Stress Pergi Bazaar Aidilfitri Jalan TAR

Tuesday, 18 April 2023

 

Lepas makan dekat Nasi Lemak Wanjo, Kampung Bharu, kitorang berjalan kaki pergi ke Jalan TAR sebab Husna nak sangat beli tudung dekat sini. I memang tak gemar nak masuk sini tak kisahlah masa bulan puasa ataupun hari biasa sebab harga mahal. Sekarang kan dah ada Shopee dengan TikTok, buat apa nak susahkan diri meredah sesak dekat sini. Bukannya boleh fitting pun. Tapi sebab melayan Husna, kita ikut je lah. 

Bazar Aidilfitri dekat Jalan TAR ni penuh dengan food truck jual makanan di bahagian depan dan ruang tengah kemudian tapak niaga untuk barang hari raya macam baju, karpet, butang baju, telekung, tudung dan kuih raya. 



Tak ada apa yang menarik pun sebab kebanyakannya produk yang berulang. Makanan pun dari depan sampai ke belakang banyak cucuk cucuk dengan air balang je. Nasib baik dah kenyang jadi tak beli apa pun. 

Sama juga lah dengan vendor baju, Bulan Bintang dah ada dekat bahagian depan, jalan sikit lagi jumpa lagi ejen lain yang buka booth Bulan Bintang. Elrah Exclusive pun ada dan sesak dengan pengunjung. Penangan Projek High Council gamaknya. 






Walaupun terpampang jelas QR code dekat booth yang kitorang pergi ni tapi tak boleh pakai pun sebab dah menginjak ke jam 12 malam. Memang tak membeli lah cerita dia padahal Husna dah jumpa tudung yang dia berkenan sebab memasing tak bawak cash. 

Husna ajak pergi ke MUAZ dekat bahagian hujung bazaar tapi nak bergerak ke sana pun tak mampu sebab sesak sangat. I was trapped for half an hour dekat spot yang sama. Masa tu dah cuak sebab kes Itaewon tu tak hilang lagi dalam kepala ni. Of course I'm being overreacted tapi kalau stuck dekat spot yang sama sampai dah mula sesak nafas, I tak rasa benda tu boleh buat relaks. I literally gasping for air that time. Dah la pendek, dongak atas pun berapa banyak je la udara mampu dapat. 

Sudahnya ajak diorang pergi MUAZ dekat sebelah kanan, at least bagi ruang untuk bernafas kejap. I dah stress sebab susah nak bernafas satu hal, budak kecik dekat sebelah pulak terpekik suruh jalan. Faham, dia budak kecil tak faham situasi masa tu tapi rasa macam nak penumbuk dia pun ye jugak sebab stress. 

Ingatkan MUAZ tu ada laluan keluar ke bahagian jalan utama tapi tak ada so kitorang belek je lah apa yang ada dekat dalam tu. Bagi ruang untuk bertenang kejap sebab bukan I sorang je yang cuak, Ayuni pun dah panik masa tu. 

Like I said earlier lah, bukan ada benda pun dekat Jalan TAR ni. Husna yang beria nak membeli sudahnya tak beli pun. Dia beli telekung travel yang I boleh beli dengan harga lagi murah dekat Shopee. Takde benda pun I managed to grab a casual skirt sebab warna baby blue. Kalau ada cup sleeve event TeuMY, boleh pakai nanti hshshs

Habis bayar kitorang terus gerak keluar dari bazaar Jalan TAR sebab ruang tengah menuju ke hadapan sana masih lagi sesak. Brader yang stuck dekat situ sebelum kitorang masuk MUAZ pun masih lagi di tempat yang sama. Baik balik je dari habiskan masa bersesak untuk benda yang belum tentu ada. Muka menyesal I dengan Ayuni memang jelas terpampang malam tu. Taknak dah pergi bazaar Jalan TAR. 

Nasi Lemak Wanjo, Kampung Bharu


'Kak Ana, jom kita keluar nak? Kita pergi makan nasi lemak Wanjo.'

Ikutkan hati malas nak pergi tapi dah Husna yang beria nak ambik dekat rumah lepastu hantar balik, I follow je lah. Dah berapa zaman asyik dengar orang menyebut Nasi Lemak Wanjo dekat Kampung Baru ni. Nak jugak merasa apa yang istimewanya. 

Nak sampai ke tempat ni memang azab kalau naik kereta sebab jam teruk. Slow sangat bergeraknya pun. Dah la dua, tiga kali jugak kitorang tersalah masuk jalan sebab Ayuni tak confident sebagai co-pilot. Bab lagu boleh bagi dekat Ayuni tapi kalau bab tunjuk jalan, elok cari orang lain. 

Nak park dekat area Kampung Baru pun satu hal jugak sebab bangla yang jaga pintu masuk tak coordinate dengan yang dekat dalam. Buang masa dekat situ sebab yang kat luar suruh masuk padahal yang dekat dalam tak sudah lagi arrange kereta. Parking rate? RM5. 


Dari seberang jalan lagi dah nampak signboard Nasi Lemak Wanjo berwarna biru pekat dengan tulisan berwarna putih. Luas jugak lah restoran yang menggunakan nasi lemak sebagai menu utama. Kira macam dua unit kedai diorang tapau untuk serve customers. Masa kitorang sampai ni dah pukul 11 malam tapi pelanggan ramai sangat. Moreh dekat sini gamaknya. 

Pergi dekat kaunter terus kena buat keputusan nak makan nasi lemak apa. Silap betul terus masuk beratur sebab tak sempat nak tengok ada lauk apa dekat situ. Jam kepala kena buat decision dalam masa tak sampai 5 minit. Ayuni tak nak telur rebus pun diorang taknak layan sebab katanya memang dah ada dalam set. Turn off jugak lah dekat situ sebab banyak sangat bagi sampai sebiji. 


Sudahnya balun Nasi Lemak Ayam Rendang sebab sambal udang dengan ayam goreng dah habis. Nasib baik tak ambik sambal sotong sebab dia pakai sotong kembang. Lepastu I order Nescafe Ais. Kena la hulur RM13.80 untuk pesanan yang singkat tu. Tak tahu lah kenpaa dalam gambar tu ada ayam goreng, mungkin untuk pesanan atas talian. 


Portion nasi lemak dekat Nasi Lemak Wanjo ni sedikit, mungkin dalam satu senduk macam tu la kot sebab dia sorok nasi lemak tu bawah lauk so orang tak perasan pun nasi dia sikit. Tapi tak kisah pun sebab makan nak buat ghaso ghaso jah. 

I ambik Rendang Ayam, Sheera ambil Ayam Masak Merah, Husna ambil Begedil dengan Rendang Ayam, Ayuni pulak Sambal Ayam. Sama macam dalam gambar tu lah. I tak berkenan sangat kalau orang tuang kuah atas nasi sebab kuah tempat dia dekat tepi. Port yang kitorang ambik ni bilik berhawa dingin jadi kena bayar RM1.00 setiap seorang. Entah kenapa Husna pilih bilik ni sebab tak lah panas sangat malam tu. Tolak 1 bintang sebab service tak best. 


Sembang pasal menu utama, a bit disappointed lah dengan rasa dia sebab tak ada apa-apa yang wow pun. Kuah sambal dia biasa je, sedap pun tidak. Nasi lemak pun tak ada bau wangi daun pandan, rasa berlemak santan pun tidak. Dah serupa makan nasi biasa je. Tak berbaloi langsung datang jauh-jauh redah jam untuk datang makan nasi lemak yang biasa. 


Husna: Korang rasa sedap ke? Ke sedap sebab lapar?
Me: Biasa je. Kitorang tak lapar pun, u lah yang beria nak makan sebab tak makan lagi masa berbuka tadi. 
Husna: Korang nak rate berapa Nasi Lemak Wanjo ni? 
Sheera: Ermmm 2.5/5 kot
Husna: Ayuni pulak? 
Ayuni: I nak guna rating /10, tak nak /5. I rate 5/10 lah
Husna: Ya Allah kalau rating /5, dia jadi 2.5/5 lah Ayuni T.T
Ayuni: I tak kira I nak /10 jugak!
Husna: Kak Ana? 
Me: 2/5 je, sambal dia biasa. Tengok lah ikan bilis dia, tebal gila. Mana ada orang pakai bilis ni untuk nasi lemak. 
Ayuni: Ha'ah betul, orang pakai ikan bilis yang nipis, yang besar tu?
Me: Tu ikan masin Ayuni T.T
Husna: Kita rate 3/5. So, korang tak lah suka sangat, tak lah benci sangat ek?
Ayuni: Tak benci tapi taknak datang dah. 


Ha'ah betul lah Ayuni cakap tu, memang tak lah nak datang dah sebab overrated. Tengok la pinggan memasing, semuanya tak mampu nak habiskan telur rebus sebiji sebab banyak sangat. Makan pun mostly tak habis. Ye lah, kalau habiskan kang kata sedap tapi sengaja letak rating rendah untuk tarik perhatian. 

Takpe lah, yang penting kitorang dah try makan Nasi Lemak Wanjo ni. Pengalaman lah food hunting memalam dekat Kampung Bharu. Lepas ni boleh try tempat lain pulak ye dak? Tertarik dengan mercu tanda Kampong Bharu dalam tulisan jawi ni, cantik! 

‘SCAMMER GENG MARHABAN’ KOMEDI DENGAN STAIL BERBEZA, AMIR AHNAF CARI ‘SCAMMER’ | Penampilan Pertama Amir Ahnaf Selepas High Council Menerusi Gempak Originals Series

Selepas kejayaan drama bersiri ‘whodunit’ seperti The Maid dan program realiti selebriti popular The House, Gempak Originals Series kini mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri dengan konsep yang segar dan berlainan. 


SCAMMER GENG MARHABAN membawakan genre komedi dengan tema ‘heist’ dan penipuan berlatar belakangkan komuniti di sebuah kampung. Mempertaruhkan teraju utama pelakon muda berbakat besar, Amir Ahnaf yang popular dengan watak Kahar dari drama premium Astro Originals, High Council, drama bersiri ini diarahkan Waan Hafiz yang sebelum ini mengarahkan Gempak Original Series, Beriani Gam Kak Aspalela pada tahun lalu. 

Drama bersiri lapan episod ini mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hjh Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka. Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis. 


Watak Aidil yang dijayakan oleh Amir Ahnaf tercetus apabila pelakon tersebut membuat kemunculan istimewa sebagai ‘rider’ di Anugerah Gempak Most Wanted pada Mac lalu dan telah menjadi tular di platform media sosial. Rentetan daripada itu, watak ‘rider’ tersebut dikembangkan dalam siri ini, sekali gus menjadikan jenama McDonald’s sebagai penaja utama siri Scammer Geng Marhaban. 

Selain Amir, siri tulisan Sham Hashim ini turut dibintangi oleh wajah-wajah baru seperti pempengaruh terkenal Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled di samping pelakon berpengalaman seperti Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem. Turut membuat penampilan istimewa Raja Azura dan Zahid AF. Sesi penggambaran telah dijalankan di Sekinchan, Kuala Selangor selama 17 hari.  


Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, “Gempak Originals komited dalam mempersembahkan konten yang bukan saja ‘gempak’ dan berkualiti tinggi, malah ianya haruslah dekat dengan masyarakat kita. Dengan kehadiran siri ini, kami berharap ia bukan sekadar memberi nilai hiburan semata-mata, tetapi menyedarkan penonton mengenai aktiviti dan taktik ‘scammer’ masih berleluasa dan muncul dalam pelbagai cara. Gempak Originals juga sering  menampilkan bakat-bakat baru yang berpotensi besar seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled. Kami percaya pemilihan Amir sebagai tunjang utama adalah tepat pada masanya, untuk melihat sisi berbeza Amir dalam watak komedi.  Bagi Lorenzo pula, siri ini merupakan penampilan pertama menerusi watak utama dan keserasian gandingan bersama Amir adalah salah satu kekuatan siri ini.” 

 
Pengarah Scammer Geng Marhaban, Wann Hafiz melahirkan rasa teruja apabila siri ini akan dipersembahkan kepada penonton tidak lama lagi. “Ini merupakan kali pertama saya mengarahkan genre heist comedy dan tentunya pengalaman saya mengarahkan drama serta filem komedi sebelum ini banyak membantu dalam menghasilkan Scammer Geng Marhaban. Kali ini agak lain fenomenanya kerana sebelum ditayangkan pun ramai yang sudah sedia maklum tentang drama ini sebagai contoh di platform TikTok. Saya juga sebenarnya terkejut kerana drama ini belum disiarkan tetapi ramai yang sudah tahu. Jadi saya anggap perkara itu sebagai sesuatu yang positif. Saya harap penonton akan terhibur menonton siri seperti mana saya dan semua yang terlibat teruja memberi komitmen yang tinggi.” 


Pelakon Utama Scammer Geng Marhaban, Amir Ahnaf, juga melahirkan rasa teruja untuk berlakon dalam karya komedi. “Selepas kemunculan saya dalam High Council, watak Kahar telah memberi impak besar dalam karier saya. Lanjutan daripada itu, saya mengimpikan watak-watak berbeza yang mampu menampilkan sisi berbeza dan percaya watak Aidil adalah salah satu daripadanya. Scammer Geng Marhaban ini bagi saya cabarannya adalah berlakon ketika waktu berpuasa. Ditambah pula watak saya iaitu Aidil seorang yang sangat ceria dan aktif, memang banyak menggunakan pergerakan. Jadi apa yang harus saya lakukan adalah kena pandai simpan tenaga. Secara jujurnya saya sendiri seronok dapat menjadi sebahagian daripada Scammer Geng Marhaban, dengan cerita yang mencuit hati ini saya harap dapat menceriakan anda,” ujarnya.


Saksikan Scammer Geng Marhaban bermula 4 Mei di Astro Ria, saluran 104, setiap hari Khamis, jam 11 malam. Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand. Ikuti Instagram, TikTok, Twitter, YouTube dan Facebook Astro Gempak atau layari gempak.com untuk ‘digital extension’ siri ini secara ekslusif selain paparan klip-klip menarik Scammer Geng Marhaban. 

PASANGAN DUO BLOCKBUSTER KEMBALI MELENGKAPKAN TRILOGI ‘POLIS EVO’ DI PAWAGAM MULAI 25 MEI INI | Duo ‘favorite’ ramai, Zizan Razak dan Shaheizy Sam disertai barisan bintang seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Nora Danish, Douglas Lim dan Farali Khan.

Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini! Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana. 

Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati. 

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25juta, ia memperlihatkan keupayaan dan garapan berbeza oleh pengarah-pengarah dengan kaliber tersendiri. Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew dan untuk Polis Evo 3 kali ini, pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof 

mengambil tugas untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik. Mereka ini adalah pengarah muda berbakat besar. Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures. 


Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Filem francais box-office Polis Evo yang paling dinantikan ramai kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel ketiganya. Kelainan Polis Evo 3 kali ini tentunya menampilkan lebih aksi, lebih dramatik, dan mengembangkan ‘keluarga Polis Evo’ melalui watak-watak baru untuk turut bersama dalam perhubungan ‘bromance’ Inspektor Khai dan Inspektor Sani. Di samping itu, Polis Evo 3 turut mengalu-alukan rakan penerbit baru Skop Productions dan TGV Pictures dalam memperkukuhkan lagi strategi penerbitan filem ini. Kami juga akan tampil dengan rangkaian promosi kreatif dengan menjalinkan kerjasama bersama jenama-jenama PUBG MOBILE, serta video pendek khas bersama pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa, Sofyank, di samping inisiatif kreatif bersama rakan-rakan pemamer. Kami harap kemunculan semula selepas lima tahun dapat memberi keterujaan kepada penggemar, penonton dalam dan luar negara serta industri perfileman tempatan.” 


Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam menyatakan rasa teruja berpeluang terlibat dalam filem francais terbesar negara yang dinanti-nantikan penonton. “Astro Shaw telah mewujudkan keserasian dalam bekerjasama dengan Skop Productions melalui filem-filem kolaborasi terdahulu. Sebagai penerbit dan pengkarya seni tentunya kami ingin menghidangkan sesuatu yang berbeza dan sekali gus mampu menepati cita rasa penonton. Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan kami yakin kemampuan beliau mampu menghasilkan sebuah filem  luar biasa. Nantikan filem Polis Evo 3 dan harapan kami agar karya ini mampu mencipta fenomena tersendiri serta memberi kejutan dalam industri perfileman kita.”

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, “TGV rasa amat berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat penerbit perfileman gergasi Malaysia, Astro Shaw dan SKOP Productions, menerusi francais filem blockbuster Polis Evo. Melihat sambutan francais terdahulu, TGV yakin Polis Evo 3 mampu mengulangi dan mencipta kejayaan tersendiri. Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kami dalam menyokong industri perfileman tempatan dan berharap dapat menjalinkan usahasama sebegini lebih banyak lagi pada masa hadapan."


Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Pembelian Tiket Awal Polis Evo 3
Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  



Lagu Tema Filem (OST) 
Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas  enam tahun tidak merakam lagu. 

PUBG MOBILE x Polis Evo 3


Astro Shaw dengan kerjasama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE x Polis Evo 3. Pemain akan ditawarkan pek suara khas Inspektor Khai dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis Evo 3. Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak. 

Selain itu lagu pemain boleh muat turun OST Ayuh dan lagu tersebut akan muncul di ‘lobi’ – permulaan permainan. Penonton boleh saksikan trailer PUBG MOBILE X Polis Evo 3 di semua platform media sosial PUBG MOBILE.

Sofyank X Polis Evo 3
Pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa dan pemenang Gempak Most Wanted Award,  Sofyank yang banyak menghasilkan video kesan khas dengan kemahiran menyunting video telah berkolaborasi dengan filem-filem besar global seperti Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Polis Evo 3 juga menjalinkan kolaborasi bersama beliau bagi menerbitkan video pendek Polis Evo 3 yang akan di muat naik di platform media sosial. 


Rakan Radio
Radio ERA selaku radio rasmi dan Sinar, Gegar, Hitz, Mix, Lite dan Zayan turut memberi sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan filem Polis Evo.

Siri Jelajah Polis Evo 3
Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. 


Nantikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

********************************

INFO FILEM
Tajuk: Polis Evo 3
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Aksi / Komedi
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Datuk Yusof Haslam, Shaheizy Sam, Zizan Razak
Penerbit Penyelia: Kyle Goonting
Syarikat Produksi: BlackFlag 
Penerbit : Joel Soh, Andre Chiew
Pengarah: Syafiq Yusof  
Jumlah Hari Penggambaran: 8 Minggu 
Lokasi Penggambaran: Lembah Klang


BARISAN PELAKON
Shaheizy Sam sbg Inspektor Khai
Zizan Razak sbg Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sbg Reza
Syafiq Kyle sbg Inspektor Dani
Fara Ali Khan sbg Inspektor Julie
Douglas Lim sbg Inspektor Dell
Nora Danish sbg Anis
Eyka Farhana sbg Yati
Fauzi Nawawi sbg ACP Farouk
Fezrul Khan sbg Inspektor Faizal

TENAGA PRODUKSI 
Pengarah: Syafiq Yusof
Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pengarah Fotografi: Jordam Chiam
Penyunting: Pai Seang & Nazim Shah
Pereka Busana: Nazirah Ramlan
Solekan Kesan Khas: Eds Arippin
Pereka Produksi: Nazrul Asraff
Penerbit Penyelaras: Nana Azmi


SINOPSIS 

Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila mereka menyedari bahawa sasaran seterusnya ialah Khai sendiri! Persahabatan mereka bakal teruji apabila siasatan mereka mendedahkan bahawa suspek letupan tersebut mempunyai kaitan dengan masa silam Khai yang dirahsiakannya selama ini.

Bulan lepas dapat sampul surat cantik dari klien. Berbeza lah dengan sampul surat biasa sebab sampul surat ni ada gambar 3 busana tradisional Kebaya Sulam berwarna merah digandingkan dengan kain batik hitam bercorak bunga, Kebaya Labuh berwarna kuning pekat dan Kebaya Pendek dalam rona hijau. Macam warna lampu isyarat pulak. 

Dekat bahagian belakang ada satu set dokoh berwarna emas yang melintang atau Keronsang Tiga Serangkai. Di bahagian kanan sampul surat tu ada tertera tulisan berharga RM0.50, mungkin tu harga sepucuk sampul yang dijual di Pos Malaysia. 



'Kebaya merupakan busana yang membuat si pemakainya kelihatan anggun, baik yang tua, yang muda mahupun si kecil. Kepelbagaian variasinya sesuai buat kaum hawa menggayakannya untuk majlis formal mahupun untuk kegunaan harian. ​Kebaya, warisan budaya tempatan kebanggaan kita yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.​' - Pos Malaysia

Judul : BUSANA TRADISIONAL – KEBAYA​
Tarikh dikeluarkan: 27 Oktober 2022​
Harga (Set Folder) : RM54.80​
Setiap set lengkap mengandungi:​
2 Rekabentuk helaian setem​
1 lembaran mini​
1 Sampul surat hari pertama dengan setem​
1 Sampul surat hari pertama dengan lembaran mini​
1 Folder

Belek dekat website Pos Malaysia, memang ada keluar Edisi Busana Tradisional untuk sampul surat dan setem sekali pada Oktober 2022. Sayang lah klien tak beli setem edisi yang sama, kalau tak dah boleh simpan sebagai kenangan. Nak beli sendiri, memang tak lah. Kita kumpul setem buat saja suka suka sebab sayang tengok setem cantik-cantik kena buang. 

Ada yang pernah tengok sampul surat edisi khas macam ni ke? 

Movie Review | Takut Ke Tak (2020)

Sunday, 16 April 2023


Pengarah: Muzzamer Rahman
Penulis Skrip: N/A
Pelakon : Nabil Aqil, Fabian Loo, Ika Nabila, Arwind Kumar, Han Zalini, Danielle Sya, Sheerry Aljeffri, Ropie Cecupak, Delimawati
Syarikat Produksi: Jazzy Pictures
Pengedar: GSC Cinemas, Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2020 (Malaysia, Brunei), 17 September 2020 (Singapura)
Trailer :


Takut Ke Tak, naskhah seram komedi arahan Muzzamer Rahmanmengisahkan tentang lima orang pelajar yang perlu menghasilkan sebuah filem seram untuk projek graduasi. Amir (Nabil Aqil) pilih sebuah rumah usang yang terkenal dengan cerita seram di Internet. Sementara Yang Guo (Fabian Loo) dan Linda (Ika Nabila) menjadi pelakon utama, Sivar (Arwind Kumar) jaga bahagian audio dan Abbas (Han Zalini) pula ditugaskan sebagai cameraman.

Plan mereka berlima adalah menghasilkan sebuah filem seram yang segar, unik dan bukannya cliché seperti kisah seram yang lain. Amir menyampah setiap kali layan cerita seram mesti watak dalam filem tersebut akan masuk ke rumah hantu atau pergi juga mencari hantu yang mengganggu. Amir nak siapkan projek filem dengan segera sebab rumah tersebut juga menjadi spot pilihan untuk kumpulan mahasiswa yang lain. 


Malangnya satu hari baru sempat selesai rakam satu babak kerana sedikit demi sedikit mereka semua diganggu. Bermula dengan suara yang menyapa Linda sehinggalah mereka berjumpa dengan roh cantik (Danielle Sya) di dalam rumah tersebut, banyak perkara seram yang mereka perlu tempuh dan yakin kenapa kebanyakan cerita hantu mempunyai alur cerita yang mudah dijangka dan cliché. 

Tertarik untuk tengok filem seram komedi terbitan Jazzy Pictures sebab ada Arwind Kumar. He’s one of my favorite influencers sebab funny. Bila dia berlakon dalam filem seram komedi, memang tergedik lah nak tengok walaupun dah baca review dari Tiara


Jalan cerita Takut Ke Tak ni tersangatlah lemah pada skripnya walaupun ada idea yang berpotensi untuk jadi filem seram komedi yang menarik. Kalau dibikin dengan betul caranya, mungkin boleh jadi menarik macam filem Ada Hantu (2021)

Awalnya watak utama buat keputusan untuk keluar dari kepompong filem seram yang cliché tapi pengarah pilih rumah usang yang berhantu. Kenapa Amir tak pilih je kampus diorang yang sahih tak ada hantu. Dah la tak buat research kemudian sembrono saja masuk ke ‘rumah’ orang. Bila dah dekat dalam rumah tu pula, Sivar menjerit jangan sentuh barang dalam rumah tu tapi dia juga suruh Yang Guo simpan balik gambar yang tercampak keluar dari almari. 


Masa hantu cantik muncul pun macam merepek sangat Yang Guo dengan Abbas mudah sangat percaya padahal terang lagi nyata dia hantu. Mesti lah dia nak something dari diorang berlima sebab dah kacau tempat dia. 

Bab dialog memang out lah sebab tak ada apa yang menarik pun, even masa roh yang terperangkap dekat situ cerita pasal background pun tak menarik. Peliknya masa flashback scenes, kenapa watak dalam cerita tu sembang dalam Mandarin padahal pakai hanbok? 


Tak suka langsung watak Abbas sengaja buat suara sengau untuk wujudkan rasa kelakar. Dah la annoying wataknya. Lakonan yang lain pun tahap mehhh sebab kebanyakannya pelakon baru, ada masanya Ika Nabila over dalam beberapa babak tapi chemistry Ika dengan Nabil nampak cantik lah. Sayangnya tak dikembangkan sangat sebab nak bagi laluan dekat kisah cinta hantu cantik. 

Untuk sinematografi dan audio, tak ada lah yang teruk sangat. Not bad je nak layan dengan selesa sebab filem ni pun dibikin dalam konsep yang santai. Masa Hantu Kak Limah muncul pun okay je lah visual effects dia guna tu. 


Filem Takut Ke Tak ni tak seram pun sebab hantu yang muncul pun kelakar walaupun ada masanya menggerunkan juga macam Nenek dengan hantu tangan. Kalau nak hilangkan bosan bolehlah layan dekat Netflix. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

Drama Review | Remarriage & Desires (2022)


Director: Kim Jeong-min 
Writer: Lee Geun-yeong
Cast : Kim Hee-sun, Lee Hyun-wook, Jung Yoo-jin, Cha Ji-yeon, Park Hoon
Production Companies: Image9 Tiger, Tiger Studio
Distributor: Netflix
Genre : Drama
Running Episodes : 8 episodes (55-71 minutes per episode)
Release Date : 15 July 2022
Trailer :


Drama Remarriage & Desires mengisahkan tentang REX, ejen mencari jodoh elit yang terletak di Gangnam. Seo Hye-seung (Kim Hee-sun) telah didaftarkan oleh ibunya setelah kematian suami. Di REX dia berjumpa dengan Jin Yoo-hee (Jung Yoo-jin), peguam yang pernah bekerja di syarikat mendiang suaminya dan mempunyai hubungan sulit. Kerana fitnah dari Yoo-hee, suami yang telah berkahwin dengan Hee-sun selama 15 tahun bunuh diri. Hilang semua harta yang dia ada, kerjaya dan juga nama baik hanya kerana perbuatan jahat seorang perempuan.

Setelah tragedi hitam tersebut Yoo-hee daftarkan diri di REX kerana ingin berkahwin dengan ahli Super Black iaitu CEO Hilbul, Lee Hyeong-joo (Lee Hyun-wook). REX kepunyaan Choi Yoo-seon (Cha Ji-yeon) mendapat klien VIP seperti Congressman, Menteri dan ramai lagi jadi tak hairan lah jika setiap ahli mempunyai perbezaan status. 


Belum pernah terjadi lagi ahli Diamond atau Platinum boleh approach ahli Black atau Super Black kerana perbezaan taraf hidup dan status. Tapi dek kerana dendam Hye-seung terhadap Yoo-hee, Yoo-seon guna peluang tu untuk raih kelebihan dari persengketaan tersebut. Selain watak antagonis Yoo-hee yang menyakitkan hati, watak CEO REX juga ada permainan dia yang tersendiri.

“It was a struggle, but I thought that was the end of it, but this is only the beginning with that woman.” – Seo Hye-seung


Boleh kata semua watak perempuan dalam drama karya penulisan Lee Geun-yeong mempunyai agenda tersendiri. Desire yang dimaksudkan bukanlah kepuasan hati atau nafsu semata namun lebih dari itu. Setiap episod ada twist menarik dan juga perkara yang tak dijangka berlaku dari setiap watak. Pengarah pula pandai tease dengan shot backless supaya level curiosity mencanak. Tak lama pun ambil masa untuk habiskan kesemua 8 episod nak pula bila dah mencecah ke penghujung. 

Kalau dah berlatarkan kisah hidup T20, jarang lah perkahwinan tersebut berdasarkan perasaan cinta. Macam watak Jung Mi-jin (Kim So-Ra) yang mengejar ahli Black kerana ingin balas dendam terhadap kematian ayah dia. Mi-jin perlu cari lelaki yang jauh lebih kaya untuk guna kelebihan aset harta yang banyak dan juga networking yang kuat. Sama juga dengan Yoo-hee yang tamak dengan kekayaan orang. 


Tapi disebabkan watak utama, Hye-seung tu bukan mata duitan cuma nak expose perangai jahat Yoo-hee, jadi wujud la sub-plot kisah cinta tiga segi. Quite a cliché one lah sebab dia adalah heroin damsel in distress kemudian lelaki kaya datang tolong dia. Kelakar bila tengok ending sebab semua watak utama jadi sama status dengan dia gara-gara mengejar cinta. But it’s a pleasant watch sebab kedua-dua hero handsome dan kaya. Bijak pula tu, masing-masing ada aura tersendiri jadi tak kisah langsung pun Hye-seung nak pilih siapa di penghujung tu. 

Visual dalam drama Remarriage & Desires ni tak lah macam drama komersial yang selalu masuk dalam TV tu, a bit toned down walaupun dibikin untuk tayangan di Netflix. Macam drama gred B pun ye jugak tapi tetap cantik lah sebab berlatarkan kemewahan kelas atasan. 


Memandangkan drama terbitan Image9 Tiger dan Tiger Studio mempunyai 8 episod sahaja jadi tak mendalam sangat lah setiap watak yang diketengahkan untuk plot utama. Cukup kita tahu masing-masing mempunyai keinginan yang kuat dan boleh diperolehi melalui perkahwinan. Tengok gaya CEO REX buat kerja, macam seronok pula jadi ejen mencari jodoh. Tak sangka boleh hidup mewah dari kerjaya macam tu. 

Yang belum tengok dan suka layan drama kelas atasan macam ni boleh lah layan di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10

Movie Review | Re/Member (2022)

Saturday, 15 April 2023


Director: Hasumi Eiichiro
Writer: Doki Harumi 
Cast: Hashimoto Kanna, Maeda Gordon, Yamamoto Maika, Kamio Fuju, Daigo Kotaro, Yokota Mayuu
Production Company :   
Distributor: Netflix
Genre :  Thriller / Mystery / Horror
Running Time : 102 minutes
Release Date :  14 October 2022 (Japan), 14 February 2023 (United States)
Trailer :


Naskah Re/Member atau Karada Sagashi (Body Search) mengisahkan tentang Asuka (Hashimoto Kanna), Rie (Mayu Yokota), Takahiro (Gordon Maeda), Rumiko (Maika Yamamoto), Shota (Kotarô Daigo), Atushi (Fûju Kamio) yang terperangkap dalam time-loop dan perlu mencari 8 bahagian badan seorang pelajar bernama Haruka. 

Nak cari anggota badan tu pula tak diberitahu bagaimana sebab tak ada klu bahagian sekian disimpan di kawasan mana. Kawasan sekolah tu pula luas untuk dicari dalam masa yang singkat. Bagaimana mereka berenam terperangkap dalam masalah tersebut tak pula diceritakan. Yang pastinya mereka terperangkap dalam time loop yang bermula jam 12 tengah malam. 


Ikut kepercayaan orang Jepun, individu yang dibunuh dengan mengejut dan kejam akan melahirkan roh yang berdendam bernama Onryo. Selagi tak selesai upacara ke alam sana, selagi itulah roh tersebut akan menghantui kawasan tersebut. Dan dalam filem Re/Member roh Haruka yang dibunuh mengganggu Asuka supaya cari kepala dia yang disorok oleh pembunuh psiko. 

Menariknya bila naskhah yang menggunakan konsep time-loop, watak yang mati akan dihidupkan kembali cuma bezanya sama ada badan semakin lemah atau maintain sama macam biasa. Dan naskhah Re/Member menggunakan konsep time-loop yang tak membahayakan fizikal jadi mati lah banyak kali pun, tetap juga wujud keesokannya. Sebab tu juga tak ada watak yang trauma atau takut sebab esok boleh ulang lagi. 


Jadi dari situ lah mereka semua bekerjasama untuk selesaikan secepat mungkin sebab tak ada orang yang suka stuck dalam masalah yang sama tanpa jalan keluar kan? Of course, ada twist baru dan masing-masing mula ambil serius tapi tindakan tu terlampau cliché dan draggy.

Pace penceritaan Re/Member arahan Hasumi Eiichiro agak perlahan jadi disarankan tengok dengan speed 1.5x sebab ada beberapa scene yang memang perlahan untuk wujudkan rasa seram. Walaupun genre filem ni seram tapi hantu dia tak seram pun sebab hantu CGI. Perempuan Merah yang menghantui mereka berenam memang brutal sebab cara kesemua watak dibunuh sangat kejam dan sadis. 


Nak kata watak berenam ni ada buat dosa dengan Perempuan Merah pun tak juga, nak kata semua jahat pun tak juga. Watak Asuka adalah watak pelajar yang dipulaukan oleh satu tingkatan sementara watak Takahiro Ise adalah pelajar aktif yang popular di sekolah baik dalam pelajaran mahupun sukan. Watak Shota pula adalah watak pelajar yang dibuli di dalam kelas. Jadi kenapa roh Perempuan Merah tu nak marah sangat sedangkan enam watak ni tolong dia supaya dia boleh pergi ke alam barzakh dengan tenang. Bukan ke patutnya orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa?

Disebabkan time-loop ni, Asuka dapat kawan baru dan juga bercinta dengan crush yang dia suka sejak tadika lagi. Comel lah Kanna dengan Maeda sebagai lead pairing sebab visual sama-sama A+ dan pairing ni berjaya hidupkan ideal love untuk cinta budak sekolah. Selain isu dunia remaja, ada juga diselitkan tentang masalah penderaan domestik yang menjadi salah satu isu sosial di negara Jepun. 


Personally, ada part yang I suka dalam filem ni dan ada part yang mehhh especially pada credit scene sebab dia meninggalkan tanda tanya yang besar. Of course, a potential for a sequel tapi disebabkan penulisan dan olahan yang tak berapa bagus jadi I tak rasa excited. Mungkin filem Re/Member boleh jadi menarik kalau olahan lebih menarik dan kita tahu kenapa enam pelajar ini dipilih. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

Movie Review | Chor Nikal Ke Bhaga (2023)


Director: Ajay Singh 
Writer: Siraj Ahmed, Amar Kaushik, Raj Kumar Gupta
Cast: Yami Gautam, Sunny Kaushal, Sharad Kelkar, Indraneil Sengupta, Barun Chanda
Production Company: Maddock Films  
Distributor: Netflix
Genre: Heist / Thriller
Running Time: 110 minutes
Release Date: 24 March 2023
Trailer :


Chor Nikal Ke Bhaga mengisahkan tentang Ankit Sethi (Sunny Kaushal) yang menaiki penerbangan sama dengan Neha Grover (Yami Gautam), pramugari Max Asia. Flashback 8 bulan sebelumnya, Ankit jatuh cinta pandang pertama dengan Neha dan mula approach pramugari cantik tersebut sehingga lah mereka berdua bakal menimang cahaya mata. 

Namun Ankit mula diekori oleh gangster sehingga buatkan Neha risau akan keselamatan keluarga kecilnya. Neha dapat tahu Ankit berhutang dengan klien sebanyak Rs20 crores dan mencari jalan untuk selesaikan perkara tersebut sebelum anak mereka lahir. 


Berpatah balik ke masa sekarang, tanpa disangka penerbangan yang mereka naiki dirampas oleh pengganas yang ingin Adil-Mir, ketua pengganas mereka dibebaskan dari penjara di Manali, India. Flight marshal, Sudhanshu Roy (Indraneil Sengupta) dirampas senjatanya kemudian diikat di bahagian belakang pesawat. Kumpulan pengganas tersebut mahu pesawat mendarat di Kullu walaupun landasannya kecil dan berisiko tinggi untuk pesawat komersial yang dinaiki untuk mendarat. 

Sementara pengganas tersebut menyatakan keinginan mereka kepada ejen RAW Parvez Shaikh (Sharad Kelkar), Ankit secara curi-curi menyelesaikan rencana dia tanpa pengetahuan sesiapa. Neha yang cuba membantu juga diugut akan dibunuh tanpa teragak-agak. Apa kesudahan nasib Ankit, kena tengok sendiri lah di Netflix. 


Bangga tengok Sunny Kaushal dapat skrip untuk filem yang bagus seperti naskhah Chor Nikal Ke Bhaga arahan Ajay Singh lepas Shiddat (2021), Hurdang (2022), dan yang terbaru, Mili (2022). Kesemua filem Sunny dapat ditayangkan di Netflix jadi boleh nampak lah siapa rising star kesayangan Netflix. Sebelum ni Radhika Apte, sekarang giliran Sunny pula. 

Sama macam abang dia, Sunny juga mempunyai bakat besar dan buktikan mutu lakonan dia dalam setiap filem yang ditawarkan. Boleh nampak Sunny menyerlah sebagai Ankit yang mempunyai banyak shades sepanjang 110 minit filem ini ditayangkan. Dari awal lagi kita dah nampak watak Ankit ni ada something yang off cuma tak tahu apa sebab tu curious nak tahu perjalanan watak dia. Masa dia menjerit fuck lepas kena belasah tu nampak real betul. Sakit hati bila dia mendesak Neha setiap kali dia stuck padahal dia pun tahu keadaan dekat dalam pesawat tu macam mana. 


Gandingan sama kuat bila pengarah pilih Yami Gautam untuk lakonkan watak Neha Grover, pramugari yang bergelut dengan masalah peribadi dan juga ketika pesawat diancam oleh kumpulan pengganas. Lepas A Thursday (2022), dah boleh nampak watak Neha juga akan jadi sekuat Naina Jaiswal but a bit disappointed bila ada masanya Neha macam takut dan teragak-agak dengan keputusan yang dia buat. 

Tak faham kenapa Menteri arahkan supaya ejen RAW yang handle kes besar macam ni tapi ejen yang sampai tu tak mampu nak hadam plan kumpulan pengganas. Of course penulis nak highlight kumpulan yang licik tapi bila dia tone down watak ejen RAW, naskhah ni nampak lemah. 


Masa interrogation session pun I menyampah bila Neha pandang bilik siasatan sampai ejen RAW tu syak ada something fishy. Sepatutnya pengarah tak payah fokus sangat pun dekat babak tu tapi shift kepada Neha dan Ankit atau Ankit dengan kekusutan dia sebab masalah datang bertimpa-timpa. 

Sinematografi dari Gianni Giannelli terlihat kemas dengan bantuan VFX yang membuatkan babak kapal terbang nampak meyakinkan. Lagu dalam filem Chor Nikal Ke Bhaga ada satu je, Janiye yang menguatkan lagi chemistry antara Sunny Kaushal dan Yami Gautam. First time digandingkan bersama tapi berjaya bawa kita masuk dalam dunia mereka berdua. 



Tengok pada kejayaan filem Chor Nikal Ke Bhaga, Maddock Films macam nak buat sekuel untuk watak Ankit dan Neha. I tak kisah sebab kalau ada bagus, I boleh tengok pairing yang bagus berlakon bersama. Kalau tak ada pun tak apa. Those yang belum tengok boleh search movie ni dekat Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10