Movie Review | The Big 4 (2022)

Saturday, 4 February 2023


Pengarah : Timo Tjahjanto 
Penulis Skrip : Timo Tjahjanto, Johanna Wattimena  
Pelakon : Abimana Aryasatya, Putri Marino, Lutesha, Arie Kriting, Kristo Immanuel, Budi Ros
Syarikat Produksi :  Frontier Pictures, Netflix Studios
Pengedar : Netflix
Genre : Aksi / Komedi
Durasi Tayangan : 114 minit
Tarikh Tayangan : 15 Disember 2022 
Trailer :


The Big 4 adalah nama jolokan kepada Topan (Abimana Aryasatya), Alpha (Lutesha), Jenggo (Arie Kriting) dan Pelor (Kristo Immanuel) sebagai assassin yang bekerja di bawah Petrus (Budi Ros). Mereka berempat dilatih sejak kecil dan mempunyai persamaan yang ketara iaitu anak yatim piatu jadi sejak kecil lagi sudah bersama seperti sebuah keluarga. 

‘Kamu semua tahu gelaran The Big 4 itu datang daripada musuh-musuh kita  dan musuh kita begitu banyak. Itu sebabnya ayah latih kamu jadi yang terbaik.’ - Petrus


Petrus mempunyai seorang anak perempuan yang membesar dengan jelita dan tangkas sebagai detektif polis bernama Dina (Putri Marino). Pada malam pelantikannya, Petrus dibunuh di rumah oleh lelaki misteri. Sementara The Big 4 cuci tangan dari dunia tersebut dan bawa haluan masing-masing seperti yang mereka mahukan sebelumnya, Dina pula cuba menjejak lelaki misteri tersebut lantas membawa dia ke pulau terpencil kemudian bertemu dengan Topan. 

Anehnya jejak Dina diekori oleh pengikut Antonio (Marthino Lio) yang ingin membunuh mereka semua. Kerana hal tersebut Topan kumpulkan adik-adiknya yang lain dan juga mencari Alpha di kawasan lain untuk tumpaskan Antonio. 


‘Tak usah risau tentang itu. Risaukan kemahiran kau. Sudah berkarat! Lawan si misai itu pun kalah! Belum lagi dia cukur misai!’ – Jenggo 

Naskhah aksi komedi yang menggunakan sekumpulan pembunuh upahan lebih kurang sama saja alur ceritanya dengan naskhah aksi yang lain. Bezanya, penggunaan senjata yang lebih grand dan action stunt yang menarik. Humor yang digunakan juga menjadi walaupun ada masanya bersifat double meaning. Filem The Big 4 tak sesuai sebagai tontonan keluarga sebab aksi ganas yang melampau, penggunaan kata kesat dan juga dialog double meaning. 


Kekuatan the Big 4 juga terletak pada Topan yang memukau dengan lakonannya sebagai ketua pasukan dan juga abang kepada semua. Sifat tenang dan selalu menjaga tak ubah seperti keluarga sebenar. Bonus juga sebab dia kacak dan cool. 

Lakonan Lutesha sebagai Alpha juga menyerlah walaupun screentime dia terhad. Setiap kali muncul sama ada komedi, sensitive, marah ataupun pamerkan stunt yang tangkas berlawan bersama pengikut Antonio terlihat menarik untuk ditonton. Comel masa Alpha dengan Topan bergaduh tentang tanggungjawab. 


Watak Dina tak dikembangkan dengan baik antara kesemua watak utama bila dia terlihat selalu sakit hati dengan banyak perkara. Entah kenapa padahal dia anak sebenar Petrus, dijaga dengan cukup kasih sayang berbanding The Big 4 yang cuma menumpang kasih. 

Sinematografi menerusi lensa Batara Goempar menjadikan penceritaan The Big 4 lebih menarik dengan penggunaan teknik kamera yang kreatif sama ada wide angle yang memaparkan keindahan stunt choreography mahupun suasana Bali yang indah. Close up shots juga membantu menghidupkan screenplay dengan cemerlang. VFX yang digunakan juga tampak asli. 


The Big 4 arahan Timo Tjahjanto juga terlihat draggy kerana ada beberapa babak yang tak perlu seperti Dina yang mabuk setelah minum air rebusan kulit katak ataupun babak Topan, Dina dan Alpha di hadapan pintu resort berkira-kira mahu masuk atau tidak sampai hilang komedinya. 

Tengok pada ending, ada possibility untuk sekuel dengan kemunculan watak menarik yang ingin lunaskan urusan bersama The Big 4. Plot twist juga sebab kita tahu kenapa Petrus boleh meninggal walaupun bersembunyi dari dunia gelap tersebut. Kalau pun pengarah nak buat prekuel atau spin-off pun menarik juga sebab filem aksi ni memang banyak potential untuk industri filem. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1 , 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

Movie Review | Pee Nak 3 (2022)


Director : Mike Phontharis Chotkijsadarsopon 
Writer : Saniphong Suddhiphan 
Cast :  Rinat Abushaev, Phiravich Attachitsataporn, Kuytae Oppa, Pond Khunnapat Pichetworawut, Witthawat Rattanaboonbaramee, Tar Atiwat Saengtien, Bhuripat Vejvongsatechawat, Tempo Kanthaphat Kitichaivaranggoon, Champ Chanatip Phothongka
Production Company :  Five Star Production
Distributors :  GVP, GSC Movies
Genre : Horror / Comedy 
Running Time : 111 minutes
Release Date : 17 March 2022
Trailer :


Installment ketiga franchise Pee Nak yang bermula pada tahun 2019, muncul kembali dengan watak utama iaitu First (Bhuripat Vejvongsatechawat) dan Balloon (Witthawat Rattanaboonbaramee). Setelah ditahbiskan dalam Pee Nak 2 (2020), First dan Balloon bekerja bersama youtuber Korea yang terkenal bernama Do Min-jun (Phiravich Attachitsataporn). 

Sebaik saja habis tour, mereka pulang ke Thailand untuk menghadiri upacara pentasbihan Aod (Pond Khunnapat Pichetworawut) untuk menjadi sami. Malangnya Aod semakin hari semakin sakit kerana disumpah oleh gelang emas di kakinya. Dada Aod dipenuhi dengan sisik naga dan terasa panas seperti dibakar. Waktu malam pula Aod bermimpi tentang Nak (Champ Chanatip Phothongka) yang memburunya. 


Bambam (Sim Kyutae) perasan ada tulisan pada gelang emas tersebut yang menggunakan tulisan Thai purba. Kalau ikutkan setiap gelang kepunyaan Nak mempunyai pasangnya jadi Min-jun cadangkan supaya mereka mencari pasangannya untuk tafsirkan tulisan tersebut. Masa mereka suntuk kerana nyawa Aod juga dalam bahaya. Bukan saja sumpahan tersebut bakal membunuh Aod malah Nak juga memburu gelangnya di kuil tersebut. 

Nak dibandingkan dengan Pee Nak 2, skala Pee Nak 3 lebih besar kerana melibatkan lebih ramai watak dan juga mereka keluar dari kuil tersebut. Kalau sebelum ini penulis cuma fokus pada roh Nak yang tak tenteram kerana karma, kali ini roh Nak harus meminta ampun pada Naga yang berbakti kepada sami. Mesej dalam franchise Pee Nak ni jelas kerana menceritakan tentang karma walaupun telah dilahirkan semula sebagai orang yang berbeza. 


‘Today is yesterday’s future. And the consequence of our actions today will affects tomorrow. We have to accept the consequence because you cannot go back in time to fix yesterday.’ – Luang Por

Kepercayaan agama Budha dan Hindu ada kelahiran semula dan hidup selama 7 kelahiran jadi sama lah konsep dengan yang digunapakai oleh kisah Pee Nak ni. Dosa dari kelahiran lepas dibawa bersama dalam kelahiran ini dan dosa pahala di kelahiran lepas juga yang menentukan status kehidupan di kelahiran baru. Ini apa yang I baca dari somewhere lah, correct me if I’m wrong. 


Sembang tentang plot cerita, kisah kali ni ada isinya tapi tak kelakar macam dua franchise sebelumnya. Pee Nak (2019) memang kelakar sangat sebab kita baru nak kenal watak First dengan Balloon tu macam mana. Seram pun sama naik juga sampai menjerit dekat panggung. Sementara yang kedua pula dengan kisah Nak yang baru dan seram juga. Boleh jadi akan muncul yang keempat tapi harapnya penulis tak isi dengan cerita yang sarat tentang karma sangat macam yang ketiga ni. 

Bukan setakat sarat, ada perkara yang mengelirukan dan tak terjawab pun. Macam babak Bambam nampak tulisan purba tu padahal tak perlu guna kamera pun untuk perasan. Kenapa Aod dengan Namnuea (Tempo Kanthaphat Kitichaivaranggoon) tak terfikir untuk cari sebelum keadaan Aod melarat? 


Sinematografi Pee Nak semakin cantik mungkin kerana team production dah dapat bajet lebih lepas dua installment dah berjaya mencari peminatnya. Masa Naga munculkan diri pun nampak meyakinkan lah walaupun penggunaan VFX yang heavy. Makeup effects mainkan peranan besar sebab kulit bersisik pada Nak dengan Aod tu bukan mudah nak buat. Makeup pada mayat pun nampak real dan mengerikan. Editing pula boleh nampak pada beberapa babak tak kemas tapi boleh pejam mata je. 

Naskhah ni mungkin tak menarik sangat seperti dua installment sebelumnya tapi watak First dan watak Balloon berjaya menghiburkan dengan kerenah masuk air mereka. Kalau layan secara santai tak ada masalah pun untuk enjoy. Tak syok juga kalau tak tengok 2 filem sebelumnya sebab berkait dan banyak penjelasan tentang adat dan upacara untuk menjadi sami atau penebusan dosa. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Director: Tony Tilse, Sean Masterson, Yee-Wei Chai
Writer: James Lee
Cast : Idan Aedan, Chen Yixin, Caleb Monk, Nikki Dekker
Production Company: Beach House Pictures
Distributor : Netflix
Genre : Horror / Comedy / Mystery
Running Episodes : 13 episodes (28 minutes per episode)
Release Date : 24 October 2022
Trailer :


Series yang diadaptasikan dari novel remaja berjudul Mr. Midnight karya nukilan James Lee yang pernah terkenal pada zaman 90-an dulu ditayangkan di Netflix hasil Garapan 3 orang pengarah Singapura. Menampilkan 4 sekawan di mana Tyar (Idan Aedan), Ling (Chen Yixin), Nat (Caleb Monk) dan Zoe (Nikki Dekker) cuba menyelesaikan misteri yang berlaku di Tanah Merah. 

Disebabkan mereka adalah sekumpulan anak remaja yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi jadi Tyar cadangkan untuk wujudkan vlog atau podcast supaya orang luar juga berkongsi cerita seram atau aneh mereka. Tyar minta Nat menyamar menjadi Mr. Midnight kerana suara dan lakonan dia menjadi. 


Bermula dari situ mereka mendapat permintaan untuk selesaikan kes misteri di Palm Beach Hotel kerana nenek Amanda Wong meninggal secara misteri. Uncle Tan (Lim Yu-Beng) minta supaya mereka berhati-hati dengan alam angker kerana tak semua hantu adalah roh yang terperangkap. Boleh jadi roh yang menunggu masa untuk menganggu manusia seperti yang pernah terjadi dulu. Dari pengembaraan mereka ini juga Tyar dapat tahu yang dia adalah pewaris dukun dan mempunyai kelebihan seperti arwah datuknya. 

‘A dukun must be constantly vigilant. You are connected to the spirit world now. They will come to you. The undead, good and evil, are drawn to you. It means your life will never be the same again. Everything is going to change.’ – Uncle Tan


Anehnya ibu (Shafiqah Efandi) bapa (Firdaus Rahman) Tyar tak pernah ceritakan tentang kelebihan keturunan itu malah berdalih setiap kali Tyar buka cerita tentang pengalaman anehnya. Di Tanah Merah juga mempunyai simbol seperti pusaran yang digantung di mana-mana seperti tangkal untuk mengelakkan dari sesuatu yang jahat dan mengerikan. 

Masa ternampak trailer Mr. Midnight: Beware the Monsters di Netflix rasa tertarik untuk tengok sebab series ni tak seram walaupun berkisar tentang hantu. Barisan hantu yang diperkenalkan juga lebih kurang sama dengan hantu Malaysia seperti toyol, pocong atau Pontianak cuma bezanya hantu Singapura lebih cantik dan daring. Seolah kombinasi hantu Nusantara dengan orang Barat. Bibir toyol pun letops macam Kylie Jenner. Caleb Monk pula punca kedua kenapa kitorang tekan play. He’s cute hshshs


Walaupun Tanah Merah merupakan salah satu daerah yang popular di Singapura tapi series Mr. Midnight menggunakan studio untuk mewujudkan bandar tersebut. Nampak ketara sangat dalam Episod 1 di tapak pembinaan ataupun kedai Uncle Tang juga asrama tempat Nat tinggal. Tak jadi masalah pun sebab tetap nampak cantik dan kaya dengan senibina warisan. Suka tengok rumah Tyar yang sarat dengan unsur Jawa. Bukan saja sinematografi yang cantik malah lighting juga tak menjadi masalah setiap kali hantu muncul ataupun berlatarkan waktu malam. 

Penceritaan Mr. Midnight ni tak lah berat sangat sebab konsep dia ala-ala series Disney yang lebih tersasar kepada golongan kanak-kanak dan remaja jadi series nib oleh ditonton bersama keluarga. Tak ada jumpscare atau seram yang berlebihan. Macam Sccoby Doo pun ada juga. Maybe some parts of the plot ada yang cringe ataupun tampak canggung namun jalan cerita tetap menarik. Marathon satu hari pun boleh habis sebab durasi untuk setiap episod tak lah terlalu lama. 


Tak perlu risau pun kalau tak pernah baca novel Mr. Midnight sebab tak ada pun momen yang buat kita pelik atau perlu refer pada novel. I pun tak ingat pernah baca ke tak novel bersiri ni. Kalau pernah pun entah dah lupa gamaknya. Yang pastinya drama Mr. Midnight akan muncul musim kedua sebab ada urusan yang belum selesai cuma tak pasti bila akan keluar. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.4/10

Movie Review | Ngeri Ngeri Sedap (2022)


Pengarah: Bene Dion Rajagukguk
Penulis Skrip: Bene Dion Rajagukguk 
Pelakon :  Arswendy Beningswara Nasution, Tika Panggabean, Boris Bokir Manullang, Gita Bhebhita Butarbutar, Lolox, Indra Jegel
Syarikat Produksi: Imajinari, Visionari Film Fund
Pengedar : Netflix 
Genre: Komedi / Drama  
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 02 Jun 2022 (Indonesia), 06 Oktober 2022 (Netflix)
Trailer :


Sebelum ni pernah nampak berita filem Ngeri-Ngeri Sedap merupakan filem Indonesia yang dihantar secara rasminya ke Oscar 2022 untuk kategori Best Foreign Film. Rasa tertarik untuk tengok naskhah penulisan dan olahan dari Bene Dion Rajagukguk yang bertemakan kekeluargaan ni bila tahu dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Film Wartawan Indonesia. 

Mengisahkan Pak Domu (Arswendi Nasution) yang kecewa dengan anak-anaknya dari sulung sehingga lah ke bongsu. Setelah membanting tulang empat kerat sejak usia mudanya, Pak Domu berhasil memberi pelajaran tahap tinggi kepada anak-anaknya sehingga hidup berjaya di kota. 


Namun anak sulungnya, Domu (Boris Bokir Manullang) ingin berkahwin dengan perempuan berketurunan Sunda. Memang benar sama-sama manusia tapi siapa yang akan menjaga warisan keturunan mereka, suku kaum Batak nanti? Anak ketiga pula, si Gabe (Lolox) menjadi pelawak selebriti sedangkan dia graduan undang-undang. Harapan Pak Domu untuk melihat anaknya menjadi hakim atau peguam terkubur. 

Anak bongsunya pula, Sahat (Indra Jegel) perlu pulang ke rumah untuk menjaga orang tua dan mewarisi rumah dan tanah mereka menurut adat Batak namun Sahat memilih untuk tinggal bersama Pak Pomo dan mengusahakan ladang di situ. 


Mak Domu (Tika Panggabean) cuba memujuk untuk anak-anaknya pulang ke rumah malangnya tetap gagal. Kerana rindu dan ingin melihat kesemua anak mereka berkumpul untuk meraikan pesta kesyukuran, Pak Domu dan Mak Domu berlakon ingin bercerai. Anak kedua mereka, Sarma (Gita Bhebhita) yang tinggal bersama merayu supaya abang dan adik-adiknya pulang segera. 

Pada separuh masa pertama terhibur dengan penceritaan yang menarik akibat sketsa cerai oleh pasangan yang rindukan anak-anak ni. Dalam ketawa terselit juga perasaan sedih sebab kesian tengok orang tua terpaksa merayu anak-anak balik tapi sebagai anak, faham juga kenapa mereka semua berkeras hati. Dari kecil sampai besar ikut saja aturan keluarga, bila dah besar mesti lah nak ikut kata hati. Mereka semua bukan jenis mengamuk atau membentak terutamanya Sahat yang banyak berdiam saja tapi semuanya protes dengan tidak pulang. Yang jadi mangsa, Mak Domu dan Sarma. 


Masa keluarga ni pergi makan angin di Danau Toba, Mak Domu banyak kali tahan senyum sebab gembira sangat dapat spend time dengan anak-anak. Pak Domu pun ceria walaupun terpaksa berlakon muram kerana ‘masalah’ mereka. 

Visual yang dihidangkan bukan saja menggunakan tona warna yang cantik dalam memaparkan keindahan kawasan pinggiran Danau Toba malah memperlihatkan kekuatan budaya suku kaum Batak melalui pesta kesyukuran juga kawasan sekitarnya. Macam mana mengikut adat Batak bila si isteri lari dari rumah, macam mana adat perkahwinan mereka dan lain-lain perkara. Dialog menguatkan lagi keindahan budaya tersebut dengan sekecil-kecil perbualan tentang ucapan salam orang Batak.


Daya penarik filem Ngeri-Ngeri Sedap memang terletak pada alur cerita yang mampan kerana barisan pelakonnya tidak mempunyai para rupa yang cantik seperti kebiasaannya. Anak-anak Pak Domu dan Mak Domu lebih mengikut paras rupa mereka cuma pelik lah kenapa Gabe dengan Sarma berbadan besar dan berkulit cerah. Tak ada masalah pun kalau pengarah ambil pelakon yang segak sebab screentime anak-anak agak terhad dengan dialog yang minimal. Bukan sebab penulis tak beri tumpuan dekat situ tapi memang adik-beradik ni tak rapat sepertimana yang dijelaskan oleh Domu.


Filem Ngeri-Ngeri Sedap bukan bersifat memberi hukuman kepada sesiapa tapi lebih kepada bercerita sebab tak ada siapa yang salah atau siapa yang betul. Bak kata ibu Pak Domu, generasi berbeza dan situasi yang berbeza menghasilkan cara didikan yang berbeza. Manusia ni tak akan pernah berhenti belajar hingga ke usia tua pun masih lagi belajar. Tak hairanlah kenapa filem Ngeri-Ngeri Sedap berhasil menjadi Filem Terbaik.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Halimun (2022)

Friday, 3 February 2023


Pengarah : Muzzamer Rahman  
Penulis Skrip : Muzzamer Rahman 
Pelakon : Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi  
Syarikat Produksi : Azura Pictures Sdn. Bhd. 
Pengedar : Astro First 
Genre : Seram / Drama
Durasi Tayangan : 115 minit
Tarikh Tayangan : 5 November 2022
Trailer :


Halimun arahan Muzzamer Rahman mengangkat tema saka dan pendamping di mana bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat Melayu. Antara nak percaya atau tidak saja, sama seperti Zahir (Beto Kusyairy) yang masih menidakkan kewujudan saka atau makhluk halus sehingga lah dia berkahwin dengan Laila (Nabila Huda).

Pertemuan pertama kali Zahir dengan Laila di hotel tempat pemuda tersebut bekerja membuahkan rasa cinta lantas ambil keputusan untuk berkahwin. Zahir mula ambil tahu tentang latar belakang Laila selepas mereka berkahwin itupun tidak banyak yang Laila ceritakan. Zahir selalu mengalami mimpi ngeri ataupun ternampak kelibat perempuan tua (Sarah Monica) di rumahnya. 


Kerana risaukan keselamatan Laila dan anak di dalam kandungan, Zahir minta bantuan Adi (Kodi Rasheed) untuk datang jenguk rumahnya. Kalau ada benda minta Adi buang dan pagar rumah tersebut dari gangguan makhluk yang sukar dilihat di pandangan mata kasar. Sangkanya keadaan Zahir dan Laila semakin pulih namun sebaliknya. Prof Sulaiman (Hafidzuddin Fazil) berpesan supaya bawa Ashif (Chubb-E) sebagai peneman semasa berubatkan suami isteri tersebut. 


Filem yang mengambil masa selama 14 hari untuk penggambaran memang ringkas jalan ceritanya dengan tema yang sudah selalu digunakan dalam genre seram namun hasilnya kemas dan menarik. Filem Halimun tak menggunakan jump scare atau seram yang berlebihan pun tapi dah cukup buatkan bulu roma berdiri tegak. Seram tengok babak Laila balik dari pasaraya ataupun masa saka hisap darah di hujung katil. 


Kalau pada first half plot banyak terarah pada rumahtangga Zahir dan Laila, second half pula pada watak Ashif yang buta tapi dapat melihat dan mendengar menggunakan kelebihannya. Tak hairan lah kenapa Prof Sulaiman pesan pada Adi supaya bawa pelajar baru ni, sebab dia tahu Ashif layak dan mampu jaga Adi dari perangkap syaitan. 

Tak pasti lah watak Zahir dan Laila dalam golongan umur berapa sebab masing-masing nampak dalam fasa lewat 30-an. Lagipun Zahir dah beruban lepastu dia bagitahu Adi yang dia menyesal tak kahwin awal. Saja nak point out yang chemistry Beto dengan Nabila Huda sebagai pasangan berkahwin nampak cantik je onscreen. Sebelum ni jadi kembar dalam KL Gangster Underworld (2018) pun ngam jugak. Beto dengan Nabila ni macam Ranveer Singh dengan Priyanka Chopra, kalau bekerja bersama tu nampak serasi sangat. 


Personally, filem Halimun memang layak mendapat pujian dan masuk dalam senarai filem seram terbaik namun ada juga kekurangan baik pada plot ataupun aspek lain. Macam screentime Puteri Balqis yang terhad sangat sedangkan boleh dikembangkan lagi sama ada menerusi mimpi Zahir ataupun flashback. Tunggu bila Puteri Balqis nak muncul tapi kecewa lah ada satu babak sahaja. 

Sinematografi tak ada masalah langsung sampai lah masuk babak Adi berjumpa dengan Zahir di rumah pusaka kepunyaan Dato Ismail (Harun Hashim). Gelap sangat sampai tak nampak mana Zahir, mana Adi. 


Kenapa Zahir bertindak untuk bawa Laila keluar dari rumah lepas Adi ubatkan tu pun tak faham juga sebab clearly rumah pusaka bukan tempat untuk bertenang. Untuk orang berharta macam Zahir, tak jadi masalah pun kalau dia nak bawa Laila pergi bercuti dekat Maldives ataupun Semporna yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Baru betul lah healing. 

But that’s just my personal opinion je, sebab I tak nak healing dekat rumah kampung yang seram macam tu. Anyway, happy tengok Halimun sebab hotel tempat Zahir bekerja tu dekat EDC Hotel yang memang sedap makanannya. Tempat Adi buat Master pun dekat KUIS, rindu pulak zaman Diploma tengok fakulti AI masuk dalam filem ni. Special mention untuk dialog dalam filem Halimun yang tampak bersahaja dan tak preachy. Kudos to Muzzamer Rahman!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 =  8.4/10

Movie Review | Coast Guard Malaysia: Ops Helang (2023)

Wednesday, 1 February 2023


Pengarah : Pitt Hanif
Penulis Skrip : N/A
Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain, Trisha Ooi
Syarikat Produksi : Flying Deals Sdn. Bhd, Arie Zaharie Production
Pengedar : Metrowealth International Group (MIG)
Genre : Aksi / Drama 
Durasi Tayangan : 85 minit
Tarikh Tayangan : 2 Februari 2023
Trailer :


Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang arahan Pitt Hanif berlatarkan unit beruniform, Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di mana watak Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) ingin memulakan kehidupan baru di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. 

Hafiz juga membawa tunangnya, Nurul (Wanna Ali) untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika majlis sambutan pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Samad (Adlin Aman Ramlie) telah menyerang untuk lunaskan dendam lama kerana Rima dibunuh setahun yang lepas. 


Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), Pegawai Penyiasat APMM telah ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Dari video tape yang ditemui, mereka dapat jejak lokasi sebenar Leftenan Hafiz dan tebusan lain tapi Samad dan konco-konconya mempunyai rencana lain sehingga pihak APMM terpaksa mengaktifkan operasi besar-besaran demi menjaga keamanan perairan negara. 

Setelah kejayaan filem Paskal (2018) yang memaparkan kehidupan unit khas tentera laut dan filem Air Force The Movie (2022) yang berlatarkan tentera udara, industri filem tempatan muncul pula dengan unit beruniform yang jarang didendangkan kisahnya. Penggambaran yang dilakukan mendapat tunjuk ajar dari pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini telah menelan belanja sebanyak RM13 juta.


Tak sia-sia lah laburkan bajet tersebut untuk membantu orang awam kenal dengan lebih mendalam lagi kerjaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), skop kerja mereka dan bagaimana perjuangan setiap anggota kepada ibu pertiwi. Sebelum ni ada netizen yang pertikaikan kenapa pihak unit beruniform tegas dan kononnya tak ada belas terhadap lanun tapi dalam filem ini boleh nampak perangai sebenar lanun. Dalam trailer khususnya, kita boleh nampak anggota maritim yang dipenggal kepala tanpa belas. Sebak tengok beberapa babak sebab tugas mereka tak mengenal waktu, berjauhan pula dengan keluarga. 

Bukan saja memerlukan fizikal yang tegap, mental juga perlu mantap berhadapan dengan manipulasi pihak musuh macam Leftenan Hafiz yang terpaksa berdepan dengan manipulasi dan helah Samad dan Mustafa. Kawan anggota mati dibunuh disebabkan dia, tunang diculik pun Leftenan Hafiz kena kuatkan semangat untuk bertempur dalam misi yang ditugaskan oleh pihak atasan. 


Penceritaan Coast Guard Malaysia : Ops Helang mungkin boleh ditebak kerana flow cerita yang sama dalam mana-mana operasi unit beruniform namun penulis selitkan beberapa plot twist untuk menghiburkan penonton. Namun ada masanya editing mengganggu flow cerita untuk nampak lebih kemas macam babak ibu Nurul (Sherie Merlis) yang meninggal tanpa tahu puncanya kenapa atau siapa. 

Kita memang boleh tahu dia dibunuh oleh geng lanun tersebut tapi lagi cantik lah kalau ditunjukkan dengan jelas sebab durasi filem ini tak lah panjang mana jadi boleh saja untuk penulis kembangkan babak tersebut lantas kuatkan lagi genre drama yang dimasukkan. Sama juga dengan watak Leftenan Hafiz yang tak diberikan banyak ruang untuk tonjolkan sisi trauma dia sedangkan babak tersebut perlu untuk ikat hati penonton. 


Sinematografi yang dipaparkan ada masanya menampakkkan kelemahan CGI atau visual yang diambil dari footage kepunyaan pihak maritim namun tak lah sampai mencacatkan cerita. Terpesona juga dengan keindahan Pulau Langkawi yang menjadi latar tempat untuk filem Coast Guard. Resort tempat Leftenan Hafiz tenangkan diri pun cantik. Stunt yang dipamerkan tampak kemas dan meninggalkan impak untuk naskhah aksi. Babak pertarungan Leftenan Hafiz dan Samad antara highlight dalam filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG). 


Bukan saja watak utama malah antagonis yang kuat juga dipertaruhkan dalam naskhah aksi dengan lakonan bersahaja oleh Adlin Aman Ramlie. Dekat hujung filem boleh nampak potensi untuk sekuel, hopefully pihak penerbit dan APMM boleh bekerjasama lagi untuk operasi dan musuh lain pula akan datang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6.7/10


Dekat depan kedai SPR8LOVE Subang Bestari ni ada booth Kopi Dua Darjat yang tengah meningkat naik namanya tu. Dah lama nak try tapi tak pernah tergerak nak stop untuk beli. Sebelum booth ni wujud dah pernah try dah sebab kawan office belanja. Masa tu try Iced Latte tak silap, not bad lah rasa dia. 

Kali ni masa berhenti nak try Iced Vanilla Coffee pulak sebab craving something yang sweet dan wangi. Kopi Dua Darjat ni kalau minum tak ada lah rasa bersalah sangat sebab dia guna susu segar bukannya susu tin yang tinggi gula tu. 

Cup Kopi Dua Darjat pun cantik jugak lah sebab ada lukisan burung enggang dan bunga raya, nampak lah elemen lokal di situ. Tak pasti lah kenapa owner letak nama Dua Darjat sebab tak nampak pula lukisan burung pipit dekat cup tu. Ke ada ek tapi I yang tak perasan? Hmmmm

Harga untuk satu cup Iced Vanilla Latte kalau tak silap RM7 macam tu. Rasa dia not bad lah. Yang penting happy tidur malam sebab ada bau vanilla dengan kopi tu. Tak pasti lah kenapa dia letak ayat 'You are enough' tu, mungkin sebab I je pelanggan masa tu, dah boleh ceriakan hari barista tu gamaknya hshshs kbaiiii

Masa beli barang dapur dekat NSK ternampak tin pepsi comel berwarna emas, limited edition untuk Tahun Baru Cina. Geram je tengok imej arnab berwarna merah hitam tu sebab comel sangat. Warna yang Pepsi guna pun kombinasi striking yang menarik lah. Dari jauh dah menyerlah dekat shelf tu. 

Untuk Pepsi Black, tin berwarna emas dengan gambar arnab sementara untuk Pepsi biasa, imej singa yang comel jadi penyeri utama. Harga masih lagi sama lah untuk kedua-dua tin. Rasa pun tak ada yang berubah. At first adik yang excited nak beli tin ni sebab comel tengok arnab tu tapi disebabkan dia tak minum Pepsi Black, dia ambil tin biru. 

Kalau ikutkan, 7up pun ada ubah jugak packaging bersempena Tahun Baru Cina tapi tak ada pula dekat NSK tu. Anyway, it's a cute idea for customers. Buat lah untuk Hari Raya jugak! 

Support Yamani Abdillah di Famili Duo TV3


Sebelum ni join Terpaling Juara, sekarang join Famili Duo pulak sebab nak support Yamani Abdillah dekat dalam program yang disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam. Berbeza sikit rules nak masuk dalam studio berbanding program sebelum ni. 

Kali ni kena beratur dari jam 7.30 malam untuk dapat seat cantik. Studio buka jam 8.30 malam so boleh kata sejam juga lah nak menunggu. No wonder lah peminat setia je datang program macam ni. Seat dekat program Famili Duo ni jenis memanjang dari kiri sampai kanan. Terseksa lah kalau ada orang nak keluar pergi toilet sebab tak ada space sangat antara kerusi depan dengan belakang. Seating arrangement Terpaling Juara bagus sebab ada banyak gap. 

Seat I dekat dengan pintu masuk jadi boleh nampak lah Mas Idayu datang dengan dress meleret malam tu. Untuk semi-final ada MK K-Clique dengan Noki untuk support Sabhi Saddi dan Fareedph K-Clique. Erif Fuzi dengan Falique Floor 88 pun ada juga. Oh ya, Aliff Aziz pun ada untuk support Bella. 

Ni view zoom 2.6x

Memandangkan I pendek, agak sedih lah sebab tak nampak sangat pun apa jadi kat atas stage tu. Kadang tu view kena block dengan dumbbell cameraman. Nasib baik lah performance Bella dengan Wani, Ara Johari dengan Shaffiq dan Yamani dengan Zaki guna stage tinggi. 

Janna Nick dan Sean Lee

Memang havoc performance semua peserta malam semi-final ni sebab guna konsep bebas jadi ramai yang pilih untuk buat performance ala konsert. Happy melalak sekali masa performance Bella dengan Wani Kyrie. Sedap suara Bella nyanyi live walaupun Mas Idayu kata genre tu tak sesuai untuk tone colour dia but she did her best. Keluarga Wani Kyrie pun ada sekali malam tu, comel je semua macam muka Wani jugak.  


Masa tengok performance Ara Johari dengan Shaffiq tu macam mehhh sebab duo ni pilih lagu Baby - Justin Bieber. Bukan sebab tak sedap tapi sebab lagu tu masa suara JB tak pecah lagi. Cari lah lagu yang mencabar vokal diorang. Shaffiq pun macam tak selesa dengan performance diorang malam tu, besar kemungkinan sebab baju dia pakai tu panas. 

Masa performance Naim Daniel dengan Sissy Iman agak kontroversi lah sebab dah bergaduh masa minggu keenam tu jadi masa semi final ada drama jugak selain semua peserta merayu mummy komen performance diorang. 


Anyway, untuk final nanti nak tengok persembahan dari The Jebats, Yamani dan Zaki Abdillah, Naim Daniel dan Sissy Iman juga Bella dan Wani Kyrie. Tak boleh nak agak siapa yang akan jadi juara sebab semua pun bagus. Mungkin The Jebats atau mungkin anak-anak Dato Jamal Abdillah. 

Masa semua sibuk bergambar dengan peserta final, I pergi bergambar dengan Aliff Aziz lepas dia selesai jumpa dengan Bella. Tinggi nau Aliff ni, I dekat paras bahu dia je itupun kena dongak bila nak bercakap dengan dia. Orangnya lembut je bila bercakap. Sebelum ni pernah join sidang media dengan Aliff untuk telefilem Sekolah Sampah kali ni jumpa depan-depan. Masa dekat final Terpaling Juara dulu nampak Aliff datang tapi tak nak kacau dia tengah berborak dengan kawan-kawan dia. Masa Famili Duo ni baru ada rezeki nak jumpa. 


Masa bergerak keluar sebab polis bantuan minta semua keluar untuk bagi laluan kepada media, tiba-tiba ternampak Sabhi Saddi dengan Fareedph terus cakap nak bergambar. 



Baju dah la sama, bila duduk tengah rasa macam satu team dengan diorang nyanyi lagu Fanatik haha. Sabhi Saddi memang kacak orangnya ye, tengok depan-depan lagi bersinar mata. Sengih je lah keluar studio sebab dapat jumpa diorang lepastu terus balik. Final nanti entah macam mana pula ceritanya sebab mesti ramai yang datang. 

Hopefully Dato' Jamal datang lah tengok anak-anak dia perform dekat Famili Duo ni. Lagu diorang perform pun best - Mewangi (Akim & The Majistret) dan Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila & Shila Amzah). All the best untuk Yamani dan Zaki! 

Blog Performance Januari 2023


Here it is, first report card untuk tahun 2023! 

Tahun lepas untuk bulan Januari agak sikit entry yang I update sebab sibuk dengan audit tapi memandangkan tahun ni ada cuti yang banyak, boleh lah pulun update sampai lebam. Walaupun ada banyakkkk lagi yang tak sempat nak update, tapi hadap je lah. Masa tak cukup, masa dah suntuk. 

1. PV


Kalau bulan Disember 2022, PV mencecah 90k saja, untuk bulan Januari dah berjaya cecah sampai 120k. Mungkin sebab dapat press release untuk beberapa drama dan filem yang menarik di Astro. Dekat Netflix pun ada beberapa filem yang menarik. Tak hairan lah kalau view naik sikit bulan lepas. Cuti panjang pun sampai 3 kali jadi ramai ada banyak masa untuk baca review. 

Tengok pada all time PV tu dah mencecah 3.6 juta jadi boleh la kot merasa 4 juta PV pertengahan tahun nanti. Google Analytics come up dengan crawler dan akaun baru, nak tengok jugak macam mana performance lepas set up property baru. 

2. Posts


Movie Review : Freddy masih dalam Popular Post untuk bulan Januari 2023, kira ramai juga lah yang mencari. Review untuk Brahmastra pun naik balik sebab haritu nampak jugak trending dekat Twitter. Press release Pulau mencanak betul ye sebab magic tricks dekat dalam trailer, tak sabar nak tengok penangan masa full movie keluar nanti. Boleh tahan tinggi jugak lah view untuk semua post dalam Popular Posts ni sebab paling rendah pun seribu lebih nak compare dengan bulan Disember, dalam 600 macam tu je. 

3. Audience


Tak perasan bila masa audience dari Indonesia naik tinggi, duduk lebih kurang sama dengan audience Malaysia. Something great to watch lah sebab review I pun banyak dari filem negara seberang jadi seronok tengok usaha kita tertuai dengan baik. Mana lah tahu boleh kolaborasi lagi dengan reviewer dekat sana ataupun producer dekat sana kan? Sebab banyak je filem Indonesia yang masuk panggung kita. 

Sekarang ni misi untuk naikkan balik readers dari India pulak. I baru perasan yang I jarang dah buat review untuk drama Hindi dan fashion files. Banyak benda betul nak catch up dalam masa singkat ni. I keraiiii.

4. Bilangan Entri


Bilangan entry untuk bulan Januari tak berjaya cecah 60 entry walaupun ada banyak cuti. Masa cuti tu lah nak tidur, masa tu lah nak keluar jalan-jalan. Duduk rumah pulun lepastu masa tu lah jugak nak tengok movie. Nak compare dengan tahun lepas, kira jauh jugak lah gap tu so I redho je tak cecah pun sebab nanti ada la tu dekat mana-mana bulan I boleh tapau lebih dari 60 entry. 

Anyway, selamat bercuti semua dan terima kasih banyak kepada yang berkunjung ke blog ni. Have a happy weekend ahead :)