Reunion Geng Sekolah BTS di MyTown Shopping Centre
Monday, 14 November 2022
![]() |
I happy ye dengaan gambar ni sebab muka nampak cantik |
![]() |
I happy ye dengaan gambar ni sebab muka nampak cantik |
![]() |
Logo Starbucks Reserve - bintang emas dengan capital R |
![]() |
View dari tingkat atas. |
Antara kandungan-kandungan yang dipaparkan adalah rancangan variasi popular seperti ‘All Together Now Malaysia 2’, ‘The Masked Singer 3’; drama rantaian terkini termasuk ‘Jesnita’; drama Tamil tempatan ‘Vengaiyan Magan’; produksi Astro Originals seperti ‘One Cent Thief’ dan siri berbahasa Cina, ‘Lost & Found’ serta filem-filem terbitan Astro Shaw seperti animasi adiwira popular, ‘Mechamato The Movie’, ‘Didi & Friends The Movie’ dan ‘Polis Evo 3’.
Astro Showcase Party turut menyaksikan buat julung kalinya gimik pantulan Drama premium bersiri, ‘One Cent Thief’ yang berdurasi selama 5 minit di Menara Kuala Lumpur telah mencuri tumpuan warga ibu kota.
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, “Dengan berbangganya, kami memaparkan kandungan-kandungan baharu yang bakal menemui penonton-penonton Astro serta yang kini bersiaran di Astro. Kami teruja untuk mengumumkan kembalinya dua rancangan variasi gergasi di Astro, ‘All Together Now Malaysia 2’ dan ‘The Masked Singer Malaysia 3’. Kedua-dua rancangan realiti ini ternyata mempunyai kekuatan masing-masing dalam membawa peminat-peminat hiburan ke platform kami.”
‘All Together Now Malaysia 2’ membuktikan bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bakat terpendam dan rancangan ini memberikan mereka peluang untuk mengecapi impian mereka. ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bakal disiarkan pada 11 Disember pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria turut mempunyai 50 selebriti-selebriti hebat serta bakal diterajui Datuk Syafinaz Selamat sebagai Kapten baharu.
‘The Masked Singer Malaysia 3’ pula bakal menyerikan malam Jumaat bermula pada 23 Disember di Astro Warna dengan konsep yang sudahpun memukau ramai penonton dalam meneka penyanyi di sebalik topeng. Malah konsep family viewing atau tontonan seisi keluarga yang diketengahkan rancangan ini sesuai dalam menyemarakkan lagi semangat kekitaan dan kekeluargaan di kalangan para penonton Astro.
Manakala drama rantaian yang bersiaran di Astro Prima turut menampilkan kekuatan penceritaan serta casting yang hebat menerusi ‘Jesnita’. Pastinya, setiap epsiod drama rantaian ini akan membuahkan perbualan di alam maya dan bakal trending di kalangan peminat-peminat drama tempatan.
Drama premium bersiri Astro Originals ‘One Cent Thief’ mencipta rekod menjadi drama no. 1 pilihan penonton di platform On Demand dengan jumlah unique viewers 159 ribu sehingga episod empat.
“Kami berasa amat gembira, ternyata dengan mempersembahkan penceritaan yang segar dapat memberikan pengalaman berbeza kepada penonton sehingga mampu menarik penonton Astro untuk strim tanpa henti pada bila-bila masa. Berdasarkan jumlah unique viewers dan sambutan hangat di sosial media, telah membuktikan ‘One Cent Thief’ sebuah karya berkelas internasional mampu menyaingi kandungan-kandungan antarabangsa di On Demand,” kata Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.
Astro juga memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri perfileman dengan dua buah filem yang bakal menemui para penggemar filem iaitu ‘Mechamato The Movie’ yang akan ditayangkan di pawagam pada 8 Disember. Manakala ‘Didi & Friends The Movie’ dan ‘Polis Evo 3’ bakal menemui penonton di pawagam pada 2023.
Acara Astro Showcase Party ini dikuasakan oleh Astro Fibre sebagai penaja utama. Dengan proposisi ‘Satu Rumah Satu Internet’, Astro Fibre bukan sahaja mahu memberikan rangkaian internet pantas tetapi kandungan-kandungan hiburan yang hebat tanpa henti dengan Astro + 50Mbps WiFi Kencang dengan hanya RM129 sebulan.
Producer : Jung Chul-min
Cast : Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Park Jin-joo, Arin (Oh My Girl)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022
Happy Mijoo bila peminat dia hantar coffee truck dekat set The sixth Sense untuk meraikan episod terakhir musim ketiga. Geram tengok coffe truck tu sebab cantik sangat deco guna bunga ros mekar berwarna pink. Peminat The Sixth Sense dari Filipina pun hantar coffee truck untuk semua panel. Jae-seok bising bila Sang-yeob dah habiskan semua hotdog dekat truck tu.
Comel tetamu jemputan untuk episod akhir ni bila Jin Joo dengan Arin (Oh My Girl) datang ke set. Baru je tengok Arin dalam drama Alchemy of Soul Part 1 (2022). Sementara Arin happy dapat jumpa dengan Na Ra sebab diorang berdua berlakon dalam drama yang sama, Jae-seok syok membahan Mijoo yang beria make-up sebab dia ingat tetamu jemputan lelaki yang datang.
Garang betul Na Ra bila Arin menari main-main untuk lagu Ah Choo! Terus teringat dalam The Sixth Sense Musim 2 bila ada pelakon junior yang takut dengan Na Ra sebab dia memang garang. Tak nampak langsung karakter garang tu dekat The Sixth Sense sebab dia sama masuk air dengan Somin dan Mijoo.
Menggunakan topik ‘Let's get oil in the era of high oil prices, through taste’, team production bawa tiga restoran yang menggunakan minyak. Restoran pertama ialah restoran yang masak daging selama 12 jam. Daging tersebut akan diperap dengan minyak itik dan divakuum kemudian dimasak dalam masa 12 jam pada suhu 82 darjah celcius. Bau wangi dari minyak itik akan diserap ke dalam daging serta melembutkan daging.
Sang-yeob dengan Jae-seok puji daging tu sedap sebab lembut. Na Ra kata daging tu mencair dalam mulut. No wonder lah restoran tu boleh cecah 30,000 dollars sebulan. Perfect kalau nak makan malam yang ringan lepastu minum wain merah.
Jessi sakit hati bila Sang-yeob tanya siapa yang dia patut bawa kalau restoran ni wujud padahal Jessi ada dekat sebelah dia je. Jessi kata Sang-yeob selalu main tarik tali even dekat luar set pun. Sang-yeob defend dia cuma cakap je sebab nak respond untuk soalan Jae-seok. Tak sangka pulak Jessi terasa hati.
‘Why do Jae-seok oppa always want to join? There are rumors going around. Everyone knows I have an older brother committee. No one even comes near me!’ – Mijoo
Restoran kedua ialah restoran Jepun yang menghidakan menu skewers tempura atau dinamakan Omakase. Na Ra kata apa jenis makanan kalau celup tepung bergoreng semuanya akan jadi sedap. Selipar celup tepung pun boleh jadi sedap.
‘Kushiage is different to commonly known tempura. After being coated in batter, it’s also coated in breadcrumbs before being skewered. That is the process for this food.’ – Chef
Di Kushiage, ada 7 jenis menu makan tengahari dihidangkan dan 14 jenis skewers untuk menu makan malam. Makanan yang dihidangkan pun agak mahal hingga mencecah 100 dollars. Walaupun makanan ni bergoreng tapi tak akan rasa berminyak bila makan. Awal tu terkejut juga bila chef kata dia seorang sahaja yang akan sediakan makanan dekat restoran tu. Bila tengok portion menu yang dihidangkan tak hairan lah dia masak seorang sahaja.
Restoran ketiga ialah restoran yang menggunakan minyak bijan dalam masakan. Ada minyak bijan premium yang dijual berharga 100 dollars. Restoran yang dinamakan Atgan diusahakan oleh anak-beranak yang mempunyai ilmu dalam kejuruteraan. Tengok menu yang dijual rasa terliur sebab presentation cantik betul.
Kembang tekak tengok panel makan nasi dengan minyak bijan sahaja tapi Mijoo kata sedap sampai rasa minyak bijan sesudu. Tapi Sang-yeob tak pasti sama ada rasa tu sedap sebab rasa kicap ataupun rasa minyak bijan tu sendiri. Mijoo kata kalau restoran ni dekat dengan rumah memang dia datang untuk makan sebab sesuai dijadikan menu diet.
Untuk episod terakhir ni team production akan buat segmen khas untuk tentukan siapa yang berjaya menang hadiah lumayan yang diberikan oleh pihak penaja. Walaupun Jessi dapat banyak bola bertuah tapi tak semestinya dia akan dapat bawa balik kerusi urut bernilai 3,500 dollars? Yang pastinya The Sixth Sense Musim 4 akan bersiaran tahun depan!
p/s : Cantik betul semua gambar candid yang photographer ambik dekat set The Sixth Sense Musim 3. Thank you for your effort and hardwork in making this variety show fun and entertaining!!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Producer : Jung Chul-min
Cast : Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kim Ji-min, Kim Min-kyu
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022
Excited tengok teaser dalam Episod 12 sebab episod ni Kim Min-kyu datang. Dia pelakon handsome yang berlakon second lead dalam drama Business Proposal (2022). Macam mana Mijoo happy tengok Min-kyu, macam tu jugak lah berbunga bila tengok episod ni. Dah la handsome, ada lesung pipit dalam pulak tu.
Makin happy Mijoo bila Min-kyu bagitahu yang dia suka lagu Ah Choo! Padahal lagu tu dah 7 tahun lebih. Jarang tetamu recognize siapa Mijoo tapi Min-kyu bawa berita gembira untuk Mijoo. Jae-seok pun tak larang Mijoo menggedik minggu ni.
Topik episod ni ialah ‘Unique cohabitations that unexpectedly go well together’ di mana dua konsep digabungkan dalam satu tempat. Macam tempat pertama, pusat karaoke ada meja study untuk pelajar siapkan tugasan. Dalam drama Hospital Playlist (2020) diorang akan pergi karaoke untuk release tension jadi sama lah dengan pusat karaoke ni.
Jessi kata susah nak percaya tempat ni wujud sebab pelanggan cuma perlu bayar 10 dollars untuk 7 jam. Tapi boleh jadi tu strategi owner untuk secure jualan sebab kebanyakan yang datang adalah pelajar sekolah dan universiti. Pusat karaoke dia terjejas sebab pandemik jadi dia kena keluar dari kebiasaan.
Tempat kedua ialah restoran mi yang dijual di kedai buah yang terletak di kawasan perumahan. Tak mustahil pun sebenarnya konsep ni sebab dua-duanya makanan yang serasi digabungkan. Pemilik restoran tersebut sebenarnya mempunyai kedai buah di Seoul jadi dia guna buah-buahan bermusim sebagai topping dalam hidangan mi. Macam buah strawberry sebagai topping untuk bibimguksu.
Bukan luar biasa sebab dekat Cameron Highland dah buat macam ni dengan aiskrim strawberry, nasi lemak sambal strawberry. Tu belum masuk cendols durian yang famous dalam Kampung People. Menu Korea pun selalu guna buah pir sebagai topping untuk ramen atau mi sejuk bila masuk musim panas.
‘Maybe I’m being too pedantic. It’s just the sauce tastes like the sauce in “Bae Hong Dong’.’ – Jae-seok
Tempat ketiga ialah café untuk anjing peliharaan yang menghidangkan menu fine-dining. Jessi senang betul terbeli dengan café ni sebab dia ada anjing. Sang-yeob dengan Min-kyu terhibur bila CEO explain pasal café dia sebab memory lost bila nervous sangat.
PD bagitahu memandangkan panel tak boleh makan menu yang dihidangkan dekat situ, crew bawak Chewie (anjing Jessie), Marble (anjing manager Na Ra) dengan Couque kepunyaan PD. Chewie comel tapi sama macam Jessi jugak perangainya, garang betul kalau ada yang nak pat dia. Couque pula aktif berlari sana sini sampai Na Ra tak larat nak kejar. Marble taknak duduk dekat meja tapi nak stay dengan tuan dia. Geram je tengok Marble sebab comel sangat.
Menarik tengok menu yang disediakan oleh owner café sebab kaya dengan protein yang diperlukan oleh anjing dan dihidangkan secara eksklusif. Couque laju betul makan sampai comot bulu dia bila gelojoh sangat. Chewie tak angkat muka langsung bila makan sampai jilat pinggan hingga licin. Jessi dah tahu nak bawak Chewie pergi mana kalau nak makan sedap.
Power betul café ni sebab sediakan steak dan wain untuk anjing makan. Terkejut Jessi tengok Chewie makan sebab sedap sangat. Ji Min sibuk jaga Couque sampai dia pun cuba sekali menu tu. Tak ada masalah pun nak makan sebab bahan yang sama je owner café guna. Ji Min kata macam isi dumpling yang diorang biasa makan.
Susah nak teka yang mana satu palsu sebab semuanya nampak biasa dan senang diteka. Spy pula orang yang tak disangka-sangka.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10