Book Xcess RexKL Instagramworthy!

Thursday 12 January 2023

sumber: Instagram Book Xcess RexKL

Apa jadi bila kita nampak Book Xcess? Kita masuk!

Book Xcess RexKL adalah cawangan ketiga I pergi melawat untuk bergambar. Sebelum ni dekat Citta Mall tapi tak ada apa sangat pun sebab outlet kecil sahaja dan yang kedua di MyTown Shopping Centre itupun macam tak habis bergambar lagi dekat situ. Pergi untuk ambil aura membaca pun pernah juga. Agak macam dah malas nak membaca, kita pergi lah ambil aura walaupun bila balik tu baca satu bab lepastu tertidur. Yang penting iqra', ye dak? 


Sembang pasal RexKL, dahulunya bangunan ni adalah panggung wayang lama yang dibuka pada tahun 1947 yang diberi nama Rex Theatre, ataupun Rex Cinema. Bangunan panggung wayang ni pernah terbakar pada tahun 1970 dan terbakar sekali lagi pada tahun 2002 lalu dihentikan operasinya. 

Bila ditutup, kerajaan ambil inisiatif untuk menggunakan bangunan lama ni sebagai pusat komuniti untuk anak muda meluangkan masa dengan bersantai menggunakan kreativiti seni seperti teater, bengkel seni dan galeri seni.


Bangunan RexKL ada 5 tingkat dengan mempunyai Ground Level, Mezzanine, First Level, Second Level dan juga Third Level. Dekat pintu masuk boleh nampak ada banyak restoran dan kedai kecil untuk menggalakkan peniaga kecil berniaga. 


Kagum juga dengan bangunan RexKL ni sebab cantik, vibe dia gabungan retro dan urban. Kedai serbaneka pun cantik dengan hiasan lampu neon dan vintage posters. Dalam perjalanan ke Book Xcess yang terletak di Tingkat 2 pun terpesona dengan hiasan dari kedai lain dan juga Book Xcess sendiri. Kalau malam mungkin bingit lah sebab ada pub juga. 


Memandangkan masa kitorang pergi tu masa cuti Krismas, maka ada lah serba sedikit hiasan bertemakan perayaan tersebut. Ada mini pokok Krismas dan juga wreath di bahagian pintu masuk. 


Bila masuk dekat bahagian depan ni rasa macam kecil je Book Xcess RexKL ni rupanya kitorang silap besar lah sebab bila masuk ke ruangan tengah tu boleh masuk lalat dalam mulut sebab luas dan tinggi sepertimana trademark senibina kreatif Book Xcess yang lain. Jubin dekat lantai dan dinding rasanya masih menggunakan yang asal sebab warna kusam dan ada yang terkopak sana sini. 

But that's fine by me sebab Book Xcess memang suka guna bangunan lama dan tak kacau interior lama supaya seninya terjaga. Kalau terbakar lagi, you know where to find fire extinguisher. Dekat pintu masuk dah ada floor plan just in case ada yang sesat tapi kalau masuk Book Xcess ni bukannya sesat tapi terperangkap dalam masa. Buku mana nak beli untuk si ulat buku, angle mana nak bergambar untuk golongan seperti Pana. 

Warning: Good luck scroll gambar sampai bawah. 















Kenapa tak masuk dalam kotak? Sebab gayat

Berdoa supaya rak buku ni kukuh untuk tampung lemak Pana


Walaupun syok bergambar dekat Book Xcess RexKL ni tapi one thing you guys should know, walaupun ada banyak lampu, dalam gambar tetap nampak gelap dan berbayang. Bila guna filter tak cantik sangat kejadian dia but yeah macam lah gambar I banyak yang cantik hshs





Idk what's Fahmi Reza is doing in here but yeah I kinda like it ;P

Sebenarnya ada lagi gambar lain tapi dah upload dekat Instagram sebab nama entry ni pun Instagramworthy bukan Blogworthy haa gituh walaupun ikut suka lah kalau nak buat sesi photodump dekat sini. 

Banyak lagi ruang yang tak sempat nak bergambar sebab ramai orang dan mak I dah mengah nak berjalan haha. Baru dia tahu berjalan dekat KL macam mana, ingat berjalan dekat bendang di Sabak tu je ke yang penat? 




Dekat tingkat bawah ada koleksi barangan lama dijual di sini tapi disebabkan tak ada tanda harga dan tak ada orang yang assist untuk explain this and that, cancel lah niat nak beli buat koleksi. Harga buku dekat Book Xcess boleh kira murah lah sebab ada juga yang menarik minat untuk dibeli tapi itu lah, buku yang I beli masa Pesta Buku Antarabangsa tu pun tak berbuka lagi balutannya. Kalau beli yang ni entah bila pulak nak bacanya T.T

Anyway I have fun in here spend time dengan family walaupun ada lagi yang tertinggal dan high possibility akan datang lagi sebab dua orang adik pergi Melaka masa ni. Boleh agak apa yang ada dalam hati diorang bila nampak gambar kitorang dekat sini. Yupp, kakak mana yang tak boleh baca hati adik dia, antara nak dengan taknak je. 

Breakfast di Meat Cartel, Seksyen U5


Bila dah bosan breakfast dekat tempat sama, mula la rasa nak mencuba dekat tempat lain. Kali ni breakfast di Meat Cartel pulak sebab tak pernah try lagi restoran berwarna merah yang menghidangkan makanan BBQ. 

Menu BBQ dan grill tu menu utama dan dibuka dari petang hingga malam, lepas pandemik ni dia buka untuk breakfast pula. 


Menu breakfast dia tak banyak sangat mungkin sebab baru nak test market macam mana. Masa tu ingatkan ada menu nasi lemak dengan daging grill. Mana la tahu boleh makan nasi lemak dengan steak ke tapi takde pun sebab nasi lemak dia ada pilihan untuk biasa, ayam goreng ataupun telur mata sahaja. Jadi both of us ambil nasi lemak telur mata dan nasi lemak dengan ayam goreng je. 


Meat Cartel bahagikan tempat tebar roti canai dan nasi lemak satu kaunter, untuk minuman dekat dalam dan untuk roti bakar dekat kaunter lainnya. Ada juga laksam, nasi kerabu dan nasi dagang tapi yang ni rasanya peniaga lain tumpang letak sekali dekat sini biar nampak meriah. 


Bila order sampai a bit kecewa sebab ayam dia bukan ayam goreng crispy ataupun ayam goreng biasa tapi ayam berempah dan hitam. Tak suka ayam berempah goreng garing macamni. Kecewa lah tapi sebab sambal dia sedap, tak manis sangat, tak pedas menyengat sangat, okay je lah nak makan. Teh ais dia pun pekat, kena dengan tekak. 



Makanan dia just nice lah portion  dengan harga tu, affordable untuk sarapan pagi. Harga standard orang bandar tapi sekarang harga barang dah naik, tak pasti lah harga menu naik jugak ataupun portion berkurang sebab kitorang pergi makan pun tahun lepas. Baru sekarang nak buat entry sebab entah kenapa terlupa nak update. 


Best makan dekat Meat Cartel ni sebab open space, kawasan sini pula tak sibuk jadi tak lah bising sangat. Nak bayar pun senang sebab ada pilihan untuk bayar guna QR. Next time datang nak try roti bakar dengan latte pulak. 


ASTRO ORIGINALS BONGKAR BUDAYA “HIGH COUNCIL” KEGIATAN GENGSTERISME YANG PERNAH MENGGEMPARKAN NEGARA | Diinspirasikan daripada kisah benar kegiatan buli, diskriminasi & perkauman dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh.

Selepas kejayaan drama ‘One Cent Thief’ dan ‘Kudeta', Astro Originals terus mengorak langkah bagi tahun 2023 menerusi sebuah drama siri premium terbaru iaitu High Council bermula 14 Januari melalui platform strim Astro On Demand atau Astro Go dan di saluran linear, Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam.

Menariknya, drama premium High Council mempersembahkah sebuah kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia. Negara pernah digemparkan dengan isu kumpulan gengsterism ‘High Council’ di sebuah sekolah berasrama penuh dan isu tersebut menjadi fenomena apabila melibatkan satu kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk dalam aktiviti membuli pelajar. Berdasarkan maklumat, budaya High Council ini telah wujud sejak tahun 1992 dan kegiatan seperti ini tidak berlaku dalam satu sekolah sahaja.

High Council yang merupakan francais "Projek" selepas drama premium popular, Projek Anchor SPM (2020) berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di KUDRAT, sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang “Pilihanraya”, sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council”. Pemenang “Pilihanraya” akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT.

Jika terdahulu, francais Projek: Anchor SPM mempersembahkan sisi-sisi ideal kehidupan di sekolah berasrama; High Council pula tidak segan membongkarkan aspek-aspek gelap yang sehingga kini, menjadi realiti sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah berasrama.

Meskipun bergenre aksi fiksyen remaja serta membawa isu tentang buli dan diskriminasi, banyak mesej positif yang ingin disampaikan kepada penonton. High Council menggabungkan isu-isu gangsterism yang dihadapi pelbagai jenis sekolah. Diharapkan kehadiran naskhah ini dapat membantu pihak tertentu mengkaji punca, kitaran dan langkah yang boleh diambil untuk menamatkan budaya tersebut.

Bagi memastikan jalan cerita dan lakon layar yang dihidangkan dapat memenuhi selera penonton, proses penyelidikan dan story development mengambil masa selama 11 bulan bermula Ogos 2021, sebelum memulakan penggambaran pada bulan Julai 2022 selama 55 hari.

Idea asal drama premium ini dicetuskan oleh Show Runner (pencipta) yang juga pengarah Projek Anchor SPM iaitu Anwari Ashraf bersama pengarah baru berbakat besar, Zulaikha Zakaria. Menerusi 10 episod, penonton dapat menyaksikan jalan cerita dan konflik berbeza, aksi pertarungan penuh debaran serta permainan emosi sehingga membuatkan penonton tidak senang duduk pada setiap episod.

High Council membariskan para pelakon baru dan berpengalaman daripada pelbagai latar seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap sebagai Penerbit Eksekutif berkata “Buat konten di bawah jenama Astro Originals, kami terus komited mempersembahkan kandungan yang segar dan subjek luar dari kebiasaan. 

Kali ini Astro membawakan High Council yang mengetengahkan isu yang pernah menggemparkan negara iaitu kemunculan kumpulan gengsterism di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh. Naskhah ini membawa penonton menyelami permasalahan dalam kalangan remaja. Sorotan itu bukan sahaja dari sisi luaran tetapi juga dari sudut emosi dalaman remaja yang berdepan dengan kepincangan sistem kekeluargaan, konflik serta isu seperti buli, psikologi dan pengaruh rakan sebaya di sekolah yang mungkin tidak dibincangkan secara terbuka.

High Council telah mendapat kerjasama Flash Sukan yang menyokong usaha dalam memerangi isu buli yang terjadi dalam kalangan remaja dengan menaja aktiviti pemasaran lapangan (on-ground promotion).

Flash Sukan merupakan platform terbaharu berita sukan tanah air dengan sentuhan tempatan bagi berkongsi informasi, berita serta isu-isu terkini dunia sukan tanah air dan antarabangsa. Flash Sukan turut menyediakan pelbagai kandungan untuk semua golongan merangkumi isu panas sukan semasa, sukan komuniti, personaliti atlet, kelab serta sukan luar negara. Daripada liputan acara, ulasan permainan, wawancara pemain, perkongsian media dan banyak lagi.

Mengulas mengenai mengapa tidak menyambung sahaja Projek: Anchor SPM, Pengarah & Show Runner Projek: High Council, Anwari Ashraf, berkata, “Tiada lagi yang mampu saya karangkan untuk watak-watak Anchor SPM, tanpa menzalimi perkembangan watak-watak mereka di penghujung siri tersebut buat masa ini. Namun, ini tidak bermakna kami kehabisan kisah-kisah pendewasaan (coming-of age) untuk diceritakan. Jadi, saya memutuskan bahawa jalan yang terbaik untuk meneruskan antologi ‘Projek’ adalah menerusi sekolah-sekolah fiksional, watak-watak, dan tema-tema yang baharu. Terdahulu, Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) menjadi latar tempat watak-watak

PASPM menempuh kematangan. Kali ini, watak-watak 'Projek: High Council' bakal menempuh rintangan-rintangan yang lebih ‘kasar’ di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), dalam usaha mereka untuk mendalami, erti sebenar di sebalik menjadi seorang ‘lelaki’.

Terdapat dua lagu runut bunyi yang akan memeriahkan High Council, iaitu lagu utamanya adalah ‘Kudrat’ nyanyian Sekumpulan Orang Gila featuring Naim Daniel dan ‘Test drive’ nyanyian Firdaus Rahmat.

Mungkin ada yang mempertikaikan siri ini bakal memberi gambaran yang tidak baik seperti satu ‘galakan’ kepada golongan remaja, tetapi Astro Originals bukanlah menghidangkan hiburan semata-mata tetapi sebagai naskah yang memberi pengajaran dan lebih kefahaman tentang apa yang berlaku. Ini seterusnya akan menjadikan kita lebih peka dan mampu mengawalnya dari terus terjadi. Setiap nilai positif boleh dijadikan tauladan dan yang buruk itu boleh dijadikan iktibar.

Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Tajuk: Projek: High Council

Genre: Aksi, Fiksyen Remaja

Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad

Pengarah : Anwari Ashraf; Ika Zakaria

Penerbit: Anwari Ashraf; Amirr Shahlen

Syarikat Penerbitan: Pasal Productions Sdn Bhd

Bahasa: Bahasa Malaysia

Durasi Filem: 45 minit x 10 episod

Jumlah Hari Penggambaran: 50 + 5 hari

Lokasi Penggambaran: Kolej Tuanku Jaafar, Mantin, Negeri Sembilan; Paya Indah Wetlands, Dengkil

Tarikh Tayangan di Astro OnDemand & Astro Go: 14 Jan 2023 (Bermula Tengah Malam), Astro Ria (Linear) 23 Jan 2023 (Setiap Isnin, 9 malam)

Barisan Pelakon




Nadhir Nasar sbg Naim

Mierul Aiman sbg Fakhri

Amir Ahnaf sbg Kahar

Naim Daniel sbg Ayam

Yusof Hashim sbg Amirr

Daiyan Trisha sbg Mia

Sazzy Falak sbg Pn. Faniza

Ben Tan sbg Mr. Sin

Sathisvaran M Magesvaran sbg Prakash

Kahoe Hon sbg Jay Tan

Fadhli Masoot  sbg Hakeem

Fazziq Muqris  sbg Zahrin

Ameer Asyraf sbg Fahmi

Muzayyin Mahyuddin sbg  Ikhsan

Hazeeq Dean sbg Ariz

Aida Aris sbg Idah

Azhar Sulaiman sbg Firdaus

Edika Yusof sbg Harun

Tunggak Utama 

Dipersembahkan oleh: Astro Shaw Sdn Bhd

Syarikat Penerbitan : Pasal Productions Sdn Bhd

Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit: Anwari Ashraf; Amirr Shahlen

Penerbit Penyelaras: Fadzlie Musthafa

Pengarah: Anwari Ashraf; Zulaikha Zakaria

Skrip: Anwari Ashraf; Zulaikha Zakaria; Amira (Mya) Nasiruddin; Luqman Ghazali; Zaharin Zabir; Zulaikha Zulhaimi; Samuel Sin

Penolong Pengarah: Hazim Hisham

Pengarah Fotografi: Zulkefli Mohamed Zain

Pereka Busana: Marlia Ieryani Ghazali

Penata Tatarias: Marlia Ieryani Ghazali

Sinopsis 

Demi niatnya untuk berubah pada usia 15 tahun, Fakhri, seorang pelajar yang bijak tetapi sering terlibat dalam pergaduhan, telah diterima untuk memasuki sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Namun, apabila Fakhri merungkai rahsia di sebalik tradisi sekolah tersebut, secara tidak langsung telah menjadikan dia sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin memanjat heiraki “High Council”. 

Nekad untuk menghentikan segala ketidakadilan dan salah guna kuasa yang berlaku di kalangan pelajar, Fakhri memasuki gelanggang “Pilihanraya”,  pertandingan yang dilangsungkan secara sulit untuk menentukan “Kepala” di sekolah tersebut.  Walaupun dia tahu pilihannya ini bakal berdepan dengan sesuatu yang terlalu sukar buatnya, berjayakah Fahkri merebut takhta menjadi "kepala"? Apakah yang kesukaran yang bakal dia depani demi mencapai matlamatnya?

KUMPULAN SURIA KLCC RAI SAMBUTAN TAHUN ARNAB

Wednesday 11 January 2023

KUMPULAN SURIA KLCC RAI SAMBUTAN TAHUN ARNAB | Dekorasi pecah rekod terulung yang membawa nafas nostalgia meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC

Bermula dari 2 Januari sehingga 5 Februari, Suria KLCC diserikan dengan hiasan mega yang bakal membawa para pengunjung untuk merasai pengalaman berada di kawasan bersejarah negara China untuk kempen sambutan Tahun Baharu Cina.

Untuk Tahun Arnab kali ini, Suria KLCC mengambil kesempatan untuk memaparkan Replika Arnab Terbesar di Malaysia yang Disaluti Syiling Emas seperti yang diiktiraf oleh “Malaysia Book of Records 2023”. Replika mega yang tersergam indah ini akan di paparkan di KLCC Esplanade.

“Budaya kekeluargaan, permuafakatan dalam menikmati tradisi dan kemakmuran adalah konsep yang mendefinasikan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC. Pihak kami telah bekerja keras untuk memastikan para pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman menarik di pusat beli belah kami sepanjang tempoh sambutan perayaan.

“Dengan dekorasi yang diinspirasikan dari kawasan bersejarah seperti “Pingle”, “Dali” dan juga “Lijian”, “Centre Court” Suria KLCC akan berubah menjadi seperti bandar purba di Negara China” ucap Andrew Brien, Ketua Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Dekorasi yang berkonsepkan zaman lalu ini akan membawakan hiasan menara pintu gerbang tradisi masyarakat cina sebagai hiasan tengah yang akan dikelilingi oleh struktur replika bangunan kayu bagi menonjolkan lambang seni-bina yang lazim dalam masyarakat Cina.

Para pengunjung yang sedang bersiap siaga untuk menyambut sambutan Tahun Baharu Cina pada 22 Januari ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai keperluan sambutan yang mana, dekorasi bandar bersejarah itu juga digandingkan dengan bazar yang menyediakan pelbagai barangan. Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar bersama elemen tradisi masyarakat cina seperti beca dan juga tanglung merah yang bakal menghiasi seluruh kawasan dekorasi bagi mencetuskan suasana yang meriah.

Dekorasi prop gambar yang membawa tema sambutan juga akan dihiasi di “Ramlee Mall”. Para pengunjung boleh merakam detik indah bersama yang tersayang dengan bergambar di ruang “photobooth” yang akan mengedarkan cetakan foto fizikal dan foto dalam talian secara percuma. 

Selain dari hiasan bandar bersejarah masyarakat China, pengunjung juga berpeluang untuk berkongsi aspirasi dan azam tahun baharu mereka di “Wishing Tree”. Bagi mengimarahkan musim perayaan ini, sumbangan kewangan yang dilakukan di “Wishing Tree” akan didermakan kepada rakan NGO Suria KLCC untuk meneruskan agenda Kesedaran Kesihatan Mental.

Dekorasi sungai interaktif yang akan dipenuhi dengan ikan koi maya akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyampaikan hajat. Di sini, para pengunjung akan melalui pengalaman untuk membalikkan syiling maya melalui skrin tablet ke dalam sungai tersebut.

Bukan sahaja dekorasi zaman silam yang menjadi lambang kemeriahan sambutan di Suria KLCC, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan Tarian Singa di “Centre Court” pada 7, 14, 21, 22 dan 23 Januari pada jam 2 petang sementara persembahan Akrobatik Tarian Singa akan diadakan di “Esplanade” pada 8, 10, 15, 22 dan 23 Januari pada jam 5 petang.

Sempena Kempen Tahun Baharu Cina, Suria KLCC akan melancarkan e-Baucar Beli Belah Suria KLCC (Suria KLCC e-Vouchers). Selaras dengan rancangan untuk memperkenalkan “e-Voucher” dan juga pelancaran ganjaran perayaan, para pembeli yang berbebelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih bermula dari 2 sehingga 20 Januari berpeluang untuk menerima SKLCC e-Vouchers yang bernilai RM100 dan juga set ekslusif sampul merah Suria KLCC.

Selain daripada itu, 200 pembeli utama yang membuat pembelian bernilai RM1,000 nilaian SKLCC e-Vouchers semasa kempen perayaan berlangsung, bakal menerima e-Voucher tambahan yang bernilai RM100.

“Bagi memeriahkan lagi pengalaman beli-balah untuk sambutan tahun baru anda di Suria KLCC, pihak kami menjemput para pelanggan untuk rebut promosi pengenalan ini,” tambah Brien.

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA

Kempen sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Beli-Belah Alamanda bakal berlangsung dari 1 hingga 24 Januari juga akan memaparkan dekorasi serupa yang membawa tema “Bandar Bersejarah Masyarakat China” bagi menyemai perasaan nostalgia. Sepanjang tempoh kempen, para pembeli berpeluang untuk merebut pelbagai ganjaran beli-belah. Bermula dari nilai perbelanjaan RM600 dan keatas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih, pembeli akan menerima sekeping baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30. Bagi mereka yang berbelanja RM1,500 dan keatas melalui dua resit dari kedai terpilih, akan menerima sekeping baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM80.

Persembahan yang bertemakan perayaan bakal dipertontonkan kepada para pengunjung. Bagi menekankan semangat kasih sayang yang simbolik dengan perayaan Tahun Baharu Cina, pihak Pusat Beli Belah Alamanda akan mempersembahkan Tarian Singa Arkobatik yang bertenaga.

Pada malam pertama Tahun Baharu Cina, para pembeli berkesempatan untuk menyaksikan Tarian Naga Bersama lampu LED. Para pembeli juga bakal dipersembahkan dengan satu persembahan luar biasa yang mana penghibur bakal mengenakan kostum dan topeng tradisi opera cina yang lengkap. Tidak kurang dari itu, para pembeli juga bakal dipersembahkan dengan tarian kebudayaan masyarakat cina oleh penari profesional.

Selain dari peluang untuk menyaksikan pelbagai persembahan, para pembeli juga boleh menyertai pertandingan untuk menguji tahap kreativiti mereka dengan membuat “tanglung” menggunakan sampul merah Tahun Baharu Cina. Pembeli terpantas yang dapat menyiapkan tanglung tersebut berdasarkan contoh replika akan memenangi pertandingan tersebut dan tiga pemenang lain akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30.

Tidak ketinggalan, pengunjung kanak-kanak juga boleh menyertai bengkel tersedia seperti bengkel wayang kulit masyarakat cina, tanglung cina dan juga bengkel kraftangan yang akan dianjurkan oleh VIKids. Setiap ahli VIKids berpeluang untuk menyertai bengkel yang disediakan.

MESRA MALL

Sementara itu di Pusat Beli Belah Mesra yang berlokasi di Kemaman, dekorasi yang bertemakan “Tahun Arnab” akan menghiasi “Centre Court”. Kempen yang bakal berlangsung bermula dari 2 hingga 22 Januari tersebut membuka ruang untuk para pelanggan yang berbelanja RM350 atau lebih melalui 2 resit dari pelbgai kedai terpilih untuk menerima set hadiah premium Tahun Baharu Cina yang merupakan set mangkuk bersama “chopsticks”.

Pada 21 dan 22 Januari, persembahan istimewa Tahun Baharu Cina akan dipersembahkan kepada pengunjung untuk memeriahkan lagi suasan perayaan. Para pembeli berpeluang menikmati Tarian Singa Akrobatik yang akan diiringi oleh persembahan gendang selain dari persembahan “Face-Changing”. Persembahan ini bakal di adakan di “Centre Court”.

Bengkel kraf arnab juga akan disediakan untuk ahli VIKids sertai. Bengkel ini bakal berlangsung bermula dari 13 hingga 14 Januari. Bengkel ini diadakan khusus untuk penyertaan ahli VIKids sahaja. Bagi kanak-kanak yang belum menjadi ahli, boleh membuat pendaftaran sebelum aktiviti berlangsung dengan perbelanjaan yang bernilai RM50.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari :

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, destinasi beli-belah utama Malaysia akan memulakan Tahun Arnab dengan gah melalui ciptaan Replika Arnab Terbesar Malaysia yang diperbuat daripada Syiling Emas, seperti yang diperakui oleh Malaysia Book of Records 2023.

Replika terbesar yang tersergam indah di perkarangan KLCC Esplanade juga menampilkan Nugget Emas “Yuan Bao” diiringi oleh 11 Zodiak Cina yang lain. Warna emas yang menyelaputi replika arnab tersebut melambangkan “prosperity” serta “good luck”.

“Arnab dalam Zodiak Cina juga melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan cepat dan kesuburan. Untuk menghormati haiwan yang anggun ini dan kebaikan yang diwakilinya, kami memperingati Tahun Arnab dengan cara yang hebat untuk pengunjung menikmati suasana perayaan kali ini,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

“Kami amat berbangga melihat satu lagi rekod baharu dicipta oleh Suria KLCC pada tahun ini,” tambah Brien.

Berukuran setinggi 7.5 m dan menampilkan pepohon sakura serta bunga “peony” yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan, replica terbesar itu akan dipaparkan untuk para pengunjung sehingga 5 Februari.

Untuk info lanjut, layari www.suriaklcc.com.my serta www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

***************************************

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd

Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

NEW KOREAN ROMANCE SERIES “CALL IT LOVE” ARRIVES EXCLUSIVELY ON DISNEY+ HOTSTAR FEBRUARY 22 | Starring Kim Youngkwang, Lee Sungkyoung, Sung Jun, Ahn Heeyeon, and Kim Yewon, this upcoming Original series is directed by Lee Kwangyoung

When Woojoo’s life gets turned on its head by her father’s mistress she will go to unbelievable lengths to get her own back in Call It Love, a new Korean romance series coming exclusively to Disney+ Hotstar February 22.

Sent into a downward spiral after discovering her father’s infidelity, Woojoo’s situation goes from bad to worse when her father unexpectedly dies and his mistress kicks her out of the house. While she plans her revenge, Woojoo has no clue that she will fall in love with Dongjin, the son of the woman who ruined her life.

Starring Kim Youngkwang (Somebody, On Your Wedding Day) as lonely CEO Han Dongjin; Lee Sungkyoung (Weightlifting Fairy Kim Bok-joo, The Doctors) as the mistreated Sim Woojoo, Sung Jun (Island, Discovery of Love) as Woojoo’s friend; Ahn Heeyeon (Hit The Spot) as Dongin’s ex-girlfriend; and Kim Yewon (You Are My Spring) as Woojoo’s sister, Call It Love is directed by Lee Kwangyoung (No, Thank You).

First announced as part of the Disney Content Showcase 2022, Call It Love joins a host of Hallyu hits currently available on Disney+ Hotstar including Big Mouth about an inept lawyer who is forced to become a notorious conman after being falsely imprisoned, and Snowdrop about a university student who goes against her family and her country to help the man she loves; as well as an endlessly entertaining array of global titles and more.

Enjoy Call It Love exclusively on Disney+ Hotstar from February 22.

Twitter: @DisneyPlusMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

TikTok: @DisneyPlusMY 

Hashtag: #DisneyPlusHotstarMY #CallItLove

Dengan kejayaan telefilem ‘Legenda Puteri Bulan’ dan ‘Legenda Puteri Felora’, Astro Ceria kini membawakan siri pertama daripada francais ‘Legenda’ iaitu ‘Legenda Puteri Qaseh’. Francais ‘Legenda’ direka bertujuan untuk menjana kisah-kisah klasik fiksyen yang moden sejajar dengan perubahan waktu. 

Selain daripada itu, ‘Legenda Puteri Qaseh’ turut melihat francais ini dikembangkan dalam bentuk drama rantaian untuk memenuhi kehendak para penonton di pelbagai platform Astro terutamanya mereka yang menggemarkan ‘binge watching’ atau penstriman. Malah Astro Ceria akan memperkasakan genre penceritaan yang turut merangkumi genre superhero untuk tahun 2023 demi memperkukuhkan posisi Astro Ceria sebagai destinasi saluran tempatan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda di negara ini.

Menerusi penceritaan 9 episod ‘Legenda Puteri Qaseh’ berkisarkan seorang gadis bernama Qaseh berhati mulia yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya. Dengan kemangkatan kedua orang ibu bapanya, kini kerajaan tersebut diperintah oleh bapa saudaranya, Raja Sulung. Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang puteri. Dalam menjalani kehidupan baharunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan ke kerajaan KayaJaya.

‘Legenda Puteri Qaseh’ diterajui bintang baharu yang semakin bersinar di persada seni kita Qasrina Qarim sebagai Puteri Qaseh, nama yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan media sekarang, Daniel Fong sebagai Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. ‘Legenda Puteri Qaseh’ juga dibintangi para pelakon A-lister Norman Hakim sebagai Raja Sulung serta penampilan istimewa Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi. Manakala runut bunyi berjudul ‘Takkan Mengalah’ dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Saksikan ‘Legenda Puteri Qaseh’ bermula 9 Januari setiap hari Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611). Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Farah Fauzana Zainol Kamar - Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro

“Kisah fantasi begitu sinonim dengan golongan muda di mana minda usia sebegini begitu reseptif terhadap imaginasi yang tiada batasan. Tatkala usia beginilah, kebanyakkan mereka ingin melayari pengembaraan dunia yang berelemenkan magis dan fantasi. Bahkan, hiburan Hollywood tidak pernah henti dari menghasilkan kandungan-kandungan seperti ini dengan interpretasi penceritaan berdasarkan pergerakkan masa dan budaya popular di kalangan segmen penonton tersebut.

Di Astro Ceria, kami mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk menjana kandungan-kandungan yang mengutamakan kandungan positif dalam membentuk generasi yang senantiasa mahukan kandungan yang lain daripada lain dan dipenuhi dengan elemen fantasi yang berimaginatif tinggi. ‘Legenda Puteri Qaseh’ berpaksikan pemodenan kisah klasik fiksyen yang menerapkan elemen self-discovery serta girl empowerment di kalangan mereka pada usia muda dan menggalakkan mereka menguatkan jati diri.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon ‘Legenda Puteri Qaseh’ terdiri daripada mereka yang baharu serta berpengalaman. Qasrina merupakan antara pelakon di negara kita yang ramai anak-anak muda memandang tinggi terhadapnya. Dia merupakan idola positif dan pesona Qasrina sesuai membawa watak Qaseh yakni tunggak utama siri ini. Kami turut memperkenalkan wajah-wajah baharu, Daniel Fong yang memegang watak Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh. Kami kagum dengan dedikasi dan komitmen mereka. 

Manakala, kami terharu dengan penglibatan Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim yang membuat penampilan istimewa dalam siri ini. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton pasangan suami isteri popular ini bersama di skrin.

Akhir sekali, jangan pernah henti bermimpi kerana mimpi itu boleh menjadi realiti. Kami berharap agar generasi muda terinspirasi dengan ‘Legenda Puteri Qaseh’ yang sarat dengan penceritaan positif dalam dunia yang penuh dengan imaginasi dan fantasi. Nescaya, "Baik Hati Cerminan Diri."

Shamyl Othman - Penerbit Eksekutif, Red Communications

“Apabila Astro Ceria datang kepada Red Communications untuk menerbitkan siri seterusnya francais Legenda, kami tahu bahawa projek ini pasti akan datang dengan beberapa cabaran. Tetapi dengan tunggak utama merupakan seorang wanita muda, kami tidak teragak-agak untuk menyahut cabaran tersebut. Kami merasakan siri ini bakal memperkasakan lagi ramai gadis-gadis muda serta menjadi pengalaman tontonan yang harus ditonton oleh seisi keluarga.

Menerusi ‘Legenda Puteri Qaseh’, kami mahu menceritakan kisah seorang remaja perempuan yang mempunyai hati baik namun aspirasinya diduga. Dia masih mampu mencari kekuatan dalam dirinya untuk menghadapi cabaran mendatang. Kisah ini turut menceritakan bagaimana dia mengetahui asal-usulnya yang berasal dari dunia fantasi kami, KayaJaya. Kami menyelit kisah-kisah cabaran yang ramai pasti dapat kaitkan diri mereka. Qaseh mengharungi pelbagai onak dan duri untuk membuktikan kemampuan dia sebagai seorang puteri.

Mereka yang berniat buruk mahu Qaseh gagal dengan memaksanya berkompromi dengan prinsip hidupnya iaitu kemuliaan hatinya. Perjalanan Qaseh turut didukung oleh sahabat-sahabatnya, Bella, Zaindaya dan bapa, Hidayat. Qaseh juga mendapat sokongan laksamana kacak, Andika.

Kami berharap agar pengembaraan dunia fantasi ini mampu menarik minat bukan sahaja golongan kanak-kanak, mahupun remaja tetapi juga seisi keluarga. Perjalanan Qaseh pasti akan menyentuh hati mereka yang menonton.”

PECAHAN WATAK SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

Qasrina Karim sebagai Puteri Qaseh

Bella Dowanna sebagai Laila

Norman Hakim sebagai Raja Sulong

Aziz M.Osman sebagai Hidayat

Daniel Fong sebagai Laksamana Andika

Chelsia Ng sebagai Che Sri Chan Lee Za

Satthiya Kandi sebagai Zaindaya

Chew Kin Wah sebagai Tabib Chan Teck Tuck

Datin Lisa Surihani sebagai Permaisuri Kalsom

Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi

SINOPSIS SIRI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’

Qaseh, seorang penjual nasi lemak yang baik hati, terpaksa mencari jalan untuk bebaskan ayahnya, Hidayat, yang telah ditangkap kerana mencuri. Qaseh, bersama temannya, Laila, mendapatkan bantuan ajaib dari Tabib Chan. Dengan kuasa sakti Tabib Chan, Qaseh dan Laila bertukar pakaian ala-ala orang istana dan berjaya menyelinap masuk ke Majlis Hari Keputeraan Raja Sulong. Namun, ketika mencari ayahnya, Qaseh 'tertarik' dengan Gong Diraja Ajaib yang hanya boleh berbunyi bila dipukul oleh kerabat Diraja KayaJaya. Apa yang Qaseh tidak tahu ialah gong ini bakal mengubah hidupnya selamanya.

RAKAN RASMI ‘LEGENDA PUTERI QASEH’


Sempena meraikan serta lebih memeriahkan pengguna aplikasi SYOK, Rakita dan SYOK menganjurkan peraduan dalam talian SYOK SPIN TO WIN – Edisi Rakita, dari 9 hingga 15 Januari 2023. Peraduan ini boleh disertai di aplikasi SYOK di mana peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti:

● Baucar RM500 FRED PERRY

● Barangan eksklusif RAKITA

● Barangan eksklusif dari band indie tempatan

● Jersi eksklusif Malaysia dari MYSUKAN TV

● Jersi dan t-shirt eksklusif dari ESPORTS INTEGRATED (ESI)

● T-shirt eksklusif dari SYOK

Peserta hanya perlu menjawab tiga (3) soalan dengan betul yang akan melayakkan mereka untuk memutar roda SPIN TO WIN. Cara menyertai peraduan seperti di bawah;

1. Muat turun aplikasi SYOK dari Apple Appstore (iOS), Google Playstore (Android) atau Huawei AppGallery (untuk pengguna Huawei sahaja).

2. Lancarkan aplikasi SYOK.

3. Pergi ke tab 'PLAY' dan klik pada ‘SYOK Spin To Win’.

4. Isikan butiran untuk log masuk.

5. Jawab tiga (3) soalan dengan betul untuk layak memutarkan roda.

6. Putar roda untuk menuntut hadiah!

Setiap peserta hanya boleh memutar roda dua kali sehari, dengan syarat mereka telah menjawab kesemua enam (6) soalan dengan betul (iaitu tiga (3) soalan untuk setiap percubaan putaran roda). Setiap peserta juga hanya boleh memenangi dua (2) hadiah sepanjang tempoh peraduan. Para peserta mestilah mematuhi mekanisme peraduan seperti yang tertera dan tertakluk kepada perubahan, dipinda, dimaklumkan atau diberitahu oleh penganjur semasa tempoh peraduan.

Sila rujuk peraduan dan/atau butiran kempen pada aplikasi mudah alih SYOK.

********************************

Mengenai SYOK:

SYOK merupakan platform hiburan dan gaya hidup pelbagai bahasa yang menawarkan rakyat Malaysia akses kepada 85 stesen radio dalam talian, artikel, saluran berita, podcast, video dan peraduan menarik yang menawarkan hadiah hebat. Muat turun aplikasi SYOK di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Mengenai Rakita:

Lebih daripada sekadar stesen radio, Rakita adalah jenama media infotainment pelbagai platform yang dicipta khusus untuk golongan muda, menyasarkan pendengar berumur antara 15 hingga 34 tahun. Rakita mula beroperasi pada 8 Januari 2019, dan sejak itu Rakita telah berkembang dan membangun sebagai satu platform media yang menyeluruh dan menjadi suara kepada golongan belia Malaysia yang kurang mendapat perhatian, dengan berkongsi bakat, pemikiran, pendapat dan minat mereka, juga meningkatkan kesedaran orang ramai dan para belia ke arah gaya hidup yang progresif dan positif. Rakita bersiaran dalam Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.