony (Park Jin-joo), adik ipar Joo Sang-sook datang untuk tinggal bersama mereka setelah pulang dari Hawaii kerana bercerai. Joo Sang-sook yang menyampah dengan idea tersebut tak mampu membantah kerana dia juga punca utama mereka miskin. Ibu mertuanya tak sudah-sudah menyalahkan Joo Sang-sook yang mengakibatkan keluarga mereka menanggung malu. 


Nak masuk kembali ke dunia politik memang tak mampu dah sebab nama dia dah pun busuk gara-gara apa yang berlaku sebelum ini. Bukan busuk di mata pengundi tapi tak ada langsung mana-mana parti yang ingin bawa dia masuk untuk bertanding kerana imej jujur yang dibawa. 

Nasib Joo Sang-sook berubah bila dia berjaya selamatkan seorang pemuda yang hampir mati lemas kerana penat bekerja tanpa henti. Ko Gun-sik (Shin Jae-hwi) tak berhenti ucapkan terima kasih dek kerana perbuatan mulia bekas ahli politik tersebut. Dan kerana insiden tu juga, Joo Sang-sook dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon bebas mewakili daerah Gangwon. 


Joo Sang-sook bersama Hee-cheol masuk ke dewan rakyat setelah menang dan jujur bekerja namun pertanyaan dari Jo Tae-joo (Seo Hyun-woo) membuatkan mereka berdua berpatah balik ke perangai lama. Makin lama Sang-sook makin lupa diri dan sekali lagi dia disumpah untuk berkata benar. Kali ni lagi teruk bila Hee-cheol juga terkena sumpahan tersebut. Siapa yang akan selamatkan mereka berdua?
 
‘Why me? I was just trying to help, this is so unfair, I was trying to help! Why are you doing this to me, granny?!’ – Park Hee-cheol


Sekuel naskhah komedi satira arahan Jang Yu-jeong juga merupakan remake kepada filem Brazil, O Candidato Honesto 2 (2018) jadi tak hairanlah kalau cepat sangat production house terbitkan. Kalau sebelum ni naskhah Honest Candidate (2020) adalah sebuah kisah yang memaparkan kehidupan ahli politik Joo Sang-sook cuma berkisar pada aktiviti berkempen, dalam sekuel pula lebih berskala besar. 

Disebabkan tu juga lebih ramai pelakon dibawa masuk untuk melakonkan beberapa watak sampingan yang menguatkan lagi dunia politik. Screentime Kim Mu-yeol sebagai pembantu peribadi dikembangkan lagi karakternya bila dia mempunyai saingan sebagai pekerja yang efisyen bila Tae-joo sentiasa satu langkah di hadapan dengan rangkaian networking yang besar. 


Masa tengok Sang-sook berjaya pujuk developer Kang Yeon-joon (Yoon Doo-joon) supaya besarkan projek perumahan penjawat awam, dah boleh agak ada something fishy tapi tak pasti penulis nak dedahkan rahsia apa. Rasa nak tahu tu yang bawa minat hingga ke hujung cerita. Kalau nak dibandingkan, komedi dalam sekuel tak kelakar macam yang pertama. Mungkin sebab watak Joo Sang-sook yang over untuk beberapa babak. 

Walaupun rindu dengan watak Bong Eun-ho (Jang Dong-Joo), anak tunggal Sang-sook dan Man-sik tapi terubat juga lah dengan kehadiran watak Pony. Keluarga Man-sik ni semua lebih kurang je perangai jadi tak hairan lah kalau Sang-sook stress. Nasib baik Hee-cheol tak perlu jaga keluarga ipar Sang-sook, kalau tak makin bertambah meroyan dia. 


Kalau dalam previous installment, I kagum dengan strategi pilihanraya yang dibawa oleh Lee Woon-hak (Song Young-chang), dalam sekuel pula kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Kang Yeon-joon. Boleh faham lah sejauh mana tahap kekayaan dia tu. Tak pasti kalau team production nak tambah installment ketiga tapi kalau ada hopefully penulis bawa balik Eun-ho. Bergabung pula dengan Pony, confirm boleh pergi jauh. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Honest Candidate (2020)


Director: Jang Yu-jeong
Writer: Jang Yu-jeong, Heo Sung-hye
Cast: Ra Mi-ran, Kim Mu-yeol, Na Moon-hee, Yoon Kyung-ho, Jang Dong-joo 
Production Companies: Hong Film, Soo Film  
Distributor: Next Entertainment World 
Genre : Comedy
Running Time : 104 minutes
Release Date : 12 February 2020
Trailer :


Remake kepada filem Brazil, O Candidato Honesto (2014) arahan Roberto Santucci mengisahkan tentang ahli politik yang terkena sumpahan untuk bercakap benar. Joo Sang-sook (Ra Mi-ran) telah dipilih sebanyak 3 kali kerana lakonannya sebagai ahli politik yang mesra rakyat berjaya mengaburi mata pengundi. 

Sang-sook dan suaminya, Bong Man-sik (Yoon Kyung-ho) berlakon sebagai pasangan bahagia dan tinggal di sebuah apartment yang sederhana sedangkan mereka berdua cuma berlakon di mata media. Setiap malam juga mereka akan curi-curi keluar dari apartment tersebut untuk tidur dengan selesa di vila mewah mereka. Segala kegiatan politik Sang-sook banyak dibantu oleh pembantu peribadinya, Park Hee-cheol (Kim Mu-yeol) sama ada yang baik ataupun yang shady. 


Penipuan paling besar dari Sang-sook ialah menggunakan nama neneknya (Kim Ok-Hee) untuk tarik simpati pengundi sedangkan penjaganya masih hidup dan disorok di dalam hutan jauh dari kawasan bandar. Sang-sook guna duit insurans yang diperolehi dari kematian neneknya untuk salurkan kepada institusi pengajian dan membantu membiayai para pelajar yang tidak berkemampuan. 

Walaupun di mata pengundi dan pihak media, kebaikan tersebut adalah perkara yang mulia namun neneknya hidup merana dan sunyi. Satu hari, dalam perjalanan pulang dari rumah nenek, Sang-sook terkena sumpahan dan semenjak dari malam tersebut, dia sentiasa bercakap benar sehingga hampir merosakkan karier politiknya yang penuh dengan korupsi dan penyelewengan. 


Kalau ikutkan filem asal, watak ahli politik tersebut adalah lelaki tapi disebabkan pengarah Jang yu-jeong rasa Ra Mi-ran boleh bawa watak Sang-sook seperti apa yang dia nak. Tak salah langsung kata hati dia bila Ra Mi-ran berjaya rangkul anugerah kategor Pelakon Wanita Terbaik di  41st Blue Dragon Film Awards untuk watak ahli politik yang disumpah ni. 

Kekuatan Honest Candidate juga terletak pada dinamik lakonan Ra Mi-ran bersama Kim Mu-yeol yang sentiasa bersama dari siang hingga ke malam. Watak mereka berdua rapat sangat sampai ada bahasa isyarat yang hanya mereka berdua saja dapat decode. Comic timing kedua-dua watak juga padu dengan riak muka yang kelakar. Tengok cara Hee-cheol buat kerja, tertanya-tanya berapa gaji dia dapat dari Sang-sook. Berapa banyak juga peratus rasuah yang dia dapat sebagai orang kanan ahli politik?


Jalan cerita yang berkonsepkan satira juga memaparkan kehidupan ahli politik yang tak putus berjumpa dengan rakyat dalam jadual yang padat. Berdekah bila tengok Sang-sook kena jumpa paderi Kristian dan sami Budhha dalam satu majlis yang sama. Watak anak lelaki Sang-sook, Bong Eun-ho (Jang Dong-Joo) pun menyerlah dalam screentime yang singkat. Terhibur tengok karakter dia sebagai anak tunggal dan vokalis band. Kreatif jugak lagu yang Eun-ho nyanyi masa Sang-sook berkempen. 

Disebabkan naskhah satira komedi Honest Candidate lebih ketengahkan sumpahan Sang-sook untuk berkata benar jadi tak berapa fokus sangat pada relevan perkara tersebut. Selalunya kalau kita mengundi, bukan kejujuran kata-kata yang kita jadikan ukuran tapi hasil kerja dia. Dalam filem ni tak ditayang sangat pun apa sumbangan Sang-sook selain institusi pendidikan tu. 


Tapi tu bukan sesuatu yang besar pun lah, mungkin dekat Korea suasana dia lain, masa mengundi memang cari yang jujur dan bersih. Seronok tengok strategi yang Lee Woon-hak (Song Young-chang) guna untuk naikkan rating Sang-sook sebelum tarikh mengundi semasa tempoh pilihanraya. 

‘Since it is turned out this way, let’s go double on your honesty. What do you think people will expect from you now? Something stronger? Something more potent? Or something more insane?’ – Lee Woon-hak

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10

Movie Review | My Sassy Girl (2022)


Pengarah : Fajar Bustomi
Penulis Skrip: Titien Wattimena
Pelakon: Jefri Nichol, Tiara Andini
Syarikat Produksi: Falcon Pictures
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022 (Indonesia), 4 Ogos 2022 (Malaysia), 6 April 2023 (Amazon Prime Video)
Trailer :


Remake dari filem terkenal Korea, My Sassy Girl arahan Kwak Jae-yong yang diterbitkan pada tahun 2001 menyingkap kisah percintaan antara Gian (Jefri Nichol) dan gadis aneh bernama Sisi (Tiara Andini). Gian bertemu dengan Sisi pada ulang tahun kelahirannya dan dalam perjalanan untuk ke rumah Tante Rima. 

Di stesen keretapi Sisi kelihatan terhuyung-hayang dan hampir terjatuh dari landasan. Dalam gerabak pula, Sisi muntah pada baju Gian kemudian terpaksalah dia menghantar gadis tersebut di hotel berdekatan kerana semua beranggapan Sisi adalah teman wanita Gian. Sudahnya Gian terlewat untuk ke rumah tantenya malah disuruh untuk tidur di luar kerana mengabaikan suruhan ibunya.


Keesokan harinya Gian dapat panggilan telefon dari Sisi. Dari situ bermulalah hubungan mereka berdua sebagai pasangan kekasih. Namun percintaan mereka terhalang oleh orang tua Sisi kerana Gian masih lagi belajar dan belum stabil. Gian ambil keputusan untuk jauhkan diri dari Sisi kerana dia belum cukup kenal perempuan tersebut, banyak rahsia dan perkara sedih yang tak diceritakan oleh Sisi. 

My Sassy Girl original antara filem wajib tonton untuk genre romantic comedy namun berbeza pula dengan My Sassy Girl remake terbitan Falcon Pictures ni. Pemilihan pelakon utama boleh kata kurang tepat kerana Tiara Andini tak mampu menggalas watak Sisi yang mengalami kemurungan setelah kehilangan orang tersayang. Kebanyakan babak drama tak dilontarkan dengan baik malah ekspresinya juga nampak dipaksa. Macam babak Sisi menangis semasa berjumpa dengan lelaki yang nak bunuh diri akibat tertekan ditinggalkan tunangnya. 


Dalam filem original, Jun Ji-hyun mempunyai fizikal yang cantik jadi tak hairanlah apa saja kelakuan aneh yang dilakukan terlihat cantik di hadapan watak hero. Sayangnya Tiara nampak canggung dan fake di hadapan kamera sebab My Sassy Girl adalah filem debutnya dalam dunia lakonan. Sepatutnya casting director pilih pelakon yang lebih berpengalaman dan berbakat sebab watak heroin adalah fokus utama. 

Chemistry Tiara dengan Jefri juga tak mampu menghadirkan bibit cinta atau sisi romantik dalam babak mereka bersama. Tak boleh nak faham atau connect dengan watak Gian bila dia pilih untuk bersama Sisi sebab kebanyakan masanya Sisi tersangatlah menjengkelkan. Sibuk nak atur makan dan minum Gian tapi bila Gian tegur perangai dia, Sisi pula melenting hidup dia hanya dia saja yang boleh tentukan. Contradict teruk. 


Sepatutnya remake My Sassy Girl jadi lebih baik sebab reference dah ada, teknik perfileman pula lebih canggih berbanding 22 tahun yang lepas. Mijoo dengan Na-Ra lakonkan balik adegan kejar-mengejar dalam My Sassy Girl masa shooting The Sixth Sense lagi natural dan mengasyikkan daripada remake ni. 

Sinematografi remake My Sassy Girl dari Dimas Imam Subhono juga antara kelemahan yang mencacatkan cerita sebab tone grading dan filter yang digunakan nampak kelam dan tak menarik. Kecuali masa babak Sisi tunjuk keindahan waktu senja pada Gian di Rumah Gadang yang terletak di Sumatera Barat. Kelebihan bila ada remake ni, kita dapat tengok keindahan budaya setempat dari negara tersebut. Lokasi yang menarik adalah Stasiun Sudirman dan Taman Mini Indonesia Indah. Tak lah banyak sangat pun yang diapaparkan dalam remake sebab pengarah lebih ke arah kehidupan moden yang urban. 


Wardrobe Gian dengan Sisi juga terikat dengan konsep yang cuba dibawa oleh pengarah. Jefri nampak tak selesa lansung dalam persona yang digambarkan. Mengganggu sangat bila watak utama tak mampu nak carry visi pengarah. Kita yang tengok pun tak seronok. Tak rasa nak masuk pun dalam dunia mereka berdua yang sepatutnya tampak indah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10