Movie Review | Jagat Arwah (2022)
Sunday, 26 March 2023
Movie Review | Mantan Manten (2019)
Saturday, 25 March 2023
ZEE5 and Viu Now Available on Both Astro Ultra and Ulti Boxes
Friday, 24 March 2023
Sebagai sebahagian daripada Pengalaman Astro Baharu, kami teruja mengalu-alukan ZEE5 dan Viu di Ultra dan Ulti Box untuk membawa lebih banyak hiburan global ke rumah dan peranti, meningkatkan jumlah keseluruhan aplikasi penstriman premium kami yang sedia ada di platform kami untuk yang kesepuluh. Mulai hari ini, para pelanggan Astro akan dapat mengakses kedua-dua aplikasi pada skrin TV mereka melalui Ultra dan Ulti Box atau peranti mudah alih untuk pengalaman on-the-go.
ZEE5 ialah platform kandungan Asia Selatan terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan Bollywood dan Kollywood termasuk kandungan asli, filem, rancangan TV paling digemari daripada saluran Zee Network, siri pendek dan drama terkenal merentasi 18 bahasa (12 India dan 6 Antarabangsa) termasuk Hindi, Tamil, Bengali, Punjabi dan lain-lain, menjadikannya destinasi sempurna untuk peminat tegar hiburan India dan Asia Selatan.
Untuk kandungan eksklusif dan pengalaman bebas iklan, para pelanggan Astro boleh menambah langganan ZEE5 premium dengan hanya RM10.60/sebulan (RRP RM14.90) untuk strim semua rancangan kegemaran mereka seperti drama Tamil arahan pengarah filem popular R. Kannan, The Great Indian Kitchen; komedi romantik, Middle Class Love; rancangan komedi, Kanjoos Makhichoos, turut menjadi filem terakhir pelawak Raju Srivastav serta United Kacche yang dibintangi oleh Sunil Grover, Sapna Pabbi dan Nikhil Vijay.
Terkini, barisan aplikasi penstriman premium Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, ZEE5 dan aplikasi Astro GO yang percuma kepada semua pelanggan.
Dengan penambahan Viu pada Ulti Box, semua pelanggan Ulti Box boleh mula strim Viu Premium secara PERCUMA sehingga 8 Jun 2023 di Box mereka, www.viu.com atau aplikasi mudah alih Viu dan menikmati rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver 2, The Secret Romantic Guesthouse dan Royal Doctor. Para pelanggan boleh membuka aplikasi Viu di Halaman Utama Box mereka dan strim semua rancangan kegemarannya.
Untuk mengakses aplikasi ZEE5 pada Ultra/Ulti Box, tekan "Home" pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi tersebut di bawah pautan "Apps". Ikuti langkah pada skrin untuk menyambungkan akaun pada Box anda, dengan mengimbas kod QR dan log masuk ke akaun ZEE5. Setelah selesai, anda akan mempunyai akses kepada beribu-ribu kandungan di hujung jari anda!
Sama ada pada skrin TV melalui Ultra/Ulti Box atau dengan aplikasi mudah alih ZEE5 yang tersedia pada peranti Android atau IOS, anda boleh melanggan ZEE5 hari ini untuk penjimatan lebih baik dengan melayari www.astro.com.my/ZEE5.
‘Family Feud’ kini melebarkan sayapnya ke Malaysia, hanya di Astro. Setelah termeterai perjanjian mengadaptasi ‘Family Feud’ bersama Fremantle pada tahun lepas, Astro kini dalam proses menghasilkan tiga versi ‘Family Feud Malaysia’ yakni dalam Bahasa Melayu yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104), Bahasa Tamil yang akan disiarkan di saluran Astro Vinmeen (Saluran 202) dan Bahasa Inggeris yang akan disiarkan di Astro PRIMEtime (Saluran 704). Nama-nama besar pengacaraan di Malaysia, Nabil Ahmad (Bahasa Melayu), Dr J. Ram (Bahasa Tamil) dan Douglas Lim (Bahasa Inggeris) menggalas tugas hos ‘Family Feud Malaysia’ mengikut jejak langkah pelawak terkemuka Amerika Syarikat, Steve Harvey.
Permainan ‘Family Feud Malaysia’ dimulakan dengan peserta pertama (Ketua Pasukan) dari kedua-dua buah kumpulan yang bertanding tampil di podium untuk menjawab soalan pertama. Peserta terpantas yang menekan buzzer akan memberikan jawapan terlebih dahulu. Jika jawapan yang diberikan berada di kedudukan teratas survey, ahli-ahli pasukan tersebut akan memberi jawapan susulan. Jika tidak, pasukan lawan akan cuba untuk memberi jawapan yang tertinggi untuk mengambil alih pusingan tersebut. Jawapan-jawapan yang diberikan adalah berpandukan survey yang dibuat di kalangan 100 orang Malaysia. Pasukan yang menerima markah terbanyak akan mara ke pusingan Fast Money dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM5,000.00.
Astro sememangnya menyokong penghasilan kandungan hiburan berbentuk ‘gameshow’, malah mencipta format tersendiri seperti ‘All In To Win’ dan ‘The A Game’.
Terdapat sembilan episod istimewa berdurasi satu jam yang melibatkan para selebriti menjadi kapten untuk keluarga mereka iaitu ‘Celebrity Family Feud Malaysia’ yang bakal disiarkan setiap Isnin, 11 malam. Manakala terdapat 18 episod yang terdiri daripada peserta-peserta bukan selebriti (orang awam) yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan setiap Selasa, 11 malam.
Khas Aidilfitri ini, sembilan lagi episod bakal ditayangkan bermula 1 Syawal hinggal 9 Syawal, 12 tengah hari yang bakal membariskan barisan selebriti-selebriti dari program-program terbitan Astro seperti barisan-barisan pelakon ‘Projek High Council’, ‘Andai Itu Takdirnya’ dan ‘Isteri Halal’ serta alumni-alumni ‘Gegar Vaganza’ dan ‘Big Stage’ serta banyak lagi. Hasil kemenangan selebriti-selebriti ini akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.
‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Melayu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa bermula 27 Mac 2023, jam 11.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). ‘Family Feud Malaysia’ versi Tamil akan ditayangkan pada Mei 2023 dan ‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Inggeris pula bakal menemui penonton bermula September 2023 ini. ‘Family Feud Malaysia’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati ‘Family Feud Malaysia’ di Astro.
Azlin Reza Azmi - Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro
“Seiring dengan misi syarikat sebagai destinasi hiburan utama untuk rakyat Malayisa, Astro giat memperluaskan kandungan terkini dan terbaharu untuk disajikan kepada para pelanggan kami. Kandungan-kandungan yang mahu kami berikan adalah premium dan berkualiti tinggi, setaraf dengan produksi-produksi antarabangsa yang lain.
Malah dengan membawa game show terbesar di dunia, ‘Family Feud’ ke Malaysia, ia mampu memperkasakan tawaran-tawaran kami. Malah kami percaya bahawa dengan mengadaptasinya dalam pelbagai bahasa, kami mampu mengutamakan relevannya serta setiap hos mampu membawa gaya mereka tersendiri. Ketahanan serta populariti berpanjangan rancangan ini membuktikan bahawa penonton global amat meminati ‘gameshow’ seperti ini dan mereka sentiasa akan kembali untuk lebih lagi.
Dengan menjadi yang pertama menggunakan teknologi XR, ia mampu memperbanyakkan lagi produksi ‘Family Feud Malaysia’ dan membolehkan kami memperluaskan produksi dalam beberapa vernakular. Astro sentiasa komited dalam memberikan pengalaman tontonan yang tiada tandingan untuk semua pelanggan kami.
Kandungan Selamat dan Seronok Untuk Kanak-Kanak dengan Astro Baharu | Si Celik tidak akan bosan di rumah dengan kartun-kartun kegemaran mereka di Astro Ramadan ini
Astro menyediakan rancangan-rancangan hebat untuk kanak-kanak dengan kandungan yang selamat dan seronok untuk menjadikan harian mereka lebih ceria dan bermakna. Dengan Astro Baharu, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan kandungan-kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka ketika mereka di rumah terutamanya bila tiba musim cuti sekolah.
Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka dari segi fizikal dan mental, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil yang berumur bawah 10 tahun. Dengan teknologi yang canggih, anak-anak kini boleh menonton pelbagai rancangan dalam talian dengan hanya satu klik sahaja. Namun tontonan tanpa pengawalan ibu bapa ketika mereka sibuk dengan kerja dapat mendedahkan anak-anak dengan kandungan yang tidak bermanfaat dan bahaya. Oleh itu, Astro menyajikan seleksi kandungan kanak-kanak dengan intipati yang selamat dan memberi pelajaran untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa serta membuatkan anak-anak mereka gembira.
Dengan Astro Baharu, Astro ingin memberikan pengalaman tontonan baharu yang mudah dan lancar kepada pelanggan termasuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dengan memperkenalkan Profil Multipengguna yang membenarkan sehingga 5 profil berbeza untuk satu isi rumah mengikut kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik dan pilihan setiap pengguna. Dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan pilihan rancangan anak-anak mereka yang boleh diterokai daripada pelbagai seleksi kegemaran kanak-kanak termasuk Omar & Hana, Mechamato, Didi & Friends, Upin & Ipin dan Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.
Tambahan, kanak-kanak sering terpengaruh dengan kandungan-kandungan yang mereka lihat yang turut memberi kesan kepada perkembangan mental dan emosi mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mereka hanya terdedah dengan rancangan-rancangan yang selamat serta padat dengan intipati berguna yang boleh membentuk akhlak mereka.
Dengan menggunakan perkhidmatan internet Astro Fibre, kanak-kanak juga dapat menonton rancangan kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan. Untuk ibu bapa yang ingin memantau masa tontonan anak-anak, mereka kini dapat mengawal akses anak-anak mereka dengan mengehadkan masa penggunaan internet mereka menerusi talian. Dengan cara ini, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama mereka serta merapatkan hubungan kekeluargaan.
Dengan ketibaan bulan Ramadan, ibu bapa dapat memberikan hiburan berterusan kepada anak-anak mereka sambil mengajar tentang kemuliaan bulan tersebut menerusi pelbagai kandungan baharu di Astro. Antara rancangan yang kanak-kanak boleh nantikan menjelang Ramadan ini adalah seperti:
- Salam Famili
Kisah komedi tentang seorang Muallaf yang belajar menghadapi Ramadan pertamanya di Malaysia dan jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal. Untuk mengahwini cintanya, dia mestilah mendapat restu ayah ibunya dengan menunjukkan bahawa beliau boleh menjadi imam yang baik.
- Si Manis Bulan Ramadan
Kisah anak-anak kepada para selebriti seperti Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Nadiya Nisaa yang memasak untuk ibu bapa mereka.
- Geng Ngaji Junior
Belajar rukun solat bersama Ustaz Don Daniyal dan jom mengaji surah-surah lazim bersama Qari Ustaz Fakhrul UNIC & Qariah Nor Farhatul Fairuzah.
- Mechamato The Movie
Kisah Amato yang menemui kapal angkasa penjara mengandungi robot jahat terhempas ke bumi. Salah satunya MechaBot, berupaya untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan sejak itu mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.
- Famili Yang Popular
Sebuah keluarga influencer yang mementingkan dunia media sosial terkejut apabila mendapat tahu salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit kanser. Adakah mereka akan mengharungi dugaan ini bersama? Famili Yang Popular merupakan siri yang dibintangi oleh Ziana Zain, Sherry Alhadad dan Rashidi Ishak dan bakal ditayangkan pada minggu hari raya.
Selain daripada itu, kanak-kanak turut boleh menyaksikan kartun-kartun komedi antarabangsa yang boleh memenuhi harian mereka sambil menunggu waktu berbuka seperti Kung Fu Panda dan Go Jetters menerusi dua saluran antarabangsa baharu di Astro iaitu Dreamworks dan Cbeebies serta rancangan-rancangan berbentuk pendidikan seperti Hero Squad dan Mythbusters Junior.
Astro juga memperkenalkan sebuah iklan kanak-kanak yang bertemakan ‘Kanak-Kanak Ceria, Ibu Bapa Gembira’ bagi menekankan kepentingan memberikan kandungan yang selamat dan menarik buat kanak-kanak. Astro bertekad untuk menjadi platform pilihan utama ibu bapa untuk mendapatkan hiburan terbaik untuk anak-anak mereka.
Untuk menonton iklan kanak-kanak Astro, sila klik pautan di bawah :
• https://drive.google.com/file/d/1L2rr0K7JIHBQ96PK9qZWqeolZBhYqTCe/view