Movie Review | Kuttey (2023)

Saturday, 25 March 2023


Director: Aasmaan Bhardwaj
Writer: Aasmaan Bhardwaj, Vishal Bhardwaj  
Cast: Tabu, Arjun Kapoor, Naseeruddin Shah, Radhika Madan, Konkona Sen Sharma, Kumud Mishra, Shardul Bhardwaj 
Production Companies: Luv Films, T-Series Films, Vishal Bhardwaj Films  
Distributors: Yash Raj Films, Netflix 
Genre : Action / Thriller
Running Time: 108 minutes
Release Date: 13 January 2023  
Trailer :


Filem debut arahan Aasmaan Bhardwaj mengisahkan tentang pertembungan antara tiga kumpulan yang mempunyai misi yang sama iaitu mencuri Rs3 crore di dalam van sekuriti. Kisah bermula dengan watak Gopal Tiwari (Arjun Kapoor) dan Paaji (Kumud Mishra) yang perlukan Rs 2 crore untuk batalkan status digantung kerja selepas kantoi berurusan dengan Narayan Khobe (Naseeruddin Shah), tokan dadah terbesar di kawasan tersebut. 

Pammi (Tabu) pula nampak peluang untuk dapat duit yang banyak dari penjenayah yang hasilkan senapang secara haram. Dari kumpulan tersebut Pammi dapat tahu tentang van sekuriti yang sama. Pammi ugut Paaji untuk selesaikan hutang dengan bantu dia ambush van tersebut. 

Sementara dua kumpulan tersebut come up dengan plan masing-masing, Lovely (Radhika Madan) dengan kekasihnya, Danny Dandekar (Shardul Bhardwaj) secara tak sengaja ternampak peluang yang sama. Mereka terdengar perbualan Gopal Menyusun strategi di sebuah pub. Lovely dan Danny perlukan Rs2 crore untuk lari keluar dari India kerana hubungan mereka berdua tak mungkin direstui oleh Narayan. 

Filem dengan tema rompakan dalam genre black comedy macam ni dah banyak sangat di Bollywood. Setiap tahun memang akan ada genre dan tema yang sama cuma pengarah dan pelakonnya sahaja berbeza. Kali ni, naskhah sebegini dilahirkan oleh Aasman Bhardwaj, anak kepada pengarah terkenal. Vishal Bhardwaj yang pernah hasilkan Kaminey (2009). Dalam Kuttey, Aasman letak tribute kepada Kaminey dengan penggunaan lagu Dhan Te Nan. 



Sayangnya lagu Dhan Te Nan tak berjaya hidupkan vibe yangt sama dengan Kaminey sebab jalan cerita Kuttey tak kuat macam Kaminey. Jangankan cerita, lakonan pelakon utama, Arjun Kapoor pun tak sehebat Shahid Kapoor yang bawa watak kembar. 

Filem Kuttey mempunyai barisan pelakon yang berbakat even Arjun Kapoor pun bagus cuma watak dia tak develop dengan baik. Tabu nampak dangkal dalam babak kejar-mengejar pemandu van di kawasan perumahan tersebut. Entah kenapa nak kejar sedangkan boleh jimat dengan culik dia dan ugut untuk tidur saja dekat rumah. 

Masa tengok trailer dah excited tengok ada Konkona Sen Sharma, Naseeruddin Shah dan Radhika Madan tapi watak masing-masing tak dapat banyak screentime pun. Of course ketiga-tiganya menyerlah dengan baik dalam tempoh masa yang terhad tapi lagi best kan kalau dapat tengok watak diorang lebih lama. 

Di permulaan filem Kuttey watak Lakshmi Sharma (Konkona Sen Sharma) yang menceritakan tentang kisah si anjing, kambing dan juga singa. Jadi kita dah ada expectation yang filem Kuttey akan diolah sebagaimana kisah 3 binatang di dalam hutan tersebut, nak pula bila tajuknya Kuttey (Anjing) tapi bila dah habis cerita jadi macam tertanya-tanya sebab tak sama pun. Dah serupa dah lepas Gopal serang puak pengganas tapi bila muncul berita dari PM Narendra Modi tu terus hilang seronok dekat situ. Tapi tu lah, sama lah apa yang Pammi sembang dalam van dengan Harry (Ashish Vidyarthi).

‘One river, two lovers. The male scorpion on one side and the female on the other. Now how would they unite? And then, the male scorpion saw a frog on his side. He requested the frog to bring him to other side. The frog hesitated a bit and asked ‘what if you sting me on the way?’. The scorpion burst out laughing and said ‘Are you crazy? Use some logic. If I sting you, then I’ll drown along with you! Just bring me to the other side or my Juliet will give up one me.’ The frog felt bad for the scorpion. He let the scorpion climb on his back and jumped into the river. They must’ve reached halfway when the frog felt like someone had put a burning hot rocket up his ass. First, the hot and heavy venom of the scorpion. And them the cold intoxication of death. The frog left astounded. With his last breath he asked ‘What is the logic behind this?’ The scorpion muttered back and said ‘Fuck logic, this is my character!’ - Pammi

Walaupun naskhah Kuttey agak lemah pada skrip dan dialog tapi not bad pun nak layan secara santai. Pertama kali tengok Arjun Kapoor dengan Tabu dalam satu skrin dengan watak yang shady. Both of them ada potential untuk berlakon dalam movie action thriller yang lebih mantap atau genre psychology. Sinematografi Kuttey dari Farhad Ahmed Dehlvi menguatkan lagi naskhah Kuttey dengan music score yang menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10

ZEE5 and Viu Now Available on Both Astro Ultra and Ulti Boxes

Friday, 24 March 2023

Sebagai sebahagian daripada Pengalaman Astro Baharu, kami teruja mengalu-alukan ZEE5 dan Viu di Ultra dan Ulti Box untuk membawa lebih banyak hiburan global ke rumah dan peranti, meningkatkan jumlah keseluruhan aplikasi penstriman premium kami yang sedia ada di platform kami untuk yang kesepuluh. Mulai hari ini, para pelanggan Astro akan dapat mengakses kedua-dua aplikasi pada skrin TV mereka melalui Ultra dan Ulti Box atau peranti mudah alih untuk pengalaman on-the-go.

ZEE5 ialah platform kandungan Asia Selatan terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan Bollywood dan Kollywood termasuk kandungan asli, filem, rancangan TV paling digemari daripada saluran Zee Network, siri pendek dan drama terkenal merentasi 18 bahasa (12 India dan 6 Antarabangsa) termasuk Hindi, Tamil, Bengali, Punjabi dan lain-lain, menjadikannya destinasi sempurna untuk peminat tegar hiburan India dan Asia Selatan.

Untuk kandungan eksklusif dan pengalaman bebas iklan, para pelanggan Astro boleh menambah langganan ZEE5 premium dengan hanya RM10.60/sebulan (RRP RM14.90) untuk strim semua rancangan kegemaran mereka seperti drama Tamil arahan pengarah filem popular R. Kannan, The Great Indian Kitchen; komedi romantik, Middle Class Love; rancangan komedi, Kanjoos Makhichoos, turut menjadi filem terakhir pelawak Raju Srivastav serta United Kacche yang dibintangi oleh Sunil Grover, Sapna Pabbi dan Nikhil Vijay.

Terkini, barisan aplikasi penstriman premium Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, ZEE5 dan aplikasi Astro GO yang percuma kepada semua pelanggan.

Dengan penambahan Viu pada Ulti Box, semua pelanggan Ulti Box boleh mula strim Viu Premium secara PERCUMA sehingga 8 Jun 2023 di Box mereka, www.viu.com atau aplikasi mudah alih Viu dan menikmati rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver 2, The Secret Romantic Guesthouse dan Royal Doctor. Para pelanggan boleh membuka aplikasi Viu di Halaman Utama Box mereka dan strim semua rancangan kegemarannya.

Untuk mengakses aplikasi ZEE5 pada Ultra/Ulti Box, tekan "Home" pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi tersebut di bawah pautan "Apps". Ikuti langkah pada skrin untuk menyambungkan akaun pada Box anda, dengan mengimbas kod QR dan log masuk ke akaun ZEE5. Setelah selesai, anda akan mempunyai akses kepada beribu-ribu kandungan di hujung jari anda!

Sama ada pada skrin TV melalui Ultra/Ulti Box atau dengan aplikasi mudah alih ZEE5 yang tersedia pada peranti Android atau IOS, anda boleh melanggan ZEE5 hari ini untuk penjimatan lebih baik dengan melayari www.astro.com.my/ZEE5.

‘Family Feud’ kini melebarkan sayapnya ke Malaysia, hanya di Astro. Setelah termeterai perjanjian mengadaptasi ‘Family Feud’ bersama Fremantle pada tahun lepas, Astro kini dalam proses menghasilkan tiga versi ‘Family Feud Malaysia’ yakni dalam Bahasa Melayu yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104), Bahasa Tamil yang akan disiarkan di saluran Astro Vinmeen (Saluran 202) dan Bahasa Inggeris yang akan disiarkan di Astro PRIMEtime (Saluran 704). Nama-nama besar pengacaraan di Malaysia, Nabil Ahmad (Bahasa Melayu), Dr J. Ram (Bahasa Tamil) dan Douglas Lim (Bahasa Inggeris) menggalas tugas hos ‘Family Feud Malaysia’ mengikut jejak langkah pelawak terkemuka Amerika Syarikat, Steve Harvey.  

Permainan ‘Family Feud Malaysia’ dimulakan dengan peserta pertama (Ketua Pasukan) dari kedua-dua buah kumpulan yang bertanding tampil di podium untuk menjawab soalan pertama. Peserta terpantas yang menekan buzzer akan memberikan jawapan terlebih dahulu. Jika jawapan yang diberikan berada di kedudukan teratas survey, ahli-ahli pasukan tersebut akan memberi jawapan susulan. Jika tidak, pasukan lawan akan cuba untuk memberi jawapan yang tertinggi untuk mengambil alih pusingan tersebut.  Jawapan-jawapan yang diberikan adalah berpandukan survey yang dibuat di kalangan 100 orang Malaysia. Pasukan yang menerima markah terbanyak akan mara ke pusingan Fast Money dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM5,000.00.

Astro sememangnya menyokong penghasilan kandungan hiburan berbentuk ‘gameshow’, malah mencipta format tersendiri seperti ‘All In To Win’ dan ‘The A Game’.

Terdapat sembilan episod istimewa berdurasi satu jam yang melibatkan para selebriti menjadi kapten untuk keluarga mereka iaitu ‘Celebrity Family Feud Malaysia’ yang bakal disiarkan setiap Isnin, 11 malam. Manakala terdapat 18 episod yang terdiri daripada peserta-peserta bukan selebriti (orang awam) yang berdurasi selama 30 minit yang akan ditayangkan setiap Selasa, 11 malam. 

Khas Aidilfitri ini, sembilan lagi episod bakal ditayangkan bermula 1 Syawal hinggal 9 Syawal, 12 tengah hari yang bakal membariskan barisan selebriti-selebriti dari program-program terbitan Astro seperti barisan-barisan pelakon ‘Projek High Council’, ‘Andai Itu Takdirnya’ dan ‘Isteri Halal’ serta alumni-alumni ‘Gegar Vaganza’ dan ‘Big Stage’ serta banyak lagi. Hasil kemenangan selebriti-selebriti ini akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang dipilih.

‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Melayu akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa bermula 27 Mac 2023, jam 11.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). ‘Family Feud Malaysia’ versi Tamil akan ditayangkan pada Mei 2023 dan ‘Family Feud Malaysia’ versi Bahasa Inggeris pula bakal menemui penonton bermula September 2023 ini. ‘Family Feud Malaysia’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati ‘Family Feud Malaysia’ di Astro.

Azlin Reza Azmi - Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro 

 “Seiring dengan misi syarikat sebagai destinasi hiburan utama untuk rakyat Malayisa, Astro giat memperluaskan kandungan terkini dan terbaharu untuk disajikan kepada para pelanggan kami. Kandungan-kandungan yang mahu kami berikan adalah premium dan berkualiti tinggi, setaraf dengan produksi-produksi antarabangsa yang lain. 

Malah dengan membawa game show terbesar di dunia, ‘Family Feud’ ke Malaysia, ia mampu memperkasakan tawaran-tawaran kami. Malah kami percaya bahawa dengan mengadaptasinya dalam pelbagai bahasa, kami mampu mengutamakan relevannya serta setiap hos mampu membawa gaya mereka tersendiri. Ketahanan serta populariti berpanjangan rancangan ini membuktikan bahawa penonton global amat meminati ‘gameshow’ seperti ini dan mereka sentiasa akan kembali untuk lebih lagi. 

Dengan menjadi yang pertama menggunakan teknologi XR, ia mampu memperbanyakkan lagi produksi ‘Family Feud Malaysia’ dan membolehkan kami memperluaskan produksi dalam beberapa vernakular. Astro sentiasa komited dalam memberikan pengalaman tontonan yang tiada tandingan untuk semua pelanggan kami. 

Kami harap keterujaan ini dapat dirasai para pelanggan tersedia ada serta bakal pelanggan kami. Bagi mereka yang meminati game show ‘Family Feud’, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton versi Malaysia di kaca televisyen atau peranti anda.”

Kandungan Selamat dan Seronok Untuk Kanak-Kanak dengan Astro Baharu | Si Celik tidak akan bosan di rumah dengan kartun-kartun kegemaran mereka di Astro Ramadan ini 

Astro menyediakan rancangan-rancangan hebat untuk kanak-kanak dengan kandungan yang selamat dan seronok untuk menjadikan harian mereka lebih ceria dan bermakna. Dengan Astro Baharu, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan kandungan-kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka ketika mereka di rumah terutamanya bila tiba musim cuti sekolah. 

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka dari segi fizikal dan mental, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil yang berumur bawah 10 tahun. Dengan teknologi yang canggih, anak-anak kini boleh menonton pelbagai rancangan dalam talian dengan hanya satu klik sahaja. Namun tontonan tanpa pengawalan ibu bapa ketika mereka sibuk dengan kerja dapat mendedahkan anak-anak dengan kandungan yang tidak bermanfaat dan bahaya. Oleh itu, Astro menyajikan seleksi kandungan kanak-kanak dengan intipati yang selamat dan memberi pelajaran untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa serta membuatkan anak-anak mereka gembira.  

Dengan Astro Baharu, Astro ingin memberikan pengalaman tontonan baharu yang mudah dan lancar kepada pelanggan termasuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dengan memperkenalkan Profil Multipengguna yang membenarkan sehingga 5 profil berbeza untuk satu isi rumah mengikut kandungan yang diperibadikan berdasarkan cita rasa unik dan pilihan setiap pengguna. Dengan pengenalan Profil Kanak-Kanak, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan pilihan rancangan anak-anak mereka yang boleh diterokai daripada pelbagai seleksi kegemaran kanak-kanak termasuk Omar & Hana, Mechamato, Didi & Friends, Upin & Ipin dan Cocomelon dalam persekitaran yang dikhususkan.

Tambahan, kanak-kanak sering terpengaruh dengan kandungan-kandungan yang mereka lihat yang turut memberi kesan kepada perkembangan mental dan emosi mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak mereka hanya terdedah dengan rancangan-rancangan yang selamat serta padat dengan intipati berguna yang boleh membentuk akhlak mereka. 

Dengan menggunakan perkhidmatan internet Astro Fibre, kanak-kanak juga dapat menonton rancangan kegemaran mereka tanpa sebarang gangguan. Untuk ibu bapa yang ingin memantau masa tontonan anak-anak, mereka kini dapat mengawal akses anak-anak mereka dengan mengehadkan masa penggunaan internet mereka menerusi talian. Dengan cara ini, ibu bapa dapat meluangkan masa bersama mereka serta merapatkan hubungan kekeluargaan. 

Dengan ketibaan bulan Ramadan, ibu bapa dapat memberikan hiburan berterusan kepada anak-anak mereka sambil mengajar tentang kemuliaan bulan tersebut menerusi pelbagai kandungan baharu di Astro. Antara rancangan yang kanak-kanak boleh nantikan menjelang Ramadan ini adalah seperti:

  • Salam Famili

Kisah komedi tentang seorang Muallaf yang belajar menghadapi Ramadan pertamanya di Malaysia dan jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal. Untuk mengahwini cintanya, dia mestilah mendapat restu ayah ibunya dengan menunjukkan bahawa beliau boleh menjadi imam yang baik.

  • Si Manis Bulan Ramadan

Kisah anak-anak kepada para selebriti seperti Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Nadiya Nisaa yang memasak untuk ibu bapa mereka.

  • Geng Ngaji Junior

Belajar rukun solat bersama Ustaz Don Daniyal dan jom mengaji surah-surah lazim bersama Qari Ustaz Fakhrul UNIC & Qariah Nor Farhatul Fairuzah.

  • Mechamato The Movie

Kisah Amato yang menemui kapal angkasa penjara mengandungi robot jahat terhempas ke bumi. Salah satunya MechaBot, berupaya untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan sejak itu mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.

  • Famili Yang Popular

Sebuah keluarga influencer yang mementingkan dunia media sosial terkejut apabila mendapat tahu salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit kanser. Adakah mereka akan mengharungi dugaan ini bersama? Famili Yang Popular merupakan siri yang dibintangi oleh Ziana Zain, Sherry Alhadad dan Rashidi Ishak dan bakal ditayangkan pada minggu hari raya.

Selain daripada itu, kanak-kanak turut boleh menyaksikan kartun-kartun komedi antarabangsa yang boleh memenuhi harian mereka sambil menunggu waktu berbuka seperti Kung Fu Panda dan Go Jetters menerusi dua saluran antarabangsa baharu di Astro iaitu Dreamworks dan Cbeebies serta rancangan-rancangan berbentuk pendidikan seperti Hero Squad dan Mythbusters Junior. 

Astro juga memperkenalkan sebuah iklan kanak-kanak yang bertemakan ‘Kanak-Kanak Ceria, Ibu Bapa Gembira’ bagi menekankan kepentingan memberikan kandungan yang selamat dan menarik buat kanak-kanak. Astro bertekad untuk menjadi platform pilihan utama ibu bapa untuk mendapatkan hiburan terbaik untuk anak-anak mereka.

Untuk menonton iklan kanak-kanak Astro, sila klik pautan di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1L2rr0K7JIHBQ96PK9qZWqeolZBhYqTCe/view

Peminat SYOK Podcast boleh menikmati siri drama audio baharu, Malam Pengantin yang berkisarkan pengorbanan cinta seorang isteri dalam menempuh dugaan berkeluarga. Konsep persembahan dan jalan cerita siri drama audio ini adalah berdasarkan buku berjudul ‘Pulang Gadisku Pulang’, karya penulis buku dan lirik tersohor tanah air, Datuk Hajah Habsah Hassan. Peminat boleh mula strim siri SYOK Podcast Malam Pengantin pada 29 Mac, jam 10 pagi, secara eksklusif di aplikasi dan lawan web SYOK. 

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio dan Rocketfuel Entertaiment, berkata, “Kami teruja mempersembahkan siri drama audio Malam Pengantin yang akan menyertai koleksi drama audio dan podcast kami di SYOK. Tambahan kepada siri drama audio ini, aplikasi SYOK turut memaparkan seleksi hiburan audio tempatan yang pelbagai untuk pilihan ramai. Melalui kerjasama kami dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi, kami turut memberi peluang kepada pengkarya tempatan untuk terus hidup di medium digital dan elektronik, selain halaman buku, serta peluang untuk artis-artis tempatan memperkembangkan bakat mereka di platform SYOK. Kami berharap semua dapat menikmati siri drama audio baharu ini dan terus menyokong pembangunan landskap audio tempatan.”

YBhg. Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP, berkata, “DBP dalam landasan yang tepat dalam menjalankan satu daripada fungsi terasnya, iaitu penyebaran bahasa dan sastera dengan mengorak langkah pelaksanaan program dan penghasilan produk digital. Dengan bersumberkan kandungan bahan terbitan dalam bidang Bahasa dan sastera, SYOK merupakan rakan sinergi strategik yang mempunyai "jiwa dan sejalan” dengan kandungan DBP selain terbukti mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam penghasilan produk digital”

Siri drama audio Malam Pengantin terdiri daripada lima episod yang disuarakan oleh bakat-bakat tempatan termasuk Hafreez Adam, Syainie Shuhaimi, Alyssa Azmi, Rosie Haslinda dan Syazwan Shuhaimi. Skrip drama audio ini pula ditulis oleh Datuk Hajah Habsah Hassan, dengan nasihat bahasa serta penceritaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malam Pengantin juga adalah drama audio tempatan pertama yang dilengkapi runut bunyi asal bertajuk ‘Cinta Tak Mengerti’, nyanyian Syazwan Shuhaimi, pelantun baharu industri muzik tempatan di bawah label Rocketfuel Entertainment.

Peminat boleh menyelami kisah Faridah (Syainie) dan Bahrin (Hafreez), merupakan pasangan bercinta yang ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga bersama. Namun pasangan ini dilanda dugaan apabila keduanya terlibat dalam kemalangan, di hari pertama percutian bulan madu. Natijah daripada kemalangan itu, Faridah perlu menerima takdir apabila kehilangan anggota kaki dan merasakan dirinya beban kepada Bahrin. Demi mencari kebahagiaan buat sang suami, Faridah mendesak Bahrin untuk mengahwini rakan karibnya Rokiah (Alyssa) agar kebahagiaan Bahrin dapat dikecapi sungguhpun Faridah perlu mengorbankan perasaan dan cintanya. 

Episod-episod baharu Malam Pengantin akan disediakan setiap Rabu, jam 10 pagi pada minggu seterusnya menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Untuk maklumat lanjut, lawati syok.my atau platform media sosial SYOK. 

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan | Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery.

With Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasa meals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. With discounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour. 

Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order from ShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’t know where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your meals from:

1. Tiga Budak Gemok: This restaurant serves generous portions of Malaysian comfort food that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include Nasi Ayam Kicap Biasa + Telur + Tempe and Siput Masak Lemak Cilipadi.

2. Pasta Panas: This popular pasta joint offers a unique and exciting dining experience with their spicy twist on classic pasta dishes. Try out their bestselling pasta dishes like Spicy Chili Mac and Salted Egg Pasta.

3. 4Fingers: This restaurant serves mouthwatering Korean-style fried chicken that is crispy, juicy, and addictive.Offering singular combos and family sets, 4Fingers is perfect whether you’re dining alone or with your loved ones.

4. Tealive: Tealive is a popular chain of bubble tea shops in Malaysia, known for their diverse range of delicious drinks made with fresh ingredients.

5. Sushi King: For sushi lovers, Sushi king provides a wide selection of fresh and delicious sushi, sashimi, and other Japanese dishes at affordable prices, making it a go-to spot for sushi lovers.

Don’t forget to checkout these special discount days as well and make the most of your fasting month food orders:

ShopeeFood Day: LINK

From 20 Mar - 22 Mar, kickstart the holy month of Ramadan right and enjoy great discounts and free delivery for buka puasa meals.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

ShopeeFood PayDay Sale : LINK

From 25 Mar - 28 Mar, treat yourself and your loved ones to yummy meals without breaking the bank.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

About ShopeeFood

ShopeeFood connects Shopee users to various eateries, from popular joints to local street food stalls, at the best value. Launched in 2021, ShopeeFood offers users a convenient and seamless food delivery experience while helping merchants digitalise and widen their reach.

Integrated into Shopee's ecosystem, which includes the mobile wallet, ShopeePay, ShopeeFood provides users with a seamless, secure, and rewarding payment and delivery experience.

Shopee is a part of Sea Limited (NYSE:SE), a leading global consumer internet company. In addition to Shopee, Sea’s other core businesses include its digital entertainment arm, Garena, and digital financial services arm, SeaMoney. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology.

Starbucks | Strawberry Pie Cream Frappucino

Tuesday, 21 March 2023

 

Ngam betul mood happy kena belanja Starbucks dengan partner bila Starbucks keluarkan edisi Strawberry Hap-pie-ness, gabungan strawberry dan juga matcha. Since I tak berapa gemar jus strawberry jadi tak pernah rasa nak try pun drinks dari edisi ni. Yang ni Husna punya tapi sama-sama pakat rasa sorang sikit sebab nak tahu ngam tak ngam. 

Dalam Strawberry Pie Cream Frappucino ni ada sirap strawberry  digabungkan dengan susu dan ais kisar. It just a simple ingredients in one drink. Yang buat minuman ni jadi comel bila barista tabur Strawberry Cookie Crumble dekat whipping cream di bahagian atas tu. 


Finishing looks dia cantik, sama macam dalam poster sebab ada sprinkles warna pink dengan kuning lembut. Rasa dia pun comel macam makan kek strawberry ataupun Strawberry Sando. Manis tu confirm lah tapi tak lah over sangat. Kalau nak belanja orang, try la bagi Strawberry Pie Cream Frappucino  sebab cantik dan sedap. Kalau beli minuman ni dan bayar guna kad boleh dapat extra 50 Bonus Stars so it's a double happiness. Eikkssss!


Btw I'm a bit disappointed lah dengan Iced Matcha Latte sebab rasa rumput. Tersilap sebenarnya, patutnya ambik Iced Green Tea Latte sebab green tea yang sedap bukannya matcha. Lepas ni nak order Iced Jasmine Clementine Pure Green Tea Latte sebab air Ayuni beli tu sedap. Bau jasmin tak kuat tapi kalau kuat pun I suka je sebab wangi. 

Selalunya kalau pergi Starbucks boleh je request nak paperbag sebab kitorang suka beli banyak tapi this time pilih holder biasa ni je bila barista bagitahu paper bag dah kena charge RM1.50. We're like mehhhh itu pun nak charge T.T

Anyway thanks to Ms Hanim sebab belanja kitorang Starbucks! 

Dookki, One Utama Tak Berbaloi

Monday, 20 March 2023


Tak pernah pula tahu dekat bahagian bawah di bangunan PJ PAC tu ada banyak lagi Korean restaurants. Excited lah nak try sebab dah lama tak layan makanan Korea. Sebulan kira lama lah kan? Jadi kitorang pilih untuk makan di Dookki sebab BBQ dekat sebelah tu tak halal. Asalnya nak pergi ke Seoul Garden tapi naik harga lagi. Entah lah labu, asyik naik harga je padahal apa yang dihidangkan tu tak setara pun. 

Balik kepada Dookki ni, dekat sini satu kepala kena caj RM39.90 untuk dewasa dan RM19.80 untuk kanak-kanak. Kalau membazir, kena charge lagi RM20. Ada had masa juga supaya customer tak melepak lama dekat dalam tu. Lepas satu jam setengah, dah boleh lah angkat punggung keluar dari restoran. Mungkin sebab tu jugak kot ruang dekat dalam ni kecil. 



Dekat Dookki ni ada pilihan untuk double ring cheese tapi kena tambah duit lagi lah. Tengok meja yang order ring cheese tu macam tak banyak pun jadi malas lah nak bazir duit walaupun hakikatnya kitorang dah bazir untuk main dish. 

Konsep dekat sini rebus je dalam kuah kimchi atau tomyam, tak ada istilah grill langsung so auto tak best kat situ. Masa check sebelum duduk tu tak tahu lah pulak tak boleh grill sebab meja orang lain dah penuh dengan pinggan mangkuk. Takkan nak pergi tengok beria kan. 




Nak makan boleh pilih jenis ramyeon, jenis sayur, tteokbokki, frozen ingredients dengan fishcakes. Kelainan pada Dookki mungkin pada tteokbokki lah sebab boleh pilih nak bentuk apa tapi tak banyak pun pilihannya. 

I rasa selection dekat sini sikit je nak bandingkan dengan BBQ local yang boleh mencecah sampai 60 pilihan bahan. Ada seafood pulak tu walaupun tak fresh mana tapi sekurangnya ada. Dekat Dookki ni ada juga ready to eat menu macam sushi, ayam goreng, wantan dengan dumpling tapi entah lah sedih tengok. 


Sushi dia tak banyak pilihan pun, ada kimchi, tuna dengan telur ikan tu je. Mungkin beras dia guna tu premium sebab tu lah sikit je topping. Tengok lah tuna tu, sejemput je. Lepastu dia cover mayonis banyak-banyak. Nasib baik kimchi dia sedap, tak banyak cuka macam kimchi lain. 

Makanan bergoreng tu, ayam dia a huge letdown lah sebab dah on the way nak rosak. Dekat luar nampak perang cantik je tapi dekat dalam dah nak hitam. 


Fishcake dia pun tak banyak pilihan walaupun ada sampai 6 box dekat situ. Nak tak nak, fishcake berlipat tu je lah boleh pulun pun. 


Pilih punya pilih, satu pot ni lah yang jadi menu utama. Merah menyala kan, tapi sebab kimchi je tu. Tak pedas pun sebab perut memasing tengah berehat. Lagi satu benda best dekat Dookki, ada free flow seaweed. Setiap kali nak suap, setiap kali tu lah tabur seaweed. Seaweed dia pun I rasa mahal gak sebab tak masin dan hanyir. 

Yang timbul besar dan banyak tu tauhu goreng, kalau tak ada tauhu tu memang nampak macam satu periuk maggi biasa je. Baik makan maggi letak ketam dengan telur dan cendawan enoki. Lagi sedap layan. 


Ada pros and cons lah makan dekat sini tapi I tak rasa satu jam setengah tu sesuai jadi had masa untuk seorang yang slow eater macam I. Dah la makan tteokbokki yang berkanji, nak makan panas-panas memang idak ler. Melecur mulut tak ke naya? Dah la tekan plain water keluar air bergas yang masam. Tak pernah ada yang makan dekat sini ke sampai plain water pun jadi macam ni?

Lepas ni memang tak repeat dah makan dekat sini sebab kalau setakat nak makan tteokbokki, I boleh pergi ke KFry, kalau nak seaweed sedap, I cari dekat K-Plus Food Market. Rasa rugi sangat spend sampai RM80 tapi tak syok makan. Staff pasang lagu K-pop tapi video dengan audio tak match pun. Tibehhh time lagu Treasure elok pulak haha. Still doesn't change anything, not coming back for sure. 

ZUS Coffee Sungai Besar


Dah lama tak balik Sabak Bernam sebab selalu sibuk setiap minggu so minggu lepas dapat balik nak singgah beli kopi dekat Tealive tapi ternampak Zus Coffee dekat sebelah. Laju je lah tolak pintu kemudian menuju ke kaunter untuk order. 

'Dah lama ke ZUS bukak dekat Sungai Besar ni?'
'Boleh lah around November tahun lepas macam tu.'


No wonder lah tak pernah nampak sebab last balik Sabak bulan Oktober macam tu tak silap. Dekat Sekinchan ada Starbucks, dekat sungai Besar ada ZUS Coffee. Balik Sabak boleh lah menyinggah kasi hilang sendu. Tibehhhh!






Kalau singgah ZUS, berani minum Iced Hazelnut Latte je sebab biji kopi dia pekat. Nasib baik lah masa pergi ni tak ramai orang. Lepas 10 minit macamtu dah dapat paper bag biru putih ni untuk bawa balik. 

Outlet ZUS Coffee dekat Sungai Besar ni kecil je, maybe sebab buka dekat kawasan perumahan kot. Kalau dekat Subang Bestari meriah lah dekat dalam tu sebab jadi port untuk orang buat kerja sambil layan kopi. 

ZUS COFFEE 

No 33, Ground Floor, Jalan Panchang Bandena, 

 45300 Sungai Besar, Selangor

High Council, drama siri premium terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang mendapat pujian ramai telah berjaya mencetuskan impak baru buat landskap industri seni tempatan dan sekali gus menyaksikan anjakan paradigma buat Astro untuk terus menyajikan kandungan terbaik dan menawarkan pengalaman tontonan yang cukup optimum buat semua pelanggannya. 

High Council menjadi drama paling popular di platform medium digital dan platform Astro Go dan On Demand, di samping mencatat kadar statistik tertinggi dengan menjadi konten No. 1 pilihan penonton sepanjang Januari hingga kini. Lebih membanggakan, High Council turut memecah rekod drama premium Astro Originals terdahulu dab merekodkan kesan yang positif. Hasil perkongsian video di TikTok melalui #ProjekHighCouncil mencatatkan 100 ribu hanya dalam tempoh lima hari dan keseluruhan mencatat 1 billion views sejak Januari. High Council bukan sahaja cetus fenomena dalam kalangan penonton Malaysia tetapi juga menarik peminat di Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. 

High council mula temui penonton sejak 14 Januari setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro GO dan Astro On Demand. Mempunyai sebanyak 10 episod kesemuanya di mana setiap episod menampilkan konflik, saspens dan keterujaannya yang tersendiri. Selain mempersembahkan jalan cerita yang keluar dari kebiasaan, High Council berjaya mengetengahkan sisi berbeza bakat-bakat baru dan sekali gus menjadi kegilaan ramai. Ini membuktikan sesebuah karya mampu memikat hati penonton melalui bakat dan bukan jumlah 'followers' semata-mata. 

Sementara itu, penampilan barisan pelakon High Council di satu acara sesi bertemu peminat anjuran Astro di ikon Kuala Lumpur iaitu pusat membeli belah terkemuka Suria KLCC, Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh ribuan peminat, lalu mencuri perhatian ramai terhadap sambutan luar biasa buat sesebuah karya tempatan. Selain itu, watak Kahar menjadi topik 'trending' selama dua hari selepas kemunculan istimewanya di Gempak Most Wanted Awards. 

Impak besar daripada fenomena hebat tersebut telah menjadi salah satu kunci kejayaan besar buat drama premium ini. Lanjutan daripada kejayaan itu, High Council mengukuhkan lagi jenama Astro Originals dalam menampilkan drama-drama premium berkualiti tinggi dengan jalan cerita segar. 

Terdahulu, Astro Originals menampilkan 'One Cent Thief' yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan siri ini tampil di empat saluran berbeza seperti Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil; 'Projek: Anchor SPM' iaitu pemenang Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021 telah mengangkat genre baharu 'coming-of-age' dan menjadi pilihan nombor 1 penonton (unique viewers) di platform On Demand dan Astro Go; 'Dukun Diva' mengangkat tema anti-heroes telah memenangi 'Best comedy Programme' di Asian Academy Creative Award dan juga dinobatkan dalam Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2022; 'Histeria The Series' kesinambungan filem box office Histeria yang lebih berani dan 'gore'; 'Murder By Moonlight' drama premium berkonsepkan 'whodunnit'; 'Kuasa' yang mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor dan kemasyhuran; 'i-Tanggang' drama pertama Malaysia angkat isu mental Munchausen Syndrome By Proxy; dan 'Kampung Pisang Bersiri-Siri' iaitu francais filem komedi no 1 Malaysia dan berjaya diangkat sebagai pemenang Drama Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2021. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, "Di samping mencipta penanda aras baru buat kualiti drama Malaysia, impak gelombang High Council membuktikan karya tempatan mampu merapatkan jurang kualiti dengan naskhah global. Kejayaan ini mendorong kepada lebih banyak kerjasama strategik dengan pelbagai pihak tempatan mahupun luar negara. Jadi nantikan deretan drama premium terbaik Astro Originals yang mampu memberi pengalaman berbeza kepada penonton. Menyusul selepas High Council adalah LIAR iaitu drama adaptasi daripada drama siri British yang tercalon di BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards.