Menjelang lebaran yang amat dinantikan ini, She Pandora kini tampil dengan lagu raya yang bertajuk Happy di Hari Raya. Bait lagu hasil sepenuhnya oleh She Pandora ini mempunyai lirik yang catchy dan mudah difahami. Apa yang membuatkan lagu ini lebih menarik lagi, She Pandora turut diiringi 3 beradik dari The Sis.
Berjaya dipilih sebagai wakil Malaysia ke World Championship of Performing Arts, She Pandora atau nama sebenarnya Nurashida Azli bakal mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. WCOPA merupakan kejohanan Olimpik dalam seni persembahan dan ianya merupakan platform bagi penggiat industri kreatif yang bercita-cita untuk mengembangkan bakat ke peringkat antarabangsa. WCOPA itu turut melibatkan lebih 70 buah negara dari seluruh dunia yang akan berentap di acara tahunan yang diadakan di California.
Para peminat boleh mendengarkan lagu Happy di Hari Raya dia semua platform penstriman digital dan jangan lupa tonton musik video Happy di Hari Raya di saluran YouTube Pandora Empire Studios.
YouTube Channel: @nurshiazli
Instagram: @iam_shepandora
Setelah kejayaan ‘Setia’ sebagai OST Kekasih Hati Mr Bodyguard, She Pandora kini muncul lagi dengan single terbaru beliau, berjudul D1K4U. D1K4U merupakan hasil susunan lagu dan lirik She Pandora sendiri. Mengetengahkan konsep ketuhanan, lagu ini berkisahkan tentang kelalaian manusia terhadap Sang Pencipta. Bait indah lagu D1K4U mulai ditulis oleh She Pandora sendiri sewaktu musim pandemik Covid-19 yang lepas.
“Pandemik yang melanda negara merupakan titik kesedaran bukan buat saya sahaja, malah buat seluruh rakyat malaysia. Sewaktu pandemik lah kita mulai menghargai segala nikmat dan kebebasan yang diberi oleh Allah SWT selama ini. Kita ibarat burung yang patah sayap, tak boleh ke mana-mana, terkurung di rumah sendiri malah rezeki juga seperti tersekat.”
“Kita semua ibarat hilang tempat bergantung, kita hilang komunikasi bersama dunia luar dan lagu ini juga merupakan luahan perasaan untuk apa yang She rasa selama ni, merujuk pada diri She sendiri. Kerana kadang-kadang bila kita ditimpa ujian, kita mengeluh, kita marah, tak puas hati dan sebelum ni She sentiasa nak kejar rezeki, impian, kejar dunia sahaja Sedangkan, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah jamin kejayaan kita.”
Menurut She Pandora, lagu ini ditujukan kepada semua yang turut merasakan apa yang dirasakan oleh beliau selama ini. Mungkin banyak yang kehilangan jiwanya, yang merasakan bahawa setiap hari yang mendatang penuh dengan masalah. Lagu ini juga diibaratkan sebagai sebuah doa dan pengharapan buat diri beliau sendiri. Harapan She Pandora, agar lagu ini dapat menyentuh jiwa-jiwa yang sedang hilang, sayu dan sunyi, agar sesiapa yang mendengar lagu ini sentiasa kembali dan perbaiki hubungan bersama yang Maha Esa.
Para pendengar boleh mendengarkan lagu ini mulai 7 April di Saluran YouTube Pandora Empire Studios dan di platform penstriman digital.
YouTube Channel: @nurshiazli
Instagram: @iam_shepandora
Seiring dengan kehadiran bulan Ramadan, untuk kesekian kali nya Pusat Beli-Belah Alamanda menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi.
Seramai 42 kanak-kanak yang berumur 8 sehingga 17 tahun disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Alamanda, Pang Sook Fong apabila mereka tiba di perkarangan ‘Centre Court’, Pusat Beli-Belah Alamanda.
Antara detik yang paling bermakna buat anak-anak kecil ini apabila mereka menerima tajaan kelengkapan Hari Raya. Senyuman dan kegirangan jelas terpancar di wajah mereka ketika mana mereka diberi peluang untuk memilih sendiri persalinan aidilfitri termasuk baju raya serta kasut raya yang baharu.
Selain daripada tajaan membeli-belah, anak-anak ini dihiburkan dengan persembahan tradisional ‘dikir barat’. Untuk keceriaan berganda, mereka turut menerima sumbangan berbentuk ‘duit raya’ dan sepasang lagi persalinan baju raya yang ditaja oleh rakan niaga Pusat Beli-Belah Alamanda. Program menyantuni anak-anak yatim ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Pusat Beli-Belah Alamanda.
Pengarah Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien mengulas, “Sebagai sebuah organisasi yang fokus dengan tanggungjawab sosial korporat, adalah suatu yang sinonim bagi kami untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan komuniti sekitar. Kami amat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk menyantuni Anak-Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah pada bulan yang mulia ini.
“Kami berharap sumbangan kecil kami mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim ini selain daripada memberi semangat kepada organisasi yang lain untuk turut proaktif dalam penganjuran program seperti ini. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan niaga kami yang turut menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program ini.”
Turut hadir di majlis ini, penjaga Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Puan Siti Eshah yang turut berkata, “Saya, sebagai penjaga dan wakil pusat Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga terhadap Pusat Beli-Belah Alamanda kerana telah menganjurkan majlis ini untuk anak-anak di rumah Rukaiyah.
Kami amat terharu dengan kebersamaan pelbagai pihak di dalam memastikan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan tidak dilupakan untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri”
PUSAT BELI-BELAH MESRA
Sementara itu di Kemaman, Pusat Beli-Belah Mesra telah mengadakan majlis amal jariah pada 6 April 2023 yang mana mereka berkesempatan untuk menyantuni 30 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman (Rumah Huzai).
Majlis yang diberi nama ‘Jalinan Mesra’ telah diadakan di Dewan Mesra yang mana barisan anak yatim tersebut dirai dengan sambutan yang meriah. Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Mesra, Junaidy Jamaludin menyambut ketibaan 16 kanak- kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan yang berumur dari 7 tahun sehingga 17 tahun.
Kanak-kanak perempuan telah menerima sepersalinan baju kurung serta selendang, manakala kanak-kanak lelaki menerima persalinan baju melayu bersama sampin sebagai persiapan menyambut ketibaan Aidilfitri. Tidak kurang daripada itu, kanak-kanak tersebut menerima pelbagai hadiah daripada pihak pengurusan dan duit raya yang bernilai RM100 setiap seorang.
Anak-anak yatim tersebut menerima tajaan berbuka puasa dan dalam pada masa yang sama, mereka turut dihiburkan dengan persembahan nasyid. Majlis iftar yang berlangsung itu turut menerima tajaan daripada rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra seperti Rasa Sayang, The Body Shop, TMC, BH Beauty, U-Sport, Tealive, Cuckoo, D'Laksa, Rasa Kampung, Mee Tarik Warisan Asli, Tastebuds, Nasi ZNZ, Yong Tau Fu dan VV Rosegold.
Pengurus Rumah Huzai berkata, “Majlis ini adalah majlis yang sangat memberi makna kepada semua penghuni Rumah Huzai. Ia bukan hanya kerana hadiah dan sambutan yang diberikan, tetapi perhatian dan sikap ambil peduli yang kami terima. Kami amat berterima kasih keran atelah menjadikan hari ini hari yang amat istimewa.”
**********************************************
Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda
Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.
Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.
Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.
Mengenai Mesra Mall
Mesra Mall adalah pusat membeli-belah terunggul di Kemasik yang menawarkan pelbagai variasi fesyen, makanan, hiburan dan aktiviti untuk seisi keluarga. Ia merangkumi kawasan sebanyak 315,000 kaki persegi dengan satu tingkat. Mesra Mall telah dibuka untuk orang ramai pada Oktober 2008 dan sejak itu dikunjungi oleh masyarakat setempat dan pengunjung asing.
Mesra Mall mempunyai 5 dewan panggung wayang yang selesa, pusat boling 24 lorong, sebuah gelanggang futsal dan 12 gelanggang badminton serta tempat makan yang cukup selesa. Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan bank, surau yang luas dan kemudahan kerusi roda serta kereta sorong budak menjadikan Mesra Mall pusat sehenti untuk ahli keluarga dan rakan-rakan melakukan aktiviti harian atau meluangkan masa dengan dengan berfaedah.
Selain itu, Mesra Mall mempunyai dewan serbaguna seluas 16,000 kaki persegi yang merupakan dewan terbesar di kawasan itu yang boleh memuatkan 800 orang pada satu masa. Ini menjadikan Mesra Mall tempat strategik untuk mengadakan pameran, majlis perkahwinan atau korporat dan acara besar-besaran.
Untuk info lanjut, sila layari: www.mesramall.com and www.facebook.com/MyMesraMall.
Owner of an electronics outlet, Tay Wee Hwa, aged 60 and his son Tay Eng Guan, aged 30, were fined RM14,000 in total by the Kluang Magistrate's Court today for selling TV boxes pre-loaded with unauthorised Astro content under Section 41(1)(ha) of the Copyright Act 1987.
The individuals were charged with illegally distributing and sharing copyrighted content. The charges came after an extensive investigation by the Royal Malaysia Police (PDRM)'s team from Cyber Crime Investigation Unit, Commercial Crime Investigation Department, who raided the electronics outlet located at Jalan Dato Sulaiman Mohd Noor, Kluang Baru on 7 December 2021.
Five android boxes pre-loaded with unauthorised Astro content were confiscated whilst Tay Wee Hwa and Tay Eng Guan were charged under Section 41(1)(ha) of the Copyright Act 1987 for selling any technology or device for the purpose of bypassing any effective technological measures stated under subsection 36A(3) of the same Act. The two individuals pleaded guilty to their charges and were fined RM14,000 in total.
An Astro spokesperson said, “We take piracy very seriously and are committed to working with the authorities to protect our rights as content owner. The illegal sharing and distribution of copyrighted content not only harms copyright owners but also affects the livelihoods of those working in the entertainment industry. We will continue to work tirelessly to combat piracy and ensure that justice is served.”
The charges against the two individuals serve as a warning to those who sell TV boxes pre-loaded with unauthorised Astro content. Piracy is a serious crime, and those found guilty can be fined up to RM200,000, imprisoned for up to 20 years, or both.
In April 2023 alone, 5 individuals were charged for piracy-related offenses:
▪ On 3 April 2023, a 22-year-old student was fined by the Kuala Lumpur Magistrate's Court for having in his possession an unauthorised link to a popular local TV drama series on his devices
▪ On 5 April 2023, two individuals were charged under Section 43AA of the Copyright (Amendment) Act 2022 for selling TV boxes with unauthorised content, which marked the first case since the amendment took effect in March 2022
The Copyright (Amendment) Act 2022 introduced amendments to the Copyright Act 1987 to strengthen provisions relating to the enforcement of copyright. It was gazetted on 10 February 2022, and the enforcement of the law was implemented by the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP) on 18 March 2022. The key impact of the amendment is the criminalisation of the sale of ISDs and associated software applications that allow unauthorised access to copyright content. Anyone found guilty can be fined up to RM200,000, imprisoned for up to 20 years, or both.
The public is reminded to channel information of piracy activities to the National Scam Response Centre’s (NSRC) 997 hotline, CCID Infoline 013-211 1222, KPDNHEP through hotline 1-800-886- 800 or 03-8882 6088 at the Enforcement Command Centre, WhatsApp at 019-279 4317, email to e-aduan@kpdnhep.gov.my or via Ez ADU app.
Nikmati lebih banyak penjimatan dengan Pek Sports atau Movies dengan 50 Mbps Astro Fibre
Thursday, 13 April 2023
Untuk pengalaman hiburan dan nilai jalur lebar yang terbaik, Astro Fibre berserta pek Astro TV adalah penyelesaian yang tepat. Para pelanggan Astro baharu boleh menikmati penjimatan sebanyak RM696 dalam tempoh 24 bulan apabila mereka mendaftar untuk pelan Astro Fibre 50 Mbps serta Pek Sukan atau Movies dalam satu pakej bermula pada RM164.99/sebulan.
Peminat sukan yang ingin mengikuti kalendar sukan menarik 2023 boleh memilih Pek Sukan dan menyaksikan semua perlawanan bola sepak Liga Malaysia dan Liga Perdana yang dinanti-nantikan, mengalami semua perlumbaan MotoGP apabila para pelumba bertarung untuk setiap kedudukan, menonton kejohanan tenis dari seluruh dunia menerusi ATP Tours, menonton pertarungan-pertarungan sengit di antara pejuang UFC kegemaran mereka, mengikuti semua aksi Formula 1 dan banyak lagi.
Penggemar filem boleh memanfaatkan tawaran ini dengan memilih Pek Movies untuk menstrim pelbagai rancangan seperti Love & Death (27 April) di HBO GO yang menceritakan kisah sebenar seorang suri rumah di Texas pada tahun 1980-an yang dituduh membunuh serta musim ketiga K- drama perubatan popular Dr. Romantic 3 (21 April) di Disney+ Hotstar. Rancangan tempatan yang menarik termasuk adaptasi daripada siri thriller British yang dicalonkan oleh BAFTA, Liar dan rancangan permainan popular, Family Feud Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada tawaran ini, para pelanggan juga boleh menaik taraf kepada Pek Movies Plus atau Sports Plus untuk menstrim rancangan terbesar seperti rom-com A Tourist & Guide to Love (21 April), filem aksi jenayah Kill Boksoon dan Murder Mystery 2 lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston dengan menggunakan Astro Fibre 50 Mbps – semuanya di Netflix!
Berikut ialah maklumat penuh promosi ini:
Bukan itu sahaja, para pelanggan yang melanggan salah satu daripada pakej ini juga akan menerima akses PERCUMA kepada Viu Premium sehingga 8 Jun 2023 untuk menonton semua rancangan Asia terbesar termasuk Bidadari Bermata Bening, Royal Doctor dan Duty After School melalui Astro Box mereka dan aplikasi Viu serta menggunakan aplikasi Astro Fibre percuma untuk mengurus Guest WiFi mereka dengan selamat, memantau prestasi WiFi dalam masa nyata dan mengawal setiap pengguna internet dalam rumah mereka untuk pengalaman yang paling Kencang!
Untuk maklumat lanjut tentang Bundle ini, sila layari product.astro.com.my/tv.
'Danish, sedap tak?!' |
NUKILAN ROHANI EDDIE G & ASFAN SHAH DALAM ‘YATAGHAYAR’ | ACE Talents Cipta Kelainan Dengan Menerbitkan Lagu Berunsur Kerohanian Tatkala Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkah Buat Umat Islam
Syarikat rakaman tempatan yang semakin meraih populariti, ACE Talents mencipta kelainan pada tahun ini dengan tidak menerbitkan lagu Raya yang lazimnya dilakukan oleh label-label tempatan ketika bulan Ramadhan, sebaliknya tampil melancarkan sebuah single berunsur kerohanian berjudul ‘YATAGHAYAR’ nyanyian oleh rapper berpengalaman, Eddie G dengan penyanyi-penulis lagu berbakat besar, Asfan Shah, hasil ciptaan bersama penyanyi rap terkenal, Luca Sickta, bertempat di Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor.
“Lagu ini saya ciptakan secara kebetulan, seakan sebuah aliran yang lancar sehingga terciptanya YATAGHAYAR, yang diambil dari perkataan bahasa Arab yang membawa maksud ubah atau perubahan.
“Setiap insan akan sampai ke satu titik noktah dalam hidup yang tidak mahu apa-apa dan merasa kosong dalam kehidupan. Pelbagai persoalan bermain di fikiran - apa yang perlu di isi? Apa yang kita mahukan dalam kehidupan? Mengapa hidup semakin sukar? Dan bermacam lagi persoalan yang memerlukan jawapan, dan jawapannya terkandung dalam bait-bait lagu ini,” jelas Eddie yang merupakan duta jenama terunggul dari Britain, Fred Perry.
Mungkin ramai yang kurang mengenali Eddie di muzik arus perdana tempatan, namun baginya minat yang mendalam terhadap muzik hip-hop bertitik tolak ketika umurnya 14 tahun lagi sewaktu berada di tingkatan 2, selain itu dia juga turut meminati sukan skateboarding, katanya,
“Saya suka dengan kehidupan ‘street’, seperti kehidupan bangsa kulit hitam di Amerika Syarikat yang susah kerana ditindas di negara sendiri, saya jadikan kisah perjuangan hidup mereka sebagai motivasi untuk maju ke depan.
“Saya sering berangan-angan untuk menjadi seorang ‘rapper’ pada satu hari nanti, diam tidak diam masa pun berlalu, dan saya masih lagi berjuang sehingga ke hari ini. Berkonsepkan kerohanian Islamik, single YATAGHAYAR yang mengambil masa selama sehari untuk disiapkan jatuh dalam nuansa hip-hop dengan melodi yang tidak ‘keras’ dengan lirik yang umum, mudah diamati oleh setiap pendengar.
“Saya ‘perlahankan’ lagu rap ini dan tidak terlalu agresif dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, sesuai untuk pendengaran anak-anak sekolah rendah yang cepat ‘tangkap’, dan sesuai untuk majlis ilmu, serta Asfan saya pilih sendiri sebagai rakan kolaborasi kerana bakat yang dimilikinya dan pendekatan kerohanian yang diutamakannya sekarang,” tambah Eddie.
Menurut Madam Azuein Alonto, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas ACE Talents,
“Saya mengambil pendekatan pada tahun ini untuk tidak menerbitkan lagu Raya untuk mencipta kelainan, dan lagu YATAGHAYAR ini ‘kena’ dengan bulan yang mulia ini kerana maksudnya yang mengajak ke arah perubahan yang baik dan bulan mana yang lebih sesuai kalau tidak di bulan Ramadhan.
“Selain itu, bakat yang dimiliki Eddie G dan Asfan Shah wajar diberi perhatian kerana pengalaman yang mereka ada cukup dalam dan faham selok-belok industri kita, dan ACE Talents tidak teragak-agak untuk menerbitkan karya yang bermutu ini. Sebagai anak seni yang sudah lama berada dalam industri muzik Malaysia, Eddie tidak mengharapkan apa-apa dan lebih menyerahkannya segala-gala pada yang Maha Kuasa, katanya, “Saya tidak berharap pada makhluk, ini semua kerja Tuhan, namun usaha saya tidak pernah henti, ini hanyalah ‘pit-stop’ sebelum saya ke destinasi yang seterusnya, saya berimpian agar lagu ini sampai ke negara seberang, Indonesia.
“Pesan saya, jangan takut untuk ‘berubah’ dan sedarlah bahawa hidup ini hanya sekali. Lagu ‘YATAGHAYAR’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube ACE Talents.