Lepas tengok drama The Fame Game ni ramai yang tertanya-tanya
sama ada drama ni adalah adaptasi dunia sebenar ataupun lebih tepat lagi,
bingkisan hidup mendiang Sridevi. Nak kata sepenuhnya diambil dari kisah
Sridevi tu tak lah tapi ada beberapa babak yang buat kita teringat pada
mendiang. Ada juga beberapa babak lain yang menjadi rujukan penulis untuk masukkan dalam drama terbitan Netflix ni.
1. Kisah Hidup Sridevi
Kebanyakan pelakon cari peluang di dunia Bollywood untuk sara keluarga dan kebanyakannya juga bekerja dari kecil atau dipaksa berkahwin dengan produser filem. Sridevi mula berlakon di usia muda dan menjadi sumber pendapatan keluarganya. Selepas dipaksa masuk ke dunia lakonan, dia tukar nama dari Shree Amma Yanger Ayyapan kepada Sridevi, sama macam Anamika bila dia bagitahu Amu (Muskkaan Jaferi), dia masih lagi Vijju yang sama bukannya Anamika.
Babak Nikhil baran bila Anamika tak nak berlakon memang nampak dia sepenuhnya bergantung dengan si isteri macam Boney bergantung dengan bakat Sridevi. Bila Sridevi yang lama menyepi dari dunia lakonan mula berlakon balik dalam English Vinglish (2012), boleh nampak keluarga mereka perlukan duit ditambah pula dengan khabar angin yang disebarkan oleh jiran bila pasangan tersebut kerap bertengkar kerana duit.
"We respect Srideviji a lot. And yes, she was the first choice for Sivagami in Baahubali. This was very early in the project. But when we approached her, her husband, Boney Kapoor, quoted a staggering fee. Plus, he wanted a share of the Baahubali profits. We dropped the idea immediately, though we were very keen on casting Srideviji. Later, we came to know she did a Tamil film (Puli), where she was given the fee that her husband wanted."
2. Anak Perempuan
Dalam The Fame Game, anak perempuan Anamika, Amu nak ikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon Bollywood, sama seperti Janhvi Kapoor yang menjadi pelakon sebaik saja tamat pengajian. Tapi mana-mana anak pelakon pun akan ikut jejak langkah orang tua. Yang buatkan point ni dipetik bila Anamika juga sama seperti Sridevi yang mempunyai anak perempuan dan simpan impian yang sama.
Kebetulan ataupun sengaja, wajah Amu dari sudut tertentu nampak lebih kurang sama dengan Janhvi Kapoor. Imej Amu juga tampak biasa saja sebab fasa remaja Janhvi juga seperti perempuan kebanyakan tapi Sridevi bawa ke klinik untuk touch up mana perlu.
3. Kisah Cinta
Bab Anamika bercinta dengan Manish tu sama lah dengan kisah cinta Sridevi dan Mithun Chakraborthy sampai keluar khabar angin yang mereka berdua sebenarnya dah berkahwin. Kemudian terpaksa putus kerana status Mithun sebagai suami orang menyebabkan imej Sridevi tercalar. Boney, produser terkenal yang terbitkan filem Mr. India (1987) selamatkan Sridevi dengan bagi kerja dan juga rumah serta duit untuk rawat emak Sridevi. Kemudiannya mereka berkahwin.
Dalam drama The Fame
Game, Anamika bercinta dengan Manish kemudian mengandung dan dipaksa kahwin
dengan Nikhil, produser Bollywood. Anamika pun berlakon dalam movie Nikhil
untuk selamatkan kewangan syarikat. Sama kes dengan Sridevi-Boney. Malah semasa mereka berkahwin, Sridevi dah mengandungkan anak Boney.
Pilihan movie Boney juga lebih kurang sama dengan Nikhil bila dia lebih terarah pada masala, rom-com atau action dan bukan filem artsy macam Hasrat. Khushi (2003), No Entry (2005), Wanted (2009), Tevar (2015). Kebanyakan filem dia blockbuster sebab lakonan Sridevi sebagai heroin - Mr. India (1987), Roop Ki Rani Choron Ka Raja (1993), Judaai (1997) dan Mom (2017).
Bezanya Boney lebih banyak dibantu oleh adik dia, Anil Kapoor sebagai hero sebab dia diboikot lepas buang Mona Kapoor dan anak-anak hanya kerana ingin berkahwin dengan Sridevi.
Persona Manish diadaptasi longgar dari kehidupan Shah Rukh Khan bila ada babak Manish lambai peminat yang tunggu di luar rumah, sama seperti SRK yang melambai setiap hari dari beranda Mannat. Sama seperti SRK-Kajol yang mempunyai chemistry hebat onscreen, begitu juga dengan Manish dan Anamika dalam The Fame Game.
Ada shot yang pamerkan iklan Manish memakai jam tangan jenama Tag Heuer, sama seperti SRK yang menjadi duta sejak berdekad lamanya. Penulis juga bina watak Manish dengan masukkan part berlakon dalam filem rakan artis tanpa bayaran sebagai tanda support sama seperti SRK. Masalah kesihatan yang ditonjolkan pada watak Manish pula adalah isu yang sentiasa wujud dalam kalangan pelakon dan selebriti Bollywood.
6. Pelakon Generasi Baru
Babak Anamika berjumpa dengan pelakon generasi baru di karpet merah tu jelas sangat rujukannya sebab Sonam Kapoor pernah panggil Aishwarya Rai 'aunty' bila Aish pernah berlakon dengan Anil Kapoor dalam filem Hamara Dil Aapke Paas Hai.
Untuk orang biasa benda ni nampak remeh lah tapi untuk pelakon dengan saingan yang sengit dan life span yang pendek, nampak rude sebab merendahkan pelakon senior. Benda ni berlaku dekat pelakon perempuan sahaja sebab dengan pelakon lelaki elok pula panggil nama atau 'Sir' sebagai tanda respect.
7. Casting Couch
8. Latar Belakang Menyayat Hati
"I was a baby when he moved out of our lives. I don’t even remember the time when he was at home. All the children, we are a dozen of them, were in the same school. A couple of times he came to drop other kids, so that was my first impression of him, I was like, ‘oh this is appa..’ But I never had a chance to meet him. I don’t think even he noticed me there. He never saw me" - Rekha
Sama seperti Sridevi, Rekha juga menjadi pelakon untuk sara keluarga dan terpaksa berhenti belajar sejak berumur 9 tahun untuk bekerja. Malang juga untuk Rekha bila berdepan dengan sexual harrassment dari senior actor bila dia dicium secara paksa oleh Biswajeet sedangkan pengarah tak pernah mentioned tentang babak tersebut. Tak ada pula yang menghalang sebaliknya bersorak sepanjang 5 minit tersebut.
9. Pelakon Dibuang Dari Filem
Aishwarya pernah dibuang dari filem Chalte Chalte (2003) gara-gara Salman Khan selalu mengganggu di set penggambaran sampai team production naik rimas. Shahid Kapoor atau Kartik Aryaan dibuang dari filem kerana berselisih pendapat dengan pengarah untuk watak mereka. Taapsee Pannu digantikan oleh pelakon lain tanpa sebab malah dapat tahu dari media antara risiko dalam industri perfileman.
Banyak sangat insiden atau cebisan hidup yang diambil sebagai rujukan untuk drama The Fame Game lantas membuatkan drama tersebut tampak meyakinkan dan lebih dekat dengan penonton. Anyway for those yang belum tengok, boleh klik butang play di Netflix.Drama Review | Adamas (2022)
Saturday, 17 December 2022
Pengarah : Hanung Bramantyo
Penulis Skrip : Rahabi Mandra, Hanung Bramantyo
Pelakon : Rizky Nazar, Yasmin Napper, Omar Daniel, Ali Fikry, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman, Sigi Wimala, Edward Akbar, Jerome Kurnia
Syarikat Produksi : Satria Dewa Studio
Pengedar : Netflix
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 129 minit
Tarikh Tayangan : 9 Jun 2022 (Indonesia), 18 Ogos 2022 (Malaysia)
Trailer :
Kisah bermula dengan sebuah keluarga diserang oleh sekumpulan kuasa jahat yang mencari Brajamusti. Tenaga Arimbi (Sigi Wimala) tidak mampu melawan mereka hingga adiknya, Ratri terbunuh (Sekar Sari) lantas bawa anaknya sembunyikan diri sehinggalah 20 tahun kemudian.
Bergerak ke masa sekarang, Yuda (Rizky Nazar) runsing mencari wang untuk menyara hidupnya dan juga ibunya yang hilang ingatan selepas serangan tersebut. Kawan baiknya, Erlangga (Jerome Kurnia) upah Yuda jadi jurugambar pada hari konvokesyen kerana bakat Yuda dalam fotografi bagus namun tak diberi peluang. Malangnya pada hari membanggakan tersebut, Erlangga dibunuh oleh lelaki bertopen, dipercayai dari keturunan Korawa.
‘Pandawa, Kurawa, Raksasa dan Dewata. Mereka wujud 3,000 tahun Sebelum Masihi. Mereka anak cucu Adam, sama seperti kita. Bezanya, mereka ada hubungan dengan Kadewatan (dunia para dewa). Pada masa itu, manusia dan dewa boleh berhubung secara terus. Gen yang baik adalah Pandawa. Mengambil, merebut, mencuri dan memaksa adalah keturunan gen Kurawa.’ – Prof Arya Laksana (Edward Akbar)
Yuda bersama Agni (Yasmin Napper), anak kepada Prof Arya mencari pembunuh Erlangga dan secara tidak langsung bertemu dengan kumpulan Pandawa yang pernah bekerja bersama Erlangga dalam satu misi. Kumpulan kecil tersebut dianggotai oleh Dananjaya (Omar Daniel), veteran Pandawa, Gege (Ali Fikry), adik Dananjaya, dan Ibu Mripat (Yati Surachman) yang bersembunyi di kedai antik.
Dari pertemuan tersebut, Yuda dan Agni secara tak langsung dapat tahu mengenai identiti mereka yang mempunyai darah keturunan Pandawa dan juga kuasa dewata seperti Erlangga.
Baru saja selesai menonton Brahmastra (2022) yang menceritakan kisah mitologi kuasa dewa, layan pula naskhah Satria Dewa: Gatotkaca yang mengambil kisah perang dalam kitab Mahabrata. Malah nama Yuda tu sendiri diambil dari bahasa Sanskrit, Yodha (pendekar, pejuang) dan Agni juga bermaksud api.
Uniknya Gatotkaca (2022) adalah installment pertama untuk Universe Satria Dewa maka sebab tu lah filem ini diterbitkan di bawah production house Satria Dewa Studio yang diwujudkan khas untuk menghasilkan naskhah yang berkisar superheroes. Lebih kurang macam Marvel lah yang diterbitkan khas di bawah Marvel Studios. Planning untuk universe ni adalah Arjuna (2023), Srikandi (2024), Kurusetra (2025), Yudhistira (2026), Bima (2027), Bharatayudha (2028) dan Bharatayudha II (2029).
Kagum dengan industri perfileman Indonesia yang semakin hari semakin berkembang dan meletakkan industri mereka tak jauh beza dengan Hollywood. Semangat nak tengok Satria Dewa : Gatotkaca sebab naskhah Sri Asih akan ditayangkan rupanya berbeza universe. Gundala dan Sri Asih saling berkait tapi bukan Satria Dewa Semesta.
Jalan cerita Satria Dewa : Gatotkaca menggunakan ramuan asas kisah superhero yang mencari identiti diri melalui konflik keluarga dari orang tuanya. Kisah cinta antara Yuda dan Agni juga diselitkan sebagai bunga hidup dan juga penyeri naskhah aksi dari Hanung Bramantyo. Chemistry antara Rizky dan Yasmin jelas menghidupkan suasana kehidupan dunia anak muda.
Casting director antara yang patut diberi pujian kerana mengambil barisan pelakon utama yang segak. Filem dengan jalan cerita biasa wajib lah ada penyeri kan? Bersinar mata tengok Dananjaya dengan aksi memanah dia.
Sayangnya babak aksi antara Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman tenggelam oleh visual yang gelap. Filem ni jadi tumpuan kerana dua pelakon aksi yang popular namun tercela kerana minor mistakes yang boleh diubah. Kostum Gatotkaca antara yang mengecewakan kerana tak menarik dan tutup wajah Rizky. Kostum Gatotkaca dalam game Mobile Legends lagi cantik dengan keunikan details yang melambangkan seni budaya setempat.
Babak Prof Arya di penghujung cerita juga agak meleret sedangkan karakter dia jelas. Mungkin penulis cuba hidupkan elemen dramatik namun elemen tersebut tampak lemah kerana naskhah ini sejak awal lagi tak terlalu menyentuh tentang perasaan atau cuba untuk connect dengan audience. Dia macam bersifat lebih kepada untuk bercerita.
Anyway, I do have fun with my family watching this movie. Tak sabar nak tengok Arjuna pula tahun depan sebab ada plot twist di hujung cerita. Agaknya siapa yang jadi Arjuna? Jefri Nichol? Randy Pangalila? Angga Yunanda? Reza Rahadian dengan Bront Palarae dah join universe Gundala so terpaksa cross nama diorang T.T
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10
GEMPAK MOST WANTED AWARDS (GMWA) 2022 JANJIKAN SESUATU YANG TRENDING | Top 5 finalis personaliti dan bakat digital menjadi pertaruhan buat julung kalinya dalam 9 kategori & 1 kategori utama
Debaran kian terasa dan kompetisi menjadi nyata selepas Gempak, jenama hiburan digital No.1 Malaysia, mengumumkan Top 5 finalis bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan dalam acara kemuncak mereka, Gempak Most Wanted Award 2022 atau GMWA 2022 secara umum pada majlis sidang media yang berlangsung hari ini di Regal Space, Bandar Damansara Perdana, Selangor.
Buat julung kalinya, acara anugerah ini mencalonkan kandungan-kandungan terhangat pilihan peminat di arus media sosial oleh program hiburan Gempak Most Wanted untuk mengiktiraf personaliti dan bakat digital terkemuka dalam industri hiburan tempatan. Senarai pencalonan akhir adalah berdasarkan kepada pencalonan yang dibuat oleh peminat serta label atau syarikat naungan menerusi platform digital Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Twitter.
Untuk makluman, pencalonan anugerah ini diambil kira untuk kandungan di antara 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022 sahaja. Fasa undian kedua (Top 5) telah pun dilakukan oleh pihak Juri Profesional pada 29 November lalu dan undian bagi pemenang utama bagi setiap kategori akan dibuka pada 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 di laman sesawang rasmi Gempak Most Wanted. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempakmostwantedawards.com.
Menampilkan artis-artis ternama serta kehadiran bakat personaliti baharu dalam pencalonan GMWA 2022, anugerah ini mengangkat prestasi dan reputasi mereka sebagai ‘digital content creator’ serta memberi peluang kepada personaliti media sosial yang sedang meningkat naik untuk mencipta nama sejajar dengan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan digital.
Dolla, kumpulan pop popular Malaysia adalah antara yang tercalon dalam dua kategori iaitu ‘Video Muzik Tergempak 2022’ dan ‘Lagu Trending Tergempak 2022’ bersama-sama Janna Nick menerusi lagunya yang bertajuk Gatal dan juga pasangan duet yang popular menerusi lagi Casablanca, Naufal Azrin & Nuha Bahrin.
Namie SMY, salah seorang peserta kumpulan UBI yang menjuarai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga turut tercalon dalam kategori ‘Digital Content Creator Tergempak 2022’ di samping Khairul Aming dan Ryan Bakery.
Menggegarkan semua rakyat Malaysia dengan pendedahan wajah anaknya buat pertama kali di media sosial, video anak sulung kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Noor Neelofa iaitu Bilal turut menyaingi dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Video Trending Tergempak 2022’ bersama video Swipe Challenge oleh Meerqeen, video Abe Bomba, video Adik Curi Frame Awani serta Mark O’dea & Arieff Yong.
GMWA 2022 juga akan mempersembahkan anugerah utamanya iaitu ‘Gempak Most Wanted 2022’ berdasarkan jumlah keseluruhan undian peminat daripada kesemua kategori.
Selain itu, acara berprestij GMWA 2022 juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada De Fam, Bunkface, Haqiem Rusli, The Gadys, Sara Sisters dan ramai lagi, meletakkan pentas kemuncak anugerah ini setanding kemegahan malam anugerah Grammy Awards yang pasti akan mengujakan semua penonton.
Malam anugerah GMWA 2022 akan dikemudikan oleh hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted iaitu Amelia Henderson dan Sean Lee serta akan ditemani dua lagi hos popular sebagai kejutan.
Manakala, pembukaan malam anugerah tersebut akan dimulakan dengan acara Karpet Magenta yang akan dihoskan oleh Isha Norsham dan Daniel Cheang di mana akan turut menjadi hos kepada Gempak Most Wanted Award 2022 Live+ menerusi platform digital Astro Gempak.
Gempak Most Wanted Awards 2022 ini juga dikuasakan oleh Astro Fibre. Dengan proposisi ‘Ini Bukan Sembang Kencang, Ini barulah Wifi Kencang!’, Astro Fibre memberikan rangkaian internet yang pantas dengan serendah RM99 sebulan. Untuk melanggani Astro Fibre, layari astrofibre.com.my.
Menampilkan konsep vibrant, trendy & bold, acara berprestij GMWA 2022 bakal menemui para penonton pada 26 Februari 2023 secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak. Yang penting, trending!
In the spirit of Christmas, Alamanda Shopping Centre (Alamanda) brought festive cheer to the children from Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor.
On 14 December 2022, a group of 31 children and teenagers aged between 3 and 18 years old were hosted to a heart-warming celebration in Alamanda. They were greeted by the members of Alamanda’s management team when they arrived.
The little ones were taken for mini train rides in the mall before being ushered to the Centre Court to witness a magic show performance. They were then presented with Christmas gifts by the General Manager of Alamanda, Pang Sook Fong before being treated to a sumptuous Christmas lunch. The event was made more meaningful with Alamanda’s retail partners contributing Christmas goodies to the children.
Andrew Brien, Executive Director of Suria KLCC Sdn Bhd said, “As the season of giving is upon us, we should always remember that many out there are less privileged. In view of this and as part of the mall’s corporate social responsibility (CSR) effort, we are honoured to host these children and we are hopeful that this event will be a memorable one for them.”
Brien added, “But the real value is not about the gift, but in the intention behind it – that it is given with great affection, just like today.” The caretaker of Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor, Ms Viviliyah Rajan said, "This Christmas treat and joy by Alamanda definitely means a lot to us especially the children. The celebration is not just about receiving gifts and goodies, but also the care and attention these children received at this time of the year.
****************************
About Alamanda Shopping Centre
Alamanda Shopping Centre is owned by Putrajaya Holdings Sdn Bhd and managed by Suria KLCC Sdn Bhd with total gross floor area of 1,056,000 sq. ft and nett lettable area of 638,952 sq ft. For the convenience of about 12 million shoppers who frequent the mall annually, there are two dedicated car park buildings with approximately 3,000 car park bays, amenities for the disabled, two rooms for parents as well as prayer room. The concept behind Alamanda is simple, a shopper’s paradise, right in the heart of Putrajaya.
This lifestyle shopping centre has a variety of shops, restaurants, food court and cinema. The mall also features travelator within a shopping complex that connects retail outlets and provides access directly to car parks. Another feature is its unique two-level design that allows even distribution and smooth flow of shoppers within its well-spaced premises.
For more information, visit:
www.alamanda.com.my and www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Penjual tempatan baharu mencapai peningkatan 12 kali ganda dalam jualan pada Jualan Hari Lahir Shopee 12.12 | Pembeli menikmati lebih penjimatan dengan lebih 23 juta baucar dituntut
Shopee mengakhiri musim beli-belah akhir tahun dengan penjual tempatan baharu mencapai peningkatan 12 kali ganda dalam jualan semasa hari kemuncak Jualan Hari Lahir 12.12 berbanding hari purata. Pembeli berjaya menjimatkan lebih banyak melalui tawaran terbaik dengan jenama dan penjual, dengan lebih 23 juta baucar dituntut pada 12 Disember.
Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah & Kehidupan, dan Mudah Alih & Aksesori muncul sebagai kategori popular yang dijual pada 12 Disember. Antaranya, kata kunci teratas yang dicari ialah pakaian, kasut perempuan, blaus, baju kurung dan powerbank, sebagai persediaan rakyat Malaysia untuk menyambut 2023.
Sepanjang dua jam pertama 12 Disember, Shopee melihat peningkatan pesanan sebanyak 8 kali berbanding purata hari. Pelbagai bandar di seluruh Malaysia di luar wilayah Lembah Klang muncul sebagai bandar raya popular sepanjang tempoh kempen Jualan Hari Jadi 12.12, dengan Johor Bahru, Kinta, Timur Laut dan Kuantan mencatatkan jumlah tempahan tertinggi.
Sementara itu, 100 penjual tempatan popular juga mencapai peningkatan jualan sebanyak 8 kali ganda pada 12 Disember berbanding purata hari. Penjual tempatan yang berprestasi tinggi termasuk Dr Macio, Momo House, Hollywood MotorSport, cost2u dan Tot.Retail & Wholesale.
Semua dijemput hadir ke ‘ERA SYOKVAGANZA’ pada 17 & 18 Dis di Ipoh
Friday, 16 December 2022
Semua dijemput hadir ke ‘ERA SYOKVAGANZA’ pada 17 & 18 Dis di Ipoh | Saksikan perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi popular & tontonan Piala Dunia FIFA 2022
Perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi popular dan tontonan Piala Dunia FIFA 2022
• ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir memeriahkan ‘ERA SYOKVAGANZA’ dan menikmati pelbagai aktiviti and hiburan menarik di hujung minggu termasuk perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi-penyanyi popular tanah air dan tontonan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 5 petang hingga 12 tengah malam di Stadium Perak, Kompleks Sukan Ipoh, Perak.
• Semua boleh menyaksikan perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 5 petang, di Stadium Ipoh, Perak. Perlawanan bola sepak menampilkan ERAvengers FC yang diwakili Nabil, Radin dan Azad (3 Pagi ERA), Ray dan Haniff (101 ERA), Fazziq (Daebak ERA), bersama selebriti-selebriti tempatan termasuk kumpulan Akim and the Majistret, Insomniacks, Tomok, Black, serta kumpulan bola sepak amatur, Team Challo. Kesemua mereka akan menentang pemain-pemain bola sepak dari Perak FC dan Majlis Bandaraya Ipoh. Tiket perlawanan bola sepak boleh didapati di kaunter Stadium Perak, Ipoh.
• Pengunjung di ‘ERA SYOKVAGANZA’ juga boleh berhibur dengan persembahan-persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi popular tempatan, pada 17 Disember 2022, bermula 8.30 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menyaksikan persembahan daripada kumpulan muzik Akim and the Majistret dan Insomniacks, penyanyi-penyanyi popular Tomok, Black, Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Afiq Shazwan, Nabila Razali, Sarah Suhairi, serta penyanyi baharu, Hasif Upin dan Meernash.
• Peminat bola sepak boleh turut menyaksikan tontonan perlawanan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 11 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menonton perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, serta perlawanan akhir kejuaraan FIFA 2022 bersama personaliti-personaliti ERA termasuk Nabil, Radin, Azad, Danial, Isha Norsham, Haniff, Ray, Fazziq dan Zahier Yusoff.
• Untuk maklumat lanjut tentang ‘ERA SYOKVAGANZA’, ikuti ERA di platform media sosial.