Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia telah menandatangani perjanjian akses dengan Celcom Timur (Sabah) Sdn. Bhd. ("CT Sabah"), sebuah syarikat yang menyediakan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Sabah.
Perkongsian ini membolehkan Astro menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi bersama pakej TV Astro kepada potensi 118,000 rumah di Sabah merentasi bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Penampang, Lahad Datu, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Putatan, Ranau, Tenom dan Tuaran.
Melalui perkongsian ini, Astro akan dapat menyediakan perkhidmatan jalur lebar kendiri dan bundle sebagai tambahan kepada pakej TV Astro kepada lebih ramai pelanggan di Sabah tanpa perlu membina infrastruktur baharu sambil meneruskan tawaran sambungan internet berprestasi tinggi dan penyelesaian komprehensif kepada pelanggannya melalui Penyelesaian Capaian Internet dari CT Sabah.
Astro Fibre menawarkan hiburan dan nilai terbaik kerana para pelanggan juga boleh memilih untuk mencipta pakej hiburan mereka sendiri dengan menambah pada Pek TV Astro kami dan menikmati rebat pakej sehingga RM39.00/sebulan. Astro Fibre yang digabungkan dengan Pek TV bermula dari RM139.99/sebulan dengan rangkaian internet sebanyak 50Mbps untuk menyampaikan pengalaman penstriman yang paling menakjubkan serta Pek Primary yang terdiri daripada lebih daripada 80 saluran, koleksi Video on Demand yang pelbagai, akses kepada Astro GO dan 200 jam Cloud Storage. Perkhidmatan Astro Fibre ke kawasan ini dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun 2023.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, sila layari www.astro.com.my/fibre.
Rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur untuk tahun ini. Kempen Hari Raya Suria KLCC akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023.
Dekorasi tahun ini disesuaikan untuk memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana yang dapat dirasai melalui kehidupan di kampung nelayan.
Reka bentuk “Rumah Kampung” tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman “Centre Court” yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. Keunikan pelbagai dekorasi bakal mengundang memori indah di suasana kampung yang hadir dengan tata landskap jendela yang gah serta atmosfera kampung yang ditemani dengan kewujudan replika pokok kelapa.
Aktiviti interaktif “Wayang Kulit” bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir. Melalui pengalaman ini, pengunjung berpeluang untuk menyingkap pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.
Pengunjung juga berkesempatan untuk meluangkan masa melaui aktiviti interaktif lain seperti permainan tradisional kanak-kanak iaitu teng teng, permainan gasing dan juga congkak yang juga boleh didapati di laman “Centre Court”.
Alunan muzik lebaran yang akan dilayarkan di sekitar perkarangan pusat membeli belah bagi menerikan suasana sambutan Hari Raya. Di samping itu, para pengunjung juga turut berpeluanguntuk menari bersama-sama melalui persembahan tarian tradisional yang akan di persembahkan di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang tempoh kempen perayaan.
Sebuah kiosk foto akan disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar bersama yang tersayang. Pengunjung yang bergambar akan menerima cetakan gambar percuma berserta salinan digital bagi mengabadikan detik bermakna semasa membeli-belah di Suria KLCC.
Replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki bakal membuat penampilan sekali lagi di laman “Esplanade KLCC”. Replika pelita yang gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.
“Sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, kempen ini merupakan pendekatan kami untuk membawa tradisi dan norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan buat pengunjung Suria KLCC yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia malahan dari serantau dunia pada setiap tahun setiba nya bulan Ramadhan dan Syawal.
“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. Bermula dari 30 Mac sehingga 24 April, para pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC. Tempoh tebusan e-Baucar tersebut akan berlangsung sepanjang tempoh kempen Hari Raya.
Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 100 pembeli utama yang membat pembelian Suria KLCC e-Baucar yang bernilai RM1000 semasa kempen perayaan kali ini akan menerima tambahan e-Baucar yang bernilai RM 100.
Sepanjang bulan Ramadhan, pegawai perkihdmatan pelanggan yang bersedia di kaunter “Concierge” akan memberikan buah kurma kepada para pengunjung untuk persiapan berbuka puasa.
Melalui inisiatif program kesedaran kesihatan mental yang masih berterusan, Suria KLCC akan menyumbangkan hasil penjualan “Suria Ribbon Pin” kepada badan atau pusat pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan gerak kerja kesihatan mental. Pin tersebut yang dijual di kaunter “Concierge” bernilai RM10 bagi setiap satu.
PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA
Bermula dari 31 Mac sehingga 21 April 2023, Pusat Beli-Belah Alamanda akan menganjurkan kempen Hari Raya yang akan menampilkan tema Desa Nelayan.
Para pengunjung yang berbelanja RM700 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai program tebusan yang menawarkan set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda sebagai ganjaran. Tebusan ini terhad untuk setiap satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.
Pelanggan yang berbelanja dengan nilai yang lebih besar bermula dari RM1,500 ke atas akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50 selain daripada set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Alamanda.
Para pengunjung juga akan dihiburkan melalui persembahan tarian tradisional seperti pencak silat, dikir barat, tarian gamelan, caklempong dan juga kompang berirama.
Dalam menyambut ketibaan Hari Raya, Pusat Beli- Belah Alamanda akan melancarkan inisiatif menyumbang semula kepada masyarakat dengan menjemput kanak-kanak dari Pusat Jagaan
Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah untuk bersama-sama menyertai sesi berbuka puasa. Kanak- kanak ini akan menerima sumbangan duit raya selain daripada membeli-belah persalinan baju raya dan menonton pelbagai persembahan tradisional menarik.
Tidak ketinggalan, ahli VIKIds juga berpeluang untuk menyertai bengkel menghias biskut raya dan sampul hari raya di bengkel seni dan kraftangan.
MESRA MALL
Tema Desa Nelayan juga bakal membuka tirai di Pusat Beli-Belah Mesra Mall yang berlokasi Kemaman, Terengganu. Sebuah reka bentuk perkampungan kecil yang menjadi pusat penempatan nelayan juga akan menjadi tema dekorasi dan hiasan di Pusat Beli-Belah Mesra Mall. Suasana nostalgik ini dapat menyentuh memori dan kenangan kehidupan yang sederhana yang lazim di sesebuah perkampung nelayan Melayu.
Para pembeli yang berbelanja RM500 melalui 3 resit melalui kedai-kedai terpilih berpeluang untuk menebus sebentuk ganjaran premium Hari Raya berserta set eksklusif mangkuk tingkat dan juga sampul raya Mesra Mall.
Pusat Beli-Belah Mesra Mall juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli VIKIds yang mana antaranya adalah pertandingan kraf yang akan diadakan pada 7 April jam 2:30 petang. Kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 9 tahun berpelung menyertai Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan, manakala mereka yang berusia 10 sehingga 12 tahun boleh menyertai pertandingan Reka Bentuk Sampil Raya menggunakan kain “Felt”. Semua hasil kraftangan akan dipaparkan di perkarangan pusat beli-belah bermula dari 9 sehingga 27 April.
Kanak-kanak perempuan yang berumur 3 sehingga 10 tahun berpeluang menyertai pertandingan peragaan baju raya iaitu “Miss Little Raya” pada 14 April. Kesemua ahli yang bertanding berpeluang untuk di tata rias oleh jurusolek dari The Body Shop. Sementara itu, pemenang yang memperagakan baju raya terbaik akan membawa pulang ganjaran daripada TMC Supermarket.
Bagi kanak-kanak lelaki dari peringkat pendidikan rendah, mereka berpeluang untuk memperlihatkan bakat tarian mereka melalui pertandingan tarian pada 7 April. Pertandingan ini terbuka untuk kumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada 5 orang ahli. Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik daripada TMC Supermarket.
Kesemua pertandingan adalah eksklusif untuk ahli VIKids. Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menjadi ahli, boleh membuat pendaftaran hanya dengan berbelanja RM50 sebelum sesi pertandingan.
Pengunjung dewasa pula akan dihiburkan dengan barisan persembahan hari raya yang bakal berlangsung mulai 8 sehingga 15 April. Persembahan pencak silat akan diadakan pada jam 2 petang dan tarian tradisional Hari Raya pada jam 3 petang.
Tidak kurang dari itu, aktiviti tutorial memakai “shawl” dan persembahan peragaan busana akan dipersembahkan oleh Rasa Sayang, FOS dan Siti Khadijah serta Kidz pada 7 April jam 4 petang. Persembahan yang julung dan eksklusif ini adalah terbuka untuk kesemua pengunjung.
Bersempena dengan sambutan Nuzul Quran pada 8 April, Pusat Beli-Belah Mesra Mall akan mengedarkan 500 paket bubur lambuk yang ditaja bersama rakan niaga Pusat Beli-Belah Mesra Mall. Sesi edaran bubur lambuk tersebut akan di adakan bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.
Dalam meraikan kehadiran Ramdahan dan Hari Raya kali ini, pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Mesra Mall dengan kerjasama badan penguatkuasa tempatan akan menaja program buka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik. Program buka puasa tersebut akan dihadiri oleh anak yatim dari Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kemaman. Program sumbangan semula kepada masyarakat ini membawa tema “Jalinan Mesra” yang akan diadakan pada 6 April bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam di perkarang Pusat Beli-Belah Mesra Mall.
Untuk info lanjut, sila layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Unboxing ANAS Mystery Box
Tuesday, 28 March 2023
ii. ANAS Velvet Cream Liquid Lipstick 2ml
iii. ANAS Magic Lip balm Watermelon 10g
iv. ANAS Magic Lip Scrub Bubblegum 10g
v. ANAS Apam
vi. ANAS Lip Moist Serum 2ml
vii. ANAS Velvet Liptint 5ml
Berbaloi ke tidak beli ANAS Mystery Box? For me, I rasa tak berbaloi sebab harga semua product ni bila you beli dekat luar lebih kurang je. Lepas tu warna dengan perisa product tu pihak ANAS yang akan tentukan dia nak letak apa. Kalau yang jenis kulit cerah, boleh masuk dengan semua warna mungkin rasa berbaloi lah main tikam macam ni tapi kalau yang kulist brownish and dusky atau memang tak berapa gemar warna yang keluar dari kebiasaan, sangat lah tidak disarankan untuk join the hype.
Kuantiti produk pun haruslah sikit je, sesuai dengan harga dan tu antara sebab kenapa I rasa tak berbaloi. Ada produk yang berat pada packaging semata. Kebanyakan lip product dia boleh pakai dalam 4-5 calit tapi depends pada orang kan, ada yang suka calit banyak kali once dia apply. Ada yang calit sikit dah puas hati.
Untuk peminat jenama ANAS ni mungkin happy lah kot dapat semua produk dia. Benda dah beli, kita pakai je lah hshs