SPR8LOVE Mini Karnival, Subang Bestari

Saturday, 11 February 2023

 

Masa nak pergi makan tengahari tadi ternampak ada banyak booth depan kedai Spr8LOVE terus rasa curious nak tengok apa ada dekat situ. Untuk yang tak pernah dengar atau belum sampai ke Subang Bestari ni, kedai SPR8LOVE (Spread Love) jadi hab untuk kumpulkan produk peniaga tempatan dengan harga yang berpatutan. 

Jadi mini karnival yang diadakan oleh Queen B ini untuk promosikan peniaga-peniaga tempatan sebelum dapat spot tetap dalam kedai SPR8LOVE. Sebelum ni nampak kedai Kopi Dua Darjat, Sos Cili Aminah Hassan, Ghondang Nismilan Che Awa, Karipap GORGON, RAWDAH Scent, Choc Chip Cookies FLVRSOME, Jamu Herba Halia JAHE, Sugar Honey Bites dan banyak lagi lah. 


Pengumuman tentang mini karnival ni dimuatnaik di Facebook rasmi SPR8LOVE dan akaun Instagram. Selain booth untuk promosikan produk, ada juga permainan atau aktiviti kepada keluarga, lucky draw dan busking dari Fredo Flybaits dan Andy Flop Poppy. 


Nampak macam tak banyak khemah dekat mini karnival ni tapi bawah satu khemah tu ada banyak jenama tempatan dengan pelbagai jenis produk untuk dicuba dan dijual kepada pengunjung yang datang. Kebanyakan produk memang tak pernah langsung dengar walaupun dah lama ada dalam pasaran. Salah satunya produk Khayr yang menjual patty burger sihat tanpa MSG. 


Masa dok cuba patty daging, ayam dengan sosej dia tiba-tiba dah terbeli dah semua. Bahaya betul kalau makan benda sedap ni. Akak yang jual ni bagitau patty ni sesuai untuk yang nak berdiet sebab organik jadi kalori dia tak tinggi. 

Boleh faham lah kenapa produk Khayr ni tak berapa terkenal dalam pasaran sebab harga dia lebih mahal dari produk Ramly ataupun Ayamas. Satu pek patty burger dah mencecah RM17 sedangkan dekat NSK kebanyakannya dalam range harga RM7 hingga RM9 macam tu. Tapi pada ketebalan patty, menang dekat Khayr lah. Ibarat macam makan dua patty Ramly. 


Dekat booth sebelah ada jual sejadah tebal dengan pelbagai jenis corak dan saiz. Ada jugak popia basah, churros, kerepek belinjo, biskut, kopi, dimsum dan banyak lagi. Tak mampu nak cuba semua sebab baru lepas makan tengahari. Dah tak ada space nak masuk dah. Kalau tahu pergi sebelum makan tapi adik kata kalau pergi masa tu entah lagi banyak borong gamaknya T.T


Menarik lah bila ada mini karnival macam ni sebab dapat pendedahan banyak produk tempatan dengan pelbagai menu yang menarik. Bila orang tahu makin bertambah lah demand, makin rancak lah juga ekonomi sekitar. Semoga SPR8LOVE teruskan usaha membantu peniaga lokal dan dimurahkan rezeki. 

6 Shows On Disney+ Hotstar To Match Your Valentine’s Day Mood

Friday, 10 February 2023


Experience love, tragedy and solidarity this Valentine’s Day with Disney+ Hotstar. Whether you are looking for an epic romance, a sisterly love, or a heart-wrenching tearjerker, here is a list of shows to celebrate this special day with your loved ones on Disney+ Hotstar.

1. CALL IT LOVE

Sent into a downward spiral after discovering her father’s infidelity, Woojoo’s situation goes from bad to worse when her father unexpectedly dies and his mistress kicks her out of the house. While she plans her revenge, Woojoo has no clue that she will fall in love with Dongjin, the son of the woman who ruined her life. Catch Call It Love on Disney+ Hotstar from February 22.


2. BEAUTY AND THE BEAST: 30TH ANNIVERSARY CELEBRATION

In honor of the 30th anniversary of the animated classic, this animated and live-action blended special showcases the fan-favorite movie, along with new musical performances by Josh Groban as the Beast and H.E.R. as Belle, sets and costumes inspired by the classic story.

3. SPECIAL FORCE: ANARCHY

An exceptional police officer in every sense, Iman is recruited to join an elite anti-corruption special forces team led by her father, Commander Qabil. Specially created to solve only the most dangerous criminal cases, Iman’s entry into the team sees her uncover a planned heist on Bank Tenggara by a violent criminal gang known as Azazel, seemingly led by a man called Umar. 

As Iman closes in on the gang, her team is caught in a standoff, leading to shocking revelations that will leave her faced with an impossible choice. Get ready to feel inspired by Iman and her partner Sara, as they navigate a world that is often unfair to women. Catch this dynamic duo with your gal-pals on Disney+ Hotstar.

4. EJEN ALI SEASON 3 PART 2

Part Two of Season 3 picks up in the aftermath of Rizwan’s surprise appearance during the chaos at the Cyberjaya Science Centre. As the Arena competition continues to evolve, Ali struggles to adapt yet again while the remaining competitors eye the top four spots in the final challenge. Meanwhile, the shadowy figure, Cero quietly sets his play into motion and unleashes the Numoros’ explosive attack on M.A.T.A. Celebrate platonic love as you watch how Ali and his friends grow and motivate each other to be their best selves.

5. MENDUA

Mendua, the Indonesian adaptation of “Doctor Foster”, starring Adinia Wirasti, Chicco Jerikho and Tatjana Saphira, tells the story of a happily married woman of 15 years who suddenly begins to suspect that her husband may be having an affair. But what starts off as a fleeting thought becomes an obsession. Watch what happens on Disney+ Hotstar.

6. REVENGE OF OTHERS

Following the suspicious death of her twin brother, Ok Chanmi, a shooting athlete, takes the extraordinary step of transferring to her brother’s school in an attempt to uncover the truth and find out why the police and school authorities seem to have covered up his death. Driven by her love for her brother and a need to understand what happened, Chanmi will partner with another student, Ji Suheon, to exact revenge by proxy on those who bully others. Catch them both on Disney+ Hotstar to see what triggers their feelings to develop.


Director: Park Won-guk  
Writers : Park Seul-gi, Choi Min-ho, Lee Bom
Cast : Kim Min-jae, Kim Hyang-gi, Kim Sang-kyung
Production Companies: Media Can, Ilchwoljang, Studio Dragon
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Historical / Medical / Comedy / Romance
Running Episodes : 12 episodes (60minutes per episode)
Release Date : 1 August 2022 – 9  February 2023
Trailer :


Berlatarkan pada zaman Dinasti Joseon, pengamal perubatan diraja, Yoo Se-yeop (Kim Min-jae) dibuang dari istana kerana gagal selamatkan Raja dari penyakit misteri hingga menyebabkan maut. Ekoran dari tragedi tersebut, ayahnya juga dibunuh ketika menyiasat siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut. 

Putera Raja (Oh Kyung-joo) juga bertindak buang Se-yeop dari istana kerana tahu kawan baiknya itu takkan sanggup membunuh Raja dan berharap akan mencari bukti kukuh sementara dia cuba bertahan untuk hidup sebelum mati dalam keadaan yang sama seperti ayahnya. 


Setahun kemudian, Yoo Se-yeop dan pembantunya Man-bok (Ahn Chang-hwan) secara tak sengaja singgah ke Klinik Gyesu dan diminta untuk lunaskan hutang dengan bekerja sebagai pembantu di situ. Se-yeop tak gemar dengan cara Gye Ji-han (Kim Sang-kyung) yang kaki mabuk dan mata duitan tapi apa yang Se-yeop tidak tahu ialah bayaran dari orang kaya adalah sumber utama untuk membantu pesakit miskin di klinik tersebut. 

Kenapa Doktor Gye sentiasa mabuk juga ada kaitan dengan kisah silamnya yang tragis dan tak mahua nak perempuannya, Ip Bun (Kim Su-an) tahu. Setelah beberapa minggu di situ Se-yeop semakin bersemangat untuk hidup, ditambah pula dengan kehadiran Seo Eun-woo (Kim Hyang-gi) yang menawan hatinya. Se-yeop juga tukar nama kepada Poong untuk bersembunyi dari pegawai diraja dan juga atas permintaan nenek yang menjaganya di situ. 


Kebolehan ilmu perubatan Poong dan juga ilmu forensic dari Eun-woo buatkan mereka sentiasa sibuk merawat pesakit dan menyelesaikan beberapa kes yang berlaku di Gyesu. Kehadiran pegawai polis diraja pula membuka ruang untuk Poong menyiasat kes pembunuhan Raja dan juga ayahnya. 

Naskhah terbaru dari Studio Dragon menampilkan tema yang sedang meningkat tapi berlatarkan pada zaman dahulu. Macam mana pengamal perubatan mula jumpa simptoms sakit mental seperti anxiety, panic attack ataupun depression pada dinasti tersebut. Selain akupuntur dan tonik yang digunakan, Poong juga merawat menggunakan kaunseling dan sifat empati yang selayaknya sebagai doktor psikiatri. 


‘Each human body is like a nation. When a heart does not function properly, it threatens your life, so you must be careful and cautions.’ - Poong

Walaupun drama Poong, the Joseon Psychiatrist ni diolah dalam genre komedi tapi cerita dia berat ke arah drama. Tak banyak pun babak komedi dan kebanyakannya datang dari warga Klinik Gyesu. Chemistry antara main lead antara kelemahan drama perubatan ni. Tak pasti lah kalau penulis memang nak kisah cinta Poong dengan Eun-woo dikembangkan dengan pace yang perlahan ataupun mereka memang canggung bila berlakon bersama. Mungkin sebab ekspresi kedua main lead pun flat, second lead juga tak menarik perhatian. 


Plot drama Poong, the Joseon Psychiatrist juga ada kalanya tak masuk akal macam episod di mana Poong pergi mencari penawar di kawasan terpencil. Datang kemain jauh sampai makan berhari tapi cari penawar guna mata kasar je. Bila dah putus asa, tiba-tiba angin bertiup bawa kelopak bunga penawar tersebut. Drama sangat. Masa inspektor sembunyi di celah batu dalam hutan tu pun merepek juga lah sebab pemburu tak nampak tapi Poong nampak. 

Drama Poong, the Joseon Psychiatrist ni ada dua musim sebab tu ada 12 episod je makanya nak tak nak terpaksa lah tengok musim kedua pula sebab ending tergantung dan mengundang. Nasib baik lah Kim Min-jae ni comel, berbaloi lah juga habiskan masa tengok drama ni. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

Director : Daniel Kwan, Daniel Scheinert
Writer : Daniel Kwan, Daniel Scheinert 
Cast : Michelle Yeoh, Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum Jr., James Hong, Jamie Lee Curtis 
Production Companies : IAC Films, Gozie AGBO, Year of the Rat, Ley Line Entertainment  
Distributors : A24 
Genre : Action / Comedy  
Running Time : 139 minutes
Release Date : 11 March 2022 (SXSW), 25 March 2022 (United States) 
Trailer :


Bulan lepas kecoh dekat social media bila Michelle Yeoh menang Best Actress di Oscar untuk filem Everything Everywhere All at Once yang mempamerkan watak wanita sebagai tunggak utama. Sejak pertama kali ditayangkan pada bulan Mac 2022 lagi dah nampak ramai critics yang puji lakonan Michelle Yeoh. Finally dapat juga tengok apa yang diceritakan dalam naskhah komedi aksi ni. 

Mengisahkan tentang Evelyn (Michelle Yeoh) yang menguruskan semua perkara sebagai pemilik bisnes kedai dobi, akauntan, isteri, ibu kepada anak remaja dan juga anak yang menjaga bapanya yang sakit. Banyak perkara yang perlu dia fikir setiap hari untuk kekal hidup sebagai imigran di Amerika Syarikat.

 
Satu hari semasa di dalam lif, suaminya Waymond Wang (Ke Huy Quan) bersikap aneh lantas mengarahkan Evelyn supaya ikut arahan yang ditulis pada kertas. Evelyn harus fokus untuk masuk ke bilik janitor menggunakan mindanya sebab perkara ini melibatkan hidup dan mati. Di sana Evelyn dapat tahu yang Waymond Wang yang dia kenal bukanlah Waymond yang sebenar sebaliknya Waymond yang datang dari zaman alphaverse, 1000 tahun akan datang. 

Tujuan Waymond alphaverse muncul di situ adalah untuk menghalang Jobu Tupaki dari menghancurkan semua Evelyn dari universe yang berbeza termasuklah Evelyn si pemilik kedai dobi di zaman ini. Tiada siapa tahu apa yang direncanakan Jobu Topaki melainkan dia mencipta sebuah bagel yang besar di istananya. 


Awalnya susah untuk Evelyn percaya cerita Waymond tapi bila beberapa perkara aneh berlaku, dia rasa dia perlu menggalas tanggungjawab untuk bantu semua Evelyn lain dan juga Waymond dari dibunuh oleh Jobu Tupaki. Hebatnya kuasa yang dia belajar bila mereka boleh verse-jumping di mana mereka perlu melakukan perkara pelik untuk peroleh teknik atau kemahiran dari universe lain. Macam Evelyn pilih untuk ambil teknik kung-fu yang dipelajari oleh Evelyn si pelakon Kungfu untuk berlawan dengan anak buah Jobu Tupaki. 

Filem Everything, Everywhere, All At Once dibahagikan kepada 3 bahagian di mana penulis menceritakan tentang semua yang dihadapi oleh Evelyn di bahagian pertama, kesemua Evelyn yang berbeza universe di bahagian kedua manakala kesemua yang berlaku di mana-mana saja sekaligus di bahagian terakhir. Jadi tak ada masalah untuk faham apa yang berlaku walaupun banyak perkara yang jadi sebab ada banyak Evelyn yang terlibat. Tertarik dengan kata-kata Waymond bila Evelyn persoalkan kredibiliti dia untuk lawan Jobu Tupaki. 


‘No. Can't you see? Every failure here branched off into a success for another Evelyn in another life. Most people only have a few significant life alternate life paths so close to them. But you, here, you're capable of anything because you're so bad at everything.’ – Waymond Wang

Sebab kata-kata Waymond ni trasa berguna pula hidup sebagai loser sebab Farhana yang lain hidup jalan yang tidak diambil oleh Farhana di universe ni. Bila masuk bahagian kedua baru faham apa sebenarnya penulis nak sampaikan dengan universe yang berbeza, everything bagel dan apa yang dialami oleh Joy dan Jobu. Everything Bagel merujuk kepada depression bila Jobu bagitahu yang dia saja cipta bagel yang mempunyai semua perasa dan pelbagai topping. Depression pun ada semua perasaan sampai minda manusia rosak dan rasa kosong, tenggelam dalam kegelapan. 


Dari situ baru nampak kenapa Waymond kata apa jua yang jadi termasuk pada waktu yang kita tak faham apa yang berlaku, kita kena jadi baik dan layan orang dengan baik. Luaran manusia semuanya sama tapi dekat dalam tak ada siapa yang tahu dia okay ataupun tidak. 

‘Right is a small box invented by people who are afraid. And I know what it feels like to be trapped inside that box.’ – Joy Wang


Selain dari mesej tentang kesihatan mental yang dipaparkan dalam template komedi aksi, penulis juga bagitahu yang kalau dah jodoh tu tak akan ke mana pun. Macam Evelyn si pelakon yang tetap akan jatuh cinta dengan Waymond setelah berjaya kejar cita-cita sehingga kaya dan popular. 

Siapa yang suka layan genre aksi komedi ala filem Jackie Chan dulu mesti enjoy layan filem ni sebab penulis memang create watak utama untuk Jackie Chan tapi terpaksa ditolak sebab busy. That’s why penulis olah balik dan tawarkan kepada Michelle Yeoh. Rezeki memang datang bergolek lah sebab Michelle dah lama teringin nak berlakon dalam filem aksi. Menang pulak tu, semoga makin banyak filem dengan skrip menarik untuk Michelle Yeoh. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.7/10

Drama Review | Wednesday (2022)

Thursday, 9 February 2023


Director: Tim Burton, Alfred Gough, Miles Millar
Writer : Alfred Gough, Miles Millar
Cast : Jenna Ortega, Gwendoline Christie, Riki Lindhome, Jamie McShane, Hunter Doohan, Percy Hynes White, Emma Myers, Joy Sunday, Georgie Farmer, Naomi J. Ogawa, Moosa Mostafa, Christina Ricci 
Production Companies: MGM Television, Millar Gough Ink, Tim Burton Productions, Toluca Pictures
Distributor : Netflix
Genre : Supernatural / Comedy / Horror
Running Episodes : 8 episodes (46–57 minutes per episode)
Release Date : 23 November 2022
Trailer :


Kerana dakwaan percubaan membunuh selepas Wednesday Addams (Jenna Ortega) masukkan ikan pirana dalam kolam renang sekolah untuk balas perbuatan membuli terhadap adiknya, Wednesday dimasukkan ke Nevermore Academy. Sekolah tersebut khas buat semua outcast yangtak sesuai hidup di dunia manusia normal kerana mereka adalah ahli sihir, serigala jadian atau manusia yang mempunyai kelebihan luar biasa seperti keluarga Addams. 

Nevermore Academy juga merupakan sekolah kepada Gomez (Luis Guzmán) dan Morticia Addams (Catherine Zeta-Jones), ibu bapa Wednesday. Pengetua sekolah tersebut, Larissa Weems (Gwendoline Christie) merupakan roommate Morticia pada zaman belajar mereka. Wednesday ditemani oleh Thing, tangan yang sentiasa membantunya setiap masa. 


Minggu pertama di Nevermore Academy sudah berlaku perkara aneh di kawasan sekitar sekolah tersebut dan juga bayangan yang memberi amaran kepada Wednesday. Pelajar pendiam bernama Rowan Laslow (Calum Ross) membuat percubaan untuk membunuh Wednesday kerana ibunya memberi amaran untuk halang gadis tersebut dari menghancurkan Nevermore Academy. 

Perkara tersebut membawa Wednesday mencari tahu siapa Joseph Crackstone yang sentiasa disebut oleh beberapa watak dalam series ini. Mungkin dari identiti lelaki tersebut, Wednesday dapat tahu misteri makhluk yang membunuh ramai orang di situ. 


Selain menyelesaikan misteri di Nevermore Academy, penulis juga menemukan Wednesday dengan beberapa watak penting di sekolah tersebut seperti Xavier (Percy Hynes White), Bianca (Joy Sunday) dan Enid (Emma Myers) juga cinta pertama, Tyler Galpin (Hunter Doohan).

Memandangkan series Wednesday bersifat komedi seram jadi makhluk supernatural yang dipaparkan tak lah seram mana. Cuma tak puas hati lah serigala jadian tak seperti dalam Twillight ataupun The Vampire Diaries. Seronok tengok Thing sebab function sangat buat kerja, pandai pulak tu bergosip dengan Enid walaupun geram tak faham apa dia sembang dengan Wednesday. 


Watak Wednesday adalah anak perempuan sulung dalam keluarga The Addams dan disebabkan I tak pernah tengok karya popular Tim Burton ni jadi banyak lah easter eggs, tribute atau homage yang tak difahami. Macam perkataan kooky bila Tyler definisikan Wednesday ataupun bilik yang bernama Ophilia. 

Agak rimas dan menjengkelkan juga bila kebanyakan dialog Wednesday bersifat sindiran terhadap kehidupan manusia biasa atau kehidupan di sekolah tersebut. Terlampau panjang untuk hadam so most of the time I ignore je perspektif Wednesday terhadap sesuatu sebab perspektif tu akan berubah juga. Plus, I can’t relate with my life pun. 


Sinematografi dari lensa David Lanzenberg dan Stephan Pehrsson memaparkan dunia Nevermore dengan menarik. Penggunaan vfx juga terlihat kemas walaupun tak lah menarik makhluk yang digambarkan. Suka tengok lukisan Xavier bertukar hidup setiap kali dijampi. Mungkin dalam musim kedua nanti ada banyak lagi magis atau kuasa aneh yang akan dipaparkan. Look forward to that.

Another disappointment I had while watching Wednesday is the music score and music album. Neither its creepy nor it is fun to hype any scenes. Sampai sekarang I rasa The Vampire Diaries ada music album terbaik untuk setiap musim malah setiap episod. Pujian harus diberikan pada costume team sebab semua busana dan kostum yang dipakai oleh watak utama mahupun sampingan atau extra tampak cantik dan sesuai dengan karakter masing-masing. 


Since I’m invested with Wednesday series and Yoshi always mentioned Tim Burton is his favorite, maybe I need to watch all of his arts? 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10

Director : Olivia Newman
Writer : Lucy Alibar  
Cast : Daisy Edgar-Jones, Taylor John Smith, Harris Dickinson, Michael Hyatt, Sterling Macer, Jr., Jojo Regina, Garret Dillahunt, Ahna O'Reilly, David Strathairn
Production Companies :  Columbia Pictures, Hello Sunshine, 3000 Pictures, HarperCollins, TSG Entertainment II 
Distributors : Sony Pictures Releasing, Netflix
Genre : Mystery / Drama
Running Time : 125 minutes
Release Date : 11 July 2022 (MoMA), 15 July 2022 (United States) 
Trailer :


Diadaptasikan dari best-seller novel, Where the Crawdads Sing karya nukilan Delia Owens yang diterbitkan pada tahun 2018, filem ini berkisar mengenai kehidupan Kya (Daisy Edgar-Jones) yang hidup seorang diri di kawasan berpaya di Carolina Utara. Pada usianya yang sangat muda sewal 8 tahun, Kya (Jojo Regina) belajar berdikari setelah ibu (Ahna O’Reilly), dua orang kakaknya, abangnya Jodie (Will Bundon) juga ayahnya (Garret Dillahunt) pergi meninggalkan Kya seorang diri di rumah tersebut. 

Kya tak mampu keluar dari rumah tersebut kerana menunggu ibunya datang untuk menjemput ke rumah baru namun hari demi hari, tiada siapa yang pulang menjemputnya. Bila menginjak usia hingga belasan tahun, Kya jatuh cinta dengan Tate Walker (Taylor John Smith) namun sekali lagi dia dikecewakan dan ditinggalkan di paya tersebut. 

Walaupun patah hati namun Kya ambil nasihat Tate untuk hantar karya lukisan dan tulisannya kepada syarikat penerbitan di bandar supaya dapat income selain dari kutip kepah di laut. Setelah 5 tahun, Chase Andrews (Harris Dickinson) pula datang dalam hidup Kya dan ingin mengahwininya. Malangnya Chase meninggal setelah jatuh dari menara setinggi 63 kaki di kawasan paya tersebut. Polis mendakwa Chase ditolak oleh Kya namun pertuduhan tersebut dibantah oleh peguambela Kya, Tom Milton (David Strathairn). Benar atau tidak pertuduhan tersebut, jawapannya ada di Netflix. 

‘No, I never hated them. They hated me. They laughed at me. They left me. They harassed me. They attacked me. You want me to beg for my life? I don't have it in me. I won't. I will not offer myself up. They can make their decision. But they're not deciding anything about me. It's them. They're judging themselves.’ – Kya

Masa nampak discussion pasal filem When The Crawdads Sing dekat Twitter rasa macam menarik pula untuk ditonton. Memandangkan tak pernah baca novel asal jadi review ni memang semata diambil dari apa yang dipaparkan dalam filem. Kisah the Marsh Girl sepertimana semua orang di pekan tersebut label Kya dipaparkan dengan menarik dan lakonan Daisy sebagai gadis naif yang terpaksa berdikari dijelaskan dengan tepat melalui gaya dan ekspresinya. 

Sepanjang tengok filem ni macam susah nak percaya juga yang Kya boleh hidup dengan aman dalam kawasan paya tu sebab filem Anakonda wujud di paya yang sama. Memang lah dalam filem ni kawasan paya tersebut digambarkan dengan cantik macam rumah Kya, tempat rahsia Tate, kawasan Kya kutip kepah ataupun kawasan di tepi pantai tapi susah nak buang perasaan berdebar gara-gara takut buaya atau anaconda muncul. Well, lucky for Kya, hanya buaya darat yang muncul dekat paya tu. 

Dalam babak intro, Kya ada jelaskan yang marsh dengan swamp tak sama tapi kalau ikut definisi kedua-dua perkataan ni, dalam bahasa melayunya tetap paya. Mungkin marsh lebih dekat dengan laut manakala paya lebih terperosok ke dalam. But still, both are scary for me. I pernah pergi kawasan paya lepastu terjumpa ular. Kagum lah dengan Kya sebab ular pun tak kacau dia. Pretty privilege. 

Back to this movie, kisah hidup Kya dijelaskan dalam flashback sebab kematian Chase pada permulaan cerita so masuk pada second half kita tertanya-tanya siapa pembunuh sebenar. Adakah Kya, Tate, Jodie ataupun Chase jatuh secara tak sengaja? Yang syoknya penulis simpan rahsia tu sampai ke hujung cerita tanpa sebarang hint pun. Tapi jadi tak puas lah sebab cara Chase meninggal tu tak diceritakan langsung. 

Kalau ada yang rasa filem ni tentang thriller, tanggapan tu salah sebab filem ni lebih kepada romantic drama. Siapa yang akan Kya pilih untuk jadi suami dia tanpa ganggu rasa sayang dia pada kawasan paya tu. I enjoy tengok filem ni sebab pelakon dia semua visual material ditambah dengan sinematografi yang menawan juga lagu Carolina – Taylor Swift yang menenangkan, chef kiss gituhhh. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

Movie Review | Remp-It 2 (2022)


Pengarah: Farid Kamil 
Penulis: Faten Syamimie
Pelakon: Farid Kamil, Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam, Farez Ridzwan, Ahirine Ahirudin, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Muhammad Kamil, Mamak Puteh, Julia Hana
Syarikat Produksi : FKX Film
Pengedar: Empire Film Solution
Genre: Aksi
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 24 November 2022
Trailer :


Selepas 13 tahun hidup dari kemalangan ngeri yang diakibatkan oleh musuhnya, Spark (Niezam Zaidi), Madi (Farid Kamil) kini bekerja di pusat latihan scrambler yang dimiliki oleh Roy (Ahirine Ahirudin). Sejak peristiwa tersebut, Madi tinggalkan dunia rempit dan aktiviti lumba haram kemudian fokus pada perlumbaan Cub Prix juga Asia Race. 

Madi dan Roy selalu melepak di bengkel kepunyaan Macha (Cat Farish) sambil bantu baiki motor di situ. Macha tak pernah putus asa ajak Madi join open race dengan geng rempit tapi semuanya ditolak mentah-mentah oleh Madi. Sampai lah Madi diganggu oleh Dek Wan (Izzue Islam) dan Ajak (Farez Ridzwan) sebagai hadiah menyambut kepulangan Spark setelah bebas dari penjara. 


Belum cukup satu masalah, Madi terpaksa besarkan Muhammad (Muhammad Kamil) yang mengaku sebagai anak setelah ibunya meninggal. Susah untuk Madi lari dari kenyataan tersebut kerana Muhammad mempunyai iras wajah dan gaya yang sama seperti Madi. 

Sekuel Remp-It (2006) memang tak logik langsung untuk dihidupkan kembali sebab watak utama iaitu Madi dah meninggal lepas kejadian dengan Spark di Lebuhraya Shah Alam. Dalam 3 fakta yang diceritakan pada credit scene, 2 darinya masih lagi tepat bila watak Macha memang berkahwin dengan Ieka (Julia Hana), bekas kekasih Madi dan Spark dihukum di penjara Kajang. Tengok muka Spark awet muda, boleh nampak lah hukuman dia diringankan sebab Madi hidup balik. 


Bukan masalah utama pun bab tu sebab Han dalam franchise Fast & Furious pun hidup balik, apa lah sangat Madi legend rempit. Farid Kamil masih mengekalkan installment kedua dalam genre aksi di mana kita dapat tengok babak perlumbaan motocross, di litar Sepang dan lebuhraya. 

Berbanding Remp-It sebelumnya yang mempunyai babak pergaduhan antara geng rempit dengan orang luar, filem sekuel tak masukkan aksi sebegitu. Ingatkan watak Roy akan bertumbuk dengan Dek Wan atau Ajak tapi dia cuma jadi nanny untuk Madi dan Muhammad saja. Agak tersia lah dekat situ sedangkan Ahirine memang ada fighting skill selain berbakat dalam lakonan di sebalik wajah yang cantik. 


Chemistry antara Ahirine dengan Farid pun jelas terserlah tapi sayang lah penulis tak develop dengan baik. Dekat babak Roy dengan Madi layan Grand Prix British tu pun boleh letak moment yang sweet ataupun flashback macam mana diorang boleh berjumpa. Banyak input boleh letak supaya penonton boleh kenal lagi watak Madi dan Roy. 13 tahun adalah tempoh masa yang agak lama jadi tak salah kalau penulis penuhkan dengan flashbacks dari perbualan mereka. 

Memandangkan ada masalah untuk dapatkan Spark asal, tugas yang berat juga lah untuk Niezam Zaidi nak hidupkan balik watak Spark tu. Memang fokus dengan cara Spark nak balas dendam dekat Madi tapi sayang lah sebab cara tu agak lemau. Ingatkan Spark nak belasah Madi sampai tak boleh join perlumbaan ataupun culik Muhammad rupanya join Cub Prix juga. 


Lagi seronok tengok Dek Wan kacau Madi. Izzue Islam curi tumpuan dengan watak sebagai orang kuat Spark dalam naskhah Remp-It 2. Menjadi betul watak dia dengan loghat Terengganu. Gerun tengok ramai geng rempit tunggu dekat luar Penjara Kajang untuk sambut ketua diorang. Macam mana Dek Wan boleh kumpul geng ramai macam tu, kalah masa zaman Rizzo jaga dulu. 

Antara perkara menarik dalam Remp-It 2 ialah camera works yang memaparkan perlumbaan dengan cantik sama ada shot dari atas, wide shot ataupun close up pada lap race. Masa Grand Prix lah nampak ketara penggunaan VFX yang lemah. Cat Farish masih menggunakan lagu tema dalam previous installment, Cahaya Di Atas Tar – BatCat dengan beberapa lagi lagu baru yang lain antaranya Bunkface! Ft Cat Farish – Milenium REMP-IT. 



Tengok pada ending, FKX Film akan terbitkan Remp-It 3 dengan pelakon legend yang mengujakan. Harapnya Farid Kamil akan cari penulis yang lebih baik dari naskhah kedua sebab sayang sangat filem rosak sedangkan ada potensi besar untuk digarap dengan cemerlang. Please develop watak Roy dengan Spark dengan lebih baik lagi. Bawak balik Rizzo pun cun jugak. 

Movie Review | Remp-It (2006)


Pengarah: Ahmad Idham
Penulis: Farid Kamil 
Pelakon: Farid Kamil, Zul Huzaimy, Cat Farish, Julia Hana, Aqasha, Osman Kering, Kismah Johor, Khatijan Tan, Shah Kassim, Azlan Komeng, Ahmad Idham, David Teo, Aedy Ashraf, Nik Adruce
Syarikat Produksi : Metrowealth Pictures  
Pengedar: Astro Mustika, Youtube Metrowealth Pictures
Genre: Aksi
Durasi Tayangan : 92 minit
Tarikh Tayangan : 10 Ogos 2006   
Trailer :


Filem Remp-It arahan ahmad Idham mengisahkan tentang Madi (Farid Kamil) yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat Metrowealth Pictures pada waktu siang dan menjadi mat rempit di waktu malam. Setiap malam Madi join lumba haram untuk menang duit supaya dapat beli motosikal Yamaha Y125Z baru. 

Kawan baik Madi, Macha (Cat Farish) menjadi orang tengah untuk semua perlumbaannya dan juga modify motor Madi sampai cun untuk race. Sama juga untuk motor baru, Macha modify sampai berjaya kalahkan superbike dalam race 5 lap di Damansara. Rasa tercabar dengan kehebatan motor Madi, Spark (Zul Huzaimy) ajak race dengan jadikan motor baru Madi sebagai taruhan. 


‘Hak elah apa barang bukak bukak? Gua ingat siapa yang kalah kena bakar motor tu. BGS 9234… Kalau korang menang, ambik lah motor aku.’ - Spark

Kerana Macha yang tamak, motor Madi jadi mangsa bila dia kalah dalam perlumbaan tersebut. Bukan saja motor barunya dibakar malah kakinya juga dipatahkan sementara Macha hilang entah ke mana. Kekasih Madi, Ieka (Julia Hana) juga dikebas oleh Rizzo, ketua geng Spark. 6 bulan kemudian Madi ingin balas dendam dalam perlumbaan Yamaha RX-Z. 


Sebelum ni dah pernah tengok filem yang berkisarkan kehidupan mat rempit ni tapi sebab dah lupa jalan cerita dan sekuel pula dah muncul, layan lah lagi sekali. Dari tahun 2006 sampai lah sekarang, filem ni masih lagi famous dengan klip Spark. Comel betul cameo Aedy Ashraf dengan Nik Adruce dalam filem Remp-It ni, muka innocent je, sekarang dah jadi lead dalam Budak Tebing. 

Sesuai lah filem ni masuk dalam genre aksi sebab semua stunt rempit diketengahkan walaupun action stunt muncul sedikit sahaja. Masa Komeng berlawan dengan pak guard tu amazed jugak lah bila tengok balik sebab cantik choreograph stunt tu. Ada 9 scene yang dipaparkan dalam Remp-It tapi tak semua stunt dilakukan sendiri oleh Farid Kamil dan Zul Huzaimy sebab isu keselamatan sebab tu kebanyakan babak, Madi pakai helmet ada visor dengan shade hitam. 


Macam tak percaya pengarah filem ni Ahmad Idham sebab filem dia yang lain kureng tapi yang ni cun pulak. First time jugak tengok lakonan Farid Kamil menjadi sebab Remp-It filem pertama dia berlakon genre aksi. Kelakar tengok scene dia dengan Macha especially part solat tu. Sayangnya Aqasha tak ada pun babak aksi sama ada merempit ataupun berlawan dengan Madi padahal dia ketua geng. Watak dia jadi buaya darat je. 

Bila tengok latar tempat yang dipaparkan dalam filem ni pun macam seronok tengok sebab diorang shoot dekat area Pasar Tani Shah Alam, Lebuhraya Shah Alam, area kawasan perindustrian Kota Damansara dengan area Kuala Lumpur. Camera shot cantik sebab pengarah tahu subjek dan objek yang dia nak highlight dalam setiap babak. 


Tujuan filem Remp-It diterbitkan pada 2006 adalah untuk jadi medium kepada pihak Kerajaan dan masyarakat supaya ambil tahu masalah golongan mat rempit yang semakin menular di Malaysia. Mungkin sebab tu lah watak utama dapat sad ending sebagai pengajaran tapi sayang lah sebab tak ada sekuel kemudiannya walhal franchise Adnan Sempit jadi popular sampai ada spin-off. 

Lepas 16 tahun baru Farid Kamil keluarkan sekuel sebab tu layan balik sebab katanya sambungan dari filem ini. Jadi nak tahu lah apa yang diketengahkan pula oleh geng mat rempit ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Anak Rimau The Movie (2022)

Wednesday, 8 February 2023


Pengarah : Areel Abu Bakar 
Penulis Skrip :  Maizura Ederis, Sham Hashim, Nik Naemah Nik Mahir  
Pelakon : Beto Kusyairy, Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Adam Corrie, Megat Sharizal, Azhan Rani, Wan Omar Daanyal, Joel Timothy Low, Mustaqim Bahadon
Syarikat Produksi : Keeklr Entertainment  
Pengedar : Astro First 
Genre : Sukan / Drama
Durasi Tayangan :143 minit
Tarikh Tayangan : 01 September 2022
Trailer :


Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Entertainment mengisahkan sekumpulan anak muda yang berbakat dalam sukan bola sepak dikumpulkan di bawah kelolaan Coach Zainal Abidin (Beto Kusyairy) di Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). 

Dari awal lagi Coach Zainal diganggu oleh CEO Ridhuan (Megat Sharizal) yang inginkan pemain Danish (Hanz Daniel Skelchy) dapat position striker supaya Wilson terus jadi penaja di akademi tersebut. Tapi Coach Zainal tetap dengan pendirian untuk latih satu pasukan supaya boleh harumkan nama negara dan akademi. 


Banyak masalah yang dihadapi oleh team Anak Rimau kerana datang dari latar belakang yang berbeza dan umum tahu untuk mencapai perpaduan dan kerjasama bukanlah perkara mudah bagi sesiapa pun atau golongan mana pun. Kebanyakan pemain juga mempunyai masalah peribadi yang tersendiri hingga menyentuh perasaan Coach Zainal untuk bantu mereka hadapi masalah di atas padan dan juga di luar padang. 

Filem bertemakan sukan semakin banyak dalam industri perfileman negara dan usaha dari Areel Abu Bakar haruslah diberi pujian kerana genre dan tema ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau dilihat dalam naskhah ini ada banyak tempat yang menjadi latar utama kepada penceritaan yang tertumpu pada pasukan bawah 14 tahun di akademi ni. 


Tak hairanlah kenapa semua pelakon kanak-kanak yang turut serta dalam pasukan Anak Rimau terutamanya Idan Aedan, Ahmad Daniel Hakimi, Hanz Daniel Skelchy, Wan Omar Daanyal, Joel Timothy Low dan Redzwan Adha tak nampak kekok depan kamera sebab mereka semua masuk kelas lakonan oleh Fatimah Abu Bakar. Kelincahan di atas padang pula kerana mereka semua berlatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD). 

Sayangnya kelemahan pada Anak Rimau The Movie terlihat jelas kerana kelemahan skrip dan juga editing. Setiap plot nampak tergesa-gesa untuk habis dan juga masuk secara paksa. Macam babak Coach Zainal bawa pasukan Anak Rimau masuk hutan untuk berkhemah selepas kalah dalam perlawanan tapi bertukar masalah kerana beberapa orang pemain hilang dan sesat. Tak dijelaskan kenapa Coach Zainal bawa mereka masuk hutan dan kenapa tiada pengawasan yang ketat bila bawa ramai orang sedangkan setiap kali training ada dua orang coach untuk assist Coach Zainal. Banyak pulak tu dialog nasihat yang masuk padahal terang-terang salah coach. 


Terlampau banyak sub-plot diwujudkan untuk menceritakan masalah pemain-pemain utama hingga masalah utama tak dikembangkan dengan baik. Macam Babak Maro (Ahmad Daniel Hakimi) yang dilanda musibah sebelum final ataupun watak Ariff yang tak ada keyakinan diri sebagai kapten pasukan walaupun bakat dia bagus. 

Penulis nak tunjuk yang satu pasukan boleh menang tanpa bergantung dengan pemain-pemain hebat macam Danish ataupun Maro tapi bila Maro balik, semua happy sampai lupa dengan pesanan tadi. Watak Tuck (Joel Timothy Low) pun kasihan sebab Coach Zainal dah tahu kaki dia sakit tapi paksa juga pergi ke kampung Maro. Tak boleh nak fokus babak Coach Zainal pujuk Maro sebab Tuck dekat belakang tu macam terseksa kena catch up pace diorang. Boleh faham lah kenapa CEO beria nak jaga hati Wilson sebab nak bawa Tuck pergi hospital pun susah. Kesian budak tu, rawat kecederaan guna minyak angin je. 


Anak Rimau The Movie ni patutnya jadi drama sebab ada banyak sub-plot yang penulis nak cramp dalam satu cerita berdurasi 143 minit. Mungkin kalau dalam format drama, kita boleh kenal dengan lebih mendalam lagi semua watak dan rasa gembira dengan kejayaan mereka pada hujung cerita. Watak Danish dengan Ariff boleh jadi salah satu kekuatan naskhah Anak Rimau The Movie tapi tu lah, tenggelam dalam sub-plot yang lain. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

Movie Review | Thai Massage (2022)


Director : Mangesh Hadawale
Writer : Mangesh Hadawale  
Cast : Gajraj Rao, Divyendu Sharma, Alina Zasobina, Sunny Hinduja, Rajpal Yadav, Anurita Jha, Vibha Chhibber
Production Companies : Reliance Entertainment, T-Series, Window Seat Films  
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix 
Genre : Comedy / Drama 
Running Time : 122 minutes
Release Date : 11 November 2022 
Trailer :


Filem yang bertemakan masalah seksual iaitu mati pucuk mengisahkan tentang kehidupan Atmaram Dubey (Gajraj Rao) yang kesunyian setelah isterinya meninggal dunia. Atmaram mempunyai hajat untuk boom boom sekali saja lagi sebelum sakitnya makin serius. Bagi masyarakat yang konservatif di situ, hubungan kelamin untuk usia 70-an adalah sesuatu yang kotor untuk dibayangkan apatah lagi untuk dilakukan. 

Kerana sunyi yang teramat sangat, dia bertindak untuk bunuh diri dengan terjun di jambatan namun sempat dihalang oleh Santulan Kumar (Divyendu Sharma) yang kebetulan berada di kuil berdekatan. Nak diceritakan masalahnya pun dia malu tapi melihatkan peribadi Santulan dan semangat untuk membantu, dia akhirnya dapat jalan penyelesaian. 

“I’ve lived 22 years without the slightest of pleasure. My wife was bedridden for 21 years. Paralysis. She was my best friend. She died last year. If that grief wasn’t enough, I was faced with this problem.’ – Atmaram Dubey

Awalnya Santulan bawa pekerja seks untuk Atmaram tapi disebabkan usia perempuan tersebut yang masih muda buatkan dia terfikir kenapa gadis tersebut pilih jalan sebegitu. Sama lah juga dengan beberapa percubaan yang gagal sampailah Santulan terjumpa pelanggan yang bercerita tentang Thai Massage. Di sana mereka berikan perkhidmatan terbaik sehingga pelanggan puas hati. Maka Santulan cari alasan untuk hantar Atmaram ke Thailand untuk capai impiannya. 

Naskhah Mangesh Hadawale yang bersifat sensitive ini menampilkan Gajraj Rao di mana dia pernah berlakon dalam Badhaai Ho (2018), mengisahkan tentang pasangan berusia masih lagi aktif di kelamin. Jadi tak hairan lah kalau Gajraj mampu hidupkan naskhah hasil tulisan Mangesh ni dengan baik. 

Bukan saja segan nak bagitahu pada jiran yang menyibuk malah pada anak-anak sendiri juga terpaksa disorok tentang masalah tersebut sehabis baik. Semua orang pada tinggi pada Atmaram kerana karakternya yang baik dan sentiasa melawat rumah ibadat. Tapi manusia tetap manusia, ada nafsunya sendiri. 

Dekat first half nampak menarik lah naskhah komedi drama ni tapi bila masuk second half macam tak faham kenapa watak Santulan berubah. Sama ada sebagai plot twist ataupun saja tambah perasa supaya penonton berminat sehingga ke hujungnya, susah untuk diteka motifnya. Patutnya biarkan saja watak Santulan tersebut sama seperti di awal cerita sebab kisah Atmaram di Thailand pun dah cukup terhibur. Cameo dari Rajpal Yadav pun tampak tersia sebab tak menambahkan elemen komedi. 

Sinematografi yang berlatarkan masyarakat di pekan kecil bernama Ujjain tersebut lebih terarah pada mayarakat konservatif yang sentiasa beribadat. Sementara di Thailand pula banyak lokasi cantik dimuatkan dalam filem Thai Massage untuk paparkan keindahan di sana. Tasik Khao Sok yang Rita (Alina Zasobina) nak tengok sangat tu memang cantik. Duduk sehari dekat situ pun tak puas sebab cantik sangat. 



Filem ni tak ada masalah pun untuk ditonton bersama keluarga sebab tak ada babak yang melibatkan hubungan kelamin walaupun membincangkan hal tersebut. Niat penulis cuma nak bagitahu masyarakat supaya tak terlampau menghakimi nafsu orang yang sudah pun berusia. Sebab tu pengarah letak banyak babak anak sulung, Mukesh Dubey (Sunny Hinduja) dan pandangan dia terhadap hajat Atmaram. 

Terfikir juga kenapa penulis tak biarkan watak Atmaram join Rita pergi travel merata tempat dari biarkan dia hidup dalam judgement orang. I mean semua orang pun layak hidup bahagia dalam definisi sendiri. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10