Comelnya Petiteserie Ara Damansara!

Wednesday, 5 April 2023

Dekat Kawasan Ara Damansara ataupun Kawasan rumah memang susah nak jumpa cute bakeries atau café. Nak lepak minum coffee atau buat content pun susah sebab kena menapak ke KL. Over kan? Ada je dekat area Petaling Jaya tapi I tak suka kalau jenis parking limited ni. 

Masa misi mencari barang sumbangan dengan Kak Nora, kitorang ternampak bakery Petiteserie baru buka, sebaris dengan Speedmart. Bakery dia memang mencuri perhatian lah sebab owner guna warna turquoise dengan folt dalam warna gold pekat. Bila masuk dalam boleh bau pastry semerbak. Wanginyaaaa!

Bakery dia kecil je, ada beberapa meja untuk dine-in disediakan untuk pelanggan. Masa kitorang pergi tu bakery baru buka jadi tak banyak lagi pastry yang disediakan. Memandangkan I lapar sebab tak sempat nak breakfast, I usha jugak pastry yang ada. Awalnya nak ambik basic croissant je tapi macam sedap pulak kalau ada sosej sekali. 

Dekat situ ada Cranberry Lemon Scones, Curry Puff, Mushroom Caramelized Onion Danish, Cinnamon Rolls, Carrot Cake, Croque Monsieur Croissant, Smoked Duck Pesto, Almond Croissant, Pain Au Chocolat, Pain Suisse, Smoked Salmon Royale dan banyak lagi. Tak pasti lah menu ni tetap atau berubah ikut mood baker sebab I ada nampak Korean Strawberry Tart. Menu ni specifically mentioned Korean strawberry sebab buah tu bermusim. Yang pastinya bau semuanya mengancam but the price slightly higher than Starbucks atau Zus Coffee. But I don’t mind as long it’s masisseoyo!

Selain pastry, ada juga kitchen fresh meals tapi I tak sempat nak tengok menu dan I tak plan pun untuk dine-in dekat situ since I was a bit in rush. Next time lah kot pergi lepak dan try menu lain pula. 

11A, Jalan PJU 1A/20A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.  

credit to: foursquare

Lepas dinner dekat IKEA, Laila ajak karok dekat Loudspeaker sebab dia cakap ada free flow aiskrim vanilla. Tapi sebenarnya lebih tepat lagi sebab dia ada member card kat situ. At first, Atie dengan Rina nak join tapi lepas book tempat, diorang back out last minute withour properly informing us. Nasib baik lah staff Loudspeaker tu okay je with the said changes. Plan asal kitorang (Husna, Ayuni, Liyana dan Pana) lepas general meeting dekat The Club tu, nak pergi dinner lepastu tengok wayang tapi sebab tak ada movie yang syok, kitorang follow the flow je lah. 

Sebelum ke Loudspeaker, kitorang pergi lepak Vincci dulu sebab nak window shopping. Lepas tu masuk H&M sebab nak ke suasana jahhhh. Dah habis belek baru bergerak ke Loudspeaker. Nasib baik hujan dah berhenti, jadi tak lah basah kuyup keluar dari kereta. Nak parking dekat sini pun senang sebab kawasan The Strand ni mati waktu malam. MBPJ pun tak ada. 



Dekat Loudspeaker, harga untuk 3 jam ialah RM38 tapi kalau member boleh dapat RM28 je. Kalau datang waktu siang boleh lah dapat harga RM28 dan member pula RM15. Nak buat membership card kena bayar RM48 dan enjoy all benefits untuk setahun. Disebabkan I jarang karok, Liyana pula dah nak balik ke Melaka so kitorang flatly declined the offer. Ayuni pula 50-50 sebab dia suka karok tapi siapa nak bawa dia pergi karok? Jadi dia pun geleng kepala dengan gelengan lemah dan teragak-agak. 

Lepas dah bayar semua, kitorang dapat bilik F16 di tingkat dua. Nak naik atas ada lif disediakan tapi nak ambil aiskrim kena guna tangga sebab air dengan aiskrim dekat tingkat 3. Dah la pakai pointed heels, rengsa kaki nak panjat tangga banyak kali tapi demi aiskrim, I redah je. 


Masa karok ni lah kita boleh tahu music taste kawan-kawan kita macam mana. Laila suka layan lagu dangdut mummy Mas Idayu, Liyana suka lagu upbeat macam Blackpink, Big Bang dan Rihanna. I paling terkejut dengan Ayuni sebab dia suka lagu John Mayer. This is my first time meeting with John Mayor's fan sebab circle I semuanya swifties. I casual listener lagu Taytay so I tahu lah lagu Half of My Heart and it's one of my favorite song since high school. 

I kalau karok selection lagu sama je dari tahun 2015 sampai sekarang. Warm up dengan lagu Kamu Saja - Ainan Tasneem, proceed lagu If I Let You Go - Westlife lepastu layan jiwang karat dengan lagu Jangan Pernah Berubah - ST12, insert lagu Jangan Menangis Sayang - Safura ft Oney pastu jadi backup singer orang lain. 

Liyana: Kak Ana, nak nyanyi lagu TREASURE tak?!
Me: Tak payah, esok I nak karok lagu TREASURE dekat konsert!!

Tapi lagu TREASURE tak ada pun dalam playlist, mungkin sebab tak famous macam sunbaenim diorang lagi hshshs


Memang patut lah Loudspeaker ni bagi free floe aiskrim vanilla dekat sini sebab lepas sejam menyanyi, mula lah tekak mencari air. Dah la memasing nyanyi lagu Pink Venom dengan Shutdown, terpengaruh dengan bilik bawah yang meriah dengan suara Blinks punya pasal. I baru tahu Liyana pun Blinks tapi dia sembunyikan side tu. Dah nak blah baru ajak nyembang. Apoooo!

Laila: Dah nak pukul 12 malam dah ni, pukul 11.45 kita gerak la eh. Karang lambat pulak korang sampai rumah. 
Ayuni: Ermmmm ermmm boleh tak nak request lagu? 
Laila: Eh boleh je, nyanyi je lah. Ayuni nak lagu apa?
Ayuni: Lagu John Mayer. 

Dari satu lagu terakhir, membawa ke satu lagi lagu terakhir kemudian satu lagi lagu terakhir. Sudahnya nak dekat pukul 12 jugak baru keluar dari situ. 


Kagum betul dengan Husna yang nyenyak tidur dekat sofa Loudspeaker tu walhal Liyana karok lagu Big Bang - Bang Bang Bang dekat sebelah dia. Kitorang kejut dia banyak kali tapi tak terjaga langsung. Penangan bekerja keras sebagai Head of Event Organizer dari siang combo dengan migraine. 

Malam tu memang seronok walaupun sekejap je. Girl's Night Out yang asalnya plan macam lain tapi sentiasa berubah hingga ke saat akhir. Thanks to Laila, Ayuni, Husna dan Liyana for the time we spent together <3

Ikon Pengarah Muda, Syahmi Sazli kembali dengan filem terbaru berjudul ‘Satu Hari Sebelum Raya’ dan filem genre drama ini akan temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bemula 6 April ini. Satu Hari Sebelum Raya merupakan filem arahan ketiga daripada Syahmi Sazli selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022). Filem berdurasi 1 jam 24 minit ini menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli dalam memberi sentuhan pada naskhah yang lebih dramatik yang mampu menjentik emosi, berbanding filem terdahulu yang lebih memfokuskan pada elemen komedi drama.

Menurut Penerbit, Pengarah, Penulis Skrip dan Idea Asal, Syahmi Sazli berkata, “Saya rasa amat teruja untuk mempersembahkan filem ini dan dalam pada itu turut berasa sedikit gementar untuk melihat reaksi penonton. Selepas menghasilkan Mael Totey The Movie dan 35mm, sokongan positif penonton mendorong saya untuk terus berkarya dan terhasillah Satu Hari Sebelum Raya. Kali ini saya cuba membawakan subjek yang dekat dengan masyarakat iaitu Hari Raya Aidilfitri; dalam pada kita bergembira menyambut Syawal, namun jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Saya harap filem ini diterima baik dan mampu memberi nilai hiburan serta pengajaran kepada penonton.”

Pelakon yang membintangi filem ini adalah Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer, Hushairy Hussein, Badri Radzi, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul, Poyie Gasi dan ramai lagi. Kali ini menyaksikan Syahmi Sazli mempertaruh banyak muka baru yang popular dalam kalangan masyarakat kita seperti pempengaruh Samer dan bekas pemain bola kebangsaan, Badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya. 

Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka. Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe.

Saksikan filem Satu hari Sebelum Raya bermula 6 April 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter, TikTok Astro Shaw dan Astro Gempak.

***************************************************

SYAHMI SAZLI PRODUCTION SDN BHD

MEMPERSEMBAHKAN

SATU HARI SEBELUM RAYA


Tajuk : Satu Hari Sebelum Raya

Genre : Drama/Komedi

Pengarah : Syahmi Sazli

Produksi : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd

Bahasa : Melayu (Kelantan)

Durasi : 1 Jam 24 Minit

Jumlah Hari Penggambaran : 10 Hari

Lokasi Penggambaran : Sekitar Kota Bharu

Tarikh Tayangan di Astro First : 6 April 2023

BARISAN PELAKON

Wanie Rohaimie sbg Ika

Ashrul Hakim sbg Yoe

Hushairi Husain sbg Yie

Shahman sbg Samer

Asyiff Suhaimi sbg Asif

Mustapha Kamal sbg Pakcik Arif

Sheila Mambo sbg Kak dah

Kamarool Yusoff sbg Ketua Kampung

Saiful Apek sbg Uncle

Anissa Faizul sbg Aida

Putry Mohd sbg Fiza

Badri Radzi sbg Pengemis

Poyie Gasi sbg Penjahat 1

Emie Sukmasari sbg Penjahat 2

Cik Amie Gangster sbg Jurujual

Tok Ayoh Skoda sbg Jali


TUNGGAK UTAMA

Dipersembahkan oleh : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd

Produser : Syahmi Sazli

Pengarah : Syahmi Sazli

Skrip : Senibayan & Syahmi Sazli

Cerita Asal : Syahmi Sazli

Lakon Layar : Syahmi Sazli

Pengurus Produksi : Aishah Salim

Pengarah Fotografi : Nazir Ahmad

Penyunting : Syahmi Sazli

Penata Bunyi : Syahmi Sazli

Pereka Busana : Zihni Yassin/Aiddil Misran

Penata Tatarias : Zihni Yassin


LAGU/MUZIK

Lagu : Gewe Ku Ore Kelate

Penyanyi : Emie Sukma Sari

Terbitan : Syahmi Sazli Production Sdn Bhd

Lagu : Anak Kampung

Penyanyi : Adam ZBP

Terbitan : Anak Seni Studio

Lagu : Suara Takbir Violin

Cover : Nisa Addina

Lagu : Pulanglah Violin

Cover : Salim Violin


Sinopsis 

Mengisahkan tentang perjalanan dua beradik miskin, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum raya. Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka. Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe?

Drama Review | Nenek Bongkok Tiga (2023)

Monday, 3 April 2023


Pengarah : Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip : Azhar Amirulhisyam, Ifan Adriansyah Ismail, Sammaria Simanjuntak, Nonny Boenawan, Satpal Kaler
Pelakon : Sofia Jane, Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Raykarl Iskandar, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Esma Daniel, Aida Aris, Dhia Irdina, Hana Thia, Khai Sabri
Syarikat Produksi: Independent Pictures
Penyiaran : Viu
Genre : Thriller / Misteri
Jumlah Episod : 10 Episod (50-55 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 9 Februari 2023 
Trailer : 


Drama terbaru Viu Originals mengisahkan tentang 8 orang yang terjaga di sebuah rumah agam kepunyaan Nenek Bongkok Tiga (Sherie Merlis). Kesemua mereka ditempatkan di dalam sel yang terletak di ruang bawah tanah. 

Kesemua watak yang dipenjara di rumah tersebut mempunyai rasa bersalah dan dosa yang tersendiri. Zamir (Hun Haqeem) adalah hiker yang mencari Zaid (Raykarl Iskandar), adiknya yang hilang di Bukit Luruh. Kerana pertemuan Zamir dengan Samira (Sofia Jane) yang muncul kembali setelah menghilang selama 60 tahun lamanya, Zamir tahu Zaid disorok di hutan berpuaka tersebut. 


Sementara Adi (Merqeen) pula lari dari pihak polis kerana jenayahnya dan secara tak sengaja masuk ke laluan pokok buluh yang membawa dia ke rumah tersebut. Sama juga dengan Alis (Sara Ali) yang dikehendaki kerana telah membunuh majikannya. Mior (Fimie Don) pergi ke Bukit Luruh kerana ingin tanam mayat rakan sekelasnya. 

Malia (Sara Mack Lubis), Sani (Syafie Naswip), Salim (Syazwan Zulkifly) dan juga Haikal (Ashraf Muslim) juga mempunyai cerita yang lebih kurang sama. Di sana mereka diberi makanan secukupnya namun dilarang untuk pergi ke bilik berpintu hijau. 


Mereka juga sentiasa mendengar suara mengerang yang kuat dan mengerikan. Kata Nenek, itu adalah suara Tuan Tanah yang meminta untuk diberi makan. Setiap yang masuk ke rumah tersebut, sama ada memberi makan atau menjadi makanan. Yang pastinya Tuan Tanah tidak makan bangkai. Sekiranya tidak mahu dimakan, mereka berlapan perlu main semua permainan untuk terus hidup. 

Lepas naskhah Ganjil (2021), Dato’ Yusry muncul dengan naskhah thriller misteri yang mengangkat mitos seram iaitu Nenek Bongkok Tiga yang wujud di kawasan hutan. Permainan-permainan yang dipaparkan juga merupakan permainan tradisional yang semakin lenyap ditelan zaman seperti Osom, Ibu Ayam Dikejar Musang dan Enjit-Enjit Semut. 


Selain keunikan tersebut, kekuatan Nenek Bongkok Tiga terletak pada jalan cerita yang unik dan segar di mana berlatarkan alam ghaib dan menggunakan konsep saka. Tak pasti lah pelakon yang diambil untuk projek Nenek Bongkok Tiga perlu melakukan ujibakat ataupun pilih secara rambang sebab kesemua mereka bawa watak masing-masing dengan cemerlang. 

Tak sangka langsung Hun Haqeem tonjolkan lakonan mantap untuk watak Zamir yang menggalas kebanyakan babak dan intense scenes dalam drama terbitan Independent Pictures ni. Macam mana dia boleh lontarkan lakonan dengan cemerlang dalam babak bersama pelakon veteran seperti Sofia Jane dan Sherie Merlis memang mengagumkan untuk ditonton. Walaupun karakter dia memang karakter hero tipikal tapi sesuatu yang baru dari Hun sebagai pelakon. Macam mana Zamir rasa bersalah, rasa marah dikhianat oleh watak-watak lain, semangat kuat dia untuk keluar dari situ semuanya dipaparkan dengan bagus. 


Sama juga dengan Merqeen yang sebelum ni popular sebagai hero drama romantik tapi menyerlah dalam pesona Adi yang pengecut dan ego. Serious talk, I fell in love with his talent! Kalau dekat episod-episod awal boleh nampak Adi antara watak yang annoying dan selfish tapi di hujungnya ada character arc yang cantik sampai kita tahu apa trauma yang dialami Adi sampai dia jadi macam tu. 

Bukan saja dinamik Merqeen terlihat kuat bersama Hun Haqeem, babak Merqeen dengan Alis juga tonjolkan bond yang kuat. Pelakon kanak-kanak, Dhia Irdina mencuri tumpuan juga setiap kali wataknya muncul on screen. Langsung tak nampak kekok dan berjaya deliver karakter menjengkelkan supaya Adi rasa tercabar. Casting director ada kelemahan sikit dekat sini sebab bila watak Hana dah besar, muka dia Chinese look sedangkan masa kecil muka Melayu habis. Of course it's a minor mistake but somehow bagi kesan juga.


Sembang pasal sinematografi, Nenek Bongkok Tiga banyak bergantung dengan kesan khas CGI terutamanya di kawasan rumah Nenek juga di jeti yang berlatarkan kawasan laut bergelora. Ada masanya CGI tersebut tampak meyakinkan namun kebanyakan masanya kelihatan lemah. Tuan Tanah juga dipaparkan sebagai raksasa bertanduk seperti syaitan padahal kalau ikutkan hantu raya ni makhluk hitam berbulu dan bersaiz besar. Mata pula merah biji saga. Tapi lain orang lain perspektifnya kan? 

Scene yang I rasa mencacatkan screenplay bila pengarah nak sangat tunjuk perut Alis lepas dijahit oleh Marlia sampaikan perut Alis nampak hasil prosthetic makeup. Patutnya tutup luka tu dengan kemeja Alis pakai supaya terlindung kelemahan tu. Sayang lah sebab dah ngeri masa tengok Marlia jahit sendiri sampai curious sama ada Marlia medical student ke sebab nampak tak panik langsung dalam situasi tu. Tangan dia pun nampak ada skill masa jahit tu.


Beberapa watak juga tak puas tengok walhal wataknya kuat. Kuat maksudnya, karakter dia ada something to offer pada jalan cerita tapi dibunuh oleh penulis terlalu awal. Bila dah masuk Episod 7 hingga Episod 10 dah mula draggy dengan drama atau fillers. Permainan yang dimasukkan juga tak lama untuk kita nampak keunikan permainan tersebut. Hilang seronoknya dekat situ bila penulis lebih fokus pada elemen drama yang buatkan cerita Nenek Bongkok Tiga nampak heavy. 

Macam mana Samira boleh jumpa Tuan Tanah juga tak diceritakan dengan baik, apa perjanjian yang buat Tuan Tanah geram dengan Samira juga tak pasti. Mungkin sebab Tuan Tanah nak Samira hingga ke akhirnya tapi Nenek baru juga jalankan tugas dengan cemerlang. 


Kudos to wardrobe and art team sebab paparkan props juga busana yang memaparkan keindahan seni budaya Melayu Nusantara dengan cantik. Bahkan bahasa yang digunakan Samira dan juga Narangsa pada Episod 10 pun ada seni dan ritmanya tersendiri. 

Selain dari pengorbanan dan kasih sayang yang diketengahkan, mesej untuk berpegang teguh dengan prinsip dari watak Zamir antara mesej yang terpahat kemas lepas tengok drama Nenek Bongkok Tiga. Personally, I rasa zaman sekarang susah sangat nak jumpa orang yang berpegang teguh dengan prinsip hidup. Bila kita ada prinsip, datang segala jenis ujian sampai lemah jiwa pun, kita boleh hadap. Salah satu keindahan budaya hidup masyarakat Melayu juga tapi makin lama makin pudar. 


Yang belum tengok, wajib tonton drama Nenek Bongkok Tiga supaya Viu atau produser tempatan hasilkan lebih banyak lagi karya yang berkualiti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10

Hyunsuk's Black Hair Is Back!


Dalam paling banyak-banyak warna rambut Hyunsuk, warna hitam lah yang paling menawan untuk dia. Last dia guna rambut warna hitam masa My Treasure era, awal tahun 2021 lepastu dia start dengan blonde sebab nak nampak cool macam GD dengan Mino WINNER. Tapi bila dia buat rambut blonde, tetap lah nampak comel jugak. 

Masa live minggu lepas, dia buat surprise dengan tunjuk rambut hitam. Ramai la yang komen 'Is that Choi Hyunsuk?!' sebab happy dapat tengok rambut hitam balik. 


















For me, rambut Hyunsuk warna apa pun tetap lah nampak segak dekat dia sebab dia memang segak. Bab cool atau swag tu, dia buat gaya apa pun tetap swag tapi bila makan, dia nampak comel sebab genggam jari bila makan sedap. Bukan warna yang jadi pengukur ketampanan Hyunsuk tapi panjang rambut dia sebab Hyunsuk ada habit suka selak rambut atau comb hair bila rambut dia panjang macam dalam rap part MV I Love You. Macho teruk, macam boy crush zaman 90s. 

Banyaknya Komen Masuk Spam


I perasan daripada minggu lepas ada banyak komen dekat bahagian Spam tapi komen semuanya dari tahun 2018 hingga ke 2021. Nak kata Blogger tengah ada masalah tak juga sebab jumlah komen sedia ada tak berkurang pun. Kiranya komen yang hilang dulu dah mula menjelma balik. Ada komen yang bagitahu pasal menang giveaway pun masuk spam ni. 

Saja nak update pasal ni sebab kalau ada yang rasa macam I tak membalas kunjungan, ni lah sebabnya hahaha. 

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini. Astro Kasih dengan kerjasama pihak Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya telah menyediakan juadah Bubur Lambuk sebanyak 1000 bungkus kepada komuniti di sekitar kawasan penduduk yang disertai oleh barisan pelakon dan selebriti tempatan termasuk Duta Kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.

Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran daripada personaliti-personaliti Astro Radio termasuk Fazziq (ERA), Putra (SINAR), Rea (GEGAR), Lin Ariffin (ZAYAN), Raianna (Go Shop) dan penampilan pelakon dan selebriti Hawa Rizwana dan Wafiy Ilhan.

Turut diraikan ketika menghadiri majlis ini ialah anak-anak dan ibu tunggal dari 2 Persatuan Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal: Hajah Kamariah dan Nur Hikmah yang menghimpunkan seramai 120 orang untuk sesi tazkirah dan ceramah yang disediakan oleh pihak Astro Kasih, bertempat di perkarangan Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan Petaling Jaya.

Penganjuran program adalah inisiatif pihak Astro Kasih untuk mendekati komuniti setempat dan sejajar dengan slogan Ramadan tahun ini #BukalahHati.

Blog Performance March 2023


First of all, selamat berpuasa semua rakan blogger dan readers blog. Semoga amal ibadah di bulan Ramadhan ni diterima dan diberkati oleh-NYA. 

Memandangkan dah start bulan puasa jadi blog pun tersasar lah dari landasan. Sekarang makin banyak event lepastu makin tak sempat lah nak catch up semua benda. Sampai dah ada yang tanya kenapa jarang update movie review. Jangankan update review, tengok movie pun tak sempat T.T

1. PV


Kalau tengok pada entry Blog Performance February 2023, total PV cecah 107k tapi masuk bulan March punya dia jadi 103k. Mungkin sebab capture lambat kot masa tu so dia tercampur dua bulan sekali. Bulan Mac bertambah sikit tapi still menurun lah graf PV tu sebab tahun lepas ada yang cecah 120k. Nak pula sekarang ni bulan puasa, lagi lah tak ramai yang berkunjung ke sini sebab sibuk dengan urusan seharian. 

Untuk all time stats, for now dah cecah 3.8 juta jadi dalam sebulan dua lagi boleh lah nampak angka 4 pula. 

2. Posts


Kalau PV bulan Februari meningkat sebab press release High Council, bulan Mac pula sebab press release dan review untuk High Council. Sama juga dengan filem Pulau yang ada kontroversi. Entri makanan pun masuk juga dalam Popular Posts. 

Entry yang ada senarai movie atau lagu pun masuk Popular Post tapi sampai sekarang belum berjaya buat lagi senarai filem Bollywood untuk tahun lepas padahal award events dah start dah pun. Hopefully raya nanti I sempat lah nak update hshshs

3. Audience


Bulan Mac ni majoritinya ditapau oleh readers dari Malaysia. I perasan jugak banyak entry yang ada komen dari unknown. Kalau dulu dari kawan-kawan blogger tapi sekarang dah nampak ada readers baru. It's a good thing lah untuk blog ni. 

4. Bilangan Entri

Makin lama makin sikit ye bilangan entry dekat blog ni. Bila I nak pulun untuk cover balik yang tak mencecah gol ni? 50 tu pun sebab ada entry fillers supaya tak rasa bersalah sangat tak update haha. Bulan Mac I rasa yang terpaling sikit update review. Nak suruh orang updatekan? Google Adsense pun baru sekali dapat withdraw hahaha

Anyway thanks to everyone yang berkunjung ke sini. Selamat berpuasa and take care :)