IN2IT Primer++ Worth Every Penny!

Monday, 27 March 2023


Sebelum ni bila makeup tak pernah pakai primer, just letak toner banyak lapis supaya muka kekal lembap walaupun seharian apply makeup. Tapi bila dah masuk 30-an ni kulit muka makin kering jadi nak tak nak kena juga tambah primer dalam koleksi. 

Kebetulan masa pergi Watson ternampak IN2IT Primer++, produk baru dari IN2IT. Kulit muka I jenis sensitif dan kering. Ngam lah dengan produk IN2IT so tak rasa takut langsung nak guna walaupun harga dia mahal sebab satu tiub primer dengan kuantiti sebanyak 15g ni RM35. But I don't think it's expensive lah sebab dia ada ++ jadi mesti bahan pun lebih berkualiti dari yang biasa kan?


Ingredients:

Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Acrylates/Polytri-methylsiloxymethacrylate Copolymer, Isododecane, Silica, CI 77891, Ascorbyl Tetraisopalmitate, Bisabolol, Tocopheryl Acetate, CI 77492, Water, Aluminium Hydroxide, CI 77491, Triethoxycapryl-Yesilane, Fragrance, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Canola Oil, Butylene Glycol, CI 77499, Perfluoro-octyl Triethoxysilane, Glycerin, Rosa Damascena Flower Water, Trehalose, Urea, Taraxacum Officinale (Dandelion) Extract, Pentylene Glycol, Serine, Alteromonas Ferment Extract, Algin, Caprylyl Glycol, Disodium Phosphate, Glyceryl Polyacrylate, Phenoxyethanol, Pululan, Sodium Hyaluronate, Ethylhexylglycerin, Citric Acid, Potassium Phosphate, Potassium Sorbate. 

Pentingnya pakai primer ni bila dia menjadi penghadang supaya peluh dan minyak tak kacau foundation yang kita apply sebagai base. Primer++ ni claim boleh tutup lubang pori dan lembapkan kulit muka. Bila try pakai, betul lah tu apa yang dia claim. Pakai makeup dari pagi sampai malam pun tak bercapuk. Muka rasa lembut je, tak rasa belengas ataupun tak selesa. Bila ambik gambar pun tak nampak langsung jerawat ataupun acne scar. 



Kalau dah makeup memang jarang lah pakai filter kecuali nak ada butterfly effect ataupun bunga dekat muka. I suka makeup yang nipis je, cukup tutup blemish dengan jerawat. Kalau tengok dekat senarai bahan tu ada pewangi jadi bau primer ni sedap lah. Tak la bau bahan kimia tapi more to floral scent. Siapa yang tengah mencari primer baru, boleh try IN2IT Primer++ ni. But depends dengan kulit muka jugak, kalau tak sesuai pakai brand ni, ignore je entry ni. 

Movie Review | Jagat Arwah (2022)

Sunday, 26 March 2023


Pengarah : Ruben Adrian
Penulis Skrip: M. Rino Sarjono, Ruben Adrian
Pelakon : Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif, Muhammad Khan
Syarikat Produksi: Visinema Pictures, Infinite Studios, Jagartha, Blibli, Astro Shaw
Pengedar: Visinema Pictures, Astro Shaw
Genre: Seram / Fantasi
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2022
Trailer :


Filem Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo (Kiki Narendra) iaitu ayah kepada Raga (Ari Irham) yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Aditya yang menjaga batu Jagat Arwah sejak 6 generasi. Raga adalah Aditya keenam yang mempunyai kuasa paling hebat yang mampu mengawal ruang dan masa. 

Dibantu kawan baik ayahnya, Pakcik Jaya (Oka Antara) yang juga mempunyai mata batin dan mempunyai pembantu Nonik (Cinta Laura), Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya bermula di Hutan Kematian. Setiap keturunan Aditya mempunyai pengawal iaitu Genderuwo atau mesra dipanggil Dru (Ganindra Bimo) tapi kerana usia Raga yang muda, mereka sering berbalah.

 

Raga juga mula melihat Kunti (Sheila Dara) yang sentiasa mengekori dia ke mana saja sejak kecil. Kata Kunti, mereka berdua adalah jiwa yang terpisah dari kelahiran lampau namun Sukmo menghalang pertemuan mereka kerana Raga belum tahu identiti dia sebenar. Kunti juga sama seperti Nonik dan Dru, mempunyai kuasa yang tersendiri. 

Musuh mereka adalah raksasa yang membunuh Sukmo dan juga mempunyai niat jahat untuk merampas Jagat Arwah. Sebelum Raga mampu melawan raksasa tersebut, dia perlu tahu dan kawal kuasanya sendiri. Berjaya atau tidak, kena tengok lah filem ni. 


 Naskhah Jagat Arwah berlatarkan kehidupan penangkap hantu menerusi watak Sukmo dan Jaya yang bekerja secara sembunyi. Malah Raga juga tidak tahu pekerjaan bapaknya kerana Sukmo menyamar sebagai penjual ubat tradisional. Ikutkan Raga nak jadi penyanyi band tapi mahu atau tidak mahu, dia perlu galas tanggungjawab turun-temurun sejak Aditya pertama yang ditugaskan menjaga batu Jagat Arwah.

Seram tengok bila Kunti ikut Raga secara senyap dan sentiasa memerhatikan tindak-tanduk Raga setiap hari. Nasib baik lah dia bijak bertukar rupa lepas nampak Raga tenung muka wanita idealnya. Boleh kata filem Jagat Arwah tak lah seram walaupun ada kehadiran Kunti dan Genderuwo sebab Dru pun hantu yang cool dengan jaket kulit dan boot. 


Naskhah Jagat Arwah terbitan Visinema Pictures banyak bergantung dengan VFX dalam hampir kesemua babak. Semuanya tampak cantik dan kemas cuma sayangnya terlampau gelap untuk nampak apa yang berlaku. Macam babak Sukmo berlawan dengan raksasa di Gedung Aseng. Kemunculan Dru pertama kali pun macam terhad sebab pencahayaan yang kurang. 

Flow cerita Jagat Arwah yang perlu dijaga oleh keturunan Aditya ni lebih kurang sama dengan filem Satria Dewa: Gatotkaca (2022) dan juga Brahmastra (2022). Rasanya diambil dari cerita mitos yang sama sebab anutan agama yang sama. Penulis tak kembangkan dengan banyak dan secara terperinci pun dah boleh faham sebab I dah tengok dua filem tu tapi kalau sesiapa yang belum tengok pun boleh tangkap lah sebab plot dia simple je.


Cumanya ada loophole lah kenapa ada watak yang nak ambil kuasa Jagat Arwah sedangkan dia tahu Aditya Ketujuh ada kuasa yang lebih kuat dan banyak berbanding penjaga sebelumnya. Jaya ada sebut tentang ramalan jadi rasanya penulis akan cerita dekat sekuel sebab dekat hujung cerita ada watak antagonis makan petai berbincang tentang misi mereka seterusnya.
 
Kisah Raga mencari identiti diri sebagai Aditya nampak kurang menarik sebab perlahan dan tak faham apa yang dilalui untuk kawal kuasa tu. Mungkin sebab filem ni diadun dalam genre drama jadi tak banyak lah aksi yang menarik untukkita tengok. Kenapa Dru beria nak perlekehkan Raga pun nampak menjengkelkan sebab dia tak ada sebab pun untuk buat macam tu. Kelebihan Nonik dan Dru tak diserlahkan sepenuhnya dalam installment pertama. 


Banyak lagi perkara yang tak dikembangkan atau diolah dengan baik sampaikan banyak tertanya dari menerima. Pelik juga kenapa Raga nak bercinta dengan Kunti sedangkan dia perlu lahirkan Aditya kelapan. Ke dah tak ada Aditya kelapan sebab kuasa Jagat Arwah akan diserap sepenuhnya oleh Aditya Ketujuh? 

Excited nak tengok filem Jagat Arwah sebab ada Sheila Dara dengan Cinta Laura so hopefully sekuel nanti ada improvement. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Director : Kim Jae-won, Kim Na-hyun
Writer : Ji Hyun-suk, Lee Jung-hwa
Presenter : Hong Jin-kyung, Lee Da-hee, Cho Kyu-hyun, Hanhae
Contestants: Shin Ji-yeon, Kang So-yeon, Ahn Ye-won, Song Ji-a, Kim Su-min, Seong Min-ji, Kim Hyeon-joong, Moon Se-hun, Kim Jun-sik, Choi Si-hun, Oh Jin-taek, Cha Hyun-seung
Production Company : JTBC
Distributor : Netflix
Genre : Reality television, Dating show, Variety show
Running Episodes : 8 episode (57–82 minutes per episode)
Release Date : 18 December 2021 
Trailer: 


Lepas tengok Single’s Inferno Season 2, mesti lah excited nak tengok Season 1 sebab format dating show terbitan JTBC ni menarik perhatian selain dari dapat cuci mata. Kalau dalam Season 2 ada ramai peserta yang merupakan bekas peserta Ratu Cantik, Season 1 pula kebanyakannya adalah model dan duta produk. 

Sama juga macam Season 2, semua peserta single’s Inferno perlu tinggal di Inferno, pulau terpencil dan masak sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Dari awal lagi dah nampak yang Song Ji-a curi perhatian ramai jejaka di situ. Cara Ji-a macam Jennie Blackpink, jenis muka cantik bitchy savage face tapi manja bila bercakap. Comel bila dengar Ji-a gelak especially bila dia spend time dengan Hyeon-joong. 


Kalau dalam Season 2 invested tengok kisah cinta Jong-woo dengan Seul-ki, dalam Season 1 pula ada kisah cinta Moon Se-hoon dengan Shin Ji-yeon. Kelakar bila tengok Se-hoon patah hati sebab jiwa dia sensitif jadi semua presenter rasa kelakar bila dia duduk depan khemah pandang bintang merenung nasib mengenangkan Ji-yeon yang bahagia di Paradise. 


Kyuhyun paling terhibur sekali tengok perjalanan mencari cinta Se-hoon dalam Single’s Inferno Season 1 ni. Sementara Hong Jin-kyung pula terkejut dengan perubahan karakter Oh Jin-taek sejak dia pergi ke Paradise. Boleh tahan juga lah mulut manis dia mengayat peserta lain. Ji-yeon kata dia kelakar tapi tak tahu lah dekat mana kelakarnya tu. Mungkin masa diorang berborak dalam khemah tu banyak la kot Jin-taek buat kelakar sebab tak semua aktiviti peserta ditayangkan oleh editor. 


Season 1 kurang 2 episod berbanding Season 2, mungkin sebab rating tinggi dan feedback positif jadi produser tambah supaya banyak lagi interaksi yang boleh penonton tengok. Teringin nak tengok perkembangan antara Jun-sik dengan Ye-won sebab Jun-sik pendiam orangnya. Nak tahu juga macam mana dia buat pilihan dan kenapa dia pilih Ye-won. Comel tengok Jun-sik terkejut Hyun-seung bagitahu Ye-won antara gadis yang dekat dengan ideal type dia. Member dah la jarang bercakap tahu-tahu ada yang nak sailang.


Single’s Inferno Season 1 ni memang banyak plot twist sampaikan dekat Episod 9, masa peserta perempuan nak pilih sama ada nak terima proposal peserta lelaki pun boleh bikin terkejut. Dari awal sampai habis susah nak agak siapa yang akan pilih siapa walaupun kita nampak si A serasi dengan si B.
 
Conversation diorang nampak real bukannya scripted jadi tak la terasa macam tengok show yang mengejar rating semata. Boleh nampak macam mana So-yeon stress dengan Jin-taek, Se-hoon tercalar ego bila So-yeon confront ataupun Si-hun yang jadi penjaga pintu sebab stress dengar Hyeon-joong cerita pasal Ji-a. 


Set dekat Inferno memang cantik lah dengan keindahan alam semulajadi tapi kesian lah dekat peserta sebab dah serupa masuk survival show instead of dating show. Se-hoon nak menyembang dengan Ji-yeon pun tak boleh lama sebab Ji-yeon asyik mengadu panas. Rasanya dekat Season 2, team production dah selesa sebab ternampak air mist dalam khemah peserta perempuan. 

Setiap kali tengok Single’s Inferno ni bukannya rasa sedih jadi single tapi sedih sebab gemuk. Body memasing tak nak kalah, nak pula masa Ye-won, Hyoon-joong dengan Se-hoon berjemur dekat pantai. Setiap pagi ada yang jogging dengan workout, makan pun sembang pasal protein apa semua. Selain kisah cinta, dapat juga inspirasi untuk jadi cantik. Tak sabar nak tengok Season 3 pulak nanti, hopefully lebih banyak interaksi, drama, game dan plot twist. 


p/s: Lepas dah habis show macam syok pula tengok karakter Ye-won. Chemistry dia dengan Hyun-seung pun attractive, tak terkejut kalau both of them bercinta. Eikksss comel!



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

Director : Kim Jae-won, Kim Na-hyun
Writer : Ji Hyun-suk, Lee Jung-hwa
Presenter : Hong Jin-kyung, Lee Da-hee, Cho Kyu-hyun, Hanhae, 
Contestants: Lee Nadine, Shin Seul-ki, Park Se-jeong, Lee So-e, Choi Seo-eun, Lim Min-su, Choi Jong-woo, Jo Yoong-jae, Kim Han-bin, Shin Dong-woo, Kim Jin-young, Kim Se-jun
Production Company : JTBC
Distributor : Netflix
Genre : Reality television, Dating show, Variety show
Running Episodes : 10 episode (57–82 minutes per episode)
Release Date : 13 December 2022 – 10 January 2023
Trailer: 


I’m in torn nak buat review season 1 dulu atau terus proceed dengan Season 2 sebab I tengok ekor dulu baru tengok kepala. Kenapa boleh terjebak dengan Single’s Inferno ni? Sebab Instagram Reels! Setiap kali buka IG mesti ternampak video pasal Lee So-e dengan Kim Se-jun jadi favourite couple pilihan netizen. Bosan sangat tak tahu nak tengok apa, try lah tekan play untuk Season 2. 

Single’s Inferno adalah dating show di mana 12 orang peserta, 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan ditempatkan di sebuah pulau tak jauh dari bandar Seoul. Di situ mereka perlu mengenali hati budi setiap peserta menurut kesukaan masing-masing. Semua peserta ditempatkan dalam khemah, berasingan lelaki dan perempuan, perlu memasak dan cari punca air sendiri. 

Kalau nak makan sedap dan tidur dengan selesa, peserta boleh pergi ke Paradise dengan syarat, pasangan tersebut perlu ada mutual consent. Kalau A pilih si B tapi si B pula pilih C, maka ketiga-tiganya terpaksa tinggal di Inferno. Sepanjang berada di Inferno, semua peserta tak boleh dedahkan umur dan pekerjaan tapi sekiranya dapat pergi ke Paradise, dua perkara tersebut boleh diceritakan kepada pasangan. 

Walaupun ada jumlah 12 orang peserta tapi tak semua pun datang dari awal, ada yang masuk lepas game kedua atau masuk hari ketujuh. Semua peserta perlu tinggal selama 9 hari di Inferno dan buat keputusan pada hari terakhir, siapa yang mereka akan pilih sebagai pasangan kekal. 

Kalau dari awal I tengok sebab So-e dengan Se-jun, tapi bila tengok Inferno, I rasa over betul drama So-e tu. Dari awal memang lah dia suka Yoong-jae tapi bukannya lelaki tu bagi harapan dekat dia pun sampai tak boleh move on. Baru kenal sehari dah rasa macam cinta mati. Faham lah soal hati dan perasaan tapi macam rimasnya asyik kena tengok dia menangis je. 

Dekat dalam Inferno ni paras rupa bukan masalah pun sebab semuanya cantik dan segak tapi tu lah, masing-masing ada ideal type yang tersendiri jadi orang yang kita nampak cantik, tak semestinya akan jadi rebutan ramai. Macam Han-bin tu handsome, ramah, pandai berbual tapi tak ada pun peserta perempuan yang approach. 

Editor pun main peranan penting dalam dating show ni sebab pandai pilih shot mana yang cantik dan tahu nak buat tv show Single’s Inferno nampak mendebarkan dan saspen. Shot paling hot haruslah masa Jin-young berjalan pergi ke pantai lepastu menang dalam game. Aura dia memang mencuri tumpuan semua orang. Tak boleh imagine kalau scene tu jadi depan mata, terkaku dan terpaku gamaknya. It just, wow. 

Bak kata presenter Kyuhyun Super Junior, dating show Single’s Inferno ni macam K-drama je feel dia sebab kisah cinta Jong-woo dengan Seul-ki dari awal sampai ke hujung. Invested teruk tengok Jong-woo sebab usaha dia nak tawan hati Seul-ki tu dah macam tengok movie Hindustan bila hero kalah dulu. Macam mana Rahul berlawan dengan Tangaballi untuk dapatkan cinta Meenamma dalam filem Chennai Express (2014), macam tu jugak lah Jong-woo dalam Inferno. Bila tengok Jong-woo, betul lah orang kata, kuasa cinta tu wujud. Happy bila tahu Jong-woo dengan Seul-ki masih lagi in relationship lepas keluar dari Single’s Inferno. 

Pasangan kedua favorite I, Yoong-jae dengan Seo-eun sebab dekat episode kedua dah boleh nampak Yoong-jae dengan Se-jeong dah locked together. Tapi bila Seo-eun berborak sekejap je dengan Yoong-jae, terus nampak chemistry diorang. Cinta tu macam tu lah, dah kenal lama tak bermaksud serasi. Soulmate datang baru 5 minit terus rasa berseri dunia. Sweet bila Yoong-jae bagitahu dia rasa kosong bila Seo-eun tak ada. Tempat yang best pun rasa hambar. 

Macam mana reaction presenter, macam tu lah jugak reaction dan perasaan I bila layan Single’s Inferno ni. Memang sesuai sangat lah produser bawa masuk Kyuhyun sebab dia suka layan K-drama. Mulut dia pun melaser jugak walaupun muka innocent. Beria kitorang menjerit setiap kali ada happy moments dekat Inferno. 

Suka jugak tengok Nadine dalam Single’s Inferno Season 2 ni sebab dia nampak macam naif tapi mulut dia bila membawang, boleh tahan pedas jugak. Accent dia pun comel sebab dia membesar di US so bila dia cakap Korea tu comel sebab ada pelat. Dah la cantik, kaya, pandai pulak tu. Overall, I memang enjoy layan Single’s Inferno Season 2, an emotional roller-coaster ride. 

Movie Review | Mantan Manten (2019)

Saturday, 25 March 2023


Pengarah : Farishad Latjuba 
Penulis Skrip: Farishad Latjuba, Jenny Jusuf
Pelakon : Atiqah Hasiholan, Arifin Putra, Tutie Kirana, Tio Pakusadewo, Marthino Lio, Oxcel, Dodit Mulyanto
Syarikat Produksi: Visinema Pictures, JD.ID, Kaskus
Pengedar: Visinema Pictures, Netflix
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 4 April 2019 
Trailer :


Mantan Manten mengisahkan tentang Yasnina Putri (Atiqah Hasiholan) yang kehilangan karier dalam dunia pelaburan setelah dikhianati oleh mentornya sendiri, Arifin Iskandar (Tio Pakusadewo). Di saat genting tersebut, tunangnya, Surya (Arifin Putra) malah menghilangkan diri. Habis semua hartanya disita untuk menanggung kerugian yang dialami. 

Kalau semalam Nina adalah orang yang paling bahagia, berada di puncak karier dan dilamar untuk menjadi isteri namun hari ni dunianya hancur sekelip mata. Nina pulang ke rumah anak yatim, tempat dia membesar dahulu. Lantas, Surya ke sana untuk pujuk Nina untuk jual rumah di Tawangmangu, satu-satunya aset kepunyaan Nina cuma belum tukar nama dan hak milik. 


Untuk urusan tersebut, Nina perlu berjumpa dengan Bu Marjanti (Tutie Kirana) yang merupakan seorang paes atau dukun kahwin. Bu Marjanti bersetuju untuk tukar hakmilik rumah tersebut namun dengan syarat, Nina perlu tinggal selama 3 bulan bersama dia dan belajar ilmu dukun yang dimilikinya. Menarik bila tengok Nina, wanita korporat berubah menjadi wanita yang lemah lembut berkhidmat untuk penduduk kampung tersebut.

Berlatarkan masyarakat Jawa, pengarah dan penulis Farishad Latjuba menyingkap kehidupan dukun perkahwinan yang penting peranannya dalam sebuah majlis perkahwinan. Masa Nina berjumpa dengan Bu Marjanti buat pertama kali, kita dapat tengok macam mana dukun tua tersebut hilangkan resah dan masalah si pengantin lelaki. 


Pertama kali tahu tentang kewujudan paes dalam masyarakat Jawa dari filem Mantan Manten ni. Peranan dia bermula dari menyolek pengantin, menyediakan semua kelengkapan perkahwinan sehinggalah memberi nasihat sampai lah selesai upacara, paes menyerahkan kembali tanggungjawab kepada ketua keluarga. 

Perspektif generasi muda haruslah sama seperti Nina yang beranggapan perkahwinan tu bertahan kalau kedua-dua pasangan ikut formula kehidupan rumah tangga yang sepatutnya tapi berbeza dengan pandangan Bu Marjanti. Penulis tak buat sesi perdebatan langsung walaupun cara kedua-dua generasi berbeza. Boleh nampak kenapa Bu Marjanti pilih Nina bila dia berjaya pujuk Ayu untuk teruskan juga perkahwinan tersebut. 


Sayangnya tak banyak pun pengalaman paes yang ditonjolkan dalam naskhah drama ini walaupun judulnya terarah pada dukun. Sepatutnya penulis highlight perjalanan Nina menjadi paes dan bukannya konflik lain seperti Surya atau Ardy (Marthino Lio). Kenapa Pak Arifin khianat Nina pun tak dijelaskan padahal boleh nampak mereka berdua rapat sejak Nina muda lagi. 

102 minit terasa tak cukup untuk menceritakan perjalanan tersebut disebabkan pace yang perlahan. Kenapa Nina dan Bu Marjanti boleh connect dalam mimpi pun tak diceritakan sebaiknya. Kisah cinta Nina dengan Surya pun lemah padahal chemistry antara pelakon dah kuat. Tak pasti kenapa penulis perlu masukkan plot twist, mungkin nak tonjolkan kekuatan Nina tapi rasanya tak perlu pun. 


Naskhah Mantan Manten bergantung kepada VFX untuk babak mimpi paes yang dialami oleh Nina dan Bu Marjanti. Tak lah nampak meyakinkan tapi tak lah juga nampak cela yang teruk. Suka tengok budaya perkahwinan masyarakat Jawa dan juga kebaya yang dikenakan oleh Nina dan Bu Marjanti.  Dinamik Atiqah Hasiholan dan Tutie Kirana juga kuat dan terlihat seolah-olah mereka berdua adalah gandingan ibu dan anak selama Nina belajar tentang ilmu dukun. Sedih bila tengok Nina mengamuk dapat tahu Bu Marjanti tak berterus-terang dengan dia. 


Filem Mantan Manten boleh jadi lebih menarik kalau penulis hanya fokus pada kisah paes daripada guna plot Nina berlawan dengan dunia tanpa kesudahan yang jelas pun. Boleh sangat kalau Nina cuma bercerita di mulut semasa berjumpa dengan Bu Marjanti. Naskhah Mantan Manten adalah percubaan yang menarik untuk mengekalkan budaya yang diwarisi turun-temurun. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 6.5/10

Movie Review | Cirkus (2023)


Director : Rohit Shetty
Writer : Yunus Sajawal  
Cast : Ranveer Singh, Pooja Hegde, Jacqueline Fernandez, Varun Sharma 
Production Companies : Rohit Shetty Productionz, T-Series Films  
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix
Genre : Comedy  
Running Time : 138 minutes
Release Date : 23 December 2022 
Trailer :


Pada tahun 1994, Dr. Roy Jamnadas (Murali Sharma) cuba untuk jalankan eksperimen di mana cara seseorang dibesarkan yang membentuk peribadi individu dan bukannya pertalian darah. Jadi Dr. Roy pisahkan dua pasang kembar. Keluarga angkat dua pasang kembar tersebut bagi nama Joy dan Roy sebagai tanda penghargaan kepada Dr. Roy dan juga abangnya, Joy. 

Roy 1 (Ranveer Singh) dan Joy 1 (Varun Sharma) dibesarkan oleh keluarga yang mempunyai sarkas untuk menampung kehidupan mereka di Ooty. Sementara Roy 2 dan Joy 2 pula dibesarkan dalam keluarga peniaga yang kaya di Bangalore. 

Anehnya, Roy 1 mempunyai kekebalan terhadap elektrik dari kecil dan terkenal sebagai ‘The Electric Man’ sehingga lah dia besar, ambil alih perniagaan sarkas orang tuanya kemudian berkahwin dengan Mala (Pooja Hedge). Dan kerana Roy 2 adalah kembar Roy 1, maka dia lah yang merasai renjatan elektrik tersebut. Ramai yang takut untuk dekat dengan Roy 2 namun Bindu (Jacqueline Fernandez) sayang Roy 2 separuh mati. 

Kekecohan berlaku bila Roy 2 dan Joy 2 pergi ke Ooty untuk melawat ladang the kepunyaan keluarga. Dalam perjalanan mereka terjumpa dengan Momo (Siddhartha Jadhav), Mango (Ashish Warang) dan Chikki (Umakant Patil) yang ingin merompak wang tunai kepunyaan kembar tersebut. Dalam masa yang sama, ayah Bindu, Rai Bahadur (Sanjay Mishra) dan pembantunya mengintip Roy 2 sebab dia dapat tahu Roy 2 mempunyai isteri di Ooty. 

Naskhah Cirkus adalah adaptasi dari The Comedy of Errors oleh William Shakespeare dan sepertimana teater tersebut, filem komedi Rohit Shetty dipenuhi dengan komedi slapstick. Layan sebab nak tengok gandingan baru Ranveer Singh bersama Pooja Hedge dan Jacqueline Fernandez. Lagi satu sebab lagu Sun Zara dengan Current Laga Re hasil gubahan Amar Mohile best. 



Filem ni memang tak boleh tengok dengan serius lah sebab dari awal lagi pun dah merepek bila kembar yang diambil sebagai anak angkat tak sama langsung rupa dan fizikal. Merepek juga lah bila Dr. Roy nak buktikan teori dia betul sedangkan dia boleh nampak macam mana karakter dan peribadi anak yatim yang membesar di rumah anak yatim kepunyaan Joy daripada tunggu berpuluh tahun untuk tengok hasil dari dua buah keluarga. 

Sinematografi agak pelik lah dengan penggunaan warna yang striking sebab Ooty dah cantik dengan ladang teh dan kawasan pergunungan macam yang pernah dipamerkan dalam franchise Golmaal (2006-2017) dan Chennai Express (2014). Berbeza sangat dengan Cirkus, warna yang digunakan nampak tak sesuai langsung sampai hilang seronok nak layan sebab dah tahu shoot dekat set dan guna VFX. Tapi dalam lagu Sun Zara tu syok tengok part Bindu dengan Roy 2 sebab set ikut warna tema. Wardrobe untuk semua pelakon terikat pada latar tahun 70-an di mana kawasan bandar masih kuat dengan pengaruh Inggeris. 

Lakonan Ranveer Singh untuk filem komedi tak ada masalah pun sebab dia memang dah berpengalaman untuk genre ni cuma skrip lah yang bermasalah sampaikan filem jadi stretchy dan draggy. Ada masanya kelakar, ada masanya rasa tak sabar nak habis. Pooja dan Jacqueline masuk untuk jadi cantik sahaja jadi watak mereka tersangatlah minimal potensinya nak dibandingkan dengan Ranveer atau pelakon lain. Varun Sharma being Varun Sharma, annoying. Kehadiran Johny Lever pun tak membantu menaikkan elemen humor dalam Cirkus.

Bukan saja Cirkus jadi filem terpaling lemah untuk Ranveer Singh malah filem paling tak kelakar dari Rohit Shetty juga. Hopefully Rohit cari penulis skrip yang lebih baik dan spend lebih banyak masa untuk Simmba 2 dan filem-filem akan datang under franchise cop universe Rohit Shetty Productionz.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.3/10

Movie Review | Kuttey (2023)


Director: Aasmaan Bhardwaj
Writer: Aasmaan Bhardwaj, Vishal Bhardwaj  
Cast: Tabu, Arjun Kapoor, Naseeruddin Shah, Radhika Madan, Konkona Sen Sharma, Kumud Mishra, Shardul Bhardwaj 
Production Companies: Luv Films, T-Series Films, Vishal Bhardwaj Films  
Distributors: Yash Raj Films, Netflix 
Genre : Action / Thriller
Running Time: 108 minutes
Release Date: 13 January 2023  
Trailer :


Filem debut arahan Aasmaan Bhardwaj mengisahkan tentang pertembungan antara tiga kumpulan yang mempunyai misi yang sama iaitu mencuri Rs3 crore di dalam van sekuriti. Kisah bermula dengan watak Gopal Tiwari (Arjun Kapoor) dan Paaji (Kumud Mishra) yang perlukan Rs 2 crore untuk batalkan status digantung kerja selepas kantoi berurusan dengan Narayan Khobe (Naseeruddin Shah), tokan dadah terbesar di kawasan tersebut. 

Pammi (Tabu) pula nampak peluang untuk dapat duit yang banyak dari penjenayah yang hasilkan senapang secara haram. Dari kumpulan tersebut Pammi dapat tahu tentang van sekuriti yang sama. Pammi ugut Paaji untuk selesaikan hutang dengan bantu dia ambush van tersebut. 

Sementara dua kumpulan tersebut come up dengan plan masing-masing, Lovely (Radhika Madan) dengan kekasihnya, Danny Dandekar (Shardul Bhardwaj) secara tak sengaja ternampak peluang yang sama. Mereka terdengar perbualan Gopal Menyusun strategi di sebuah pub. Lovely dan Danny perlukan Rs2 crore untuk lari keluar dari India kerana hubungan mereka berdua tak mungkin direstui oleh Narayan. 

Filem dengan tema rompakan dalam genre black comedy macam ni dah banyak sangat di Bollywood. Setiap tahun memang akan ada genre dan tema yang sama cuma pengarah dan pelakonnya sahaja berbeza. Kali ni, naskhah sebegini dilahirkan oleh Aasman Bhardwaj, anak kepada pengarah terkenal. Vishal Bhardwaj yang pernah hasilkan Kaminey (2009). Dalam Kuttey, Aasman letak tribute kepada Kaminey dengan penggunaan lagu Dhan Te Nan. 



Sayangnya lagu Dhan Te Nan tak berjaya hidupkan vibe yangt sama dengan Kaminey sebab jalan cerita Kuttey tak kuat macam Kaminey. Jangankan cerita, lakonan pelakon utama, Arjun Kapoor pun tak sehebat Shahid Kapoor yang bawa watak kembar. 

Filem Kuttey mempunyai barisan pelakon yang berbakat even Arjun Kapoor pun bagus cuma watak dia tak develop dengan baik. Tabu nampak dangkal dalam babak kejar-mengejar pemandu van di kawasan perumahan tersebut. Entah kenapa nak kejar sedangkan boleh jimat dengan culik dia dan ugut untuk tidur saja dekat rumah. 

Masa tengok trailer dah excited tengok ada Konkona Sen Sharma, Naseeruddin Shah dan Radhika Madan tapi watak masing-masing tak dapat banyak screentime pun. Of course ketiga-tiganya menyerlah dengan baik dalam tempoh masa yang terhad tapi lagi best kan kalau dapat tengok watak diorang lebih lama. 

Di permulaan filem Kuttey watak Lakshmi Sharma (Konkona Sen Sharma) yang menceritakan tentang kisah si anjing, kambing dan juga singa. Jadi kita dah ada expectation yang filem Kuttey akan diolah sebagaimana kisah 3 binatang di dalam hutan tersebut, nak pula bila tajuknya Kuttey (Anjing) tapi bila dah habis cerita jadi macam tertanya-tanya sebab tak sama pun. Dah serupa dah lepas Gopal serang puak pengganas tapi bila muncul berita dari PM Narendra Modi tu terus hilang seronok dekat situ. Tapi tu lah, sama lah apa yang Pammi sembang dalam van dengan Harry (Ashish Vidyarthi).

‘One river, two lovers. The male scorpion on one side and the female on the other. Now how would they unite? And then, the male scorpion saw a frog on his side. He requested the frog to bring him to other side. The frog hesitated a bit and asked ‘what if you sting me on the way?’. The scorpion burst out laughing and said ‘Are you crazy? Use some logic. If I sting you, then I’ll drown along with you! Just bring me to the other side or my Juliet will give up one me.’ The frog felt bad for the scorpion. He let the scorpion climb on his back and jumped into the river. They must’ve reached halfway when the frog felt like someone had put a burning hot rocket up his ass. First, the hot and heavy venom of the scorpion. And them the cold intoxication of death. The frog left astounded. With his last breath he asked ‘What is the logic behind this?’ The scorpion muttered back and said ‘Fuck logic, this is my character!’ - Pammi

Walaupun naskhah Kuttey agak lemah pada skrip dan dialog tapi not bad pun nak layan secara santai. Pertama kali tengok Arjun Kapoor dengan Tabu dalam satu skrin dengan watak yang shady. Both of them ada potential untuk berlakon dalam movie action thriller yang lebih mantap atau genre psychology. Sinematografi Kuttey dari Farhad Ahmed Dehlvi menguatkan lagi naskhah Kuttey dengan music score yang menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10

ZEE5 and Viu Now Available on Both Astro Ultra and Ulti Boxes

Friday, 24 March 2023

Sebagai sebahagian daripada Pengalaman Astro Baharu, kami teruja mengalu-alukan ZEE5 dan Viu di Ultra dan Ulti Box untuk membawa lebih banyak hiburan global ke rumah dan peranti, meningkatkan jumlah keseluruhan aplikasi penstriman premium kami yang sedia ada di platform kami untuk yang kesepuluh. Mulai hari ini, para pelanggan Astro akan dapat mengakses kedua-dua aplikasi pada skrin TV mereka melalui Ultra dan Ulti Box atau peranti mudah alih untuk pengalaman on-the-go.

ZEE5 ialah platform kandungan Asia Selatan terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan Bollywood dan Kollywood termasuk kandungan asli, filem, rancangan TV paling digemari daripada saluran Zee Network, siri pendek dan drama terkenal merentasi 18 bahasa (12 India dan 6 Antarabangsa) termasuk Hindi, Tamil, Bengali, Punjabi dan lain-lain, menjadikannya destinasi sempurna untuk peminat tegar hiburan India dan Asia Selatan.

Untuk kandungan eksklusif dan pengalaman bebas iklan, para pelanggan Astro boleh menambah langganan ZEE5 premium dengan hanya RM10.60/sebulan (RRP RM14.90) untuk strim semua rancangan kegemaran mereka seperti drama Tamil arahan pengarah filem popular R. Kannan, The Great Indian Kitchen; komedi romantik, Middle Class Love; rancangan komedi, Kanjoos Makhichoos, turut menjadi filem terakhir pelawak Raju Srivastav serta United Kacche yang dibintangi oleh Sunil Grover, Sapna Pabbi dan Nikhil Vijay.

Terkini, barisan aplikasi penstriman premium Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, ZEE5 dan aplikasi Astro GO yang percuma kepada semua pelanggan.

Dengan penambahan Viu pada Ulti Box, semua pelanggan Ulti Box boleh mula strim Viu Premium secara PERCUMA sehingga 8 Jun 2023 di Box mereka, www.viu.com atau aplikasi mudah alih Viu dan menikmati rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver 2, The Secret Romantic Guesthouse dan Royal Doctor. Para pelanggan boleh membuka aplikasi Viu di Halaman Utama Box mereka dan strim semua rancangan kegemarannya.

Untuk mengakses aplikasi ZEE5 pada Ultra/Ulti Box, tekan "Home" pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi tersebut di bawah pautan "Apps". Ikuti langkah pada skrin untuk menyambungkan akaun pada Box anda, dengan mengimbas kod QR dan log masuk ke akaun ZEE5. Setelah selesai, anda akan mempunyai akses kepada beribu-ribu kandungan di hujung jari anda!

Sama ada pada skrin TV melalui Ultra/Ulti Box atau dengan aplikasi mudah alih ZEE5 yang tersedia pada peranti Android atau IOS, anda boleh melanggan ZEE5 hari ini untuk penjimatan lebih baik dengan melayari www.astro.com.my/ZEE5.

‘Family Feud’ kini melebarkan sayapnya ke Malaysia, hanya di Astro. Setelah termeterai perjanjian mengadaptasi ‘Family Feud’ bersama Fremantle pada tahun lepas, Astro kini dalam proses menghasilkan tiga versi ‘Family Feud Malaysia’ yakni dalam Bahasa Melayu yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104), Bahasa Tamil yang akan disiarkan di saluran Astro Vinmeen (Saluran 202) dan Bahasa Inggeris yang akan disiarkan di Astro PRIMEtime (Saluran 704). Nama-nama besar pengacaraan di Malaysia, Nabil Ahmad (Bahasa Melayu), Dr J. Ram (Bahasa Tamil) dan Douglas Lim (Bahasa Inggeris) menggalas tugas hos ‘Family Feud Malaysia’ mengikut jejak langkah pelawak terkemuka Amerika Syarikat, Steve Harvey.  

Permainan ‘Family Feud Malaysia’ dimulakan dengan peserta pertama (Ketua Pasukan) dari kedua-dua buah kumpulan yang bertanding tampil di podium untuk menjawab soalan pertama. Peserta terpantas yang menekan buzzer akan memberikan jawapan terlebih dahulu. Jika jawapan yang diberikan berada di kedudukan teratas survey, ahli-ahli pasukan tersebut akan memberi jawapan susulan. Jika tidak, pasukan lawan akan cuba untuk memberi jawapan yang tertinggi untuk mengambil alih pusingan tersebut.  Jawapan-jawapan yang diberikan adalah berpandukan survey yang dibuat di kalangan 100 orang Malaysia. Pasukan yang menerima markah terbanyak akan mara ke pusingan Fast Money dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM5,000.00.

Astro sememangnya menyokong penghasilan kandungan hiburan berbentuk ‘gameshow’, malah mencipta format tersendiri seperti ‘All In To Win’ dan ‘The A Game’.

Terdapat sembilan episod istimewa berdurasi satu jam yang melibatkan para selebriti menjadi kapten untuk keluarga mereka iaitu ‘Celebrity Family Feud Malaysia’ yang bakal disiarkan setiap Isnin, 11 malam. Manakala terdapat 18 episod yang terdiri daripada peserta-peserta bukan selebriti (orang awam) yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan setiap Selasa, 11 malam. 

Khas Aidilfitri ini, sembilan lagi episod bakal ditayangkan bermula 1 Syawal hinggal 9 Syawal, 12 tengah hari yang bakal membariskan barisan selebriti-selebriti dari program-program terbitan Astro seperti barisan-barisan pelakon ‘Projek High Council’, ‘Andai Itu Takdirnya’ dan ‘Isteri Halal’ serta alumni-alumni ‘Gegar Vaganza’ dan ‘Big Stage’ serta banyak lagi. Hasil kemenangan selebriti-selebriti ini akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.

‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Melayu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa bermula 27 Mac 2023, jam 11.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). ‘Family Feud Malaysia’ versi Tamil akan ditayangkan pada Mei 2023 dan ‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Inggeris pula bakal menemui penonton bermula September 2023 ini. ‘Family Feud Malaysia’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati ‘Family Feud Malaysia’ di Astro.

Azlin Reza Azmi - Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro 

 “Seiring dengan misi syarikat sebagai destinasi hiburan utama untuk rakyat Malayisa, Astro giat memperluaskan kandungan terkini dan terbaharu untuk disajikan kepada para pelanggan kami. Kandungan-kandungan yang mahu kami berikan adalah premium dan berkualiti tinggi, setaraf dengan produksi-produksi antarabangsa yang lain. 

Malah dengan membawa game show terbesar di dunia, ‘Family Feud’ ke Malaysia, ia mampu memperkasakan tawaran-tawaran kami. Malah kami percaya bahawa dengan mengadaptasinya dalam pelbagai bahasa, kami mampu mengutamakan relevannya serta setiap hos mampu membawa gaya mereka tersendiri. Ketahanan serta populariti berpanjangan rancangan ini membuktikan bahawa penonton global amat meminati ‘gameshow’ seperti ini dan mereka sentiasa akan kembali untuk lebih lagi. 

Dengan menjadi yang pertama menggunakan teknologi XR, ia mampu memperbanyakkan lagi produksi ‘Family Feud Malaysia’ dan membolehkan kami memperluaskan produksi dalam beberapa vernakular. Astro sentiasa komited dalam memberikan pengalaman tontonan yang tiada tandingan untuk semua pelanggan kami. 

Kami harap keterujaan ini dapat dirasai para pelanggan tersedia ada serta bakal pelanggan kami. Bagi mereka yang meminati game show ‘Family Feud’, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton versi Malaysia di kaca televisyen atau peranti anda.”

Kandungan Selamat dan Seronok Untuk Kanak-Kanak dengan Astro Baharu | Si Celik tidak akan bosan di rumah dengan kartun-kartun kegemaran mereka di Astro Ramadan ini 

Astro menyediakan rancangan-rancangan hebat untuk kanak-kanak dengan kandungan yang selamat dan seronok untuk menjadikan harian mereka lebih ceria dan bermakna. Dengan Astro Baharu, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan kandungan-kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka ketika mereka di rumah terutamanya bila tiba musim cuti sekolah. 

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka dari segi fizikal dan mental, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil yang berumur bawah 10 tahun. Dengan teknologi yang canggih, anak-anak kini boleh menonton pelbagai rancangan dalam talian dengan hanya satu klik sahaja. Namun tontonan tanpa pengawalan ibu bapa ketika mereka sibuk dengan kerja dapat mendedahkan anak-anak dengan kandungan yang tidak bermanfaat dan bahaya. Oleh itu, Astro menyajikan seleksi kandungan kanak-kanak dengan intipati yang selamat dan memberi pelajaran untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa serta membuatkan anak-anak mereka gembira.  

Dengan Astro Baharu, Astro ingin memberikan pengalaman tontonan baharu yang mudah dan lancar kepada pelanggan termasuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dengan memperkenalkan Profil Multipengguna yang membenarkan sehingga 5 profil berbeza untuk satu isi rumah mengikut kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik dan pilihan setiap pengguna. Dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan pilihan rancangan anak-anak mereka yang boleh diterokai daripada pelbagai seleksi kegemaran kanak-kanak termasuk Omar & Hana, Mechamato, Didi & Friends, Upin & Ipin dan Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.

Tambahan, kanak-kanak sering terpengaruh dengan kandungan-kandungan yang mereka lihat yang turut memberi kesan kepada perkembangan mental dan emosi mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mereka hanya terdedah dengan rancangan-rancangan yang selamat serta padat dengan intipati berguna yang boleh membentuk akhlak mereka. 

Dengan menggunakan perkhidmatan internet Astro Fibre, kanak-kanak juga dapat menonton rancangan kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan. Untuk ibu bapa yang ingin memantau masa tontonan anak-anak, mereka kini dapat mengawal akses anak-anak mereka dengan mengehadkan masa penggunaan internet mereka menerusi talian. Dengan cara ini, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama mereka serta merapatkan hubungan kekeluargaan. 

Dengan ketibaan bulan Ramadan, ibu bapa dapat memberikan hiburan berterusan kepada anak-anak mereka sambil mengajar tentang kemuliaan bulan tersebut menerusi pelbagai kandungan baharu di Astro. Antara rancangan yang kanak-kanak boleh nantikan menjelang Ramadan ini adalah seperti:

  • Salam Famili

Kisah komedi tentang seorang Muallaf yang belajar menghadapi Ramadan pertamanya di Malaysia dan jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal. Untuk mengahwini cintanya, dia mestilah mendapat restu ayah ibunya dengan menunjukkan bahawa beliau boleh menjadi imam yang baik.

  • Si Manis Bulan Ramadan

Kisah anak-anak kepada para selebriti seperti Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Nadiya Nisaa yang memasak untuk ibu bapa mereka.

  • Geng Ngaji Junior

Belajar rukun solat bersama Ustaz Don Daniyal dan jom mengaji surah-surah lazim bersama Qari Ustaz Fakhrul UNIC & Qariah Nor Farhatul Fairuzah.

  • Mechamato The Movie

Kisah Amato yang menemui kapal angkasa penjara mengandungi robot jahat terhempas ke bumi. Salah satunya MechaBot, berupaya untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan sejak itu mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.

  • Famili Yang Popular

Sebuah keluarga influencer yang mementingkan dunia media sosial terkejut apabila mendapat tahu salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit kanser. Adakah mereka akan mengharungi dugaan ini bersama? Famili Yang Popular merupakan siri yang dibintangi oleh Ziana Zain, Sherry Alhadad dan Rashidi Ishak dan bakal ditayangkan pada minggu hari raya.

Selain daripada itu, kanak-kanak turut boleh menyaksikan kartun-kartun komedi antarabangsa yang boleh memenuhi harian mereka sambil menunggu waktu berbuka seperti Kung Fu Panda dan Go Jetters menerusi dua saluran antarabangsa baharu di Astro iaitu Dreamworks dan Cbeebies serta rancangan-rancangan berbentuk pendidikan seperti Hero Squad dan Mythbusters Junior. 

Astro juga memperkenalkan sebuah iklan kanak-kanak yang bertemakan ‘Kanak-Kanak Ceria, Ibu Bapa Gembira’ bagi menekankan kepentingan memberikan kandungan yang selamat dan menarik buat kanak-kanak. Astro bertekad untuk menjadi platform pilihan utama ibu bapa untuk mendapatkan hiburan terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk menonton iklan kanak-kanak Astro, sila klik pautan di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1L2rr0K7JIHBQ96PK9qZWqeolZBhYqTCe/view